Вы находитесь на странице: 1из 4

2.

6 ISU DAN ETIKA

2.6.0 Pengenalan

Dalam melaksanakan program pengurusan tingkah laku, terdapat


banyak isu yang mungkin timbul. Antaranya adalah;

 Sulit (confidential)

Semua maklumat dan rekod murid dan ibu bapa adalah sulit

 “Zero reject” (education for all)

Semua murid berhak mendapat pendidikan yang sesuai secara percuma

 Penilaian tanpa diskriminasi (non-discriminatory evaluation)

Setiap murid perlu mendapat penilaian yang sesuai dengan latar belakang
budaya dan bahasa sebelum ditempatkan dalam program pendidikan pemulihan

 Rancangan Pendidikan Individu (Individualized Educational Plan)

Setiap murid yang pemulihan perlu ada rancangan pendidikan secara individu
yang mencatatkan pencapaian semasa, matlamat, perkhidmatan khusus,
prosedur, dan hasil (out-come)

 Due process

Satu set prosedur untuk memastikan keadilan dalam membuat keputusan yang
berkaitan pendidikan murid dan tanggungjawab dipikul bersama –sama oleh
pihak profesional (pakar), guru, dan ibu bapa

 Penglibatan dan persetujuan ibu bapa

Ibu bapa bukan hanya terlibat dalam perancangan tetapi terlibat juga dalam
membina program dan berhak mendapat rekod berkaitan pendidikan anaknya.
2.6.1 Hak asasi kanak-kanak

Allen (1969) dalam Walker & Shea (1995) telah menggariskan tiga prinsip sebagai
panduan:

i. Normalisasi

Prinsip ini memberi peluang kepada mereka yang berkeperluan khas


merasa kehadiran mereka hampir senormal mungkin. Perkara yang perlu
diberikan perhatian:

 Persekitaran sebenar kanak-kanak.


 Persamaan dan perbezaan di kalangan berbagai kumpulan dalam
masyarakat.
 Pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan, keperluan,
kehendak, kekuatan, dan ketidakupayaan kanak-kanak.

ii. Keadilan

Prinsip keadilan berlandaskan ’due process’ yang mengkehendaki setiap


tindakan memfokuskan kepada kebajikan kanak-kanak. Contoh tindakan
yang tidak adil:

 Enggan mencuba pengurusan tingkah laku secara sistematik.


 Menempatkan murid secara sebarangan tanpa usaha membantu.
 Ketidaksediaan guru menyediakan perkhidmatan yang diperlukan.

iii. Penghormatan

Prinsip penghormatan menjelaskan tentang hak seseorang untuk dilayan


sebagai manusia yang bermaruah dan bukan seperti haiwan. Contoh
tindakan yang salah:

 Hukuman fizikal (tampar, ketuk-ketampi)


 Hukuman psikologi (menyindir, memarahi, memberi gelaran)
 Pengabaian (menyekat kanak-kanak daripada peluang untuk berjaya)
 Pemisahan (salah penempatan di kelas khas)
 Pengasingan (penggunaan ’time out’ secara tidak konsisten dan lama
 Pengubatan (salah guna ubat kawalan)
 Hukuman kejam (sekatan, renjatan elektrik)

2.6.2 Penglibatan ibu bapa

i. reaksi ibu bapa


Reaksi ibu bapa dapat dilihat dalam tiga bentuk, iaitu:

 redha dan bersyukur


 keliru – akibatnya timbul berbagai reaksi

- salahkan diri
- tidak gembira / murung
- rasa bersalah
- penafian
- menyalahkan orang lain
- menarik diri
- mengelak diri
- pemarah dan memencilkan diri
- bermusuhan
- terlalu mengharap
- kecewa

 tidak dapat terima sama sekali.

ii. keperluan latihan

Ibu bapa memerlukan maklumat tentang prospek masa depan anak-anak


mereka, oleh itu mereka perlu diberi pendedahan berikut:

 cara menguruskan anak yang bermasalah / kurang upaya.


 penerangan pakar perubatan / psikologi / kaunseling dan sebagainya.
 perbincangan dengan waris yang senasib tetapi telah berjaya.
 peluang-peluang yang ada sama ada dari segi bantuan, pendidikan /
latihan dsb.

iii. hubungan rumah dengan sekolah

Para pelaksana perlulah berusaha menarik ibu bapa untuk melibatkan diri
dengan setiap aktiviti yang dijalankan agar mereka faham dan dapat sama-sama
terlibat. Mereka juga boleh meneruskan aktiviti yang dijalankan dirumah supaya
ada kesinambungan.

Latihan 1 untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu


penting dengan membuat ulasan.

Bincangkan perbezaan antara hukuman dan dendaan dengan memberi


contoh-contoh yang sesuai.

Layari internet untuk mendapat maklumat tambahan.


Latihan 2 untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu
penting dengan membuat ulasan.

Bincangkan secara perinci peranan ibu bapa dalam pendidikan


pemulihan anak mereka.

Вам также может понравиться