Вы находитесь на странице: 1из 22

Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran

o Pengajaran Pendidikan Jasmani adalah prosedur-prosedur


yang digunakan oleh para guru untuk menolong pelajar
dalam proses pembelajaran.

o Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam


menangani sesuatu penyampaian maklumat kepada pelajar
dapat dicapai melalui pelbagai cara.

o Kepelbagaian cara dapat mengatasi masalah yang


dijangkakan atau tidak terutamanya dalam pengajaran
pendidikan jasmani yang dijalankan bukan sahaja di bilik
darjah tetapi di luar bilik dengan pelbagai situasi rangsangan.

Oleh itu kaedah pengajaran yang menekankan prinsip-prinsip


pengajaran berikut perlu di guna pakai sebagai panduan :

1. Prinsip Ansurmaju

(a) Daripada pergerakan kasar kepada pergerakan halus.


( Coarse to refine )

(b) Daripada pergerakan ringkas kepada pergerakan


kompleks.
( Simple to complex )

(c) Daripada pergerakan mudah kepada pergerakan


susah.
( Easy to difficult )

1
Kebaikan ansurmaju:

A. Melibatkan guru

i. Guru mengajar secara berperingkat-peringkat dan


menegaskan butiran mengajar secara terperinci bagi
setiap peringkat pergerakan.

ii. Guru dapat mengenalpasti kesalahan yang dilakukan oleh


murid pada setiap peringkat dan membetulkannya dengan
serta merta.

iii. Guru dapat membuat tunjukcara atau demonstrasi bagi


setiap peringkat pergerakan dan menjelaskan kaitannya
antara setiap peringkat.

iv. Membantu guru mengajar menggunakan ‘model’ jika guru


sendiri tidak dapat melakukan kemahiran.

v. Menunjukkan tingkat kreativiti guru dalam pengajaran.

vi. Perkembangan pengajaran menunjukkan pemeringkatan


sesuai dengan kebolehan murid secara teratur dan
terkawal.

vii. Pemeringkatan penguasaan kemahiran mengikut urutan


memacu ke arah pencapaian objektif.

viii. Dapat minimumkan berlakunya kemalangan dan


kecederaan.

ix. Jika berlaku juga kemalangan, tahap serius kecederaan


dapat dikurangkan.
2
B. Melibatkan murid

i. Murid memahami dengan jelas setiap peringkat


pergerakkan aktiviti.

ii. Murid dapat mengenalpasti setiap kesalahan yang


dilakukan pada setiap peringkat pergerakan.

iii. Murid dapat melihat kaitan / hubungan gerakan bagi


setiap peringkat pergerakan

iv. Murid tidak akan merasa bosan kerana terdapat


berbagai gaya gerakan dalam sesuatu aktiviti

v. Dengan berperanan sebagai penyokong murid dapat


memainkan peranan sebagai pembantu guru

vi. Dapat memupuk semangat keberanian dan


keyakinan murid setelah menyedari tahap kecederaan amat
minimum

vii. Menekankan aspek kerjasama, saling tolong


menolong dan membantu – penerapan nilai murni

viii. Murid akan amat responsif dan terlibat sepenuhnya


dlm aktiviti

3
Rajah 1 : Contoh ansur maju kemahiran memukul

4
2. Variasi aktiviti

Variasi merupakan pelbagai aktiviti yang dirancang untuk


mengajar satu kemahiran dalam sesuatu permainan.

Ciri-ciri variasi

(a) Mempelbagaikan aktiviti yang diajar tetapi kemahiran


tetap satu.

(b) Melakukan latih tubi melalui pelbagai variasi.

(c) Pengukuhan penguasaan kemahiran yang diajar.

(d) Mengelakkan murid merasa bosan dengan melakukan


satu aktiviti sahaja.

(e) Menunjukkan kreativiti guru dalam pengajarannya.

(f) Mendedahkan murid kepada pergerakan yang


mungkin dilakukan atau dilaluinya dalam situasi
permainan sebenar.

(g) Penglibatan murid yang aktif dan menyeluruh

5
Contoh variasi
Kemahiran : Menolak dan menahan

Variasi 1

▲ ▲

Statik Statik

Variasi 2

▲ ▲

Bergerak ke depan Undur ke belakang

Variasi 3

Bergerak ke sisi

Variasi 4

▲ ▲

Statik Ke depan dan undur ke belakang

Variasi 5

▲ ▲ Bergerak ke sisi
kanan dan kiri

Statik

6
PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN
STRATEGI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Sejarah Pembangunan Tingkah Laku Pengajaran.

o Pengajaran Pendidikan Jasmani menitikberatkan komponen


kecergasan dan telah berubah mengikut perkembangan
masyarakat yang berkembang maju maka kaedah
pengajaran terpaksa berubah.

o Oleh itu wujudlah gaya arahan yang mementingkan


rangsangan tindakbalas iaitu Pendekatan Tradisional.

o Pendekatan arahan ini masih wujud dan diamalkan dalam


proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di
Malaysia.

o Pada masa kini suatu pendekatan baru mula muncul


menyahut cabaran masyarakat moden yang progresif.

o Pendekatan Humanistik meresap masuk dalam pengajaran


dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan menjadi popular.

o Di Malaysia pendekatan Humanistik dan Tradisional


digabungkan. Selain itu Pendekatan Tingkahlaku dan
Pendekatan Sistem ada dijalankan di Malaysia.

7
Pendekatan Humanistik

 menekankan perasaan seseorang itu terhadap pengalaman


pembelajaran.

 Fokus ditumpukan kepada seseorang pelajar dan memberi


peluang untuk penglibatan individu secara mendalam.
 Pembelajaran adalah melalui pengalaman.di mana pelajar
digalak untuk bertindak sendiri untuk menemui sesuatu.

 Pendekatan ini mementingkan pelajar sebagai individu yang


berpotensi dan menitikberatkan pembangunan sosial dan
emosi individu.

 Mengikut Hellison (1973) dalam bukunya Humanistic


Physical Education terdapat empat matlamat yang boleh
menolong seseorang guru untuk membentuk cara
pengajaran Pendidikan Jasmani ke arah kemanusiaan iaitu
penghargaan diri (self esteem), merealisasikan diri(self-
actualization), kefahaman diri(self-understanding) dan
pertimbangan sosial(social consideration).

8
Pendekatan Tingkahlaku

 menumpukan perhatian kepada pemilikan kandungan mata


pelajaran. Ia muncul dari aplikasi psikologi operan(operant
psychology) yang dipelopori oleh Skinner(1974).

 Pendekatan ini menggunakan penguasaan isi kandungan


mata pelajaran sebagai pengukur kejayaan pengajaran.
Skinner(1974) mencadangkan tiga perkara untuk interaksi
antara tingkahlaku dan persekitaran iaitu ketika bila
tingkahlaku berlaku, tingkahlaku itu sendiri dan aktiviti
pengukuhan.

 Matlamat pendekatan ini ialah untuk membentuk tingkahlaku


terakhir yang boleh diperhati dan dinilai. Aplikasi prinsip
psikologi operan ini mencipta suatu alat untuk Pendidikan
Jasmani mencapai matlamat bertanggungjawab.

9
Pendekatan Sistem

 pula menganggap proses pengajaran pembelajaran


melibatkan prosedur langkah demi langkah.

 Pendekatan ini digunakan oleh guru untuk menunjukkan


langkah yang digunakan oleh seseorang guru untuk
membawa perubahan kepada tingkahlaku.

 Ciri penting pendekatan ini ia sangat produktif dan ia


menunjukkan pertalian antara komponen-komponen yang
merangkumi seluruh sistem.

 Menurut Straub(1976) menyenaraikan sepuluh proses yang


terlibat dalam sistem ini iaitu mengenal pasti matlamat,
analisis pengajaran, mengenalpasti kemahiran kemasukan
pelajar, pembangunan objektif tingkahlaku, pembangunan
alat penilaian, rekabentuk strategi pengajaran, pemilihan
media, pembangunan atau pemilihan bahan pengajaran dan
penilaian formatif.

10
Definisi Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Strategi

Pendekatan :

 merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran


diajarkan berdasarkan kepada objektifnya (Edward M. Anthony
1963).

 Ianya merupakan satu set andaian yang saling berkaitan


dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai
unsur-unsur aksiomatik (kenyataan yang dianggap benar
tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan).

 Model pembelajaran diperlukan sebagai rujukan untuk


menentukan pendekatan yang dijalankan sesuai digunakan dan
mendatangkan keberkesanan.

 Pendekatan ini berteraskan kepada prinsip atau teori


pembelajaran;
- konkrit ke abstrak
- mudah ke kompleks
- keseluruhan ke sebahagian
- umum ke spesisifik (deduktif)

11
Pendekatan mengajar

 Semasa pengajaran dan pembelajaran seseorang guru boleh


menggunakan kaedah-kaedah yang telah dipelajari. Kaedah
yang dipilih haruslah bersesuaian dengan tahap kognitif dan
psikomotor pelajar.

 Bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran dicadangkan


guru mengaplikasikan strategi, kaedah, teknik dan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
perkembangan murid.

 Pendekatan pengajaran berpusatkan guru, pelajar dan


berpusatkan bahan seperti penggunaan ICT.

Kaedah

 Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana


aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
berkesan

 Merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk


mencapai objektf pembelajaran khusus dalam jangka
pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati
sesuatu objektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian
yang tersusun. “Merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan
yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang
tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang
dipilih (Edward M. Anthony 1963).

12
Jenis kaedah

Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering


digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani adalah

1. Kaedah Tradisional
Ia meliputi
- Tugasan membaca buku teks
- Kuliah
- Mengucap dengan kuat
- Tumpuan kepada perbendaharaan
- Laporan secara lisan oleh murid
- Mengkaji semula(riview)
- Ujian,kuiz dan peperiksaan

2. Kaedah Kaedah Inkuiri (Penemuan)


Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5
prosedur iaitu :

P1- Kenal pasti masalah


P2- Rancang penyelesaian
P3- Kumpul maklumat
P4- Buat tafsiran
P5- Buat kesimpulan

3. Kaedah kumpulan
- perbincangan kumpulan
- kuliah perbincangan
- kerja jawatankuasa
- main peranan
- Sesi Buzz
- Sumbangsaran
- Wawancara
- Konferen
13
4. Kaedah penyelesaian masalah
Ia meliputi
- Projek
- Tinjauan
- Penyelidikan atau penjelajahan
- Tunjukcara atau demonstrasi
- Kelab kesihatan
- Lawatan

Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan yang


panjang, memahami masalah dan memikir dengan logik dan
sistematik.

Dalam kelas Pendidikan Jasmani pelajar menyelesaikan


masalah mengikut langkah berikut.

1. Menganalisis dan memahami masalah

2. Menyenaraikan syarat yang perlu untuk


menyelesaikan masalah.

3. Guna pelbagai strategi untuk mendapatkan


maklumat.

4. Membentuk jawapan yang mungkin.

5. Pilih dan uji penyelesaian alternatif.

6. Pilih penyelesaian yang sesuai.

7. Menilai kejayaan dalam penyelesaian


masalah itu.

14
Kelebihan Kaedah Penyelesaian Masalah

1. Menggalakkan interaksi antara pelajar

2. memupuk tahap pemikiran kognitif yang tinggi

3. menggalakkan ingatan tentang apa yang diuji.

Kelemahan Kaedah Penyelesaian Masalah

1. Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah


yang berpusatkan guru

2. Kadangkala sukar untuk melibatkan setiap pelajar


dengan berkesan. Pelajar yang lembab atau pelajar
yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak
akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.

15
5. Kaedah Kolaboratif

 satu situasi di mana terdapat unsur bermuafakat serta


tolak ansur di antara beberapa individu atau pihak
untuk menghasilkan sesuatu yang berkesan.

 Maka pembelajaran kolaboratif adalah satu kaedah di


mana sekumpulan murid bermuafakat serta
berganding bahu untuk melakukan aktiviti
pembelajaran dengan bimbingan sebaya demi untuk
menuju ke arah satu matlamat.

 Ahli kumpulan berbincang, merancang dan membuat


persediaan untuk menyelesaikan masalah tugasan
yang diberikan oleh guru.

 Pembelajaran kolaboratif memerlukan semangat


setiakawan, saling percaya, mempercayai dan mampu
menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.

 Prinsip pembelajaran ini ialah kesebayaan,


eksperimen, berinteraksi dan kepimpinan.

16
6. Kaedah Koperatif

Unsur- unsur pembelajaran koperatif ialah

o murid terlibat dalam memberi penerangan kepada rakan. Ahli


berinteraksi diantara satu sama lain untuk mewujudkan
persefahaman dan kemajuan

o murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan


satu masalah. Ahli kumpulan bergantung secara positif.

o murid belajar secara aktif danbukan hanya bergantung kepada


guru. Ahli kumpulan bertanggungjawab untuk pencapaian
pembelajaran kumpulan.

o murid tidak terlalu bergantung kepada guru untuk


menyelesaikan masalah. Ahli berusaha untuk menyumbangkan
idea dan pendapat untuk menyelesaikan masalah atau tugasan
yang diberikan.

o Ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial


seperti ikut giliran,memberi galakan,mendengar,memberi
pertolongan,memberi penjelasan untuk membolehkan
kumpulan berfungsi dengan efektif.

o Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan


dari segi pencapaian matlamat.

17
Teknik

 Ialah merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan


pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.

 Contohnya teknik bercerita, bersyarah, perbincangan,


demonstrasi, latih tubi, main peranan, simulasi, sumbang
saran dan lain-lain.

 Untuk menentukan keberkesanan pengajaran di tahap optimum


ianya berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif berikut ;
- Umur
- Kebolehan
- Kecerdasan
- Minat

Teknik simulasi

 Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk


menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan
masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar wujud dalam
kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan
terkawal dan selamat.

 Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan secara


olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika
sebenarnya dilakukan akan menelan belanja yang besar,
memakan masa, merbahaya atau rumit. Salah satu kaedah
yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan
menggunakan komputer.

18
Teknik main peranan

 Satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan


lakonan spontan mengenai sesuatu situasi atau masalah oleh
sekumpulan murid yang dipilih.

 Melalui aktiviti ini murid boleh mendapat gambaran dan


pengalaman yang baru. Lakonan ini dilakukan tanpa
menggunakan sebarang skrip.

 Ia boleh dilakukan secara berstruktur atau tidak berstruktur.

Teknik latih tubi

 Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan


sesuatu aktiviti secara berulang-ulang sehingga mereka
menguasai sesuatu kemahiran atau konsep baru dengan
lancar.

 Aktiviti ini boleh dilakukan secara lisan,amali dan


bertulis.Latihan seperti ini boleh memperkukuhkan fakta,konsep
dan kemahiran pendidikan jasmani yang dipelajari.

19
Teknik demonstrasi

 Teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana


seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan
sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran.

 Murid lain memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara


untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut.

 Dengan cara ini diharapkan murid dapat melakukan aktiviti ini


dengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas dan berkesan.
 Guru mesti mengetahui dengan jelas demonstrasi yang hendak
ditunjukkan serta segala alat kelengkapan yang diperlukan.

 Demonstrasi boleh dilakukan dengan menggunakan model


hidup, model simbolik dan model persepsi. Contoh guru boleh
mendemonstrasikan cara menendang bola mengikut teknik
yang betul di padang.

Teknik sumbangsaran

 Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan


alternatif penyelesaian masalah.

 Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua


orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan
pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan.

20
 Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan
berkesan prinsip asas sumbangsaran harus dipatuhi iaitu :

I. topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan


murid.

II. kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan

III. pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan


untuk memastikan perjalanan aktiviti berjalan lancar.

IV. setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau


cadangan.

V. semua cadangan hendaklah dicatat untuk


dibincangkan secara umum.

VI. cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh


dikritik.

Contoh teknik mengajar kemahiran asas

 Teknik adalah merupakan cara bagaimana melakukan sesuatu


kemahiran dengan betul.

 Lazimnya apabila teknik lakuannya betul maka hasilnya pastilah


betul.

 Contohnya dalam permainan hoki; kemahiran yang dipilih


adalah memukul.

o Bagaimanakah lakuan memukul dilakukan?

21
o Ia melibatkan butiran mengajar bagaimana perlakuan
memukul itu dilaksanakan berasaskan kepada cara-cara
memegang kayu; iaitu pegangan rapat, kedudukan kaki,
kedudukan bola, hayunan, ikut lajak, sentuh bola , dan
sebagainya.

Rajah 2 : Cara memegang kayu

Strategi

Ialah merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan


teknik untuk mencapai objektif jangka panjang. Konsepnya
adalah berteraskan kepada ;

- Kebijaksanaan memilih pendekatan


- Kecekapan merancang kaedah dan teknik
- Berdasarkan objektifnya

22

Вам также может понравиться