Вы находитесь на странице: 1из 31

Sesi ”Fakta dan Auta” serta Aktiviti Berkumpulan dalam Pengajaran dan Pembelajaran

subjek Perdagangan Tingkatan 4

Oleh

Nurrul Hidayah Binti Ismail


Siti Noor Zhafarina Binti Roslan

Penyelia
Dr. Siti Fatimah bt Mohd Yassin

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah ambilan Julai 2009

Abstrak

Kajian tindakan ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian dalam matapelajaran Perdagangan Tingkatan 4. Sesi ‟Fakta dan Auta‟ serta aktiviti
berkumpulan telah dilakukan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan
bermatlamatkan kepada peningkatan terhadap penglibatan dan pencapaian pelajar bagi
matapelajaran Perdagangan. Perbezaan individu dari sudut kognitif dan afektif menyebabkan
guru harus bijak merancang strategi pengajaran danpembelajaran yang berkesan dan
bersesuaian dengan kebolehan pelajar. Sampel kajian tindakan ini terdiri daripada 47 orang
pelajar tingkatan 4 yang mengambil matapelajaran perdagangan. Instrumen kajian yang
digunakan adalah melalui pemerhatian, temubual, hasil kerja pelajar, ulasan penyelia dan rakan
guru pelatih serta jurnal refleksi pengkaji yang mengandungi analisis SWOT terhadap amalan
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kajian tindakan ini dijalankan melalui 2
kitaran yang mengandungi 11 peringkat bermula dengan mengenalpasti masalah, mereflek,
merancang, bertindak sehinggalah kepada penulisan laporan. Kajian koloboratif ini turut
melibatkan lebih daripada dua orang guru daripada matapelajaran yang sama dimana
mempunyai permasalahan yang sama di dalam bilik darjah. Perkembangan psikologi remaja
dengan menyelitkan unsur kognitif dan afektif serta motivasi melalui aktiviti berkumpulan serta
sesi ”Fakta Auta” dapat memberi impak kepada pencapaian dan hasil pembelajaran pelajar di
dalam bilik darjah adalah bersesuaian untuk diamalkan kepada semua matapelajaran
khususnya perdagangan.
PENGENALAN

Pengajaran di dalam kelas seharusnya mendatangkan pembelajaran, iaitu ianya memerlukan


pengetahuan tertentu bagi guru menjayakannya. Pelbagai kaedah baru yang diperkenalkan
serta digunakan agar strategi pengajaran guru lebih menarik dan berkesan. Ini kerana tiada
satu pun kaedah yang terbaik boleh digunakan kerana ianya bergantung kepada pelbagai faktor
seperti persekitaran, budaya sekolah, kepelbagaian latar belakang pelajar dan sebagainya.
Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran juga perlu melibatkan interaksi dua hala antara
pelajar dengan guru. Maka, pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah dengan
berpusatkan pelajar dan aktiviti berkumpulan dipercayai dapat memberi peluang kepada pelajar
untuk berbincang, bergiat aktif, serta belajar sambil bermain. Selain itu juga, guru berperanan
sebagai pengkaji dan pengkritik kepada amalan pengajarannya melalui refleksi kendiri,
pemerhatian serta maklum balas dari persekitarannya. Kajian tindakan ini dilakukan bagi
menambahbaik strategi dan amalan pengajaran dan pembelajaran dari semasa ke semasa.

Penyataan Masalah

Subjek Perdagangan merupakan salah satu subjek elektif yang diambil oleh pelajar menengah
atas. Pengkaji mendapati kebanyakkan kelas yang menawarkan subjek ini terdiri daripada
pelajar kelas sederhana dan lemah. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung
di bilik darjah, pengkaji mendapati kurangnya penglibatan menyeluruh daripada pelajar dan
pelajar didapati kurang menunjukkan minat untuk bergiat aktif dalam sesi soal jawab. Ciri-ciri
pelajar yang berbeza seperti pelajar lemah yang tidak dapat mengikuti pengajaran secara
terbuka serta pelajar yang tidak memberi perhatian di dalam kelas juga menuntut pembelajaran
melalui aktiviti.

Tujuan Kajian

Kajian tindakan yang dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti amalan
pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian serta meningkatkan penglibatan dan
pencapaian pelajar dalam matapelajaran Perdagangan melalui sesi ‟Fakta dan Auta‟ dan aktiviti
berkumpulan.
Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti amalan pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian dengan subjek perdagangan. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:

1. Meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran


matapelajaran perdagangan.

2. Meningkatkan pencapaian pelajar dalam matapelajaran perdagangan.

Persoalan Kajian

Sebanyak tiga persoalan kajian dibina bagi menjawab objektif kajian yang dikemukakan, iaitu:

1. Adakah sesi Fakta dan Auta serta aktiviti berkumpulan dapat meningkatkan penglibatan
pelajar dalam matapelajaran perdagangan?

2. Adakah sesi Fakta dan Auta dapat meningkatkan pencapaian pelajar di dalam
matapelajaran perdagangan?

KAJIAN KEPUSTAKAAN

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lazimnya persoalan yang timbul adalah adakah
guru memahami gaya pembelajaran pelajar yang berbeza-beza? Guru disarankan supaya
melakukan anjakan paradigma dalam gaya pengajaran mereka supaya dapat disesuaikan
dengan gaya pembelajaran pelajar. Sharifah A. Alsagoff (1987) menghuraikan psikologi
perkembangan sebagai kajian terhadap faktor-faktor yang menentukan tingkah laku manusia
dan perubahan kebolehan, personaliti, motivasi dan ciri-ciri sosial mengikut peringkat masa
tertentu iaitu dari masa pralahir hingga ke dewasa. Oleh yang demikian, guru perlu memahami
perkembangan fizikal, mental dan emosi pelajar demi membolehkan guru menyediakan
rancangan mengajar yang sesuai dan berkesan. Melalui kajian psikologi perkembangan juga,
guru akan dapat memahami perubahan personaliti dan konsep kendiri pelajar demi
meningkatkan keberkesanan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala, psikologi
pendidikan dapat memberikan ilmu pengetahuan (tingkah laku pelajar, kemahiran dan sikap
mengajar, motivasi) tentang amalan pengajaran di dalam bilik darjah dan memberi kesedaran
kepada guru terutamanya guru novis tentang perbezaan individu dari aspek mental, fizikal,
kecerdasan dan minat demi membolehkan guru mengajar pelajar mengikut kebolehan mereka
dengan aktiviti kumpulan.

Menurut Jean Piaget, remaja (individu di dalam lingkungan umur selapas 12 tahun) telah boleh
memikir secara abstrak dan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks dan berfikir secara
induktif dan deduktif. Maka, implikasi teori perkembangan dalam strategi pengajaran dan
pembelajaran seharusnya selari dengan perkembangan jasmani, kognitif, emosi dan rohani
serta sosial. Bagi perkembangan jasmani, pengurusan jasmani dan permainan serta kerja
praktikal haruslah mengikut perkembangan fizikal pelajar. Manakala, bagi perkembangan
kognitif, guru perlu bijak merancang aktiviti yang menarik dan bermakna, menyediakan pelbagai
alat bantu mengajar untuk membentuk konsep yang tepat dengan menghubungkaitkan konsep
konkrit dan abstrak. Penggunaan strategi pengajaran berkumpulan adalah penting untuk
memupuk perkembangan sosial. Aktiviti-aktiviti seperti melakukan sesuatu projek, perbincangan
dan permainan secara berkumpulan adalah bertepatan dengan peringkat perkembangan sosial
remaja, di mana mereka dapat bekerjasama dan menyelesaikan masalah bersama-sama iaitu
bersesuaian dengan teori perkembangan emosi-fizikal oleh Sigmund Freud iaitu pada peringkat
umur 12-19 tahun (peringkat genital), individu itu mula bersosialisasi dengan rakan sebaya dan
suka melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan.

Ini diperkuatkan lagi dengan perlaksanaan Kurikulum (KBSR) dan Kurikulum (KBSM) yang
membawa kepada perubahan iaitu daripada pendekatan tradisional kepada pendekatan baru
dalam proses pembelajaran di sekolah, di mana Wan Zahid (1993) menegaskan bahawa
pembelajaran yang tertumpu kepada pelajar mesti diamalkan dan mengurangkan atau
menghapuskan pembelajaran yang tertumpu kepada guru. Strategi pemusatan pelajar adalah
dengan menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti pembelajaran dan
bukannya sebagai penerima maklumat semata-mata. Sehubungan dengan itu, antara teknik
yang sesuai digunakan adalah kerja berkumpulan dan perbincangan sesama pelajar. Hasil
daripada beberapa pemerhatian dalam aspek pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang
dikaji oleh pelajar pendidikan UKM (Julai-Ogos 1998), kelas aliran sastera yang merangkumi
subjek Perdagangan mengamalkan pembelajaran antaranya ialah secara memberi nota dan
membaca nota di papan hitam, penerangan dengan contoh dan latihan, penggunaan ABM,
melalui kaedah penyoalan dan perbincangan kumpulan, di mana kebiasaanya kelas lemah
adalah berpusatkan guru, manakala kelas cerdas adalah berpusatkan pelajar.
Abd. Rahim bin Abd. Rashid (1998), seorang tokoh pendidikan telah merumuskan kaedah
pengajaran dan pembelajaran pelajar yang berkesan adalah guru perlu bijak menyesuaikan
kaedah pengajaran dengan gaya pembelajaran pelajar dengan lebih menekankan soal minat,
intelektual, kreativiti, sikap, penghayatan dan aspresiasi sesuatu matapelajaran dalam
kehidupan pelajar. Selain itu, bagi menguatkan ingatan dan tidak mudah lupa tentang apa yang
telah dipelajari adalah dengan sentiasa mengaplikasikan apa yang telah dipelajari kepada
situasi kehidupan seharian mereka.

Konsep pengajaran pula ialah suatu proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan atau kemahiran supaya murid-murid dapat mempelajari dan menguasainya
dengan betul. Pembelajaran pula ialah suatu proses bagaimana pelajar-pelajar memperoleh,
menyusun, menyimpan dan menggunakan sesuatu ilmu pengetahuan atau kemahiran yang
diajarkan. Manakala belajar atau pembelajaran di sekolah merupakan satu pergerakan ke arah
pembentukan insan yang berupaya menyelesaikan persoalan yang kompleks, mengiktiraf
kuasa dan kefahaman konsep-konsep sesuatu bidang pelajaran dan menggunakan ilmu yang
dipelajari di dalam kelas untuk menyelesaikan masalah di luar kelas.

Menurut Tajul Ariffin Noordin (1988), menjelaskan kejayaan manusia adalah bergantung
kepada keupayaan memilih proses pembelajaran yang paling sesuai dalam kehidupannya.
Menurut beliau lagi, hanya menerusi pembelajaran yang baik dan sihat, manusia akan terus
maju dan membangun dari satu tamadun ke tamadun yang lain. Perhubungan pengajaran dan
pembelajaran begitu rapat kerana kedua-duanya berjalan serentak pada satu masa. Tanpa
murid, guru tidak dapat mengajar dan tanpa guru, pelajar tidak mengetahui bagaimana cara
untuk belajar. Connell (1981) menjelaskan bahawa proses mengajar belajar merupakan satu
interaksi dinamik antara guru dan pelajar, malahan guru dan pelajar masing-masing saling
mempengaruhi antara satu sama lain. Malah, keberkesanan pengajaran bergantung kepada
kebolehan menggunakan kemahiran mengajar yang berjaya supaya memudahkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.

Bagi subjek Perdagangan, ianya adalah salah satu mata pelajaran elektif untuk Tingkatan 4 dan
5 di bawah Kumpulan Sastera Ikhtisas, di mana bertujuan untuk memberikan pengetahuan
perdagangan kepada pelajar supaya mereka mengetahui, memahami dan dapat menggunakan
prinsip-prinsip serta amalan positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan yang berkaitan.
Topik-topik yang berkaitan merangkumi bidang-bidang pengeluaran, perdagangan, perniagaan,
bantuan perniagaan, pelaburan, pemilikan perniagaan, konsumerisme dan etika amalan
perniagaan. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran adalah bermula daripada pemahaman
konsep, pengetahuan sedia ada serta pekembangan maklumat terkini di bidang perdagangan.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Nor Aishah Buang dan Yap Poh Moi (2002), majoriti guru-
guru perdagangan memilih kaedah kerja kumpulan dan penerangan sebagai kaedah
pengajaran yang paling sesuai di dalam mengajar subjek perdagangan. Ini adalah bersesuaian
dengan memenuhi tuntutan perkembangan remaja adalah pengajaran secara kumpulan iaitu
strategi pengajaran yang berpusatkan pelajar. Aktiviti berkumpulan di dalam kelas
membolehkan pelajar menjalankan aktviti melalui perbincangan, menyumbang kemahiran
masing-masing dalam mencapai matlamat kumpulan. Ianya memberi semangat
kerbergantungan, kemahiran sosial, kesedaran tanggungjawab dan penilaian kumpulan bagi
memperoleh ganjaran. Aktiviti berkumpulan merangkumi kaedah pengajaran melalui teknik
simulasi, main peranan, kajian kes, permainan, sesi kuiz (fakta dan auta) serta perbincangan.
Selain itu, Lilia dan Norlena (2000) juga menyatakan bahawa guru yang melaksanakan
pengajaran yang bersifat tradisional menyebabkan pelajar belajar secara hafalan dan juga
menyebabkan guru kurang upaya mengesan salah tanggapan pelajar tentang sesuatu konsep.

Permainan di dalam kelas merupakan kaedah yang boleh dikatakan berjaya menarik perhatian
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut berapa kajian yang telah
dijalankan, mendapati bahawa penggunaan kaedah permainan dapat menarik minat dan
penglibatan pelajar dalam sesuatu mata pelajaran. Ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan pemahaman mereka dalam subjek tersebut. Belajar melalui bermain adalah satu
teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sama ada kepada kanak-kanak atau
remaja. Melalui teknik ini juga dapat mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada guru
dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pendekatan belajar melalui bermain yang disarankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum,
(2003) adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada
pelajar supaya dapat belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna.
Pendekatan belajar melalui bermain dirancang supaya penekanannya dalam proses pengajaran
dan pembelajaran kerana melalui bermain pelajar dengan gembira dan senang hati membuat
penerokaan, penemuan dan pembinaan maklumat melalui pengalaman secara semulajadi.
Oleh itu penekanan kepada pendekatan ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
itu menggembirakan di samping keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi
perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan motor halus serta membina daya kreativiti dan
inovasi.

Dalam pengajaran dan pembelajaran, ramai guru menghadapi masalah penyampaian maklumat
dengan kaedah yang menarik dan bermakna serta dapat menarik minat dan perhatian pelajar
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan guru terikat dengan sukatan
mata pelajaran dan akhirnya menyebabkan guru mengajar berlandaskan buku teks semata-
mata tanpa mengaplikasikannya dalam kaedah pengajaran yang lebih kreatif. Bagi mengatasi
masalah ini, kaedah permainan dalam pengajaran dan pembelajaran dilihat bukan sahaja dapat
menangani masalah kurang minat pelajar dalam sesuatu subjek tetapi boleh meningkatkan
kefahaman dan pencapaian pelajar dalam semua mata pelajaran. Penggunaan kaedah
permainan adalah bergantung kepada kreativiti guru. Dalam kaedah ini, guru boleh menerapkan
unsur permainan dalam pembelajaran supaya kefahaman pelajar terbentuk dengan pelajar itu
berfikir sendiri untuk mendapatkan jawapan. Kelebihan kaedah permainan ini adalah interaksi
sosial di antara pelajar dapat diwujudkan dan dipupuk terutama semasa aktiviti kumpulan
dijalankan.

Sesi Fakta dan Auta merupakan kuiz berkumpulan yang merangkumi penyoalan aras
sederhana bagi menguji kefahaman pelajar secara umum tentang apa yang telah dipelajari.
Ianya berbentuk permainan terkawal yang melibatkan perbincangan dalam kumpulan secara
senyap tanpa mengeluarkan sebarang kata. Sesi ini melibatkan soalan dikotomus iaitu bagi
mendapatkan jawapan berbentuk ya (fakta) dan salah (auta).

Selain itu, menurut teori Vygotsky di dalam psikologi pendididkan, fungsi kognitif (pemikiran)
berasal dari interaksi sosial sesama individu dalam konsep budaya. Vygotsky juga yakin
bahawa pembelajaran berlaku semasa seseorang pelajar itu melakukan kerja-kerja atau
perkara yang belum dipelajarinya namun perkara tersebut berada di dalam “zone of proximal
development” mereka. “Zone of Proximal Development” adalah jarak antara tingkat
perkembangan yang ditunjukkan dalam kemampuan pemecahan masalah secara kendiri dan
tingkat kemampuan perkembangan potensi yang ditunjukkan dalam kemampuan pemecahan
masalah di bawah bimbingan orang dewasa atau teman sebaya yang lebih mampu. Dalam
kajian ini, aktiviti berkumpulan yang telah dirancang memerlukan pelajar saling berbincang dan
berbicara di dalam kumpulan dan belajar bersama-sama di antara satu sama lain.
Selain itu, teori Vygotsky yang mengandungi “scaffolding” memberikan bantuan kepada
seseorang pelajar pada tahap awal pembelajarannya dan kemudian mengurangi bantuan
tersebut secara beransur-ansur sehinggalah mereka mampu untuk melakukannya sendiri.
Bantuan yang diberikan oleh guru seperti petunjuk, peringatan, dorongan menyelesaikan
sesuatu masalah ke dalam bentuk lain yang mungkin pelajar tersebut dapat lakukan sendiri.

Di dalam kajian ini, pengkaji mengaplikasikan “scaffolding” melalui penerangan dan bantuan
yang diberikan pada awal pembelajaran sesuatu tajuk, manakala aktiviti berkumpulan dan sesi
“Fakta Auta” melibatkan pelajar melakukan aktiviti atau mencari sesuatu penyelesaian masalah
dengan sendiri dan guru sebagai pemudah cara dengan memberikan sedikit bantuan atau
petunjuk. Melalui aktiviti berkumpulan, interaksi sosial iaitu komunikasi dua hala antara pelajar
dengan pelajar dan guru dengan pelajar berlaku dalam usaha menyelesaikan atau pemecahan
sesuatu masalah serta menemukan sesuatu jawapan atau konsep-konsep. Pelajar juga mampu
belajar melalui penerokaan, menguji, memerhati dan menyusun maklumat. Adaptasi
diaplikasikan apabila pelajar menggunakan pengetahuan sedia ada mereka tentang suatu topik
atau melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan memahami sesuatu fenomena, situasi
atau matapelajaran tersebut. Kemudian mengubahsuai dan memperkembangkan lagi pemikiran
atau pengetahuan mereka supaya dapat mengaplikasikannya ke dalam kehidupan sebenar
(equilibrasi).

Selain daripada membuat kajian terhadap perkembangan kognitif pelajar, Bruner juga
menyatakan bahawa sebarang teori pengajaran harus mengandungi empat ciri antaranya ialah
ianya harus menentukan ganjaran dan dendaan selepas penilaian aktiviti pembelajaran supaya
pelajar mendapat kepuasan dalam pelajarannya. Maka, aktiviti berkumpulan yang telah
dilakukan adalah bersertakan konsep ganjaran supaya pelajar berlumba mencari ilmu serta
penyelesaian dan menjayakan sesuatu aktiviti dengan memberi kerjasama dan semangat
berkumpulan yang jitu. Bruner juga turut mengaitkan naluri ingin tahu dan pencapaian
kecekapan dengan motivasi pelajar dalam teori pengajarannya dan ini adalah bertepatan
dengan perkembangan alam remaja pelajar.

Kesediaan afektif pelajar juga diselitkan dengan merujuk kepada sikap, keinginan, semangat,
ketekunan, perasaaan dan minat pelajar bagi melaksanakan sesuatu aktiviti pembelajaran.
Menurut Stanford (1971), pembelajaran yang berkesan adalah dipengaruhi oleh sikap pelajar,
dan bukannya bilangan kali seorang pelajar mengulangkaji bahan pelajarannya. Implikasinya
adalah apabila seseorang itu mempunyai sikap positif, motivasi diri yang tinggi, aktif, agresif,
maka kesediaan afektifnya adalah tinggi dimana memudahkan proses pembelajarannya.
Perkembangan /
psikologi remaja

Unsur Kognitif
dan Afektif

Aktiviti Berkumpulan Pencapaian/


hasil
Pelajar
pembelajaran
Sesi Fakta dan Auta

Motivasi
-Ganjaran

Rajah 1: Kerangka Teoritikal Kajian Tindakan

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan serta menambahbaikkan pendekatan model kajian
tindakan Kemmis (1988). Di dalam model kajian tindakan Kemmis (1988) ini, terdapat empat
langkah yang terlibat iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Di dalam kajian ini,
penambahbaikan model tersebut dilakukan dengan menambah langkah memerhati (melihat
masalah) dan mereflek pada awal kajian dan membuat laporan pada akhir kajian. Selain itu,
kajian ini juga dilakukan sebanyak 2 kitaran iaitu bermula dengan memerhati (melihat masalah),
mereflek, merancang, tindakan, memerhati dan mereflek pada kitaran pertama. Kemudian,
pada kitaran yang kedua, pengkaji melakukan aktiviti merancang, bertindak, memerhati,
mereflek dan membuat laporan.
Rajah 2: Model Kajian Tindakan Kemmis (1988)

Mengenal pasti
masalah

Merefleks

Laporan
Merancang

Bertindak
Petunjuk:

Kitaran 1
Kitaran 2
Memerhati

Rajah 3: Kerangka Konseptual Kajian Tindakan oleh Nurrul dan Rina (2010)
Sampel Kajian

Pengkaji membuat kajian dengan meliputi 47 orang pelajar kelas perdagangan iaitu 22 orang
pelajar daripada kelas 4 Dedikasi dan 25 orang pelajar daripada kelas 4 Elit.

Instrumen Kajian

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan instrumen pemerhatian, temubual, hasil kerja
pelajar, ulasan penyelia dan rakan guru pelatih, jurnal refleksi pengkaji, markah sesi
”FaktaAuta” dan hasil soal selidik.

Pemerhatian
Pemerhatian telah dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran sama ada
secara langsung dan tidak langsung. Ianya terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Ianya
juga melibatkan alat kamera untuk merekod video dan menangkap gambar bagi menjadi
satu sumber yang berguna untuk menganalisis data selepas pemerhatian dijalankan.

Temubual
Pengkaji juga melakukan temubual tidak berstruktur dan secara berkumpulan bersama
pelajar, guru pembimbing serta rakan guru novis bagi mengenalpasti setiap kelemahan
yang perlu diperbaiki dan kelebihan yang perlu dikekalkan dengan tujuan
menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Hasil Kerja Pelajar


Hasil kerja pelajar seperti nota, latihan atau lembaran kerja yang diberi, puzzle dan hasil
pembentangan oleh kumpulan pelajar merupakan salah satu instrumen kajian bagi
melihat minat dan kesungguhan pelajar terhadap matapelajaran perdagangan.

Ulasan Penyelia dan Rakan Guru Pelatih


Ulasan dan komen penyelia dan rakan guru pelatih bagi mengenalpasti kekuatan,
kelemahan, peluang dan ancaman sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
yang telah dijalankan merupakan triangulasi data yang diperoleh untuk mendapat
maklumat dengan lebih mendalam dan mempunyai kesahan.
Markah Sesi Fakta dan Auta
Pengkaji juga melihat markah atau bilangan soalan yang telah dijawab dengan betul
oleh pelajar pada setiap kali sesuatu subtajuk yang dipelajari bagi mengenalpasti tahap
kefahaman awal pelajar terhadap sesuatu subtajuk.

Borang Soal Selidik


Soal selidik yang digunakan adalah berbentuk dikotomus iaitu bagi mendapatkan pilihan
sampel darpada dua penilaian iaitu ya atau tidak serta terbuka iaitu memerlukan sampel
memberi pendapat mereka demi penambahbaikan amalan pengajaran dan
pembelajaran.

Penerangan Prosedur Kajian

Kajian ini dilakukan sebanyak 2 kitaran dengan 11 peringkat iaitu:

KITARAN 1

Peringkat 1 : Memerhati (Mengenalpasti masalah)

Sebelum kajian dilakukan, pengkaji telah melakukan pemerhatian dan temubual secara tidak
berstruktur iaitu pada minggu kedua iaitu 9 Februari 2010 hingga 12 Februari 2010 untuk
mengetahui kaedah atau amalan yang biasa digunakan oleh guru dalam mengajar
matapelajaran perdagangan dan juga memerhati tingkah laku pelajar melalui penglibatan,
maklumbalas, reaksi muka, dan minat mereka terhadap matapelajaran perdagangan.

Peringkat 2: Mereflek

Pengkaji juga telah melakukan refleksi terhadap kaedah-kaedah yang difikirkan mampu
mengatasi masalah yang timbul dengan merujuk kepada kajian terdahulu. Beberapa kaedah
yang pernah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu seperti kaedah simulasi, kaedah inkuiri
dan juga kaedah perbincangan telah dipilih oleh pengkaji pada kitaran satu kajian ini.
Peringkat 3: Merancang

Pengkaji telah merancang untuk melakukan pelbagai kaedah pada kitaran pertama ini
berdasarkan kepada kajian-kajian terdahulu yang dirasakan bersesuaian untuk diaplikasikan
pada matapelajaran perdagangan iaitu seperti kaedah inkuiri, kaedah simulasi dan juga kaedah
perbincangan.

Peringkat 4: Bertindak

Didalam peringkat ini, pengkaji bertindak sepertimana yang telah dirancang iaitu dengan
meminta pelajar menceritakan apa yang mereka fikirkan apabila melihat sesuatu gambar yang
ditunjukkan oleh guru (diguna pakai semasa sesi induksi dan langkah perkembangan), meminta
pelajar menceritakan keadaan atau suasana yang dilihat di dalam kedai runcit, meminta pelajar
melakonkan (simulasi) keadaan di dalam sebuah kedai yang mana dapat menerangkan fungsi-
fungsi perniagaan runcit dan juga fungsi ejen, dengan membahagikan pelajar kepada beberapa
kumpulan dan meminta mereka membincangkan mengenai fungsi-fungsi peruncit diikuti dengan
pemmbentangan hasil perbincangan berkumpulan di hadapan kelas.

Peringkat 5: Memerhati

Pengkaji memerhati reaksi, tingkah laku dan sikap pelajar ketika aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dijalankan iaitu sebelum, semasa dan selepas aktiviti perbincangan, simulasi dan
inkuiri yang di jalankan mulai 22 Februari 2010 sehingga minggu kelima. Pemerhatian telah
dilakukan terhadap pelajar tingkatan 4 Dedikasi dan 4 Elit dalam matapelajaran Perdagangan

Aspek yang diperhatikan adalah merangkumi penglibatan pelajar di dalam kelas sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, tingkah laku pelajar, tumpuan yang
diberikan serta reaksi pelajar sewaktu set induksi, isi-isi pengajaran dan penutup, hasil kerja
pelajar seperti nota, latihan serta lembaran kerja yang diberi. Reaksi dan sikap pelajar sewaktu
aktiviti perbincangan, simulasi dan inkuiri dilaksanakan turut diberi perhatian. Pengkaji juga
merekod data melalui jurnal refleksi pada rancangan pengajaran harian setiap kali tamat sesi
pengajaran dan pembelajaran.

Secara keseluruhannya, pengkaji membuat pemerhatian terhadap penglibatan setiap pelajar,


perbincangan dengan ahli kumpulan dalam menyelesaikan tugasan dan sikap serta tingkahlaku
yang dipamerkan oleh pelajar sepanjang aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan.
Peringkat 6 : Mereflek

Maklumat yang telah dikumpul, dianalisis melalui temubual dan pemerhatian daripada aktiviti
perbincangan, simulasi dan inkuiri. Ulasan dan komen guru pembimbing dan penyelia terhadap
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan serta cara penyampaian guru diambilkira
dalam penganalisisan. Selain itu, refleksi juga dilakukan melalui data yang dikumpul daripada
keputusan ujian bulanan Mac dan juga latihan-latihan pengukuhan yang telah diberikan.
Pemahaman dan keupayaan pelajar menjawab soalan yang diutarakan oleh guru semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan turut serta dinilai dan dianalisis.

Selepas data dianalisis, pengkaji mendapati penglibatan pelajar semakin meningkat di mana
pelajar merasa lebih seronok, tidak bosan serta kadar ponteng kelas berkurangan. Walau
bagaimanapun, kefahaman pelajar masih lagi kurang tercapai. Oleh itu, pengkaji telah
memikirkan dan merancang untuk melakukan aktiviti berkumpulan serta sesi soal jawab yang
menarik dengan aktiviti lain seperti permainan, perbincangan dan kuiz.

KITARAN 2

Peringkat 7 : Merancang

Pada kitaran kedua, pengkaji telah merancang untuk melakukan kaedah soal jawab dan aktiviti
berkumpulan seperti permainan, perbincangan, pembentangan kuiz, lakonan dan sebagainya.
Bagi melaksanakan aktiviti soal jawab ini supaya menjadi lebih menarik, pengkaji telah
mengubahsuai aktiviti soal jawab yang biasa kepada sesi ”Fakta Auta” serta mempelbagaikan
aktiviti berkumpulan seperti permainan, perbincangan, pembentangan, puzzle serta kuiz.

Peringkat 8 : Bertindak

1. Pengkaji telah menjalankan sesi soal jawab atau sesi ”Fakta Auta” di mana pelajar
dikehendaki menjawab soalan guru secara berkumpulan dengan hanya mengangkat
kad tangan fakta atau auta dalam keadaan mod senyap. Pelajar tidak dibenarkan
bercakap, tetapi boleh berbincang atau merujuk buku. Markah diberikan kepada
kumpulan yang betul dan markah ditolak bagi pelajar yang memberikan jawapan yang
salah mahupun bercakap semasa aktiviti berlangsung. Pada akhir aktiviti, ganjaran
berbentuk hadiah diberikan kepada kumpulan yang memperoleh markah tertinggi.
2. Pengkaji melakukan aktiviti berkumpulan membahagikan pelajar kepada beberapa
kumpulan dan pelajar dikehendaki menjawab soalan sama ada fakta atau auta. Jumlah
markah dikutip berdasarkan dengan kepelbagaian kaedah pengiraan markah iaitu
berdasarkan balingan dart oleh pelajar serta balingan dua biji dadu.

3. Pengkaji turut melakukan pelbagai kaedah soal jawab berdasarkan aktiviti lakonan yang
dilakukan oleh kumpulan-kumpulan yang lain, serta cabutan soalan daripada kotak
ajaib.

4. Aktiviti berkumpulan dilakukan dengan meminta pelajar melakonkan situasi sebagai ejen
pengeluar, ejen penjual dan broker.

5. Melakukan aktiviti berkumpulan dengan meminta pelajar menyelesaikan puzzle


kemudian membentangkannya.

Peringkat 9: Memerhati

Pengkaji telah memerhati reaksi, sikap dan tingkah laku serta penglibatan pelajar ketika aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dijalankan iaitu sebelum, semasa dan selepas aktiviti soal jawab
atau sesi “Fakta Auta” dan aktiviti berkumpulan dijalankan. Sesi “Fakta Auta” telah dilakukan
seiring dengan aktiviti-aktiviti yang lain. Pemerhatian tersebut telah dijalankan pada 22 Mac
2010 sehingga 24 April 2010 iaitu minggu kelapan sehingga minggu kedua belas.

Perkara yang diperhatikan oleh pengkaji merangkumi penglibatan pelajar di dalam kelas
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran, tumpuan dan perhatian pelejar serta reaksi
mereka sewaktu set induksi, isi-isi pengajaran dan penutup, hasil kerja pelajar seperti nota,
latihan serta lembaran kerja yang diberi dan juga perhati reaksi dan sikap pelajar sewaktu
aktiviti soal jawab atau fakta auta dan aktiviti berkumpulan serta aktiviti permainan, kuiz dan
perbincangan dilaksanakan. Pengkaji juga telah membuat jurnal refleksi setiap kali tamat sesi
pengajaran dan pembelajaran.

Peringkat 10: Mereflek

Maklumat yang dikumpul, dianalisis melalui temubual antara pelajar dan guru, guru dan guru
serta pemerhatian daripada aktiviti berkumpulan dan sesi ”Fakta Auta”. Ulasan penyelia dan
guru pembimbing terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan diambil
kira.Selain daripada itu, refleksi juga dilakukan melalui data yang dikumpul melalui borang soal
selidik yang diberikan kepada pelajar. Seterusnya, latihan pengukuhan serta lembaran-
lembaran kerja atau peta konsep diberikan kepada pelajar sama ada sebelum sesi pengajaran
dan pembelajaran ataupun selepas pengajaran dan pembelajaran untuk mengetahui tahap
pemahaman mereka. Pemahaman dan keupayaan pelajar menjawab soalan yang diutarakan
oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan juga menjawab latihan yang diberi
juga dinilai serta dianalisis.

Selepas data dianalisis, pengkaji mendapati penglibatan pelajar semakin meningkat yang mana
pelajar lebih seronok, tidak bosan serta tiada lagi pelajar ponteng kelas. Kefahaman pelajar
juga dapat sentiasa diuji dari semasa ke semasa.

Peringkat 11: Penulisan Laporan

Pengkaji membuat laporan hasil daripada kajian tindakan yang telah dilakukan.

DAPATAN KAJIAN

Dalam kajian ini, data dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Pengumpulan data secara
kualitatif adalah merangkumi temubual, pemerhatian, hasil kerja pelajar, komen dan ulasan dari
penyelia dan rakan guru pelatih, serta jurnal refleksi diri. Manakala pengumpulan data secara
kuantitatif adalah merangkumi boring soal selidik, ujian bulanan Mac dan markah sesi “Fakta
dan Auta”.

Data Kualitatif

1. Temubual

Temubual secara tidak berstruktur telah dilakukan sebelum dan selepas kajian
dilaksanakan. Sebelum kajian dilaksanakan, kaedah ini telah digunakan iaitu bagi
membantu pengkaji mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tingkatan 4
bagi matapelajaran perdagangan. Temubual secara tidak berstruktur ini dilakukan terhadap
pelajar secara rawak yang mana ianya untuk mengetahui kaedah atau amalan biasa yang
digunakan oleh guru untuk mengajar matapelajaran perdagangan dan juga sejauhmana
mereka berminat dengan matapelajaran perdagangan. Contoh beberapa soalan temubual
tidak berstruktur yang telah pengkaji telah tanya kepada pelajar ialah; Adakah kamu
berminat dengan matapelajaran perdagangan? , Bagaimanakah cara pengajaran yang
kamu minati? , Apakah cara pengajaran guru yang kamu minati?, Adakah matapelajaran
perdagangan membosankan? dan sebagainya.

Hasil daripada temubual, kami mendapati kebanyakan guru menggunakan pendekatan


mengajar secara kuliah dan ‟chalk and talk‟. Pelajar juga diberi nota yang panjang dan
hanya diberi penerangan tanpa melakukan aktiviti-aktiviti di dalam kelas. Seterusnya,
pengkaji melakukan temubual secara tidak berstruktur semasa dan selepas kajian
dilaksanakan.

Pada kitaran pertama iaitu pada 22 Februari 2010 hingga 5 Mac 2010 iaitu minggu
keempat sehingga minggu kelima. Pengkaji telah melakukan temubual secara tidak
berstruktur untuk mengetahui sejauh mana mereka seronok dan faham dengan pengajaran
guru dalam matapelajaran perdagangan. Hasil daripada temubual tersebut, pengkaji
mendapati kebanyakan pelajar berasa seronok dan tidak bosan dengan aktiviti-aktiviti yang
dilakukan. Walaubagaimanapun, kebanyakan pelajar masih kurang faham dengan aktiviti
inkuiri yang mana mereka tidak dapat melakukan aktiviti terlebih dahulu sebelum guru
menerangkan atau mengajarnya. Pelajar lebih suka jika mereka diajar dan diterangkan
mengenai sesuatu tajuk terlebih dahulu sebelum mereka ditanya.

Pada kitaran kedua pula iaitu pada 22 Mac 2010 sehingga 24 April 2010 iaitu minggu
kelapan sehingga minggu kedua belas. Pengkaji mendapati kefahaman pelajar masih
kurang tercapai, oleh itu pengkaji telah melakukan penambahbaikan iaitu dengan
melakukan aktiviti soal jawab atau sesi ”Fakta Auta”. Daripada hasil temubual secara tidak
berstruktur pengkaji terhadap pelajar, pengkaji mendapati pelajar lebih faham kerana
apabila mereka ditanya soalan berulang-ulang kali, mereka akan lebih faham dan ingat.

2. Pemerhatian

Pengkaji juga telah melakukan pemerhatian terhadap tingkah laku dan sikap, penglibatan
serta reaksi pelajar sebelum, semasa dan selepas kajian dilaksanakan. Sebelum kajian
dilakukan iaitu pada minggu kedua iaitu 9 Februari 2010 hingga 12 Februari 2010, pengkaji
telah melakukan pemerhatian bagi mengenalpasti masalah pelajar tingkatan 4 dalam
matapelajaran perdagangan dan mendapati pelajar tidak gemar dan kurang berminat
dengan pembelajaran perdagangan. Mereka cepat mengantuk, tidak memberikan
perhatian pada pengajaran guru, membuat kerja sendiri serta tidak menyalin nota seperti
yang di arahkan oleh guru. Pelajar juga gemar ponteng kelas perdagangan daripada duduk
di dalam kelas terlibat dengan pembelajaran yang membosankan. Selain itu, sebelum
aktiviti perbincangan , simulasi dan inkuiri dijalankan, kami mendapati bahawa pelajar
berasa bosan dengan kaedah penerangan dan „chalk and talk‟ yang dijalankan oleh guru.
pelajar juga berasa mengantuk, tidak memberikan perhatian kepada pengajaran atau
penerangan guru, melakukan aktiviti sendiri dan juga ponteng kelas. Pelajar juga turut
bosan dan tidak gemar dengan cara guru yang meminta pelajar menyalin nota yang
banyak tanpa sebarang aktiviti yang menarik.

Pada kitaran pertama iaitu mulai 22 Februari 2010 hingga 5 Mac 2010 iaitu minggu
keempat sehingga minggu kelima, pengkaji telah melakukan pemerhatian semasa aktiviti
perbincangan, simulasi dan inkuiri dijalankan pula ialah pengkaji melihat kebanyakkan
pelajar lebih seronok belajar, tidak mengantuk dan juga pelajar sudah kurang ponteng
kelas. Semasa aktiviti perbincangan dijalankan, pengkaji dapati kebanyakan pelajar
bekerjasama melakukan perbincangan, walaubagaimanapun, mereka masih lagi lemah
dalam melakukan pembentangan kerana malu dan juga tidak biasa melakukannya di
hadapan. Semasa aktiviti simulasi dilakukan pula, mereka lebih berasa seronok dan aktif.
Pada kali pertama aktiviti simulasi dilakukan, mereka malu-malu dan tidak melakukan
aktiviti tersebut dengan baik. Walau bagaimanapun, pada kali kedua aktiviti simulasi
dilakukan, mereka lebih berani dan telah dapat melakukan aktiviti dengan lebih baik.
Semasa aktiviti inkuiri dilakukan pula, kami dapati pelajar sukar untuk memahami dan
melakukan seperti yang diminta oleh guru. Contohnya, guru meminta pelajar menceritakan
keadaan atau apa yang dilakukan atau ada di kedai runcit. Guru perlu memberikan contoh
seperti terdapat aktiviti memecah pukal, terdapat rak-rak dan sebagainya. Selain itu pelajar
berasa seronok apabila mereka diminta menceritakan apa yang mereka inginkan seperti
guru meminta murid menceritakan apakah perniagaan yang hendak dibuka dan di mana
hendak dibuka jika mereka diberi RM 5000. Disamping itu, pelajar juga berasa seronok,
guru juga dapat mencungkil pengetahuan pelajar. Dari segi hasil kerja pelajar, pengkaji
mendapati bahawa pelajar kurang berminat untuk melengkapkan nota dan membuat
lembaran kerja kerana mungkin pelajar masih lagi kurang berminat dengan matapelajaran
perdagangan.
Selepas penambahbaikan dilakukan, pada kitaran kedua iaitu pada 22 Mac 2010 sehingga
24 April 2010 iaitu minggu kelapan sehingga minggu kedua belas. Pengkaji telah
memerhati reaksi, sikap serta penglibatan pelajar ketika aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dijalankan iaitu sebelum, semasa dan selepas aktiviti soal jawab atau sesi
“Fakta Auta”, aktiviti permainan, aktiviti berkumpulan, aktiviti perbincangan dan juga aktiviti
kuiz dijalankan. Aktiviti Soal Jawab atau Sesi “Fakta Auta” dilakukan seiring dengan aktiviti-
aktiviti yang lain. Aktiviti soal jawab atau sesi fakta auta dan aktiviti berkumpulan yang
dijalankan melalui aktiviti permainan, perbincangan dan juga kuiz memberi mereka
kelainan yang mana pelajar tidak lagi berasa mengantuk dan bosan di dalam kelas. Pelajar
juga berasa lebih semangat dan seronok untuk belajar dan berasa tidak tertekan. Sebelum
aktiviti ini dijalankan, pengkaji mendapati masih terdapat segelintir pelajar yang bosan dan
kurang berminat dengan aktiviti yang dilakukan, walau bagaimanapun, selepas aktiviti ini
dilakukan, peratus pelajar yang berminat semakin bertambah. Selain itu, pemahaman
pelajar juga lebih kerap dapat dinilai. Guru juga dapat menerangkan atau menjelaskan
dengan segera jika di dapati pelajar kurang faham. Daripada reaksi muka pelajar, didapati
bahawa pelajar lebih faham dan puas apabila guru menerangkan atau menjelaskan
dengan lebih jelas selepas soalan diajukan kepada mereka.

Selain itu juga, daripada pemerhatian guru terhadap aktiviti soal jawab atau fakta auta yang
dilakukan melalui aktiviti berkumpulan, perbincangan atau kuiz juga memberi peluang
kepada pelajar untuk berbincang serta bertukar-tukar pendapat. Pelajar juga lebih seronok
apabila mereka perlu bersaing secara sihat dalam mengumpulkan markah dan mengejar
kemenanganan. Secara tidak langsung, ianya dapat meningkatkan lagi kefahaman pelajar.

Secara keseluruhannya, guru telah memerhatikan penglibatan setiap pelajar, perbincangan


pelajar dengan ahli kumpulan dalam menyelesaikan tugasan, sikap yang dipamerkan
sepanjang aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan serta tahap kefahaman pelajar.

3. Hasil Kerja Pelajar

Antara kaedah yang digunakan di dalam pengumpulan data kajian tindakan ini adalah
melalui hasil kerja pelajar sama ada di dalam buku nota mereka, latihan yang diberikan dan
tugasan yang dhasilkan semasa aktiviti berkumpulan di dalam bilik darjah. Maklum balas
yang diterima sama ada positif dan negatif menunjukkan minat dan semangat pelajar
belajar. Keputusan daripada hasil kerja pelajar ini, didapati bahawa pelajar lebih berminat
dengan membuat nota melalui peta minda yang dikosongkan, membuat soaloan-soalan
latihan, menyelesaikan tugasan-tugasan yang diberi seperti teka silang kata, „puzzle‟ dan
sebagainya dan juga membuat pembentangan dengan menggunakan kertas mahjong
berbanding dengan menyalin nota yang panjang lebar di dalam buku. Pengkaji juga telah
membuat pemerhatian terhadap hasil kerja pelajar yang mana mereka bersama-sama
menyelesaikannya dengan baik. Pengkaji juga turut melakukan temubual secara tidak
berstruktur yang mana pengkaji telah bertanya pelajar berkenaan tugasan-tugasan yang
diberi serta pendekatan yang bagaimanakah yang mereka minati atau ingini. Keputusan
daripada pemerhatian serta temubual tersebut, pengkaji mendapati pelajar tidak suka
menyalin nota yang panjang lebar dan mereka sukakan aktiviti berkumpulan dijalankan
dengan tugasan-tugasan yang lebih menarik berbanding mendengar penerangan atau
kuliah sahaja.

4. Ulasan Penyelia dan Rakan Guru Pelatih

Ulasan penyelia dan rakan-rakan pengkaji sebagai guru pelatih merupakan salah satu
tringulasi data yang diperoleh dalam pengumpulan data bagi kajian ini. Maklum balas yang
diperoleh dari penyelia, guru pembimbing dan rakan guru pelatih yang mengajar subjek
Perdagangan di sekolah lain merupakan suatu pemahaman di dalam merancang dan
mencari suatu strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bersesuian untuk
subjek ini. Keputusan yang dapat dibuat deripada komen penyelia dan rakan guru pelatih,
pelajar lebih memberikan perhatian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran jika
guru melakukan aktiviti-aktiviti di dalam kelas seperti aktiviti berkumpulan. Pelajar juga
didapati tidak mengantuk dan bosan dengan aktiviti yang dijalankan. Bagi sesi “Fakta Auta”
pula, penyelia dan rakan pelatih juga mendapati, ianya dapat menguji kefahaman pelajar
terhadap sesuatu topik. Selain itu, guru juga dapat mengenalpasti apakah perkara yang
pelajar masih kurang atau tidak faham. Disamping itu, tenknik penyoalan guru yang
diselitkan dengan pelbagai kaedah juga membuatkan pelajar tidak bosan.

Komen dan ulasan daripada rakan guru pelatih juga turut diambilkira bagi mengukuhkan
lagi keputusan yang dibuat. Rakan guru pelatih juga turut melihat proses pegajaran dan
pembelajaran yang dijalankan oleh pengkaji serta memberi cadangan penambahbaikan
dan juga komen terhadap proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Dengan itu,
pengkaji dapat mempelbagaikan kaedah soal jawab atau sesi fakta auta seperti melakukan
sesi fakta auta tersebut secara berkum[pulan dan kuiz. Selain itu, memberikan markah kuiz
tersebut berdasarkan balingan dart atau cabutan atau pun balingan dadu.

5. Jurnal Refleksi Pengkaji

Jurnal refleksi merupakan salah satu sumber pengumpulan data di dalam kajian ini. Ianya
umpama catatan diari atau rekod yang mengandungi hasil pemerhatian, perasaan, dan
penyelesaian dengan tujuan meningkatkan lagi pemahaman tentang amalan pengajaran
yang telah dilakukan. Selain itu, teknik analisis SWOT (Strenght, Weaknessess,
Opportunity dan Threats) digunakan dalam penulisan jurnal refleksi pengajaran harian
pengkaji iaitu merangkumi kekuatan pengajaran pada sesuatu masa, kelemahan
pengajaran pada sesuatu masa, cabaran yang dihadapi serta peluang yang ada sebagai
suatu penambahbaikan amalan pengajaran dan penyelesaian kepada suatu permasalahan
di dalam bilik darjah. Kesimpulan daripada jurnal refleksi tersebut ialah:

Strength (kekuatan yang ada pada diri pengkaji/guru dan amalan pengajaran)

Antara kekuatan yang ada pada diri pengkaji dan khususnya guru novis adalah
hubungan yang rapat dengan pelajar-pelajar dimana jurang perbezaan umur tidak terlalu
jauh menyebabkan guru lebih memahami kehendak dan cara pelajar (golongan remaja)
berlajar. Selain itu, suara guru yang kuat dan tegas juga mampu menarik perhatian
pelajar untuk memberi perhatian kepada apa yang disampaikan. Selain itu juga, amalan
pengajaran guru yang melibatkan aktiviti berkumpulan telah dapat menarik perhatian
dan penglibatan pelajar didalam proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran
perdagangan.

Weaknesses (kelemahan pada diri pengkaji/guru dan amalan pengajaran)

Kelemahan yang terdapat pada pengkaji itu sendiri adalah kurangnya pendedahan
tentang pengkaedahan terbaik serta pengalaman pengajaran yang berkesan berbanding
dengan guru sedia ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Selain itu, amalan pengajaran guru yang dianggap masih lemah termasuklah
bercakap terlalu cepat, kurang sensitive dan peka terhadap perubahan tingkahlaku
pelajar seperti berbual-bual, mengantok, tidak aktif dan sebagainya.

Opportunity (peluang yang terdapat bagi penambahbaikan)


Peluang sedia ada yang terdapat bagi penambahbaikan amalan pengajaran didalam
kelas adalah sikap ingin tahu pelajar terhadap sesuatu perkara. Pelajar juga (remaja
lingkungan umur 12 tahun keatas) gemarkan aktiviti sosial seperti aktiviti berkumpulan,
belajar sambil bermain serta pelbagai aktiviti yang melibatkan interaksi sosial di dalam
pengajaran dan pembelajaran di mana ianya memenuhi tuntutan jiwa dan psikologi
remaja. Selain itu juga, pemahaman dan minat pelajar juga banyak dipengaruhi oleh
amalan mengajar guru.

Guru juga perlu merebut peluang sedia ada iaitu konsep pembelajaran berpusatkan
pelajar dengan aktiviti berkumpulan sambil menerapkan unsur permainan, dengan
memberitahu pelajar tujuan sebenar aktiviti seumpanya dijalankan. Ini bertujuan agar
pelajar memahami unsur murni yang terselit pada konsep pembelajaran melalui aktiviti
permainan mahupun aktiviti berkumpulan seperti semangat berkerjasama, mendengar
arahan, berani bersuara dan lain-lain lagi.

Threats (cabaran pada sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas)

Ancaman yang terdapat pada sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
adalah perubahan sikap, emosi dan tingkahlaku pelajar itu sendiri yang kadangkala
memberi impak positif mahupun negatif semasa proses pembelajaan dan pengajaran
berlangsung. Selain itu juga, segilintir kecil pelajar juga mengambil kesempatan untuk
lebih bermain dari belajar dan menerima input dari apa yang didengari dan disampaikan
oleh rakan pelajar yang lain.

Selain itu juga, pengkaji juga mempunyai dilemma kerana terikat dengan beban sukatan
pelajaran yang ketat dimana menyebabkan guru terpaksa berkejar untuk menghabiskan
sukatan tanpa mengambil kira prestasi pelajar. Ini juga mewujudkan masalah tumpuan
pengajaran yang terlalu cenderung kepada peperiksaan.

Data Kuantitatif.

1. Soal Selidik.

Pengumpulan data secara soal selidik adalah merangkumi soalan berstruktur dan mudah
di mana tujuannya hanyalah untuk mendapatkan pilihan sampel daripada dua penilaian
iaitu ya atau tidak. Selain itu, pengkaji juga menyediakan soalan berbentuk terbuka bagi
mendapatkan pendapat responden tentang aktviti pengajaran yang telah dilakukan di

dalam bilik darjah. Selain itu, soal selidik ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Umum,
Pengajaran dan pembelajaran dan Aktiviti berkumpulan).

Berikut merupakan soalan berstruktur dan mudah yang ditanya pada soal selidik tersebut:

1. Apakah anda berminat mempelajari subjek perdagangan?

2. Adakah anda rasa subjek ini menarik?

3. Adakah anda rasa subjek ini sukar?

4. Adakah anda memahami penerangan guru mengenai sesuatu perkara yang diajar
guru?

5. Adakah kaedah pengajaran guru dapat menarik minat anda untuk belajar?

6. Adakah anda suka akan aktiviti berkumpulan yang telah dijalankan?

7. Adakah tugasan/aktiviti yang diberikan menguji daya pemikiran anda?

8. Adakah aktiviti berkumpulan ini membantu anda memahami isi penting mengenai
topik yang dipelajari?

9. Adakah aktiviti berkumpulan ini dapat menarik minat anda untuk mempelajari subjek
ini?

Berikut pula merupakan soalan berbentuk terbuka yang ditanya pada soal selidik tersebut:

10. Adakah aktiviti berkumpulan yang paling anda SUKA sepanjang proses pengajaran
dan pembelajaran subjek perdagangan yang telah dijalankan?

11. Komen/Cadangan.

Keputusan soal selidik bagi soalan-soalan berstruktur dan mudah seperti berikut:
Tingkatan Soalan YA TIDAK
4 Dedikasi
1 22 0

2 22 0

3 3 19

4 19 3

5 22 0

6 22 0

7 22 0

8 22 0

9 21 1

4 Elit 1 25 0

2 25 0

3 3 22

Jadual
4 23 2
1:
5 25 0

6 24 1

7 25 0

8 24 1

9 25 0

Keputusan Soal Selidik mengikut kelas


Keputusan soal selidik bagi soalan berbentuk terbuka pula ialah 36 orang pelajar suka
akan aktiviti sesi fakta auta. Manakala selebihnya iaitu 11 orang pelajar suka aktiviti
berkumpulan seperti aktiviti simulasi, puzzle, pembentangan, perbincangan, kuiz dan juga
permainan dart.

Cadangan atau komen pelajar pula ialah mereka suka sesi fakta auta dan aktiviti
berkumpulan dilakukan kerana mereka dapat melakukan pelbagai aktiviti yang menarik
seperti lakonan, pembentangan, perbincangan, puzzle, kuiz dan juga permainan dart.
Mereka juga lebih faham dengan apa yang diajar, seronok serta tidak mengantuk dan tidak
bosan dengan pengajaran guru. Secara tidak langsung, minat pelajaran terhadap
matapelajaran perdagangan dapat dipertingkatkan. Pelajar juga berpendapat bahawa
aktiviti-aktiviti berkumpulan dan sesi fakta auta yang dijalankan telah dapat menarik minat,
perhatian serta tumpuan mereka terhadap pengajaran guru. Selain itu, pelajar juga
menyatakan bahawa aktiviti yang dijalankan seperti sesi fakta auta memudahkan mereka
memahami pembelajaran serta dapat menguji daya pemikiran mereka.

2. Ujian Bulanan Mac

Pengumpulan data kuantitatif yang turut digunakan oleh pengkaji ialah keputusan Ujian
Bulanan Mac bagi matapelajaran Perdagangan yang telah dijalankan pada 10 Mac 2010
iaitu hari rabu. Ujian bulanan tersebut telah dijalankan bagi menilai sama ada pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan oleh pengkaji pada kitaran pertama
berkesan atau tidak.

Keputusan ujian bulanan seperti berikut:


17 17
18
16
14
12
10 8
LULUS
8 5
GAGAL
6
4
2
0
4 Dedikasi 4 Elit

Graf 1: Bilangan pelajar yang lulus dan gagal mengikut kelas bagi
keputusan ujian bulanan

28%

LULUS
72% GAGAL

Graf 2: Peratus keseluruhan pelajar yang lulus dan gagal

Secara kesimpulannya, pelajar yang lulus adalah 72% iaitu 34 orang pelajar manakala
pelajar yang gagal adalah 28% iaitu 13 orang pelajar. Pelajar kelas 4 Dedikasi dan 4 Elit
yang lulus adalah terdiri daripada 17 orang pelajar masing-masing manakala pelajar yang
gagal terdiri daripada 5 orang daripada kelas 4 Dedikasi dan 8 orang daripada kelas 4 Elit.

3. Markah sesi ”Fakta Auta”

Pengumpulan data kuantitatif yang seterusnya adalan melalui bilangan soalan yang dapat
dijawab dan tidak dapat dijawab oleh pelajar semasa sesi ”Fakta Auta”. Sesi ini telah
dijalankan selama 10-20 minit pada setiap akhir proses pengajaran dan pembelajaran
sebagai latihan pengukuhan atau serta untuk mengukur tahap pemahaman pelajar.
Keputusan sesi fakta Auta tersebut adalah seperti berikut:

Tingkatan Subtajuk Bilangan BETUL/ SALAH/


Soalan FAKTA AUTA
4 Dedikasi Definisi perniagaan borong 20 16 4

Fungsi perniagaan borong 20 17 3


dalam saluran agihan
Jenis-jenis pemborong 20 15 5

Pengambilalihan fungsi 20 19 1
pemborong
Dokumen perniagaan dalam 20 17 3
negeri
4 Elit Definisi perniagaan borong 20 15 5

Fungsi perniagaan borong 20 16 4


dalam saluran agihan
Jenis-jenis pemborong 20 15 5

Pengambilalihan fungsi 20 18 2
pemborong
Dokumen perniagaan dalam 20 18 2
negeri
JUMLAH 200 166 34

Jadual 2: Keputusan Sesi ”Fakta Auta” mengikut subtajuk

Secara kesimpulannya, bilangan soalan yang dapat dijawab dengan betul oleh pelajar
adalah 166 buah soalan daripada 200 buah soalan, bermakna 34 buah soalan tidak dapat
dijawab oleh pelajar. Bersamaan dengan 83% soalan yang dapat dijawab dengan betul
dan 17% soalan yang tidak dapat dijawab dengan betul. Ini bermakna pelajar faham
dengan apa yang diajar atau disampaikan oleh guru sbanyak 83%. Dengan itu, dapat
dirumuskan bahawa sesi fakta auta yang dijalankan dapat menarik minat dan
mengukuhkan serta memperkayakan lagi pengetahuan pelajar mengenai sesuatu subtajuk
yang diajar.

PERBINCANGAN

Implikasi kajian

Kajian ini dapat memberikan kesedaran kepada guru-guru supaya dapat mempelbagaikan
kaedah atau pun melakukan pelbagai aktiviti semasa proses pengajaran pembelajaran
dijalankan iaitu tidak hanya melakukan kaedah syarahan atau kuliah sahaja. Pengajaran dan
pembelajaran juga perlulah berpusatkan pelajar dan tidak hanya berpusatkan guru kerana ianya
boleh membuatkan pelajar bosan, mengantuk, malas, membuat kerja sendiri serta tidak
seronok dengan pengajaran dan pembelajaran tersebut. Melalui kajian ini, telah dapat
dibuktikan bahawa aktiviti berkumpulan yang dilakukan dengan pelbagai aktiviti dan kaedah
telah menarik minat pelajar untuk belajar dan secara tidak langsung menarik minat mereka
terhadap matapelajaran perdagangan. Selain itu, sesi fakta auta juga boleh digunakan bagi
menguji kefahaman pelajar terhadap sesuatu tajuk.

Cadangan penambahbaikan
Untuk cadangan penambahbaikan, dicadangkan supaya guru perlu mempelbagaikan lagi aktiviti
berkumpulan yang mampu menguji minda serta pemikiran pelajar supaya dapat mencungkil
bakat serta keupayaan mereka. Selain itu, aktiviti juga boleh dilakukan di pelbagai tempat
disekitar sekolah supaya pelajar tidak bosan serta dapat meluaskan lagi pandangan serta
minda mereka. Pelajar juga dapat merasai suasana baru dan secara tidak langsung pelajar
belajar dengan tidak bosan dan lebih teruja melakukan aktiviti.

Selain itu juga, guru juga boleh melakukan aktiviti berkumpulan yang memerlukan setiap
individu memainkan peranan yang mana ianya mampu menguji tahap kefahaman serta
pemikiran pelajar secara individu. Perkara sedemikian membolehkan guru dapat mengenalpasti
keupayaan dan kefahaman setiap pelajar secara individu bagi memastikan setiap ahli kumpulan
bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing.

Seterusnya, bagi sesi ”Fakta Auta”, guru perlu memberi arahan dengan lebih jelas, nyata dan
terang bagi memudahkan pelajar memahami soalan yang dituju. Selain itu juga, arahan yang
diberikan untuk aktiviti berkumpulan juga perlulah jelas dan ringkas serta dinyatakan dengan
suara yang lebih kuat agar semua pelajar dapat memberi sepenuh perhatian dan tumpuan.
Guru juga boleh mempelbagaikan bahan bantuan mengajar bagi setiap aktiviti yang dijalankan
supaya pelajar diberikan pendedahan dan input yang berguna di samping menjadi lebih teruja
serta seronok dengan aktiviti yang dijalankan.

Guru juga perlu memastikan pelajar bergerak pantas membentuk kumpulan masing-masing
dengan kumpulan yang telah ditetapkan supaya masa tidak dibazirkan begitu sahaja. Guru juga
perlu menggalakkan semangat kerjasama pelajar dan memantau setiap aktiviti yang dijalankan
supaya penglibatan semua pelajar dapat dicapai. Selain itu, tugasan atau aktiviti yang dilakukan
perlulah adil dan saksama supaya tiada pelajar yang tidak menyumbangkan apa-apa atau
menjadi ahli kumpulan yang pasif di dalam kumpulan mereka.

Selain itu juga, guru perlu menyelitkan unsur ganjaran dan dendaan yang lebih berkesan agar
pelajar dapat memberi sepenuh komitmen kepada aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah.
Ini bertujuan agar pelajar bersikap positif dan berusaha bersungguh-sungguh untuk
melaksanakan kerja dengan baik dan sempurna. Hukum kesediaan, latihan dan kesan juga
perlu dilaksanakan pada masa akan datang agar dapat meningkatkan tahap kesediaan pelajar
belajar, mengukuhkan pertalian antara ransangan dan gerak balas pelajar, serta memberi
ganjaran atau peneguhan untuk respon dari pelajar. Peruntukan masa yang bertepatan juga
harus dilaksanakan agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar tanpa
sebarang kelewatan.

KESIMPULAN

Kajian tindakan yang telah dilakukan merupakan satu langkah berterusan oleh guru dan
pengkaji untuk menilai dan mengesan keberkesanan amalan pengajaran sendiri. Data yang
dikumpul juga dijadikan panduan bagi mengubahsuai dan menambahbaik amalan lalu supaya
keberkesanan amalan mengajar seterusnya dipertingkatkan.

Kajian ini menyarankan agar aktiviti berkumpulan serta sesi penyoalan seperti sesi ”Fakta Auta”
diteruskan kerana ianya merupakan suatu amalan pengajaran dan kaedah yang berkesan
berbanding kaedah kuliah kerana ianya dapat menarik perhatian dan minat pelajar di samping
dapat meningkatkan kefahaman pelajar serta menguji daya pemikiran pelajar terhadap sesuatu
perkara. Maka, perubahan yang disarankan adalah dibuat secara berperingkat berasaskan data
yang telah dikutip.

Dari pengalaman pengkaji, jelaslah bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan
pelajar seperti aktiviti berkumpulan mampu menarik dan meningkatkan penglibatan, minat serta
kefahaman pelajar serta mengubah tingkah laku pelajar khususnya yang mengambil
matapelajaran perdagangan.
RUJUKAN

Halimah Harun (2006). Minat, Motivasi dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih. Jurnal
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (31) : 83-96.

Kamaruddin Hj. Ilias (2007). Impak Kem Pemulihan Ekonomi (KPE) dalam meningkatkan
prestasi pencapaian akademik pelajar ekonomi. Kolej Matrikulasi Perak: 1-13.

Mariani Md Nor (2006). Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah. Jurnal Pendidikan
Universiti Malaya (26) : 63-78.

Mook Soon Sang (2009). PTK Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) untuk Pegawai
perkhidmatan pelajaran Gred DGA 34, DG48, DG52 dan DG54. Selangor. Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd.

Mook Soon Sang (2008). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran & Pembelajaran. Selangor.
Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Sukatan Pelajaran Perdagangan. Kuala Lumpur:


Kementerian Pendidikan Malaysia.

Saedah Siraj & Ahmad Sabri Shuib (2004). Preferen Pelajar Terhadap Teknik Pengajaran Guru.
Jurnal Pendidikan Universiti Malaya (24) : 5-26.

Siti Fatimah Mohd. Yassin dan Halimah Harun (2009). Strategi pengajaran dan Pembelajaran
Kursus Kajian Tindakan untuk Guru Pelatih. Prosiding Seminar Pendidikan Serantau ke-
4: 848-854.

Wan Zah Wan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (1998). Konsep
Pengajaran dan Pembelajaran di abad 21: Satu Perbincangan. Masalah Pendidikan Jilid
21: 1-21.

Zulhana bt Md saad (2005). Program 15 minit dan pembelajaran berkumpulan ke arah


meningkatkan tahap keberanian dan keyakinan pelajar menjawab soalan sewaktu mata
pelajaran perdagangan. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan tahun 2005: 167-170.

Вам также может понравиться