Вы находитесь на странице: 1из 3

Cabinet

Cabinet juga dikenali sebagai gerabak agihan dimana ianya merupakan tempat
pengagihan talian telefon pelanggan untuk ke peti agihan (DP BOX) sebelum di sambung
melalui drop wire seterusnya ke rumah pelanggan. Secara kebiasaannya, cabinet
merupakan tempat penamat bagi kabel utama, dimana setiap kabel bermula daripada
MDF dan terus melalui lurang dan akhir sekali terus ke cabinet. Cabinet menggunakan
kaedah unit penyambung silang dengan dawai pemintas untuk penyambungan tersebut.

Selalunya, untuk pernyambunngan terus dari cabinet ke ibusawat, kabel jenis lead
digunakan mengikut saiz seperti 200, 400, 800, 1000 dan pelbagai lagi jenis saiz kabel
yang digunakan. Dalam sesebuah cabinet, terdapat 9 teras iaitu setiap darinya mempunyai
200 pasang dimana, kabel utama yang dipecahkan melalui lurang sebelum sampai ke
cabinet. Seterusnya pasangan ini akan diagihkan kepada 20 buah peti agihan (DP BOX).

Kabel yang selalu digunakan bermula dari cabinet ke peti agihan ialah jenis plastic.
Dalam sesebuah cabinet, terdapat dua bahagian utama iaitu D-side (Distribution Side)
dan E-Side (Exchange Side). Bilangan teras pada D-Side bermula dari cabinet ke kotak
agihan mempunyai nilai maksima 1000 pasang dan bagi setiap teras bermula dari 1
hingga 200 pasang. Untuk E-side pula, bilangan teras ialah 101 hingga 301 pasang.

Pada kebiasaanya, sesebuah cabinet mempunyai 9 teras iaitu 5 SA dan 4 SI. SA ialah
kabel atas manakala SI ialah kabel bawah tanah. Setiap pengiraan bermula dari SA.
Setiap agihan kabel dan talian bergantung kepada keperluan danpermintaan oleh
pelanggan bagi sesuatu kawasan tertentu. Anggota-anggota pemasangan akan membuat
kerja-kerja “jumpering” bermula dari bahagian E-Side dan seterusnya D-Side untuk
membolehkan talian dapat beroperasi.

Bagi setiap pemasangan kabel, sebanyak 1000 pasang akan disambungkan kerumah
pelanggan dan hanya 800 pasang sahaja digunakan. Selebihnya sebanyak 200 pasang lagi
adalah untuk simpanan “spare” sekiranya berlaku kerosakan pada talian, ianya dapat
digunakan.
Fungsi cabinet

Fungsi cabinet ialah :

i. Titik ujian untuk mengesan kerosakan dan memudahkan kerja-kerja


pemasangan.
ii. Berfungsi sebagai tempat ujian sementara.
iii. Mengelak dari membuka sambungan semasa penyusunan semula E kabel.
Dengan ini, ia dapat menjimatkan kos dan masa.
iv. Memudakan kerja-kerja penyelenggaraan dan rekod.
v. Untuk memberi penjimatan dalam penggunaan kabel supaya mudah
ditukar ganti.
vi. Untuk memudahkan perancangan masa hadapan.

Jenis-jenis cabinet

Terdapat 3 jenis cabinet yang selalu digunakan ialah :

i. Jenis KRONE
ii. Jenis APO
iii. Jenis POUYET

Cabinet jenis KRONE

Cabinet jenis ini mempunyai persamaan dengan cabinet jenis APO dari fungsinya iaitu
merupakan rujukan talian pelanggaan begi sesuatu kawasan. Cabinet jenis krone juga
bertindak sebagai titik ujian untuk mengesan kerosakan dan memudahkan kerja-kerja
pemasangan dan penyelenggaraan.

Cabinet krone mempunyai dua pintu yang diperbuat daripada fiberglass ployster.
Pembinaannya adalah tahan kepada iklim dam persekitaran yang boleh membahayakan
atmosfera. Cabinet jenis ini boleh memuatkan bilangan pelanggan maksimum 2400
pasangan tetapi biasanya hanya 1800 pasangan sahaja yang digunakan.
Cabinet jenis APO

Cabinet jenis APO terdiri daripada dua saiz, iaitu 1800 dan 900 pasang. Kabinet jenis ini
berbentuk silinder dan sama garis pusatnya. Komponen utama cabinet jenis ini ialah, ia
terdiri daripada tudung, sarung dan tapak. Ianya diperbuat daripada aluminium dan
permukaan luarannya disemburkan dengan pasir untuk menampakkan rupa siap yang
pudar. Cabinet jenis ini mempunyai kunci dibahagian tudungnya sebagai langkah untuk
mengelakkan dari sebarang kejadian yang tidak diingini.

Pada bahagian dalamnya, terdapat bacaan pasangan bagi setiap blok-blok, bacaan ini
digunakan untuk membezakan pasangan SA dan SI. Ianya juga dapat ditunjukkan pada
label yang terdiri daripada unit penamat ibusawat (E-Side) dengan (D-Side) yang disusun
bergelang seli mengikut arah lawan pusing jam disekeliling tapak tersebut.

Antara kebaikan menggunakan cabinet jenis ini ialah ia dapat mengelakkan daripada
membuka sambungan semasa penyusunan semula kabel utama dan juga memudahkan
pasangan kabel yang bersaiz kecil. Selain itu ia juga merupakan tempat ujian
penghantaran bagi memudahkan kerja-kerja mencari tempat kerosakan yang dikenalpasti.

Tetapi sekarang, cabinet jenis ini jarang digunakan lagi mungkin disebabkan kerana
mengikut peredaran zaman yang mungkin canggih menggunakan teknologi yang semakin
maju.

Cabinet jenis pouyet

Kabinet merupakan peti agihan telefon yang terdapat sumber talian daripada ibusawat
dan akan di hantar ke Dp. Bagi jenis Apollo satu verticle pada satu tiang terdapat 200
talian yang boleh digunakan. Kesemuanya sekali talian dalam satu kabinet Apollo
terdapat lebih kurang 1800 talian yang boleh digunakan.

Bagi Kabinet Fiber pula ia dikawal dengan menggunakan kad subrack untuk mengawal
talian telefon. Bagi kad 30 channel boleh menampung sebanyak 240 talian manakala
kad 10 channel pula sebanyak 120 talian. Kesemua kad-kad ini akan
disediakan atau ditadbir oleh CPU.

Вам также может понравиться