Вы находитесь на странице: 1из 6

DIPLOMA PENDIDIKAN

UPSI-MARA (KOHORT III)


2009/2010

KOD SUBJEK KPD 5033

SUBJEK PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR

PENSYARAH DR SHAHEDA BINTI USOF


ANALISIS KAJIAN KAEDAH PENGAJARAN DARI KAJIAN
“MODEL PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH
TAJUK TUGASAN
RENDAH: PENGAJARAN PEMUSATAN MURID DAN
BERASASKAN KONSTRUKTIVISME”
KUMPULAN KULIAH DEWAN EMERALD

DISEDIAKAN OLEH:-

HAJAR BINTI MD SAID L20092005686


NORHAFIDZAH ABD HALIM L20092005676

1
Pengenalan.

Dalam profesyen keguruan, mengenalpasti latar belakang pelajar yang ada di dalam kelas
adalah amat penting. Pengetahuan dalam pengajaran kepelbagaian pelajar akan membantu
guru memilih kaedah dan teknik yang sesuai dalam mengajar untuk mencapai objektif
pembelajaran.

Setiap pelajar harus dilatih dengan kemahiran berfikir secara kritikal, menganalisa maklumat
serta mengsistesiskan maklumat bagi ,menyelesaikan masalah dalam pelbagai konteks. Dalam
mempelajari subjek yang mengandungi banyak hukum-hukum abstrak yang sukar difahami,
pelajar akan mudah merasa bosan dan putus asa terutama jika mereka terpaksa mengambil
masa yang agak lama untuk memahaminya.

Oleh itu, kumpulan kami sangat bersetuju dengan kaedah yang telah dipilih oleh pengkaji iaitu
pengajaran berpusatkan murid yang berasaskan konstruktivisme. Sebelum kita pergi lebih jauh,
adalah elok jika kita fahami dahulu apakah itu pengajaran pemusatan pelajar dan teori
konstruktivisme.

Pengajaran pemusatan pelajar.

Model pengajaran ini menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran mereka dan guru pula merupakan pemimpin untuk memandu murid-murid
menjalankan aktiviti pembelajaran (Mok Soon Sang, 1993). Dewey sebagai ahli pendidik
menjelaskan proses berorientasi-pelajar mempastikan pelajar-pelajar menganalisa
pengalaman-pengalaman mereka dan menggalakkan pelajar-pelajar menjadi lebih
bertanggungjawab pada diri sendiri dan terarah (Withall, 1991). Secara ringkasnya kaedah
pembelajaran berpusatkan murid ini objektif, tugasan dan sumber pembelajaran ditentukan
oleh murid.
Antara ciri-ciri pengajaran berpusatkan murid ialah:
 Dalam aktiviti P&P, murid memainkan peranan penting, guru merupakan pemimpin
dan membimbing aktiviti.

2
 Interaksi guru dan murid secara dua hala. Interaksi ini mengakibatkan murid berfikir.
 Guru bersifat demokratik, murid-murid sentiasa digalakkan memberi pendapat
mereka, keadah perbincangan digalakkan.
 P&P lebih mengutamakan objektif pembelajaran murid.
 Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid
memahami dan berupaya membuat kesimpulan.
 Interaksi antara murid adalah banyak. Aktiviti kumpulan digalakkan.
 Di bawah strategi ini murid-murid akan menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.

Teori konstruktivisme.

Fahaman konstruktivisme bermula daripada Jean Piaget yang menyatakan pembelajaran


muncul daripada murid memproses pengalaman mereka. Fahaman ini menyatakan bahawa
kemahiran tidak diperolehi daripada latihan dan hafalan tetapi melalui aktiviti yang dijalankan
sendiri dengan bantuan guru yang hanya bertindak sebagai fasilitator.

Antara ciri-ciri fahaman ini dalam pembelajaran ialah:


• Murid berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep.
• Murid berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.
• Murid menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka.
• Semua pandangan murid dihormati dan tidak dipandang rendah.
• Aktiviti berasaskan ‘hands-on’ dan ‘minds-on’.
• Guru mementingkan kemahiran berfikir.
• Murid mengaplikasikan idea baru dalam konteks yang berbeza untuk mengukuhkan
kefahaman idea tersebut.
• Murid merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya.
• Murid menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina.
• Guru menyediakan alat/bahan yang sesuai
• Guru mengemukakan soalan yang boleh merangsangkan murid mencari jawapan

3
• Guru tidak menyampaikan maklumat secara terus kepada murid.
• Murid banyak berinteraksi dengan murid lain dan guru.
• Guru prihatin terhadap keperluan, kebolehan dan minat murid
• Murid bekerja dalam kumpulan.

Analisa contoh penggunaan kaedah pemusatan pelajar berasaskan konstuktivisme di dalam


kajian yang dipilih.

Setelah kita mengetahui ciri-ciri kedua-dua kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar dan teori
konstruktivisme dalam pembelajaran, kami akan menggunakan contoh-contoh yang terdapat
didalam kajian yang dipilih ini untuk dianalisis.

Contoh 1
Mengajar pelajar darjah 3 tentang masa. Kemahiran yang hendak dipupuk dalam pembelajaran
ini ialah murid dapat membaca jam dalam kiraan jam dan minit.

Dalam contoh ini, guru telah berjaya memastikan semua pelajar mengambil bahagian dalam
aktiviti kumpulan yang dilakukan.

Murid-murid juga telah dapat memberikan respon yang baik terhadap arahan guru serta turut
bertanya tentang apa yang patut dilakukan seterusnya setelah mereka berbincang sesama ahli
kumpulan.

Namun terdapat beberapa kelemahan yang mungkin boleh berlaku semasa pembelajaran
dijalankan. Antaranya ialah:

Guru tidak dapat memastikan adakah kesemua ahli di dalam kumpulan pelajar betul-betul
memahami konsep yang ingin di ajar. Ini adalah kerana profil pembelajaran setiap pelajar

4
adalah berlainan. Pelajar yang lemah contohnya dalam sifir lima akan mengalami masalah
menentukan minit.

Selain daripada itu, guru tidak menekankan penggunaan konsep yang di ajar dalam konteks
yang berlainan Sepatutnya guru perlu merangsang pelajar agar terus menggunakan konsep
yang baru dipelajari didalam kehidupan seharian murid bagi mengukuhkan pemahaman yang
telah diajar tersebut. Sebagai contoh, murid membina sendiri jadual harian mereka dengan
mengaplikasikan pengetahuan tentang jam dan minit.

Contoh 2
Mengajar pelajar darjah 4 tentang pecahan. Kemahiran yang hendak dipupuk dalam
pembelajaran ini ialah murid dapat membezakan pecahan termudah dengan bukan pecahan
termudah.

Dalam contoh ini, semua murid mendengar arahan dan mengambil bahagian melorek, melipat
dan merekod nilai pecahan kawasan bagi setiap bahan manipulatif yang diberikan. Murid
berjaya memahami konsep pecahan termudah dengan bantuan yang minimum dari guru.

Walaubagaimanapun, kebiasaannya aktiviti sebegini hanya boleh diaplikasikan untuuk pelajar


yang lemah supaya mereka dapat menggambarkan apa itu pecahan. Namun bagi pelajar yang
telah menguasai sifir dan memahami konsep pecahan, aktiviti agak membosankan. Ini akan
menyebabkan mereka kurang mengambil bahagian semasa aktiviti dilakukan.

5
Penutup

Dari kedua-dua contoh yang terdapat dalam kajian ini, kami mendapati bahawa dalam
mengaplikasikan kaedah pemusatan pelajar dan konstruktivisme didalam kelas, bahan
manipulatif memainkan peranan yang penting. Ini adalah kerana pelajar dapat mengambil
bahagian secara langsung dalam pembelajaran di samping melatih pelajar tidak terlalu
mengharapkan bantuan guru.

Namun, adalah penting bagi guru berupaya mengubahsuai, memberikan perhatian dan aktiviti
yang sesuai mengikut tahap pencapaian dan profil pembelajaran pelajar.

Вам также может понравиться