Вы находитесь на странице: 1из 8

SURAT KIRIMAN RASMI

Kompleks Penghulu,  
Mukim Jorak,  
12, Pekan Pagoh,  
84600 Muar,  
Johor Darul Takzim.  
 
Ketua polis,  
Balai Polis Daerah Muar,  
Jalan Petrie,  
84600 Muar,  
Johor Darul Takzim.                                                                                                                 12 MAC
2000.                                                                                      
 
Tuan,  
Cadangan Mengatasi Kemalangan di Pekan Pagoh  
 
Merujuk perkara di atas, saya selaku penghulu yang bertanggungjawab atas keselamatan penduduk
Mukim Jorak, khususnya penduduk Pekan Pagoh, berasa bimbang dengan kadar kemalangan yang
semakin meningkat dari hari ke hari di mukim kami. Perkara yang menyedihkan, tragedi ini melibatkan
murid sekolah yang melalui pekan ini untuk ke sekolah. Oleh itu, saya ingin membuat beberapa
cadangan kepada pihak tuan untuk mengatasi masalah kemalangan ini.  
 
2.            Cadangan saya yang pertama adalah untuk meminta pihak tuan mengadakan kawalan lalu
lintas, terutamanya pada waktu pelajar pulang dari sekolah. Langkah ini perlu diambil bagi mengelakkan
kesesakan lalu lintas kerana pada waktu yang sama, kenderaan dari arah Bukit Kepong dan Lengga juga
sibuk menggunakan jalan di pekan ini. Dalam kesibukan inilah, kemalangan mudah berlaku.Tambahan
pula terdapat sebilangan kecil pemandu yang mementingkan diri dengan tidak memberi laluan kepada
murid-murid sekolah untuk melintas jalan. Jika pihak tuan mengadakan kawalan lalu lintas pada masa
itu, sudah tentu kemalangan dapat dielakkan.  
 
3.             Saya juga meminta kerjasama daripada pihak polis supaya memberikan surat sokongan bagi
mendapat kemudahan lampu isyarat di simpang pekan ini. Setakat ini, permohonan untuk mendapatkan
kemudahan lampu isyarat tidak diluluskan oleh pihak yang bertanggungjawab kerana kawasan ini masih
dianggap terkawal dan tidak terlalu sibuk. Untuk makluman tuan, pada bulan lalu, sebuah lori yang
membawa muatan simen telah terbabas lalu terbalik di kawasan Pekan Pagoh. Kemalangan dikatakan
berpunca daripada ketiadaan lampu isyarat yang menyebabkan pemandu lori dari Parit Sulong tidak
memberhentikan lorinya ketika sampai di simpang. Pada masa yang sama, sebuah motosikal datang dari
arah Lengga. Dalam usaha mengelakkan motosikal tersebut, lori berkenaan telah terbabas dan terbalik
menyebabkan seorang peniaga terbunuh. Oleh itu, jika permohonan untuk mendapatkan kemudahan
lampu isyarat diluluskan dengan sokongan pihak tuan, saya yakin kadar kemalangan di pekan ini dapat
dikurangkan.  
 
4.                Selain itu, saya mengharapkan agar pihak tuan dapat menganjurkan ceramah keselamatan
jalan raya kepada penduduk sekitar Pekan Pagoh, khususnya di kalangan pelajar sekolah.Ceramah
seperti ini bukan sahaja akan dapat memberikan kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya
keselamatan di jalan raya malah dapat melindungi pengguna jalan raya yang lain.  
 
5.                Saya juga mengharapkan kerjasama daripada pihak tuan untuk mengadakan sekatan jalan
raya pada waktu malam.Hal ini bertujuan untuk membanteras lumba motosikal haram di sekitar Batu 8
hingga Batu 13. Kegiatan seperti ini tidak boleh dibiarkan kerana boleh mengancam keselamatan dan
ketenteraman orang awam di samping membahayakan nyawa mereka.  
 
6.                 Oleh yang demikian besarlah harapan saya agar tuan dapat memberikan perhatian kepada
cadangan saya ini. Kami juga berharap agar pihak tuan dapat meluangkan masa untuk meninjau keadaan
Pekan Pagoh ini.Seterusnya, saya berharap agar tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk
memastikan keselamatan penduduk di pekan ini terjamin.  
 
Sekian untuk tindakan dan makluman tuan. Atas kerjasama tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.  
 
 
 
 
 
Yang menjalankan tugas,  
 
     
 
(MUHAMMAD ARIF BIN NAJAMUDIN)  
Penghulu Mukim Jorak
SURAT KIRIMAN TAK RASMI

126 Taman Makmur,


Jalan Pasir Putih,
16150 Kota Bharu,
Kelantan.

24 Mei 2009

         Menemui sahabatku, Laila yang berada di Ipoh. Semoga sihat dan bergembira selalu
hendaknya.

Saudari,

         Surat saudari telah saya terima pada 10 Mei yang lalu. Saya minta maaf kerana agak lewat
untuk membalasnya. Kelewatan ini adalah disebabkan saya telah dipilih untuk mewakili kelas
saya dalam pertandingan syarahan yang diadakan di sekolah saya. Saya terpaksa menumpukan
perhatian dan masa bagi mencari bahan-bahan sebagai isi syarahan tersebut. Untuk pengetahuan
saudari, saya telah menjadi johan dalam pertandingan pada tahun ini.

         Oh, ya! Bagaimana dengan perkembangan diri saudari sekarang? Dalam surat saudari yang
lalu, saya begitu tertarik mengenai pengalaman manis saudari sewaktu bercuti di Pulau Redang,
Terengganu. Terima kasih saya ucapkan atas kiriman gambar yang saudari rakamkan di pulau
tersebut.

         Bagi saya pula, cuti sekolah kali ini saya tidak berpeluang melancong ke mana-mana. Hal
ini adalah disebabkan saya disenaraikan dalam skuad amatur silat olahraga negara. Oleh sebab
itu, saya agak sibuk dengan latihan intensif di Kompleks Sukan Bukit Jalil. Maklumlah,
pertandingan silat olahraga peringkat Asia akan berlangsung pada hujung bulan ini.

         Untuk menjadi pesilat yang mahir, saya perlu memantapkan lagi persembahan dan
meningkatkan keyakinan diri di samping menjaga pemakanan harian. Hal ini penting kerana
bidang persilatan mengutamakan kekuatan zahir dan batin serta pengalaman yang tinggi. Gaya
pukulan dan tumbukan yang padu serta kerap mengena sasaran pula adalah bonus untuk
menumpaskan pihak lawan.

         Selain itu, saya turut berlatih dengan pesilat lelaki. Latihan ini penting untuk
menghilangkan perasaan gementar apabila berhadapan dengan lawan yang jauh lebih gagah.
Melalui latihan ini juga, saya dapat mempertingkatkan keyakinan diri untuk membuat serangan
sama ada menerusi tumbukan ataupun sepakan. Sememangnya saya mengakui bahawa bidang
persilatan ini benar-benar menguji kekuatan fizikal dan mental seseorang. Mula-mula memang
saya berasa serik, tetapi lama-kelamaan saya berasa seronok pula.

         Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada saya untuk saudari sekeluarga di sana.
Sahabatmu,

UCAPAN
Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis.Yang Berusaha Tuan Guru Besar,guru-guru penolong
kanan,guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.Saya berasa
gembira kerana diberi peluang menyampaikan sepatah dua kata pada pagi yang mulia ini.  
 
        Tanpa disedari,sudah enam tahun kita di sekolah ini.Jika menghitung hari persekolahan,bermakna
tinggal enam hari lagi kita disini,menjadi warga sekolah ini.Mahu atau tidak,kita terpaksa mengucapkan
selamat tinggalkepada semua guru yang dikasihi.  
 
Para guru dan rakan yang disayangi,  
        Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan,kami mengadakan majlis perpisahan ini.Majlis serba
sederhana ini tidak mampu membalas jasamu wahai guru.Dalam serba kekurangan,kami berusaha
mengadakan majlis untuk meraikan guru-guruyang banyak berjasa kepada kami.  
 
        Bayangkanlah daripada kita buta huruf kini sudah boleh membaca dan mengira.Bermula tulisan
cakar ayam,kini tulisan cantik.Malah kami tidak lagi kaki bangku,keras hati dan kepala udang,semuanya
kerana jasamu wahai guru.  
 
Hadiri yang dikasihi,  
        Kita berbangga apabila sekolah ini telah mencatat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan
UPSR.Seramai 42 orang murid daripada 76 orang calon memperoleh 5A.Kejayan ini berkat kepimpinan
guru besar yang dinamik dan komitmen guru yang berterusan.  
 
        Akhir kata,salam kemaafan kami hulurkan.Mungkin ada tingkah laku dan kata bicara menyebabkan
ada yang jauh hati.Sesungguhnya kami anak-anak yang masih belajar dan berjanji akan sentiasa
mengingati baktimu guru sepanjang hayat kami.  
        Sesungguhnya terasa berat hati untuk meninggalkan sekolah ini.Untuk mengakhiri ucapan
ini,dengarlah serangkap pantun yang berbunyi,  
 
        Banyak padi perkara padi,  
                Padi yang mana ditanam orang;  
        Banyak bdi perkara budi,  
                Budimu guru dikenang orang.  
 
        Sekian,terima kasih.
SYARAHAN
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,Yang berusaha Puan Hapisah binti Abdul Majid,guru-guru
penolong kanan,para guru dan rakan-rakan sekalian.Tajuk pidato saya pada hari ini ialah
"Tanggungjawab Mengekalkan Kemerdekaan Negara".  
 
Hadirin yang saya hormati,  
 
     Negara kita telah merdeka sejak tahun 1957 lagi.Pada bulan ini genaplah 53 tahun negara kita bebas
daripada berlenggu penjajah.Pada bulan ini juga dapatlah kita mengimbas rentetan peristiwa dan
perjuangan    rakyat yang bersama-sama memperjuangkan kemerdekaan negara.Kebebasan yang kita
kecapi ini perlu menjadikan negara kita maju,aman dan makmur.  
 
     Sebagai rakyat yang cinta akan keamamam dan bercita-cita besar.Marilah kita bersama-sama
membangunkan nagara.Kita perlulah berusaha dari sekarang dengan belajar bersungguh-sungguh.Ilmu
dan kepakaran yang kita peroleh akan dapat kita gunakan untuk membangunkan negara.  
 
     Semasa zaman penjajahan hasil negara kita dirampas begitu sahaja.Kini kitalah yang patut
memajukan negara kita sendiri.  
 
Hadirin sekalian,  
 
     Sebagai rakyat yang setia,kita hendaklah cinta akan negara.Kesetiaan yang tidak berbelah bagi akan
memperkukuh benteng negara.Musuh tidak akan berani untuk mencerobohi Negara yang rakyatnya
bersatu padu.Marilah kita mempertahankan kedaulatan negara kita.  
 
     Akhir kata,negara kita akan terus makmur jika kita hidup harmoni .Kita hendaklah terus menyayangi
Negara kita.Sikap setia perlu ditanam dalam sanubari kita.  
 
Sekian,terima kasih.
PIDATO
Yang berusaha,Encik Parlan bin Haji Yunus,barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,yang
saya hormati guru-guru dan seterusnya rakan-rakan yang saya kasihi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera bagi kita semua.Tajuk pidato saya pada hari ini ialah
'Kemerdekaan'.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Perjuangan untuk memerdekakan negara daripada belenggu penjajahan untuk kedamaian


kemudian untuk mempertahankannya

adalah sifat-sifat mulia yang perlu disanjungi tinggi oleh kita semua.Oleh itu,dalam mengenang
kembali sejarah kemerdekaan di negara kita, janganlah kita melupakan pengorbanan para
pejuang kemerdekaan yang telah membuka jalan ini kepada kita.

Hasil cetusan,semangat para pejuang seperti tokoh-tokoh politik,cendiakawan, dan juga para
ulama, maka kita wajib menghormati dan mengenang kembali jasa pahlawan tanah air sama ada
yang masih hidup atau pun yang sudah meninggal dunia.Tidak ada negara yang mempunyai
masyarakat majmuk yang dapat hidup dalam keadaan tenteram,harmoni dan saling bantu-
membantu antara satu sama lain seperti mana dinikmati oleh negara kta.

Guru-guru dan murid-murid sekalian,

Justeru,marilah kita memelihara kemerdekaan kita ini dengan mengekalkan perpanduan yang
wujud supaya tidak ada perasaan curiga mencurigai sesama kita.Kita kekalkanlah permuafakatan
yang telah wujud sejak 49 yang lalu sebagai kunci kecemerlangan kita yang akan datang.

Generasi sesudah merdeka berkewajipan bergabung tenaga dan semangat untuk


mempertahankan tanah air daripada sebarang ancaman dari segi keselamatan dan penyongsang
akhlak.

Sehubungan dengan itu,kita tidak sepatutnya berasakan cukup sekadar apa yang ada.Kemajuan
dan perkembangan dunia sekeliling perlu dimanfaatkan dipergunakan sebagai sebahagian
daripada bahan-bahan bagi memajukan diri dan negara.Semangat kenegaraan dan mencintainya
mesti tumbuh setiap sanubari kita semua.Ini penting agar setiap cabaran dan pengaruh yang
datang masyarakat dapat didepani denga    lebih berani dan berupaya.

    

Saya sudahi pidato saya dengan kata-kata semangat 'Merdeka,Merdeka,Merdeka'.

Assalamualaikum.
Sekian terima kasih.

LAPORAN
Laporan Lawatan Sambil ke Cameron Highlands.  
 
Persatuan Sains dan Matematik sekolah SK Pekan Membakut telah mengadakan lawatan sambil belajar
ke Cameron Highlands.Lawatan ini diadakan pada hari sabtu, ahad, isnin pada tarikh 12, 13, dan
14.Lawatan ini diadakan di Cameron Hinglands. Lawatan ini disertai seramai 40 orang murud dan
diseratai lima orang guru pengiring antaranya Puan Kalsom, Encik David, Encik Kassim, Puan Dg. Salama,
dan Puan Rafidah. Selepas Cikgu Azlan memberi taklimat, para peserta menaiki bas ke Cameron
Highlands.

 
        Kami sampai di kebun sayur pada pukul 12.00 pagi. Encik David membawa kami melawat ke kebun
sayur kepunyaan Encik Salim. Di sana ada pelbagai sayur antaranya pokok kubis dan sebagainya. Kami
diberi memetik kubis. Encik David mengambil gambar sebagai kenangan.  
        Selain itu, pada pukul 1.00 tengah hari, kami melawat di ladang strawberi. Tujuan kami ke ladang
strawberi ialah ingin mengetahui cara penjagaan dan penanaman. Di samping itu, kami diberi strawberi
dari kepunyaan ladang strawberi tersebut. pada pukul 1.45 tengah hari kami singgah di Restoran Pak
Dali.

 
        Pada hari keesokkannya, kami pergi melawat ladang teh boh di tanah rata yang amat luas.    Kami
diberi memetik sehelai daun teh yang sangat harum baunya. Pada petang hari ahad, kami pergi melihat
kilang teh boh untuk mengetahui cara proses daun teh boh.  
        Pada hari terakhir, kami pergi ke pekan Brinchang untuk membeli sedikit cenderahati untuk bawa
pulang ke rumah untuk buat satu kenangan.  
        Akhir sekali, semoga diadakan lagi lawatan sebegini pada tahun hadapan.  
 

Disediakan oleh,                                                    12 APRIL 2010  


    

 
(SITI NAZUHA ZAINI)  
Setiausaha Persatuan Sains  
SK Pekan Membakut
BERITA
SABAK BERNAM, Isnin - Kawasan Kampung Bagan Nakhoda Omar telah dinaiki air sedalam satu meter
akibat hujan turun selama tiga jam tidak berhenti-henti. Penduduk begitu terkejut dengan kejadian yang
tidak diduga itu.  
 
         Menurut Encik Haikal selaku wakil rakyat kawasan berkenaan, kejadian banjir yang berlaku itu
mempunyai kaitan dengan projek pembinaan di kawasan berdekatan. Hal ini disebabkan oleh
penyelenggaraan peparitan di projek pembinaan yang telah diabaikan oleh pihak pemaju.  
 
         Banjir kilat yang berlaku pada petang semalam telah mengakibatkan kerugian kepada penduduk
kampung khususnya yang tinggal di kawasan rendah. Peralatan elektrik, perabot dan kenderaan telah
mengalami kerosakan teruk.  
 
         Banjir yang melanda ini bukan sahaja telah memusnahkan harta benda, malah jaringan
pengangkutan juga terputus. Sekolah-sekolah yang terlibat terpaksa ditutup untuk sementara waktu.  
 
         Semua penduduk yang terlibat telah dipindahkan ke sebuah dewan. Bantuan seperti makanan dan
pakaian telah dihulurkan oleh pelbagai pihak. Pihak polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam turut
sama mengagihkan bantuan kepada orang ramai.  
 
         Encik Haikal berharap agar pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Majlis Daerah Sabak
Bernam perlu peka dan prihatin terhadap masalah ini. Beliau menggesa agar pihak yanag berkenaan
membuat siasatan terperinci tentang punca sebenar kejadian.  

Вам также может понравиться