Вы находитесь на странице: 1из 2

Sasaran Tarbiyah Dzatiyah

Sasaran yang hendak dicapai dari Tarbiyah Dzatiyah bagi seorang mukmin dan
perkembangan dakwah adalah sebagai berikut:

1. Asy-Syakhshiyah Al-Islamiyah Al-Mutaharikah (Keperibadian Aktivis Islam)

Tidak dapat dinafikan bahawa Tarbiyah Dzatiyah membangunkan keperibadian aktivis atau
pendokong Islam. Iaitu peribadi yang merasa bertanggungjawab untuk memahami dan
menyebarkan kefahaman Islam kepada seluruh manusia. Kesedaran untuk menyebarkan
risalah tauhid atau risalah keimanan ini pada setiap jiwa yang ditemui.

Bahkan Rasulullah SAW menjadikan hal ini sebagai prasyarat untuk para duta Islam dalam
mengembangkan dakwah. Bahkan hal ini menjadi nilai utama dalam pemilihan mereka yang
akan menjalani tugasnya sehinggakan setiapkali seseorang akan diutuskan ke suatu tempat,
Nabi SAW mempertimbangkan kemampuannya dalam pengembangan integriti dirinya.

Hal ini sebagaimana yang ditanyakan Rasulullah SAW pada Mu’az bin Jabal ketika akan
diutus ke Yaman. “Wahai Mu’az, bila kamu berada di tempat yang baru nanti, jika menemui
suatu persoalan, apa yang akan kamu putuskan?” Mu’az menjawab, “Aku akan putuskan
berdasarkan Kitab Allah.” Rasulullah SAW pun melanjutkan, “Bila tidak kamu temuinya pada
Kitab Allah, dengan apa kau putuskan?” Jawab Mu’az, “Aku akan tetapkan berdasarkan
Sunnah Rasulullah.” Nabi saw. kemudian menanyakan kembali, “Bila tidak juga kamu dapati
di dalamnya, apa yang akan kamu lakukan?” Mu’az menjawab, “Aku akan putuskan dengan
akal fikiranku (ijtihadku).” Ternyata jawaban Mu’az sangat memuaskan hati Rasulullah SAW.
Malah baginda memandang bahawa kualiti Mu’az sudah memadai untuk memikul tugas
mulia tersebut.

Kebolehan yang seperti itu diharapkan mampu menyelesaikan setiap permasalahan yang
selalu muncul di lapangan dakwah. Sehingga ia tidak selalu menyerahkan masalah itu pada
qiyadah atau pimpinan dakwah ataupun aktivis lainnya. Dengan kemampuan itu aktivis
dakwah tidak hilang arah dalam menghadapi berbagai urusan yang terkait dengan
tanggungjawabnya. Kerana tanpa sikap itu persoalan dakwah akan bertambah pelik bahkan
menambahkan bebanan pimpinan. Telah sering kita dengar pimpinan dakwah mengarahkan
agar aktivis tidak selalu mengharapkan jawaban dari pusat atau menunggu arahannya.
Bahkan mereka perlu bertindak dengan cepat serta menentukan apa tindakan yang mesti
diambil untuk menyelesaikan suatu permasalahan.

Meski demikian kita pun perlu melihat had dan batasannya agar tidak terjebak dalam kerja-
kerja yang lemah (dhoi’f) dan bersifat individu. Kerana ini pun akan menimbulkan kekalutan
dalam kerja-kerja Islam. Seperti sikap Hudzaifah ibnul Yaman sewaktu ditugaskan Rasulullah
SAW menyelinap masuk ke barisan musuh. Hudzaifah RA mendapati Abu Sufyan sedang
memanaskan tubuhnya kerana udara dingin. Saat itu Hudzaifah mampu untuk
membunuhnya, akan tetapi ia teringat pesan Rasulullah saw. bahawa tugasnya waktu itu
adalah memperhatikan keadaan musuh dan melaporkannya kepada Rasul. Sehingga ia
menahan diri dari membunuh Abu Sufyan walau kesempatan itu ada di hadapannya.

Kerana itu kita perlu memahami dan mengimbangi segala keperluan dakwah. Kita
seharusnya mampu meningkatkan kemahiran serta menguasai lapangan dakwah hingga
mampu melahirkan buah fikiran dan tindakan yang sesuai dengan medan yang kita ceburi
tanpa mengabaikan syarak atau melakukan sesuatu yang merugikan dakwah. Kemampuan
kita ini tidak juga menghilangkan ketaatan dan keterikatan kepada jemaah atau organisasi
hingga melahirkan kerja-kerja yang dho’if (lemah) dan bersifat individu. Syeikh Hamid
‘Asykariyah menegaskan, “mereka yang sudah tidak punyai kebaikan (peningkatan integriti
diri dan mematuhi arahan pimpinan), mereka telah kehilangan kesedaran terhadap
kemuliaan dakwah dan hilangnya ketaatan pada qiyadah(pimpinan). Siapa yang telah
kehilangan dua hal ini, maka mereka tidak ada gunanya tetap berada dalam barisan dakwah
bersama kita.”

2. Ada’u Mutathallibatil Manhaj (Menyelesaikan Tuntutan Manhaj)

Manhaj tarbiyah memberikan ruang yang banyak untuk sarana tarbiyah agar dapat
merealisasikannya seoptimal mungkin. Baik melalui Halaqah, liqaat tarbawiyah, daurah,
seminar, mukhayyam ataupun tarbiyah dzatiyah. Untuk memahami, menghayati dan
mengaplikasikan manhaj tarbiyah yang begitu banyak dan padat tidaklah memadai dengan
sarana tarbiyah formal. Kerana keterbatasan waktu ataupun keterbatasan Murabbi dalam
menyelesaikan tuntutan manhaj. Maka Tarbiyah Dzatiyah menjadi sarana untuk
menyelaraskan tuntutan manhaj tersebut.

Oleh kerana itu perlu difahami dengan benar pada setiap mukmin agar dapat melakukan
Tarbiyah Dzatiyah dalam dirinya. Hal ini akan sangat membantu mengaplikasikan nilai-nilai
tarbawiyah secara maksimum. Dan dapat memenuhi keperluan manhaj yang menjadi acuan
dakwah untuk mewujudkan peribadi-peribadi yang mantap dan bersedia memikul amanah
dakwah serta mengahrungi perjalanannya yang panjang dan sukar. Apabila setiap mukmin
sibuk untuk merealisasikan manhaj dalam dirinya hingga terlahirnya peribadi-peribadi
Qur’ani Robbani (Peribadi yang merealisasikan akhlaq al Quran).

Syeikh Abdul Halim Mahmud menyatakan bahawa Tarbiyah Dzatiyah merupakan tuntutan
manhaj dakwah ini. Baik dalam arahannya agar menjadi aktivis dakwah yang siap sedia
dalam menyambut tugas dakwah. Juga dalam muatannya yang tidak dapat diberikan secara
kolektif kerana berbagai pertimbangan. Namun dimantapkan peribadinya dengan
peningkatan kemampuan Tarbiyah Dzatiyah sehingga tampil pendokong yang siap ke medan
dengan merasai kebersamaan Allah.

Вам также может понравиться