Вы находитесь на странице: 1из 22

BULI

AHLI-AHLI
KUMPULAN:
JASON CHAN
JONATNAN KIM
JORDAN LOI
ISMAIL AZRY
YAP FOO KONG
MAKSUD BULI
Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah
dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan
masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan
mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka
yang kuat. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli
merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh
membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh
mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.
 
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA BULI
dividu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
In

Merekapernah menjadi mangsa buli.


Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila
membuat kesilapan.
Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-
kanak hiperaktif atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli
perasaan orang lain.
Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin.
Akibat perceraian ibu bapa.
Terlalu dimanja oleh ibu bapa.
Sekadar mahu berseronok.
Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk
menghilangkan perasaan bosan.
Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap dalam bahasa
Inggeris.
Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.
PENGARUH-PENGARUH
Pengaruh Keluarga/Ibubapa.
Kanak-kanak membuli mungkin kerana meniru tingkah laku agresif yang
diperlakukan terhadap dirinya di rumah atau menyaksikan tindakan agresif yang
diperlakukan ke atas ahli keluarganya. Contohnya ayah mendera ibu, atau adik-
beradik lain didera di hadapannya.
Hidup dalam keluarga yang dipenuhi dengan keganasan rumah tangga akan
mengajar kanak-kanak bahawa kekerasan dan keganasan adalah satu cara yang
efektif dan sesuai untuk mencapai atau mendapat sesuatu yang dihajati apatah
lagi jika mereka tidak mendapat bimbingan atau pembelaan daripada sesiapa.

Pengaruh rakan sebaya


Faktor utama mengapa kanak-kanak terbabit dengan gejala membuli dan
tingkah laku antisosial yang lain. Kehadiran kanak-kanak lain yang menjadi
‘penyokong’nya menjadikan dia berasa mempunyai kekuatan kerana meraih
populariti dan status.
Akan tetapi rakan sebaya juga boleh menjadi penghalang kepada popularitinya
sekiranya mereka menyebelahi mangsa yang dibuli cuma selalunya mereka ini
akan senyap dan tidak berani membuat tindakan apa-apa kerana takut dengan
ugutan dan sebagainya.
Faktor sekolah
Tidak dapat dinafikan sekolah juga turut menjadi faktor yang mendorong kanak-
kanak membuli. Amalan dan polisi sesebuah sekolah secara tidak langsung akan
mempengaruhi cara pelajar berinteraksi, aktiviti yang dilakukan dan tingkah laku
mereka.

Buli dan tindakan agresif kanak-kanak dikatakan mempunyai kaitan dengan


sekolah yang gurunya acap kali bertukar-tukar, pentadbiran yang lemah, kaedah
mendisiplinkan pelajar selalu tidak konsisten, garis panduan mengenai sesuatu
perlakuan yang dianggap salah tidak begitu jelas dan pemantauan yang tidak
dilakukan dengan sempurna.

Media:
Sememangnya filem atau aksi ganas yang dipaparkan di layar televisyen, cakera
padat video (vcd), cakera video digital (dvd) dan sebagainya adalah antara faktor
yang mendorong kanak-kanak melakukan aksi ganas seperti membuli.Kanak-
kanak selalunya akan meniru dan cuba untuk merealisasikan apa yang dilihat di
kaca televisyen di dalam kehidupan mereka seharian dan bila mereka sudah mula
seronok melakukannya, mereka akan melihat keganasan sebagai satu sikap yang
positif. Kesannya akan lebih ketara terhadap kanak-kanak yang menghadapi
masalah emosi, bermasalah pembelajaran, mengalami gangguan tingkah laku
dan sukar untuk mengawal diri.
Kesan-kesan buli
Terhadap Mangsa Buli
Mangsa buli akan menerima impak yang besar dalam kehidupannya. Mangsa
akan sering merasa tidak tenteram atau selamat jika berada di kawasan-
kewasan tertentu terutamanya di tempat yang sunyi, gelap, suram, dan
kawasan-kawasan yang seakan-akan di tempat mangsa dibuli. Tekanan
perasaan yang dialami oleh mangsa buli ini boleh membawa kepada perkara-
perkara yang lebih serius jika tidak mendapat rawatan yang lebih spesifik.
Perasaan ingin bunuh diri juga boleh datang ke dalam diri mangsa apabila
beliau sering mengalami tekanan perasaan akibat daripada perbuatan buli
yang memberi kesan yang mendalam kepada diri mangsa. Mangsa akan
merasakan bahawa kehidupannya tidak baik untuk diteruskan akibat
daripada pengalaman-pengalaman pahit yang dilalui semasa kehidupannya.
Selaian itu, mangsa juga akan sentiasa mengasingkan diri dari orang ramai.
Impak daripada buli ini menunjukkan bahawa mangsa adalah seorang yang
lemah, pondan, tidak kuat, penakut dan sebagainya dan hal ini menjadikan
mangsa merasakan bahawa dirinya tidak sama dengan individu lain lalu
bersikap seperti kera sumbang, sikap yang dingin dan pemalu. Kesihatan
mental mangsa buli ini terjejas tidak seperti individu lain yang tidak pernah
mengalami situasi seperti itu.
Mangsa buli juga selain daripada terjejas kesihatan
mentalnya, kesihatan fizikalnya juga turut mendapat
kesan. Mangsa buli lebih mudah untuk mengalami
masalah fizikal jika dibandingkan dengan individu
lainnya. Penyakit-penyakit seperti selsema, batuk,
sakit tekak, selera makan menurun dan sering kali
terjaga pada waktu malam mudah untuk mangsa
untuk menghidapinya. Sudah pasti kita tidak dapat
menolak bahawa antara penyakit ini adalah kesan
daripada tekanan jiwa atau perasaan yang dialami
mangsa
Terhadap Pembuli
Kesan terhadap kaki buli pula ialah beliau akan menjadi lebih
agresif pada hari depannya. Ini adalah kerana cara hidupnya
yang bersifat agresif pada seawal usianya menjadikannya
sentiasa bersifat dan bersikap secara agresif. Ia juga akan
mendorong kepada perbuatan jenayah yang lebih besar seperti
merompak, menyamun dan membunuh. Personaliti yang telah
dipupuk semasa kecil akan mencorak kehidupan ketika
menjangkau alam dewasa. Dengan itu kaki buli semasa di
peringkat sekolah lebih berpeluang untuk menjadi seorang
penjenayah sama ada penjenayah kecil atau besar apabila dewasa
kelak jika tidak terdapat sebarang usaha untuk menerapkan
nilai-nilai murni ke dalam diri individu ini ketika masih awal
Terhadap Sekolah
Buli juga memberi kesan yang negatif kepada sekolah itu sendiri.
Sekolah tersebut akan dilihat dan dilabelkan sebagai sekolah yang
mempunyai masalah disiplin yang besar dan pentadbiran sekolah
jugalah yang akan mendapat malu. Dalam jangka masa yang
panjang, prestasi akademik sekolah juga akan menurun apabila
kejadian buli ini tidak dapat diselesaikan oleh pihak sekolah. Ini
adalah kerana sistem pendidikan yang tidak dapat disampaikan dan
diserapkan ke dalam diri pelajar-pelajar kerana sibuk menguruskan
kes-kes buli yang tidak pernah selesai. Ini seterusnya menjatuhkan
nama baik sekolah tersebut dan sekolah itu tidak akan menjadi
pilihan bagi ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka
untuk belajar di sekolah kerana masalah tersebut akan mengancam
prestasi anaknya sendiri dalam mencapai kemajuan
Kesan luaran
Mereka akan membalas dendam kepada orang
lain. Tujuannya untuk mengembalikan harga diri
yang hilang akibat dibuli.

Kesan dalaman
Hilang keyakinan diri, membiarkan diri
diperlakukan apa sahaja, sanggup melakukan
sesuatu demi membahagiakan orang lain, tidak
mahu ke sekolah, dan sebagainya. Sehinggakan
ada yang sanggup mencederakan diri sendiri
kerana merasakan diri mereka tidak berguna.
Kesan yang ditinggalkan dalam bentuk emosi dan
fizikal

Pembulian itu menyakitkan bukan disebabkan oleh kesan-kesan luka


atau lebam, tetapi disebabkan oleh kesan emosi. Ditumbuk, ditendang,
dibelasah atau dilanggar boleh meninggalkan kesan fizikal. Usikan dan
penyisihan walaubagaimanapun boleh menyebabkan kesan emosi yang
mungkin tidak akan sembuh. Apabila melihat mereka yang lain turut
dibuli juga boleh menimbulkan ketakutan yang sama. Kesannya ialah
sesetengah kanak-kanak terpaksa melalui zaman persekolahan mereka
dengan berasa sunyi, disingkirkan serta takut dan tidak dapat
mempercayai bahawa keadaan mereka boleh berubah.
 Kajian mencadangkan bahawa kejadian membuli pelajar-pelajar
lebih muda yang berlaku hanya sekali sahaja tidak semestinya
mempunyai kesan-kesan yang berpanjangan, manakala kejadian
yang berlaku dengan kerap dan lebih teruk boleh mewujudkan
suatu bayangan.  Kajian juga mengatakan bahawa satu episod
membuli yang kecil tidak semestinya memberi kesan yang
panjang, manakala episod-episod yang lebih kerap dan lebih
teruk mungkin akan menjadi bayangan kepada masa depan
seseorang remaja. Perasaan yang penuh dengan ketidakadilan
dan ketidaksamaan serta ketakutan masih kekal terbuku di
dalam ingatan kanak-kanak yang telah menjadi mangsa
walaupun perkara tersebut telah lama berlalu.
LANGKAH
 Peranan sekolah amat penting
 Bersama-sama dengan Kolej Universiti HELP dan Kementerian
Pendidikan, UNICEF kini sedang melaksanakan Program Mencegah
Buli di Sekolah yang merupakan sebuah projek perintis bertujuan
untuk meningkatkan keselamatan di sekolah. Program ini telah pun
berjalan selama enam bulan di kawasan Lembah Klang, di mana
program ini memperkenalkan dasar-dasar sekolah dan program-
program untuk bertindakbalas dan mencegah pembulian termasuklah
mengajar kanak-kanak kemahiran-kemahiran hidup agar mereka lebih
yakin dengan diri mereka sendiri apabila berhadapan dengan sebarang
serangan.
Langkah-langkah menangani kejadian buli
Kementerian Pelajaran menghalalkan semula
Denda rotan di sekolah-sekolah
Kementerian mewajibkan amalan khemah ibadat,
qiyamullail sebagai rutin wajib di sekolah-sekolah
setiap malam Jumaat di sekolah berasrama
penuh?
Kementerian mengguna pendekatan latihan
kerohanian berunsurkan keagamaan seperti
latihan tarekat bertujuan mengatasi masalah buli
ini?
pengurusan sekolah termasuk penyelia asrama, kaunselor serta
semua guru perlu menangani segera kes disiplin, sekali gus
memperkasakan peraturan di sekolah.
penyelia asrama perlu mengadakan perjumpaan bersama penghuni
asrama dengan lebih kerap untuk mengetahui dan berbincang
mengenai masalah yang dihadapi pelajar bagi mengelakkan ia
menjadi punca kepada kes disiplin yang berlaku ketika ini
Kaunselor juga perlu kerap berjumpa pelajar secara individu atau
berkumpulan bagi mendengar masalah mereka selain semua guru
perlu menganggap diri mereka guru disiplin dalam erti kata lain
membantu guru disiplin menangani isu itu .
Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) perlu lebih peka terhadap kes
buli di kawasan seliaan masing-masing serta tidak berdolak- dalik
mengenai perkara itu.
Langkah Mencegah Buli
pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan
bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan
sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan
kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya
tidak memberi sebarang peluang kepada mereka
yang mempunyai keinginan untuk membuli
mangsanya.
Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para
pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah
di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar
akan memperoleh lebih banyak pengetahuan
tentang cara-cara mencegah masalah kes buli
sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu
dan para pelajar juga boleh menyebarkan info yang
diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar
semua pelajar tahu akannya.
Penutup
Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita
yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya
maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang
ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan
Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset
negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan.
Bak kata peribahasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati
sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita
terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini.
Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi
muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat
bangsa di persada dunia.
RUJUKAN
www.wikipedia.com/buli.html
www.google.com/buli.html
www.google.com/kesan+buli.html
www.google.com/langkah-langkah+mengatasi+buli.html
Video Buli
Imej-Imej
Ugutan wang yang dibuat oleh
pembuli kepada mangsa.

Keruntuhan moral dan


keyakinan diri dalam mangsa
buli
Pembuli yang hendak menunjukkan
kelelakian dengan membuli.

Pembulian dalam kalangan


perempuan.
Pembulian dalam kumpulan

Jenayah buli cyber

Вам также может понравиться