Вы находитесь на странице: 1из 18

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam

pembelajaran secara terancang, berfikrah, tersusun dan bersesuaian berupaya


meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.
Penggunaan ICT ini membolehkan pembelajaran kendiri dan meningkatkan
motivasi serta memberi peluang yang sama terhadap semua pelajar yang
mempunyai pelbagai keupayaan. Ini menjelaskan kepentingan penggunaan
komputer, internet dan perisian produktif untuk tujuan penyelidikan,
pengumpulan maklumat dan berkomunikasi perlu digalakkan terutama di
kalangan guru (Hizral Tazzrif Hashim, 2002) .

Teknologi telekomunikasi dan multimedia pada masa kini digunakan


secara global dan revolusi ini telah meresap ke semua sektor dalam kehidupan
masyarakat. Untuk mengharungi cabaran ini serta mencapai matlamat
Lebuhraya Multimedia (MSC) dan Wawasan 2020, inisiatif untuk
mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah tepat pada
masanya. Dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi dan
komunikasi. Dalam konteks pengajaran pula ICT digunakan sebagai tutor dan
alat demonstrasi.

Melalui integrasi ICT beberapa perubahan dan pendekatan proses


pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus
daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar.
Dalam hal ini pelajar menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran yang
berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada
teori konstruktivisme. Bill Gates (1999), dalam bukunya Business @ The Speed
of Thought yang menyatakan komputer peribadi dapat mengubah kaedah
pembelajaran tradisional yang memerlukan guru memberi arahan kepada
pendekatan ‘hands on’ dan menggunakan sepenuhnya sifat inkuiri yang ada
dalam diri pelajar. Komputer peribadi membolehkan mereka meneroka maklumat
mengikut kapasiti masing-masing.

1
Pengenalan kepada ICT telah membawa kepada sikap yang positif di
kalangan pelajar. Ini kerana ICT menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti
pembelajaran berbanding dengan kaedah tradisional . Melalui penggunaan
internet pelajar boleh menimba ilmu pengetahuan serta contoh-contoh yang
praktikal. Kemudahan hipermedia dan multimedia telah memudahkan
pendekatan dan kaedah belajar yang tidak mungkin dapat dilaksanakan
sekiranya menggunakan kaedah tradisional. ICT menyediakan kaedah dengan
memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif selain
daripada menerima ilmu secara sehala sahaja.

Satu kajian ( Bahrudin, Mohamad Bilal & Muhammad Kasim 2001),


menunjukkan bahawa ICT dapat membantu mengatasi kelemahan pendidikan
sains yang diajar secara tradisional serta penglibatan guru dalam penggunaan
komputer secara lebih produktif. Guru harus mengintegrasi kemahiran teknologi
dan peluang pembelajaran secara konstruktivis untuk melihat keberkesanan
penggunaan teknologi.

Peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang


baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Namun begitu kehadiran
ICT sahaja tidak dapat membantu proses transformasi ini. Perkara yang penting
dalam integrasi ICT ialah setiap strategi itu harus menjurus kepada keperluan
P&P dan sebagai satu cara untuk guru dan pelajar menyelesaikan masalah
semasa proses pembelajaran serta memperolehi hasil yang bertepatan dengan
isi kandungan.

Dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu
dan mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan
internet, bahan-bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada.
Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan
bahan visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu
mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep.

2
Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas
kepada guru dan juga murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau
rujukan serta penyelidikan. Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan
sama ada portal tempatan atau luar, guru dan murid dapat memanafaatkan
sebaik mungkin. Portal pendidikan dapat memberi kefahaman yang lebih kepada
murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran contohnya dalam eksperimen sains,
guru hanya menunjukkan satu-satu eksperimen sekali sahaja tetapi melalui
portal pendidikan mereka boleh berulang kali mencubanya. Tambahan pula
setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini dan murid mendapat banyak
bahan baru berbanding dengan buku teks yang diperbaharui lima tahun sekali.
(Zalina Yahaya, 2001).

Melalui penggunaan komunikasi elektronik (e mail), net meeting, chat


room dan sebagainya guru dan murid dapat bertukar-tukar idea sesama sendiri
atau dengan guru dan pelajar dari sekolah yang lain. Pertukaran maklumat
dengan sekolah dari luar negara akan lebih digalakkan memandangkan faedah
dari segi meningkatkan komunikasi guru dan murid disamping mendapat ilmu
baru mengenai kebudayaan dan negara masing-masing.

Melalui penggunaan ICT pelajar dapat menguasai pelbagai kemahiran


manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan
pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan
penguasaan dalam teknologi akan melahirkan pelajar yang lebih bersedia dan
yakin untuk memasuki alam pekerjaan.

Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua


mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. Guru boleh mengambil
peluang daripada keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran kolaboratif di
dalam kelas. Kaedah ini digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada
lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam
pelbagai bentuk elemen multimedia seperti teks, grafik, audio video dan animasi.

3
ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan
serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru,
pelajar dan semua pihak.

4
Mata palajaran : Pendidikan Islam
Kelas : 1 Mawar
Tarikh : 3 September 2007
Masa : 11.15 – 12.15 ( 60 minit )
Bilangan murid : 25 orang
Bidang : Asuhan tilawah Al-Quran
Tajuk : Membunyikan huruf tunggal yang berbaris satu.
Kemahiran : Menyebut, membezakan huruf dan bunyi dan menulis
Pengetahuan sedia ada : Murid-murid telah mempelajari huruf jawi tunggal
pada sesi pembelajaran yang lepas.
Kaedah : Latih tubi
Gabungjalin : Bahasa Melayu = Ja, Aa dan Ma
Penerapan ilmu : Bahasa Arab
Penerapan nilai : Perihatin, hormat, kerjasama dan rajin.
Bahan bantu mengajar : - Gambar
- Kad Huruf
- Buku Iqra’
Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat :
Aras 1 : Pada akhir pembelajaran murid dapat membunyikan huruf hijaiyah/jawi
tunggal ( ‫ث َج َح َخ َد َذ‬
َ ‫ت‬ َ َ‫ا‬... ) berbaris satu di atas dengan betul.
َ ‫ب‬
Aras 2 : Pada akhir pembelajaran murid dapat membezakan huruf jawi tunggal
َ ‫ت َذ‬
( (‫ث‬ َ ‫ َج َد َخ‬...dari segi bentuk ,susunan dan bunyi bacaan.
َ ‫ب َح‬
Aras 3 : Pada akhir pembelajaran murid dapat menulis huruf jawi tunggal
(‫ ا ب ت ث ج ح خ د ذ‬... ) mengikut arah yang betul.

5
Langkah Isi Pembelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan
Pembelajaran

Pendahuluan Bacaan doa* - Guru dan murid membaca Lampiran 1


( 1minit ) doa bersama-sama sebelum
memulakan penbelajaran

- Gambar jam* - Guru menayangkan gambar Lampiran 2


jam, anak dan makan kepada - Bahan bantu
semua. mengajar :
- Gambar anak* - Guru mengaitkan tajuk Gambar jam,
pelajaran dengan gambar anak dan
Set induksi jam, anak dan makan yang makan.
( 5 minit ) - Gambar makan* ditayangkan.
- Soalan
Apakah huruf yang terletak di
- Kaitan pangkal awal ejaan jam, anak dan
huruf dalam ejaan makan.
jawi
- Kad huruf * - Guru memperkenalkan Lampiran 3
( ‫ت ث ج ح خ د ذ‬,‫ب‬,‫)ا‬ huruf kepada semua - Bahan bantu
- Persamaan antara murid tanpa menyebut mengajar
*huruf - Guru bersoal jawab dengan - Kad huruf
Langkah 1 (‫ث‬,‫ت‬,‫) ج ح خ د ذ ب‬ murid perbezaan dari segi (‫اب ت ث ج ح خ د‬
(7 minit ) - Perbezaan antara bunyi sebutan dan bentuk ‫) ذ‬
huruf (‫ ا ب ت ث ج ح خ د‬huruf. KBKK :
‫* ) ذ‬dari segi sebutan - Guru bersoal jawab dengan Membanding
dan bentuk murid persamaan dari segi beza
bentuk huruf. Menyusun atur
- Bahan bantu

6
- Kad huruf *(‫ا ب ت ث‬ - Guru menyebut huruf dan mengajar
Langkah 2 ‫)جحخدذ‬ diikuti oleh murid secara Kad huruf
( 8 minit ) - Latih tubi kelas , kumpulan dan
membunyikan huruf* individu.
َ ‫ت‬
( ‫ث َج َح َخ‬ َ َ‫ا‬... )
َ ‫ب‬ - Guru meminta murid-murid
mengambil kad huruf yang
telah diselerakkan di atas
meja berdasarkan huruf yang
disebutkan oleh guru.
- Guru meminta setiap orang
murid membaca kad yang
telah diselerakkan di atas
meja.

- Membaca buku - Guru mengedarkan -Bahan bantu


Iqra’ jilid satu , muka lembaran kerja untuk semua mengajar
surat , 12, 10, 9, 8, murid. - Buku Iqra’
Langkah 3 7, 6, 5 - Guru menerangkan cara ( Lampiran 3 )
( 34 minit ) membuat lembaran kerja dan
- Lembaran kerja* meminta murid menghantar - Lembaran
pada waktu yang ditetapkan. kerja*
- Murid turus membantu ( Lampiran 4 )
murid-murid yang lemah.
- Tasmik bacaan kepada guru
secara individu secara talaqqi
musyafahah.
- Guru mendengar dan
membetulkan bacaan murid.

- Ulangan - Guru meminta semua murid - Bahan bantu


Penutup - Menyebut bunyi َ ‫ت‬
membunyikan huruf ( ‫ث‬ َ َ‫ا‬
َ ‫ب‬ mengajar
( 5 minit ) َ ‫ت‬
huruf ( ‫ث َج َح َخ‬ َ َ‫ا‬
َ ‫ب‬ ‫) َج َح َخ َد َذ‬ - Kad huruf

7
‫) َد َذ‬ secara beramai-ramai. َ ‫ت‬
‫ث َج َح َخ‬ َ َ‫ا‬
َ ‫ب‬
‫َد َذ‬

8
LAMPIRAN 1
GAMBAR

9
‫ج ‪ +‬م = جم‬

‫‪10‬‬
‫ا ‪ +‬ن ‪+‬ق = اَ َنق‬
‫‪11‬‬
‫م ‪ +‬ا ‪ +‬ك ‪ +‬ن = ماكن‬

‫‪12‬‬
LAMPIRAN 2
BUKU IQRA’

13
LAMPIRAN 3
KAD HURUF

14
‫ب‬ ‫َ‬ ‫اَ‬
‫َ‬
‫ت‬ ‫‪15‬‬
‫َ‬
‫ث‬
‫َح َخ‬
‫َج ذَ‬
‫‪16‬‬
‫َد‬
LAMPIRAN 4
LEMBARAN KERJA

17
18

Вам также может понравиться