Вы находитесь на странице: 1из 16

Risalah

‘Membina Kesedaran Kuasa Rakyat sebagai Penentu


Kuasa Politik dan Halatuju Pentadbiran Negara’


Minda Presiden
Seruan Kemerdekaan Rakyat

Artikel
Kesedaran Politik – Antara Pilihan &
Kewajipan

Liputan Media – Wawancara


Malaysia Perlu Menuju Kepada Dua
Gagasan Parti Politik


Diterbitkan oleh,

GERAK MASSA Malaysia (GESA)


www.gerakmassa.com
GERAK MASSA Malaysia (GESA)

www.gerakmassa.com

GERAK MASSA (GESA) ditubuhkan pada 5 Ogos 2010 di Kuala Lumpur


sebagai wadah membangkitkan kesedaran rakyat ke arah sikap bijak
berpolitik dan menggunakan kuasa rakyat sebagai penentu hala tuju
pemerintahan demi kebaikan agama, rakyat dan negara.

GESA bersedia menjadi platform dan mewujudkan medan perbincangan


kepada mana-mana pihak tanpa mengira aliran politik demi membina budaya
politik sihat dan dimensi baru politik negara.

MOTTO

'Dari Rakyat Kepada Rakyat, Berani Berubah dan Merubah'

VISI

Membina Kesedaran Kuasa Rakyat sebagai Penentu Kuasa Politik dan


Halatuju Pentadbiran Negara demi kebaikan Agama, Rakyat dan Negara.

MISI

1. Mendukung Kewujudan sistem gagasan dua parti di Malaysia yang


bertunjangkan kepimpinan Melayu Islam.
2. Mendidik rakyat agar celik politik dengan memiliki maklumat yang tepat
dalam menilai serta memilih parti dan kepimpinan untuk menerajui
kepimpinan Negara.
3. Membina kesedaran rakyat tetang kepentingan pemilihan pimpinan
yang benar,jujur, dan bertangungjawab demi kepentingan Agama dan
Negara.
4. Membudayakan sikap hormat-menghormati perbezaaan pendapat
dalam politik dengan menjauhi sikap politik sempit yang menimbulkan
permusuhan, kebencian dan ketaksuban.
5. Membina perpaduan dan menyuburkan kasih sayang antara rakyat
dengan memperjuangkan hak setiap rakyat dengan adil dan saksama
tanpa mengira perbezaan parti, kaum dan agama.
6. Memupuk kerjasama dan kebersamaan di kalangan parti politik dalam
melaksanakan agenda untuk Agama, Rakyat dan Negara.

Risalah GESA (Bil. 2)


Oktober 2010
Minda Presiden
Seruan Kemerdekaan Rakyat

Malaysia kita, tanahair tercinta yang subur lagi kaya dengan pelbagai
sumber ini adalah hak bersama Rakyat Malaysia, bukan hak eksklusif mana-
mana golongan atau individu tertentu. Hak dan kedudukan sebagai Rakyat ini
perlu difahami, disedari dan diperjuang bersama agar kita sebagai Rakyat
benar-benar merdeka dan tidak lagi terus dijajah di bumi merdeka ini.

Negara kita telah merdeka lebih 53 tahun lamanya, namun adakah kita
sebagai Rakyat juga telah merdeka? Atau jiwa, minda dan jasad kita masih
dibelenggu? Mungkin penjajah British telah lama keluar dan bendera Union
Jack tidak lagi berkibar megah di sini, namun 'semangat atau puaka'
penjajahan seakan masih menghantui Rakyat, menjelma dalam wajah-wajah
yang baru, yang lebih dekat dan hampir dengan kita. Sehingga merasa terlalu
sukar dan terus takut untuk berubah dan merubah walau sedar masa depan
diri, keluarga, generasi dan Agama juga Negara diperjudikan.

Mana hilangnya semangat juang, keberanian dan kesepakatan antara kita


sebagai Rakyat, hingga suara kita tidak lagi padu dan menggugat, lalu terus
mudah dibiarkan dan tidak dipedulikan? khazanah Negara terus dirompak
dan maruahnya digadai? Hak kita dan generasi masa depan terus dicabul
dan diperkosa? Terus diperhamba dan diperguna hingga akhirnya kita
berseteru sesama kita, semakin lemah jadinya, sedang mereka golongan
penjajah politik yang diberi kuasa terus bermaharajalela.. lupa amanah.. lupa
diri bahawa mereka hanya pemegang dan pelaksana amanah yang kita
sebagai Rakyat berikan.

Menginsafi situasi ini, maka Gerak Massa (GESA) ditubuhkan bagi


membangkitkan kesedaran akan hak dan kuasa yang ada pada Rakyat,
khususnya sebagai penentu kuasa politik dan halatuju pentadbiran Negara
dalam ruang demokrasi yang ada. GESA sebagai wadah seruan dari Rakyat
kepada Rakyat yang merentasi segala perbezaan untuk sama-sama berubah
dan merubah suasana politik Negara. Dewasa ini, perubahan dan anjakan
Rakyat amat diperlukan antaranya bagi memposisikan kembali kuasa Rakyat
dalam sistem demokrasi sebagai elemen kawalan/timbang-tara utama
terhadap kepimpinan Negara (ahli/parti politik yang diberi mandat/amanah).

Dengan adanya kesedaran atau kebijakan politik di kalangan Rakyat; yang


menjadi asas dan pemangkin kepada pembentukan sikap dan dimensi politik
baru Negara yang lebih 'people-centric' dan tidak lagi 'party-centric' sifatnya,
maka kepentingan Agama, Rakyat dan Negara akan lebih terbela dan
terpelihara. Kesedaran ini juga merupakan asas kepada proses realisasi
Kemerdekaan Rakyat dalam menggunakan hak dan kedudukannya serta
melaksanakan peranannya demi kebaikan Agama dan Negara.

Untuk itu, kami menyeru kepada seluruh saudara SeMalaysia juga para
pemimpin politik, mari bersama kita keluar dari dimensi politik perkauman

-1- Risalah GESA (Bil. 2)


Oktober 2010
olahan penjajah yang melemaskan dan tinggalkan praktis-praktis politik yang
sempit, yang disulami dendam, kebencian dan permusuhan kepada dimensi
Perpaduan Rakyat dan budaya politik alaf baru yang lebih segar, matang dan
memberikan kebaikan kepada Agama, Rakyat dan Negara.

Ayuh bersama kita bangun membina kembali kuasa Rakyat demi


kesejahteraan dan kemakmuran Malaysia kita.

‘Dari Rakyat Kepada Rakyat, Berani Berubah dan Merubah’

Mohd Rizal Bin Moideen

Presiden GESA

-2- Risalah GESA (Bil. 2)


Oktober 2010
Artikel
Kesedaran Politik – Antara Pilihan & Kewajipan

Risalah Islam berdiri atas tiga asas utama :


1. Hubungan dengan Allah (Habluminallah)
2. Hubungan dengan Manusia (Habluminannas)
3. At-Tawazun (Keseimbangan)

Semua Nabi a.s membicarakan tentang hubungan manusia dengan Allah


SWT. Manakala Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam
melengkapkannya dengan menampilkan konsep hubungan sesama insan
secara yang amat sempurna.

Baginda memulakan dakwahnya di Mekah dengan menekankan aspek


hubungan dengan Allah melalui proses ilmu dan penyucian jiwa,
sebagaimana firman Allah :

“Dia-lah yang telah mengutuskan di kalangan orang-orang (Arab) yang


ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam) dari
bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah
(yang membuktikan keEsaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan
mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-
Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum
Syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad)
itu adalah dalam kesesatan yang nyata.” (al-Juma’ah: 2)

Apabila Baginda sallaLlahu ‘alaihi wassalam memiliki kekuasaan di Madinah,


maka di situlah bermula penekanan kepada aspek perhubungan dengan
manusia (sosialogi) dalam melengkapkan Islam yang dibawa oleh para Nabi
a.s. sebelum Baginda.

UMAT TERBAIK

Nabi membina umatnya dengan sifat amal ma’aruf wa nahi mungkar iaitu
mengajak manusia kepada kebaikan dan mencegah manusia dari keburukan.
Gabungan dua aspek ini iaitu habluminallah dan habluminannas menjadikan
umat Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam sebaik-baik umat yang
dilahirkan di muka bumi ini. Allah berfirman:

“Kamu adalah sebaik umat manusia yang dilahirkan, kamu mengajak kepada
maaruf dan mencegah manusia daripada kemungkaran, dan beriman kepada
Allah” (Ali ‘Imran: 110)

Iman Al-Ghazali rahimahullah menyebut bahawa aspek amal ma’aruf wa nahi


mungkar tersebutlah yang menyebabkan kemuliaan umat Muhammad

-3- Risalah GESA (Bil. 2)


Oktober 2010
sallaLlahu ‘alaihi wassalam. Apabila aspek tersebut ditinggalkan, maka
hilanglah kemuliaan mereka sebagai umat Muhammad sallaLlahu ‘alaihi
wassalam.

Risalah Islam yang ada pada umat Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam
adalah menyeimbangkan perhubungan manusia dengan Allah dan sesama
insan. Dua aspek tersebut tidak boleh diringankan atau diberatkan salah satu
antaranya kerana ia akan mencacatkan keIslaman seseorang hamba itu.

Insan itu tiada boleh mencapai kemuliaan di sisi Allah dan Rasul jika hanya
menekankan aspek hubungan dengan Allah tetapi mengabaikan
perhubungan sesama insan seperti hubungan baik ibu bapa pada anak-anak,
anak-anak pada ibu bapa, suami pada isteri, isteri pada suami, majikan pada
pekerja, pekerja pada majikan, kerajaan pada rakyat dan rakyat pada
kerajaan serta lainnya.

Manusia dilahirkan untuk bermasyarakat, maka manusia perlu memiliki


petunjuk dan sebaik-baik petunjuk berdasarkan ajaran Nabi sallaLlahu ‘alaihi
wassalam.

Risalah Islam bukan sahaja membawa manusia mendapat kebaikan di dunia


tetapi juga membawa kebaikan di akhirat. Inilah yang membezakan umat
Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam dengan umat para nabi a.s yang lain.
Umat dahulu adalah umat ibadah, apabila wafatnya nabi-nabi mereka,
mereka akan menjauhi masyarakat dan menumpukan kepada khalwah untuk
ibadah.

Berbeza dengan umat Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wassalam, selepas wafat


Baginda, mereka tiada meninggalkan masyarakat kerana mereka telah diikat
dengan perjanjian untuk meneruskan perjuangan amar makruf nahi mungkar.

Mereka wajib meneruskan dakwah Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam


dengan membawa manusia kepada dua konsep iaitu hubungan dengan Allah
dan hubungan sesama insan serta menyeimbangkan atau mensepadukan
keduanya. Justeru itu mereka digelar umat yang telah melengkapkan risalah
Islam secara syumul dan sempurna.

RISALAH YANG SEMPURNA

Kesempurnaan Islam yang mereka miliki disebut Allah dalam firmanNya:

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah Aku
cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redhai Islam sebagai agama
bagimu” (Al-Maa’idah: 3)

Islam yang Nabi sallaLlahu ‘alaihi wassalam ajarkan kepada umat manusia di
Madinah adalah ilmu perhubungan dengan manusia yang merangkumi
segenap aspek kehidupan manusia. Dari kehidupan membujang,
berkeluarga, berjiran, pertanian, perniagaan, pegawai, kehakiman, keadilan,

-4- Risalah GESA (Bil. 2)


Oktober 2010
pemerintahan, pengurusan, ekonomi, pendidikan, penyusunan masyarakat,
kematian, masyarakat majmuk, pertahanan dan lainnya.

Bertitik tolak dari tiga asas di atas, maka Gerak Massa (GESA) ditubuhkan
bertujuan membina kesedaran masyarakat Islam terhadap tanggungjawab
mereka sebagai seorang muslim dan anggota masyarakat dalam sebuah
negara. Mereka tidak boleh mengabaikan tanggungjawab tersebut kerana
setiap diri mereka mempunyai peranan yang penting dalam masyarakat
majmuk yang mengamalkan sistem demokrasi dan Raja Berpelembagaan.

KENAPA PERLU ADA KESEDARAN POLITIK?

Setiap individu perlu memiliki kesedaran politik di atas maksud menunaikan


hubungan sesama insan. Berpolitik bukannya mesti terlibat sebagai ahli
kepartian tetapi memainkan peranannya sebagai pengundi yang bijak dalam
sebuah negara demokrasi.

Membuang undi bukan semata-mata menunaikan peranan sebagai


warganegara Malaysia tetapi adalah menunaikan tanggungjawab hubungan
sesama insan. Berpolitik mesti diniatkan untuk membantu sesama insan agar
kehidupan masyarakat di negara ini benar-benar mendapat keadilan dalam
ekonomi, sosial, perundangan, kebajikan, pendidikan, kebebasan, hubungan
kaum dan lainnya yang merangkumi setiap aspek kehidupan manusia.
Permasalahan kemiskinan, jenayah, gejala sosial, keruntuhan akhlak,
permusuhan kaum bukannya masalah yang melibatkan individu atau
golongan tertentu sahaja, tapi ia melibatkan juga permasalahan dasar dan
pengurusan pemerintahan yang boleh menjadi punca kekacauan tersebut.

Malaysia adalah Negara yang memiliki masyarakat majmuk yang terdiri


daripada pelbagai kaum dan agama. Umat Melayu Islam sebagai penduduk
asal Negara ini memegang kekuasaan dan kepimpinan Negara dalam
memimpin masyarakat majmuk. Semua kaum lain adalah diiktiraf sebagai
warga negara Malaysia yang mempunyai hak-hak sebagaimana yang
termaktub dalam perlembagaan yang perlu dihormati.

Kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO adalah satu konsep
gabungan parti yang mewakili pelbagai kaum. Selama 53 tahun Barisan
Nasional memerintah Malaysia dengan dasar dan pengurusan yang dilihat
oleh setengah pihak banyak memberi kebaikan dan kemajuan Malaysia.
Namun dalam perubahan masa yang berlaku, pelbagai kelemahan dapat
dikesan akibat kelemahan dasar, penyelewengan pengurusan, kerakusan
dan kekebalan kekuasaan. Walaupun sistem demokrasi wujud, namun
perjalanan sistem itu amat dipertikai dari segi ketelusannya sehingga dilihat
Barisan Nasional amat sukar untuk ditumbangkan.

PRU-12 & TSUNAMI POLITIK

Piliharaya Umum ke-12 (PRU-12) digelar ‘tsunami politik’ benar-benar telah


mengubah landskap politik Malaysia dengan rakyat dilihat beralih kepada
Pakatan Rakyat. Ini menunjukkan jika rakyat memiliki kesedaran politik yang

-5- Risalah GESA (Bil. 2)


Oktober 2010
tinggi, segala sistem yang mengongkong mereka dapat dipecahkan . Ia
memberi kejutan yang amat sangat kepada kerajaan Barisan Nasional kerana
tiada terfikir rakyat memiliki keberanian untuk membuat perubahan.
Kesedaran politik dan keberanian ini amat digeruni oleh pihak Barisan
Nasional namun dalam masa yang sama juga ia memberi kebimbangan
kepada Pakatan Rakyat tentang momentum itu adakah kekal atau sementara.

Tsunami politik memberi pelbagai kebaikan dan namun dalam masa yang
sama memberi pelbagai kebimbangan terutamanya Melayu Islam akan kuasa
politik orang Melayu. Maka disinilah timbul pelbagai idea dalam menanggani
masalah ini sehinggalah kepada idea perpaduan PAS dan UMNO . UMNO
kelihatan begitu berminat dan PAS dilihat awal-awal lagi menolak idea
tersebut. Ini kerana sebagai gerakan politik yang sudah berpuluh tahun dalam
kancah politik Malaysia, PAS mempunyai pandangan dan takrifan tersendiri
dalam konsep kekuasaan Melayu Islam dan perpaduan.

CELIK POLITIK

Takrifan politik adalah bagaikan mazhab dalam Islam dimana ada pendapat
para Mujtahid bersama menerima kesahihan sebuah hadis, tetapi berkhilaf
dalam pentakrifan yang dikehendaki oleh Hadis tersebut. Khilaf politik boleh
memberi kebaikan kepada rakyat jika dilihat pada sudut positif. Ia tidak
melibatkan masalah usul yang melibatkan akidah. Khilaf politik sewajarnya
tidak membawa kepada perpecahan masyarakat Islam jika ditanggani secara
beradab, merujuk kepada adab-adab berkhilaf.

GESA berpendapat bahawa rakyat Malaysia kini perlu menuju kepada


kematangan politik dalam mewujudkan budaya politik yang sihat. Masyarakat
tidak akan berpecah andai demokrasi diamalkan dengan benar dan bukannya
dalam bentuk sistem yang dimanipulasi untuk terus mengongkong dan
‘menjajah’ rakyat. Dalam usaha memperbaiki persekitaran politik Negara,
GESA mengambil pendirian dan penegasan berikut:

1. Rakyat wajar diberi hak kebebasan untuk menilai antara dua Gagasan
Parti yang bertanding dengan diwujudkan dialog, debat dan maklumat
yang bebas dan tepat tanpa ada tekanan.
2. SPR perlu memainkan peranan dengan telus dan jujur dengan dilihat tidak
menjadi alat mana-mana pihak dan menghapuskan apa jua system yang
meragukan.
3. Para pemimpin politik perlu bersifat terbuka,menghormati dan menerima
kekalahan dengan baik apabila rakyat membuat keputusan.
4. Rakyat perlu melihat kepentingan kewujudan BN dan PR sebagai suatu
yang sihat yang boleh memberi keuntungan pada rakyat.
5. Rakyat perlu kasih dan menghormati para pemimpin dan parti-parti yang
ada walaupun tidak bersetuju dengan dasar parti tertentu kecuali
pemimpin yang benar terbukti terlibat dengan rasuah,
penyelewengan,penipuan dan jenayah.

GESA mendukung kewujudan dua Gagasan Parti sebagai pengimbang


kuasa antara dua pihak. Kewujudan sistem gagasan dua parti akan

-6- Risalah GESA (Bil. 2)


Oktober 2010
menghapuskan sistem satu parti yang mewujudkan budaya monopoli politik.
Monopoli politik amat bahaya kepada Negara dan rakyat apabila para
pemimpin terlampau mempunyai kuasa dan kekebalan politik. Pemimpin
adalah manusia yang mempunyai akal dan nafsu dan manusia sememangnya
sering ditewaskan oleh nafsu apabila terbukanya kekuasaan, kekayaan dan
godaan wanita. Hadis-Hadis Nabi banyak memperingatkan tentang bahaya
fitnah-fitnah tersebut yang boleh mengelapkan mata dan mengoncangkan
iman. Justeru itu GESA berpendapat, disamping kewajiban memilih pemimpin
yang jujur, bijak dan adil, mekanisme kawalan politik perlu diwujudkan dalam
mengawal para pemimpin agar tetap dengan adil dan amanah.

AHLI POLITIK MANUSIA BIASA

Manusia tetap manusia, jika orang alim boleh terbabas dengan nafsu, apalagi
golongan politik walaupun mereka mempunyai niat yang suci ketika
memulakan perjuangan politik. Negara maju seperti Amerika, Jepun, Korea
memiliki mekanisme kawalan politik yang kuat sehingga pemimpin mereka
terpaksa jujur, bersih, dan adil walaupun itu bukan sifat mereka. Ini
disebabkan rakyat mempunyai kesedaran yang tinggi tentang politik,
perseimbangan kuasa antara parti dan ketelusan mahkamah. Mahkamah
rakyat akan menghukum mereka yang melakukan kesalahan dan rakyat dari
pelbagai parti dan ideologi akan bersatu menjatuhkan pemimpin tersebut.

Justeru itu GESA mengajak rakyat terutama golongan muda kepada


kesedaran kuasa mereka dalam sistem demokrasi yang dapat menentukan
halatuju sebuah pemerintahan. GESA mendukung sistem dua parti antara
BN dan PR dalam mewujudkan mekanisme pengawalan pemimpin politik,
dan menghancurkan kekebalan kekuasaan dan monopoli politik. Sistem yang
hanya menguatkan satu parti tanpa memberi peluang pada parti yang lain
untuk memerintah akan mewujudkan ketidakseimbangan dan mewujudkan
keangkuhan kuasa . Sehingga mereka tidak bimbang dan takut untuk
melaksanakan apa jua dasar dan polisi walaupun membebankan rakyat, dan
seterusnya mengawal kebebasan intitusi perundangan, Polis, SPRM, badan-
badan kerajaan, akhbar dan media massa atau lainnya demi kelangsungan
kuasa mereka kerana tahu rakyat tiada keberanian untuk menolak.

KUASA MELAYU ISLAM & DEMOKRASI

Lebih 60% kuasa pengundi dipegang oleh pengundi Melayu Islam diseluruh
Negara. Mereka adalah kuasa pengundi terbesar yang mampu menentukan
halatuju sebuah pemerintah jika mereka benar-benar memainkan peranan.
Dengan kuasa yang ada, mereka boleh menetapkan syarat bahwa mana-
mana Parti yang mahu dipilih sebagai pemerintah, hendaklah memelihara dan
mempertahankan syarat-syarat yang diberikan. Jika syarat-syarat ini tidak
dipenuhi, mereka tidak akan diberi kuasa memerintah walaupun mereka
mempunyai perancangan, pemimpin dan idea yang baik sekalipun. Syarat-
syarat yang perlu dilakukan oleh mana-mana Gagasan Parti Politik:

1. Hak kekuasaan dan kepimpinan Melayu Islam,


2. Hak keistimewaan Bumiputera,

-7- Risalah GESA (Bil. 2)


Oktober 2010
3. Hak Islam sebagai agama persekutuan,
4. Hak bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi,
5. Hak Raja berperlembagaan,
6. Hak kebebasan rakyat dan
7. Hak keadilan kepada semua kaum.

GESA melihat disinilah pentingnya institusi rakyat Melayu Islam perlu disedar
dan dikuatkan agar benar-benar menggunakan kuasa mereka, bangun untuk
kembali menilai dalam menaikkan dan menjatuhkan sesebuah pemerintahan
yang dikehendakinya dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Islam bukannya demokrasi tetapi menghormati demokrasi dalam memberi


kebebasan suara kepada rakyat. Masyarakat Islam yang dibina oleh
Rasulullah sallaLlahu ‘alaihi wassalam adalah masyarakat yang prihatin,
berani, berilmu, tiada kompromi dalam kebatilan, menjadi pemerhati dan
penasihat bagi pemimpin serta bebas menyuarakan pandangan. Islam bukan
mendokong demokrasi Barat yang memberi kebebasan pada rakyat bagaikan
Tuhan dalam menentukan apa jua dasar. Islam sudah memiliki dasar yang
telah diputuskan oleh wahyu dan tiada boleh diubah, demokrasi hanya
dibenarkan dalam perlaksanaan dasar Islam agar benar-benar menepati
kehendak dasar-dasar yang ditetapkan.

SERUAN

Dalam ruang lingkup demokrasi yang diamalkan di Negara ini, umat Islam
wajib berjuang dalam menunaikan habluminannas untuk menyempurnakan
ubudiahnya pada Allah. Mari kita peka politik dan mengundi bukan atas dasar
sebagai warga Negara Malaysia semata-mata tetapi sebagai muslim yang
diniatkan untuk mendapat keadilan bagi seluruh rakyat. Apa yang penting kita
berjuang dari Rakyat kepada Rakyat dengan menjadikan Parti politik dan
pilihanraya sebagai wasilah kita dalam menunaikan habluminannas
sebagaimana yang dituntut oleh Islam. Setiap undi kita adalah penentu masa
depan Negara dan rakyat, jika kita menaikkan kerajaan yang tiada boleh
berlaku adil dan banyak menzalimi rakyat, maka habluminnanas kita
membawa kepada dosa sesama insan yang akhirnya boleh memusnahkan
Habluminnallah (Hubungan dengan Allah).

GESA menyeru khusus pada generasi muda agar mari kita bersama
membina budaya politik baru yang sihat atas sifat hormat menghormati serta
mendukung kepada dua Gagasan Dua parti demi kebaikan pada Agama,
Rakyat dan Negara .

‘DARI RAKYAT KEPADA RAKYAT, BERANI BERUBAH DAN MERUBAH,


PERJUANGAN NABI KITA JEJAKI,
KEPADA ALLAH KITA BERTAWAKKAL’

-8- Risalah GESA (Bil. 2)


Oktober 2010
Liputan Media - Wawancara
Seksyen Wajah Akhbar Siasah

Malaysia Perlu Menuju Kepada Dua Gagasan Parti Politik

Presiden sebuah NGO, Gerak Massa (GESA), Mohd


Rizal Moideen dalam satu wawancara khas
dengannya baru-baru ini menegaskan, Malaysia
perlu menuju kepada dua gagasan parti politik.
Sehubungan itu, kewujudan Pakatan Rakyat amat
wajar dimanfaatkan dengan baik oleh setiap pihak
kerana ia bukannya merugikan orang Melayu, malah
memberikan pelbagai kebaikan kepada pelbagai
pihak.

LAPORAN PENUH
====================================================
Kolum: Permata

Oleh Aziz Muda

ALLAH mencipta alam ini dengan perseimbangan untuk mewujudkan


keharmonian alam. Dunia ini juga ada perseimbangan kuasa apabila wujud
dua kuasa besar dunia iaitu Amerika dan Rusia yang sentiasa bersaing.
Perseimbangan ini juga perlu wujud dalam politik Malaysia demi kebaikan
pada negara dan rakyat. Rakyat mesti berani keluar dari terus dikuasai oleh
satu parti politik tertentu sahaja sehingga menyebabkan mereka menjadi
angkuh dan berlagak bagaikan Raja Bersiung.

Sistem demokrasi diwujudkan untuk memberi kuasa kepada rakyat dalam


mengawal parti-parti yang memerintah. Mewujudkan budaya taksub pada
parti tanpa menilai dasar yang dijalankan, kecekapan pengurusan, amanah
dalam perlaksanaan, kebaikan pada agama, keamanan rakyat dan lainnya
akan menghancurkan masa depan negara dan merugikan rakyat. Amal
ma'aruf nahi mungkar wajib dijalankan, bermula daripada individu, keluarga,
masyarakat dan pemerintahan demi mewujudkan keharmonian kehidupan
insan dalam segala aspek.

Justeru Islam mengajar kita hanya wajib taat pada Allah dan Rasul sahaja
tanpa ada bantahan. Namun terhadap pemimpin di kalangan manusia,
kepatuhan tiada mutlak dan melibatkan syarat-syarat yang ditetapkan.
Kebijaksanaan politik perlu dipupuk pada rakyat ketika remaja lagi agar
mereka menyedari kepentingan diri mereka terhadap masa depan negara.

Presiden Gerak Massa (GESA), Mohd Rizal Moideen dalam satu wawancara
khas dengannya baru-baru ini menyifatkan negeri Kelantan boleh dianggap

-9- Risalah GESA (Bil. 2)


Oktober 2010
‘Universiti Politik’ kerana rakyatnya pandai mengajar orang politik bagaimana
untuk berpolitik secara jujur.

Rakyat Kelantan tiada terikat sepenuhnya dengan mana-mana parti tetapi


mendukung prinsip “apa kebaikan parti itu pada mereka”. Baik PAS atau
Umno perlu berhati-hati dengan kesedaran politik rakyat Kelantan kerana
mereka boleh berubah dengan sekelip mata jika dilihat dasar atau perangai
pemimpin yang menyusahkan mereka.

Menurut Mohd Rizal, ramai ahli politik yang tertipu dengan rakyat Kelantan.
Mereka tidak menzahirkan sikap mereka pada mana-mana parti, bahkan
mereka boleh bersama dengan sebarang aktiviti mana-mana parti.
Kadangkala sikap zahir mereka terhadap parti tertentu tidak menggambarkan
pegangan mereka yang sebenar. Mereka yang berada dalam Umno boleh
memangkah PAS, begitu juga mereka dalam PAS boleh memangkah Umno
jika tidak bersetuju dengan sesuatu isu.

“Kaum Cina juga adalah golongan yang bijak politik. Mereka bukan golongan
fanatik pada parti MCA, GERAKAN atau DAP, mereka adalah golongan yang
bijak dalam menuntut kemahuan mereka dengan orang-orang politik.

“Mana-mana parti yang dilihat dapat memberi apa yang mereka mahu,
mereka akan bersatu menyokongnya walaupun baju di tubuh mereka MCA,
GERAKAN atau DAP. Maka parti-parti kaum Cina amat takut pada kaumnya
dan berlumba-lumba memberi yang terbaik pada kaum mereka. Kesedaran
politik kaum India juga sudah mula kelihatan sehingga mereka sudah berani
mengajar Presiden MIC sendiri dan pengikutnya apabila melihat sudah tidak
mampu membela mereka.

“Kebijaksanaan rakyat Kelantan kini telah menular kepada Selangor, Kedah,


Perak, Terengganu dan Pulau Pinang. Begitu juga dengan Negeri Sembilan,
Sarawak dan negeri-negeri lain. Sikap ini amat memberi kebaikan kepada
rakyat dan menggerunkan parti-parti politik yang memerintah, sehingga ramai
pemimpin kini tidak tidur malam disebabkan takut dosa-dosa mereka akan
dihukum oleh rakyat nanti.

“Rakyat sudah mula memahami bahawa dalam sistem demokrasi, kuasa


rakyat adalah raja yang patut digeruni dan parti politik adalah khadam yang
perlu mematuhi kehendak rakyat. Kesedaran “Kuasa Politik” ini sudah lama
dimiliki oleh negara-negara Eropah, Jepun, Korea, Filipina, Thailand,
Indonesia dan lainnya. Para pemimpin negara-negara tersebut akan meletak
jawatan jika adanya penyelewengan atau skandal kerana tidak sanggup
berdepan dengan persoalan dari rakyat,” katanya.

Namun, sesetengah golongan Melayu dan India di Malaysia kini masih


berada dalam lingkaran ketaksuban kepada parti walaupun persekitarannya
sudah berubah kepada pemikiran baru. Jiwa mereka mahu perubahan tetapi
penuh keraguan kerana tiada kemerdekaan.

- 10 - Risalah GESA (Bil. 2)


Oktober 2010
Kejadian itu berlaku kerana pemikiran (mentaliti) mereka sudah lama dikawal
dan dimanipulasi. Andai dulunya dikawal oleh pihak penjajah asing, namun
kini oleh ‘penjajah politik’ yang rakus pula. Oleh kerana tiada kesedaran dan
‘homework’ yang dilakukan oleh rakyat secara serius, mereka terus senang
ditipu dan diperbodohkan dengan pelbagai slogan dan program.

“Negara kita telah merdeka lebih 53 tahun lamanya, namun adakah kita
sebagai orang Melayu dan rakyat seluruhnya juga telah merdeka? atau jiwa
dan minda kita masih terbelenggu? Penjajah British telah lama keluar dan
bendera Union Jack tidak lagi berkibar megah di sini, namun 'semangat atau
puaka' penjajahan seakan masih menghantui rakyat, menjelma dalam wajah-
wajah yang baru, yang lebih dekat dan hampir dengan kita. Sehingga merasa
terlalu sukar dan terus takut untuk berubah dan merubah walau sedar masa
depan diri, keluarga, generasi dan Agama juga negara diperjudikan.

“Mana hilangnya semangat juang, keberanian dan kesepakatan antara kita


sebagai rakyat, hingga suara kita tidak lagi padu dan menggugat, lalu terus
mudah dibiarkan dan tidak dipedulikan? khazanah negara terus dirompak dan
maruahnya digadai? Hak kita dan generasi masa depan terus dicabul dan
diperkosa? Terus diperhamba dan diperguna hingga akhirnya kita berseteru
sesama kita, semakin lemah jadinya, sedang mereka golongan ‘penjajah
politik’ yang diberi kuasa terus bermaharajalela. Lupa amanah dan lupa diri
bahawa mereka hanya pemegang dan pelaksana amanah yang kita sebagai
rakyat berikan.

Kejahatan yang paling besar dilakukan oleh para penjajah ini kepada bangsa
Melayu ialah menjadikan mereka tiada daya fikir dan tiada jiwa yang berani.
Mereka mahu rakyat terus berada antara bodoh dan cerdik, jika terlalu cerdik
atau bodoh akan menyusahkan mereka. Justeru itu mereka merangka sistem
pendidikan yang menjadikan rakyat yang cerdik-cerdik bodoh, mereka cerdik
dalam bidang mereka tapi bodoh dalam bidang lain, malah langsung tiada
kepekaan dengan politik.

Segala pintu maklumat yang lain daripada mereka akan dikawal dengan
pelbagai akta, mereka mahu rakyat terus menerima maklumat daripada berita
yang dikawalnya seperti saluran RTM, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian
dan lainnya. Dengan cerdik bodoh itu, rakyat terus menyembah para
pemimpin mereka tanpa mengetahui penyelewengan mereka atau buat tidak
tahu walaupun tahu.

Oleh itu, Mohd Rizal menegaskan, rakyat perlu keluar dari pemikiran itu
dengan mendukung kewujudan “Dua Gagasan Parti Politik”. Penyatuan Umno
dengan PAS yang sedang diusahakan oleh golongan tertentu hanya
membawa kembali kepada kemunduran dan pemandulan pemikiran politik
rakyat Malaysia. Iklim politik Malaysia mengkehendaki dua gagasan parti
yang tetap meletakkan orang Melayu Islam mengetuainya dan kaum lain tiada
dipinggirkan.

“Mana-mana gagasan politik yang tiada meletakkan orang Melayu Islam


sebagai kuasa utama, maka gabungan tersebut akan ditolak oleh rakyat

- 11 - Risalah GESA (Bil. 2)


Oktober 2010
Melayu Islam. Begitu juga jika gagasan itu tidak menghimpun bersama parti
kaum lain, ia juga akan ditolak oleh kaum lain.

“Orang Melayu tiada kerugian apa-apa apabila berlakunya penukaran kepada


Pakatan Rakyat, yang rugi hanya sesetengah Melayu dalam Umno. Jika PAS
dan Umno disatukan, kuasa Melayu yang memimpin dua gagasan parti di
negara ini tidak akan wujud, ia hanya memberi kebaikan pada pemerintah
tetapi bukan pada rakyat untuk diberi kuasa membuat pilihan.

“Perpecahan orang Melayu dalam politik tidak boleh dianggap merugikan,


malah amat menguntungkan mereka apabila dua golongan ini bersaing dalam
memberi kebaikan kepada orang Melayu Islam dan kaum lain. Apa yang
penting, perpecahan politik tidak dibawa dalam bentuk emosi kemarahan
sehingga membawa perpecahan dan kelemahan bangsa seperti memulau
makan kenduri, tidak bertegur sapa, kafir mengkafir, menghentikan bantuan,
menyekat peluang kerja, menahan projek, menahan royalti dan lainnya.

“Sikap politik sempit dan tidak matang ini yang perlu diperbetulkan antara
pendukung kedua pihak, bukannya perlu pergabungan parti. Perbezaan
pendapat boleh menjadi rahmat jika pandai menanganinya secara positif dan
ia akan membawa kemajuan kepada bangsa Melayu Islam di negara ini,”
tegasnya.

Sehubungan itu, Mohd Rizal menjelaskan, kita perlu bangunkan budaya fikir
dan berani membuat perubahan di kalangan rakyat dengan menggerakkan
seluruh rakyat supaya prihatin pada politik demi masa depan mereka. Jika
hanya ada satu parti yang perlu dipilih tanpa ada persaingan untuk rakyat
membuat pilihan, ia akan merugikan rakyat kerana terpaksa memilih mereka
walaupun setuju atau tidak setuju.

Sistem demokrasi hanya wujud pada nama tetapi tidak wujd dalam
perlaksanaan yang sebenarnya. Ia akan menyebabkan budaya fikir rakyat
akan lemah sehingga akan menjadi golongan yang tiada minat dengan politik.
Pemimpin akan terus dapat melakukan penyelewengan tanpa takut kerana
rakyat tiada pilihan yang diberi seperti TNB yang rakyat terpaksa menerima
apa jua kenaikan tarif elektrik yang mereka tentukan.

Penggabungan PAS dan Umno hanya akan menyemarakkan lagi api


perkauman dan dibimbangi akan merebak menjadi barah yang tiada mampu
dikawal lagi sehingga membawa bahaya pada negara. Saingan Gagasan dua
parti politik yang mempunyai dasar dan corak pentadbiran yang berlainan
menjadikan rakyat mempunyai pilihan dan akan menjadi kuasa yang digeruni
oleh kedua Gagasan Politik tersebut.

“Rakyat perlu memiliki nilai agama, akhlak yang tinggi serta


memperbanyakkan dialog terbuka antara dua gagasan parti ini agar dapat
memberi peluang kepada rakyat menilai siapakah yang sepatutnya
diserahkan pentadbiran negara ini.

- 12 - Risalah GESA (Bil. 2)


Oktober 2010
“Politik yang meletakkan parti sebagai 'raja' yang wajib dipatuhi rakyat dengan
taktik menakutkan dengan pelbagai ugutan dan ancaman perlu dibuang pada
era dunia penuh maklumat ini. Iklim politik yang meletakkan orang Melayu
Islam sebagai kuasa politik utama perlu dipertahankan, namun gagasan parti
politk serta dasar-dasar dan pengurusan negara perlu ada penilaian semula.

“Kewujudan dan perseimbangan dua kuasa gagasan rakyat amat memberi


kebaikan jika rakyat bijak menggunakannya. Mereka bagaikan puteri yang
menjadi rebutan dua jejaka. Marilah kita berganding bahu mendukung
pembinaan kuasa rakyat di atas landasan prinsip ajaran Allah dan Rasul demi
masa depan agama, negara dan rakyat,” katanya.

Rakyat Malaysia perlu berterima kasih pada kebijaksanaan Datuk Seri Anwar
Ibrahim, keterbukaan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, ketegasan Datuk
Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dukungan pimpinan DAP yang telah berjaya
mewujudkan Pakatan Rakyat, sehingga membawa keseimbangan kepada
senario politik negara dan memberi cabaran kepada Barisan Nasional.

Dengan kewujudan Pakatan Rakyat, rakyat kini sudah mula mempunyai


pilihan sehingga pihak pemerintah hari ini sudah mula pandai dengan ayat
“muhasabah, berubah jika kita tidak mahu diubah,” Perdana Menteri mula
turun padang dan lainnya.

Maka lahirlah slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” dan


“Satu Malaysia.”

Pihak pemerintah mula menyedari perlu kepada penyatuan Melayu Islam


dengan PAS. Mereka mula gerun dengan suara rakyat dan mula membaiki
kelemahan pemimpin dan pengurusan.

“Kepada generasi baru, marilah kita mengenang jasa Umno dan BN sebagai
gagasan parti yang ada jasa dalam permodenan Malaysia, namun sudah
sampai masanya Umno berehat dengan memberi peluang kepada Gagasan
Parti Politik Alaf Baru mentadbir negara ke arah yang lebih baik.

“Marilah kita berubah dan merubah! Kepada Allah jua kita bertawakkal,” ujar
beliau.

GESA beribu pejabat di Lembah Klang. Ia telah ditubuhkan beberapa bulan


lalu, dengan bermottokan “Dari Rakyat Kepada Rakyat, Berani Berubah dan
Merubah”, atas tujuan untuk menggerakkan (menyemarakkan) kuasa
kesedaran rakyat dalam menentukan kuasa politik (hala tuju pemerintahan
negara) demi kebaikan agama, rakyat dan negara.

Mengakhiri wawancara dengannya, Mohd Rizal tidak lupa membacakan


firman Allah dari Surah Ar-Ra’d, ayat 11 yang bermaksud: “Sesungguhnya
Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka
mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” untuk dijadikan pengajaran
oleh setiap pihak.

- 13 - Risalah GESA (Bil. 2)


Oktober 2010
Fakta Penting
Tahukah anda bahawa Ahli Parlimen (AP) Melayu semakin bertambah pada PRU
2008 daripada PRU 2004:

Jumlah AP Melayu pada 2004 : 110 UMNO, 6 PBB, 6 PAS, 1 PKR


= 123 orang. 56.16 % daripada kesemua AP 219.

Jumlah AP Melayu pada 2008: 78 UMNO , 9 PBB, 23 PAS, 23 PKR, 4 BEBAS


= 130 orang. 58.56% daripada 222 AP.

Angka tersebut menepis dakwaan bahawa PRU 12 menghakis suara dan kuasa
politik Melayu.

Fakta yang lebih menarik: Penambahan AP Melayu pada PRU 12 berbanding


PRU 11 - tiada satu pun sumbangan daripada UMNO.
3 tambahan dari PBB ekoran pertambahan kerusi di serawak, 4 lagi kerusi dirampas
AP Melayu dari PAS dan PKR dari MCA dan MIC.

Sumber: akhbar Siasah 18-24 julai. Tulisan Mohd Nasir Awang


Pihak GESA mengalu-alukan segala bentuk kerjasama dan sumbangan yang sedia dihulurkan
oleh mana-mana pihak yang berkongsi cita dan harapan yang sama.

Penerbitan Risalah ini adalah sebahagian daripada usaha GESA dalam menjayakan visi dan
misi yang digariskan. GESA amat mengalu-alukan sumbangan artikel dan pandangan bertulis
dari mana-mana individu juga organisasi untuk dimuatkan dalam penerbitan yang akan
datang.

Sebarang pertanyaan berkaitan GESA dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan boleh
diajukan kepada wakil-wakil GESA di talian 013-9932644 (Rizal), 019-4207549 (Hanif) atau
019-2656595 (Zulhazmi).



- 14 - Risalah GESA (Bil. 2)


Oktober 2010

Вам также может понравиться