Вы находитесь на странице: 1из 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN

NIRWANA
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA
PROGRAM NUZUL QURAN

TEMPAT:
SK TAMAN NIRWANA AMPANG

TARIKH :
3 SEPTEMBER 2010 (HARI JUMAAT)

ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

DENGAN KERJASAMA
UNIT KURIKULUM SK
KERTAS TAMAN NIRWANA
KERJA
PROGRAM NUZUL QURAN

ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

DENGAN KERJASAMA
UNIT KURIKULUM SK TAMAN NIRWANA
SK TAMAN NIRWANA Program Nuzul Quran

PENDAHULUAN

“Permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya di jauhkan


api neraka”

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang istimewa buat umat Islam. Bahkan, ia adalah bulan
yang dinanti-nantikan oleh orang-orang mukmin, datangnya dinantikan, perginya ditangisi oleh para
sahabat dan mukminin.Seperti yang kita ketahui, dalam bulan Ramadhan kita, umat Islam diwajibkan
berpuasa, ia amatlah berbeza dengan bulan Islam yang lain. Selain itu, pelbagai peristiwa penting
berlaku dalam bulan ini antaranya, Perang Badar Kubra dan Nuzul Quran. Disamping itu, ia mempunyai
pelbagai kelebihan serta keistimewaan seperti dikurniakan malam Lailatul Qadar, pahala dilipatgandakan,
solat terawih dan tadarus Al-Quran.
Sehubungan itu, pihak Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Kurikulum
Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana telah merangka program pentarbiyahan sempena bulan
Ramadhan Al-Mubarak ini dengan menganjurkan Program Nuzul Quran.
Bulan Ramadhan yang datang setiap tahun yang merupakan bulan yang diwajibkan kepada
semua muslimin dan muslimat untuk mengerjakan ibadah puasa. Selain itu, kita digalakkan untuk
memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti bersedekah, membaca al-Quran dan lain-lain lagi.
Justeru itu, suatu program yang berterusan adalah penting ke arah melahirkan murid-murid yang
cemerlang dari segi rohani dan jasmani.
Program ini juga adalah merupakan kesinambungan daripada Program Ihya’ Ramadhan serta
kemuncak kepada Majlis Khatam Al-Quran. Justeru itu, Program ini juga adalah merupakan medan
pengayaan untuk murid hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam yang
menganjurkan beberapa aktiviti ke arah pengukuhan dalam mengaplikasikan apa yang telah dipelajari
untuk direalisasikan di dalam program ini seperti yang terkandung dalam bidang Tilawah Al-Quran.
Disamping itu program ini juga bermatlamat dalam membina satu golongan murid-murid yang
beriman, berpengetahuan, bersahsiah mulia, berdaya tahan, berkemahiran menguruskan diri, masa,
masalah dan berkemampuan menghadapi cabaran mendatang dengan tabah dan jaya.
SK TAMAN NIRWANA Program Nuzul Quran

OBJEKTIF

1. Menilai tahap kefahaman, pengetahuan dan penguasaan murid-murid dalam subjek


Pendidikan Islam yang telah dipelajari khususnya Tilawah Al-Quran.

2. Meningkat dan memantapkan lagi amalan-amalan fardu ain dikalangan murid-murid.

3. Meningkatkan kesedaran murid-murid terhadap budaya beramal ibadat di bulan Ramadhan


al-Mubarak.

4. Memberi peluang dan pengalaman kepada murid-murid dalam menyertai beberapa aktiviti
yang dianjurkan di samping berinteraksi sesama mereka dan persekitaran sebagai panduan
hidup mereka.

5. Memberikan pengalaman yang berguna kepada para pelajar suasana majlis dibulan
ramadhan.

6. Meraikan kedatangan bulan ramadhan yang mana disyariatkan berpuasa bagi seluruh umat
Islam.

KUMPULAN SASARAN

 Majlis Nuzul Quran

Semua murid SK Taman Nirwana sesi pagi dan petang.


Tahun 4, 5 dan murid-murid Tahap Satu (Tahun 1, 2 dan 3)

KETETAPAN DAN PELAKSANAAN

 Majlis Nuzul Quran

Hari : Jumaat
Tarikh : 3 September 2010 bersamaan dengan 24 Ramadhan 1431
Tempat : Dewan serbaguna, SK Taman Nirwana
Penceramah : En. Abdullah b Hussain
Pengerusi Badan Kebajikan Guru & Kakitangan (BKGKT)
SK Taman Nirwana

TENTATIF

Sila lihat lampiran

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM


SK TAMAN NIRWANA Program Nuzul Quran

Pengerusi : Pn. Shahar Fadzilah bt Mohamad Daud


Guru Besar, SK Taman Nirwana

Naib Pengerusi : Pn. Che Pah bt Omar


GPK Kurikulum

Naib Pengerusi 2 : Pn. Norisan bt Ali


GPK Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi 3 : Pn. Hajjah Meloh @ Melor bt Othman


GPK Ko-Kurikulum

Naib Pengerusi 4 : Pn. Saharah bt Janor


Penyelia Petang

Pengarah Program : En. Dzulhasnan b Zulkerperi

Tim. Pengarah Program : En. Suhaizu b Sulaiman

Tim. Pengarah Program 2 : En. Abdullah b Hussain

Bendahari : Pn. Norhafizah bt Abd Wahab

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi Majlis : Pn. Zalini bt Mohamed

Bacaan Doa : En. Mohd Zuki b Mat Zin

Persiapan Dewan & Pentas : Pn. Nurhasholawati bt Muhammed (K)


Pn. Azwin bt Tengkawang (PK)

En. Mursyinul Syukri b Mohamed


Pn. Nurul Aini bt Ghazali
En. Muhammad Ibni Arabi b Ab Rahim

P/A Sistem : En. Wan Rohimi b Wan Jusoh (K)


En. Razif b Ismail
En. Mohd Zahari b Ismail
En. Mohd Imran b Mohd isa

Disiplin : En. Zulfadli b Othman (K)


En. Mohd Muhaimin b Abdullah
Semua Penyelaras Tahun

Buku Program : En. Azaharuddin b Mohamed @ Abd Aziz


Cik Siti Hajar bt Rahman

Juru Gambar : En. Ahmad Zamri b Isa


En. Muhamad Azrul b Mohd Sidik
SK TAMAN NIRWANA Program Nuzul Quran

PENUTUP

Program ini diharapkan dapat mencapai objektif seperti yang telah dinyatakan selain memberi
peluang kepada pelajar untuk membina dan memupuk integrasi sesama mereka dalam usaha
membentuk generasi alaf baru yang berkemahiran membina, berakhlak mulia dan cintakan agama
melebihi segalanya demi mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang harmonis dan berbudi pekerti
mulia. Kejayaan program ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak. Demikian juga, sokongan
dan bantuan dari semua pihak akan secara langsung turut menyumbang kepada kejayaan itu. Dipohon
agar apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

DISEDIAKAN OLEH MELALUI

……………………………… ………………………………
(EN. DZULHASNAN BIN ZULKERPERI) (EN. SUHAIZU BIN SULAIMAN)
PEN. PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SK TAMAN NIRWANA SK TAMAN NIRWANA

DISEMAK OLEH

………………………………
(PN. CHE PAH BT OMAR)
GPK KURIKULUM
SK TAMAN NIRWANA

DISAHKAN OLEH

………………………………
(PN. SHAHAR FADZILAH BT MOHAMAD DAUD)
GURU BESAR
SK TAMAN NIRWANA
SK TAMAN NIRWANA Program Nuzul Quran

LAMPIRAN

TENTATIF PROGRAM

Majlis Sambutan Nuzul Quran

7.30 pagi - Murid-murid Tahap Dua (Tahun 4 & 5)


P & P berjalan seperti biasa di dalam kelas masing-masing.

Murid-murid Tahap Satu (Tahun 1, 2 dan 3)


P & P sempena sambutan Nuzul Quran bertempat di dewan terbuka.

- Bacaan Surah-Surah Lazim


- Hafazan Surah-Surah Lazim
- Bidang Tulisan Jawi

10.00 pagi - Rehat

10.30 pagi - Murid dan guru berkumpul di Dataran Nirwana,


SK Taman Nirwana

Ucapan Aluan Pengerusi Majlis


Oleh: Pn. Zalini bt Mohamed

Bacaan Doa
Oleh: En. Mohd Zuki b Mat Zin

Ceramah Perdana
Oleh penceramah jemputan

Majlis bersurai

Вам также может понравиться