Вы находитесь на странице: 1из 1

KEPENTINGAN MUZIK dan PERGERAKAN TERHADAP:

Emosi
- Aktiviti muzik memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan
perasaan dan emosi yang tidak menyenangkan. Mendengar dan terlibat dalam
aktiviti dapat menenangkan perasaan kanak-kanak.

Kognitif
- Meningkatkan daya pendengaran
- Kemahiran membezakan nada bunyi tinggi dan rendah.

Kegembiraan
- Aktiviti muzik merupakan salah satu cara untuk menyediakan suasana riang
kepada kanak-kanak. Irama dan rentak muzik yang ceria dapat menarik
perhatian kanak-kanak.

Fizikal
- Muzik juga melibatkan pergerakan. Kanak-kanak membuat pergerakan secara
bebas dan kreatif mengikut rentak muzik yang didengar.
- Meningkatkan kemahiran motor.
- Menggalakkan koordinasi anggota badan, mata dan tangan.

Keyakinan diri.
- Aktiviti muzik dan pergerakan kreatif dapat memupuk keyakinan diri dalam
kalangan kanak-kanak. Bermula dengan menyanyi secara berkumpulan diikuti
menyanyi secara solo adalah asas latihan keyakinan diri.

Kreativiti.
- Aktiviti muzik dan pergerakan dapat mendorong kanak-kanak mengubah suai
seni kata lagu dan pergerakan kreatif mengikut ciptaan sendiri.

Вам также может понравиться