Вы находитесь на странице: 1из 4

BERKAT-BERKAT PENDERITAAN

 Kita semua menderita. Kehilangan orang yang disayangi, masalah kewangan, tekanan dalam pekerjaan dan
pelajaran, bencana alam dsbnya.
 Adakah kita menyukai penderitaan? Adakah kita berasa bahagia bila kita dalam penderitaan? Tentu saja
jawapannya TIDAK!
 Jadi, adakah sebarang alasan mengapa Tuhan membenarkan penderitaan berlaku ke atas kita?
 Apabila kita melihat penderitaan secara terperinci kita akan menjumpai BERKAT-BERKAT di dalamnya.
 Sebenarnya Alkitab menyatakan bahawa kita harus sedar yang kita sememangnya mengalami penderitaan. Kita
semua tidak terkecuali dari mengalami penderitaan. Kita berpotensi untuk mendapat penyakit Alzheimer, berasa
sangat sejuk, kehilangan orang atau benda yang paling kita sayangi (contohnya, keluarga, sahabat karib), jatuh
sakit dan menghadapi pelbagai masalah lain.
 Mazmur 34:20. Kemalangan orang benar banyak, tetapi Tuhan melepaskan dia dari semuanya itu
 Sebenarnya, dalam semua penderitaan kita ini, terdapat berkat yang sangat jarang kita sedari. Izinkan saya untuk
mengongsikan 4 berkat yang kita boleh perolehi daripada semua penderitaan yang sedang kita alami atau yang
telah kita alami. 4 berkat yang ingin saya kongsikan adalah:
i. Penderitaan adalah untuk keselamatan kita
ii. Penderitaan membuat Syurga lebih bernilai
iii. Penderitaan menjadikan kita lebih baik (memperbaiki kita)
iv. Penderitaan mengajar penurutan.

1. PENDERITAAN ADALAH UNTUK KESELAMATAN KITA


 Merupakan satu berkat.
 Yesus sendiri tidak terkecuali untuk mengalami penderitaan. Yesus perlu menderita. Kenapa? Untuk
menyelamatkan kita. Dia mati untuk mendapatkan keselamatan bagi kita.
 Sama seperti Yesus kita perlu menderita untuk keselamatan kita. Yesus telah mendapatkan keselamatan bagi kita,
tapi pilihan kita untuk menerima keselamatan itu.
 Lukas 9:23 Kata-Nya kepada mereka semua: “Setiap orang yang mau mengikut Aku, ia harus menyangkal dirinya,
memikul salibnya setiap hari dan mengikut Aku.
 Yesus memikul salib penderitaan untuk meyelamatkan kita dan kita juga mempunyai salib yang harus kita pikul
untuk keselamatan kita iaitu salib penderitaan kita.
 Dalam buku Early Writing p.47 menyatakan bahawa Kita mesti menjadi sebahagian daripada penderitaan Yesus
Kristus di dunia ini jika kita mahu berkongsi kebahagian dengan-Nya di syurga kelak.
 Dalam erti kata lain, kita tidak boleh diselamatkan tanpa mengalami penderitaan.
 Jika gereja kita dikecualikan daripada penderitaan, maka sudah pasti orang ramai yang di luar sana masuk ke
gereja kita semata-mata dengan tujuan dan harapan bahawa mereka tidak akan mengalami penderitaan.
 Tetapi apa kata Yohanes Kekasih dalam Wahyu 7:14. Maka kataku kepadanya “Tuanku, tuan mengetahuinya.”
Lalu ia berkata kepadaku: “Mereka ini adalah orang-orang yang keluar dari kesusahan yang besar; dan mereka
telah mencuci jubah mereka dan membuatnya putih di dalam darah Anak Domba
 Telah tiba masa penderitaan dan kita semua tidak terkecuali bahkan kita menghadapi setiap hari tanpa kita sedari.
 Cerita tentang budak perempuan yang terminum sebotol ubat penenang (laudanum) yang diperbuat daripada
candu. Tidak tahu kenapa budak perempuan tersebut meminum ubat tersebut.
 Ibu bapanya menghubungi seorang doktor dengan segera apabila mendapati anak mereka terminum racun.
 Doktor tersebut berusaha untuk menyelamatkan nyawa anak perempuan itu. Sebelum doktor itu beredar pulang,
dia berkata kepada ibu bapa anak perempuan tersebut,
“ Saya telah berusaha sedaya upaya yang mungkin untuk menyelamat anak kamu. Apa yang perlu kamu lakukan
adalah pastikan dia sentiasa terbangun kerana jika dia tertidur, kemungkinan besar dia tidak akan pernah bangun
lagi (maksudnya adalah budak itu akan mati). Kamu perlu pastikan dia sentiasa bangun sehingga semua racun
dalam sistem badannya dikeluarkan.
 Doktor itu menambah “Ingat, pastikan dia sentiasa bangun. Jika terpaksa rotan atau pukul dia supaya dia tetap
bangun dan tidak tertidur.
 Pastinya anak itu rasa mengantuk pada waktu malam dan ingin tidur. Tetapi, ayahnya memarahi dan merotan dia
supaya dia jangan tidur. Anak itu menangis dan berkata “saya tidak dapat tahan penyeksaan ini lagi” dan dia
lari keluar dari rumah. Bagaimanapun, ibunya mengambil alih tugas tersebut sehingga racun dalam badan anak
itu habis dikeluarkan dan anak perempuan itu selamat.
 Apa pendapat kamu tentang perasaan anak tersebut terhadap kedua ibubapanya? Adakah dia berfikiran positif pada
ketika itu? Adakah dia mengerti? Hanya apabila dia penyeksaan yang dilaluinya itu berlalu itu barulah dia faham
mengapa dia perlu menghadapi penderitaan tersebut.
 Sama seperti anak ini, kita tidak akan memahami penderitaan yang kita hadapi sehingga penderitaan yang kita
hadapi berlalu dari kehidupan kita. Mungkin banyak penderitaan yang kita alami tidak akan kita faham sehingga
kita diangkat masuk ke syurga pada kedatangan Yesus ke-2 kalinya. Kita tidak akan faham kenapa kita perlu
kehilangan orang yang paling kita sayangi dsbnya.
 Ibrani 11:24,25. Karena iman maka Musa, setelah dewasa, menolak disebut anak puteri Firaun, karena ia lebih
suka menderita sengsara dengan umat Allah daripada untuk sementara menikmati kesenangan dari dosa.
 Musa diselamatkan melalui penderitaan.
 Itulah yang Musa telah lakukan. Dia telah memilih untuk menderita. Dia boleh sahaja memilih kemewahan di
tanah mesir dan menjadi pewaris kerajaan mesir. Tapi dia telah menolak semuanya itu. Dia telah memilih untuk
menderita bersama umat Tuhan di padang gurun selama 40 tahun.
 Terbukti bahawa penderitaan akan mendatangkan keselamatan dan kehidupan yang abadi.
 2 korintus 1:6. Jika kami menderita, hal itu menjadi penghiburan dan keselamatan...

2. PENDERITAAN MEMBUAT SYURGA LEBIH BERNILAI


 Adakah dunia tempat tinggal yang ideal? Mungkin sabah atau papar tempat yang agak baik. Tetapi adakah ini
tempat tinggal yang ideal? Jawapan pastinya TIDAK!
 Tetapi, ada satu tempat yang menjadi kerinduan bagi setiap kita di sini iaitu Syurga. Penderitaan yang kita alami
membuat syurga menjadi tempat yang bernilai.
 Kita yang menderita akan sangat menghargai Syurga.
 Penderitaan yang kita alami membuatkan kita lebih mengarahkan atau memfokuskan pemikiran kita kepada dunia
baru iaitu Syurga. Ini menjadikan kita lebih dekat dengan Tuhan.
 Ya, penderitaan membawa kita lebih dekat dengan Bapa Pencipta kita iaitu Tuhan.
 Kenapa kita begitu menghargai Syurga? Kerana di syurga tidak ada lagi penderitaan seperti di dunia ini. Di sana,
orang buta akan dapat melihat, orang lumpuh dapat berjalan, orang tuli dapat melihat, tiada kesedihan, tiada
kematian. Kita semua akan menjadi sempurna seperti sebelum dunia jatuh ke dalam dosa. Tiada lagi Influenza
H1N1 yang ditakuti pada masa sekarang ini.
 Wahyu 21:4. Dan Ia akan menghapus segala air mata dari mata mereka, dan maut tidak akan ada lagi; tidak akan
ada lagi perkabungan, atau ratap tangis, atau dukacita, sebab segala sesuatu yang lama itu telah berlalu.”
 Semua yang ada di syurga adalah baik dan membahagiakan. Kebahagian yang kita akan rasai adalah kebahagian
yang abadi. Kita akan amat berbahagia bila kita tiba di sana pada suatu hari kelak.
 Semua penderitaan yang kita alami akan dilupai dan hilang di tengah-tengah kemuliaan dunia baru iaitu syurga.

3. PENDERITAAN MENJADIKAN KITA LEBIH BAIK (MEMPERBAIKI DIRI KITA)


 Lihat Yakobus 1:2-4. Saudara-saudaraku, anggaplah sebagai suatu kebahagiaan, apabila kamu jatuh ke dalam
berbagai-bagai pencobaan, sebab kamu tahu, bahwa ujian terhadap imanmu itu menghasilkan ketekunan. Dan
biarkanlah ketekunan itu memperoleh buah yang matang, supaya kamu menjadi sempurna dan utuh dan tak
kekurangan suatu apapun.
 Kita lihat bahawa penderitaan untuk membawa berkat kepada kita. Penderitaan menghasilkan ketekunan agar kita
menjadi baik. Agar kita menjadi lebih baik daripada diri kita sebelum kita menghadapi penderitaan.
 Mari kita lihat hidup sebatang pohon anggur. Dahan pohon anggur perlu dipangkas sehingga hanya sedikit dahan
yang tinggal selepas dipangkas. Bayangkan jika pohon anggur itu boleh berkata-kata dan berasa sakit seperti kita.
Tentu saja pohon anggur itu berkata “Jangan pangkas saya!Jangan lakukan ini!
 Tetapi, tidak pernah kita terdengar hal sedemikian terjadi. Setiap pohon anggur dengan rela membiarkan dahan-
dahannya dipangkas untuk menggalakkan pertumbuhan dahan yang lebih banyak lagi. Ini membolehkan pohon
anggur untuk menghasilkan lebih banyak buah anggur.
 Jadi, mengapa Tuhan membenarkan penderitaan berlaku ke atas kita? Agar kita bertumbuh daripada penderitaan
tersebut sama seperti pohon anggur yang selepas dipangkas akan menghasilkan lebih banyak dahan seterusnya
menghasilkan lebih banyak buah anggur.
 Ya! Penderitaan memperbaiki hidup kita agar kita menjadi lebih baik dari sebelumnya.
 Lihat pada kehidupan Rasul Paulus. Dia antara rasul yang agung. Dia telah menulis banyak buku berbanding
rasul-rasul yang lain. Dia seorang yang pintar. Tetapi, dia juga banyak menderita. Semasa dia dalam penderitaan
yang teruk dia telah menulis surat-suratnya yang dapat kita baca dalam perjanjian baru. Penderitaan yang dia
alami telah membuatkan dia untuk terus menulis lebih banyak surat. Membuatkan penulisan suratnya lebih baik.
 Beethoven. Seorang pemuzik yang agung. Antara kerja muzik beliau yang terkenal adalah fur elise. Kenyataan
yang kita tahu bahawa beliau telah menjadi tuli semasa zaman kegemilangan beliau. Namun, itu tidak
menghalang beliau untuk meneruskan kariernya dalam bidang muzik. Masalah pendengaran beliau telah
membuatkan muzik ciptaan beliau menjadi lebih baik. Banyak muzik beliau yang agung tidak dapat didengari oleh
beliau sendiri.
 Kita lihat, penderitaan Beethoven telah menjadikan beliau lebih baik dalam mencipta muzik yang kita masih
hayati sehingga kini.
 Bahkan, dalam Church Hymnal kita sendiri dapat kita lihat terdapat banyak lagu yang dicipta oleh Fanny J.
Crosby yang telah hilang penglihatan beliau semasa berusia 6 tahun. Penglihatan lihat akibat daripada kesilapan
seseorang. Namun begitu, beliau menganggap kecacatan beliau itu merupakan suatu berkat. Beliau hidup selama
95 tahun dalam keadaan buta sepenuhnya bahkan beliau telah menulis 8000 lagu rohani. Lagu yang bertajuk
“Safe in the Arms of Jesus” telah ditulis oleh beliau hanya dalam masa 20 minit!
 Lihat, kecacatan yang beliau alami telah membawa berkat kepada diri beliau bahkan kepada jutaan orang yang
mendengar lagu-lagu ciptaan beliau. Dengan kecacatan beliau, beliau telah menjadi lebih baik dalam mencipta
lagu.
 Penderitaan dapat membawa berkat. Penderitaan Fanny juga telah membawa berkat kepada kita kerana kita
menyanyi lagu-lagu ciptaan beliau.
 Maleakhi 3:2,3. “Siapakah yang dapat tahan akan hari kedatangan-Nya? Dan siapakan yang dapat tetap berdiri,
apabila Ia menampakkan diri? Sebab Ia seperti api tukang pemurni logam...”
 Kita adalah perak dan Tuhan adalah tukang pemurni logam. Tuhan memurnikan kita dengar membakar kita
secukupnya dengan api penderitaan untuk membakar semua sifat-sifat keduniawai yang tidak diingini dalam
perwatakan kita agar perwatakan Tuhan dapat kita pantulkan sepenuhnya dalam kehidupan kita.
 Pemurniaan kita sebagai umat Tuhan tidak akan berjaya tanpa mengalami penderitaan.
 Ingat, penderitaan menjadikan kita lebih baik. Penderitaan memperbaiki hidup kita dan mengeluarkan kita dari
sifat-sifat keduniawian.

4. PENDERITAAN MENGAJAR PENURUTAN


 Mari kita lihat sifat seorang anak yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi. Ibunya melarangnya anak itu
daripada memegang cerek air yang masih panas. Kata anak itu dalam hati, “ Ya...saya percaya cakap mummy,
tapi saya masih mau tau macam mana panas cerek air itu” dan dia mememang cerek air yang panas itu. Aduh,
begitu panas sehingga anak itu berasa sakit. Maka, dari saat itu, anak itu belajar untuk menurut kata-kata ibunya.
 Kesakitan atau penderitaan mengajar penurutan.
 Yesus berkata dalam Ibrani 5:8. Dan sekalipun Ia adalah Anak, Ia telah belajar menjadi taat dari apa yang telah
diderita-Nya.
 Jadi, Yesus sendiri belajar daripada penderitaan-Nya, apatah lagi kita. Kita tidak terkecuali daripada menghadapi
penderitaan kerana penderitaan mengajar penurutan.
 Penderitaan adalah seperti alarm signal yang memberitahu kita bahawa kita sedang melanggar Hukum Tuhan.
 Nyonya Ellen G White dalam bukunya Acts of the Apostles, p 524, “Pencubaan adalah sebahagian daripada
pendidikan yang diberikan dalam sekolah Tuhan Yesus untuk memurnikan anak-anak Tuhan daripada sifat-sifat
keduniawian yang tidak bernilai. Tuhan menggunakan pencubaan dan halangan sebagai cara untuk mendisiplinkan
anak-anak-Nya agar mereka berjaya dimurnikan.
 2 Timotius 3:12. Memang setiap orang yang mau beribadah di dalam Kristus Yesus akan menderita aniaya.
 Percayalah kepada Tuhan dengan segenap hatimu. Penderitaan yang Dia telah benarkan untuk berlaku dalam
kehidupan kita adalah untuk mengajar penurutan kepada kita.

CARA KITA UNTUK MENGHADAPI PENDERITAAN

 Daripada apa yang kita telah pelajari, penderitaan membawa berkat-berkat yang indah kepada kita.
 2 Korintus 1:5. Sebab sama seperti kami mendapat bagian berlimpah-limpah dalam kesengsaraan Kristus,
demikian pula oleh Kristus kami menerima penghiburan berlimpah-limpah.
 Alkitab menyatakan bahawa bila kita mengalami banyak penderitaan akan mendapat kelegaan yang berlimpah-
limpah.
 Jadi, adakah penderitaan merupakan satu sumpahan atau berkat?
 Ya! Penderitaan atau kesakitan sebenarnya merupakan berkat. Pastilah kita semua mengharap tahap penderitaan
kita berada pada tahap yang rendah tetapi tetap bahawa penderitaan itu adalah suatu berkat dalam kehidupan kita.
 Jadi, dengan cara apakah kita perlu menghadapi penderitaan yang datang dalam kehidupan kita?
 Ada seorang pastor yang datang melawat seorang mekanik yang terpotong salah satu jarinya di bengkel. Lelaki
itu berkata kepada pastor dengan raut wajah tersenyum, “ Ya, saya masih mempunyai sembilan jari yang tinggi
dan Puji Tuhan untuk itu! Saya bersyukur kepada Tuhan yang dia telah menyelamatkan saya daripada keadaan
yang lebih teruk lagi. Sekurang-kurangnya, dengan kesakitan yang saya alami beberapa hari ini telah
mengurangkan beberapa kilo berat badan saya.” Dia ketawa ketika mengungkapkan kata-katanya itu.
 Lihat sikap lelaki ini. Walaupun dia telah kehilangan salah satu daripada jarinya tetapi dia masih berfikiran positif.
Dia bersyukur kerana dia masih mempunyai 9 jari yang lain.
 Dengan cara inilah kita menghadapi penderitaan. Arahkan sikap kepada sikap positif semungkin yang boleh. Dan
dengan sikap positif tersebut, penderitan tidak akan banyak menggangu hidup kita. Minta Tuhan untuk selalu
memimpin dan beserta dengan kita.
 Mari kita lihat kehidupan Paulus. Paulus telah meminta sebanyak tiga kali daripada Tuhan agar penderitaan dan
kesusahannya disingkirkan daripada kehidupannya.
 Dapat kita baca dalam 2 Korintus 12:8. Tentang hal itu aku sudah tiga kali berseru kepada Tuhan, supaya utusan
iblis itu mundur dari padaku
 Adakah penderitaan dan kesusahan itu disingkirkan? Tidak. Penderitaan dan kesusahan Paulus tidak disingkirkan.
 Apa kata Paulus dalam 2 Korintus 12:9. Tetapi jawab Tuhan kepadaku: “Cukuplah kasih karunia-Ku bagimu,
sebab justru dalam kelemahanlah kuasa-Ku menjadi sempurna.” Sebab itu terlebih suka aku bermegah atas
kelemahanku, supaya kuasa Kristus turun menaungi aku.
 Mari kita menjadi seperti Paulus apabila penderitaan datang ke dalam kehidupan kta. Marilah kita percaya dan
bersandar sepenuhnya kepada Tuhan bahawa Dia akan sentiasa bersama kita dan Dia mempunyai rencana terhadap
setiap penderitaan yang kita alami.
 Selain itu, penderitaan yang kita alami juga tidak akan melebihi daripada kemampuan kita.
 Mari kita lihat dalam ayat 1 Korintus 10:13. Pencobaan-pencobaan yang kamu alami ialah pencobaan-pencobaan
biasa, yang tidak melebihi kekuatan manusia. Sebab Allah setia dan karena itu Ia tidak akan membiarkan kamu
dicobai melampaui kekuatanmu. Pada waktu kamu dicobai Ia akan memberikan kepadamu jalan keluar, sehingga
kamu dapat menanggungnya.
 Adalah tidak salah untuk meminta agar Tuhan menyingkirkan penderitaan dari kehidupan kita tetapi jika Tuhan
tidak menyingkirkan penderitaan yang kita alami, kita perlu menerima dan menuai berkat-berkat daripada
penderitaan itu.
 Saya akan menyimpulkan pelajaran kita pada hari ini dengan membaca Yakobus 1:12. Berbahagialah orang yang
bertahan dalam pencobaan, sebab apabila ia sudah tahan uji, ia akan menerima mahkota kehidupan yang dijanjikan
Allah kepada barangsiapa yang mengasihi Dia.
 Marilah kita percaya sepenuhnya kepada Tuhan bahawa kita akan menerimaa mahkota kehidupan daripada-Nya
dan kita akan
hidup bersama dengan-Nya buat selama-lamanya.
 Semoga Tuhan memberkati anda semua dalam penderitaan dan pencobaan yang anda hadapi. Marilah kita
bertahan di atas segala penderitaan dan pencobaan di dunia ini sehingga kedatangan Yesus yang ke-2 kali.
 Saya fikir, pada saat kita berada bersama Tuhan Yesus di syurga, kita akan memahami kenapa kita perlu
menghadapi kehidupan yang penuh penderitaan, dan pencubaan ini.

Вам также может понравиться