Вы находитесь на странице: 1из 4

Masalah mengangkat suara ketika

berzikir selepas solat

Pendapat pertama : yang mengatakan mengangkat suara adalah


sunnah

Daripada ibn abbas RA berkata: sesungguhnya berzikir dengan


mengangkat suara sesudah selesai menyelesaikan solat fardhu itu
berlaku pada zaman Rasulullah SAW -riwayat Bukhari, Muslim dan
Abu Daud

Dan berkata ibn Abbas : kami mengetahui berakhirnya solat


Rasulullah dengan takbir (zikir)-bukhori,muslim, abu daud dan
nasaie..

Berkata imam nawawi : dalil-dalil ini menunjukkan (sepertimana


yang didakwa oleh sebahagian salaf) bahawa disunatkan mengangkat
suara dengan takbir dan zikir selepas solat fardhu , dan dikalangan
khalaf pula adalah Ibn Hazmin Al-Dhohiri- kitab Minhaj( Syarah sahih
Muslim)

Syeikh Ibn Uthaimin pula berkata : pendapat ini adalah pendapat


kuat menurut kami –kitab sunnah yang ditinggalkan dan bidaah yang
bertebaran ,Ahmad abdul malik al-zaghni

Pendapat kedua : yang mengatakan tidak sunnah

1) Al Imam Abi bakar Jabir al jazairy : antara perkara bidaah dalam


agama adalah berzikir dan berdoa dengan suara yang kuat –kitab
Haramnya Bidaah
2) Imam Asy-Syafie(al-Syafi'i, Mausu‘at al-Imam al-Syafi'i: al-Umm )
Pendapatku untuk imam dan makmum hendaklah mereka
berzikir selepas selesai solat. Hendaklah mereka mensenyapkan
zikir kecuali jika imam mahu dipelajari daripadanya (mengajar
bacaan-bacaan zikir tersebut), maka ketika itu dikuatkan zikir.
Sehinggalah apabila didapati telah dipelajari daripadanya, maka
selepas itu hendaklah dia perlahankan.-

Hadis yang dikeluarkan oleh ibn Abbas pula dijelaskan oleh Imam

Syafie didalam kitab yang sama.."Aku berpendapat baginda

menguatkan suara (zikir) hanya untuk seketika untuk orang ramai

mempelajarinya daripada baginda. Ini kerana kebanyakan riwayat

yang telah kami tulis bersama ini (lihat dibawah**) atau selainnya,

tidak menyebut selepas salam terdapat tahlil dan takbir. Kadang-

kala riwayat menyebut baginda berzikir selepas solat seperti yang

aku nyatakan, kadang-kala disebut baginda pergi tanpa zikir. Umm

Salamah pula menyebut duduknya baginda (selepas solat) tetapi

tidak menyebut baginda berzikir secara kuat. Aku berpendapat

baginda tidak duduk melainkan untuk berzikir secara tidak kuat.

Jika seseorang berkata: “Seperti apa?” Aku katakan, sepertimana

baginda pernah bersolat di atas mimbar, yang mana baginda berdiri

dan rukuk di atasnya, kemudian baginda undur ke belakang untuk

sujud di atas tanah. Kebanyakan umur baginda, baginda tidak solat di

atasnya (mimbar). Akan tetapi aku berpendapat baginda mahu agar

sesiapa yang jauh yang tidak melihat baginda dapat mengetahui

bagaimana berdiri (dalam solat), rukuk dan bangun (dari rukuk).

Baginda ingin mengajar mereka keluasan dalam itu semua.


Aku suka sekiranya imam berzikir nama Allah di tempat duduknya

sedikit dengan kadar yang seketika selepas kaum wanita pergi. Ini

seperti apa yang Umm Salamah katakan. Kemudian imam boleh

bangun. Jika dia bangun sebelum itu, atau duduk lebih lama dari itu,

tidak mengapa. Makmum pula boleh pergi setelah imam selesai

memberi salam, sebelum imam bangun. Jika dia lewatkan sehingga

imam pergi, atau bersama imam, itu lebih aku sukai untuknya."

**(Maksud al-Imam al-Syafi'i ialah hadith riwayat Umm Salamah

yang beliau sebutkan pada awal bab berkenaan:

Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila


memberi salam dari solat maka kaum wanita akan bangun
apabila baginda selesai memberi salam. Nabi shallallahu
'alaihi wasallam pula duduk sekejap ditempatnya selepas
solat. Kata Ibn Syihab: Kami berpendapat – Allah lebih
mengetahui – tujuannya agar kaum wanita dapat pergi
sebelum kaum lelaki keluar. Hadith ini turut diriwayatkan
oleh al-Bukhari, Muslim, al-Nasai, Abu Daud, Ibn Majah dan
lain-lain)
Pendapat yang kuat dan sebabnya ( ar-rajieh wa sababuhu)

1) Pendapat yang kuat adalah pendapat ke-2 kerana ia adalah


pendapat yang menerangkan kesamaran pendapat pertama
berdasarkan dalil-dalil dan bukti yang lebih kukuh
2) Zikir ini menjadi sunnah apabila dibuat secara berseorangan
ataupun beramai2 dengan niat mengajar akan tetapi menjadi
bidaah jika dilakukan dengan menguatkannya beramai2 serta
ditambah pula zikir2 yang tidak ada dalam sunnah bahkan
kadangkala bercanggah dengan sunnah seperti ..
" " ...‫الهي لست للفردوس‬
dan sebagainya..
3) Imam Syafi amat berhati-hati dalam menjelaskan hukum ini
dengan matlamatnya ingin menjaga KEASLIAN cara dan
tindakan yang dilakukan dalam beribadah kepada Allah..
4) Jika berlaku masalah dalam masyarakat , imam perlu melihat
pendapat manakah yang elok didahulukan..kerana Ukhuwah
sesame Islam adalah perkara WAJIB yang tidak ada pertikaian
antara ulamak..

WaAllahu Alam.

Syihabudin Ahmad

Kuliah Dirasat Islamiah ,

Syukbah Syariah Islamiah

Universiti Al-Azhar

Вам также может понравиться