Вы находитесь на странице: 1из 2

CONTOH KAJIAN ALAM SEKITAR

Langkah Pertama – Pembentukan Kumpulan


Terdapat pelajar-pelajar yang menunjukkan minat yang mendalam tentang
isu-isu alam sekitar lalu mereka membentuk kumpulan berdasarkan minat
yang sama.

Langkah Kedua – Melantik Guru Penasihat


Seterusnya mereka berjumpa dengan guru penasihat dan memberi idea
berkenaan perkara tersebut.

Pada pertemuan pertama, guru penasihat menyenaraikan secara spesifik


topik/isu alam sekitar yang menarik minat kumpulan pelajar (KP) itu.

Langkah Ketiga – Merancang Kajian (Latar belakang masalah,


membentuk pernyataan masalah)
Guru penasihat seterusnya meminta KP membincangkan isu-isu tersebut
dan memilih 3 isu yang paling diminati untuk kajian. Isu-isu tersebut ialah

1. kualiti air tempatan,


2. kesan pembinaan tapak pelupusan
3. kepupusan beberapa spesies tempatan.

Dua kumpulan telah dibentuk di mana 1 kumpulan berhasrat untuk


mengkaji kesan pencemaran dari tapak pelupusan terhadap penduduk
dan 1 kumpulan lagi berhasrat untuk mengkaji masalah spesies yang
semakin pupus di kawasan itu.

Langkah Keempat – Merangka Kajian (Proposal)


Mereka menyediakan perancangan (time line), agihan tugas dan proposal
kajian.

Langkah Kelima – Tinjauan Literatur


Mereka menggunakan berbagai sumber untuk mendapatkan idea/maklumat
berkaitan kajian yang ingin dibuat dengan merujuk kepada kajian terdahulu
melalui buku, majalah, jurnal, internet, temuduga dan sebagainya.

1
CONTOH KAJIAN ALAM SEKITAR

Langkah Keenam – Menghubungi Pihak Berkaitan


Mereka menghubungi pihak berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar, UPM dan
sebagainya untuk meminta bantuan khidmat dan jika perlu menjalankan
kajian di tempat mereka.

Langkah Ketujuh – Menjalankan Kajian


Mereka mula menjalankan kajian secara eksperimen, mengumpul maklumat,
memproses data dan mendapat analisis dan dapatan. Mereka juga
membincangkan keputusan kajian tersebut kepada guru penasihat.

Langkah Kelapan – Menulis Laporan / Mini Tesis


Mereka mula menulis dengan menyediakan draf dan seterusnya diperbaiki
dengan bimbingan penasihat. Laporan yang siap diserahkan kepada
jawatankuasa berkenaan.

Langkah Kesembilan – Persembahan dan Penilaian


Kajian yang lengkap dengan produk akhir/prototype dipersembahkan
semasa Hari Persembahan.

Kajian mereka berjaya menyekat projek tapak pelupusan daripada mendapat


kelulusan yang diperlukan untuk beroperasi. Sebagai alternatifnya mereka
berjaya membina satu sistem pelupusan (insenarator) yang mesra alam;
dan
satu lagi kajian telah menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat
tempatan tentang masalah spesies yang semakin pupus di kawasan itu.
Mereka berjya menerangkan kepada masyarakat tentang 3 spesies haiwan
dan 12 spesies tumbuhan yang mungkin pupus serta langkah-langkah yang
boleh diambil untuk memelihara spesies-spesies ini.

Kajian mereka telah mendapat liputan meluas dan disiarkan dalam berita arus
perdana serta mendapat perhatian dunia.
©JK SEM MRSM ALOR GAJAH

Вам также может понравиться