tanpa lisan dilihat dalam perlakuan seseorang selaku maklum balas.
Tanpa berkata apa-apa, seseorang itu boleh
berkomunikasi menerusi reaksi yang dipaparkan pada orang lain. Definisi komunikasi bukan lisan dikemukakan oleh Wood (2001), Gamble & Gamble (2002), Trenholm & Jensen (1998) dan ramai lagi. Secara umumnya, kesemua bentuk komunikasi yang bertujuan menyampaikan mesej atau maklumbalas tanpa perkataan merupakan komunikasi tanpa lisan. Suara yang sebak bunyinya, nada suara, muka masam, senyuman sinis, cara berpakaian, barang hiasan diri, cara duduk, berdiri isyarat tangan dan jarak seseorang ketika bercakap dengan seseorang yang lain mengukuhkan mesej dalam komunikasi. Walau bagaimanapun, komunikasi tanpa lisan juga boleh merubah maksud sebenar komunikasi. Ia boleh menimbulkan kekeliruan atau mengaburi maksud sebenar dalam komunikasi. Seseorang yang prihatin terhadap isyarat tanpa lisan akan memahami apa yang diperkatakan sekaligus menghuraikan hubungan yang wujud. Kinesics Pergerakan badan dan apa yang dilihat pada wajah menggambarkan seribu makna. Anggukan kepala, gerak bibir, pergerakan atau renungan mata mampu memukau perasaan seseorang. Mata mempunyai kemampuan menyatakan dengan jelas rasa kebencian, kesukaan atau marah, cinta, kesangsian mahupun kebosanan. Dalam sesetengah keadaan, sukar bagi seseorang itu untuk mengawal riak wajahnya. Apabila seseorang yang menunjukkan kemesraan atau wajah tersenyum maka persepsi kita bahawa ia bersifat terbuka dan boleh dibawa berbincang. Ekspresi muka mudah dikenal pasti apabila ia berlaku secara spontan dan reaksi itu biasanya berlaku dalam beberapa saat sahaja. Melalui pengamatan air muka, kita akan mengetahui sama ada seseorang itu bercakap benar atau tidak. Jika air muka bertentangan dengan apa yang diperkatakan, maka kita tahu bahawa individu itu tidak bercakap benar.
Gerak mata juga merupakan isyarat
komunikasi tanpa lisan.
Dengan memberi isyarat melalui pandangan
mata atau pergerakan mata, kita akan mengetahui sama ada seseorang itu suka atau tidak suka tentang sesuatu perkara. Mata juga bermampuan memberitahu sesuatu jawapan dalam banyak persoalan yang timbul malahan ia juga kadang kala menyembunyikan perasaan yang sebenar.
Memandang ke arah lain mungkin
menggambarkan rasa bersalah. Artifak (Objek) Artifak boleh menyatakan identiti seseorang sama ada berbentuk gender, stail, situasi tertentu, keagamaan, semangat patriotik, profesional, personaliti , status dan minat Seseorang wanita yang mengenakan pakaian yang cantik dan perhiasan diri seperti rantai, gelang, cincin dan kasut tumit tinggi dengan gincu dan bedak muka serta alis mata yang diwarnakan boleh memaparkan imej tertentu kepada khalayak. Begitu juga lelaki mencacah tatu Seorang yang ingin memaparkan imej profesionalnya akan mengenakan sut berwarna gelap seperti cokelat, hitam atau kelabu ketika membuat temu janji dengan kliennya. Seringkali juga dilihat seseorang yang menghiasi dinding pejabatnya dengan anugerah,gambar atau pingat-pingat keberanian yang diterima untuk menunjukkan status atau sebagai kenangan. Kesemua bentuk artifak yang digunakan bertujuan mengkomunikasi secara bukan lisan mesej kepada siapa yang melihat atau memerhatikan sesuatu keadaan. Haptics (Sentuhan) Sentuhan merupakan komunikasi bukan lisan yang menyampaikan makna dalam perhubungan Setiap orang mempunyai tanggapan yang berlainan terhadap sentuhan.
Sentuhan yang dianggap biasa bagi
seseorangmungkin dianggap biadap atau bermotif seksual bagi seseorang yang lain. Paralanguage Ciri-ciri paralanguage melibatkan nada suara, kelajuan, ”volume”dan kualiti. Ini termasuklah bunyi keluhan, ketawa, mengerang, “pause” atau ritma bunyi. Nada suara boleh menggambarkan sama ada seseorang itu dalam ketakutan atau tidak selesa, sedih atau susah hati. Nada suara yang mendatar sahaja tidak akan berupaya menarik perhatian. Ada kemungkinan khalayak atau penerima yang mendengarnya akan berasa bosan dan tidak memberikan perhatian terhadap sumber dan juga mesej tersebut. (Senyap) Kadangkala seseorang akan “menyepi diri” atau “diam seribu bahasa”. Bertindak senyap kadang kala lebih memberi makna dari pengucapan biasa. Pasangan yang memahami antara satu sama lain tidak memerlukan kata-kata untuk menyatakan perasaan. Ciri-ciri komunikasi bukan lisan 1. Berlaku secara langsung tanpa disedari Sama ada disedari atau tidak, kita kadang kala mengerling mata, senyum, pura-pura tidak mendengar atau mengeluh. 2. Mengukuhkan mesej lisan Perlakuan serta isyarat bukan lisan mengukuhkan maksud mesej yang ingin disampaikan
Dalam keadaan di mana Camilia berbincang
dengan Mazni lalu tiba-tiba meninggikan suara dan menghentak meja maka perbuatan tersebut memberitahu betapa seriusnya mesej yang ingin disampaikan 3. Melibatkan mesej yang kabur Mesej bukan lisan boleh membawa mesej yang kabur. Malah seseorang harus berhati- hati dalam membuat andaian terhadap sesuatu yang berlaku. 4. Bercanggah dengan komunikasi lisan Kekeliruan yang berlaku ini selalu berlaku dalam komunikasi lisan memandangkan apa yang diperkatakan berlawanan dengan reaksi yang dipaparkan Kesimpulan Komunikasi lisan berlaku secara spontan tanpa kawalan. Isyarat komunikasi bukan lisan berlaku serentak dengan berkomunikasi secara tuturan. Namun, ia terdedah kepada pelbagai interpretasi sama ada tepat atau tidak. Setiap satu bentuk komunikasi tanpa lisan mencerminkan budaya dan identiti peribadi seseorang dan mempengaruhi komunikasi. Faktor budaya, gender dan amalan kehidupan turut mempengaruhi komunikasi tanpa lisan. Perbezaan antara budaya melahirkan berbagai maksud yang boleh disalahtafsir dan melumpuhkan komunikasi yang berkesan Kehadiran teknologi juga memberi implikasi terhadap kaedah komunikasi bukan lisan.