Вы находитесь на странице: 1из 4

Perlembagaan Malaysia, dikenali juga sebagai Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183

perkara, adalah undang-undang tertinggi di Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang-


undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957.

Sejarah

Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah
melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa sejurus selepas
kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957.

Ianya bermula dari satu persidangan perlembagaan telah diadakan di London 18 Januari hingga 6
Februari 1956 yang telah dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya,
yang mengandungi empat wakil pemerintah, iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul
Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan
penasihat-penasihatnya.

Pindaan

Untuk meminda perlembagaan, satu majoriti dua pertiga (2/3) bersetuju kepada pemindaan ini
memerlukan persetujuan pada kedua-dua dewan di parlimen. Merujuk kepada pakar
perlembagaan Shad Saleem Faruqi, perlembagaan ini telah dipinda 42 kali semenjak 48 tahun
selepas kemerdekaan sehingga 2005. Bagaimanapun, seperti mana beberapa pindaan telah dibuat
setiap kali, beliau menganggarkan bilangan sebenar pindaan individu adalah pada sekitar 650.
Beliau menjelaskan bahawa "semangat dokumen sebenar telah dicairkan".
Susun atur

Perlembagaan ini dibahagikan kepada 15 bahagian dan 13 jadual, setiap bahagian mengandungi
satu atau lebih artikel yang relevan.

* Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan

* Bahagian 2 - Kebebasan asasi

* Bahagian 3 - Kewarganegaraan

* Bahagian 4 - Persekutuan

* Bahagian 5 - Negeri-negeri

* Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri

* Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan

* Bahagian 8 - Pilihanraya

* Bahagian 9 - Kehakiman

* Bahagian 10 - Perkhidmatan awam

* Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat

* Bahagian 12 - Am dan pelbagai

* Bahagian 13 - Peruntukan sementara

* Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya

* Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja


Jadual

* Jadual Pertama [Perkara 18(1), 19(9)] - Sumpah Pemohon bagi Pendaftaran atau
Penaturalisasian

* Jadual Kedua [Perkara 39]

o Bahagian I [Perkara 14(1)(a)] - Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-undang


bagi Orang yang Lahir Sebelum Hari Malaysia

o Bahagian II [Perkara 14(1)(b)] - Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-undang


bagi Orang yang Lahir Pada atau Selepas Hari Malaysia

o Bahagian III [Perkara 31] - Peruntukan Tambahan Berhubung dengan Kewarganegaraan

* Jadual Ketiga [Perkara 32 dan 33] - Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang
di-Pertuan Agong

* Jadual Keempat [Perkara 37] - Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan
Yang di-Pertuan Agong

* Jadual Kelima [Perkara 38(1)] - Majlis Raja-Raja

* Jadual Keenam [Perkara 43(6), 43B(4), 57(1A)(a), 59(1), 124, 142(6)] - Bentuk Sumpah dan
Ikrar

* Jadual Ketujuh [Perkara 45] - Pemilihan Ahli-Ahli Dewan Negara

* Jadual Kelapan [Perkara 71] - Peruntukan yang hendaklah Dimasukkan ke dalam


Perlembagaan Negeri

o Bahagian I - Peruntukan Tetap

o Bahagian II - Peruntukan Sementara sebagai Gantian bagi Peruntukan dalam Bahagian I

* Jadual Kesembilan [Perkara 74, 77] - Senarai Perundangan (Tanggungjawab dan hak
kerajaan Persekutuan dan Negeri)
* Jadual Kesepuluh [Perkara 109, 112C, 161C(3)] - Pemberian dan Sumber Hasil yang
Diserahhakkan kepada Negeri

o Bahagian I - Pemberian Ikut Kepala

o Bahagian II - Pemberian Jalan Negeri

o Bahagian III - Sumber Hasil yang Diberikan kepada Negeri

o Bahagian IV - Pemberian Khas kepada Negeri Sabah dan Sarawak

o Bahagian V - Sumber Tambahan Hasil yang Diserahhakkan kepada Negeri Sabah dan
Sarawak

* Jadual Kesebelas [Perkara 160(1)] - Peruntukan Ordinan Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1948
(Ordinan Malayan Union No. 7 tahun 1948), yang Terpakai bagi Mentafsirkan Perlembagaan.

* Jadual Kedua Belas - (Dimansuhkan)

* Jadual Ketiga Belas [Perkara 113, 116, 117] - Peruntukan yang berhubungan dengan
Penyempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya

Вам также может понравиться