Вы находитесь на странице: 1из 16

TRP 512 LAND ADMINISTRATION

KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

1.0 PENGENALAN

Pembangunan tanah merupakan satu medium yang digunakan oleh pemerintah atau kerajaan bagi
memajukan sesebuah kawasan yang merangkumi kepentingan politik, ekonomi dan sosial.
Pembangunan tanah ini mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan atau kemajuan
wilayah. Sejak dari dahulu, proses pembukaan dan pembangunan wilayah–wilayah baru
digunakan oleh kuasa–kuasa penakluk atau empayar bagi membuka tanah–tanah jajahan yang
baru. Dalam konteks pembangunan tanah, ia merangkumi era–era klasik, pertengahan, moden
awal dan moden. Pembangunan tanah juga digunakan sebagai alat bagi memudahkan
pembangunan pertanian dan ekonomi setempat selaras dengan keperluan semasa.

Proses bagi perlaksanaan program pembangunan tanah ini memerlukan perancangan dan strategi
yang baik. Ini adalah untuk menjamin pembangunan yang akan dijalankan menjamin pulangan
ekonomi yang baik dari segi peningkatan hasil keluaran desa, penyediaan kemudahan
infrastruktur desa, peningkatan tahap sosio-ekonomi masyarakat dan sebagainya. Kaedah dan
pendekatan yang digunakan bagi melaksanakan program pembangunan tanah adalah berbeza
mengikut era atau zaman. Kalau dahulu pembukaan dan pembangunan tanah yang digunakan
oleh pemerintah adalah lebih kepada perluasan empayar atau tanah jajahan. Namun pada masa
kini, manusia hidup lebih bertamadun dan pembukaan tanah–tanah jajahan baru tidak lagi wujud
sebaliknya kerajaan bagi sesebuah negara akan membuka tanah–tanah yang terdapat dalam
sempadan negaranya untuk kemajuan rakyat jelata dan penerokaan tanaman pertanian baru untuk
kepentingan ekonomi negara.

2.0 KRONOLOGI ENAKMEN TANAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Tanah boleh dikatakan sebagai salah satu faktor ekonomi yang utama. Maka, perkara-perkara
perundangan dan pentadbiran berkenaan dengan tanah perlu diuruskan dengan berkesan dan
sentiasa dikemaskini. Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 1965) iaitu undang-undang tanah utama
sentiasa disemak dari semasa ke semasa dalam usaha memperkemaskannya selari dengan
perkembangan pembangunan negara yang pesat kebelakangan ini. Kebelakangan ini, beberapa

1
TRP 512 LAND ADMINISTRATION
KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

masalah dalam pentadbiran tanah yang telah dibangkitkan perlu dilaksanakan kajian semakan
semula ke atas peruntukan-peruntukan tertentu dalam KTN 1965.

Sistem ini dilaksanakan selaras dengan perundangan tanah yang setelah sekian lama diaplikasikan
di Semenanjung Malaysia iaitu KTN 1965. Penguatkuasaan Akta yang berasaskan Sistem
Torrens (juga dikenali sebagai Sistem Pendaftaran Hakmilik) sejak 1 Januari 1966 dan menjadi
amalan di negeri-negeri Semenanjung Malaysia.

2.1 SEJARAH TANAH MENGENAI SISTEM TANAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA

2.1.1 SISTEM PENTADBIRAN' TANAH SEBELUM SISTEM TORRENS

Pentadbiran tanah adalah merupakan salah satu daripada institusi yang tertua didalam urusan
pentadbiran di Malaysia. Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu telah menggunakan satu sistem tanah yang dikenali sebagai tanah adat'' dimana hanya
orang-orang yang berupaya membuka tanah sahaja yang berhak untuk menduduki dan
mengusahakan tanah tersebut. Di zaman penjajahan Inggeris, cara pentadbiran dan undang-
undang telah turut berubah di mana sistem pentadbiran tanah negara kita telah dipengaruhi oleh
undang-undang Inggeris.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah menggunakan undang-undang 'Straits Settlement' yang


merupakan satu kawalan ^pentadbiran ke atas tanah-tanah persendirian). Pulau Pinang dan
Melaka pula telah menggunakan 'Registration of Deeds' ataupun sistem Perdaftaran Suratikatan.
Sistem ini telah diperkenalkan di Pulau Pinang pada tahun 1807 dan telah dikuatkuasakan di
Melaka dalam tahun 1856. Sistem pendaftaran ini dikenali sedemikian kerana dibawah ordinan-
ordinan yang terpakai di Pulau Pinang dan Melaka ketika itu, tiada sebarang surat ikatan yang
melibatkan tanah boleh diterima sebagai sah oleh pegawai awam atau mahkamah melainkan jika
suratikatan itu telah didaftarkan di Pejabat Perdaftaran Surat ikatan di Pulau Pinang dan Melaka.

Surat ikatan hakmilik ini merupakan rekod tunggal yang menunjukkan penjualan telah dilakukan
dan bukti tunggal bahawa pembeli yang baru adalah tuanpunya yang sah di mana proses ini
diulang setiap kali dilakukan penjualan. Maka akan terdapatlah rangkaian-rangkaian pindah hak

2
TRP 512 LAND ADMINISTRATION
KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

dimana bagi mempastikan bahawa tuanpunya tanah pada masa itu mempunyai hakmilik yang sah,
tiap-tiap hubungan dalam rangkaian tersebut mestilah diperiksa yang menurut undang-undang
mestilah 30 tahun kebelakang ataupun lebih.

Satu undang-undang baru yang dikenali sebagai 'Straits Land Act' telah diperkenalkan dalam
tahun 1839 sebagai permulaan. Tujuannya adalah untuk mengujudkan satu sistem pentadbiran
dan perdaftaran yang selaras ke atas pengurusan tanah. Bagaimanapun, percubaan ini nyata gagal
kerana penduduk-penduduk tempatan telah dengan sesuka hati membahagi, memindah dan
menyewakan tanah mereka tanpa membuat perdaftaran. Walau bagaimanapun, kesan ke atas
pentadbiran tanah secara formal dimulai dengan ujudnya 'Perak General Land Regulation' dalam
tahun 1855. Ia merupakan peraturan pertama di Negeri Perak dan Negeri Selangor.

Sebelum Sistem Torrens diperkenalkan, sudah terdapat satu sistem undang-undang dan
pentadbiran tanah berasaskan adat Melayu dan undang-undang Islam di negeri-negeri Melayu.
Peraturan Tanah Am yang seragam telah digubal dan dikuatkuasakan di semua Negeri Melayu
Bersekutu yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dan diikuti dengan
Peraturan Pendaftaran Hakmilik dan Enakmen Tanah Pahang 1897. Namun, semua undang-
undang ini kemudiannya dimansuhkan dan diganti dengan Enakmen Tanah Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu 1911 dan Enakmen Pendaftaran Hakmilik Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu 1911.

Pada hari ini undang-undang tanah di Malaysia pada umumnya berasaskan Sistem Torren yang
diperkenalkan oleh penjajah British. Undang-undang ini dilaksanakan melalui Kanun Tanah
Negara 1965 (KTN). KTN berkuatkuasa di seluruh negara kecuali di Sabah dan Sarawak.
Sebelum penjajahan British, negeri-negeri Melayu sudah memiliki sistem perundangan yang
tersendiri berasaskan undang-undang adat dan Islam. Mengikut kronologi (peredaran masa),
terdapat 4 sumber undang-undang tanah negara iaitu –

i. undang-undang adat
ii. undang-undang Islam
iii. undang-undang Inggeris

3
TRP 512 LAND ADMINISTRATION
KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

iv. Kanun Tanah Negara (teras utama sistem Torrens) dan beberapa undang-undang
bertulis yang lain.

Oleh yang demikian, sejarah perkembangan undang-undang tanah di Malaysia boleh dibahagikan
kepada dua fasa iaitu fasa pemakaian undang-undang Islam dan adat dan fasa pemakaian undang-
undang Inggeris.

3.0 LATARBELAKANG SISTEM PEMEGANGAN TANAH ORANG-ORANG MELAYU

3.1 PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG ISLAM DAN ADAT

Sebelum kedatangan penjajah, negeri-negeri Melayu mengamalkan undang-undang adat yang


terdiri dari adat temenggung dan adat perpatih. Adat perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan
beberapa daerah di Melaka, sementara negeri-negeri lain mengamalkan Adat Temenggung.
Apabila Tanah Melayu menerima pengaruh Islam pada abad ke 15, undang-undang Islam
berkaitan dengan tanah mula diterimapakai di negeri-negeri Melayu. Kedatangan Islam ini
menjadikan undang-undang tanah adat yang diamalkan di negeri-negeri Melayu disesuaikan
dengan hukum Islam. Perlaksanaan undang-undang Islam di dalam undang-undang tanah
terserlah melalui kenyataan Maxwell HB di dalam kes Sharip lwn Mitchell (1870) Leic. 466:

‘Sudah diketahui umum iaitu mengikut undang-undang Melayu lama atau undang-undang adat
Melaka bahawa raja memiliki semua tanah di dalam negeri; setiap orang berhak mengerjakan
dan menduduki tanah hutan dan tanah mati tertakluk kepada syarat menyerahkan satu
persepuluh daripada hasil tanah itu kepada raja’.

Konsep yang dinyatakan di atas bertepatan dengan prinsip undang-undang tanah Islam seperti
yang berkaitan dengan hukum pemilikan tidak mutlak, hukum menghidupkan tanah yang mati
(ihya’ al-mawat), hukum satu persepuluh cukai tanah (‘usyur). Di samping itu ciri-ciri lain
undang-undang tanah adat seperti kuasa raja untuk mengambil kembali tanah yang tidak
diusahakan, konsep harta sepencarian dan jualjanji juga menepati menepati ajaran Islam.

4
TRP 512 LAND ADMINISTRATION
KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

Tegasnya, sebelum zaman penjajahan Barat, negeri-negeri di tanah Melayu telah mengamalkan
undang-undang tanah adat yang berasaskan syariat Islam.

Perlaksanaan undang-undang Islam ini berakhir apabila penjajah British memperkenalkan


undang-undang yang diimport dari luar. Di Melaka undang-undang tanah adat dimansuhkan
dengan perlaksanaan sistem suratikatan Inggeris pada tahun 1861. Di negeri-negeri Melayu
Bersekutu perlaksanaan undang-undang tanah adat ditamatkan melalui sistem Residen dan
penguatkuasaan Peraturan Tanah Am seawal tahun 1882. Sementara di Negeri-negeri Tidak
Bersekutu perlaksanaan undang-undang Islam dan adat berakhir dengan penguatkuasaan
Enekmen Tanah bermula pada 1909 di Kedah.

3.2 PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG INGGERIS

Pada era penjajahan British, negeri-negeri di Malaysia berada dalam empat sistem sosio-politik
yang berbeza iaitu, Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB), Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu (NMTB) dan Negeri-negeri di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak. Setiap
kelompok negeri ini mengalami perubahan undang-undang tanah berbeza.

Bagi Negeri-negeri Selat, perlaksanaan undang-undang common law Inggeris dan ekuiti bermula
melalui Piagam Keadilan yang pertama, untuk Pulau Pinang pada tahun 1807. Melaka dan
Singapura pula tertakluk kepada undang-undang Inggeris mulai tahun 1826 melalui Piagam
Keadilan yang kedua. Piagam-piagam Keadilan ini telah menyebabkan Negeri-negeri Selat
menerimapakai undang-undang tanah yang berasaskan sistem Suratikatan Inggeris (English Deed
system). Sistem suratikatan ini terus diterimapakai sehingga ia dimansuhkan melalui Akta Kanun
Tanah Negara (Hak Milik Pulau Pinang dan Melaka) 1963, dan digantikan dengan sistem Torren
melalui penguatkuasaan Kanun Tanah Negara 1965 (KTN).
Bagi NMB, undang-undang Inggeris secara umumnya mula berkuatkuasa melalui sistem Residen
bermula di Perak melalui Perjanjian Pangkor pada tahun 1873. Secara khususnya, undang-undang
tanah yang berasaskan sistem Torren mula dilaksanakan oleh British bermula di Selangor pada
tahun 1882 melalui Peraturan Tanah Am. British melaksanakan sistem Torren melalui beberapa
peringkat:

5
TRP 512 LAND ADMINISTRATION
KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

i. Peraturan Tanah Am yang seragam dan dikuatkuasakan di Selangor (1882), Negeri


Sembilan (1887), Pahang (1888) dan Perak (1897).
ii. Peraturan Pendaftaran Hak Milik yang seragam dan dilaksanakan di Selangor (1891),
Perak dan Pahang (1897) dan Negeri Sembilan (1898)
iii. Enakmen Tanah NMB 1911 dan Enakmen Pendaftaran Hak Milik NMB 1911
berkuatkuasa dan memansuhkan semua undang-undang negeri yang berasingan
terdahulu.
iv. Kanun Tanah 1928 yang memansuhkan kedua-dua enakmen terdahulu.

4.0 ENAKMEN TANAH NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU 1911

Agenda utama penjajah pada zaman penjajahan ialah untuk membuka tanah ladang terutamanya
ladang getah dan juga membuka kawasan-kawasan perlombongan bijih timah. Untuk tujuan ini
pihak penjajah telah pun membawa masuk ramai pendatang dari luar terutama dari benua kecil
India dan China dimana kisah-kisah mereka ini telah pun menjadi sebahagian dari sejarah Tanah
Melayu. Demi mempastikan kesejahteraan dan keselamatan pendatang ini, pihak Istana dengan
nasihat penjajah British telah menjanjikan satu jaminan keatas harta benda yang dimilikki iatu
melalui satu suratan hakmilik milik. Dari itu lahirkan konsep suratan hakmilik keatas tanah-tanah
yang dimilikki.

Bermula dengan penggubalan Peraturan Am Tanah di Perak (1879), Selangor (1882), Negeri
Sembilan (1887) dan Pahang (1888 ) dan juga Peraturan Pendaftaran Hakmilik disekitar tahun
yang sama maka  wujudlah sistem pemberimilikan tanah yang berdasarkan kepada suratan
hakmilik. Kemudian pada tahun 1911 set undang-undang ini telah digabungkan menjadi dua iaitu
Enakmen Tanah dan Enakmen Pendaftaran Hakmilik Tanah ekoran dari wujudnya
pembentukan  Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Melalui undang-undang ini, tanah  *tanah yang dimilikki oleh rakyat biasa direkodkan didalam
Mukim Register yang diuruskan Pejabat Tanah dan tanah ladang, lombong dan Bandar yang

6
TRP 512 LAND ADMINISTRATION
KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

biasanya dipegang oleh Pegawai Ekspatriat British dan kaum Cina direkodkan didalam Buku
Daftaran Pendaftar yang diurus di Pejabat Pendaftar Hakmilik. Juga hartanah adalah terletakhak
kepada pihak  Pemerintah dan boleh diberimilik selama lamanya atau pun pajakan selama 999
tahun. Tanah desa kurang dari 100 ekar terletak dibawah kawalan Pejabat Tanah manakala tanah
Bandar, pekan dan tanah desa melebihi 100 ekar dan tanah estet terletak dibawah jagaan Pejabat
Pendaftar. Justru lahirlah Hakmilik Pejabat Tanah (EMR) dan Hakmilik Pejabat Pendaftar (CT ) .

Kedua-dua undang-undang ini kemudian digabungkan menjadi Kanun Tanah 1926


berkuatkuasa pada tahun 1928 dan lebih dikenali sebagai Cap 138 dengan sedikit perbedaan
dimana tanah tidak lagi diberi pajakan selama 999 tahun sebaliknya 99 tahun.  Kanun ini
kemudiannya diterima pakai oleh Negeri* Negeri Melayu yang lain. Apabila Tanah Melayu
diambang kemerdekaan Suruhanjaya Chick telah mencadangkan supaya undang-undang tanah di
Tanah Melayu diseragamkan dan penekanan yang sama dibuat oleh Suruhjaya Reid yang
menggubal Perlembagaan Persekutuan lantas pada tahiun 1965 KTN telah digubal dan mula
berkuatkuasa diseluruh Semenanjung pada tahun 1966 dengan mengambil Cap 138 sebagai
acuan utamanya.

Menurut Salleh Buang (1993), pelaksanaan kedua-dua undang-undang ini sememangnya


merupakan satu perubahan yang radikal daripada undang-undang tanah adat Melayu
memandangkan terdapat enam ciri utama Sistem Torrens. Ciri-ciri berkenaan adalah seperti
berikut :-

i. Semua tanah dimiliki Raja yang berkuasa mutlak untuk memberikan tanah kepada
sesiapa sahaja (rakyat) sama ada berupa milik kekal atau milik bertempoh (maksimum
999 tahun),
ii. Menggunakan borang-borang tertentu dalam semua urusan tanah dan didaftarkan kepada
pihak berkuasa jika tidak ia dianggap tidak sah dan terbatal,
iii. Pemilik tanah mempunyai hakmilik yang tidak boleh disangkal (dipersoalkan) melainkan
dalam keadaan tertentu sahaja,
iv. Cara pemilikan tanah yang diiktiraf mengikut undang-undang tanah adat seperti dengan
cara membuka dan mengerjakan tanah hutan, tanah paya (tanah mati) dan sebagainya
telah dihapuskan,

7
TRP 512 LAND ADMINISTRATION
KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

v. Bentuk urusan yag diperakui di bawah undang-undang ini ialah pindah milik, pajakan
melebihi tiga tahun, gadaian dan lien; dan
vi. Memperakui dua bentuk kaveat iaitu kaveat peersendirian dan kaveat pendaftar.

Kedua-dua undang-undang ini telah mengekalkan pengelasan tanah dalam negara kepada dua
kategori yang berlainan iaitu Enakmen Tanah dipakai bagi semua tanah desa yang mempunyai
keluasan tidak melebihi 100 ekar dan diletakkan dalam Daftar Mukim iaitu semua tanah yang
sebelum ini digolongkan dalam kategori pemegang tanah adat. Sementara Enakmen Pendaftaran
Hak Milik pula dipakai bagi semua tanah bandar dan tanah desa yang melebihi 100 ekar serta
estet. Ia kemudiannya dimansuhkan dan diganti dengan Kanun Tanah 1926 yang berkuatkuasa
pada 1 Januari 1928 yang kemudiannya dikenali sebagai Kanun Tanah 1928.

5.0 KANUN TANAH 1926

Bagi NMB, undang-undang Inggeris berkuatkuasa melalui Sistem Residen yang bermula di Perak
melalui Perjanjian Pangkor pada 1873. Undang-undang tanah yang berasaskan Sistem Torrens
pula mula dilaksanakan oleh British di Selangor pada 1882 melalui Peraturan Tanah Am. British
melaksanakan Sistem Torrens berasaskan empat peringkat perundangan iaitu :-
i. Peraturan Tanah Am yang seragam dan dikuatkuasakan di Selangor (1882), Negeri
Sembilan (1887), Pahang (1888) dan Perak (1897).
ii. Peraturan Pendaftaran Hakmilik yang seragam dan dilaksanakan di Selangor (1891),
Perak dan Pahang (1897) dan Negeri Sembilan (1898)
iii. Enakmen Tanah NMB 1911 dan Enakmen Pendaftaran Hakmilik NMB 1911
berkuatkuasa dan memansuhkan semua undang-undang negeri yang berasingan
terdahulu.
iv. Kanun Tanah 1928 yang memansuhkan kedua-dua enakmen terdahulu.

Kanun Tanah 1928 ini terus berkuatkuasa di semua NMB sehingga dimansuhkan melalui
penguatkuasaan KTN 1965. Bagi NMTB, penguasaan British melalui perlantikan Penasihat di
Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula pada 1909 melalui perjanjian antara British dan Siam.
Undang-undang tanah Inggeris yang berasaskan sistem Torren diperkenalkan secara berasingan di
negeri-negeri berkenaan. Undang-undang tersebut adalah Enakmen Tanah 1910 di Johor,

8
TRP 512 LAND ADMINISTRATION
KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

Enakmen Tanah 1906 (Pindaan 1912) dan Enakmen Konsesi 1909 di Kedah, Enakmen Tanah
1926 di Kelantan, Enakmen Tanah 1929 di Terengganu dan Enakmen Tanah 1938 di Perlis.
Enakmen-enakmen ini terus berkuatkuasa di negeri masing-masing sehingga dimansuhkan
melalui penguatkuasaan KTN 1965.

Di Sabah dan Sarawak pula, Inggeris turut memperkenalkan undang-undang tanah melalui
penguatkuasaan beberapa ordinan. Kedua-dua negeri ini melaksanakan undang-undang tanah
yang berasingan dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Sarawak mempunyai
undang-undang sendiri iaitu Kanun Tanah Sarawak (Cap 81) yang juga berasaskan Sistem
Torrens. Namun, Sabah pula tertakluk kepada Ordinan Tanah Sabah (Cap 68) yang tidak
berasaskan Sistem Torrens.

Seperti yang dijelaskan di atas, terdapat tiga perundangan tanah yang berbeza di Malaysia.
Pertama, KTN 1965 yang berkuatkuasa di seluruh Semenanjung Malaysia, Kanun Tanah Sarawak
(Cap 81) untuk Sarawak dan Ordinan Tanah Sabah (Cap 68) untuk Sabah. Bagi menyesuaikan
pelaksanaan KTN 1965 dengan undang-undang tanah berasaskan Sistem Surat Ikatan yang sedia
ada di Pulau Pinang dan Melaka, maka Parlimen telah meluluskan satu undang-undang
penyelarasan yang dikenali sebagai Akta KTN (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963 yang
hanya berkuatkuasa di dua negeri terbabit. Semua negeri termasuk Pulau Pinang, Melaka dan
Sarawak mengamalkan Sistem Torrens kecuali Sabah. Oleh itu, prinsip-prinsip Sistem Torrens
terutamanya prinsip hakmilik tidak boleh sangkal tidak berkuatkuasa di Sabah. Dalam Kanun
Tanah 1928, yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1928 yang kemudiannya dikenali sebagai Kanun
Tanah 1928. Terdapat beberapa perubahan telah dilakukan ke atas Sistem Torrens tanpa
memansuhkan ciri-ciri utama yang sedia ada iaitu :-
i. Memperkemaskan prinsip hak milik tanah yang tidak boleh disangkal dengan lebih
terperinci dengan menghuraikan pengecualiannya sekali;
ii. Hak milik tanah individu tidak boleh hilang akibat pemilikan bertentangan; hak milik
pihak berkuasa negeri telah pun diberi perlindungannya dalam undang-undang Torrens
yang terdahulu;
iii. Pemegangan tanah di bawah Adat Perpatih diperakui dan dikekalkan;
iv. Terdapat kelonggaran undang-undang daripada segi kewajipan menggunakan borang-
borang tertentu dan mendaftarkan urusan, berbeza dengan kedudukan undang-undang
sebelumnya.

9
TRP 512 LAND ADMINISTRATION
KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

v. Jenis-jenis tanaman khusus atau kaedah mengerjakan tanah telah ditentukan dalam
undang-undang.

Walaupun begitu, penyeragaman undang-undang ini hanya berlaku di Negeri Melayu Bersekutu
sahaja sementara di Negeri Melayu Tidak Bersekutu masih tidak berubah. Menjelang Merdeka,
Persekutuan Tanah Melayu mempunyai tujuh perundangan tanah yang berbeza-beza iaitu :-

i. Satu Kanun Tanah yang seragam bagi empat Negeri Melayu Bersekutu.
ii. Lima undang-undang tanah yang berlainan di semua Negeri Melayu Tidak Bersekutu
iaitu Enakmen Tanah 1910 di Johor, Enakmen Tanah 1906 dan Enakmen Konsesi 1909
di Kedah, Enakmen Tanah 1926 di Kelantan, Enakmen Tanah 1929 di Terengganu dan
Enakmen Tanah 1938 di Perlis.
iii. Sistem surat ikatan Inggeris yang masih dipakai di Pulau Pinang dan Melaka.

Namun bertitik tolak dari hasrat untuk mewujudkan sebuah negara yang merdeka, maka
dirasakan perlu diwujudkan satu undang-undang tanah yang seragam untuk seluruh negara. Oleh
itu, Bank Pembangunan dan Pembinaan Semula Antarabangsa telah mengambil inisiatif dengan
menubuhkan satu badan petugas yang dipimpin oleh Sir Louis Chick bagi mengkaji undang-
undang tanah yang sediaada, seterusnya mengemukakan cadangan kepada pihak kerajaan. Pada
tahun 1955, satu laporan telah dikemukakan yang menyarankan kerajaan untuk mewujudkan satu
kanun tanah kebangsaan bagi menggantikan undang-undang tanah yang sedia ada.

Saranan ini disambut baik oleh kerajaan dengan menubuhkan Suruhanjaya Pakar bagi mengkaji
secara terperinci laporan badan petugas tersebut. Di antara kelemahan dalam undang-undang dan
pentadbiran tanah Negara yang telah dikesan oleh badan petugas dan perlu diberi perhatian lanjut
oleh Suruhanjaya Pakar adalah seperti berikut :-

i. Pengeluaran dan pembaharuan lesen pendudukan sementara yang tidak dirancang dan
tidak teratur menyebabkan orang ramai salah faham tentang kedudukan undang-undang
yang sebenar mengenainya.
ii. Kegagalan kerajaan Negeri mengawasi dan menghalang penduduk secara haram tanah
Kerajaan dan tanah berimilik.

10
TRP 512 LAND ADMINISTRATION
KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

iii. Pembahagian tanah berimilik yang berleluasa.


iv. Pelupusan tanah yang tidak teratur oleh Pihak Berkuasa Negeri.
v. Kedudukan Tanah Rizab Melayu yang tidak seimbang. Kanun Tanah 1928 inilah yang
kemudiannya menjadi model dalam merangka satu Kanun Tanah Negara yang baru untuk
seluruh negara. Satu Akta Khas juga telah digubal dan diluluskan bagi memansuhkan
sistem surat ikatan Inggeris yang digunapakai di Pulau Pinang dan di Melaka kepada satu
sistem undang-undang tanah yang baru iaitu Sistem Torrens. Kedua-dua undang-undang
yang baru ini telah dikuatkuasakan pada tarikh yang sama iaitu 1 Januari 1966.

Kanun Tanah 1928 ini terus berkuatkuasa di semua NMB sehingga ia dimansuhkan melalui
penguatkuasaan Kanun Tanah Negara 1965. Bagi NMTB, penguasaan British melalui perlantikan
Penasihat di Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula pada tahun 1909 melalui perjanjian antara
British dan Siam. Undang-undang tanah Inggeris yang berasaskan sistem Torren diperkenalkan
secara berasingan di negeri-negeri berkenaan. Undang-undang tersebut adalah Enakmen Tanah
1910 di Johor, Enakmen Tanah 1906 (dipinda pada tahun 1912) dan Enakmen Konsesi 1909 di
Kedah, Enakmen Tanah 1926 di Kelantan, Enakmen Tanah 1929 di Terengganu dan Enakmen
Tanah 1938 di Perlis. Enakmen-enakmen terus berkuatkuasa di negeri masing-masing sehingga ia
dimansuhkan melalui penguatkuasaan Kanun Tanah Negara 1965.

Bagi Sabah dan Sarawak, Inggeris turut memperkenalkan undang-undang tanah melalui
penguatkuasaan beberapa ordinan. Sehingga kini kedua-dua negeri ini melaksanakan undang-
undang tanah yang berasingan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Sarawak mempunyai
undang-undang sendiri iaitu Kanun Tanah Sarawak (Cap 81) yang juga berasaskan sistem Torren.
Namun demikian, Sabah tertakluk kepada Ordinan Tanah Sabah (Cap 68) yang tidak berasaskan
sistem Torren.

6.0 PENGENALAN KEPADA KANUN TANAH NEGARA 1965

11
TRP 512 LAND ADMINISTRATION
KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

Ketika penjajahan British, negeri-negeri di Malaysia berada dalam empat sistem sosio-politik
yang berbeza iaitu, negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB), Negeri-negeri
Melayu Tidak Bersekutu (NMTB) dan negeri-negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak. Setiap
negeri ini mengalami perubahan undang-undang tanah berbeza-beza. Bagi negeri-negeri Selat,
pelaksanaan undang-undang common law Inggeris dan ekuiti bermula melalui Piagam Keadilan
yang pertama, untuk Pulau Pinang pada 1807. Melaka dan Singapura pula tertakluk kepada
undang-undang Inggeris mulai 1826 melalui Piagam Keadilan yang kedua. Piagam-piagam
Keadilan ini telah menyebabkan Negeri-negeri Selat menerimapakai undang-undang tanah yang
berasaskan Sistem Surat Ikatan Inggeris Sistem Surat Ikatan ini terus diaplikasikan sehingga
dimansuhkan melalui Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963, dan
digantikan dengan Sistem Torrens melalui penguatkuasaan KTN 1965.

7.0 KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG TANAH SEKARANG

Pada hari ini terdapat tiga undang-undang tanah yang berbeza di negeri-negeri di Malaysia
berdasarkan latarbelakang sejarah. Pertama, Kanun Tanah Negara 1965 yang berkuatkuasa di
seluruh Semenanjung Malaysia, Kanun Tanah Sarawak (Cap 81) untuk Sarawak dan Ordinan
Tanah Sabah (Cap 68) untuk Sabah. Bagi menyesuaikan perlaksanaan KTN dengan undang-
undang tanah berasaskan sistem suratikatan yang sedia ada di Pulau Pinang dan Melaka maka
Parlimen telah meluluskan satu undang-undang penyelarasan yang dikenali sebagai Akta KTN
(Hak Milik Pulau Pinang dan Melaka) 1963 yang hanya berkuatkuasa di dua negeri terbabit.

Semua negeri termasuk Pulau Pinang, Melaka dan Sarawak mengamalkan sistem Torren kecuali
Sabah. Oleh yang demikian prinsip-prinsip sistem Torren terutamanya prinsip hak milik tidak
boleh sangkal tidak berkuatkuasa di Sabah. Kanun Tanah Negara mula digubal sebelum merdeka,
di tahun 50an. Ia diasaskan kepada undang-undang terdahulu yang sedia ada (Land Code 1926),
dikemaskini dan ditambah beberapa bahagian baru. Mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 1966,
KTN sudah menjangkau usia KTN hampir 44 tahun. Walaupun telah melalui pindaan sebanyak

12
TRP 512 LAND ADMINISTRATION
KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

28 kali, pada asasnya bentuk dan isinya masih kekal seperti asal (kecuali bahagian mengenai
hakmilik strata telah dimansuhkan, setelah Parlimen menggubal Akta khas mengenainya). Secara
ringkasnya, pada teorinya KTN dikatakan berpaksi kepada sistem Torrens, yang mana
kehendaknya tersimpul dalam kata-kata hikmat "Di bawah sistem Torrens, daftar adalah segala-
galanya" (Under the Torrens system, the register is everything), hakikatnya kata-kata hikmat itu
tidak terpakai secara mutlak.

7.1 WUJUDNYA SISTEM TORRENS

7.1.1 LATARBELAKANG DAN SEJARAH SISTEM TORRENS

Perdaftaran ke atas tanah telah dimulakan di Labuan dalam tahun 1849 yang dikenali.sebagai
'The Labuan Enactment 1849'. Menurut Hoff dalam bukunya 'The Australia Torrens System,
undang-undang ini adalah merupakan undang-undang perdaftaran yang pertama didunia. Sistem
Torrens berasal dari Australia Selatan. Sistem ini dinamakan dengan mengambil sempena nama
Sir Robert Torrens yang memperkenaIkannya di Australia Selatan dalam tahun 1858.
Kemudiannya sistem ini telah berkembang keseluruh Australia dan kepada banyak bahagian-
bahagian lain dalam dunia.

Pada hari ini terdapat sebanyak 123 bidang kuasa) didunia ini yang telah menerima sistem
pendaftaran tanah sebagai sistem yang paling berkesan sekali dalam pentadbiran tanah. Sistem
Torrens menetapkan dan memperakui bahawa kerajaan kuasa yang tidak boleh disangkal ke atas
hakmilik tanah. Sistem ini memudahkan, mempercepatkan serta merendahkan perbelanjaan
segala urusan tanah. Tujuan sistem torrens adalah untuk memberi jaminan dan kesenangan
kepada segala urusan tanah. Hakmilik adalah merupakan bukti muktamad bahawa orang yang
disebutkan didalamnya adalah tuanpunya tanah yang dinyatakan didalamnya.

Di Malaysia, Sistem Torrens dipercayai mula diperkenalkan kepada Negeri-negeri Melayu


Bersekutu tetapi tidak didalam 'Straits Settlement'. Ini adalah hasil daripada usaha Residen British
dimana Negeri Selangor adalah merupakan negeri yang mula-mula sekali menjadi penerimanya.

13
TRP 512 LAND ADMINISTRATION
KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

Dibawah 'Selangor Registration of Title Regulation 1981', mana-mana pengurusan persendirian


yang bersangkutan dengan tanah mestilah didaftarkan dan dibuat dihadapan pegawai tanah. Jika
tidak dibuat demikian, ianya tidak diakui sah. Buku 'Registration of Title' telah diujudkan di
Pejabat Tanah Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga telah diperkenalkan dengan Sistem Torrens
melalui undang-undang yang diperuntukkan bagi negeri-negeri tersebut dalam tahun I980an.

Kesemua undang-undang tersebut telah dimansuhkan oleh undang-undang terkemudian iaitu


Enakmen Tahun 1911. Enakmen ini pula telah dimansuhkan oleh Kanun Tanah 1926 (Cap
138) yang kemudiannya dimansuhkan oleh Kanun Tanah Negara pada Ihb Januari, 1966. Sistem
Torrens telah mula diperkenalkan di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu pada tahun 1930an
melalui undang-undang negeri masing-masing dengan beberapa pindaan bagi menyesuaikannya
dengan kepentingan ekonomi negeri tersebut (dipengaruhi oleh keadaan pembangunan ekonomi
colonial yang berbeza di antara negeri).

Melaka dan Pulau Pinang masih terus menggunakan system 'Registration of' Deeds' yang
dicontohi daripada undang-undang Inggeris di mana undang-undang ini adalah berasaskan
daripada maklumat pemunya terdahulu. Proses ini berulang sehingga akhirnya berta1i-ta1i. Untuk
menghapuskan sistem di Pulau Pinang dan Melaka, Akta Kanun Tanah Negara telah dibuat dalam
tahun 1963 dan dikuatkuasakan pada Ihb Januari, 1966*. Oleh itu dengan adanya Kanun Tanah
Negara dan Akta Kanun Tanah Negara 1963, semua negeri di Semenanjung Malaysia mempunyai
sistem tanah yang sama mulai dari Ihb Januari 1966. Ia juga bermakna mulai dari tarikh ini semua
negeri di Semenanjung Malaysia memakai Sistem Torrens.

8.0 KESIMPULAN

14
TRP 512 LAND ADMINISTRATION
KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

Perundangan tanah di Malaysia pada hari ini adalah berasaskan Sistem Torrens yang
diperkenalkan oleh penjajah British. Undang-undang tanah utama ialah Kanun Tanah Negara
1965 (KTN). KTN berkuatkuasa di seluruh Negara kecuali di Sabah dan Sarawak. Sebelum
penjajahan British, negeri-negeri Melayu sudahpun memiliki sistem perundangan yang tersendiri
berasaskan undang-undang adat dan Islam. Oleh yang demikian, sejarah perkembangan undang-
undang tanah di Malaysia bolehlah dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa pemakaian undang-
undang Islam dan adat dan fasa pemakaian undang-undang Inggeris.

9.0 RUJUKAN

i. Akta Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2001. Akta A1104. Percetakan Nasional Berhad.
Kuala Lumpur
ii. F.M.S Land Code 1926
iii. Akta Kanun Tanah Negara 1963

15
TRP 512 LAND ADMINISTRATION
KRONOLOGI ENAKMEN TANAH MELAYU

iv. Akta Kanun Tanah Negara 1966


v. Akta Kanun Tanah Negara 2007 (Pindaan)
vi. ____________. Nota. “The System and Structure of Land Administration In
Malaysia”. Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. 1992
vii. “National Land Code 2001 (NLC 2001) amendments”. 15 Jun 2001.
Property Times : New Straits Times

16

Вам также может понравиться