You are on page 1of 3

Artikel Mengenai Pengambillan Guru Muda (Lepasan

SPM) Ke Institusi Perguruan


Oleh ThenmathiA/P Perumal

Dalam konteks masyarakat moden, perkataan guru membawa maksud yang luas
dan tidak terbatas. Individu yang melibatkan diri bagi menyampaikan ilmu
pengetahuan atau kepandaian kepada orang perseorangan atau kelompok
individu digelar sebagai guru. Ahli-ahli sains sosial melabelkan golongan guru
sebagai pendidik, pengajar, pengasuh dan pembimbing yang bertanggungjawab
menyebar ilmu pengetahuan, mencorak tingkahlaku dan menunjukkan teladan
yang baik kepada pelajar. Tugas terpenting guru adalah melaksanakan proses
dan pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan pembelajaran berlaku
mengikut matlamat dan mencorakkan pola perlakuan yang berkualiti dan
berkesan. Peranan guru adalah penting dalam usaha menyediakan generasi
yang seimbang perkembangannya.

Sejurusnya itu, Kerajaan menawarkan pengambilan guru muda lepasan SPM


(KPLSPM) ke institusi perguruan sebagai satu usaha melahirkan pendidik yang
berkualiti tinggi dan berwawasan, Program ini mempunyai tempoh selama lima
setengah tahun dan memberi kelayakan ijazah sarjana muda kepada guru muda
bagi sekolah rendah (lepasan SPM).Pelbagai tujuan boleh dikaikan dengan
pengambilan para guru muda lepasan SPM menerajui dalam program ini.

Pelajar lepasan SPM baru sahaja lepas dari alam persekolahan dan
pembelajaran. Justeru itu, minda mereka masih cergas dan cerdas untuk
menerima dan memahami ilmu yang diperolehi. Mereka mempunyai keupayaan
untuk berfikir dengan cepat dan betul jikalau dibandingkan dengan golongan
dewasa dan sudah lama meninggalkan alam persekolahan. Golongan muda
lepasan SPM juga masih cerdas berbekalkan dengan ilmu yang ditimba di alam
persekolahan dan dapat menggunakannya untuk menguasai sesuatu topik atau
subjek dengan muda dan cepat berbanding dengan golongan dewasa. Dengan
ini, para guru muda in dapat melibatkan diri dengan aktif dalam pelbagai aktiviti-
aktiviti yang sering dianjurkan pihak institusi untuk mencungkil bakat yang
tersembunyi did ala para golongan muda ini. Dengan secara tidak langsung, ia
dapat mewujudkan para guru yang berkualiti tinggi demi masa depan.

Golongan lepasan SPM juga masih muda dan tidak memikul sebarang
tanggungjawab yang berat selain daripada belajar.Dengan ini, mereka boleh
menumpukan perhatian yang penuh dan tajam dalam proses pembelajaran
tanpa sebarang gangguan. Mereka dapat turut meluangkan lebih masa dalam
aktiviti pembelajaran. Di samping itu,mereka juga dapat turut melibatkan diri
dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Golongan muda lepasan SPM tidak
mempunyai sebarang tekanan emosi seperti yang dihadapi oleh golongan
dewasa seperti masalah kekeluargaan dan dapat menumpukan perhatian penuh
untuk belajar dengan mental aman dan cergas tanpa stress.

Disebabkan guru muda lepasan SPM masih muda, mereka masih


mempunyai jangka masa yang cukup panjang untuk memberi perkhidmatan
penuh dalam mewujudkan anak bangsa yang berwawasan dan berilmu pada
masa depan. Mereka mempunyai jangka masa yang panjang untuk menabur
jasa dan bakti kepada masyarakat dan Negara sebagai seorang pendidik jikalau
dibandingkan dengan guru dewasa yang sudah berumur. Tambahan selepas
kursus perguruan, golongan dewasa ini mempunyai jangka masa yang singkat
untuk berkongsi ilmu pengetahuan yang mereka timba demi mewujudkan
masyarakat elit. Guru muda Lepasan SPM juga masih muda untuk mengajar
dan dapat menyampaikan ilmu dengan cepat dan efisyen kepada para pelajar
dibandingkan dengan golongan dewasa.

Generasi lepasan SPM yang masih muda ini juga mempunyai pengetahuan luas
dalam pelbai bidang dan sektor. Demi mencapai wawasan 2020, para guru
haruslah berbekalkan dengan ilu pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang
dan sektor yang penting dan berguna terutamanya dalam bidang sains dan
teknologi maklumat. Ini adalah penting untuk membentuk generasi muda yang
bercanggih dan berpengetahuan dalam bidang sains dan teknologi yang
merupakan salah satu ikon uang amat penting untuk mencapai visi dan misi
Negara ke arah wawasan 2020. Dalam bidang perguruan ICT amt ditekankan
bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, keberkesanan
pengurusan dan pentadbiran sekolah. Dengan sedemikian itu,generasi muda
lepasan SPM mempunyai kelayakan dan keupayaan yang tinggi untuk
mencapai matlamat tersebut.

Dari sudut pandangan lain, pengmbilan guru muda ke institut perguruan


dapat membentuk golongan guru yang bertanggungjawab. Bak kata pepatah “
melentur buluh biarlah dari rebungnya” amatlah disesuaikan dengan para guru
muda ini dengan membekalkan latihan serta pengalaman yang secukupnya
untuk melahirkan guru yang lebih matang dan berkualiti. Ia juga turut
menyediakan golongan guru muda ini tidak muda berputus asa dalam
menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam alam perguruan.

Oleh itu, pengambilan guru muda lepasan SPM memang merupakan


sebuah program yang berupaya membantu memartabtkan profession
perguruan. Kerajaan memang mengambil langkah yang efisyen dalam
membawa system pendidikan Negara ke tahap yang tinggi dan menjadikan
bertaraf dunia.
Guru Pemangkin Aspirasi Negara.

BIBILIOGRAFI
Salehuddin Hj.Sabar. (2005) Jurnal Penyelidikan MPBL,Jilid 6. Jabatan
Pendidikan Islam & Moral.