Вы находитесь на странице: 1из 9

Cara Memegang Kamera Part 1 (DSLR)

Posted in Tips-tips berguna, photography - 1 March 2010 - 21 comments

Satu persoalan, bila kamu sudah memiliki kamera, bagaimana cara kamu memegang kamera
tersebut waktu mengambil gambar? Pentingkah mengetahui cara memegang kamera dengan
betul? Atau kita hanya akan terfikir, “Ala… apa susah? pegang saja kamera dan tekan saja
butang snap, hah, jadilah gambar!…” Ok, sebenarnya mengetahui cara memegang kamera
dengan betul adalah salah satu ‘basic photografi’ yang perlu kita tahu. Mengetahui cara
memegang kamera dengan betul dapat membantu kita menangkap gambar dengan posisi kukuh
dan tidak gegar.

Selain itu, ia juga membantu kita mengelakkan dari cepat letih jika menangkap gambar dengan
menggunakan kamera DSLR yang lens nya besar dan panjang. Ok, untuk Tips Cara Memegang
Kamera untuk Part 1 ini, saya akan berkongsi cara memegang kamera DSLR sahaja. Untuk Part
2 nanti, saya akan berkongsi Cara Memegang Kamera Compact pula…

Tanpa membuang masa, jom kita lihat contoh-contoh gambar dibawah.


Basic Pegang DSLR

Ok, diatas ni adalah cara pegang DSLR secara basic. Dimana kita gunakan tangan kiri untuk
pegang kamera pada bahagian lens dia, dan tangan kanan kita gunakan untuk control setting
DSLR seperti untuk tekan butang shutter release dan sebagainya. Lepas itu, kedua-dua siku kita
rapatkan dengan badan untuk memperkukuhkan kedudukan DSLR seperti gambar diatas.
Pastikan pegang dengan selesa dan rasa titik graviti pada DSLR untuk seimbangkan berat DSLR
ketika memegang.

Cara Lain Untuk Pegang DSLR


Kita boleh juga pegang DSLR dengan cara pada gambar diatas ini. Tapi untuk sesekali bolehlah.
Kalau kita dah penat tangkap gambar dengan memegang kamera dengan cara basic, bolehlah
cuba dengan cara kedua nih. Bila kita letak DSLR pada bahagian tangan yang dekat dengan bahu
begini, kedudukan DSLR akan lebih kukuh dan peratusan untuk tergegar waktu tangkap gambar
akan kurang. Tapi mungkin lambat sikitlah nak tukar setting dan cara begini mungkin sesuai
untuk ambil gambar lanscape atau gambar yang menggunakan shutter speed yang rendah.

Cara Pegang DSLR Yang Salah

Elakkan memegang DSLR dengan


cara seperti gambar di atas. Memegang kamera dengan sebelah tangan tidak akan
memperkukuhkan kedudukan kamera dan peratusan untuk menangkap gambar yang sharp adalah
rendah. Pastikan juga tali kamera kita sangkutkan dileher atau lilitkan sedikit pada bahagian
tangan kita. Jika DSLR kita terlepas jatuh, apa akan jadi? Memegang kamera dengan meletakkan
kedua-dua belah tangan pada badan kamera, juga tidak akan mengukuhkan kedudukan kamera.
Jadi elakkan dari pegang dengan cara begini.

Ini juga cara yang salah ketika


memegang DSLR. Jadi pastikan tangan kita tidak ‘mengepak’ waktu nak tangkap gambar.
Jangan lupa, rapatkan siku pada badan kita. Elakkan juga memegang kamera dengan meletakkan
tangan kiri diatas lens DSLR. Ianya bukan saja menambahkan berat kamera tetapi ianya tidak
akan mengukuhkan kedudukan kamera. Jadi pastikan pegang DSLR dengan meletakkan tangan
kiri dibawah lens DSLR.

Cara Pegang DSLR Secara Menegak


Ada orang kata, bila kita shut gambar dengan menggunakan DSLR, kita tidak digalakkan
menangkap gambar dengan cara menegakkan kamera kita. Sebab nampak tak profesional
katanya. huhu~ Tak pastilah saya, betul ker tidak tu~ Tapi apa yang pasti, tidak menjadi salah
pun kalau kita nak ambil gambar dengan cara menegakkan DSLR kita. Ok, boleh lihat cara
dibawah.

Cara yang sebelah kiri ini adalah


kedudukan yang baik untuk pegang DSLR secara menegak. Tangan kanan digunakan untuk
support berat kamera sambil menjaga setting. Manakala tangan kiri diletakkan dibawah lens
untuk memperkukuhkan lagi kedudukan DSLR. Jadi, masalah gambar bergegar tidak akan
berlaku. Kalau lihat cara pegang DSLR yang salah tu, kita boleh lihat kedudukan tangan kanan
yang tidak stabil disitu…

Kedudukan Kaki
Untuk menstabilkan badan waktu mengambil gambar, pastikan kaki kiri dilangkahkan sedikit
kehadapan dari kaki kanan. Jadi tak der lah rasa nak tumbang waktu tangkap gambar. Jangan
rapatkan kaki dan berdiri tegak seperti gambar pada sebelah kanan diatas. Sebab kedudukan
badan tidak akan stabil jika kita berdiri seperti itu.

Cara Pegang DSLR Waktu Tangkap Gambar View Rendah

Ok, diatas ini ada 3 contoh cara untuk pegang DSLR ketika hendak tangkap gambar pada
kedudukan rendah. Cuba lihat kedudukan siku pada contoh gambar diatas. Siku sentiasa
ditongkatkan pada kaki untuk menambah kestabilan kedudukan DSLR.
Cara yang salah, kalau lihat gambar pada sebelah kanan ini, siku tidak ditongkat pada kaki. Jadi
kedudukan kamera tidak akan stabil disitu.

Gunakan Sebarang Benda Yang Dekat Dengan Kita Untuk Support Badan

Banyak benda yang boleh kita jadikan support untuk badan kita waktu menangkap gambar.
Sebagai contoh, kita boleh gunakan tiang, kereta, atau dinding bagi membolehkan kita bersandar
untuk mengukuhkan badan ketika mengambil gambar.
Cara Pegang DSLR Ketika Meniarap

Nak pegang DSLR ketika baring atau meniarap pun ada cara juga. Yang penting, kedudukan
kamera mesti kukuh.
Seperti biasa, gunakan siku untuk support kamera dengan menongkat siku pada lantai atau tanah.
Jangan buat seperti gambar yang salah diatas. Dimana dia tidak menggunakan siku, tetapi
menggunakan badan untuk support kamera. Kita akan cepat rasa penat jika berbuat demikian dan
DSLR yang kita pegang tidak akan stabil waktu menangkap gambar.

Ok, dibawah ini pula terdapat satu video yang menerangkan cara memegang DSLR yang
menggukan lens yang besar dan panjang. Jadi, jom kita tonton video dibawah untuk tambahkan
lagi pengetahuan kita, ya~

Akhir kata, di sini saya nak kongsikan satu tips iaitu, ketika hendak tangkap gambar, elakkan
dari bernafas. Secara logiknya, apabila kita bernafas badan kita akan bergerak. Jadi cara
terbaik, tarik nafas sebelum tekan butang shutter release, tahan nafas ketika tekan butang shutter
release dan hembus nafas selepas tangkap gambar.
Ok, itu saja untuk kali ini. Untuk pengetahuan, segala ilmu yang saya sampaikan ini, saya ambil
dari;

http://knol.google.com/ dan http://www.joemcnally.com/blog/

Вам также может понравиться