Вы находитесь на странице: 1из 9

Kesultanan Melayu Melaka

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, gelintar

Binaan Istana Melaka yang dibina semula mengikut Istana Sultan Mansur.

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun
1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun
1409[1] apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan
sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan
Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di
tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah
merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera baginda
Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan
Melaka.

Isi kandungan
[sorok]

 1 Parameswara
 2 Perkembangan Melaka
 3 Kegemilangan Kesultanan Melaka
 4 Kejayaan Melaka
 5 Kejatuhan Melaka
 6 Tertib tarikh
 7 Lihat juga
 8 Rujukan
 9 Pautan luar

[sunting] Parameswara
Sejarah Malaysia

Rencana ini adalah sebahagian dari Sejarah Malaysia

Prasejarah Malaysia

Kerajaan awal
Gangga Negara (Kurun-2 hingga Kurun-11)
Langkasuka (Kurun-2 hingga kurun-14)
Pan Pan (kurun-3 hingga urun-5)
Srivijaya (kurun-7 hingga kurun-14)
Kedah Tua

Kemunculan Kesultanan Islam


Kesultanan Kedah (1136–sekarang)
Kesultanan Melaka (1402–1511)
Kesultanan Sulu(1450–1899)
Kesultanan Johor (1528–sekarang)

Era Penjajahan Barat


Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Perjanjian Burney (1826)
Penempatan Selat (1826-1946)
Perang Kelang (1867-1874)
Perjanjian Pangkor 1874
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946)
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-19
-1946)
Perjanjian Inggeris-Siam 1909
Pertempuran Pulau Pinang (1914)

Perang Dunia Kedua


Perang Tanah Melayu (1941-1942)
Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong (1942)
Perang Singapura (1942)
Syburi (1942-1945)
Kawat Kematian Sandakan (1945)
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu

Peralihan Malaysia
Malayan Union (1946-1948)
Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)
Darurat Tanah Melayu (1948-1960)
Peristiwa Bukit Kepong (1950)
Rundingan Baling (1955)

Malaysia selepas Merdeka


Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)
Pemberontakan Brunei (1962-1966)
Rusuhan Kaum 1964 (1964)
Pemisahan Singapura (1965)
Peristiwa 13 Mei (1969)
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Operasi Lalang (1987)
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)
Krisis Kewangan Asia (1997-98)
Al-Ma'unah (2000)
Perhimpunan Bersih (2007)

Portal Malaysia

Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja
Singapura terakhir yang berasal dari keturunan Srivijaya. Pada tahun 1324, seorang putera
Srivijaya dari Bentan bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek dan menubuhkan
kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja
Singapura oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi
bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana
bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaan baginda ke atas
Palembang, Bentan dan Temasek. Terdapat tiga orang lagi Raja dari keturunan baginda yang
memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri
Rana Wira Kerma (1386 - 1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 -
1401). Pada 1401, kerajaan Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang
belot, Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat
Semenanjung Melayu untuk membuka ibu negeri yang baru.[2][3]

Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan
ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu
beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani"). Ekoran daripada itu,
beliau melarikan diri ke Singapura. Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di
Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana
beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu
pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat
perlindungan yang baru.

Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun
1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira
banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu
pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara
berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk
mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan
persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta
Parameswara menjadi raja.

Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk


menendang salah seekor daripada anjing-anjing pemburunya. Parameswara tertarik dengan
kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan
tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara
menamakan tempat itu "Melaka".

Perutusan pertama dari China yang diketuai oleh Laksamana Yin CHing telah tiba di Melaka
pada tahun 1403. Beliau telah memberi hadiah-hadiah kebesaran daripada MAharaja Yung Lo
kepada Parameswara sebagai tanda persahabatan dengan negeri baru Melaka itu.
Parameswara membalas hadiah-hadiah kebesaran kepada Maharaja Yung Lo pada 1405.

Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 dan telah menggelar diri baginda sebagai Raja
Iskandar Syah. Baginda telah berkahwin dengan puteri Pasai, Indonesia. Pada tahun 1409
juga, Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk
meneroka dunia. Pada 1411, Parameswara telah membuat pelayaran melawat negara China
dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming,
Yung Lo.
Kelihatan Pedagang-pedagang Arab bersembahyang di Pelabuhan Melaka

Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang
terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka
merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri
rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa
yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia"
(He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.)

Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah
kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur
Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di
Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan
Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang
mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.

[sunting] Perkembangan Melaka


Raja Iskandar Syah mangkat pada tahun 1414 dan diwarisi oleh anaknya, Raja Megat
Iskandar Syah 1414-1424, Baginda kemudian digantikan dengan putera baginda, Sri
Maharaja, yang kemudiannya mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah" (1424-1444).
Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya dari isteri
kedua baginda Puteri Rokan, Raja Ibrahim. Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah oleh
sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar Melaka tidak setuju dan telah membunuh Raja
Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".

Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri KESULTANAN MELAKA


pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun 1445
dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Syah" (1445- Tempoh Sultan
1456) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam 1400 – 1414 Raja Iskandar Syah
sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Sultan Megat Iskandar
Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan 1414 – 1424
Shah
Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina.
Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada Sultan Muhammad
1424 – 1444
ketika itu beragama Hindu. Semasa pemerintahannya, Syah
pihak Siam membuat dua serangan ke atas Melaka. 1444 – 1445 Sultan Abu Syahid
Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui 1445 – 1456 Sultan Muzaffar Syah
darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh
Tun Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak 1456 – 1477 Sultan Mansur Shah
jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam melancarkan
serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi
Dichu melalui laut, dan sekali lagi Tun Perak telah
berjaya menewaskan mereka dan kali ini, dengan
mudah. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Sultan Alauddin
Siam tidak lagi mencuba untuk menyerang Empayar 1477 – 1488
Ri'ayat Shah
Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikkan
Bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". 1488 – 1511 Sultan Mahmud Shah
Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan
merupakan tulang belakang kepada perkembangan
Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan
Melayu.

[sunting] Kegemilangan Kesultanan Melaka

Melaka pada kemuncak zaman kegemilangannya.

Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan
kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi
kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah
menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan
Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar
Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang
Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.

Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok
kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan
penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada
hari ini.

Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya
dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera.
Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya
tumbang pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi
kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.
[sunting] Kejayaan Melaka
Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada
Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor
perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di
Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan
China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan
mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan
menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap
yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu
untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan
infrastruktur yang moden.

Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah
kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada
kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai
Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka.
Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim
salam’ dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah
Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai
Kelantan, menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam.
Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam
perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah.

Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam
tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi
pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak
sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka
merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya
kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi
menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.

[sunting] Kejatuhan Melaka


Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak
kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak,
pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah.
Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau
bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan.
Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu
baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang
mengasaskan sebuah empayar luar negeri.

Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja
Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia
Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang
Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping
perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang
Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.
Orang-orang Portugis berminat berdagang di Melaka

Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso
de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina
markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas
10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan
Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam
percubaannya mendapat pertolongan daripada negera China.

Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor
sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang
terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan
dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan
Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang
Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa
sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.

Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro
Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikannya ke
Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan
Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad
ke-18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah,
dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan
Kesultanan Perak

Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.

[sunting] Tertib tarikh


Rencana utama: Sejarah Melaka

[sunting] Lihat juga


 Kesultanan Perak
 Kesultanan Johor

[sunting] Rujukan
1. ↑ "Pemerintah Pertama Melaka: Parameswara (1394-1414)". Sejarah Malaysia. Perpustakaan
Negara Malaysia. 2000. http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/detail.php?
section=sm01&spesifik_id=1&ttl_id=1. Retrieved 2009-01-22.
2. ↑ Windstedt (KBE, CMG, D.Litt (ed).), Sir R.O (1938). ""The Malay Annals or Sejarah
Melayu'". Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society XVI: 32.
3. ↑ Buyers, Christopher. "The Ruling House of Malacca - Johor".
http://www.royalark.net/Malaysia/malacca.htm. Retrieved 2009-06-13.

[sunting] Pautan luar


 (Inggeris) Sumber Singapura 1
 (Inggeris) Sejarah Singapura
 (Inggeris) Sumber mengatakan Parameswara dihalau penduduk tempatan
 (Inggeris) Sumber mengatakan Parameswara melarikan diri sebanyak dua kali iaitu
daripada Majapahit (keluar dari Palembang) dan daripada Siam (dari temasik)
 (Inggeris) Pertembungan fakta di antara Tun Seri Lanang (Sejarah Melayu) dan Tom
Pires (Suma Oriental) mengenai hal ini
 Rencana The Melaka Empire di laman sabrizain.org

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melayu_Melaka"


Kategori: Templat navigasi sejarah | Sejarah Malaysia | Sejarah Melaka

Вам также может понравиться