Вы находитесь на странице: 1из 8

Bendera Malaysia

 Jalur Gemilang. Nisbah bendera: 1:2

Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang
sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah,
tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan
- Johor,Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau
Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima
itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam -
agama rasmi bagi Persekutuan (Malaysia).

Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak
bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Isi kandungan
 [sorok]

1 Sejarah

o 1.1 Pendapat umum diambil

kira

o 1.2 Reka bentuk terakhir dipilih

 1.2.1 Reka bentuk

diluluskan

o 1.3 Pembentukan Malaysia

o 1.4 Singapura berpisah

2 Nama Jalur Gemilang

3 Lirik lagu untuk Jalur Gemilang

o 3.1 Benderaku

o 3.2 Jalur Gemilang
4 Lihat juga

5 Pautan luar

[sunting]Sejarah

Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949, dengan persetujuan Majlis Raja-Raja
sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan
rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada
tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuandan
disertai oleh 373 karyawan. Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah
Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah
lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun
dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan
bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

[sunting]Pendapat umum diambil kira


Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan pendapat
kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Keputusan pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay
Mail itu telah disiarkan pada 29 November 1949. Keputusan akhir menunjukkan majoriti telah memilih
rekabentuk ciptaan seorang arkitek kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah.

JALUR GEMILANG yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum negara merdeka.
Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu
pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan. Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan
dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec Newboult dianjurkan bagi mencari lambang
kewujudan kerajaan Persekutuan.

Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis
Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai
pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua
mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan
mengelilingi keris bersilang.

Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang
menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat
pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.
[sunting]Reka bentuk terakhir dipilih
Setelah diubahsuai beberapa kali, rekabentuk tersebut telah teliti pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22
dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang
dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven
horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue
quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to
be six feet by three feet."
[sunting]Reka bentuk diluluskan

Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan Raja George VI pada 19 Mei 1950. Dengan itu,
buat pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan dalam satu majlis menaikkan
bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan
Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai Raja
George VI.

Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan
Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja.

Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu
meluluskan usul yang dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera
Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 26 Mei tahun yang sama, bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor,
Kuala Lumpur. Majlis pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah
Melayu.

[sunting]Pembentukan Malaysia
Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan
sebuah negara baru iaitu Malaysia. Dengan percantuman itu, bendera Persekutuan Tanah Melayu telah
diubah suai untuk mengambil kira penambahan negeri-negeri tersebut.

Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam
satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka
bentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan
pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru
bagi Persekutuan Malaysia.

[sunting]Singapura berpisah
Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang
pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang berpenjuru 14 melambangkan
keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan (terdiri daripada
3 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.)

[sunting]Nama Jalur Gemilang

Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-40 pada 1997, namanya ditukar
kepada Jalur Gemilang. Nama diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, Redzuan
Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan
antaranya, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.

Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Idris.
Cadangan berkenaan dikemukakan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pada 11 Julai
1995. Pada 1 Julai 1996, Urus setia menguruskan nama mengemukakan 75 cadangan berserta ulasan
dan huraian. Tiga nama disenarai pendekkan iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia
Negara. Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri ketika mesyuarat pada 11 September
1996. 28 nama lagi dicadangkan dan pada 2 Jun 1997, tiga nama dicalon mengikut keutamaan iaitu Jalur
Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.

Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri pada
malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40. Pengisytiharan Jalur Gemilang
dilakukan pada jam 11.58 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu,
lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan
arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju
kegemilangan bangsa dan negara.

GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian Bendera
Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan
kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali
pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk
menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.

[sunting]Lirik lagu untuk Jalur Gemilang

Lagu khas yang ditujukan kepada Jalur Gemilang dibuat untuk memperingati dan membanggakan
bendera Malaysia disamping memperingati identiti bendera serta menyeru untuk dikibarkan bendera
tersebut beserta kemegahan.
[sunting]Benderaku

Sebelum bendera Malaysia diberikan nama "Jalur Gemilang", lagu telah dibuat khas untuk bendera
Malaysia tanpa menggunakan sebarang rujukan nama khas tetapi terus merujuk kepada "Bendera
Malaysia" atau "Benderaku". Selepas bendera Malaysia telah diberi nama, perkataan di setiap awal
perenggan yang mempunyai perkataan "Bendera Malaysia" atau "Benderaku" telah ditukar kepada "Jalur
Gemilang". Walau bagaimanapun, keadaan tidak sesuai memungkinkan orang menyanyikan versi lama
di samping menyanyikan lagu baru "Jalur Gemilang".

Bendera negara Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang)


yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir
dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam
persekutuan 13 buah negeri - Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan,
Johor, Perak, Terengganu, Perlis, Selangor, Melaka, Sarawak, Pulau Pinang
Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan
Labuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah
hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat
Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam
- agama rasmi Malaysia. Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah
negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna Kuning pada anak bulan dan
bintang itu ialah warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

NILAH SEJARAH BENDERA MELENGSIANAL

Satu PERTANDINGAN peringkat kebangsaan telah diadakan bagi memilih bendera persekutuan tanah melayu

oleh majlis perundangan persekutuan dalam tahun 1949. sebanyak 373 karyawan telah mengambil bahagian

dimana tiga REKA bentuk bendera dipilih keperingkat akhir. REKA bentuk pertama ialah lambing keris

bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. REKA bentuk kedua hampir serupa

dengan REKA bentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam bulatan mengelilingi keris

bersilang tersebut. REKA bentuk ketiga ialah 11 jalur biru putih dengan bulan bintang berwarna kuning

dibahagian tepi kiri.

majelis perundangan persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga reka

bentuk tersebut. pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar the malay mail. keputusan akhir yang

disiarkan pada 28 november 1949 menunjukkan majoriti orang ramai memilah REKA bentuk ketiga. REKA

bentuk tersebut adalah ciptaan seorang arsitek kerajaan johor iaitu encik mohammed bin hamzah.
REKA bentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan telah mendapat perkenan mesyuarat majlis raja-raja

pada 22 dan 23 februari 1950. pada 19 april 1950 majlis perundangan persekutuan telah meluluskan usul yang

dibentangkan oleh pemangku ketua setia usaha negara.

REKA BENTUK BENDERA TERSEBUT TELAH MENDAPAT KELULUSAN KING GEORGE VI pada 19 mei

1950. 

pertama kali bendera persekutuan tanah melayu dikibarkan ialah dalam satu majlis menaikkan bendera

tersebut yang DIANJURKAN oleh pesuruhjaya tinggi british 26 mei 1950 dipekarangan istana sultan selangor

dengan dihadiri olh d.y.m.m raja-raja melayu dan pegawai-pegawai king george VI 

jalur gemilang adalah nama bendera malaysia yang telah diisytiharkan oleh perdana menteri waktu itu , dato

seri dr. mahathir mohammad, pada malam 31 ogos 1997 sempena hari kemerdekaan malaysia yang ke 40

didataran merdeka.

1. benderanya tercipta berdasarkan hasil perlombaan, jadi hasil rekaan semata bukan berasal dari akar

sejarah dan budaya bangsanya. Bendera Indonesia berakar jauh 6000 tahun yang lalu dan kemudian

digunakan oleh kerajaan Sriwijaya pada abad 7 dan kerajaan majapahit abad 13. jadi bendera Indonesia

bukan hasil rekaan tapi berakar pada sejarah dan budaya Indonesia.

bendera negara hasil rekaan dan perlombaan, yang gw tahu diIndonesia yang diperlombakan adalah

perlombaan balap karung atau perlombaan panjat pohon pinang. hehehe perlombaan ya bikin bendera

dan direka reka hhehehe dasar malon bodoh korengan

2. bendera hasil rekaan dan perlombaan itu harus mendapat approval dulu dari raja george VI, bendera

negara harus dapat persetujuan dulu ????? inikah yang disebut merdeka ???? betapa hinanya, lambang

atau simbol negara berdaulat harus disetujui oleh penjajahnya lucu... lucu sungguh lucu. itu namanya

bendera sampah.

3. bendera baru boleh dikibarkan sesudah ada perintah dari pesuruhjaya tinggi british. kalo ada yang

belom tau terjemahan pesuruhjaya tinggi. bendera boleh dikibarkan sesudah ada perintah dari tuan british.

kalo ada yang belum tau ,pesuruhjaya tinggi adalah high commisioner atau ambassador. dinegara-negara

persemakmuran ato commonwealht, ambassador mereka disebut high commisioner. si malon

menterjemahkannya menjadi pesuruhjaya tinggi hahahahaha duta besar disamakan pesuruh alias jongos.

hahahahahaha

4. bendera mereka ini selama 40 tahun ga punya nama. inilah akibat hasil rekaan. Indonesia dengan
SANG SAKA MERAH PUTIH ATAU SANG DWI WARNA, amerika dengan star and stripes, Inggeris

dengan union jack, simalon bingung sampe 40 thn ga tau mau kasih nama apa. baru 1997 dr mahatir

ngarang2 nama maka jadilah jalur gemilang alias stripes of glory. bendera mirip2 amerika, namanya juga

mirip amerika. 

2. Merdeka, Merdeka, Merdeka ! - Tepat jam 12.00 malam 30 Ogos 1957 bertempat di Padang Kelab Selangor
Bendera Union Jack diturunkan dan Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan penuh kegemilangan,
melambangkan kemerdekaan negara yang tercinta. Beribu-ribu rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat dan
bangsa serta pejuang-pejuang kemerdekaan menyaksikan peristiwa tersebut dengan penuh rasa bangga.

3.

Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana
sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung
dengan reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu.

4. Satu pertandingan Peringkat Kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang
baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Seramai 373 karyawan
telah mengambil bahagian di mana tiga reka bentuk bendera dipilih ke peringkat akhir. Reka bentuk pertama
ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Reka bentuk kedua
hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan
mengelilingi Keris Bersilang tersebut. Reka bentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna
kuning di bahagian tepi kiri.

5. Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga reka bentuk
tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pad
28 November 1949 menunjukkan majoriti orang ramai memilih reka bentuk ketiga. Reka bentuk tersebut adalah
ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah.

6. Reka bentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan telah mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja
pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang
dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

7.

"That in the opinion of this Council, the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:-

Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue
quarter with a cresent and eleven-pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet
by three feet."

8.

Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera
Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh
Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh
D.Y.M.M. Raja-Raja Melayu dan Pegawai-Pegawai King George VI.
9.

Sejarah Bendera Malaysia

10.

11. Bendera Malaysia adalah berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja
Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang
pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut reka
bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah
14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.

12.

Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara
baru iaitu Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan
lahirnya Melaysia pada 16 September, 1963.

13. Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14
terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang pecah 14 itu membawa maksud keanggotaan yang
sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.
14. Jalur Gemilang adalah berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja
Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang
pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu rekabentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut rekabentuk
Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi
menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.
15. Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara
baru iaitu Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan
lahirnya Malaysia pada 16 September, 1963.
16. Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalurjalur dan bintang pecah 14 terus
dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang pecah 14 itu membawa maksud keanggotaan yang sama
dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Вам также может понравиться