Вы находитесь на странице: 1из 9

INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PANDUAN PENULISAN DISERTASI/TESIS

1. PENDAHULUAN

Panduan penulisan Disertasi/Tesis disediakan oleh Institut Pengajian Siswazah (IPS),


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk kegunaan calon yang menyediakan
disertasi/tesis sebagai memenuhi keperluan untuk pengurniaan Ijazah Sarjana dan
Kedoktoran. Panduan ini menjelaskan keperluan tertentu yang mesti dipatuhi oleh
calon.
Penggunaan istilah ini
Tesis – Ijazah Sarjana (Mod C) & Ijazah Doktor Falsafah telah diluluskan dalam
Mesyuarat Senat Kali ke
Disertasi – Ijazah Sarjana (Mod B)
75 Bil 2/2010 pada 9 Mac
2010
2. PENYERAHAN DISERTASI/TESIS

Calon dikehendaki menyerahkan Disertasi/Tesis lengkap setelah diperiksa dan


diperbaiki mengikut yang ditetapkan oleh Institut Pengajian Siswazah.

2.1 Syarat penganugerahan ijazah

Pelajar dikehendaki memenuhi syarat ini bagi membolehkan mereka


menerima ijazah masing-masing. Universiti tidak menganugerahkan ijazah
kepada calon yang gagal berbuat demikian.

2.2 Simpanan naskhah Disertasi / Tesis

Empat naskhah Disertasi/Tesis berjilid keras dan dua dalam bentuk


“CD” (cakera padat) format PDF perlu diserahkan kepada IPS.
Disertasi/Tesis tersebut diagihkan kepada pihak berikut:

i. Satu “CD” (cakera padat) bersama satu naskhah berjilid keras


disimpan di perpustakaan Universiti.
ii. Satu ”CD” (cakera padat) bersama satu naskhah berjilid keras
disimpan di IPS.
iii. Satu naskhah berjilid keras diserahkan kepada Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
iv. Satu naskhah berjilid keras diserahkan kepada penyelia.

2.3 Hak Milik Universiti

Semua Disertasi/Tesis menjadi hak milik kekal Universiti Pendidikan Sultan


Idris, iaitu hak cipta bentuk asal dipunyai oleh Universiti, bukan oleh penulis
Disertasi/Tesis.

1
3. FORMAT LAPORAN

3.1 Kertas

Kertas putih saiz A4 (210mmx297mm) yang sekurang-kurangnya 80gsm.

3.2 Penaipan

Disertasi/Tesis mestilah ditaip dengan menggunakan komputer. Calon


hendaklah menggunakan pencetak berkualiti.

3.2.1 Huruf

Calon mesti menggunakan font “Times New Roman” dengan saiz 12


poin.

3.2.2 Langkauan

Disertasi/Tesis mesti ditaip dengan menggunakan langkau sebaris


(double spacing).

Walau bagaimanapun perkara di bawah perlu ditaip tanpa langkauan


(single spacing) dalam teks:

i. Penghargaan.
ii. Petikan asal.
iii. Senarai rujukan.
iv. Keterangan melebihi satu baris jadual dan rajah.
v. Lampiran: seperti soal selidik, surat dan maklumat berkaitan.
vi. Tajuk dan sub tajuk yang panjang.

3.2.3 Penaipan tajuk

Semua tajuk (kecil sub tajuk) perlu ditaip dalam HURUF BESAR tebal
tengah-tengah di antara jidar kiri dengan kanan, 5.0 sm daripada jidar
atas. (Lampiran A)

3.3 Santak teks

Teks perlu ditaip santak kiri kanan (justify).

3.4 Perenggan

i. Ayat pertama dalam perenggan pertama bagi setiap tajuk hendaklah


dimulakan santak kiri.
ii. Ensotan (indent) bagi memulakan perenggan yang seterusnya ialah1.25
sm dari birai kiri.
iii. Antara perenggan satu baris (sekali ‘enter’).
iv. Antara perenggan terakhir dengan sub tajuk baharu langkauan 3 baris
(3 kali ‘enter’).

2
v. antara tajuk dan perenggan 1 baris (1 kali ‘enter’). Perenggan baharu
pada bahagian bawah muka surat mestilah mengandungi sekurang-
kurangnya dua baris yang lengkap ditaip. Jika tidak, ia perlu dimulakan
pada muka surat baharu.

3.5 Birai (Margin)

Birai yang ditetapkan bagi teks seperti berikut:


Tepi sebelah atas :3.0sm
Tepi sebelah kanan :2.5sm
Tepi sebelah kiri :3.8sm
Tepi sebelah bawah :2.5sm

Hanya nota kaki dibenarkan di birai bawah.


(Rujuk lampiran B)

3.6 Panjang penulisan Tesis/Disertasi/Kertas Projek

3.6.1 Tesis

• Doktor Falsafah : tidak melebihi 100,000 patah perkataan.


• Mod C : tidak melebihi 60,000 patah perkataan.

3.6.2 Disertasi Sarjana

• Mod B: tidak melebihi 40,000 patah perkataan.

3.6.3 Kertas Projek

• Mod A: tidak melebihi 20,000 patah perkataan.

3.7 Penomboran muka surat

3.7.1 Kedudukan nombor muka surat

Semua nombor muka surat bermula pada bab 1 dicetak tanpa tanda
bacaan 1.5 sm dari atas dan 2.5 sm dari jidar kanan, bagi digit terakhir
nombor berkenaan.
(Rujuk Lampiran C)

3.7.2 Jenis nombor

Bagi muka surat di antara muka surat judul dan muka surat bab 1
penomboran hendaklah digunakan huruf kecil Roman secara
berturutan (i,ii,iii dan seterusnya) tanpa tanda bacaan.

Muka surat judul hadapan disertasi/tesis di anggap 1, tetapi nombornya


tidak ditaip.

3
Nombor Roman ii diletakkan pada muka surat pertama selepas muka
surat kedua judul.

Teks, rujukan dan lampiran diberi nombor Arab berturutan (2,3,4, dan
seterusnya) bermula pada muka surat kedua teks.

3.8 Pecahan kecil Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris tidak menetapkan
keperluan tertentu tentang susunan teks. Namun, susunan yang dipilih perlu
konsisten pada keseluruhan disertasi/tesis..

3.9 Nota kaki

Terdapat banyak perbezaan tentang kandungan dan kedudukan nota-nota di


dalam penerbitan sains, kemanusiaan dan sains sosial. Calon hendaklah
meminta nasihat penyelia masing-masing.

Dalam bidang sains, catatan nota kaki jarang digunakan. Saiz huruf yang
digunakan bagi nota dan catatan kaki mestilah menggunakan saiz huruf 8 poin.

3.10 Jadual

3.10.1 Penomboran jadual

Setiap jadual mestilah mengandungi satu nombor rujukan (nombor


arab) dan keterangan. Nombor jadual mestilah sekata dengan nombor
bab jadual.

Jadual perlu dinomborkan secara berturutan. Misalnya, jadual dalam


Bab 3 diberi nombor Jadual 3.1, Jadual 3.2, Jadual 3.3 dan seterusnya.

3.10.2 Kedudukan Jadual

Jadual mestilah dimuatkan betul-betul di tengah muka surat mengufuk


dalam birai yang ditetapkan. Perkataan Jadual, nombor dan
keterangannya dicetak pada sebelah atas jadual tersebut. Jika jadual
bersambungan pada muka surat berikutnya, baris atas muka surat
hendaklah berbunyi (sebagai contoh) ‘Jadual 5,sambungan).
Keterangan tidak diulangi. Jika jadual petikan, rujukan mestilah
dicatat. (Rujuk lampiran D dan lampiran E).

3.10.3 Bentuk Jadual

Jadual mestilah disediakan dengan garis mengufuk yang jelas dilukis.


Garis tegak tidak diperlukan sekiranya lajur mengandungi tajuk yang
jelas perangkaan disusun menegak dengan betul.

4
Contoh:
Jadual 3.1
Bilangan Pelajar Mengikut Jantina dan Mata Pelajaran

Mata Pelajar Pelajar


Pelajaran Lelaki Perempuan
Matematik 52 72
Fizik 85 65
Biologi 70 86
Kimia 66 55

Sekiranya jadual meliputi satu muka surat calon boleh


menyediakan jadual dalam bentuk landskap.

3.11 Rajah

Rajah mungkin mengandungi gambar foto, ilustrasi, graf atau apa sahaja yang
tidak menyerupai skrip atau jadual.

3.11.1 Kedudukan Rajah

Perkataan rajah, nombor rajah (nombor arab) dan keterangannya


diletakkan di bawah rajah tersebut. Jika rajah itu bersambung ke muka
surat berikutnya, peraturan menulisnya sama seperti jadual,
penomboran rajah juga berurutan.

3.11.2 Gambar foto

Gambar foto yang lebih kecil daripada muka surat perlu diletakkan
dengan kemas.

3.12 Cetakan

Cetakan hanya pada sebelah muka surat. Semasa menjilid, muka surat
bercetak hendaklah diletakkan di sebelah kanan.

4. PENJILIDAN

4.1 Naskhah untuk pemeriksaan

Empat salinan Disertasi/Tesis terakhir (yang dijilid dengan kulit lembut)


mestilah diserahkan pada Institut Pengajian Siswazah bersama borang
penyerahan Disertasi/Tesis yang dilengkapkan.

Selepas pemeriksaan, Disertasi/Tesis ini dikembalikan kepada calon. Calon


dikehendaki membuat semua pembetulan berdasarkan komen pemeriksa dan
diperakui oleh penyelia sebelum menjilid Disertasi/Tesis dengan kulit keras.

5
4.2 Naskhah terakhir untuk Universiti

Empat (4) naskhah yang dijilid dengan kulit keras bersama dua (2) salinan
CD (cakera padat) dalam format PDF hendaklah diserahkan semula pada
tarikh yang ditetapkan.

4.3 Warna kulit

Warna kulit untuk Tesis Kedoktoran berwarna hitam dan untuk Disertasi
Ijazah Sarjana berwarna merah hati.

4.4 Keterangan pada kulit

4.4.1 Muka Hadapan

Maklumat hendaklah ditaip dengan HURUF BESAR berwarna emas


yang bersaiz 18 poin Times New Roman atau Arial.

Tajuk Disertasi/Tesis disusun dalam bentuk piramid terbalik 6.0 sm


dari birai atas.

Nama penulis mestilah lengkap seperti dalam kad pengenalan atau


pasport antarabangsa, pada kedudukan tengah jidar.

Nama Universiti dan tahun ditulis dalam 2 baris dengan jarak 6.0 sm
dari jidar bawah. (Rujuk lampiran F)

4.4.2 Tulang belakang

Maklumat hendaklah ditaip dengan HURUF BESAR berwarna emas


berukuran 18 poin mengikut susunan seperti berikut:

i. Nama penulis : 3.0 sm dari birai atas


ii. Ijazah : Ph.D atau M.Ed
iii. UPSI : Singkatan nama universiti 3.0 sm dari jidar
bawah
iv. Tahun penyerahan Disertasi/Tesis.

(Lihat Lampiran G untuk laporan yang tebal atau Lampiran H untuk


laporan yang tipis.)

6
5. SUSUNAN KANDUNGAN

Setiap Disertasi/Tesis mengandungi tiga bahagian; permulaan, teks dan rujukan.


Setiap bahagian mempunyai beberapa seksyen yang mesti disusun atur menurut
peraturan tertentu.

Susunan dan kandungan Disertasi/Tesis perlu mengikut tertib seperti berikut:

Halaman Judul
Pengakuan
Penghargaan
Abstrak dalam Bahasa Melayu
Abstrak dalam Bahasa Inggeris
Kandungan
Senarai jadual
Senarai rajah
Senarai singkatan/simbol/tatanama/istilah
Teks Rujukan
Lampiran (jika ada)

5.1 Halaman judul

Halaman ini perlu mengandungi maklumat berikut:

i. Judul Disertasi/Tesis
(dalam bentuk piramid terbalik 6.0 sm dari jidar)
(Rujuk Lampiran I)

ii. Nama penuh penulis


(seperti dalam kad pengenalan / pasport antarabangsa)

iii. Disertasi/Tesis yang dikemukakan, contohnya

TESIS YANG DIKEMUKAKAN INI UNTUK MEMENUHI


SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH Ph.D (BIDANG)

atau

DISERTASI YANG DIKEMUKAKAN INI UNTUK MEMENUHI


SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJZAH
SARJANA PENDIDIKAN (BIDANG)

iv. Nama Fakulti

v. Nama universiti
(UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS)

vi. Tahun Disertasi/Tesis itu diserahkan untuk pemeriksaan.

7
5.2 Pengakuan / Declaration

Pengakuan dimulakan pada muka surat baharu selepas muka surat judul ditaip
di tengah-tengah muka surat tersebut. Calon dikehendaki menulis dan
menandatangani pengakuan tersebut. (contoh : lampiran J) pengakuan boleh
dalam Bahasa Inggeris bagi Disertasi/Tesis yang dikemukakan dalam bahasa
berkenaan. (Rujuk lampiran K)

5.3 Penghargaan

Bahagian ini tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, kebanyakan


Disertasi/Tesis merakamkan penghargaan terhadap bantuan yang diberikan
oleh orang perseorangan atau pertubuhan dalam penyelidikan Disertasi/Tesis
calon.

5.4 Abstrak dalam Bahasa Melayu dan terjemahan

Abstrak yang ditulis dalam Bahasa Melayu dan terjemahannya dalam Bahasa
Inggeris mestilah disediakan pada muka surat baharu selepas penghargaan.
Abstrak berupa ringkasan Disertasi/Tesis yang memberi pendedahan tentang
masalah yang diselidiki, objektif dan matlamat kajian, kaedah dan dapatan
penyelidikan dalam konteks kajian yang dijalankan. Panjang setiap versi tidak
melebihi 200 perkataan dan tidak melebihi satu muka surat.

5.5 Kandungan

Kandungan perlu dimulakan pada muka surat baharu. Ia mengandungi senarai


kandungan yang terdapat dalam Disertasi/Tesis, iaitu Bab, tajuk dan sub tajuk
yang berkenaan. Tajuk-tajuk dan sub-sub tajuk berkenaan hendaklah selaras
seperti yang terdapat dalam teks. (contoh: lampiran L)

Bab hendaklah ditulis dengan huruf besar tebal.

5.6 Senarai jadual

Senarai jadual hendaklah dimulakan dengan muka surat baharu. Senarai ini
mengandungi tajuk jadual yang disertakan dalam penulisan dan tajuk mestilah
seperti tajuk yang terdapat pada jadual berkenaan. (contoh: lampiran M)

5.7 Senarai rajah

Senarai rajah hendaklah dimulakan pada muka surat baharu. Ia mestilah


mengandungi senarai tajuk gambar rajah, gambar foto, peta, graf dan
sebagainya yang terdapat dalam penulisan
(contoh: lampiran N)

5.8 Senarai singkatan/ simbol/tatanama/istilah

Senarai ini hendaklah ditulis pada muka surat baharu selepas senarai rajah.

8
5.9 Teks

Teks mengandungi beberapa bahagian contohnya, seperti berikut:

BAB1 : Pendahuluan
BAB 2: Tinjauan Literatur
BAB 3: Metodologi
BAB 4: Dapatan kajian
BAB 5: Perbincangan dan Kesimpulan

atau

BAB1 : Pendahuluan
BAB 2: Tinjauan Literatur
BAB 3: Metodologi
BAB 4: Dapatan dan Perbincangan
BAB 5: Kesimpulan dan Cadangan

5.9.1 Rujukan

Sebarang Disertasi/Tesis yang menggunakan karya lain sebagai


rujukan, mestilah mengandungi bibliografi yang menunjukkan
sumbernya. Jika rujukan terhadap bahan berkenaan dibuat tetapi tidak
dibuat pengakuan khasnya dalam teks, karya tersebut perlu
disenaraikan berasingan sebagai satu lampiran kepada rujukan dan
diberikan tajuk kecil RUJUKAN AM.
Seksyen ini bermula dengan muka surat baharu dengan judul
RUJUKAN ditaip dengan huruf besar dan diletakkan di tengah-tengah
muka surat tanpa tanda bacaan 5.0 sm dari jidar atas. Setiap rujukan
ditaip dengan satu langkau antara satu sama lain dan satu jarak dalam
rujukan yang sama. Satu rujukan yang mengambil lebih daripada satu
baris hendaklah diberi ensotan (indent) sebanyak tujuh ruang.

5.10 Lampiran

Disertasi/Tesis tidak semestinya mengandungi lampiran. Sekiranya perlu,


bolehlah dimasukkan data kajian, jadual, contoh soal selidik, carta alir, dan
sebagainya ke dalam teks, atau yang tidak diperlukan secara langsung bagi
menjelaskan perkara yang dibincangkan dalam teks. Lampiran boleh disusun
sebagai LAMPIRAN A, LAMPIRAN B dan seterusnya.

Вам также может понравиться