Вы находитесь на странице: 1из 3

MALAM PENGAKAP

1.   Pendahuluan
APAKAH DIA ‘MALAM PENGAKAP’ atau ‘MALAM KEBUDAYAAN PENGAKAP’. 
Malam Pengakap adalah nama bagi satu temasya yang dipersembahkan oleh kumpulan
pengakap untuk bersukaria sebagai menghilangkan kebosanan dan melupakan segala
kerja yang telah dibuat semasa berkhemah dll.  Malam Pengakap mungkin ada
perhubungan dengan seni budaya Pengakap atau Kebudayaan Pengakap itu sendiri,
sebagaimana yang dialami.  Aturcara yang dipersembahkan dalam Malam Pengakap itu
adalah datangnya dari pengakap itu sendiri seperti seni tari, seni lakon, nyanyian dll. 
Semua itu bercorakkan  seni budaya pengakap.  Untuk perhatian bahawa setiap
persembahan yang dibuat oleh pengakap tidaklah seperti persembahan yang diadakan
di atas pentas.  Persembahan Malam Pengakap itu hanyalah apa yang terdaya oleh
setiap kumpulan pengakap itu sendiri
.
2.    ‘Campfire’
Untuk makluman, Malam Pengakap berbeza sedikit corak dan aturcaranya dalam
temasya ‘Campfire’.
a.  ‘Campfire’ menggunakan unggun api (iaitu unggun api yang dikelilingi oleh
pengakap-pengakap yang mengambil bahagian)
b.  Malam Pengakap tidak menggunakan unggun api hanya menggunakan obor yang
dinyalakan di sekeliling kawasan Malam Pengakap
‘Campfire’ (Unggun Api) biasanya digunakan dalam temasya perkhemahan di hutan, di
tepi pantai dan sebagainya.  Faedahnya untuk menerangi suasana perkhemahan dan
menjauhkan nyamuk serta binatang buas.  Persembahannya mungkin ada persamaan
dengan Malam Pengakap.

3.   Persembahan Malam Pengakap atau Malam Kebudayaan Pengakap


a.    Mempunyai susunan aturcara
b.    Mengadakan latihan dan menguji bakat
c.     Seni tari, seni lakon dan menyanyi dikaitkan dalam kebudayaan
d.     Penapisan (pilihan) untuk aturcara persembahan
Diingatkan bahawa disiplin diutamakan dalam temasya Malam Pengakap.

4.  Tujuan mengadakan Malam Pengakap


a.  Untuk menghilangkanrasa bosan dan melupakan segala kerja di siang hari dalam
perkhemahan
b.  Melatih diri berdisiplin, terutama mematuhi arahan dan perintah ketua-ketua dengan
taat setia
c.  Mencungkil bakat seseorang pengakap
d.  Melatih bekerjasama dan tolong menolong
e.  Menghormati orang lain (baik pada kawan atau orang tua)
f.  Melatih supaya menjauhi perasaan malu dan percaya pada diri sendiri
g.  Malam Pengakap bukan untuk bermegah-megah, hanya untuk diri sendiri
h.  Yang penting ialah mematuhi undang-undang pengakap dalam semua perkara

5.  Mengapa diadakan Malam Pengakap


Sudah menjadi satu tradisi kegiatan dalam kumpulan pengakap :-
a.   Menyambut sesuatu temasya yang ada hubungan dengan pengakap
b.  Meraikan tetamu atau pelawat dalam satu perjumpaan pengakap
c.  Jenis Malam Pengakap diadakan :-
i.    Malam Pengakap (Malam Kebudayaan Pengakap)
Kumpulan
ii.  Malam Pengakap Daerah
iii.  Malam Pengakap Gabungan
iv. Malam Pengakap Negeri
v.  Malam Pengakap di Jambori Pengakap
5.1  Memberi galakan secara langsung atau tidak langsung kepada Pengakap Kanak-
kanak supaya menyertai Malam Pengakap
Sebagai menggalak pengakap kanak-kanak.  Ada baiknya mereka dibawa bersama
menyertai Malam Pengakap supaya mereka lebih awal mendapat latihan dan galakan
sebagaimana abang-abang mereka.  Ini adalah kerana mereka juga akan menjadi
dewasa.  Diingatkan bahawa malam pengakap tidaklah diutamakan kepada pengakap
kanak-kanak secara langsung atau tidak langsung.  Tetapi ianya diadakan secara
sederhana sahaja supaya mereka dapat mencontohi apa yang abang-abang mereka
buat dalam malam pengakap.

5.2 Perasaan ingin bersuka ria/gembira


Setiap AKELA (Pemimpin Pengakap Kanak-kanak) seharusnya mengambil perhatian
terhadap perasaan dan jiwa kanak-kanak.  Ini adalah kerana mereka mempunyai
perasaan semulajadi ingin merasa gembira dan bersukaria dan ingin tahu sesuatu,
amak berikanlah mereka suatu hiburan tersendiri iaitu “Malam Pengakap Kanak-kanak”

6.  Malam Pengakap Kanak-kanak


Kalau kumpulan pengakap ada Malam Pengakap, maka kumpulan pengakap kanak-
kanak juga boleh mengadakan satu temasya seumpama itu.
Semasa malam pengakap kanak-kanak, AKELA (pemimpin) mestilah berusaha dan
bertanggungjawab serta bijak untuk mengubah suai acara supaya seimbang dengan
jiwa dan peringkat umur serta kebolehan kanak-kanak.

7.   Perbezaan persembahan


7.1  Acara nyanyian
Nyanyian bagi pengakap kanak-kanak haruslah bercorak kanak-kanak.  Ianya senang,
mudah dinyanyikan dengan gembira serta bersemangat/perasaan.
7.2  Senitari
Tarian juga disesuaikan dengan cara yang mudah serta bercorak kanak-kanak.
7.3  Seni lakon
Cara berlakon juga diambil perhatian, supaya kanak-kanak itu benar-benar dapat
melakonkan dengan gaya semulajadi bagi kanak-kanak itu sendiri.
Dalam tiga perkara tersebut, hendaklah dilatih dengan sebaik-baiknya oleh pemimpin
yang mengendalikan acara tersebut.

8.    Persediaan untuk Malam Pengakap Kanak-kanak


Sebelum mengadakan sesuatu persembahan maka pemimpin (AKELA) yang
bertanggungjawab terlebih dahulu mengadakan mesyuarat bagi menyediakan beberapa
perkara seperti berikut :-
a.  Menentukan tempat mengadakan Malam Pengakap Kanak-kanak.
b.   Membuat aturcara (Program) dan Juruacara sekali.
c.   Membuat jemputan kepada kumpulan-kumpulan pengakap yang berdekatan.
d.  Menentukan seorang yang dianggap berpengaruh di kawasan itu untuk merasmikan
Malam Pengakap Kanak-kanak.
e.    Menjemput dua atau tiga orang kenamaan dan ibu bapa kanak-kanak, pesuruhjaya-
pesuruhjaya pengakap, pemimpin dll.
f.  Menyediakan jawatankuasa persiapan, kerusi, obor, minuman dll :-
i.    jamuan ringan untuk VIP
ii.   jamuan untuk pengaap dll
Sebelum Malam Pengakap Kanak-kanak dimulakan, pastikan :-
a.  Semua peserta yang mengambil bahagian bersedia di tempat masing-masing,
senyap, berdisiplin dan mendengar arahan ketua
b  Tuan rumah hendaklah menyediakan tempat duduk para jemputan VIP
c.  Memberi penghormatan kepada ketua pengakap atau wakilnya, wakil rakyat,
Menteri / Wakil Menteri apabila datang
d.   Memberi tahu kepada orang yang merasmikan masa untuk dia menyampaikan
ucapan dan perasmian
e.  Apabila ucapan perasmian telah selesai :-
i.    memberi tepukan yang gemuruh
ii.   diikuti dengan nyanyian pembukaan Malam Pengakap Kanak-kanak
iii.  memulakan acara seberapa segera yang boleh
f.   Tiap-tiap kumpulan diminta mengadakan YELL kepada kumpulan yang memberi
persembahan
g.   Masa persembahan tidak lebih daripada 5 hingga 6 minit sahaja, kecuali lakonan
dan terian iaitu selama 7 minit
h.    Tarian hendaklah sopan.  Buatlah tarian yang baik dipandang orang
i.   Alat penerang biasanya menggunakan unggun api.  Ianya boleh digantikan dengan
obor yang diperbuat dari bambu yang dipacak ke tanah di sekeliling kawasan
persembahan. Boleh juga menggunakan lampu (letrik).  Adalah diingatkan bahawa
unggun api boleh merosakkan kawasan.  Oleh itu, ianya sesuai di kawasan pantai atau
hutan.  Faedah unggun api :-
i.     manjauhkan nyamuk dan agas
ii.    memanaskan badan semasa sejuk
iii.  menjauhkan binatang buas
iv.  boleh dijadikan tempat memasak air atau memanggang ikan, roti dll
j.    Pakaian seragam pengakap harus dipakai sebelum mengadakan sesuatu
persembahan dll
k.  Jamuan ringan untuk VIP dan para jemputan hendaklah disediakan lebih awal.
l.  Jaga kebersihan kawasan
m.  Ketua-ketua kumpulan pengakap hendaklah bekerjasama menjaga dan mengemas
alat-alat yang telah digunakan dan juga memulangkan kerusi atau bangku yang telah
dipakai.

9.    Bagaimana untuk menyediakan kawasan Malam Pengakap


a.   Cari satu kawasan yang luas dan lapang, dan jauh dari tempat-tempat larangan
seperti balai polis, hospital, bomba dan tempat ibadat
b.   Boleh juga meminjam Dewan Masyarakat dan Balairaya, tetapi hendaklah menjaga
keselamatan dan kebersihan

10.  Aturcara Malam Pengakap Kanak-kanak


a.    Mesyuarat harus diadakan di antara kumpulan pengakap yang turut serta dalam
persembahan
b.   Menyusun acara
c.     Mengadakan penapisan awal sebelum dipersembahkan.  Pilih seorang pengerusi
khas untuk menjaga persembahan tersebut
d.   Semua persembahan harus dapat didengar dan dilihat oleh penonton
e.     Masa persembahan hanya 2 jam sahaja
f.  Adakan muzik sendiri dari kanak-kanak itu sendiri, kalau ada.

Вам также может понравиться