Вы находитесь на странице: 1из 3

Assalamualaikum,

Al- Fatihah....
Mari kita sedekahkan pahala bacaan buat ibu bapa yang telah tiada,
Sedekahkan juga untuk ibu bapa yang masih bersama kita.

Tazkirah Ana pada minggu ini berkisar pada satu sifat yang perlu ada
pada kita terutamanya bidang tugas kita yang ‘fi sabi lillah ini’.

Mari ikuti kisah si Pemancing Ikan ini...

~ Pemancing Ikan ~

Pak Mahat bercadang untuk pergi memancing dan telah berjanji kepada
isterinya, Mak Munah, untuk membawa pulang ikan-ikan yang segar.
Mungkin Mak Munah boleh goreng ikan-ikan tersebut untuk makan
malam. Pak Mahat sangat gemar makan ikan goreng yang rangup.

Pak Mahat berjalan menuju ke sungai yang berhampiran dengan


rumahnya bersama sebatang joran, sebuah bakul dan seuncang umpan.
Tidak lupa juga, dia membawa sebotol air minuman. Tiba di tebing
sungai, Pak Mahat mencari tempat yang sesuai dan strategik untuk mula
memancing. Akhirnya dia duduk di atas sebuah batu. Dia melekatkan
umpan ke mata kail dan menghulurkan jorannya ke dalam sungai
sambil menunggu umpan itu dimakan oleh ikan. Cuaca pada petang itu
agak panas.

"Tak nampak bayang ikan pun. Mana semua ikan-ikan ni pergi?" Hati
Pak Mahat berkata-kata setelah beberapa lama menunggu. Tidak seekor
pun ikan yang datang memakan umpannya.

Hari semakin petang tapi Pak Mahat masih tidak dapat menangkap
walau seekor ikan pun. Dia kecewa dan membaling seketul batu ke
dalam sungai dengan perasaan marah. Ketika itu juga jirannya Pak
Malau dan anak lelakinya, Seman datang ke tebing sungai untuk
memancing juga. Pak Mahat langsung tidak menegur mereka dan
berlalu dari situ dengan muka yang masam mencuka. Pak Mahat amat
kecewa. Dia merasakan masanya terbuang dengan sia-sia di situ.

"Marah nampaknya Pak Mahat tu.." Kata Seman.


"Lapar agaknya. Dia sepatutnya tunggu sebentar lagi. Ikan-ikan akan
datang memakan umpan bila cuaca teduh dan air sungai ini menjadi
sejuk sedikit" kata Pak Malau.

Tidak lama kemudian, kelihatan ikan-ikan mula muncul di dalam air.


Pak Malau dan Seman segera menghulurkan joran masing-masing ke
dalam sungai. Petang tu, mereka dapat menangkap beberapa ekor ikan.

Kesabaran dan perancangan yang teliti dapat mengelak daripada


kekecewaan dan kesulitan!

Sahabat sekalian,

Pernahkah kita berhenti dari berusaha walaupun kita berada cuma


sejengkal dari matlamat kita? Kadang-kadang kita terperangkap dengan
memikirkan bahawa nasib tidak menyebelahi kita namun sebenarnya
sikap kita sendiri yang membuatkan diri kita sakit dan gagal.

Walau ada masa kita rasa agak kecewa dan hampir putus asa dalam
mentarbiah pelajar-pelajar kita.....akademik dan sahsiah diri....jangan
sesekali kita membiarkan aura-aura negatif itu mempengaruhi sikap dan
semangat kita. Mungkin benar sikap mereka yang menjadi punca
kegagalan mereka tapi mungkin juga sikap kita juga menyumbang
kepada kegagalan mereka.

Jika Pak Mahat sabar dan mengambil sedikit masa untuk mempelajari
tabiat ikan seperti mengetahui jenis umpan yang ikan suka dan waktu
yang digemari oleh ikan-ikan untuk keluar ke permukaan air, besar
kemungkinan, petang itu dia telah dapat menangkap beberapa ekor ikan
untuk dibawa pulang kepada isterinya.

Bila keadaan yang tegang menjadi semakin buruk, ada baiknya kita
duduk dan menarik nafas untuk seketika, bertenang dan berfikir semula
tentang situasi tersebut. Apakah ada langkah-langkah lain yang perlu
kita ambil atau mungkin ada seseorang yang telah berjaya yang boleh
memberi pandangan dan nasihat. Kesombongan dan kekecewaan hanya
akan menghalang kita daripada mendapatkan ilmu atau pandangan
yang boleh membantu kita mengatasi kesulitan yang kita alami.. Malas
berkayuh, perahu hanyut, malas bertanya, sesat jalan.
Sabar mungkin satu perkataan yang menggambarkan sikap yang perlu
ada pada diri kita. Jangan terlalu gopoh dalam mengejar sesuatu.
Merancang dan meneliti setiap langkah akan menjimatkan masa dan
tenaga kita. Adalah lebih baik melangkah dengan sabar dan bijak ke
tebing sungai daripada pulang dengan tangan yang kosong!!!

Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat pada kita semua.

Berjumpa lagi di sesi yang akan datang....InsyaAllah.

Вам также может понравиться