Вы находитесь на странице: 1из 8

SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN MOHAMAD JIWA

JALAN BADLISHAH 08000 SUNGAI PETANI


KEDAH DARUL AMAN
Tel : 04-421297 Fax : 04-4214877
“KEDAH GEMILANG”

MODUL
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN

PERSATUAN BAHASA MELAYU


2011
“KE ARAH MEMARTABATKAN
BAHASA MELAYU”
KANDUNGAN

PENGENALAN

TUJUAN

PROGRAM “MEMARTABATKAN

BAHASA MELAYU”

PENGAPLIKASIAN PROGRAM DALAM

PERSATUAN AKADEMIK

MANFAAT

PENUTUP
PENGENALAN
Kerajaan sekarang sedang mencari langkah yang sesuai
untuk meningkatkan semula penggunaan bahasa kebangsaaan
iaitu Bahasa Malaysia samada dalam proses pengajaran atau
pembelajaran .

Oleh itu, Kerajaan telah meluluskan cadangan Kementerian


Pelajaran untuk melaksanakan suatu program yang mampu
meningkatkan semula penggunaan Bahasa Malaysia iaitu
Program “Memartabatkan Bahasa Malaysia”(MBM).
Program ini bertindak sebagai strategi kerajaan dalam
memartabatkan Bahasa Malaysia dengan melibatkan
penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar sains
dan matematik di sekolah kebangsaan dan menengah serta
penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan
pembelajaran (P&P) Bahasa Malaysia.
TUJUAN
Modul ini bertujuan untuk memberi penjelasan berhubung
dengan keputusan Kerajaan meluluskan cadangan strategi
Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa
Malaysia di peringkat sekolah menengah.

Di sekolah menengah, para guru dan pelajar telah menyahut


cadangan yang telah dikemukakan oleh Kementerian
Pelajaran dengan mengaplikasikan program ini dalam aktiviti
persatuan akademik terutamanya dalam Persatuan Bahasa
Melayu.

Oleh itu, tujuan Kerajaan untuk menjadikan bahasa


kebangsaan sebagai alat perpaduan, bahasa perhubungan
utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk
mencapai hasrat 1Malaysia akan tercapai.
PROGRAM
MEMARTABATKAN
BAHASA MELAYU

Pendekatan Modular Kurikulum BM


Asas Berbahasa
Didik Hibur
Penggunaan BM Standard Merentas Kurikulum
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam p&p
Program Bacaan
Guru BM Berkualiti
Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif
BM Bahasa Ilmu dan Komunikasi
Kolaborasi Antarabangsa Kursi BM di Universiti
Luar Negara
Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi
PENGAPLIKASIAN
PROGRAM
DALAM PERSATUAN
AKADEMIK
Kuiz Peribahasa, Kuiz Kosa Kata, Teka Silang Kata
-Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk membantu pelajar
menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan
penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan
tatabahasa.
Kotak Beracun
-Aktiviti ini bertujuan untuk menjana minda kreatif pelajar
Eksplorasi dan Jelajah Bahasa
-Eksplorasi ini pula bertujuan untuk melatih pelajar dari segi
mental, fizikal dan jasmani
Pertandingan Bahasa, Sajak dan Pidato
-Pertandingan ini bertujuan untuk membantu pelajar menjana
minda kreatif dalam keadaan kritikal
MANFAAT
PROGRAM KERAJAAN
Melahirkan warga Malaysia yang fasih dan yakin untuk
menggunakan BM standard dalam perbualan, urusan rasmi,
penerokaan ilmu dan dalam alam kerjaya mengikut kesesuaian
dan keperluan.
Membina modal insan yang mampu mengakses pelbagai bidang
ilmu melalui pelbagai media seperti teknologi komunikasi
maklumat (ICT) serta mempunyai minda yang kritis, kreatif
dan inovatif.
Membentuk 1Malaysia yang mempunyai jati diri yang kuat,
progresif, dinamik, mampu bersaing di peringkat antarabangsa
kea rah mencapai negara maju.

PERSATUAN AKADEMIK
Melahirkan warga sekolah yang fasih dan yakin untuk
menggunakan Bahasa Malaysia dalam perbualan, proses p&p,
aktiviti persatuan dan penerokaan ilmu mengikut kesesuaian
Membina generasi muda yang bangga menggunakan Bahasa
Malaysia di mana jua mereka berada.
PENUTUP
Dengan keputusan ini, kerajaan menawarkan pendekatan baru dalam
pengajaran sains dan matematik terutamanya Bahasa Malaysia.
Kerajaan percaya bahawa dengan pendekatan baru ini, kita akan
dapat memartabatkan Bahasa Malaysia dan meningkatkan keupayaan
pelajar untuk menguasai ilmu sains dan teknologi yang amat penting
untuk masa depan negara.

Selain itu, pengaplikasian program ini dalam persatuan akademik


juga diharap akan melahirkan pelajar yang gemar melibatkan diri
dalam apa-apa jua aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh pihak
persatuan. Pihak pengurusan sekolah percaya bahawa dengan
pengaplikasian ini, kita akan dapat menjalankan aktiviti persatuan
berdasarkan program yang dilaksanakan oleh kerajaan di samping
meningkatkan keupayaan pelajar untuk menggunakan Bahasa
Malaysia dengan betul dan efektif.

Вам также может понравиться