Вы находитесь на странице: 1из 44

KAMUS MELAYU-ARAB BERMULTIMEDIA BERASASKAN

WEB

ABSTRAK

Projek Pembangunan Kamus Melayu-Arab Bermultimedia berasaskan Web


dibangunkan untuk kegunaan pelajar-pelajar KUIS dan juga orang ramai sebagai kamus
„online‟ yang boleh dicapai melalui telefon mudah-alih. Kamus ini memudahkan
pengguna untuk mencari terjemahan dari bahasa Melayu ke bahasa Arab dan begitu
juga sebaliknya. Dengan adanya kamus ini, pengguna tidak perlu lagi membawa kamus
yang berat ke mana-mana dan dapat menjimatkan masa carian. Pengguna boleh
melayari kamus ini dimana sahaja dengan menggunakan komputer atau telefon bimbit
yang mempunyai sambungan Internet. Kamus ini menepati kehendak pengguna, mudah
digunakan dan dapat memberikan maklumat yang berguna kerana sistem ini
menyediakan maklumat lain selain perkataan yang diterjemah iaitu gambar dan juga
bunyi sebutan, supaya pengguna lebih memahami terjemahan. Model prototaip dipilih
sebagai metodologi bagi pembangunan projek ini kerana adalah sesuai berasaskan
kepada keadaan dan keperluan projek ini. Keperluan dan objektif bagi projek ini adalah
amat nyata dan tidak berubah di sepanjang pembangunan projek, oleh itu model
prototaip adalah amat sesuai diaplikasikan. HTML digunakan sebagai antaramuka
pengguna, PHP5 pula sebagai pengantara (middleware), MySQL5 sebagai pangkalan
data dan Apache sebagai pelayan web.

Penyelidik:
KHIRULNIZAM ABD RAHMAN
CHE WAN SHAMSUL BAHRI CHE WAN AHMAD
JUZLINDA MOHD GHAZALI
MUHAMAMMAD HARON HUSAINI
SITI AZREHAN AZIZ

i
KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

ABSTRAK i

KANDUNGAN ii

BAB I PENGENALAN

1.1 Pengenalan Projek 1


1.2 Pernyataan Masalah 1
1.3 Objektif 2
1.4 Skop Projek 3
1.5 Kesimpulan 3

BAB II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 4

2.2 Kajian terhadap sistem setara 4

2.2.1 Universal Dictionary for Phone 4

2.2.2 Translator Dictionary 5

2.2.3 Nciku Dictionary 7

2.3 Rumusan 10

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 11

3.2 Aktiviti 11

3.3 Model Prototaip 12

BAB IV ANALISIS DAN REKABENTUK SISTEM

4.1 Rekabentuk Antaramuka sistem 15

4.2 Carta Alir 18


ii
4.3 Rajah Hubungan Entiti 19

4.4 Rajah konteks 21

4.5 Rajah Aliran Data 22

4.6 Kesimpulan 26

BAB V HASIL PROJEK

5.1 Fungsi Modul 27

5.2 Keterangan Output 28

5.2.1 Modul Carian 28

5.2.2 Modul Log masuk 31

5.2.3 Modul Pendaftaran 31

5.2.4 Modul Cadangan 32

5.2.5 Modul Pentadbir 32

5.3 Pengujian 33

5.4 Kesimpulan 37

BAB VI KESIMPULAN

6.1 Kebaikan Projek 38


6.2 Kekangan Projek 38
6.3 Peluang Penambahbaikan 38
6.4 Penyelidikan Seterusnya 39
6.5 Kesimpulan Keseluruhan 39

RUJUKAN 40

iii
BAB I

PENGENALAN PROJEK

1.1 Definisi Projek

Kamus Melayu-Arab Multimedia beraskan Internet adalah kamus elektronik yang


berfungsi menterjemahkan bahasa Melayu kepada bahasa Arab dan sebaliknya. Selain
terjemahan dalam bentuk perkataan, kamus ini juga menyediakan gambar dan juga
audio yang membolehkan kita mendengar dan memahami terjemahan dengan lebih
baik. Ia direkabentuk supaya boleh dicapai melalui Internet daripada komputer ataupun
peralatan mudah alih seperti telefon mudah alih. Tujuan utama pembangunan kamus
adalah untuk kegunaan pelajar khususnya dan juga orang ramai amnya.

1.2 Pernyataan Masalah

Matapelajaran Bahasa Arab merupakan matapelajaran yang wajib diambil dan


dipelajari oleh pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Kebanyakan pelajar KUIS umumnya biasa berbahasa Melayu.

Sebelum ini mereka belajar dan memahami perkataan Arab dengan menggunakan
buku-buku yang dibekalkan oleh tenaga pengajar dan juga kamus yang boleh diperolehi
dengan meluas dalam bentuk bercetak. Masalah utama menggunakan kamus berbentuk
buku ialah kesukaran untuk mencari entri atau perkataan dengan pantas.

1
Disamping itu juga, kebiasaanya bahan bercetak tersebut tebal dan berat.
Tambahan lagi, pelajar jurusan Teknologi Maklumat perlu membawa komputer riba
masing-masing untuk memudahkan proses pembelajaran.

Oleh itu, pembangunan Kamus Melayu – Arab Bermultimedia perlu dilaksanakan


bagi mengatasi masalah ini kerana ia dapat memudahkan pelajar KUIS dan orang ramai
untuk mempelajari Bahasa Arab dimana sahaja dan pada bila-bila masa. Ia juga mudah
dibawa k emana-mana kerana boleh dicapai melalui telefon bimbit.

1.3 Objektif

Membangunkan Kamus Melayu-Arab Bermultimedia yang boleh dicapai melalui


komputer atau peralatan mudah alih, yang mana pangkalan data dan antaramuka
diletakkan dalam pelayan web yang boleh dicapai melalui talian Internet.

1.3.1 Objektif umum

1.3.1.1 Membangunkan bahan pembelajaran bahasa Arab menerusi capaian Internet.


1.3.1.2 Membantu pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab di kalangan pelajar dan
masyarakat.

1.3.1 Objektif Khusus

1.3.2.1 Memberikan terjemahan perkataan Melayu kepada bahasa Arab dan sebaliknya.
1.3.2.2 Mempersembahkan maklumat dalam bentuk multimedia, di mana pengguna
boleh mendengar sebutan perkataan yang dicari, melihat visual ataupun animasi
berkaitan perkataan tersebut.
1.3.2.2 Memberikan perkhidmatan kamus multimedia berasaskan web dan boleh
dicapai melalui telefon bimbit yang mempunyai sambungan internet.

2
1.4 Skop Projek

1.4.1 Skop Sistem

1.4.1.1 Carian – Carian boleh dilakukan melalui dua bahasa samada melalui bahasa
Melayu ataupun bahasa Arab. Boleh membuat terjemahan daripada bahasa
Melayu ke bahasa Arab dan begitu juga sebaliknya.
1.4.1.2 Daftar – Pengguna perlu mendaftar untuk mendapatkan id pengguna dan
katalaluan bagi membuat sebarang komen atau cadangan.
1.4.1.3 Log masuk – Pengguna yang ingin membuat sebarang cadangan atau komen
perlu log masuk menggunakan id dan katalaluan yang didaftarkan.
1.4.1.4 Cadangan – Cadangan boleh dilakukan setelah membuat pendaftaran.
Pengguna perlu log masuk untuk membuat sebarang cadangan.
1.4.1.5 Pentadbir – Melakukan proses seperti menambah perkataan baru,
mengubahsuai perkataan dan memadam perkataan.

1.4.2 Pengguna Sasaran

1.4.2.1 Pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.


1.4.2.2 Orang awam.

1.5 Kesimpulan

Pembangunan Kamus Melayu-Arab Bermultimedia Berasaskan Web adalah pilihan


yang tepat bagi memberi kemudahan kepada pelajar KUIS dan orang ramai dalam
mencari tejemahan bahasa Arab ke bahasa Melayu dan begitu sebaliknya. Melalui skop
sistem yang diterangkan, ia pasti dapat mencapai objektif dalam pembangunan projek
ini.

3
BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Kajian literatur ini merupakan kajian terhadap beberapa sistem yang hampir sama
dengan fungsi sistem, perisian dan perkakasan yang digunakan. Tujuan kajian ini
dibuat adalah untuk memastikan sistem ini merupakan keperluan pengguna dan
mengikut ciri-ciri yang diingini pengguna. Selain itu, kajian ini juga untuk memastikan
sistem yang akan dibangunkan lebih baik daripada sistem-sistem yang dikaji. Kajian
akan dibuat pada tiga sistem iaitu Universal Dictionary for Phone, Dictionary
Translator dan Nciku Dictionary. Kajian ketiga-tiga sistem ini akan dibandingkan
dengan sistem kamus mobile yang akan dibangunkan.

2.2 Kajian terhadap beberapa sistem lain yang setara

Pembangunan sistem ini memerlukan kajian terhadap sistem yang hampir sama dengan
sistem yang akan dibangunkan. Sistem yang dipilih untuk dikaji adalah Universal
Dictionary for Phone, Mobile Translator dan Nciku Dictionary.

2.2.1 Universal Dictionary for Phone

Kamus mobile ini mempunyai 20 bahasa penterjemahan iaitu bahasa Arab, China,
Czech, Russian, Itali, Japan dan sebagainya. Maklumat lanjut boleh merujuk pada
(http://www.dicts.info/cellphone.php). Pengguna akan memilih bahasa penterjemahan
tetapi penterjemahan hanya bahasa Inggeris kepada 20 bahasa yang diinginkan oleh
4
pengguna. Kamus ini akan menterjemah kepada bahasa yang dipilih oleh pengguna dan
gambar yang berkenaan dengan penterjemahan akan keluar secara automatik. Kamus
ini tidak mempunyai suara untuk sebutan terjemahan. Kamus ini menggunakan bahasa
pengaturcaraan hypertext processor PHP.

Rajah 2.1 merupakan paparan antaramuka bagi penterjemahan Bahasa Inggeris


kepada Arab. Terdapat dua puluh penterjemahan bahasa dalam kamus mobile ini.
Kamus ini hanya untuk penterjemahan Bahasa Inggeris kepada dua puluh bahasa lain
sahaja.

Rajah 2.1 Paparan antaramuka kamus mobile.

2.2.2 Mobile Translator

Dalam zaman serba moden sekarang, telefon bimbit bukan lagi menjadi barang mewah
atau lambang status kerana ia sudah menjadi satu keperluan. Boleh dikatakan setiap
individu termasuk pelajar sekolah sudah memilikinya. Mobile Translator adalah kamus
atas talian yang berfungsi untuk menterjemahkan sebarang perkataan atau ayat ke
dalam pelbagai bahasa menggunakan mobile phone, komputer, komputer riba atau
netbook. Mobile Translator ini berfungsi sebagai kamus dan boleh menterjemahkan
lebih 56 bahasa kepada bahasa Inggeris. Antara contoh pilihan bahasa yang

5
disenaraikan Mobile Translator ialah Arabic, German, Sepanyol, Melayu, Korea dan
lebih 50 bahasa lain.

Mobile Translator ini diaplikasikan bertujuan untuk meningkatkan penggunaan


tatabahasa di dalam sesuatu ayat. Melalui Mobile Translator ini juga, pengguna
khususnya pelajar boleh mempelajari perkataan baru setiap hari. Pengguna juga boleh
mempelajari perkataan baru dari pelbagai jenis bahasa yang telah disediakan oleh
Mobile Translator. Mobile Translator juga turut menyediakan audio untuk perkataan
yang dimasukkan oleh pengguna supaya setiap pengguna boleh mendengar cara sebutan
dengan betul dan jelas. Dengan cara ini, pengguna boleh meningkatkan komunikasi
menggunakan pelbagai bahasa.

Rajah 2.2 menunjukkan penggunaan Mobile Translator untuk menterjemahkan


bahasa arab kepada bahasa Inggeris. Contoh perkataan bahasa arab yang dimasukkan
ialah ‫ أك ل‬yang bermaksud eat di dalam bahasa Inggeris. Pengguna juga boleh
mendengar audio yang disediakan untuk kedua-dua bahasa dengan menekan butang
audio yang terdapat di situ.

Rajah 2.2 : Mobile Translator untuk menterjemahkan bahasa Arab kepada bahasa
Inggeris.

Rajah 2.3 pula menunjukkan mobile translator juga berfungsi untuk menukar
bahasa pilihan pengguna iaitu bahasa Arab kepada bahasa Inggeris dengan menekan

6
butang “switch language”. Secara automatik mobile translator akan menukar bahasa
Inggeris kepada bahasa Arab seperti yang boleh dilihat di dalam gambarajah.

Rajah 2.3 : Mobile Translator menterjemahkan bahasa Inggeris kepada bahasa Arab.

2.2.3 Nciku Dictionary

Nciku Dictionary merupakan kamus mobile yang melaksanakan penterjemahan Bahasa


Inggeris kepada bahasa Cina dan bahasa Cina kepada bahasa Inggeris, untuk platform
Android. Kamus ini juga mempunyai suara sebutan dan imej penterjemahan.

Rajah 2.4 Antaramuka penterjemahan Bahasa Inggeris kepada Bahasa Cina

7
Rajah 2.4 merupakan antaramuka penterjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Cina.
Kamus ini mempunyai suara sebutan dan imej penterjemahan. Kamus ini diberi nama
Nciku Dictionary dengan menggunakan Android sebagai platform.

Bagi Rajah 2.5 merupakan antaramuka penterjemahan bahasa Cina kepada


bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris kepada bahasa Cina mempunyai banyak definisi
maksud. Setiap definisi dan maksud mempunyai suara sebutan dan imej penterjemahan.
Penterjemahan kedua-dua bahasa akan keluar sekali walaupun pengguna memasukkan
input carian bahasa Inggeris, penterjemahan bahasa Inggeris juga akan dikeluarkan
kemudian diikuti penterjemahan bahasa Cina kepada bahasa Inggeris.

Rajah 2.5 Antaramuka penterjemahan bahasa Cina kepada bahasa Inggeris.

2.2.4 Perbandingan sistem-sistem lain dengan sistem yang dicadangkan

Jadual 2.1 akan menerangkan perbandingan sistem yang dikaji dengan sistem yang
akan dibangunkan. Perbandingan ini dilaksanakan dengan sistem-sistem yang dikaji

8
adalah untuk mengenalpasti kelemahan dan kelebihan yang terdapat dalam sistem-
sistem tersebut.

Jadual 2.1 Perbandingan Ciri-ciri Sistem

Nama Sistem / Universal Translator Nciku OMMAr


Dictionary Dictionary Dictonary Mobile
Ciri-ciri Sistem
for Phone Dictionary

Bahasa
PHP PHP Java PHP
Pengaturcaraan

Memaparkan
output kepada Ya Ya Ya Ya
pengguna

Memerlukan
Talian Internet Ya Ya Ya Ya
untuk carian

Mempunyai imej Ada Tiada Ada Ada

Mempunyai
Tiada Ada Ada Ada
Audio

Aplikasi Kamus
Ya Ya Ya Ya
Telefon Bimbit

Pertukaran
Tidak Ya Ya Ya
Bahasa

Sistem-sistem perbandingan tersebut adalah Universal Dictionary for Phone,


Mobile Translator dan Nciku Dictionary. Ketiga-tiga sistem ini akan dibandingan

9
dengan Mobile Dictionary yang akan dibangunkan. Perbandingan pertama daripada
segi bahasa pengaturcaraan yang digunakan oleh setiap sistem. Kesemua sistem
menggunakan bahasa pengaturcaraan hypertext prosessor PHP manakala Nciku
Dictionary menggunakan bahasa pengaturcaraan Java. Bagi perbandingan paparan
output kepada pengguna dan memerlukan talian internet keempat-empat sistem
menyatakan ‟Ya‟. Manakala paparan imej untuk kamus semua sistem ada paparan imej
kecuali translator dictionary yang hanya mempunyai audio untuk sebutan
penterjemahan. Perbandingan audio untuk sebutan penterjemahan; semua kamus
mempunyai audio untuk sebutan Hanya Phone Dictionary yang tiada audio sebutan
penterjemahan. Perbandingan yang terakhir adalah pertukaran bahasa. Ketiga-tiga
sistem boleh melakukan pertukaran bahasa seperti bahasa melayu kepada bahasa arab
dan sebaliknya tetapi Universal Dictionary for Phone hanya boleh menterjemahkan
bahasa Inggeris sahaja kepada bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Inggeris kepada
Bahasa Arab.

2.3 Rumusan

Pada keseluruhan kajian literatur ini memberi gambaran jelas terhadap kepentingan
penghasilan Kamus Mobile. Pada bab ini tiga sistem akan dikaji untuk dibandingkan
dengan sistem yang akan dibangunkan. Perbandingan adalah untuk mendapatkan
kelemahan dan kelebihan sistem yang sedia ada untuk menghasilkan sistem yang
terbaik. Selain itu kajian yang dilakukan untuk mengumpul maklumat-maklumat dan
fakta yang berkaitan untuk membangunkan sistem.

10
BAB III

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Pembangunan sistem juga merupakan satu kaedah yang berkesan dalam mengenalpasti
keberkesanan daripada hasil kajian yang telah dilakukan. Penterjemahan hasil kajian
dalam bentuk sistem ini dapat membuktikan bahawa kajian ini dapat dimanfaat oleh
semua pihak. Dalam proses pembangunan sistem ini juga, kita dapat mengenalpasti
masalah-masalah baru yang timbul yang membawa kepada beberapa lagi kajian ilmiah
yang dapat mengembangkan ilmu pengetahuan kita. Model yang digunakan dalam
pembangunan sistem ini ialah model Prototaip.

3.2 Aktiviti

3.2.1 Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar bahasa Arab -


Sebelum memulakan sebarang kajian, kita akan mengnalpasti masalah-
masalah yang membolehkan kita membuat penyelidikan dan
pembangunan. Salah satu masalah yang dikenalpasti dihadapi oleh
pelajar bahasa Arab di KUIS ini adalah kekurangan sumber rujukan
elektronik dalam menyokong pembelajaran. Kepakaran dalam bidang
teknologi maklumat ini memang diharapkan dapat membantu pelajar ini.

3.2.2 Mengenalpasti kaedah/sistem yang dapat membantu pelajar - Salah satu


kaedah yang dikenalpasti dalam menyediakan rujukan elektronik kepada
11
pelajar ialah dengan menghasilkan kamus bahasa Arab dan bahasa
Melayu secara atas talian. Selain daripada akses yang mudah kepada
internet, kamus ini juga menyediakan carian yang pantas dan tepat.

3.2.3 Membuat kajian terhadap kaedah/sistem yang telah dikenalpasti - Untuk


menghasilkan kamus yang dapat menyokong pembelajaran pelajar secara
berkesan, kajian amat penting dilakukan dari setiap aspek terhadap
kaedah yang telah dipilih.

3.2.4 Membangunkan prototaip sistem untuk diuji dan dinilai - Prototaip sistem
ini untuk mendapatkan gambaran sebenar sistem yang akan dibangunkan.
Sebahagian daripada maklumat akan dimasukkan sebagai data ujian.

3.2.5 Membangunkan sistem sebenar - Setiap keperluan dan kelemahan yang


didapati semasa prototaip sistem akan diperbaiki ketika membangunkan
sistem yang sebenar. Data dan maklumat juga akan dilengkapkan supaya
sistem dapat berfungsi sepenuhnya.

3.3 Model Prototaip


3.4
Perancangan

Analisa

Reka bentuk Prototaip Implementasi

Implementasi
Rajah 3 .1 :Model Prototaip (Dennis and Wixom (2003))
Sekiranya terdapat kesalahan. Sistem

12
Rajah 3 .1 :Model Prototaip (Dennis dan Wixom, 2003)

3.3.1 Fasa Perancangan

Dalam fasa ini, objektif utama projek iaitu Pembangunan Kamus Melayu-Arab
Bermultimedia berasaskan Web dikenalpasti. Selain itu, penentuan skop kerja juga
dilakukan bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan skop yang ingin dicapai.
Perkakasan dan perisian yang digunakan semasa membangunkan sistem juga ditentukan
bagi memastikan kelancaran tugas. Selain itu,satu jadual perancangan kerja telah
disediakan bagi memastikan proses pembangunan sistem tidak terganggu dan dapat
disiapkan mengikut masa yang telah ditentukan.

3.3.2 Fasa Analisis

Hasil daripada fasa ini, pembangun sistem akan mendapat gambaran yang lebih jelas
berkenaan definisi keperluan sistem yang dibangunkan. Fasa analisis ini dijalankan
untuk memahami dan mengenalpasti masalah-masalah yang wujud dalam memperoleh
maklumat. Dalam fasa ini juga, pembangun sistem telah menganalisis keperluan sistem,
perkakasan dan perisian, teknologi dan bahasa pengaturcaraan yang akan digunakan.
Dalam pemodelan proses, Rajah Aliran Data (DFD) dan Rajah Hubungan Entiti (ERD)
digunakan untuk menggambarkan perjalanan sistem yang dibangunkan. DFD dan ERD
diterangkan di dalam seterusnya iaitu Bab IV.

3.3.3 Fasa Reka Bentuk

Dalam fasa ini, antaramuka dan pangkalan data sistem direka bentuk. Reka bentuk
antaramuka sistem dibangunkan menggunakan penyunting Macromedia Dreamweaver
dan PHP 5 pula adalah bahasa pengaturcaraan yang digunakan. Manakala MySQL versi
5 digunakan sebagai pangkalan data.

13
3.1.4 Fasa Implementasi

Dalam fasa implementasi sistem, penekanan akan diberi kepada kod aturcara sistem.
Fasa ini melibatkan proses pembangunan dan pengujian sistem. Setiap peringkat sistem
yang telah siap dibina akan diuji. Sekiranya terdapat kesalahan dan masalah, maka
sistem ini akan diperbaiki dan ditambah baik. Pengujian sistem ini telah dilakukan pada
dua jenis perkakasan komputer dan juga telefon bimbit. Keputusan pengujian akan
dibincangkan dalam Bab V.

Dalam fasa ini juga, penyediaan manual pengguna disediakan untuk membantu
pengguna baru dalam menggunakan sistem yang dibangunkan. Hasil yang diperolehi di
akhir fasa pembangunan ialah spesifikasi program. Akhir sekali setelah sistem siap dan
boleh digunakan, pengujian pengguna dilakukan berkenaan sistem yang telah
dibangunkan.

14
BAB 1V

ANALISA DAN REKABENTUK SISTEM

4.1 Rekabentuk Antaramuka Sistem

Rekabentuk antaramuka adalah lakaran antara muka sistem yang ingin dibangunkan
sebelum output yang sebenar dibina. Terdapat beberapa rekabentuk antara muka yang
dihasilkan mengikut kesesuaian pembangunan sistem.

Rajah 4.1 memaparkan lakaran antara muka bagi laman utama sistem kamus
melayu-arab bermultimedia berasaskan telefon mudah-alih. Terdapat menu seperti
carian, masuk (login pengguna), cadangan, daftar dan hubungi. Pada paparan di tengah-
tengah pula terdapat dua jenis carian yang pengguna boleh pilih iaitu carian melalui
bahasa melayu ataupun bahasa arab.

Carian Masuk Cadangan Daftar Hubungi Kami

Carian ‫اللغة‬
Bahasa
Melayu ‫العربية‬

Rajah 4.1: Reka bentuk antara muka laman utama

15
Rajah 4.2 memaparkan reka bentuk antara muka bagi carian bahasa melayu.
Tedapat ruang untuk memasukkan perkataan yang ingin dicari mengikut pilihan
pengguna.

Carian Masuk Cadangan Daftar Hubungi Kami

Carian Melayu-Arab

(Taip perkataan) Pilihan Cari

Rajah 4.2: Reka bentuk antra muka carian bahasa Melayu.

Rajah 4.3 memaparkan reka bentuk antara muka bagi carian bahasa Arab. Tedapat
ruang untuk memasukkan perkataan yang ingin dicari mengikut pilihan pengguna. Pada
antaramuka ini juga disediakan papan kekunci bahasa Arab untuk kemudahan pengguna
menaip perkataan bahasa Arab.

Carian Masuk Cadangan Daftar Hubungi Kami

Carian Arab-Melayu

(Taip perkataan) Pilihan Cari

‫ا‬ ‫ل‬ ‫ب‬ ‫ي‬ ‫س‬ ‫ش‬


‫ض‬ ‫ص‬ ‫ق‬ ‫ف‬ ‫غ‬

Rajah 4.3: Reka bentuk antra muka carian bahasa Arab.

16
Rajah 4.4 memaparkan lakaran antaramuka bagi login pengguna. Ia digunakan
hanya untuk pengguna yang ingin mengemukakan sebarang cadangan atau komen.
Terdapat ruangan id pengguna dan katalaluan untuk pengguna isikan.

Carian Masuk Cadangan Daftar Hubungi Kami

Login pengguna

Id Pengguna

Katalaluan

Rajah 4.4: Reka bentuk antara muka login pengguna

Rajah 4.5 memaparkan lakaran antara muka bagi menu pentadbir. Terdapat proses
seperti masukan perkataan, ubahsuai perkataan dan carian.

Carian Masuk Cadangan Daftar Hubungi Kami

Menu Pentadbir

Masuk Ubahsuai Carian


perkataan perkataan perkataan

Rajah 4.5: Reka bentuk antara muka menu pentadbir

17
4.2 Carta Alir

Rajah 4.6 menunjukkan carta alir bagi pembangunan Kamus Melayu-Arab


Bermultimedia berasaskan Web. Carta Alir ini menerangkan secara keseluruhan proses-
proses yang berlaku di dalam sistem ini.

Mula

Pengguna masukkan perkataan


(Melayu Atau Bahasa Arab)

Menghantar perkataan kepada


pelayan (server)

Carian kepada perkataan yang


dicari

Tidak
Perkataa Menghantar mesej “perkataan
n tidak dijumpai”
dijumpai

Ya
Mencadangkan pengguna
Menghantar terjemahan / suara untuk mencari perkataan lain
/ animasi / video untuk
pelanggan

Tamat

Rajah 4.6: Carta alir kefungsian sistem


18
4.3 Rajah Perhubungan Entiti (ERD)

Rajah Perhubungan Entiti adalah berasaskan kepada persepsi sebenar sesuatu sistem
yang dibangunkan .Ia terdiri daripada satu set objek asas yang dikenali sebagai entiti
perhubungan di antara objek-objek tersebut. Entiti ialah suatu objek atau konsep yang
mana ianya boleh dikenal pasti secara unik. Atribut ialah perkara yang dikeluarkan
daripada entiti, ia menerangkan tentang entiti yang ada. Contohnya, entiti ialah
pengguna, manakala atributnya ialah id pengguna,katalaluan,email dan lokasi.
Hubungan pula ialah hubungan bagi satu entiti dengan entiti yang lain. Ia diwakili oleh
kardinaliti contohnya, 1:1, 1: M.

Kardinaliti perhubungan diantara Pengguna, Perkataan (Arab, Melayu) dan


Pentadbir ialah:
i. Seorang pengguna boleh cari banyak perkataan Melayu ataupun Arab 1:M.
ii. Seorang pentadbir boleh masukkan banyak perkataan Melayu dan Arab 1:M.

19
ADMIN ARAB

1 M kataarab
ID Masuk kataarabbaris
username
kategoria
password
imeja
securekey
voicea
1

Masuk gabung

MELAYU MELAYUARAB

katamelayu
rootmelayu gabung
katamelayu
kategorim
kataarab
imejm
voicem
M

cari

CADANGAN USER

M 1 ID
ID bagi username
email
password
title
location
desc
emailos

Rajah 4.7: Rajah Perhubungan Entiti

20
4.4 Rajah Konteks

Rajah konteks digunakan untuk memaparkan aliran data masuk dan aliran data keluar
bagi sesuatu entiti pangkalan data.

Rajah 4.8 menunjukkan gambaran keseluruhan tentang hubungan antara entiti


dan sistem serta proses-proses input dan output yang berlaku didalam sistem Kamus
Melayu-Arab Bermultimedia berasaskan Telefon Mudah-Alih ini.

Carian bahasa melayu


Carian bahasa arab
PENGGUNA
Daftar maklumat pengguna

Menghantar cadangan
Maklumat carian bahasa melayu 0
Tambah perkataan melayu-arab
PEMBANGUNAN
Maklumat carian bahasa arab KAMUS Ubahsuai perkataan
MELAYU-ARAB
Id, Katalaluan BERMULTIMEDIA
BERASASKAN Carian perkataan
TELEFON
Lihat maklumat pengguna
MUDAH-ALIH

Maklumat perkataan melayu


Maklumat perkataan arab
PENTADBIR
Maklumat carian bahasa arab

Maklumat pengguna

Rajah 4.8: Rajah Konteks

21
4.5 Rajah Aliran Data

Rajah Aliran Data merupakan satu gambaran yang menunjukkan perjalanan sistem
melalui rajah. Cara ini memudahkan lagi pembangun memahami perjalanan sistem
yang dibangunkan. Hala tuju bagi maklumat yang dimasukkan atau dikeluarkan akan
dapat dilihat melalui implementasi Rajah 4.9, Rajah 4.10 dan Rajah 4.11.

4.5.1 Rajah Aliran Data Paras 0

Rajah Aliran Data paras 0 menerangkan tentang proses-proses yang berlaku di dalam
sistem beserta entiti yang terlibat dan „data store‟ (storan data) yang wujud. Terdapat
dua entiti iaitu pengguna dan pentadbir yang menggunakan sistem ini. 5 proses dan 5
storan data yang terlibat. Rajah 4.9 menunjukkan dengan lebih terperinci aliran data dan
proses yang terlibat.

22
suara/sebutan melayu
gambar
Carian bahasa melayu
perkataan melayu 1.0 perkataan melayu
Data
perkataan arab perkataan melayu D1
Carian Melayu
suara/sebutan melayu bahasa perkataan melayu
melayu
perkataan melayu-arab
gambar
perkataan melayu-arab
PENGGUNA perkataan arab

Carian bahasa arab 2.0 perkataan arab Data


D3
perkataan melayu Melayuarab
Carian perkataan arab
perkataan arab bahasa
suara/sebutan arab
arab
suara/sebutan arab gambar

gambar
D2 Data Arab
3.0
Id,Katalaluan Id,Katalaluan
Login
pentadbir
Data
D4
tambah perkataan melayu Pentadbir
tambah perkataan arab Id,Katalaluan
PENTADBIR
suara/sebutan perkataan arab
arab 4.0 suara/sebutan arab
suara/sebutan melayu gambar
Kemaskini
gambar perkataan
perkataan arab
melayu-arab
perkataan melayu
laporan maklumat perkataan,
suara,gambar perkataan melayu
suara/sebutan melayu
gambar
laporan maklumat pengguna

maklumat pengguna 5.0


Id,katalaluan maklumat pengguna Data
Daftar D5
Pengguna
pengguna

Rajah 4.9: Rajah Aliran Data Paras 0

23
4.5.2 Rajah Aliran Data Paras 1 (Carian Bahasa Melayu)

Rajah 4.10 menerangkan proses secara terperinci carian bagi perkataan bahasa Melayu.
Proses ditunjukkan sehingga maklumat yang dicari dijumpai dan dipaparkan.

1.1
Perkataan melayu Memasuk kan Perkataan melayu Data
perkataan D1
Melayu
bahasa
melayu

1.2
Perkataan melayu
tidak sah Mengesah Perkataan melayu
kan carian
perkataan
melayu

Perkataan melayu
sah

1.3
Maklumat carian Papar
maklumat
carian.(suara,
gambar)

Rajah 4.10: Rajah Aliran Data Paras 1 (Carian bahasa melayu)

24
4.5.3 Rajah Aliran Data Paras 1 (Carian Bahasa Arab)

Rajah 4.11 sama seperti proses dan aliran yang berlaku pada rajah 4.10. Pada rajah ini,
carian dilakukan menggunakan bahasa arab.

2.1
Perkataan arab Perkataan arab
Memasuk kan D2 Data Arab
perkataan
bahasa arab

2.2
Perkataan arab
tidak sah Mengesah Perkataan arab
kan carian
perkataan
arab

Perkataan arab
sah

2.3
Maklumat carian Papar
maklumat
carian.(suara,
gambar)

Rajah 4.11: Rajah Aliran Data Paras 1 (Carian bahasa arab)

4.5.4 Rajah Aliran Data Paras 1 (Cadangan)

Rajah 4.12 menunjukkan proses yang berlaku jika pengguna ingin mengemukakan
sebarang cadangan untuk sistem kamus melayu-arab ini. Pengguna perlu mendaftar
terlebih dahulu untuk menghantar sebarang komen atau cadangan.

25
5.1
Id,katalaluan Id,katalaluan Data
Memasuk D4
kan id dan Pengguna
katalaluan

Id,katalaluan 5.2
tidak sah Id,katalaluan
Mengesah
kan id dan
katalaluan

Id dan katalaluan
sah

5.3

Mengemuka maklumat cadangan Data


D5
kan komen/ Cadangan
cadangan

Rajah 4.12: Rajah Aliran Data Paras 1 (Cadangan)

4.6 Kesimpulan

Pada bahagian analisa dan rekabentuk ini, contoh rekabentuk antaramuka dipaparkan
bagi setiap antaramuka yang terdapat dalam sistem yang dibangunkan ini. Selain itu,
proses-proses dan juga fungsi diterangkan melalui carta alir, rajah hubungan entiti,
rajah konteks dan rajah aliran data.

26
BAB V

HASIL DAN PENGUJIAN

Fungsi modul

Jadual 5.1: Fungsi modul


Modul Fungsi
Carian  Melayu - Carian dilakukan melalui bahasa melayu. Terjemahan
dilakukan dari bahasa melayu ke bahasa arab.
 Arab – Carian dilakukan melalui bahasa arab. Terjemahan dari
bahasa arab ke bahasa melayu.
 Memaparkan terjemahan berserta dengan gambar dan
suara/sebutan.
Log masuk  Membenarkan pengguna log masuk dengan menggunakan id
pengguna dan katalaluan yang telah didaftarkan.
Pendaftaran  Pendaftaran perlu dilakukan oleh pengguna yang ingin membuat
cadangan. Iaitu untuk mendapatkan id dan katalaluan.
Cadangan  Borang cadangan disediakan untuk pengguna yang ingin
membuat sebarang cadangan berkaitan kamus yang
dibangunkan.
Pentadbir  Pentadbir boleh melakukan proses seperti menambah perkataan
baru, mengubahsuai perkataan, menyemak data pengguna dan
membuat carian perkataan.

27
5.1 Keterangan Output

Rajah 5.1 memaparkan antara muka bagi laman utama sistem kamus melayu-arab
bermultimedia berasaskan telefon mudah-alih. Pada laman ini, terdapat menu-menu
pada bahagian atas untuk penguna pilih. Penguna boleh memilih samada ingin teus
membuat carian samada dari bahasa Melayu ataupun bahasa Arab.

Rajah 5.1: Antara muka laman utama

5.2.1 Modul Carian

Rajah 5.2 memaparkan antara muka bagi pencarian dari bahasa Melayu. Pengguna
perlu memasukkan perkataan yang ingin di cari dan memilih kategori perkataan yang
ingin dicari samada ‟sama‟, ‟mengandungi‟ ataupun ‟bermula dengan‟.

28
Rajah 5.2: Antara muka carian bahasa Melayu.

Rajah 5.3 memaparkan antara muka hasil pencarian bagi kamus Melayu-Arab.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, pengguna boleh menekan butang lanjut.

Rajah 5.3: Antara muka hasil carian melayu-arab

Rajah 5.4 mennujukkan dengan lebih lanjut berkenaan perkatan yang di cari.
Terdapat suara, pengguna boleh mendengar cara sebutan. Juga terdapat gambar yang
berkaitan dengan perkataan.

29
Rajah 5.4: Antara muka hasil carian melayu-arab

Rajah 5.5 memaparkan antara muka carian arab-melayu. Pengguna perlu


memasukkan perkataan yang ingin dicari dengan menggunakan papan kekunci bahasa
arab yang telah disediakan. Kemudian sistem akan memaparkan maklumat perkataan
yang dicari. Sama juga dengan carian bahasa melayu, pengguna boleh menekan butang
lanjut untuk melihat gambar dan mendengar sebutan yang betul bagi perkataan yang
dicari.

Rajah 5.5: Antara muka carian Arab – Melayu.

30
5.2.2 Modul Log masuk

Rajah 5.6: Antara muka login pengguna.

Rajah 5.6 memaparkan antara muka log masuk pengguna. Pengguna perlu log masuk
terlebih dahulu untuk membuat sebarang cadangan atau komen.

5.2.3 Modul Pendaftaran

Rajah 5.7 memaparkan antara muka pendaftaran pengguna. Pengguna perlu mengisi
ruang yang disediakan dengan lengkap untuk mendapatkan login dan katalaluan.

Rajah 5.7: Antara muka pendaftaran pengguna.


31
5.2.4 Modul Cadangan

Rajah 5.8 memaparkan antara muka bagi borang cadangan yang perlu diisi oleh
pengguna yang berdaftar yang ingin membuat sebarang cadangan.

Rajah 5.8: Antara muka borang cadangan.

5.2.5 Modul Pentadbir

Rajah 5.9 menunjukkan login pentadbir. Pentadbir perlu login terlebih dahulu untuk
memasuki menu pentadbir.

Rajah 5.9: Antara muka login pentadbir.

32
Rajah 5.10 memaparkan antara muka bagi menu pentadbir. Terdapat beberapa menu
seperti memasukkan data, mengubahsuai data dan pencarian. Pada menu untuk
masukkan data, pentadbir boleh menambah perkataan-perkataan baru beserta dengan
gambar dan juga suara ataupun sebutan.

Rajah 5.10: Antara muka Pentadbir.

5.3 Pengujian

Pengujian dilakukan terhadap dua kategori alat capaian yang berbeza; menggunakan
komputer peribadi dan juga peranti mudah alih (telefon mudah alih). Pengujian pada
komputer peribadi dilakukan terhadap beberapa pelayar web yang popular; iaitu
Internet Explorer 6 dan 7, Safari 3.0 dan 3.1 dan Mozilla Firefox 3 dan 3.5. Manakala
platfom ujian tertumpu kepada platfom Mac, Windows XP, Vista dan 7. Mozilla
Firefox merupakan pelayar web yang paling serasi dengan sistem kamus ini. Manakala
terdapat beberapa ketidak-serasian dalam pelayar web Internet Explorer dan Safari.

Penyelidik juga membuat pengujian pada beberapa platfom telefon mudah alih; iaitu
Symbian, iPhone, Android dan Windows Mobile 6. Setiap fungsi yang terdapat dalam
sistem diuji dan semuanya boleh digunakan dengan baik dalam platfom Symbian.
Namun berapa fungsi yang menggunakan Javascript, tulisan Arab dan Flash tidak dapat
berfungsi dalam persekitaran beberapa telefon bimbit.

33
5.3.1 Pengujian pada Komputer Peribadi

Keputusan pengujian diringkaskan pada Jadual 5.2. Pelayar yang digunakan sebagai
pelajar penguji ialah Mozilla Firefox 2, 3 dan 3.5, Internet Explorer 6, 7, Opera 9.24,
Netscape Navigator 9, dan Safari 3.0, 3.1, 3.2, 4 dan 5. Sistem boleh digunakan pada
kebanyakan pelayar web, namun terdapat beberapa pelayar versi lama yang tidak serasi.
Sila rujuk Jadual 5.2 untuk ringkasan keputusan pengujian.

Fungsi-fungsi yang diuji ialah; kebolehan memaparan perkataan Arab, fungsi


megendalikan input Arab, membuat carian Arab, mengemaskini perkataan Arab,
memaparkan imej dan mengeluarkan bunyi sebutan. Fungsi-fungsi yang berkaitan
dengan perkataan Melayu adalah serasi dengan semua pelayar. Ini kerana perkataan
Melayu menggunakan aksara Latin yang memang disokong sepenuhnya dalam semua
pelayar.

Daripada pengujian didapati sistem serasi dengan kebanyakan pelayar. Walau


bagaimana pun, pelayar Safari 3.0 tidak dapat mengendalikan input dan paparan
perkataan Arab dengan sempurna. Sebagai contoh perkataan “‫ ”طعام‬dipaparkan sebagai
“‫ا م‬ ‫( ”ط ع‬rujuk Rajah 5.11). Memandangkan pelayar lain mampu menyokong
perkataan Arab dalam UTF-8, maka kami memutuskan untuk menyatakan bahawa
pelayar Safari 3.0 tidak menyokong aksara Arab UTF-8 sepenuhnya. Namun begitu,
kelemahan tersebut telah diperbaiki dalam Safari 3.1 dan versi yang lebih baharu.

34
Rajah 5.11: Paparan aksara Arab pada pelayar web Safari 3.0 .

Jadual 5.2. Keputusan ujian sistem menggunkan beberapa pelayar web pada
persekitaran Windows dan Mac.

Pelayar Paparan Kendalian Carian Kemaski Kendalian Kendalian


Web perkata input Arab Arab ni imej bunyi
an Arab perkata sebutan
an Arab
Mozilla √ √ √ √ √ √
Firefox 2, 3
dan 3.5

Internet √ √ √ √ √ √
Explorer 6, 7

Opera 9.24 √ √ √ √ √ √

Netscape √ √ √ √ √ √
Navigator 9

Safari 3.0 × × × √ √ √

Safari 3.1, √ √ √ √ √ √
3.2, 4, 5

35
5.3.1 Pengujian menggunakan Peranti Mudah-alih

Pengujian dilakukan kepada beberapa telefon mudah alih dengan platfom Symbian,
iPhone, dan Windows Mobile. Keputusan pengujian dipaparkan dalam Jadual 5.3.
Simbol “√” mewakili keboleh-kendalian, manakala “X” pula tidak boleh dikendali.

Kebanyakan fungsi boleh dijalankan pada peranti pilihan. Walau bagaimana


pun, kekunci Arabic pada skrin tidak berfungsi pada Mobile IE pada persekitaran
Windows Mobile. Ini kerana skrip JavaScript yang digunapakai tidak dapat diterjemah
dengan baik. Manakala dalam persekitaran iPhone pula, bunyi sebutan tidak dapat
dimainkan. Dalam hal ini, pembangun perlu membangunkan kaedah lain selain
penggunaan Flash untuk persekitaran iPhone. Ini kerana iPhone tidak menyokong Flash

Jadual 5.3: Pengujian sistem terhadap beberapa telefon mudah alih.

Platfom Telefon Mudah Alih

iPhone (Safari Windows Mobile


Symbian pada iPhone
Functions (Nokia E63) (Mobile IE pada
3Gs)
HTC Touch)

Paparan perkatraan √ √

Arab

Kendalian Input √ √

perkataan Arab

Carian perkataan √ √

Arab

Kekunci Arab pada √ X



skrin

Bunyi sebutan √ X √

36
5.3 Kesimpulan

Bab ini menerangkan tentang hasil daripada projek yang dibangunkan dan juga
keputusan pengujian. Pengujian yang telah dibuat menunjukkan pencapaian positif
terhadap kebanyakan pelayan web dan juga peranti mudah alih. Namun begitu perlu
dilakukan banyak ujian lagi terhadap peranti mudah alih yang lain seperti persekitaran
Android, Blackberry dan WebOS.

Prototaip sistem boleh dicapai di http://www.kuis.edu.my/iame/ommar . Manakala versi


untuk peranti mudah alih pula di http://www.kuis.edu.my/iame/ommar/m/ .

37
BAB VI

KESIMPULAN

6.1 Kelebihan Projek

Kelebihan projek yang dibangunkan ini memberi impak yang positif dan beberapa
kebaikan kepada orang ramai terutamanya pelajar KUIS kerana boleh membuat carian
dengan pantas, melalui telefon mudah-alih. Medium ini juga boleh dicapai oleh semua
pelajar atau orang ramai yang mempunyai capaian internet. Pengguna dapat
menjimatkan masa tanpa perlu menyelak nakhah kamus yang tebal.

6.2 Kekangan Projek

Terdapat beberapa risiko ataupun kekangan untuk membangunkan aplikasi ini.


Antaranya ialah adakah sesuai perkataan Arab diaplikasikan kepada telefon bimbit.
Seperti yang kita ketahui, setakat ini, kebanyakan telefon bimbit masih belum boleh
menerima aksara dalam bahasa Arab dan juga perlu mengenalpasti adakah Javascript
sesuai ataupun tidak digunakan didalam persekitaran telefon bimbit.

6.3 Peluang Penambahbaikan

Berdasarkan masalah yang dinyatakan, pembangunan Kamus Melayu-Arab


Bermultimedia adalah satu langkah yang efektif untuk dilaksanakan. Dengan
menggunakan aplikasi ini, pelajar dan orang ramai dapat melayari kamus di mana-mana
38
sahaja dengan menggunakan komputer atau telefon bimbit. Setiap masalah ataupun
kekangan yang ada akan dikaji supaya nanti sistem ini akan dibangunkan dengan baik.
Setiap masalah akan diselesaikan dengan cepat dan berkesan. Penyelidikan perlu
dilakukan dengan lebih terperinci lagi berkenaan dengan ketidak sesuaian javascript
diaplikasikan dalam persekitaran telefon bimbit. Bagi penambahbaikan pula, sistem ini
diharapkan akan dapat memasukkan perkataan Arab secara sekaligus, iaitu daripada
kata akarnya, semua perkataan yang berkaitan dengan perbuatan akan dihasilkan secara
automatik samada seorang, dua orang ataupun ramai.

6.4 Penyelidikan Seterusnya - versi yang dipasang pada peranti mudah alih.

Penyelidik telah memulakan pembangunan prototaip yang dipasang terus ke dalam


peranti mudah alih. Aplikasi ini direka supaya antaramuka dan pangkalan data dipasang
terus ke dalam peranti. Dengan rekabentuk terbaru ini, sistem tidak memerlukan
capaian untuk membuat carian. Hanya imej dan bunyi sebutan sahaja diletakkan di
dalam pelayan web. Ini dapat mengurangkan kos capaian Internet yang mahal
terutamanya capaian 3G. Berbanding dengan kaedah sebelum ini yang memerlukan
100% capaian Internet.

6.5 Kesimpulan Keseluruhan

Pada akhir kajian dan pembangunan ini, diharapkan satu kamus elektronik atas talian
yang boleh dicapai melalui telefon mudah-alih dapat diaplikasikan dengan baik.
Dengan menggunakan telefon mudah-alih, pelajar dan juga orang ramai dapat
mencapainya pada bila-bila masa dengan cepat. Di samping untuk kegunaan KUIS
khasnya, ia juga dapat menyumbang untuk kegunaan masyarakat.

39
Rujukan

Dennis, A. Wixom, B.H. (2003) “Systems Analysis Design” Second Edition John
Wiley & Sons, Inc.)
E-Kamus, dicapai pada 6 March 2009 daripada laman web:
http://www.ekamus.com.my
Khirulnizam A. Rahman, Syuria Amiruddin, Che Wan Shamsul Bahri Che Wan
Ahmad, Wan Harun Hussaini, and Siti Zaharah Mohid. 2008. Solving the Arabic
UTF-8 Characters Transaction Issues in an Online Malay-Arabic Dictionary.
Proceeding presented in National Conference on Information Retrieval and
Knowledge Management (CAMP08), 18 March 2008, Kuala Lumpur, Malaysia.
Khirulnizam Abd Rahman, Siti Azrehan Aziz, Syuria Amirrudin, Juzlinda Mohd
Ghazali, C. W. Shamsul Bahri C. W. Ahmad & Mohamad Haron Husain, (2010).
The Design And Implementation of the Malay-Arabic Online Multimedia
Dictionary On Smart Phones. Proceedings of Regional Conference of Knowledge
Integration in ICT, June 2010. ISBN 978-983-3048-37-3. pp. 179.
Khirulnizam Abd Rahman, Juzlinda Mohd Ghazali, Syuria Amiruddin, Che Wan
Shamsul Bahri CW Ahmad, (2009). The Design of The Online Malay-Arabic
Multimedia Dictionary. Proceeding of the 7th World Conference on Muslim
Education (WORLD-COME2009), Dec 2009.
Khirulnizam Abd Rahman, Che Wan Shamsul Bahri Che Wan Ahmad, Juzlinda Mohd
Ghazali, Syuria Amirrudin, Siti Zaharah Mohid, Dr. Muhammad Haron Husaini
(2008), Proposal Pembangunan Kamus Melayu-Arab Bermultimedia Berasaskan
Web 2008.
Mobile Dictionary, dicapai pada 25 March 2009 daripada laman web:
http://www.smart-mobile-dictionary
Mobile Dictionary, dicapai pada 3 Disember 2010 daripada laman web
http://www.mobile-translator.net/english-arabic-online-translator.php
Universal Dictionary for Phone, dicapai pada 3 Disember 2010 daripada laman web
http://www.dicts.info/ud.php?11=malay&12=arabic
Nciku Dictionary, dicapai pada 3 Disember 2010 daripada laman web
http://www.nciku.com/search/all/Dictionary

40
Syuria Amirrudin, Che Wan Shamsul Bahri CWAhmad, Juzlinda Mohd Ghazali,
Khirulnizam Abd Rahman, 2009. A Comparative Study on the Features of Free
Online English-Arabic Dictionaries. Proceedings of the 3rd International
Malaysian Educational Technology Convention 2009. Penang, Malaysia. October
2009.

41

Вам также может понравиться