Вы находитесь на странице: 1из 3

PERTANDINGAN FUTSAL PASCA PMR 2010

HASIL KERJASAMA KPSU DAN SMK TUNKU ABDUL RAHMAN (STAR)

1. PENDAHULUAN
Pertandingan Futsal PASCA PMR 2010 adalah salah satu program yang dirancang khas
bagi pelajar tingkatan tiga selepas mereka menduduki peperiksaan PMR. Bagi menarik
minat pelajar tingkatan tiga agar terus hadir ke sekolah, adalah dicadangkan supaya
sekolah merancang dan melaksanakan program berbentuk riadah seperti ini. Bagi
mengisi kehendak mereka, maka perancangan untuk menganjurkan pertandingan
serupa ini bagi menarik lebih ramai remaja dan belia khususnya pelajar tingkatan tiga
seperti aktiviti menampilkan diri serta mengetengahkan bakat dan kemahiran yang ada
dalam pertandingan futsal.

2. TUJUAN
Tujuan program ini adalah untuk memastikan para pelajar yang tidak hadir ke
sekolah selepas menduduki peperiksaan tersebut terlibat dengan pelbagai aktiviti yang
kurang sihat serta cenderung melakukan jenayah.
2.1 Melahirkan generasi belia remaja yang aktif dalam bidang sukan di Sarawak.
2.2 Menjalinkan hubungan dan interaksi dalam kalangan sesama pelajar remaja
dalam semangat berpasukan.
2.3 Memberi peluang kepada pelajar remaja yang mengisi masa terluang mereka
dengan sebaiknya.
2.4 Sebagai salah satu kaedah pendekatan ke arah pembentukan semangat,
’Majulah Sukan Untuk Negara’.

3. GOLONGAN SASAR
Semua pelajar lelaki dan perempuan tingkatan tiga SMK Tunku Abdul Rahman
yang telah tamat menduduki peperiksaan PMR (256 orang). Dianggarkan sebanyak 32
buah pasukan yang akan menyertai pertandingan ini nanti.
4. TARIKH DAN TEMPAT
Kementerian Pembangunan Sosial Dan Urbanisasi dengan kerjasama SMK Tunku
Abdul Rahman amat berbesar hati untuk menjalankan program ini seperti berikut:
Tarikh : 15 hingga 16 November 2010
Hari : Jumaat dan Sabtu
Tempat : Sports Planet Pending, Kuching.

5. PERLAKSANAAN
Bagi menjayakan program ini, satu jawatankuasa yang dipengerusikan bersama
oleh KPSU Bahagian Kuching dengan kerjasama SMK Tunku Abdul Rahman ditubuhkan.
Keahlian jawatankuasa adalah dalam kalangan kakitangan KPSU dan guru-guru
tingkatan tiga SMK Tunku Abdul Rahman.

6. ANGGARAN PERBELANJAAN
Sila rujuk lampiran A.

7. KESIMPULAN
Diharapkan agar program ini akan dapat membentuk keperibadian yang
cemerlang serta mengasah bakat serta kemahiran dalam bidang kesukanan terutama
sekali dalam sukan permainan bola sepak ini. Justeru itu, program ini akan dapat
mewujudkan satu institusi sosial yang sihat serta bebas dari gejala sosial. Semoga
semua pihak berganding bahu untuk mencapai objektif program ini dalam menuju ke
arah merealisasikan ’Majulah Sukan Untuk Negara’.
Lampiran A.
ANGGARAN PERBELANJAAN
PROGRAM PERTANDINGAN FUTSAL PASCA PMR 2010
TARIKH : 15 DAN 16 NOVEMBER 2010

RM Tindakan
1. PENGANGKUTAN BAS (5 BUAH)
(daripada SMK Tunku Abdul Rahman 2000 KPSU

ke Sports Planet Pending) 2 hari.

2. TROFI, MEDAL DAN HAMPER


(tempat 1, 2, 3, dan saguhati) 960 KPSU

3. MAKANAN DAN MINUMAN


Sarapan (RM3 x 2 hari x 270 peserta & ajk) 1620 SMK STAR
Tengah hari(RM5 x 2 hari x 270 peserta & ajk) 2700 SMK STAR

JUMLAH BESAR ANGGARAN BELANJAWAN = RM 7280

Вам также может понравиться