You are on page 1of 2

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA dan INDONESIA

Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan


formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pe1ajar-pelajar. Corak
pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran,
tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan
diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang
pertanian, perikanan dan perburuan. Pada peringkat lebih teratur terdapat satu sistem
pendidikan agama yang disebut 'sekolah pondok ' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh
ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan
tinggal di pondok yang di bina di sekelilingnya. Peringkat kedua dalam perkembangan
sistem pendidikan di Tanah melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris (1824-
1957). Pada peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan,
dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah
yang konkrit atau Dasar pendidikan Kebangsaan. Pentadbiran pendidikan di Tanah
melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu "pecah dan perintah” serta dasar
terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan vernacular. Matlamat utama sistem
pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi pendidikan kepada segolongan
rakyat bagimembolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.
Dengan itu, Inggeris mula memberi tumpuan besar kepada pelajaran Inggeris 1816.
Walau bagaimanapun perhatian kepada pelajar melayu hanya sekadar melepas ditangga
sahaja, iaitu menunaikan kewajipan kepada anak watan sesuai dengan perjanjian Inggeris
dengan pembesar - pembesar tempatan. Pendidikan pada peringkat ini telah berjalan
secara ad hoc tanpa dibendung oleh satu garis panduan atau batasan-batasan yang
konkrit. Ini adalah kerana pemerintah Inggeris tidak menggangap pendidikan sebagai satu
pelaburan di 'periphery'nya untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyatnya bagi
mencapai kemajuan. Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar
kebajikan benevolen (benovelent welfare policy). Oleh itu objektif pemerintahan Inggeris
adalah bukan hendak mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar
menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien sahaja.Tegasnya,
pendidikan pada zaman ini berkembang secara sewenang-wenangnya tanpa satu dasar
yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur kebangsaan di kalangan rakyat.
Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural (plural educatin
al system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk Terdapat lima aliran
bahasa iaitu bahasa Cina, Melayu, Arab dan Tamil. Sistem pendidikan plural ini tidak
dapat menyemai serta memupuk semangat Kebangsaan dikalangan penduduk yang
berbilang kaum. Orientasi pendidikan yang Sumbang ini telah menekan dan mengekalkan
tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka.
Sedangkan pendidikan di Indonesia adalah