Вы находитесь на странице: 1из 3

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Kajian integrasi bermaksud kita hendaklah mendapatkan kerjasama dengan


sesebuah organisasi atau firma untuk mendapatkan maklumat serta info-info yang
berguna untuk menganalisis sesuatu sistem yang terdapat dalam sesebuah
bangunan.Dengan personaliti dan etika diri, sedikit sebanyak kita dapat menjaga
nama baik institusi yang kita belajar.
Dalam kajian ini juga kita perlu meguasai teknik berkomunikasi yang baik
kerana dengan sikap ini kita dapat menunjukan institusi dapat memupuk pelajar
dengan sifat-sifat yang baik.Oleh itu,semasa membuat kajian tersebut aspek
keselamatan diri dan ahli kumpulan perlu dijaga.Dengan ini,pengkaji meyediakan
tatacara dan sedikit sebanyak panduan untuk memastikan kajian berjalan dengan
lancar.

3.2 Kaedah kajian

Antara kaedah yang telah dirangka untuk memastikan kajian dapat berjalan
dengan lancar dan lebih teratur ialah :

I. Membuat tinjauan awal dan meminta pelan lokasi dimana terletaknya


banguna PNB tersebut.
II. Menemuramah pihak yang terlibat dalam pengurusan sistem pencegahan
kebakaran.
III. Menjalankan kajian mengikut aspek-aspek atau skop yang telah ditetapkan.
IV. Mengumpul dan mencatat seberapa maklumat yang telah diperolehi.
V. Menghubungi pihak-pihak yang terbabit dalam sistem pencegahan kebakaran
VI. Membuat rujukan kepada pihak dan sumber-sumber yang boleh memberi
kerjasama.

Вам также может понравиться