Вы находитесь на странице: 1из 8

Lampiran A4

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKUR ORIENTASI


PEMBELAJARAN MATEMATIK

Arsaythamby Veloo, PhD


arsay@uum.edu.my
Rosna Awang Hashim, PhD
rosna@uum.edu.my
Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan
Universiti Utara Malaysia

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk membina satu alat ukur Orientasi Pembelajaran Matematik
(OPM) untuk mengakses atribut afektif di kalangan pelajar sekolah menengah.
Pembinaan alat ukur ini dikaji melalui ciri-ciri kesahan, kebolehpercayaan dan
hubungan antara pemboleh ubah. Sebanyak 195 responden yang terdiri daripada pelajar
tingkatan empat di sekolah menengah harian di negeri Kedah telah dipilih secara rawak.
Responden terdiri daripada 86 (44%) pelajar lelaki dan 109 (56%) pelajar perempuan.
Kajian ini menggunakan alat ukur OPM (Maree, 1997) yang digunakan untuk
mengakses afektif pelajar. OPM digunakan untuk mengukur tingkah laku individu
berkaitan dengan aspek-aspek pembelajaran matematik. OPM terdiri daripada lima
gagasan iaitu sikap pembelajaran matematik, kebimbangan matematik, tabiat
pembelajaran matematik, tingkah laku penyelesaian masalah matematik dan
persekitaran pembelajaran matematik. Kajian ini menggunakan SPSS dan WINSTEP
untuk analisis item-item soal selidik OPM darisegi kesahan dan kebolehpercayaan.
Dapatan kajian ini menunjukan kelima-lima konstruk mempunyai nilai
kebolehpercayaan melebihi 0.7 dan ianya boleh diterima pakai (Nunnaly, 1978).
Kesemua konstruk juga mempunyai hubungan antara satu sama lain dan ini
menunjukkan keteguhan untuk mengukur kelima-lima konstruk ada kaitannya. Skala
likert pada mulanya 5 pilihan akhirnya dijadikan 4 pilihan dengan menggunakan step
measures at interaction dengan menggunakan WINSTEP. Kesimpulannya sebelum
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan faktor afektif pelajar perlu diberi
perhatian terutamanya di kalangan pelajar yang lemah dalam matematik

Pengenalan
Kita selalu bertanyakan soalan “mengapakah di antara pelajar terdapat pencapaian
yang berbeza dalam sesuatu mata pelajaran?”. Dalam matematik umpamanya ada pelajar
yang menunjukkan pencapaian yang baik dan ada pula yang terus tercicir dalam
menguasai mata pelajaran ini walaupun tajuk-tajuk yang mudah. Terdapat perbezaan
antara cara pelajar mengamati dan mempelajari matematik kerana setiap individu
mempelajari dan memproses maklumat matematik secara tersendiri. Beberapa sebab telah
diutarakan tentang perbezaan pencapaian matematik dan antaranya ialah individu
mempunyai sahsia pembelajaran matematik yang berlainan, unik dan tersendiri (Berita
Matematik, 1993).

1
Konsep pengukuran yang digunakan dalam ujian dan soal selidik perlu diberi
perhatian daripada segi kesahan dan kebolehpercayaan. Dalam hal ini setiap pengkaji
menggunakan kebolehpercayaan dan kesahan dalam menentukan ketekalan sesuatu alat
ukur yang digunakan. Pengukuran perlu untuk menentukan perbezaan antara individu
atau antara kumpulan individu pada sesuatu atribut psikologi dan item ujian. Dalam ujian
pendidikan dan psikologi alat ukur digunakan untuk mengukur atribut dan kebolehan
pelajar. Keberkesanan alat ukur akan memberi kesahan maklumat dalam hasil kajian
yang dilakukan.

Masalah kajian
Pencapaian Matematik di Malaysia pada masa ini berada pada tahap yang tidak
boleh dibanggakan berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan
Malaysia (Laporan Prestasi SPM, 2002). Ini menunjukkan pencapaian dalam mata
pelajaran matematik di sekolah adalah rendah bukan sahaja di negara kita malah di
peringkat antarabangsa (Blankley, 1994). Sasaran Kementerian Pendidikan Malaysia
meletakkan 60 peratus pelajar dalam aliran sains di sekolah menengah atas masih pada
tahap yang rendah kerana kegagalan pelajar dalam menguasai mata pelajaran matematik
dengan baik.
Dalam kajian ini orientasi pembelajaran matematik diukur dengan menggunakan
lima faktor iaitu sikap, kebimbangan, tabiat, tingkahlaku dalam penyelesaian masalah dan
persekitaran dalam pembelajaran matematik (Maree, 2002). Kelima-lima faktor ini
penting dalam penambahbaikan orientasi pelajar dalam pembelajaran matematik. Dengan
mengetahui kekuatan dan kelemahan orientasi pembelajaran matematik dapat membantu
dan membimbing pelajar ke arah yang lebih cemerlang dalam matematik. Orientasi
pembelajaran matematik pelajar dapat mengenalpasti kecenderungan pelajar dalam
menghadapi ujian matematik.

Objektif Kajian
1. Mengenal pasti kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur orientasi pembelajaran
matematik
2. Mengenal pasti bentuk response mengikut skala likert orientasi pembelajaran
matematik
3. Mengenal pasti hubungan di antara pembeoleh ubah-pemboleh ubah
orientasi pembelajaran matematik

Sorotan Kajian
Teori pembelajaran lebih bersifat diskriptif iaitu menghuraikan aktiviti aktiviti
mental yang boleh dilakukan oleh pelajar mengikut perkembangan intelek subjek
tertentu. Guru yang berpengetahuan teori perkembangan kanak-kanak dapat memahami
pelajar belajar, menyelesaikan dan melaksanakan masalah-masalah matematik. Mengikut
Skemp (1971) dalam bukunya “The Psychology of Learning Mathematics;

“Problems of learning and teaching are psychological problems, and


before we can make much improvement in the teaching of mathematics
we need to know more about how it is learned”(ms.14).

2
Pada dasarnya pembelajaran diertikan sebagai suatu orientasi yang membawa
perubahan ke atas diri setiap individu. Setelah menjalani orientasi pembelajaran,
seseorang itu akan mengetahui, melakukan ataupun berfikir tentang sesuatu yang tidak
diketahui sebelumnya. Di samping itu, orientasi pembelajaran tidak dapat dipisahkan
daripada aktiviti mendapatkan dan menggunakan pengetahuan. Apabila pengetahuan
telah diperoleh dan digunakan, maka perubahan yang diharapkan akan menjadi kenyataan
(Wan Zah Wan Ali, 2000).
Menurut Wan Zah Wan Ali (2000) sesuatu yang dipelajari seharusnya boleh
digunakan dalam kehidupan individu itu tidak kira dalam konteks akademik atau harian
terutamanya pada waktu pengetahuan itu diperolehi atau pada masa hadapan. Yang
penting, pada akhir pembelajaran, ilmu yang dipelajari boleh digunakan. Ilmu yang tidak
dapat digunakan dianggap sebagai sia-sia dan pembelajaran menjadi tidak berguna.
Justeru itu, pembelajaran yang dibawa kepada pelajar haruslah diteliti dan dikaji
tentang kegunaannya. Ia harus dijelaskan kepada pelajar supaya keinginan untuk belajar
berkembang dan seterusnya mendorong mereka untuk gigih berusaha. Pembelajaran tidak
terasing daripada unsur kemanusiaan. Malah wajar didekati dengan masalah ini
berasaskan orientasi pembelajaran pelajar dalam matematik.
Kebanyakan pelajar disekolah mengalami kesukaran dalam pembelajaran yang
mana tidak atau jarang diajar bagaimana hendak belajar. Kesukaran pembelajaran
dikalangan pelajar hanya sedikit berkaitan dengan kebolehan semulajadi (Lashley &
Best, 2001). Tanggapan seseorang pelajar terhadap pembelajaran mempengaruhi cara dia
belajar. Walau bagaimanapun, tanggapan menurut Saljo (1982) tidak boleh dianggap
sebagai ciri yang stabil, terbina dalam diri seseorang pelajar. Sebaliknya ia tercetus
mengikut situasi persekitaran pembelajaran dan budaya yang melingkungi kehidupan
pelajar.
Oleh itu usaha untuk mempertingkatkan mutu pembelajaran tidak harus
ditumpukan ke arah aspek strategi dan kaedah belajar semata-mata. Sifat pelajar yang
kompleks perlu diberi perhatian yang serius kepada soal-soal yang berkaitan dengan
pengalaman, pandangan atau tanggapan pelajar terhadap pembelajaran.Sungguhpun
kebanyakan pelajar sebaya dalam kelas yang sama, pelajar ini mempunyai berbagai-bagai
keperluan dan minat yang berbeza dalam mata pelajaran matematik. Dalam teori
psikologi perkembangan manusia, kesan persekitaran dalam membesarkan seseorang
individu itu adalah amat penting dan ianya memainkan peranan dalam pembentukan
tingkahlaku manusia. Persekitaran ialah segala kuasa kompleks yang boleh
mempengaruhi tingkahlaku individu.
Pada amnya diakui bahawa pelajar perlu proaktif dalam proses pembelajaran
(Fitzerald, Morrall & Morrison, 2000). Pelajar tidak seharusnya pasif dan hanya memberi
maklum balas kepada rangsangan guru. Sebaliknya, pelajar sendiri harus menjana idea
dan mencari peluang belajar disamping boleh bertanggungjawab terhadap pembelajaran
mereka sendiri.
Mengikut Gardner dan Miller (1996), pelajar yang berautonomi akan berinisiatif
untuk merancang dan melaksanakan program pembelajaran. Mereka berupaya
menentukan matlamat pembelajaran mereka sendiri dan mencapai matlamat ini dengan
menggunakan peluang yang terdapat di dalam dan di luar bilik darjah. Ini adalah
bersesuaian dengan individu yang mempunyai minat, kemampuan, gaya dan rentak
pembelajaran yang berbeza antara pelajar. Dengan ini pelbagai pembelajaran diberi

3
penekanan kepada usaha memenuhi keperluan individu yang berbeza dengan persekitaran
dan suasana pembelajaran yang kondusif.
Orientasi pembelajaran adalah berasaskan persepsi bahawa hanya pelajar itu
sendiri yang boleh melakukan pembelajaran secara optimum. Guru, ibu bapa atau rakan
sebaya, walau bagaimana cemerlang pun, tidak mungkin dapat melakukan untuk pelajar.
Ini dikukuhkan lagi melalui pemerhatian bahawa pelajar berbeza antara satu sama lain
dari segi gaya, keperluan dan kadar pembelajaran. Adalah penting pelajar menentukan
strategi pembelajaran yang terbaik dan sesuai dengan diri mereka. Ini akan menghasilkan
individu yang boleh berfikir dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran mereka (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2001)
Menurut Ary, Jacobs dan Razavieh (2002) kajian korelasi akan mengenalpasti
hubungan dan corak hubungan antara pembolehubah-pembolehubah dalam satu kategori.
Maka kajian ini dikategorikan sebagai kajian korelasi dan regresi. Disamping itu bias
item kajian ini juga tertumpu kepada ciri-ciri pelajar seperti jantina, bangsa dan lokasi
sebagai pembolehubah sederhana dalam mengukur matematik. Kajian berbentuk
kuantitatif ini mengaplikasikan kaedah tinjauan berdasarkan soal selidik dalam kajian
yang dijawab oleh pelajar tingkatan empat sekolah menengah atas.
Orientasi pembelajaran matematik dikaji dengan menggunakan lima dimensi
utama iaitu Sikap Pembelajaran dalam matematik merujuk kepada perasaan pelajar
terhadap pengalaman objektif dan subjektif. Sikap terhadap mempelajari matematik
bermanifestasi secara konsisten dan memberi kesan terhadap motivasi, harapan dan minat
mereka berkaitan dengan matematik. Kebimbangan dalam matematik dikalangan pelajar
berkaitan dengan perasaan yang tidak selesa apabila kebimbangan ini bermanifestasi
dengan sendirinya dalam gelagat yang tidak dijangka. Tabiat belajar merujuk kepada
metod pembelajaran perolehan, kekonsistenan dan keberkesanan. Tingkahlaku dalam
menyelesaikan masalah matematik merujuk kepada strategi kognitif dan meta-kognitif
yang diamalkan oleh pelajar dalam matematik. Akhir sekali persekitaran mempelajari
matematik merujuk kepada faktor-faktor yang berkaitan dengan sosial, fizikal dan
pengalaman persekitaran yang dialami oleh pelajar. Pembelajaran yang terlibat adalah
khusus dan umum, strategi merumus pembelajaran, pemikiran kritikal dan strategi
kefahaman seperti penggunaan yang maksimum termasuk catatan ringkas, jadual dan
gambarajah.
Alat ukur yang kedua ialah soal selidik Orientasi Pembelajaran Matematik (OPM)
(Maree 1997) yang digunakan untuk mengukur afektif pelajar. OPM digunakan untuk
mengukur tingkahlaku inidividu berkaitan dengan aspek-aspek pembelajaran matematik.
OPM dibangunkan pada pertengahan tahun 1990 bagi pelajar sekolah tinggi tetapi skop
soalan ini juga boleh digunakan untuk pelajar universiti tahun satu. OPM yang digunakan
terdiri daripada 5 bidang tingkahlaku yang utama iaitu Sikap Belajar dalam Matematik,
Kebimbangan dalam Matematik, Tabiat Belajar dalam Matematik, Tingkah laku Dalam
Penyelesaian Masalah Matematik dan Persekitaran Pembelajaran Matematik. Setiap
bidang yang digunakan dalam soal selidik Orientasi Pembelajaran Matematik
mengandungi beberapa pernyataan untuk mengukur cara pembelajaran individu yang
diamalkan dalam mata pelajaran matematik. Kelima-lima bidang ini ditunjukkan dalam
jadual 1.

4
Soal selidik Orientasi pembelajaran menggunakan skala liket dengan 5 pilihan.
Pilihan satu adalah sangat tidak setuju, pilihan 2 adalah tidak setuju, pilihan 3 adalah
tidak pasti, pilihan 4 adalah setuju dan pilihan 5 adalah sangat setuju. Mengikut Calhoon
dan Fuchs (2003) bagi soal selidik yang mempunyai nilai sikap 2.4 dan kurang
menunjukkan sikap yang negatif, skor item di antara 2.4 hingga 2.6 di anggap sebagai
neutral dan skor yang melebihi 2.6 menunjukkan sikap yang positif.

Jadual 1 :Soal Selidik Orientasi Pembelajaran Matematik (OPM)


BIL DIMENSI (OPM) SOALAN
1 Sikap Dalam Mempelajari Matematik 12
2 Kebimbangan Mempelajari Matematik 14
3 Tabiat Mempelajari Matematik 17
4 Tingkahlaku Dalam Menyelesaian Masalah Matematik 18
5 Persekitaran Dalam Mempelajari Matematik 13
Jumlah 80

Profail Responden
Dalam kajian ini seramai 195 pelajar tingkatan empat mengambil bahagian..
Daripada 195 pelajar ini 86 (44%) adalah pelajar lelaki dan seramai109 (56%) adalah
pelajar perempuan (Jadual 2).

Jadual 2 :Pembahagian Responden Mengikut Jantina


Bil. Pelajar Peratus
Lelaki 86 44
Perempuan 109 56
Jumlah 195 100.0

Ujian Kebolehpercayaan dan Kesahan alat ukur


Sebelum usaha pengujian dilakukan untuk alat ukur tersebut. Hasil penganalisisan
adalah dipaparkan dalam jadual 3. Nilai Alpha yang diperolehi untuk alat ukur
menunjukkan bahawa alat ukur tersebut mempunyai nilai kebolehpercayaan yang baik.
Boleh dikatakan semua nilai alpha bagi kelima-lima dimensi dalam orientasi pelajar
adlah melebihi 0.7. Menurut Nunnally (1978) nilai kebolehpercayaan iaitu alpha melebihi
0.7 adalah tekal bagi setiap dimensi yang digunakan dalam kajian.Dengan itu alat
tersebut adalah sesuai untuk digunakan dalam kajian ini untuk pengukuran gagasan
utama iaitu orientasi pelajar dalam pembelajaran matematik.

Jadual 3 :Nilai Kebolehpercayaan mengikut item, dimensi dan alat ukur.


Skala Item Corrected Item-Total Correlation 
Sikap Dalam Mempelajari Matematik 19 .66 .61 .49 .64 .55 .67 .36 .48 .59 . .89
67 62 .51 .29 .35 .52 .46 .32 .62 .55
Kebimbangan Mempelajari Matematik 16 .64 .65 .60 .52 .60 .37 .55 .41 .64 44 .89
.48 .53 .60 .49 .67 .57
Tabiat Mempelajari Matematik 16 .55 .74 .61 .66 .33 .68 .41 .45 .59 .59 .90
.69 .54 .56 .56 .70 54
Tingkahlaku Dalam Menyelesaian Masalah 13 .57 .37 .37 .50 .53 .39 .59 .43 .38 .52 .83

5
Matematik .57 .41 .53
Persekitaran Dalam Mempelajari Matematik 8 .40 .38 .33 .38 .45 .48 .51 .34 .72
Orientasi Pelajar Dalam Pembelajaran 72 .96
Matematik
Jadual 4 memaparkan korelasi antara dimensi-dimensi dalam alat ukur orientasi
pelajar dalam pembelajaran matematik. Kesemua dimensi-dimensi masing-masing
mempunyai korelasi positif yang amat signifikan. Dengan itu bolehlah dikatakan pada
umumnya dimensi-dimensi tersebut mempunyai nilai kesahan yang memuaskan dan
berjaya mengukur gagasan orientasi pelajar. Maka dimensi-dimensi ini adalah sesuai
digunakan dalam kajian ini untuk mengukur orientasi pelajar. Kesimpulannya, dapatan
kajian ini adalah agak konsisten dari segi pendekatan penilaian orientasi pelajar.

Jadual 4 :Keputusan Ujian Korelasi Antara Dimensi-dimensi Orientasi Pelajar


Dimensi Orientasi Pelajar (1) (2) (3) (4) (5)
(1) Sikap 1.000
(2) Kebimbangan .606** 1.000
(3) Tabiat .823** .502** 1.000
(4) Masalah .734** .400** .762** 1.000
(5) Persekitaran .457** .601** .424** .336** 1.000
** p < .05 ( 2- tailed)

Program Winstep Rasch Model (digunakan untuk mengenal pasti bentuk respons
dan kekuatan item yang digunakan dalam lat ukur orientasi pembelajaran matematik.
Jadual 6 menunjukkan kebolehpercayaan item daripada response pelajar adalah 0.99
berbanding dengan anggaran kebolehpercayaan pelajar adalah 0.81 (Jadual 5)iaitu rendah
berbanding dengan item. Namun demikian kedua-dua nilai kebolehpercayaan boleh
diterima pakai kerana hampir dengan 1.
Jadual 5:SUMMARY OF 195 MEASURED PERSONS
+-----------------------------------------------------------------------------+
| RAW MODEL INFIT OUTFIT |
| SCORE COUNT MEASURE ERROR MNSQ ZSTD MNSQ ZSTD |
|-----------------------------------------------------------------------------|
| MEAN 251.8 93.0 .44 .15 1.00 -.6 1.00 -.5 |
| S.D. 17.4 .1 .37 .00 .49 3.5 .48 3.4 |
| MAX. 309.0 93.0 1.72 .16 2.62 8.6 2.52 8.1 |
| MIN. 207.0 92.0 -.50 .14 .28 -7.9 .30 -7.4 |
|-----------------------------------------------------------------------------|
| REAL RMSE .16 ADJ.SD .33 SEPARATION 2.09 PERSON RELIABILITY .81 |
|MODEL RMSE .15 ADJ.SD .34 SEPARATION 2.32 PERSON RELIABILITY .84 |
| S.E. OF PERSON MEAN .03 |
+-----------------------------------------------------------------------------+
VALID RESPONSES: 100.0%

Jadual 6:SUMMARY OF 93 MEASURED ITEMS


+-----------------------------------------------------------------------------+
| RAW MODEL INFIT OUTFIT |
| SCORE COUNT MEASURE ERROR MNSQ ZSTD MNSQ ZSTD |
|-----------------------------------------------------------------------------|
| MEAN 528.0 195.0 .00 .10 1.00 -.3 1.00 -.3 |
| S.D. 87.2 .2 .90 .01 .27 2.8 .27 2.8 |
| MAX. 722.0 195.0 3.02 .14 1.70 6.3 1.70 6.4 |
| MIN. 264.0 194.0 -2.28 .10 .57 -5.8 .58 -5.6 |
|-----------------------------------------------------------------------------|
| REAL RMSE .11 ADJ.SD .89 SEPARATION 8.33 ITEM RELIABILITY .99 |

6
|MODEL RMSE .10 ADJ.SD .89 SEPARATION 8.79 ITEM RELIABILITY .99 |
| S.E. OF ITEM MEAN .09 |
+-----------------------------------------------------------------------------+
UMEAN=.000 USCALE=1.000

Dari segi fungsi kategori padanan item infit dan outfit padanan menunjukkan
nilainya adalah satu iaitu antara 0.7 hingga 1.3. Bagaimanapun bentuk response mengikut
skala likert tidak jelas mengikut susunan response 1 hingga 5 (12345) (Jadual 7).Ini
menunjukkan skala likert 3 tidak jelas responsenya dan mungkin pelajar keliru dalam
menjawab item berkenaan. Apabila item response 3 dijadikan sebagai 2 bentuk response
adalah seperti dalam jadual 8 dan response pelajarnya adalah 12245.
Jadual 7: CATEGORY PROBABILITIES: MODES - Step measures at intersections
P ++---------+---------+---------+---------+---------+---------++
R 1.0 + +
O | |
B |1 |
A | 1111 |
B .8 + 11 555+
I | 111 55 |
L | 11 55 |
I | 11 55 |
T .6 + 1 55 +
Y | 11 55 |
.5 + 1 444444444 55 +
O | 1 44 **4 |
F .4 + 11 44 5 444 +
| 22222*222 44 55 44 |
R | 222 1 2224 55 444 |
E | 2222 1*3****3333 55 444 |
S .2 + 222 3334*1 22 3**3 444+
P | 2222 333 44 1 2*5 333 |
O |22 3333 44 11*55 222 3333 |
N | 3333333 44444 55555 1111 222222 33333333 |
S .0 +***************5555555555 11111111******************+
E ++---------+---------+---------+---------+---------+---------++
-3 -2 -1 0 1 2 3
PERSON [MINUS] ITEM MEASURE

Jadual 8:CATEGORY PROBABILITIES: MODES - Step measures at intersections


P ++---------+---------+---------+---------+---------+---------++
R 1.0 + +
O | |
B | |
A | |
B .8 + 5+
I |11 555 |
L | 111 55 |
I | 11 55 |
T .6 + 11 55 +
Y | 1 22222222222 55 |
.5 + 11 222 222 444444444 5 +
O | 22*1 224444 4** |
F .4 + 22 11 4422 55 444 +
| 22 11 44 22 5 444 |
R | 222 11 444 22 55 44 |
E |222 11 44 2*5 444 |
S .2 + 4*1 55 222 44+
P | 444 111 555 22 |
O | 44444 111*555 2222 |
N | 4444444 555555 111111 2222222 |
S .0 +******555555555555555555 1111111111111111111*****+
E ++---------+---------+---------+---------+---------+---------++
-3 -2 -1 0 1 2 3
PERSON [MINUS] ITEM MEASURE

7
Bagi menyiasat kehomogenan lima gagasan, kebolehpercayaan penganggaran
kekonsistensi dalaman bagi setiap satu gagasan dikira dengan menggunakan Cronbach
Alpha (lihat jadual 3). Kesemua item menunjukkan nilai korelasi item-total yang agak
tinggi kecuali item 13 (0.29) tentang sikap pembelajaran matematik. Nilai alpha bagi
sikap, kebimbangan, tabiat, tingkah laku penyelesaian masalah dan persekitaran
pembelajaran matematik adalah 0.89, 0.89, 0.90, 0.83 dan 0.72. pada keseluruhan alat
ukur OPM mempunyai nilai alpha yang tinggi iaitu o.92. Ini menunjukkan bahawa alat
ukur OPM mempunyai nilai alpha bagi kelima-lima gagasan dalam OPM adalah melebihi
0.70 (Nunnaly, 1978).

Bibliografi
Ary, D. Jacobs, L. C. & Razavieh, A. (2002). Introduction to Research in education (6th
ed.), USA : Wadsworth Group.
Berita Matematik, (1993). Sahsiah Pembelajaran Matematik, 42, Pusat perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Blankley, W. (1994). The abyss in African School Education in South Africa. South
African Journal of Science, 90, 22-38.
Calhoon, M. B. & Fuchs, L. S. (2003). The Effects of Peer-Assisted Learning Strategies
and Curriculum-Based Measurement on the Mathematics Performance of
secondary students with Disabilities, Remedial and Special Education, 24 (4),
235-245.
Fitzerald, S., Morrall, A., & Morrison, B. (2000). Catering for Individual Learning
Styles: experiences of Orienting Students in an asian self-Access Centre,
http://elc.polyu.edu.hk/CILL/staff/auto 2000.htm
Gardner, D. & Miller, L. (1996). Task for Independent Language Learning. Virginia,
USA: TESOL.
Laporan Prestasi SPM. (2002). Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Lashley, C. & Best, W. (2001). 12 Steps to study Success. London: Continuum.
Maree, J. G. (1997). The Study Orientation Questionnaire in Mathematics (SOM).
Pretoria: Human Sciences Research Council. Pretoria University, South Africa.
Maree, J. G. (2002). Study Orientation: Maths Questionnare SOM, Human Sciences
Research Council. Pretoria University, South Africa.
Nunnaly, J. C. (1978). Psychometric Theory (2nd ed.),USA: McGraw-Hill.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pembelajaran Akses Kendiri, Pusat
Perkembangan kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Skemp, R. R. (1971). The Psychology of Learning Mathematics, Middlesex: Penguin
Book Limited.
Wan Zah Wan Ali. (2000). Memahami Pembelajaran, Kuala Lumpur: Utusan
Publication.

Вам также может понравиться