Вы находитесь на странице: 1из 5

MAKLUMAT SYARIKAT

DAN
SINOPSIS PERJANJIAN YANG DIBUAT BERSAMA MARDI

1. Falcon Livestock

Pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) di antara MARDI dan


Falcon Livestock terjalin bagi tujuan mendapatkan kepakaran di
dalam pengeluaran baka kambing Jamnapari yang lebih baik.
Dengan termetrainya juga perjanjian ini, Falcon Livestock juga
layak mendapat status sebagai syarikat BioNexus di mana salah
satu syarat untuk memperolehi status ini adalah dengan
mempunyai kepakaran yang mendalam yang boleh diperolehi
dengan kerjasama bersama MARDI.

Syarikat yang dianugerahkan status BioNexus melayakan mereka


mendapat kelebihan seperti yang termaktub di dalam Bill of
Guarantees
http://www.biotechcorp.com.my/Pages/BillsOfGuarantees.aspx?Au
dienceId=3 . MARDI pula dapat memanfaatkan pertukaran ini
dengan hasil royalti daripada pemindahan kepakaran yang
diberikan.

Perjanjian ini dibuat selama 3 tahun dan akan berlangsung selama


5 tahun jika perlu diteruskan.

1
2. NIZO Food Research B.V

Memorandum Perjanjian (MoA) di antara MARDI dan NIZO Food


Research B.V wujud bagi perlaksanaan projek penyelidikan
bersama untuk menghasilkan produk makanan berfungsi yang
berkualiti tinggi, berkesan dan selamat. NIZO merupakan sebuah
syarikat dari Netherlands yang telah lama wujud dan pakar dalam
bidang penyelidikan berasaskan makanan. Ikatan perjanjian ini
diharap dapat menjadi platform teknologi yang akan memacu
perkembangan penyelidikan MARDI.

Ini kerana negara mempunyai sumber asli yang mencukupi, tetapi


kekurangan tenaga mahir/pakar. Maka kepakaran yang bakal
diperoleh daripada perjanjian ini diharap dapat melonjak
perkembangan penyelidikan MARDI dengan lebih pantas
berbanding dengan menjalankan kajian secara sendiri.

Kerjasama MARDI dan Nizo merupakan yang pertama dalam


bidang penyelidikan di Malaysia. Perjanjian selama setahun ini
merupakan satu perkongsian platform teknologi dan bio sumber.
Nizo mempunyai format platform teknologi yang canggih dan
terkini yang mana sebarang kajian yang mengambil masa tiga
tahun, dapat disingkat kan kepada setahun melalui perkongsian
platform teknologi Nizo.

Manakala MARDI akan berkongsi biosumber yang ada dengan


pihak Nizo. Tujuan utama usahasama ini adalah untuk membentuk
kepakaran tenaga kerja di MARDI. MARDI memandang serius
dalam usaha meningkatkan kepakaran sedia ada.

2
Melalui program berkenaan, pegawai MARDI akan dihantar ke
Nizo untuk meningkatkan kepakaran masing-masing untuk
menghasilkan high value functional food seperti makanan
kesihatan berkualiti tinggi.

Nizo terkenal dengan pengeluaran produk-produk biotik di negara


Eropah. Dalam jangkamasa panjang, sebarang penghasilan
teknologi akan dikongsi bersama syarikat tersebut bagi
memantapkan pengkomersialan memandangkan Nizo bertapak
kukuh dalam pasaran makanan probiotik di Eropah.

3
3. Sime Darby Research Sdn. Bhd.

Memorandum Perjanjian (MoA) di antara MARDI dan Sime Darby


Research Sdn. Bhd. merupakan MOA pembangunan Pusat
Pengeluaran dan Penyelidikan Benih dan pelaksanaan projek
penyelidikan bersama dalam bidang teknologi benih.

MOA ini bermula daripada arahan dikeluarkan kerajaan supaya


syarikat swasta memainkan peranan dalam menjalankan
penyelidikan dan pengeluaran biji benih. Sewaktu pelancaran
Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Sime Darby telah dicadangkan
untuk melakukan pembangunan biji benih ini. Negeri di sebelah
utara dipilih kerana mempunyai musim kemarau yang nyata yang
sesuai untuk perkembangan biji benih.

Kerajaan negeri tidak dapat memenuhi permintaan mendapatkan


kawasan bagi projek ini. Justeru terjadilah perjanjian ini di antara
MARDI dan Sime Darby Research Sdn. Bhd. Kerjasama ini
diharap dapat membantu di dalam mengeluarkan benih bermutu
yang dapat disalurkan kepada para petani.

MARDI bertanggungjawab mengeluarkan benih asas dan Sime


Darby akan menggunakan keparan tersebut. Ini merupakan satu
kerjasama swasta dan awam dalam bidang yang sangat penting
kerana keterjaminan biji benih amatlah penting bagi memastikan
keselamatan makanan negara.

4
Melalui perjanjian ini, Sime Darby menyewa tapak dan infrastruktur
MARDI seluas 14.8 hektar untuk tujuan penyelidikan. Tanaman
yang terlibat adalah padi, jagung, terung, kacang panjang dan
bendi. Melalui perjanjian ini juga, MARDI akan mengeluarkan
benih asas dan pihak Sime Darby akan mengkomersialkannya.

Вам также может понравиться