Вы находитесь на странице: 1из 4

RINGKASAN BUKU

Tajuk : Etika Penjawat Awam dari Perspektif Islam


Penulis: Sharifah Hayaati Ismail al-Qudsy
Penerbit: DBP
Jumlah halaman : 320 m/s

Sinopsis :

Buku ini memberi penegasan terhadap etika, khasnya kepada penjawat awam yang bertepatan
dengan fokus Rancangan Malaysia ke-9 iaitu membangunkan modal insan kelas pertama yang
mampu menjadi contoh kepada seluruh masyarakat. Persoalan nilai dan etika dalam perkhidmatan
telah dikupas dalam dua bab pertama buku ini. Selain itu, beberapa konsep dan nilai seperti Budaya
Kerja Cemerlang, Kumpulan Meningkat Mutu Kerja, Perancangan Strategik, Integriti, Kepuasan Kerja
dan Penyelesaian Konflik dalam Organisasi juga disentuh. Buku ini bukan sekadar menghuraikan
persoalan"mengapa" nilai dalam perkhidmatan, tetapi membuka kefahaman dengan melontarkan
perbahasan prelimanari tentang apa sebenarnya nilai dan etika dari perspektif moden dan Islam.
Huraian ini adalah asas kepada suatu kefahaman yang akan membentuk keperibadian dan prinsip
kerja serta mampu mengubah pemikiran seseorang penjawat awam. Apatah lagi apabila melihat
persoalan "apa" itu dari sudut keperluan pembangunan insan ke arah pengukuhan keimanan dan
ketakwaan. Penulis buku ini, Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Ismail al-Qudsy, pensyarah di Jabatan
Siyasah Syar'iyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya telah berjaya menampilkan buku ini
dalam bentuk informatif dan bersifat penyelesaian masalah. Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan
ilmiah dan rujukan kepada seluruh entiti pentadbiran kerajaan, korporat dan swasta serta penuntut
di institusi pengajian tinggi dan sebagai bacaan umum.

Disediakan oleh : Tarikh :

..................................... ..........................

(Saiful Sallehuddin bin Mohamad)

Disahkan oleh : Tarikh :

................................................ . ..........................

( )
RINGKASAN BUKU

Tajuk Buku: Psikologi Ketenangan Hati- Edisi Kedua


Nama Pengarang: Hairunnaja Najmuddin
Penerbit : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
Jumlah halaman : 222 m/s

Sinopsis:
Penulis menyentuh tentang kebahagiaan hidup memerlukan fikiran yang lapang, hati yang tenang
dan jiwa yang tenteram.. Kegelisahan yang berterusan boleh menjadi penyakit jiwa yang berbahaya .
salah satunya ialah penyakit Neurosis yang menjadi penyebab kepada pelbagai penyakit saraf dan
psikosomatik yang serius. Neurosis menyebabkan ramai orang menderita dan menjejaskan
keharmonian hidup. Kegelisahan perlu ditangani oleh setiap orang yang menghadapinya supaya
dapat menikmati hidup dengan tenang dan positif. Manusia memerlukan fikiran yang lapang , hati
yang tenang dan jiwa yang tenteram. Dalam buku ini, dinyatakan bahawa ketenangan jiwa tidak
mempunyai perkaitan positif dengan kemakmuran material. Di hospital-hospital negara maju katil
dalam wad-wad bersalin semakin turun. Pada waktu yang sama, jumlah katil di wad-wad pesakit jiwa
wanita semakin meningkat. Peningkatan juga berlaku dengan besarnya pada statistik penjualan
pelbagai ubat-ubatan yang berfungsi menenangkan keresahan dan perasaan gundah-gulana di mana
kebanyakan pengguna ubat-ubatan itu adalah wanita. Jumlah wanita yang terlibat dengan masalah
penagihan arak juga semakin meningkat. Pakar-pakar psikologi Barat mengemukakan pelbagai teori
bagi menerangkan punca-punca yang menyebabkan hati dan jiwa manusia diserang neurosis. Mereka
juga mencipta pelbagai kaedah bagi merawat kegelisahan jiwa, termasuklah penggunaan ubat-
ubatan yang boleh menyebabkan ketagihan. Dalam buku ini dinyatakan secara jelas, Islam adalah
agama yang paling sempurna dimana dalam Islam terdapat jawapan bagi pencegahan dan
perawatan segala penyakit dan kegelisahan jiwa. Buku ini menerangkan pendekatan Islam yang
dapat digunakan oleh para kaunselor yang berhadapan dengan klien yang menghadapi masalah jiwa
gelisah.

Disediakan oleh : Tarikh :

..................................... ..........................

(Saiful Sallehuddin bin Mohamad)

Disahkan oleh : Tarikh :

................................................ . ..........................
( )

RINGKASAN BUKU
Tajuk: Hidup Kaya Tanpa Riba
Pengarang : Mohd Nahar Mohd Arshad
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Jumlah Halaman: 224 m/s

Buku yang mengungkap persoalan membina kekayaan menurut perspektif Islam dalam konteks kita
yang hidup dan mendepani cabaran abad ke-21. Buku ini juga menghuraikan konsep-konsep seperti
kaya, rezeki, zuhud dan kepentingan mengingati mati sebagai dorongan motivasi buat pembacanya
mengejar kekayaan dunia tanpa mengabaikan kejayaan di akhirat. Penulis menerangkan apakah
yang dimaksudkan dengan pengurusan kekayaan dan kewangan peribadi daripada perspektif Islam
dan bagaimanakah perkara ini berbeza dengan pengurusan kekayaan dan kewangan peribadi
konvensional? Sebagai umat Islam yang prihatin kita seharusnya melengkapkan diri dengan ilmu
pengurusan kekayaan dan kewangan peribadi secara Islam. Buku ini member panduan untuk kita
merungkai asas kefahaman asas dalam hal pengurusan kekayaan dan kewangan peribadi daripada
kaca mata Islam merangkumi beberapa persoalan pokok dan strategi-strategi asas berkaitan dengan
tajuk ini.Ilmu berkaitan dengan pengurusan kekayaan dan kewangan peribadi adalah penting untuk
semua. Malangnya, pendedahan berkenaan dengan kemahiran ini kurang ditekankan. Ataupun dapat
dikatakan ia tidak diajar secara formal dalam sistem pendidikan kita. Akibatnya, ramai yang menjadi
hamba kepada wang dan harta kekayaan dunia. Pada penilaian saya buku ini dapat memberi
panduan kepada kita untuk menguruskan kewangan atau harta mengikut landasan agama. Buku ini
juga mampu menyedarkan masyarakat dalam soal pengurusan kekayaan dan kewangan peribadi
secara Islam. Ini penting dalam usaha kita meningkatkan lagi kedudukan ekonomi ummah. Pada
masa yang sama, kita mencapainya selaras dengan kehendak syariat Islam.

Disediakan oleh : Tarikh :

..................................... ..........................

(Saiful Sallehuddin bin Mohamad)

Disahkan oleh : Tarikh :

................................................ . ..........................
( )

Вам также может понравиться