Вы находитесь на странице: 1из 2

1.

3 SIFAT – SIFAT ISTIMEWA TOKOH

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato’ Hussein adalh seoarng pemimpin yang peka terhadap masalah –
masalah yang dialami rakyat Negara ini. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato’ Hussien merupakan
seoarng pemimpin yang mencintai keamanan dan pembangunan. Kepimpinan Tun Abdul Razak lah yang
mengasaskan perangcangan yang sitematik dan teliti melalui system ‘ Bilik Gerakan’. Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato’ Hussien adalah salah seoarng tokoh tanah air yang telah berbakti dalam bidang
pendidikan, pembangunan, pertahanan dan sosioekonomi. Pelbagai kurnian dan darjah kebesaran
dicurahkan kepada Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato’ Hussien di dalam dan luar Negara sebagai
tanda aprisiasi perkhidmatan Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato’ Hussien kepada pembangunan
bangsa dan Negara sehingga menyandang gelaran Bapa Pembangunan Malaysia.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato’ Hussien meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London
kerana penyakit Leukemia dan digantikan oleh Tun Hussien Onn. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato’
Hussien adalah seorang pemimpin yang berjiwa besar dan seoarng negarawan yang ulung dan setia.
Rakyat Malaysia haruslah berbangga kerana Negara kerana melahirkan seorang pemimpin sepertinya
yang Berjaya mengisi Kemerdekaan dengan pembangunan yang sejati. Allahyaraham Tun Abdul Razak
Dato’ Hussien telah disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Pemergian Allahyaraham Tun
Abdul Razak Dato’ Hussien merupakan satu kehilangan besar bagi seluruh rakyat Malaysia.

1.4 KERJAYA / PEKERJAAN TOKOH

Tun Abdul Razak pulang dari United Kingdom ke Tanah Melayu pada 8 Mei 1950. Beliau segera
dilantik sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan kerana pada masa itu bilangan pegawai yang
berkelulusan undang – undang adalah kurang.Kemudian, beliau dinaikkan pangkat untuk menjadi
pegawai dalam Perkhidmatan Awam Tanah Melayu. Pada masa itu juga, Sultan Pahang sedang berada di
luar negeri. Oleh itu, beliau tidak tahu sama ada beliau akan mempusakai gelaran Orang Kaya Indera
Shahbandar (O.K.I.S ) atau tidak. Walaubagaimanapun, gelaran tersebut telah dianugerahkan kepadanya
pada 1 November 1950. Beliau merupakan O.K.I.S yang ke-10 .

Penglibatan beliau dalam politik bermula sejak menuntut di London lagi, tetapi secara aktifnya
hanya pada tahun 1950. Beliau dalam politik Tanah Air setelah memasuki UMNO dan menjadi Ketua
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) walaupun pegawai – pegawai kerajaan tidak
digalakkan memain peranan dalam politik. Beliau masuk sebagai ahli bahagian Kuala Lipis. Justeru
itu,beliau pulang ke Pahang.

Beliau juga mengambil kesempatan untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan gerakan
pemuda UMNO apabila bercuti di Kuala Lumpur. Beliau terkejut apabila dicalonkan sebagai Timbalan
Presiden UMNO pada Ogos 1951. Pada tahun ini juga beliau dilantik sebagai ahli tidak rasmi Majlis
Undangan Persekutuan bagi hal – hal pembentukan Malaysia.

Pada tahun 1952, beliau telah memengang jawatan Setiusaha Kerajaan Negeri Pahang. Dalam
Pilihan Raya Umum yang pertama pada tahun 1955, beliau yang mewakili kawasan Semantan dan telah
memperoleh kejayaan yang cemerlang. Oleh itu, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 9
Ogos 1955. Beliau juga telah dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada tahun yang sama.

Selepas Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, beliau dilantik
sebagi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan pada September 1957. Pada Disember 1959,
beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar.

Pada Ogos 1962, beliau dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Antara Kerajaan
untuk mengendalikan hal – hal penubuhan Malaysia . Beliau juga memegang portfolio sebagai Menteri
Keselamatn Dalam Negeri (jawatn tersebut kemudian ditukar kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri )
dari Jun 1967 hingga Mei 1969.

Selepas berlakunya kejadian 13 MEI 1969, beliau dilantik sebagi Pengarah Majlis Gerakan
Negara (MAGERAN) dibawah pengisytiharan Daurat selama 22 bulan kerana Parlimen telah
digantung.sebagai Pengarah MAGERAN, beliau te;ah Berjaya memulihkan keamanan Negara. Selain
menjadi Pengarah MAGERAN, beliau juga memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri
Pertahanan dan Menteri Kewangan dalam Kabinet Daurat.

Pada 22 September 1970, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas bersaranya Tungku
Abdul Rahman. Di samping itu, beliau juga memegang jawatan Menteri Luar Negeri dan Menteri
Pertahanan.

Sebagai Perdana Menteri juga, beliau telah menjadi Pengerusi Tindakan Negara, Majlis
Keselamata Negara serta Majlis Penasihat Perpaduan Negara. Pada 5 September 1974, beliau telah
menjadi Perdana Menteri Kerajann Barisan Nasional yang pertama selepas kemenangan Barian Nasional
dalam Pilihan Raya Umum yang ke-4 pada 24 Ogos 1976.

Вам также может понравиться