Вы находитесь на странице: 1из 9

UNIT 8

MIKOSIS
PENYAKIT DISEBABKAN OLEH KULAT (MCYCOSES)

8.1 dermatofit dan dermamikosis


Kulat yang menyerang tisu keratin i.e. kulit manusia, dikenali sebagai ‘dermatofit’
(dermatophytes), dan penyakit yang disebabkan oleh dermatofit disebut dermamikosis
(dermatomycoses) (dur’ma-to-mi-ko’ses). Kesemua penyakit yang disebabkan kulat, sama
ada pada kulit atau sebaliknya, dipanggil mycoses atau mikosis secara ringkas.

Penyakit ini disebabkan oleh sebilangan kulat terhad, biasanya daripada genus
Epidermophyton, Microsporum dan Trichopyton (Jadual 1), di mana ia menyebabkan
beberapa jenis penyakit kurap (ringworm) pada kulit, kuku dan rambut.

8.2 serangan pada subkutis

Kulat yang menyerang tisu subkutis (di bawah lapisan kulit) umumnya terdiri daripada
jenis yang hidup bebas di tanah atau di atas bahan vegetatif yang sudah reput. Ia juga
boleh dijumpai pada najis burung dan sebagai spora bawaan udara (airborne spores). Kulat
ini merentasi tisu melalui luka. Dalam keadaan istimewa, ia kadangkala merebak ke sistem
limfa, iaitu melalui salur limfatik lalu menyebabkan mikosis yang lebih serius.

Jangkitan kulat secara subkutis biasanya tersebar secara perlahan dan rawatannya juga
mengambil masa dan dilakukan melalui rawatan dalaman (systemic).

Jadual 1 : Dermatomycoses dan organisma penyebab yang ditemui pada kawasan jangkitan /
lesion.

Dermatomycosis Epidermophyton Microsporum Trichophyton Trichophyton Trichophyton


floccosum canis mentagrophytes rubrum tonsurans
Kurap badan X X X X
(body
ringworm)
Kurap kuku X X
(Nail ringworm)
Kurap groin X X X
(Groin
ringworm)
Kurap kulit X X X
kepala
(Scalp
ringworm)
Kurap janggut X X
(Beard
ringworm)
‘Athlete’s foot’ X X X

8.3 KURAP (RINGWORM)

Kurap berlaku dalam beberapa bentuk (termasuklah ‘athlete’s foot’ yang dibincangkan
kemudian) dan mudah berjangkit. Contohnya, kurap kulit kepala senang diperolehi jika
sanitasi yang baik tidak diamalkan.

Kurap boleh terjadi pada kuku, rambut, kulit dan beberapa bentuk lagi; kebanyakannya
diberi nama berasaskan dimana ia mula2 sekali ditemui. Tinea corporis (kurap kulit)
mempunyai lesion penyakit berbentuk gegelang (lalu dipanggil ‘ringworm’),

Tinea cruris (kurap celahan kelengkang ‘groin ringworm’ atau gatal pada kawasan
kemaluan berlaku dalam kulit pada bahagian pubik (Gambar 1).

Tinea unguium (nama penyakit jenis kurap pada kuku) dikesan melalui pengerasan dan
pelunturan warna pada kuku kaki dan tangan.

Pada Tinea capitis (scalp ringworm), hifa bertumbuh dibawah folikel rambut dan
membentuk corak bulatan,
sementara Tinea barbae (barber’s itch) selalunya menyerang kulit yang ditutupi dengan
janggut.

Tiada bukti yang menunjukkan bahawa dermatomycoses mencerobohi tisu lain (selain
daripada kulit). Walupun kurang merbahaya, ia tetap tidak elok dipandang dan sangat
tidak selesa kerana gatal. Agen penyebab bertumbuh dengan baik pada suhu kulit, yang
sememangnya rendah sedikit dari suhu badan. Kerosakan tisu yang disebabkan oleh
dermatophytes memberi laluan untuk jangkitan sekunder daripada bakteria.

Gambar 1: Tinea cruris kurap kelenjar ‘groin ringworm’ atau gatal pada kawasan
kemaluan yang disebabkan oleh Trichophyton.

8.3.1 Diagnosis dan rawatan

Diagnosis kurap boleh dilakukan melalui pemeriksaan secara mikroskopik ke atas kikisan
(scraping) lesion tetapi sebenarnya pemerhatian terus pada kulit sudah mencukupi.
Walaubagaimana pun, kulat dalam tisu umumnya tidak menghasilkan spora, oleh itu ia
perlu dikultur dimakamal sehingga spora diaruhkan untuk membantu pengecaman.
Dengan itu, pekerja2 dimakmal perlu berhati-hati untuk mengelakkan jangkitan.

Ramai orang yang terkena jangkitan melalui spora yang dibebaskan apabila piring petri di
makmal-makmal dibuka;
dan jangkitan juga sering berlaku apabila sistem ventilasi/ pengudaraan adalah kurang
baik.

Rawatan biasanya dilakukan dengan membuang kesemua tisu epithelium yang mati dan
diikuti dengan penggunaan sejenis ubat titis antifungus. Apabila ia merebak dan susah
untuk dirawat maka Griseofulvin diambil secara oral. Pencegahan kurap boleh dilakukan
dengan cara menjauhkan diri daripada tempat/objek yang tercemar dengan kulat dan
spora tersebut.

! " #$$# %

&' (
)
* &
( &

( ( & (
+ ( &

)
( )
(

, $ #$ %
)
(
- ((

8.4 Athlete’s foot


Athlete’s foot atau penyakit tinea pedis, disebabkan oleh hifa yang menyerang kulit pada
jari kaki dan menyebabkannya jadi kering dan kawasan lesion yang bersisik.
Lesion membesar bergantung kepada kelembapan. Seterusnya kulit akan merekah, pucat
dan terdapat jangkitan sekunder dari bakteria yang menyebabkan gatal-gatal, lembap dan
kawasan putih terbentuk di antara jari-jari kaki.

Kulat yang menyebabkan Athlelet’ s foot berupaya tersebar di persekitaran. Ia menjangkiti


tisu apabila sistem badan tidak dapat melawannya. Pencegahan athlete’s foot bergantung
kepada keseimbangan kesihatan, kebersihan, kaki yang kering; faktor2 ini dapat
menghalang kulat dari menumpang pada bahagian2 badan.

Agen antifungus seperti miconazole, biasanya efektif dalam menangani masalah ini.
GENERIC NAME: miconazole

BRAND NAME: Monistat; Micatin

DRUG CLASS AND MECHANISM: Miconazole is an anti-fungal medication related to


fluconazole (Diflucan), ketoconazole (Nizoral), itraconazole (Sporanox), and clotrimazole
(Lotrimin, Mycelex). It is used either on the skin or in the vagina for fungal infections.
Miconazole was approved by the FDA in 1974.

PREPARATIONS: Vaginal suppositories: 200 mg (Monistat-3), 100 mg (Monistat-7);


Vaginal cream: 2% (Monistat-7; Femizol-M); Topical cream: 2% (Monistat-Derm). There
are also two products which combine two different formulations: Vaginal suppositories 200
mg with topical cream 2% (Monistat Dual-Pak) and vaginal suppositories 100 mg with
topical cream 2% (Monistat 7 Combination Pack).

STORAGE: All formulations should be stored at room temperature, 15-30°C (59-86°F).

PRESCRIBED FOR: Miconazole is used to treat vaginal infections due to Candida


albicans and several fungal infections of the skin, including tinea versicolor, tinea pedis
("athlete's foot"), tinea cruris ("jock itch") and tinea corporis.

8.5. JANGKITAN KULAT PADA BAHAGIAN SUBKUTIS

Sporotrichosis

Sporotrichosis adalah nama penyakit yang disebabkan oleh Sporothrix schenckii, yang
mana biasanya merentasi badan daripada tumbuhan, terutamanya lumut ‘sphagnum’, duri
pokok bunga ros dan duri barberry.

Selain daripada manusia, penyakit ini boleh menyerang anjing, kucing, kuda dan tikus. Ia
biasa dijumpai di barat tengah Amerika Syarikat, terutama di Mississippi Valley.

Tanda awal penyakit ialah terdapatnya nodul yang kecil di sebelah luka. Ia menjadi kronik,
pembentukan granul, nanah dan akan tersebar dengan mudah ke saluran limfa dan
kadangkala merebak ke bahagaian organ dalaman, terutama peparu.

Diagnosis penyakit boleh dilakukan dengan mengambil sample specimen dari tisu yang
menunjukkan tanda penyakit.
Jangkitan samada cutaneous atau bentuk limfatik boleh dirawat dengan menggunakan
kalium iodide (potassium iodide, KI) dan proses membasmi penyakit dengan menggunakan
amphotericin B.

Sesiapa yang bekerja dengan pokok atau tanah mesti membersih dan menutup kawasan
luka untuk mencegah dari bersentuhan dengan bahan kontaminasi.

8.6 JANGKITAN KULAT OPORTUNISTIK (OPPORTUNISTIC FUNGI)

Sesetengah kulat, seperti beberapa jenis yis dan ‘black moulds’ boleh menyerang manusia.
Dua jenis yis, Candida albicans dan Cryptococcus neoformans dan sesetengah kulapuk
(moulds) seperti Aspergillus fumigatus, A. niger dan beberapa zygomycetes seperti Mucor
dan Rhizopus menyebabkan jangkitan kulat oportunistik.

8.6.1 Candidiasis
Yis Candida albicans berbentuk bulat, merupakan pertunasan yis, hadir di kalangan
‘normal flora’ pada sistem pencernaan dan saluran urogenital manusia.

Jika menjangkiti manusia peyakit ini dikenali sebagai candidiasis (kendi/ di’yur-sis) atau
moniliasis dalam satu atau beberapa tisu.

Apabila candidiasis hadir di permukaan lapisan mucus, ia dikenali sebagai ‘thrush’


(jangkitan pada tekak, atau alat kelamin yang disebabkan oleh kulat seperti yis) (Gambar
2a). Penyakit di kenali sebagai vaginitis apabila rembesan vaginitis mengandungi
kandungan gula yang tinggi. Contoh penyakit ini sering ditemui pada wanita yang
mengandung, pada individu yang sedang menjalani rawatan oral, individu diabetes yang
kurang dikawal dan juga pada wanita yang memakai pakaian dalam yang ketat, di mana
keadaan yang lembap boleh menggalakkan pertumbuhan yis.

Sesetengah spesies Candida boleh dipindahkan semasa aktiviti seksual.

Pekerja kilang tin yang terdedah kepada persekitaran berair untuk jangkamasa yang lama,
akan mengalakkan pembentukan lesi pada kulit dan kuku (Gambar 2b).
Candida juga boleh menyerang paru-paru, buah pinggang dan jantung atau dibawa oleh
darah, di mana ia menyebabkan tindakbalas toksik teruk (severe toxic reaction).
Candidiasis adalah jangkitan kulat yang biasa dilihat pada pesakit tuberculosis, AIDS dan
leukemia.

Proses diagnosis menunjukkan terdapatnya sel yang sedang mengalami pertunasan dalam
sampel lesi, kahak atau cecair yang dikeluarkan oleh pesakit candidiasis.
Sesetengah antivirus boleh digunakan untuk merawat penyakit ini.
Candida boleh dijumpai di mana-mana, oleh itu jangkitan boleh dicegah melalui
pengawalan persekitaran.

Gambar 2: Candidiasis. (a) Jangkitan Candida di ruang mulut di mana terdapat tompokan
putih yang biasanya terjadi pada pesakit diabetes dan AIDS. (b) Jangkitan
Candida di kuku tangan.

8.7 Aspergillosis

Aspergillosis dalam manusia boleh disebabkan oleh beberapa spesies Aspergillus,


terutamanya A. fumigatus. Kulat ini bertumbuh di atas kayu yang telah mereput.

Penyerangan awal adalah ke atas luka, kornea, bahagian telinga dalam di mana ia ada di
dalam tahi telinga (earwax) dan lama kelamaan menyebabkan ulser pada gegendang
telinga. Pada pesakit yang mengalami daya tahan melawan penyakit yang rendah, ia boleh
meyebabkan penyakit pneumonia teruk (severe pneumonia).

Proses diagnosis boleh dibuat secara biopsi dan pemerhatian ciri-ciri hifa dalam tisu yang
telah terjangkit dilakukan.
Agen anti fungus berkesan dalam proses rawatan aspergillosis.

Proses pencegahan boleh dilakukan tetapi bergantung kepada daya tahan perumah
terhadap spora Aspergillus. Spora yang disedut masuk melalui pernafasan oleh seseorang
boleh menyebabkan simptom penyakit teruk.

8.8 Zygomycoses

Sesetengah genus Rhizopus dan Mucor boleh menjangkiti manusia, contohnya pesakit
diabetis yang tidak dirawat boleh menyebabkan zygomycoses.
Fungus ini boleh menyerang paru-paru, sistem saraf pusat dan tisu di bahagian mata dan
boleh menyebabkan kematian, ia bergantung kepada daya tahan badan melawan penyakit.
Ia boleh didiagnosis dengan penemuan hifa di lumen dan dinding salur darah.
Dadah antifungus mungkin boleh atau tidak efektif untuk merawat zygomycoses.

8.9 PENYAKIT KULIT LAIN

‘Madura foot’ atau maduromycosis biasanya berlaku di negara tropika. Ia disebabkan oleh
berbagai mikrob tanah, termasuklah kulat genus Madurella dan Actinomycetes berfilamen
(bacteria berfilamen) contohnya Actinomadura, Nocardia, Streptomyces dan Actinomyces.

Organisma merentasi badan melalui kulit, terutama mereka yang tidak memakai kasut.
Pada permulaan jangkitan ia mula bernanah dan apabila besar dan bercantum dan
seterusnya menjadi bergranul dan kronik. Jika tidak dirawat ia akan menyerang otot,
tulang dan kaki menjadi besar (Gambar 3).

Apabila melakukan diagnosis ke atas penyakit ‘Madura foot’ granul berwarna putih,
hitam, kuning atau merah boleh dilihat di hifa dalam sampel nanah. Pembuangan
organisma tanah di dalam luka boleh mencegah penyakit ini.
Gambar 3: Madura foot. Penyakit ini disebabkan oleh Actinomycetes, kulat seperti
bakteria. (a) pandangan bawah; (b) pandangan atas.

TAMAT

Вам также может понравиться