Вы находитесь на странице: 1из 38

KANDUNGAN

Hak Cipta Terperlihara

Penafian

Preliminari

BAHAGIAN 1: SOALAN UMUM YANG SERING DITANYA

KETIKA TEMUDUGA

BAHAGIAN 2: SOALAN YANG SERING DITANYA KEPADA GRADUAN


BAHARU (FRESH GRAD)

BAHAGIAN 3: SOALAN YANG BERKAITAN DENGAN KERJA

BAHAGIAN 4: SOALAN-SOALAN PELIK

BAHAGIAN 5: LAIN-LAIN SOALAN YANG SERING DITANYA

Lampiran: Senarai Agensi Pekerjaan Popular di Malaysia


Hak Cipta Terperlihara

[Boleh] mencetak dan mempraktikkan segala teknik yang diajar.

[Boleh] merakam dialog-dialog dibawah untuk kegunaan sendiri.

[Tidak Boleh] menjadikannya bonus bagi produk anda.

[Tidak Boleh] diberikan percuma tanpa ada sebarang perubahan dilakukan.

[Tidak Boleh] mengubah sebarang isi kandungan dengan apa jua cara.

[Tidak Boleh] mengaku ia produk anda sendiri.

[Tidak Boleh] menjualnya di mana sahaja sama ada di laman web, blog, web
lelong atau seumpamanya.

PENAFIAN
Penulis dan penerbit berusaha sedaya upaya memastikan ebook yang diterbit ini mengandungi
maklumat yang tepat dan berautoroti dari segi subjek yang dibincangkan.

Penulis dan penerbit ebook ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundingan,
perakaunan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca.

Setiap teknik, tip, strategi dan maklumat yang terkandung dalam ebook ini mungkin tidak sesuai
dengan setiap individu dan tidak dijamin mampu mendapat hasil yang sama kepada semua pihak
kerana masing-masing mempunyai perbezaan dari segi kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan
apa jua aspek serta faktor kemanusiaan.

Oleh yang demikian, penulis dan penerbit tidak akan bertanggungjawab atas mana-mana liabiliti,
kerugian, kehilangan atau risiko yang ditanggung oleh orang perseorangan atau sebagainya, yang
timbul akibat daripada penggunaan mana-mana kandungan ebook ini sama ada secara langsung
ataupun tidak langsung. Sekiranya nasihat atau bantuan pakar diperlukan, sila dapatkan nasihat dan
khidmat profesional daripada pakar yang berkelayakan.
Preliminari

Assalamualaikum dan salam hormat,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada anda
kerana mendapatkan ebook ini.

Idea untuk menulis ebook ini tercetus ketika berlakunya kegawatan ekonomi pada tahun
2008. Ketika itu, banyak syarikat terpaksa gulung tikar. Pasaran kerja menjadi sangat sempit
dan terhad. Tawaran pekerjaan semakin kurang berbanding permintaan yang semakin
bertambah dari hari ke hari. Akibatnya ramai pekerja telah kehilangan kerja samada pekerja
kontrak atau berjawatan tetap dan sudah berpengalaman. Graduan yang baru menamatkan
pengajian juga tidak terkecuali daripada menerima tempias kegawatan ekonomi ini.

Setelah ekonomi pulih, kelihatan masih ramai lagi graduan yang menganggur.
Syarikat-syarikat pula masih terus mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar dan internet.
Penawaran ada, permintaan ada, namun yang menganggur terus menganggur. Di mana
silapnya? Soalan ini saya ajukan kepada seorang pengurus berjawatan besar di salah sebuah
syarikat telekomunikasi. Jawapan yang beliau berikan sangat mengejutkan. Menurut beliau,
kekosongan jawatan akan sentiasa ada. Cuma syarikat sukar memilih calon yang paling layak.
Ini adalah berdasarkan prestasi calon semasa ditemuduga.

Terdapat ramai calon yang tidak profesioanal dan tidak matang. Ketidakmatangan mereka
terserlah ketika menjawab soalan yang dikemukakan kepada mereka. Tidak kurang juga yang
tidak melakukan persediaan yang secukupnya. Ini mengakibatkan kekosongan jawatan tadi
terus kosong tanpa penyandangnya yang layak.

Oleh yang demikian, tujuan saya menulis ebook ini adalah agar anda dapat mengisi
kekosongan tersebut. Bacalah keseluruhan ebook ini sekurang-kurangnya tiga kali. Fahami
maksud yang tersirat daripada setiap soalan. Berlatih menjawab soalan dengan kawan anda
dan akhir sekali persembahkannya kepada penemuduga. Insya-Allah anda pasti berjaya
memperoleh pekerjaan idaman anda.

Kejayaan anda adalah kegembiraan saya.

Ikhlas,

Hafiz Lidin
BAHAGIAN 1:
Soalan Umum yang sering ditanya ketika sesi temuduga

Soalan-soalan yang saya kumpulkan dalam bahagian ini ialah soalan yang
berkemungkinan besar ditanya dalam mana-mana sesi temuduga. Jadi, sila berikan lebih
perhatian untuk bahagian ini.

1. Tell me about yourself.

2. What did you hear about us?

3. Why do you want to work here?

4. What are your long term goals?

5. What are your short term goals?

6. What do you want to be doing five years from now?

7. How long do you plan on staying with this company?

8. What are your strengths?

9. What are your weaknesses?

10. Why should we hire you?


1. Tell me about yourself.
(Ceritakan kepada saya tentang diri anda.)

TIPS: Soalan ini adalah soalan wajib ditanya dalam mana-mana sesi temuduga. Soalan
ini nampak mudah. Namun, dalam banyak-banyak soalan yang bakal dikemukan kepada
anda, inilah dia soalan yang paling sukar untuk dijawab. Oleh yang demikian saya akan
huraikan jawapan kepada soalan ini dengan lebih mendalam berbanding soalan lain
supaya anda tidak tersilap langkah.

Ketika menjawab soalan ini anda sebenarnya diberi ruang untuk menyatakan sesuatu
yang membolehkan penemuduga mengingati anda berbanding calon-calon lain. Ini
kerana, dalam tempoh kira-kira 20-30 saat sahaja selepas anda bersuara, penemuduga
sudah boleh mengkategorikan anda sebagai “bagus” atau “tak bagus”. Jadi berhati-hati
dan gunakan kesempatan ini dengan baik.

Peruntukkan masa kira-kira 1-2 minit sahaja untuk menjawab soalan ini. Anda hanya
perlu nyatakan apakah yang membuatkan diri anda sebagai calon terbaik untuk jawatan
yang dipohon.

Anda boleh memasukkan perkara-perkara berikut:

1. Nama singkatan anda,

2. Jawatan anda sekarang dan tempat anda kerja,

3. Jawatan anda sebelum ini,

4. Poin-poin penting tentang diri anda yang penemuduga perlu tahu seperti:

· Peribadi dan karektor anda seperti tegas, berani, rajin, sukakan cabaran,
mudah bergaul, tidak suka membuang masa dan sebagainya.

· Kemahiran yang anda miliki,

· Prinsip hidup atau prinsip kerja anda,


· Pencapaian peribadi anda yang boleh menyumbang kepada syarikat.

5. Hobi anda.

Jawapan 1-3 adalah jawapan biasa dari calon-calon biasa. Anda calon luar biasa. Tujuan
anda menghadiri temuduga adalah untuk mendapatkan kerja tersebut dan
menewaskan calon-calon lain. Jadi, tambahkan jawapan yang ke-4 iaitu tentang peribadi
anda, kemahiran yang anda miliki, pencapaian peribadi anda, karektor dan sebagainya.
Jawapan yang ke-4 ini biasanya adalah perkara-perkara yang tidak ditulis dalam resume.
Ini bertujuan untuk menarik perhatian penemuduga dan supaya anda kelihatan berbeza
dengan calon lain.

Jawapan yang ke-5 iaitu hobi, juga agak penting. Hobi menunjukkan yang anda seorang
yang aktif dan bukannya pasif. Majikan mahukan pekerja yang aktif yang menggunakan
masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Secara tidak langsung hal ini
mampu meningkatkan produktiviti seseorang pekerja dan seterusnya syarikat.

Anda boleh nyatakan begini:

i. “My name is [nama anda]”

ii. “I’ve worked for [tempoh – 1,2,3] years as a [jawatan]“

iii. “Currently, I’m a [jawatan] at [nama syarikat]“

iv. “Before that, I was a [jawatan] at [syarikat]“

v. “I love the challenge of my work, especially the major strengths it allows me to


offer, including A, B, and C. [nyatakan kemahiran-kemahiran anda]“.
Jawapan yang dicadangkan:

"My name is Danial. I grew up in Penang and studied


accounting. I worked at an accounting firm for two years. I’m
an easy going person that works well with everyone. I enjoy
being around different types of people and I like to always
challenge myself to improve at everything I do."

“Nama saya Danial. Saya membesar di Pulau Pinang dan saya belajar
perakaunan. Saya bekerja di firma akaun selama dua tahun. Saya seorang
yang mudah mesra yang bekerja dengan baik dengan setiap orang. Saya
seronok berada di samping pelbagai jenis orang dan saya suka mencabar
diri saya untuk meningkatkan diri saya pada setiap perkara yang saya
lakukan.”

"I’m a hard worker and I like to take on a variety of challenges.


I like pets, and in my spare time, I like to relax and read the
newspaper."

“Saya seorang yang kuat bekerja dan saya suka mencabar diri saya dalam
banyak perkara. Saya sukakan haiwan dan pada masa lapang saya suka
berehat dan membaca suratkhabar.”

"I’ve always liked being balanced. When I work, I want to work


hard. And outside of work, I like to engage in my personal
activities such as playing futsal and fishing."

“Saya seorang yang sukakan keseimbangan. Semasa saya bekerja, saya


mahu bekerja keras. Di luar kerja pula, saya suka melibatkan diri dalam
aktiviti seperti bermain futsal dan memancing ikan.”

"I went to the Universiti Kebangsaan Malaysia and majored in


English Literature. I went to graduate school because I really
enjoyed learning. Afterwards, I started my career at ABC as a
web content editor. I’ve been there for 3 years now. Although
my emphasis is in writing, I like numbers. I think solving logic
problems and riddles are quite fun. I also enjoy jogging,
reading, and watching movies."

“Saya belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia dan major dalam


Kesusasteraan Bahasa Inggeris. Saya belajar di universiti kerana saya
sangat suka belajar. Selepas itu, saya memulakan kerjaya saya di syarikat
ABC sebagai penyunting kandungan laman web. Saya bekerja di sana
selama 3 tahun. Walaupun kerja saya lebih kepada penulisan, saya
sukakan nombor. Saya rasa menyelesaikan masalah logik adalah seronok.
Saya juga suka berjoging, membaca dan menonton filem.”

Dibawah ini pula saya menyediakan contoh bagaimana anda boleh menjawab
soalan berdasarkan keperluan individu. Ini kerana, faktor kedua kejayaan
sesuatu temuduga ialah anda perlu menumpukan kepada keperluan dan
kehendak orang-orang yang berada dalam organisasi. Selain itu, pihak yang
menemuduga anda itu adalah seorang manusia dan bukannya robot. Kenalpasti
siapa individu tersebut dan apa yang boleh membuatkannya tertarik dengan
anda.

Jawapan kepada Pengurus Bahagian Sumber Manusia:

"My career has been characterized by my ability to work well


with diverse teams. I seek out opportunities to involve others
in the decision-making process. This collaboration and
communication is what has enabled me to achieve success in
my department. People are the most valuable resource of any
organization."

“Kerjaya saya terbentuk daripada kebolehan saya bekerja dengan baik


dengan pasukan yang pelbagai. Saya mencari peluang untuk melibatkan
orang lain dalam proses membuat keputusan. Kerjasama dan komunikasi
ini membolehkan saya mencapai kejayaan dalam jabatan saya. Manusia
ialah sumber paling bernilai dalam mana-mana organisasi.”
Jawapan kepada Pengurus Bahagian Kewangan:

"I have been successful in my career by making


well-thought-out decisions based on careful analysis of all
factors. I approach problems with logic and sound reasoning. I
would enjoy working with you in developing the appropriate
systems and procedures to make our two departments
function efficiently together."

“Saya mencapai kejayaan dalam kerjaya saya dengan membuat


keputusan yang difikirkan dengan baik berdasarkan analisis yang
berhati-hati terhadap semua faktor. Saya mendekati masalah dengan
logik dan sesuatu yang kelihatan mempunyai sebab. Saya akan seronok
bekerja dengan anda dalam membangunkan sistem dan prosedur yang
sesuai supaya kedua-dua jabatan kita berfungsi dengan efisyen.”

Jawapan kepada Pengurus Bahagian Jualan:

"Throughout my career I have always adhered to the principle


that everyone in the organization must be sales-focused. My
department is always trained in customer service, providing
outstanding support to the sales team and to our customers.
Without sales, the rest of us would not have a job. I look
forward to helping you drive sales in any way possible."

“Sepanjang kerjaya saya, saya selalu setia dengan prinsip yang setiap
orang dalam organisasi perlu memberikan fokus kepada jualan. Dalam
jabatan saya, saya selalu dilatih dalam perkhidmatan pelanggan untuk
menyediakan bantuan terbaik kepada pasukan jualan dan kepada
pelanggan kami. Tanpa jualan, kami semua tak akan ada kerja. Saya tidak
sabar-sabar lagi untuk membantu anda menggerakkan jualan dalam apa
cara sekalipun.”
Jawapan kepada CEO:

"I have achieved success in my career because I have been


focused on the bottom line. I have always sought out
innovative solutions to challenging problems to maximize
profitability. Regardless of the task or challenge, I always
established benchmarks of performance and standards of
excellence. I have never sought to maintain the "status quo."
An organization that does not change and grow will die. I
would enjoy working with you to help define new market
opportunities in order to achieve the organization's goals."

“Saya berjaya mencapai kejayaan dalam kerjaya saya kerana saya


memberikan tumpuan kepada orang bawahan. Saya selalu mencari
sesuatu terutamanya penyelesaian yang inovatif kepada
masalah-masalah yang mencabar untuk memaksimumkan keuntungan.
Tidak kira tugasan atau cabaran, saya selalu membina tanda aras prestasi
dan standard kejayaan (yang perlu dicapai). Saya tidak sekali-kali mencari
sesuatu untuk mengekalkan status quo. Organisasi yang tidak berubah
dan membesar akan mati. Saya akan seronok bekerja dengan anda untuk
membantu menakrifkan peluang-peluang pasaran untuk mencapai
matlamat organisasi.”

Jika anda graduan baharu, anda boleh nyatakan perkara-perkara yang hampir sama.
Cuma ubah beberapa poin yang bersesuaian dengan status anda sebagai graduan
baharu. Anda boleh nyatakan perkara-perkara berikut;

· Nama singkatan anda

· Tempat anda belajar dan jurusan yang anda ambil

· Poin-poin penting tentang diri anda

· Pencapaian peribadi

· Bagaimana anda boleh menyumbang kepada syarikat. Jangan nyatakan yang anda
ingin menimba pengalaman. Ini kerana syarikat inginkan individu yang boleh
bekerja dan memberi sumbangan kepada syarikat bukan individu yang mencari
pengalaman.

Anda boleh nyatakan begini:

“My name is Zairul. I went to the Universiti Malaya and majored in


Business Management. I was graduated on Septemper 2010.
Eventhough I don’t have any related working experience, I’m a fast
learner. I believe your company will provide neccessary training for
new staff. So, I’m willing to learn as much as possible to be the best
worker for your company and help you acheive your goals. Time is
worth for me. In whatever task I do, I’ll try to give 100% my best and
I didn’t like to waste my time doing unneccessary things like
smoking, sms, etc. My hobbies include football, reading, and
hiking."

"Nama saya Zairul. Saya belajar di Universiti Malaya dan major dalam
Pengurusan Perniagaan. Saya menamatkan pengajian pada bulan September
2010. Walaupun saya tidak mempunyai pengalaman yang berkaitan, saya
seorang yang cepat belajar. Saya percaya syarikat anda akan menyediakan
latihan secukupnya kepada pekerja baharu. Jadi, saya bersedia untuk belajar
sebanyak mungkin untuk menjadi pekerja terbaik kepada syarikat anda. Dalam
apa juga kerja yang saya lakukan, saya akan cuba berikan 100% terbaik dan saya
tidak suka membuang masa melakukan kerja yang tidak sepatutnya seperti
merokok, bersms dan sebagainya. Hobi saya ialah bermain bola sepak,
membaca dan mendaki."

Frasa fast-learner amat penting digunakan bagi graduan baharu. Ini kerana, walaupun
anda tiada pengalaman bekerja, namun kebiasaannya, syarikat akan mengadakan
latihan kepada pekerja-pekerja baru yang dikenali sebagai On-Job-Training. Jadi adalah
penting bagi anda untuk jadi orang yang cepat belajar. Dengan kata lain cepat tangkap
apa yang diajarkan oleh mereka. Ini kerana anda hanya diberi masa yang sangat terhad.
Dalam tempoh beberapa bulan, anda perlu belajar banyak perkara yang berkaitan
dengan tugas yang bakal anda lakukan. Itulah sebabnya mengapa anda perlu jadi orang
yang cepat belajar atau fast-learner.
2. What did you hear/know about us?

(Apa yang anda dengar/tahu tentang kami?)

TIPS: “Hendak bekerja dengan kami tapi tidak tahu apa-apa tentang kami?! Oh
sungguh malang sekali.”

Itulah gambaran penemuduga jika anda datang ke bilik temuduga tanpa


mengetahui apa-apa tentang syarikat. Jadi, pastikan anda buat sedikit kajian
tentang syarikat sebelum menghadiri sesuatu temuduga yakni produk-produk
mereka, perkhidmatan yang ditawarkan, cawangan-cawangan yang dimiliki,
anugerah-anugerah yang diraih, nama CEO dan sebagainya. Lebih banyak yang anda
tahu lebih baik. Jika ada perkara-perkara penting dan terkini tentang syarikat, anda
perlu juga ambil tahu.

Setelah menyatakan perkara-perkara tersebut, langkah seterusnya ialah


memberikan puji-pujian kepada syarikat. Ia adalah senjata psikologi yang anda harus
gunakan dan memberi kelebihan kepada anda. Kerana apa? Kerana penemuduga
sangat-sangat sukakan pujian! Dan peluang anda untuk mendapatkan kerja pastinya
lebih cerah.

Jawapan yang dicadangkan:

"I heard that ABC Company is the leader in copy machine


distribution. ABC Company is a global company in 18 different
countries, and finally, it's one of the best companies to work
for."

“Saya dengar syarikat ABC ialah peneraju dalam pengedaran mesin


pencetak. Syarikat ABC ialah syarikat global yang berada di 18 buah
negara dan akhir sekali ia adalah salah satu syarikat yang baik untuk
bekerja.”
"I heard ABC Company has a great work environment and a
place where strong contributors are rewarded. I want to work
for a company with opportunities and I know ABC Company
provides these things."

“Saya dengar Syarikat ABC mempunyai persekitaran kerja yang hebat dan
suatu tempat di mana orang yang banyak menyumbang akan diberi
perghargaan. Saya mahu bekerja dengan syarikat yang ada banyak
peluang dan tahu Syarikat ABC menyediakan perkara-perkara ini.”

"I read on your website that ABC Company provides


accounting services to small and medium size corporations. I
also know ABC Company is the leader in tax services in this
area. That's why I'm excited to have the opportunity to join this
company."

“Saya terbaca dalam laman web anda yang Syarikat ABC menyediakan
perkhidmatan perakauanan kepada syarikat kecil dan sederhana. Saya
juga tahu yang Syarikat ABC ialah peneraju dalam pekhidmatan cukai di
kawasan ini. Itulah sebab mengapa saya sangat teruja untuk mengambil
peluang untuk menyertai syarikat ini.”

"I heard a lot of good things about ABC Company. ABC


Company is a global company in 18 different countries. I know
this company provides financial services to small and medium
size corporations. Specifically, ABC Company focuses on
creating automation for routine financial transactions. Besides
what the company provides, I heard that the office environment
is great and the employees are well taken care of."

“Saya dengar banyak perkara menarik tentang Syarikat ABC. Syarikat ABC
ialah sebuah syarikat global yang berada di 18 buah negara. Saya tahu
syarikat ini menyediakan perkhidmatan kewangan kepada koperasi
bersaiz kecil dan sederhana. Secara spesifiknya, syarikat ini menumpu
kepada penciptaan automasi kepada transaksi kewangan harian. Di
samping apa syarikat sediakan, saya dengar persekitaran pejabatnya
sangat hebat dan pekerjanya sangat diberi perhatian.”
3. Why do you want to work here?

(Kenapa anda mahu bekerja di sini?)

TIPS: Soalan ini hampir-hampir sama dengan soalan sebelum ini. Namun anda perlu
menjawabnya dengan membuat sedikit perbandingan berbanding syarikat lain.
Dalam erti kata lain. “Kenapa anda mahu bekerja di syarikat ini dan kenapa tidak
mahu bekerja di syarikat lain?” Soalan ini sangat penting. Kenapa saya kata penting?
Ini kerana saya pernah ditanya soalan ini ketika ingin memohon kerja sambilan
sebagai penghantar piza di syarikat Pizza Hut!

Oleh yang demikian, cara terbaik menjawab soalan ini ialah dengan mengkaji
tentang syarikat terlebih dahulu. Ambil tahu siapa mereka, apa yang mereka
lakukan dan kenapa anda mahu kerja di sini. Perkara paling buruk anda boleh
lakukan ialah anda tidak tahu langsung tentang syarikat semasa menghadiri
temuduga.

Semasa menjawab soalan ini, jangan berikan jawapan tentang diri anda.
Penemuduga tak mahu ambil tahu jika anda ingin bekerja untuk menyara
kehidupan, meningkatkan kerjaya, mendapatkan banyak wang atau memperoleh
faedah-faedah yang ditawarkan. Mereka hanya ingin tahu apa yang anda akan
lakukan untuk mereka.

Selain itu, anda perlu jujur dan bercakap benar. Penemuduga akan melihat
samada anda memiliki perwatakan sesorang yang boleh berjaya di syarikatnya atau
tidak. Tunjukkan minat anda yang mendalam untuk mendapatkan jawatan tersebut.

Jika anda mahu bekerja di situ kerana anda sukakan syarikat tersebut, nyatakan.
Jika anda mahu bekerja kerana popularitinya, nyatakan. Jika anda mahu bekerja di
situ kerana budaya kerjanya yang tinggi, nyatakan. Jika anda mahu bekerja di situ
kerana ia merupakan syarikat yang hebat, nyatakan. Anda mesti memberikan
puji-pujian kepada syarikat tersebut. Katakan kepada mereka bahawa syarikat itu
mempunyai kualiti yang baik. Juga nyatakan beberapa sebab utama mengapa anda
ingin bekerja di situ.

Jawapan yang dicadangkan:

"Based on the research I've done, ABC is an industry leader.


When I visited your web site, I found some impressive
information about the future projects you have planned. I was
also impressed with the founders' backgrounds and the
current financial statements. This is the company I've been
looking for, I want to be where things are developing,
changing, and growing. And I want to make a meaningful
contribution to that development and growth."

“Berdasarkan kajian yang saya lakukan, syarikat ini adalah peneraju


kepada industri. Apabila saya melawat laman web anda, saya dapati
beberapa maklumat yang menakjubkan tentang projek-projek anda di
masa hadapan yang anda telah rancang. Saya juga teruja dengan latar
belakang pengasas syarikat dan penyata kewangan semasa syarikat anda.
Inilah syarikat yang saya cari. Saya mahu berada pada tempat di mana
banyak perkara berkembang, berubah dan membesar. Saya mahukan
lakukan sumbangan yang bermakna kepada pembangunan dan
pengembangan syarikat.”

“Because, after extensive research, I have found that this


company is best suited to my personal needs and therefore
will allow me to make a greater contribution to your company
than any other.”

“Kerana selepas saya lakukan kajian yang mendalam, saya dapati syarikat
ini sesuai dengan keperluan peribadi saya justeru membolehkan saya
melakukan sumbangan yang besar kepada syarikat anda berbanding
syarikat lain.”
"I enjoy working with the public and want to continue to do so
with a reputable company as I believe yours is. I have viewed
your website and can see this is a company with solid
foundations and excellent values."

“I seronok bekerja dengan orang ramai dan mahu terus melakukannya


dengan syarikat yang ada reputasi yang baik yang saya percaya ia adalah
syarikat anda. Saya telah melawat laman web anda dan apa yang saya
lihat, syarikat ini adalah sebuah syarikat yang mempunyai asas yang
kukuh serta mempunyai nilai-nilai yang hebat.”

“Your company offers a challenging position in which drive,


tact, and problem solving skills are essential.”

“Syarikat anda menawarkan jawatan yang mencabar di mana dorongan,


kebijaksanaan dan kemahiran menyelesaikan masalah sangat diberi
perhatian.”

“I believe that my training, skills, and personality are a very


good match for this position, and I am excited about the
possibility of my working with this company.”

“Saya percaya latihan, kemahiran dan personaliti yang saya ada sangat
baik dan sesuai dengan jawatan ini dan saya teruja dengan kemungkinan
saya bekerja disyarikat ini.”

“I have heard and read about your company and I believe that
I'm a very good fit for the position that we've talked about. I
know that I can be valuable and happy here.”

“Saya dah dengar dan baca tentang syarikat anda dan saya percaya yang
saya adalah orang yang sangat sesuai untuk jawatan yang kita telah
bincangkan. Saya tahu yang saya boleh jadi seorang yang bernilai dan
gembira bekerja di sini.”
“My skill set can make a difference here. My qualifications
seem a perfect fit for this position, and it presents the
challenge and opportunities that I need to be productive and
happy.”

“Kemahiran yang saya ada boleh mencipta kelainan di sini. Kelayakan


yang saya miliki pula saya kira cukup sempurna dan bersesuaian dengan
jawatan ini dan ia menunjukkan cabaran dan peluang yang saya perlukan
untuk menjadi produktif dan gembira.”

4. What are your long term goals?

(Apakah matlamat jangka panjang anda?)

TIPS: Soalan ini ditanya bertujuan untuk melihat sejauhmana anda


bersungguh-sungguh tentang kerjaya anda. Sesetengah orang mungkin tidak tahu
matlamat jangka panjangnya. Sesetengah orang pula mungkin mengimpikan untuk
menjadi kaya, bersara awal dan membuka perniagaan sendiri. Nanti dulu. Jika anda
menghadiri temuduga, simpan matlamat anda ini baik-baik. Jangan sekali-kali
luahkannya di hadapan penemuduga. Ini kerana syarikat hanya mencari pekerja
yang setia, rajin dan menyumbang kepada syarikat. Bukannya pekerja yang akan
meninggalkan syarikat suatu hari nanti. Jadi, untuk menjawab soalan ini, fikirkan
sesuatu yang besar yang mampu menarik minat penemuduga untuk memilih anda.

Jawapan yang dicadangkan:

"I would like to become a director or higher. This might be a


little ambitious, but I know I'm smart, and I'm willing to work
hard."

“Saya mahu jadi pengarah atau mimiliki jawatan yang lebih tinggi.
Mungkin saya kelihatan terlalu bercita-cita besar, tapi saya tahu saya
seorang yang bijak dan sanggup bekerja keras.”
"After a successful career, I would love to write a book on
office efficiency. I think working smart is important and I have
many ideas. So after gaining more experience, I'm going to try
to write a book."

“Selepas saya berjaya dalam kerjaya saya, saya mahu menulis buku
tentang kecekapan pejabat. Saya fikir bekerja secara bijak adalah penting
dan saya mempunyai banyak idea. Jadi selepas memperoleh lebih banyak
pengalaman, saya akan cuba menulis sebuah buku.”

"I've always loved to teach. I like to grow newer employees and


help co-workers where ever I can. So in the future, I would love
to be an instructor."

“Saya sentiasa suka mengajar. Saya suka mengembangkan (potensi)


pekerja-pekerja baru dan saya juga suka membantu rakan sekerja
seboleh mungkin. Jadi, di masa hadapan, saya berminat untuk menjadi
seorang pengajar.”

"I want to become a valued employee of a company. I want to


make a difference and I'm willing to work hard to achieve this
goal. I don't want a regular career, I want a special career that I
can be proud of."

“Saya mahu jadi pekerja yang bernilai kepada syarikat. Saya mahu
lakukan kelainan dan saya bersedia untuk bekerja keras untuk mencapai
matlamat ini. Saya tidak mahukan kerjaya yang biasa, saya mahukan
kerjaya yang istimewa yang saya boleh berbangga dengannya.”

"My long term goal is to become a partner for a consulting


firm. I know the hard work involved in achieving this goal, and I
know that many people fail to become a partner. That's not
going to stop me from working hard, learning everything I can,
and contributing to a company where I'll become a valuable
asset. I know it's not a guarantee, but becoming a partner is a
long term goal of mine, and I going to work towards this goal
throughout my career."

“Matlamat jangka panjang saya ialah menjadi rakan kongsi sebuah firma
perunding. Saya tahu saya perlu bekerja keras dalam mencapai matlamat
ini dan saya tahu ramai orang yang gagal menjadi rakan kongsi. Ia tidak
menghalang saya untuk bekerja keras, belajar apa sahaja yang boleh dan
menyumbang kepada syarikat di mana saya akan jadi aset yang bernilai
kepada syarikat. Saya tahu ia bukan jaminan, tapi menjadi rakan kongsi
adalah matlamat jangka panjang saya dan saya akan bekerja kearah
mencapai matlamat ini sepanjang kerjaya saya.”

Contoh terakhir menunjukkan anda mempunyai matlamat yang besar. Dengan


menjawab sebegini, anda telah mengenalpasti halangan-halangan untuk mencapai
matlamat ini dan langkah-langkah yang diperlukan untuk mencapainya. Walaupun
nampak sukar, namun jawapan anda menunjukkan anda tidak akan mengalah
sebelum berjuang.

5. What are your short term goals?

(Apakah matlamat jangka pendek anda?)

TIPS: Soalan ini secara bergantung kepada dimana anda dalam kerjaya anda.
Seseorang yang ada pengalaman lima tahun berbeza matlamat jangka pendeknya
dengan orang yang tiada pengalaman.

Jawapan yang dicadangkan:

"My short term goal is to find a position where I can use the
knowledge and strengths that I have. I want to partake in the
growth and success of the company I work for."
“Matlamat jangka pendek saya ialah mencari jawatan di mana saya boleh
gunakan ilmu dan kekuatan yang saya miliki. Saya mahu mengambil
bahagian dalam perkembangan dan kejayaan syarikat tempat saya
bekerja.”

"I've learned the basics of marketing during my first two years.


I want to take the next step by taking on challenging projects.
My short term goal is to grow as a marketing analyst."

“Saya dah belajar asas pemasaran sepanjang dua tahun pertama saya.
Saya mahu mengambil langkah seterusnya dengan menjalankan tugas
dalam projek-projek yang mencabar. Matlamat jangka pendek saya ialah
untuk berkembang menjadi penganalisis pemasaran.”

"As a program manager, it's important to understand all areas


of the project. Although I have the technical abilities to be
successful in my job, I want to learn different software
applications that might help in work efficiency."

“Sebagai pengurus program, adalah penting untuk memahami


keseluruhan projek. Walaupun saya ada kemampuan teknikal untuk
berjaya dalam kerja saya, saya mahu belajar aplikasi perisian yang
berbeza-beza yang mungkin boleh membantu dalam kerja yang efisien.”

"My goal is to always perform at an exceptional level. But a


short term goal I have set for myself is to implement a process
that increases work efficiency."

“Matlamat saya ialah untuk sentiasa memberikan yang terbaik pada


tahap yang istimewa/luar biasa. Tetapi matlamat jangka pendek yang
saya telah tetapkan untuk diri saya ialah untuk menterjemahkan suatu
proses yang boleh meningkatkan kerja yang efisien.”
"My short term goal is to learn everything I can about
marketing. I want to find a position where I can contribute what
I've learned through education and to gain real life experience.
I believe the next couple of years will be very important to me
and my immediate goal is to learn and become skilled in all
aspects of marketing."

“Matlamat jangka pendek saya ialah belajar apa sahaja tentang


pemasaran. Saya mahu cari jawatan dimana saya boleh menyumbang apa
yang saya telah belajar melalui pendidikan dan untuk mendapatkan
pengalaman sebenar. Saya percaya beberapa tahun lagi akan menadi
penting bagi saya dan matlamat serta merta saya ialah belajar dan
menjadi mahir dalam semua aspek pemasaran.”

"My short term goal is to get into a management position. The


last five years of my career, I've concentrated on learning and
acquiring all the skills needed to perform excellent work.
Recently, I've taken more responsibilities in management
because I eventually want to become a sales manager. I'm
excited about the last few assignments I completed because it
involved working with vendors and partners while managing a
small group of workers. So I hope to be in a management
position within a year or two and I feel I'm doing a diligent job
by volunteering for extra work to gain more experience."

“Matlamat jangka pendek saya ialah melibatkan diri dalam jawatan


pengurusan. Lima tahun terakhir dalam kerjaya saya, saya telah
menumpukan diri saya mempelajari dan memperoleh kesemua
kemahiran yang diperlukan untuk melakukan kerja dengan cemerlang.
Baru-baru ini, saya telah mengambil tanggungjawab dal m pengurusan
kerana saya ingin jadi pengurus jualan. Saya teruja dengan beberapa
tugasan terakhir yang saya sudahkan kerana ia melibatkan pembekal dan
rakan kongsi sementara menguruskan kumpulan kecil pekerja-pekerja.
Jadi saya harap untuk berada dalam bahagian/jawatan pengurusan dalam
satu atau dua tahun lagi dan saya rasa saya melakukan kerja dengan
tekun dengan menawarkan diri untuk kerja tambahan untuk
mendapatkan pengalaman yang lebih.”
Contoh pertama menunjukkan anda seorang yang betul-betul baru habis belajar.
Belajar adalah matlamat jangka pendek yang bagus kerana ia menunjukkan yang anda
akan belajar dengan bersungguh-sungguh dalam kerjaya anda. Contoh kedua adalah
lebih terperinci kerana anda seorang yang berpengalaman. Sesiapa sahaja boleh cakap
yang mereka inginkan jawatan dalam pengurusan, tapi anda dah mengambil langkah
kehadapan dengan menunjukkan langkah-langkah yang akan diambil untuk mencapai
matlamat jangka pendek tersebut. Jadi, jawapan anda kelihatan lebih kuat.

6. What do you want to be doing five years from now?

(Apa yang anda nak jadi 5 tahun dari sekarang?)

TIPS: Ini adalah soalan yang lebih kurang sama dengan soalan matlamat jangka
pendek. Tapi anda harus menjawabnya sedikit berbeza iaitu anda perlu fokuskan
jawapan anda kepada matlamat yang anda mampu capai dan langkah-langkah yang
anda ambil untuk mencapai matlamat tersebut. Lihat contoh yang saya berikan.

Jawapan yang dicadangkan:

“Within five years, I would like to become the very best


accountant your company has on staff. I want to work toward
becoming the expert that others rely upon. And in doing so, I
feel I’ll be fully prepared to take on any greater responsibilities
which might be presented in the long term. For example, here
is what I’m presently doing to prepare myself...”

“Dalam tempoh lima tahun, saya mahu jadi akauntan terbaik yang anda
pernah ada. Saya mahu bekerja bekerja kearah menjadi seorang pakar
yang orang lain boleh bergantung harap. Dengan melakukan demikian,
saya rasa saya akan bersedia sepenuhnya untuk mengambil
tanggungjawab yang lebih mencabar yang mungkin boleh
dipersembahkan dalam jangka masa panjang. Sebagai contoh, ini adalah
apa yang saya sedang lakukan untuk menyediakan saya...”

"In five years, I see myself as a valued employee of a


company. I want to be an expert at my position and start
training to be a manager."

“Dalam tempoh lima tahun, saya melihat diri saya sebagai pekerja yang
bernilai kepada syarikat. Saya mahu jadi seorang pakar dalam jawatan
saya dan mula berlatih untuk menjadi seorang pengurus.”

"In five years, I want to be a senior analyst. I want my expertise


to directly impact the company in a positive way."

“Dalam tempoh lima tahun, saya mahu jadi penganalisis senior. Saya
mahu kepakaran saya memberi impak secara langsung kepada syarikat
dengan cara yang positif.”

"My goal is to become a lead in five years. Although not


everyone gets promoted to this level, I believe I can achieve
this goal through hard work."

“Matlamat saya adalah untuk menjadi pemimpin dalam tempoh lima


tahun akan datang. Walaupun tak semua orang dapat naik pangkat ke
tahap ini, saya percaya saya mampu mencapainya jika saya bekerja
keras.”

"Although I really enjoy working hands on as a mechanical


engineer, I want to eventually become a manager. I want to
continue gaining experience, and after learning many different
aspects, I see myself in management."

“Walaupun saya sangat suka bekerja sebagai jurutera mekanikal, pada


akhirnya nanti saya mahu menjadi seorang pengurus. Saya mahu terus
menimba pengalaman dan selepas mempelajari pelbagai aspek, saya
melihat diri saya dalam bahagian pengurusan.”

"Five years from now, I would like to see myself in a


management position. I'm going to be learning and gaining
practical experience until then, but eventually, I want to
become a marketing manager. I know there are a lot of things
to learn, but I'm going to be working hard for the next five
years. I believe opportunities come to great workers and I'm
going to try to be one of them."

“Lima tahun dari sekarang, saya mahu melihat diri saya memegang
jawatan pengurusan. Saya akan belajar dan menimba pengalaman
praktikal sehingga waktu itu namun pada akhirnya nanti saya ingin
menjadi pengurus pemasaran. Saya tahu ada banyak perkara yang perlu
saya pelajari tapi saya akan bekerja keras untuk lima tahun akan datang.
Saya percaya peluang akan datang kepada pekerja yang sangat bagus dan
saya akan cuba menjadi salah seorang daripadanya.”

"Five years from now, I want to be a senior sales manager. I'm


currently training to become a manager, and if I continue to
work hard, I feel I'll have a management position soon. After
gaining several years of experience as a sales manager, I want
to be in a position where I can train and provide my expertise
to newer sales managers."

“Lima tahun dari sekarang saya mahu jadi pengurus pemasaran senior.
Sekarang ini saya sedang berlatih menjadi seorang pengurus dan jika saya
terus bekerja keras, saya rasa saya akan dapat jawatan pengurusan tak
lama lagi. Selepas menimba pengalaman sebagai pengurus jualan, saya
mahu suatu jawatan di mana saya boleh melatih dan mencurahkan
kepakaran saya kepada pengurus-pengurus yang baru.”

"In five years I hope to be working with an employer in a


position, that enables me to utilize my talents and work closely
with my colleagues in solving important problems. I see myself
taking on new and exciting challenges in an enjoyable
environment and hopefully this will be with your company."

“Dalam tempoh lima tahun saya harap saya akan dapat bekerja dengan
majikan dalam satu jawatan yang membolehkan saya menggunakan
bakat yang saya miliki dan bekerja dengan erat sekali dengan rakan
sejawat saya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang penting. Saya
melihat diri saya mengambil cabaran yang hebat dalam persekitaran yang
menyeronokkan dan saya harap ia bersama dengan syarikat anda.”

Kedua-dua jawapan ini menggambarkan ciri-ciri seorang yang bekerja keras.


Contoh kedua juga menyebut yang anda akan melatih pengurus baru. Ini adalah
jawapan yang baik kerana anda menunjukkan kepada ciri-ciri yang ada pada pihak
pengurusan yang lebih tinggi iaitu kemampuan melatih pengurus-pengurus baru.

7. How long do you plan on staying with this company?

(Berapa lama anda nak bekerja di syarikat ini?)

TIPS: Soalan ini biasanya ditanya kepada orang yang selalu berpindah kerja.
Penemuduga tidak mahukan seseorang yang akan meninggalkan syarikat hanya
selepas beberapa bulan bekerja. Proses pengambilan pekerja menelan kos yang
banyak dari segi kewangan dan masa. Jadi mereka pasti menginginkan seseorang
yang ingin bekerja di syarikat untuk suatu tempoh yang lama. Oleh itu saya
cadangkan anda nyatakan yang anda ingin bekerja lama di syarikat yang anda
temuduga.
Jawapan yang dicadangkan:

"To tell you the truth, I have been working and gaining
experience to get into this company. This is where I want to be
and I plan on staying a long time if I'm offered the job."

“Untuk memberitahu anda perkara sebenar, saya telah bekerja dan


menimba pengalaman untuk melibatkan diri di syarikat ini. Di sinilah
tempat saya ingin bekerja dan saya bercadang untuk bekerja dalam
tempoh waktu yang lama jika saya diterima bekerja di sini.”

"The only time I get bored is if there is no work to do. As long


as there's a lot of work, then I'll be happy and stay a long time.
I'm a busy body and I need to do work."

“Satu-satunya masa yang membosankan saya ialah tiada kerja untuk


dilakukan. Selagi ada banyak kerja untuk dilakukan, saya akan seronok
dan kekal untuk suatu masa yang lama. Saya seorang yang sukakan
kesibukan dan saya perlukan kerja untuk dilakukan.”

"This company has everything I'm looking for. It provides the


type of work I love, the employees are all happy, and the
environment is great. I plan on staying a long time."

“Syarikat ini ada segala-galanya yang anda cari. Ia memberikan saya


pekerjaan yang saya suka, pekerja-pekerjanya semua gembira dan
persekitarannya sangat hebat. Saya merancang untuk kekal lama disini.”

"One of my goals is to obtain a position in this company. I


know that once I start working here, it'll be for a long time."

“Salah satu daripada matlamat saya ialah mendapatkan perkerjaan di


syarikat ini. Saya tahu apabila saya mula bekerja disini, ia akan lama.”
“As long as I feel that I’m contributing, and that my
contribution is recognized. I’m looking to make a long term
commitment.”

“Selagi saya rasa saya menyumbang (kepada syarikat) dan sumbangan


saya dihargai. Saya sangat mahu memberikan komitmen jangka panjang.”

"As far as I can tell, this company has everything I'm looking
for. I enjoy this type of work and the benefits at this company
are great. I'm looking for a long term position and if there are
opportunities for advancement and growth here, then I want to
stay for a long time."

“Apa yang boleh saya beritahu, syarikat ini ada segala-galanya yang saya
cari. Saya seronok dengan jenis pekerjaan ini dan faedah-faedah yang
ditawarkan di syarikat ini sangat hebat. Saya mencari sesuatu jawatan
untuk satu jangka masa panjang dan jika ada peluang-peluang untuk
kenaikan pangkat dan pengembangan di sini, saya mahu kekal lama
disini.”

Ini adalah contoh jawapan yang baik. Jangan sesekali anda memberikan
jawapan yang pendek kerana jawapan yang pendek seperti 'Saya mahu bekerja
untuk lima tahun.' Ini kerana jawapan sebegini sukar dipercayai. Jadi, buat beberapa
ayat yang menerangkan apa yang anda ingin capai di syarikat tersebut yang mana
boleh meyakinkan penemuduga yang anda memang ingin kerja lama di syarikat itu.

8. What are your strengths?

(Apakah kekuatan anda?)

TIPS: Dalam menjawab soalan ini, anda harus mengetahui apakah kriteria-kriteria
yang perlu dimiliki untuk jawatan yang anda mohon. Sebagai contoh jika anda
memohon jawatan sebagai seorang akauntan, maka kekuatan atau kelebihan yang
perlu ada pada seorang akauntan mestilah seorang yang jujur, cekap dalam
pengiraan dan menguruskan masa dengan baik. Jika anda memohon kerja dalam
bidang jualan, maka sudah pasti kemahiran berkomunikasi, kemahiran menjual dan
mempengaruhi pelanggan amat penting sekali.

Jawapan yang dicadangkan:

"I believe my strongest trait is my attention to detail. This trait


has helped me tremendously in this field of work."

“Saya percaya sifat terkuat saya ialah perhatian saya terhadap ketelitian.
Sifat ini telah banyak membantu saya dalam bidang kerja ini.”

"I've always been a great team player. I'm good at keeping a


team together and producing quality work in a team
environment."

“Saya sentiasa menjadi seorang ahli pasukan/kumpulan yang hebat. Saya


seorang yang bagus dalam memastikan pasukan saya sentiasa bekerja
bersama-sama dan menghasilkan kerja yang berkualiti dalam suatu
persekitaran berpasukan.”

"After having worked for a couple of years, I realized my


strength is accomplishing a large amount of work within a
short period of time. I get things done on time and my manager
always appreciated it."

“Setelah bekerja untuk beberapa tahun, saya menyedari yang kekuatan


saya ialah saya mampu menyiapkan sesuatu kerja yang besar dalam
tempoh masa yang pendek. Saya menyiapkan sesuatu dalam pada
masanya dan pengurus saya selalu menghargainya.”
"My strongest trait is in customer service. I listen and pay
close attention to my customer's needs and I make sure they
are more than satisfied."

“Sifat terkuat saya ialah dalam perkhidmatan pelanggan. Saya mendengar


dan memberi perhatian kepada keperluan pelanggan dan saya pastikan
mereka dapat lebih dari kepuasan.”

"A couple strengths I have are planning and execution, and


working with people. I've always been very good at planning
and detailing all the steps. Even in college, I would spend time
organizing my week and planning a strategy to tackle each
class or assignment. Executing a plan has always come easy
for me as well. I believe it's due to proper planning. I also work
with people very well in a way where I use the strengths of
each individual in a team to produce the best results. Because
of my easy going personality, I've been told by my directs that
it's easy to approach me."

“Beberapa kekuatan yang saya ada ialah merancang dan melaksana, dan
bekerja dengan orang lain. Saya amat bagus dalam merancang dan
meneliti setiap langkah. Hatta ketika berada di kolej/universiti, saya akan
menghabiskan masa menyusun minggu saya dan merancang satu strategi
untuk menghadiri kelas atau menyiapkan tugasan. Melaksanakan sesuatu
perancangan juga sesuatu yang mudah bagi saya. Saya percaya ia
disebabkan oleh perancangan yang rapi. Saya juga bekerja dengan baik
dengan orang ramai di mana saya menggunakan kekuatan yang dimiliki
oleh individu dalam sesuatu pasukan untuk menghasilkan keputusan yang
terbaik. Disebabkan oleh sikap saya yang bersahaja, ramai orang
mengatakan yang saya mudah didampingi.”

"My strengths are interpersonal skills, and I can usually win


people over to my point of view. Also, I have good judgment
about people and an intuitive sense of their talents and their
ability to contribute to a given problem. These skills seem to
me directly related to the job. I notice that you require three
years' work experience for this job. Although my resume
shows I've only two years' experience, it doesn't show that I
took two evening college courses related to my field and have
been active in one of the professional societies. I also try to
gain knowledge by reading the industry's trade journals. I'm
certain that my combined knowledge and skill level is the
equivalent of that of other people who do have three years' of
work experience. I'm also currently enrolled in a
time-management course; I can already see the effects of this
course at work on my present job."

“Kekuatan saya ialah saya memiliki kemahiran interpersonal yang baik


dan saya selalu boleh memenangi hati orang lain mengikut pandangan
saya. Saya juga ada pertimbangan yang baik tentang orang dan
merasakan bakat dan kemampuan yang mereka miliki untuk
menyumbang dalam masalah yang diberi. Bagi saya kemahiran ini berkait
langsung dengan kerja. Saya sedar yang anda perlukan tiga tahun
pengalaman untuk kerja ini. Walaupun dalam resume saya menunjukkan
yang saya hanya ada dua tahun pengalaman, saya tidak ditunjukkan di
dalamnya yang saya mengambil dua kursus di kolej pada sebelah malam
yang berkaitan dengan bidang saya dan saya juga aktif dalam salah satu
pertubuhan profesional. Saya juga cuba mendapatkan pengetahuan
dengan membaca jurnal perniagaan industri. Saya pasti kombinasi
pengetahuan dan tahap kemahiran yang saya ada adalah bersamaan
dengan individu yang mempunyai tiga tahun pengalaman. Sekarang ini
saya juga telah mendaftar untuk mengikuti kursus pengurusan masa yang
mana saya sudah boleh nampak kesan-kesan daripada kursus ini dalam
kerja saya sekarang.”

"I'm very detail oriented, good at managing time, and very


honest. I always incorporate managing time and being detailed
together. By nature I've been detail oriented, and that resulted
in taking too much time on a particular task. After
incorporating time management into the mix, I found that my
work and efficiency increased dramatically. I plan better and
produce higher quality work in a time constraint environment.
Finally, I'm a very honest person. When I was working as a
petrol pump attendant during semester break, a lady gave me a
fifty dollar bill to pay for the twenty dollar bill. She almost
drove off the petrol station, but I stopped her and said here is
your change. My co-workers said I should have considered the
change as tip, but I know what I did was honest and right. You
can fool other people, but you can't fool yourself. That's what I
believe."

“Saya seorang yang teliti, bagus dalam mengurus masa dan sangat jujur.
Saya selalu menggabungjalinkan pengurusan masa dan ketelitian
bersama-sama. Ketelitian saya membuatkan saya agak mengambil masa
dalam tugas-tugas tertentu. Namun, selepas menggabungkan pengurusan
masa bersama, saya dapati kerja saya dan kadar efisyennya meningkat
dengan mendadak. Saya merancang dan buat kerja dengan lebih baik
dalam persekitaran masa yang terhad. Akhir sekali, saya seorang yang
sangat jujur. Semasa saya bekerja sebagai pembantu pam minyak ketika
cuti semester, seorang wanita memberikan saya wang lima puluh ringgit
untuk bil yang hanya dua puluh ringgit. Dia hampir meninggalkan stesyen
minyak berkenaan namun saya tahan dia dan cakap, ini wang baki anda.
Rakan sekerja saya kata saya harus simpan wang tersebut sebagai tip tapi
saya tau apa yang saya lakukan adalah kejujuran dan betul. Anda boleh
menipu orang lain tapi tidak boleh tipu diri sendiri. Itulah yang saya
percaya.”

Contoh yang terakhir ini kelihatan agak panjang. Namun, jika anda memberikan
sesuatu contoh ia akan memperkukuhkan lagi hujah anda.

9. What are your weaknesses?


(Apakah kelemahan anda?)

Soalan ini juga agak sukar. Anda perlu berhati-hati. Selepas bertanyakan kekuatan
anda, biasanya penemuduga akan bertanyakan pula kelemahan anda. Setiap orang
ada pasti ada kelemahan. Oleh itu anda tidak boleh nyatakan yang anda tidak ada
sebarang kelemahan. Itu satu penipuan yang agak besar! Namun begitu, ada cara
yang bijak untuk menjawab soalan ini. Anda boleh memilih satu kelemahan yang anda
miliki kemudian nyatakan anda sedang lakukan langkah-langkah yang berkaitan untuk
mengatasai kelemahan tersebut.

Jawapan yang dicadangkan:

“I have had trouble in the past with planning and prioritization.


However, I’m now taking steps to correct this. I just started
using a pocket planner...”

“Sebelum ini saya ada masalah dengan perancangan dan memberi


keutamaan. Bagaimanapun sekarang saya mengambil langkah-langkah
untuk membetulkan perkara ini. Saya kini mula menggunakan pocket
planner/perancang poket… (tunjukkan pocket planner anda dan
bagaimana anda menggunakannya.)”

"This might be bad, but in college I found that I procrastinated


a lot. I realized this problem, and I'm working on it by finishing
my work ahead of schedule."

“Ini mungkin satu keburukan, tapi semasa di kolej saya dapati saya
banyak mencuri masa. Saya sedar ini suatu masalah dan saya sedang
berusaha mengatasinya dengan menyiapkan kerja saya sebelum jadual
yang ditetapkan.”

"I feel my weakness is not being detail oriented enough. I'm a


person that wants to accomplish as much as possible. I
realized this hurts the quality and I'm currently working on
finding a balance between quantity and quality."

“Saya merasakan kelemahan saya ialah tidak cukup teliti dalam kerja
saya. Saya seorang yang inginkan pencapaian sebanyak mungkin. Saya
sedar ini menjejaskan kualiti dan sekarang ini saya sedang berusaha
mencari keseimbangan di antara kuatiti dan kualiti.”
"I feel my English ability is my weakest trait. But, I know this is
only a temporary problem. I'm definitely studying hard to
communicate more effectively."

“Saya rasa kemampuan berbahasa Inggeris saya adalah kelemahan saya


yang paling ketara. Namun, saya tahu masalah ini hanyalah sementara.
Saya sedang belajar bersungguh-sungguh untuk berkomunikasi dengan
lebih berkesan.”

"The weakest trait I struggled with was not asking for help. I
always try to solve my own problems instead of asking a
co-worker who might know the answer. This would save me
more time and I would be more efficient. I'm working on
knowing when it would be beneficial to ask for help."

“Kelemahan saya yang saya alami ialah tidak suka meminta tolong. Saya
selalu cuba untuk menyelesaikan masalah saya sendiri daripada meminta
tolong daripada rakan sekerja yang mungkin tahu jawapannya. Ini boleh
menjimatkan masa dan saya akan jadi lebih efisyen. Saya sedang
berusaha untuk mengenalpasti bilakah masa yang sesuai untuk saya
meminta tolong.”

"I've never been good with accounting. I'm glad this job
doesn't involve accounting."

“Saya tak bagus dalam perakaunan. Saya berbangga kerana kerja ini tidak
melibatkan perakaunan.”

"I have a tendency to take on too much on my own. I am


working on this by delegating more."

“Saya ada kecenderungan untuk sentiasa bergantung harap pada diri saya
sendiri. Saya sedang berusaha (menyelesaikan perkara ini) dengan lebih
memberi tugas kepada orang lain.”
"I think my weakest trait is my impatience. Whenever I work in
a team and a member is not performing up to my expectations,
I can get impatient and annoyed. I understand if they are
working hard and their portion is difficult, but sometimes a
person can't do the assignment due to incompetence or
laziness. A while back I would get frustrated and start
complaining, but I realized that I can help out by explaining
things to some people and encouraging lazy people by
reminding them of deadlines. I know it's bad to be impatient,
but I'm definitely working on it."

“Saya rasa ciri-ciri paling lemah pada saya ialah sifat tidak sabar saya.
Bilamana saya bekerja dalam sesuatu pasukan, dan seseorang tidak
bekerja mengikut jangkaan saya, saya boleh hilang sabar dan jadi marah.
Saya faham jika mereka sedang bekerja keras dan bahagian mereka
adalah sukar, tapi kadang-kadang seseorang individu tidak melakukan
sesuatu tugasan adalah disebabkan oleh tiadanya daya saing dan bersifat
malas. Suatu ketika, saya akan rasa kecewa dan mula berleter tapi saya
sedar saya boleh membantu mereka dengan menjelaskan sesuatu kepada
sesetengah orang dan memberi galakan kepada orang yang malas dengan
mengingatkan mereka tentang tarikh akhir. Saya tahu sifat kurang sabar
adalah tidak bagus tapi saya sedang berusaha mengatasinya.”

"I'm too detail oriented. I never want to leave anything out and I
want everything to be perfect. This is bad because it slows
down my work. Initially, I tried to work faster, but that only
made me sloppy. So I decided to put more emphasis on
priority and planning. By doing so, I'm hoping that I can make
the proper decisions on what to work on and what to
intentionally leave out."

“Saya seorang yang terlalu teliti. Saya tidak sekali-kali ingin


mengenepikan sesuatu dan cuba menjadikan segala-galanya sempurna.
Ini adalah tidak bagus kerana ia melambatkan kerja saya. Pada awalnya,
saya cuba bekerja dengan cepat tetapi ia hanya menjadikan hasil kerja
saya tidak memuaskan. Jadi saya mengambil keputusan untuk
menitikberatkan apa yang patut diutamakan dan apa yang dirancang.
Dengan melakukan sedemikian, saya harap yang saya akan buat
keputusan yang betul tentang kerja yang saya harus lakukan dan apa yang
harus saya ketepikan.”

Jawapan cadangan beserta contoh-contoh sekali adalah jawapan yang baik. Selain
menunjukkan kelemahan anda, ia juga mengandungi tindakan-tindakan yang anda
ambil untuk memperbaikinya.

10. Why should we hire you?


(Kenapa kami perlu memilih anda bekerja?)

Soalan ini biasa ditanya dalam sesi temuduga. Walaupun saya tidak pernah ditanya
soalan ini dalam temuduga yang saya hadiri, namun anda harus bersedia dengan
jawapan anda. Jawapan terbaik bagi soalan ini ialah ‘I’m the best person for the job’
(Saya adalah pilihan yang terbaik untuk kerja ini). Jangan takut menyatakan sedemikian.
Akan tetapi anda harus memperkukuhkan jawapan anda dengan sesuatu yang
membezakan anda secara spesifik dengan calon lain. Berikan contoh-contoh yang
menggambarkan keghairahan anda.

Jawapan yang dicadangkan:

“You should hire me because Im the best person for the job. I
realize that there are likely other candidates who also have the
ability to do this job. Yet I bring an additional quality that
makes me the best person for the job--my passion for
excellence. I am passionately committed to producing truly
world class results. For example...”

“Anda harus menerima saya bekerja kerana saya adalah individu yang
terbaik untuk kerja ini. Saya sedar yang ada ramai calon lagi yang
mempunyai kebolehan untuk menjawat jawatan ini. Tapi saya ada kualiti
tambahan yang membuatkan saya yang terbaik untuk kerja ini iaitu
keghairahan kepada kecemerlangan. Saya komited untuk mengeluarkan
hasil yang bertaraf dunia. Sebagai contoh...”

"I'm a perfect fit for this position. I have the experience and the
traits you are looking for. On top of that, I'm a great team
player that gets along with everyone."

“Saya sangat sesuai untuk jawatan ini. Saya ada pengalaman dan
sifat-sifat yang anda cari. Saya juga seorang ahli pasukan yang hebat yang
ada hubungan baik dengan semua orang.”

"I should be hired because I'm efficient, smart, and friendly. I'm
great at solving problems and love challenges. Most
importantly, I'm dependable and reliable."

“Saya sepatutnya dipilih kerana saya seorang yang efisyen, bijak dan
peramah. Saya amat bagus dalam menyelesaikan masalah dan saya
sukakan cabaran. Paling penting sekali, saya seorang yang boleh diharap
dan handal.”

"There are two reasons I should be hired. First, my


qualifications match your needs perfectly. Second, I'm excited
and passionate about this industry and will always give 100%."

“Ada dua sebab kenapa anda harus memilih saya. Pertama, kelayakan
saya sangat sesuai dengan keperluan anda. Kedua, saya seorang yang
bersemangat tinggi dan ghairah dengan industri ini dan akan selalu
berikan 100% (terhadap apa yang saya lakukan).”

"You should hire me because I'm confident and I'll do the best
job. I have a proven track record of success starting from high
school until now. I'm responsible and smart. This position
requires someone that will work well without supervision. I
know how to manage my time and organize my work well. So,
I'm confident I'll be the best candidate for this position."
“Anda harus pilih saya kerana saya yakin dan saya akan lakukan kerja
yang terbaik. Saya ada bukti tentang kejayaan saya bermula dari sekolah
menengah sehingga sekarang. Saya seorang yang bertanggungjawab dan
bijak. Jawatan ini memerlukan seseorang yang akan bekerja dengan baik
tanpa pengawasan. Saya tahu bagaimana hendak menguruskan masa
saya dan menguruskan kerja saya dengan baik. Jadi, saya yakin saya
adalah calon terbaik untuk jawatan ini.”

"This position is for a quality assurance manager, I'm


confident I'm the best person for this job because of my past
experience. At ABC Software Company, I was in charge of a
team that was responsible for the quality of three different
applications. I have knowledge of quality assurance, product
support, and even some creative processes that will benefit a
quality assurance team. I've built a team from scratch and fully
understand the product development cycle. Finally, one of my
traits is in developing and mentoring junior employees. I
believe in transferring knowledge to everyone in the company
and investing a little more effort into the people who work for
me. So I strongly believe that I'll be the best candidate due to
the combination of my experience, my managerial skills, and
my desire to provide growth in employees."

“Jawatan ini untuk quality assurance manager, saya yakin saya adalah
orang yang terbaik untuk kerja ini disebabkan pengalaman saya yang lalu.
Di Syarikat Perisian ABC, saya bertanggungjawab terhadap satu pasukan
yang bertanggungjawab mengawal kualiti tiga aplikasi yang berbeza. Saya
ada pengetahuan tentang quality assurance, product support dan
beberapa proses kreatif yang memberi manfaat kepada pasukan kualiti
assurance. Saya percaya dalam memindahkan pengetahuan kepada
setiap orang dalam syarikat ini dan melaburkan sedikit usaha lagi kepada
mereka yang bekerja dengan saya. Jadi, saya sangat percaya yang saya
akan jadi calon yang terbaik disebabkan oleh kombinasi pengalaman,
kemahiran mengurus dan keinginan saya untuk meningkatkan keupayaan
pekerja.”
"The reason I applied for this position is because the
qualifications matched my strengths perfectly. I'm good at
juggling multiple tasks, I'm very detail oriented, and I organize
my time very efficiently. But the truth is that many people have
these traits. But if I were in your position, I would hire myself
because of the passion I have for this industry, and my
optimistic personality. My education background and my
strengths show that I can do this job. But I want to make more
of an impact than just doing my job."

“Sebab mengapa saya memohon jawatan ini ialah kerana kelayakan yang
saya miliki sesuai dengan kekuatan-kekuatan yang saya ada. Saya amat
bagus melakukan tugas-tugas yang pelbagai, saya seorang yang
mementingkan ketelitian dan menguruskan masa saya dengan efisyen.
Memang benar ramai orang memiliki sifat ini. Tetapi jika saya berada di
tempat anda, saya akan memilih diri saya kerana keghairahan yang saya
miliki dalam industri ini dan personaliti saya yang optimis. Latarbelakang
pendidikan saya dan kekuatan saya menunjukkan yang saya boleh
lakukan kerja ini. Tetapi saya ingin lakukan impak yang lebih berbanding
hanya buat kerja saya sahaja.”

Вам также может понравиться