Вы находитесь на странице: 1из 28

1

Pengenalan

Keperluan untuk berkomunikasi sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian


manusia. Sejak permulaan zaman lagi, manusia telah berkomunikasi menggunakan
pelbagai jenis teknik dan kaedah. Keadaan dan teknologi yang ada membolehkan kita
mengenalpasti kadah-kaedah tersebut dan tujuan manusia berkomunikasi. Kebanyakkan
bentuk komunikasi peringkat awal ialah dalam bentuk tulisan, gambaran, dan dinding
gua. Selepas itu komunikasi berkembang dengan pembangunan bahasa dan juga
penggunaan simbol. Daun papyrus dan kertas digunakan bagi merekod komunikasi
untuk digunakan kemudian. Isyarat asap oleh orang India Amerika asli, gendang oleh
puak Afrika dan juga menara dari tembok China adalah tanda wujudnya keinginan untuk
berkomunikasi di sebalik sempadan ruang fizikal yang begitu pantas. Penglipur lara
sewaktu perkhemahan juga merupakan salah satu contoh daripada komunikasi,
menggunakan animasi, gaya tubuh dan bunyi untuk menyampaikan mesej atau maklumat
kepada ahli puak yang lain.

Dalam tahun 1948, satu metod komunikasi telah dicadangkan olah Claude Shannon.
Shannon bekerja untuk Syarikat Bell Telephone di Amerika dan begitu mengambil berat
tentang pemindahan percakapan melalui talian telefon. Warren Weaver dalan
kerjasamanya bersama Shannon telah menulis pengenalan untuk model ini dan telah
diterbitkan sebagai buku dalam tahun 1949. Weaver melihat kemampuan model
komunikasi Shannon dalam ruang lingkup yang lebih luas dan bukan hanya untuk
telefoni sahaja dan semenjak itu ia telah bertindak sebagai asas untuk menerangkan
komunikasi.
2

Maksud Telekomunikasi dan Komunikasi

Perkataaan telekomunikasi berasal daripada perkataan Greek. ‘Tele’ bermaksud “sangat


jauh”. Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak jauh tanpa mengubah
kandungan maklumat tersebut. Semua sistem telekomunikasi terdiri daripada komponen-
komponen berikut :

 Penghantar – mencipta maklumat yang akan dihantar.


 Bahantara - maklumat akan dihantar melaluinya.
 Penerima - menerima maklumat yang dihantar tanpa sebarang perubahan.

Satu contoh telekomunikasi ialah dua orang yang sedang bercakap melalui telefon
dimana talian telefon adalah merupakan bahantara komunikasi.

Gambarajah sistem telekomunikasi mudah

Komunikasi berasal daripada perkataan ‘pemproses data’ dan telekomunikasi. Secara


umumnya komunikasi melibatkan maklumat yang dikeluarkan oleh sesuatu terminal atau
mesin yang dibawa menerusi beberapa bentuk bahantara komunikasi seperti talian
telefon, mikrogelombang atau sistem satelit dan saluran gentian optik. Komunikasi data
atau juga dikenali sebagai telepemproses, melibatkan sekurang-kurangnya dua peranti
perkakasan yang boleh ‘bercakap’ antara satu dengan lain menerusi satu rangkaian
komunikasi.
3

Komunikasi sebenarnya berada di sekeliling kita. Manusia telah berkomunikasi dalam


pelbagai cara sejak permulaan kewujudan mereka dalam bentuk tulisan , lukisan isyarat,
simbol dan bahasa.

Terdapat banyak paras komunikasi daripada inter, intra, kumpulan, organisasi


kebangsaan dan global. Kita juga boleh bercakap mengenai komunikasi haiwan dan juga
cara komputer berkomunikasi dimana komputer menjadi pengantara mesej tersebut.
Dalam era maklumat, banyak bentuk komunikasi yang kita terima telah menjadi
pengantara dalam beberapa cara oleh teknologi.

Kesimpulannya komunikasi merupakan sebahagian daripada telekomunikasi, dimana


‘tele’ di hadapan perkataan komunikasi menerangkan kepada kita bahawa komunikasi
tersebut mempunyai jarak yang jauh antara penghantar dan penerima. Semua pengguna
boleh berhubung antara satu sama lain tidak kira walau dimanapun mereka berada di
dunia ini sekiranya mempunyai bahantara komunikasi atau rangkaian tersebut seperti
telefon.
4

Evolusi Rangkaian Komunikasi Moden

Sejarah komunikasi elektronik moden bermula dengan eksperimen telefon Alexander


Graham Bell, dimana percakapan boleh ditukarkan kepada tenaga elektrik dan dihantar
melalui wayar fizikal dan distrukturkan semula apabila sampai kepada penerima.
Percakapan sebenarnya ialah getaran udara yang menggetarkan sebuah kon kertas dimana
satu gelung yang kecil diletakkan. Ini akan menghasilkan isyarat elektrik dalam gelung
tersebut yang mana berkadaran dengan getaran kon kertas. Satu isyarat elektrik yang
sama telah dibina dalam gelung tersebut yang mana kemudiannya boleh dihantar bersama
sepasang wayar kepada alat penerima yang akan menukar isyarat elektrik tadi kepada
gelombang bunyi semula.

Alexander Graham Bell dilahirkan Edinburgh, Scotland pada tahun 1847. Kemudian dia
bermigrasi ke Amerika Syarikat dan menetap di Boston. Bell berminat dalam pendidikan
golongan yang pekak dan telah mencipta mikrofon dan selepas itu pada tahun 1876 pula,
beliau telah mencipta mesin percakapan elektrik yang kini dikenali lebih sebagai telefon.
Pada tahun 1878, Bell telah membina talian telefon yang pertama di New Haven,
Connecticut dan dalam tahun 1884 satu sambungan jarak jauh telah dibuat merentasi
Boston, Massachussetts dan Bandar New York.

Dalam eksperimen awal untuk memindahkan percakapan ini, wayar kuprum telah
digunakan sebagai media sambungan dimana isyarat bergerak. Ini adalah kerana wayar
kuprum merupakan konduktor yang baik yang mana ia membenarkan isyarat elektrik itu
mengalir ke dalam wayar itu dengan mudah. Apabila penggunaan telefon semakin
popular, lebih ramai orang mahu berkomunikasi antara satu sama lain, jadi satu pusat
pertukaran (pertukaran telefon) dibina. Setiap pelanggan disambungkan kepada
pemindahan telefon melalui satu wayar yang membawa isyarat daripada telefon mereka.
5

Apabila keperluan untuk sambungan dalaman telefon pelanggan bertambah, mereka


disambungkan melalui wayar atas kepada pusat pertukaran dimana wayar fizikal daripada
setiap pelanggan disambungkan kepada wayar fizikal pelanggan yang lain melalui
operator manual. Oleh kerana lebih ramai pelanggan disambungkan, maka lebih banyak
operator diperlukan untuk menyambung panggilan. Ini telah menimbulkan masalah,
jadi pembangunan untuk proses pengautomatikan sambungan diantara pelanggan pun
bermula, seterusnya pertukaran pemindahan telefon automatik teleh menjadi kenyataan
dan menggantikan operator tempatan tetapi mereka masih digunakan untuk menyambung
panggilan jarak jauh.

Wayar pelanggan daripada rumah mereka ke pusat pertukaran telefon berada diatas, dan
dipasang dengan cara yang sama dengan kebanyakkan wayar elektrik yang ada sekarang
di atas tiang yang dimasukkan ke dalam tanah sejauh 15 kaki tinggi. Ini menyebabkan
ianya sukar untuk diuruskan. Kualiti pemindahan diganggu oleh cuaca kerana apabila
hujan akan terdapat kebocoran yang menyebabkan isyarat pergi ke tanah dimana
sepatutnya ia bergerak disepanjang wayar.

Pelanggan luar bandar mula berkongsi kabel jadi satu kabel boleh menampung beberapa
pelanggan sama ada satu panggilan pada satu masa atau pada masa yang sama
menggunakan isyarat radio untuk memisahkan setiap perbualan. Untuk menyambungkan
pemindahan telefon bersama-sama, kerja –kerja bermula dengan menggunakan kabel
yang berlainan dan penggunaan isyarat radio melalui kabel seperti coax. Untuk
pelanggan luar bandar, yang tinggal lebih jauh daripada pusat pertukaran ianya adalah
terlalu mahal untuk menyediakan satu kabel untuk satu pelanggan . Jadi keperluan untuk
membolehkan satu kabel membawa lebih dari satu perbualan menigkat supaya dengan
cara ini pelanggan dapat berkongsi satu kabel dan menjimatkan duit syarikat telefon. Jadi
dalam masa yang singkat, dengan menggunakan isyarat radio, setiap kabel wayar terbuka
mampu membawa 12 perbualan yang berasingan dengan isyarat telegraf sebagai pilihan.
6

Jarak kemudiannya menjadi satu faktor penghalang, jadi kerja untuk meningkatkan jarak
yang boleh dilalui oleh isyarat untuk dihantar dan diterima dimulakan. Satu cara ialah
dengan menambah diameter kabel yang juga boleh menyebabkan kabel itu menjadi lebih
berat. Kos untuk membeli kabel adalah sangat tinggi sebelum peralatan yang khusus
digunakan untuk membawa lebih dari satu perbualan percakapan dalam satu pasang
wayar. Ini dilakukan dengan satu teknik yang dikenali sebagai ‘multipleksing’.

Ini telah merendahkan kos untuk meyediakan talian percakapan kepada pelanggan.yang
mana sebelum ini satu kabel hanya untuk satu talian perbualan, sekarang satu kabel boleh
memuatkan ratusan talian percakapan . Ini membolehkan peningkatan dalam hasil untuk
dikumpul bagi setiap kabel oleh syarikat telefon.

Apabila isyarat bergerak melalui kabel, sebahagian daripadanya diserap oleh kabel dan
akhirnya isyarat yang sampai telah hilang kekuatannya jika dibandingkan dengan
sewaktu isyarat itu dihantar. Jadi ini bermaksud jika kabel tersebut adalah terlalu
panjang, tidak ada isyarat yang akan sampai di akhirnya atau isyarat itu akan jadi terlalu
lemah dimana kita tidak akan dapat mendengarnya.

Satu kabel yang lebih tebal kurang menjejaskan isyarat jika dibandingkan dengan kabel
yang lebih nipis, jadi kita boleh menghantar isyarat pada jarak jauh dengan menggunakan
kabel yang lebih tebal sebelum isyarat itu menjadi terlalu lemah. Walau bagaimanapun,
kabel yang tebal adalah lebih mahal dan lebih berat. Sistem wayar terbuka asalnya dibuat
daripada kuprum, tetapi kosnya kini telah meningkat.

Attenuation adalah satu ukuran untuk mengira berapa banyak isyarat yang telah hilang
apabila ia bergerak melalui medium komunikasi. Sebahagian daripada isyarat itu
bertukar sebagai haba atau diserap oleh medium komunikasi. Bukan semua isyarat yang
dihantar sampai kepada penerima. Attenuation diukur dalam unit decibles(dB).
Kehilangan 3dB bermaksud separuh daripada isyarat telah hilang apabila ia sampai
kepada penerima. Lebih jauh jarak yang dilalui oleh isyarat, lebih banyak attenuation
yang akan dialami oleh isyarat tersebut.
7

Sistem wayar terbuka berasaskan kuprum telah memberi laluan kepada sistem wayar
terbuka berasaskan aluminium. Kabel jenis ini mestilah lebih tebal kerana aluminium
tidaklah sebagus kuprum tetapi ianya adalah lebih ringan dan lebih murah. Masalah lain
yang timbul pula ialah aluminium mengalami pengoksidaan apabila terdedah kepada
udara dan ini juga akan menjejaskan isyarat apabila ia bergerak melalui kabel. Kabel
aluminium mula digunakan semenjak perang dunia kedua iaitu apabila kuprum sukar
didapati.

Sistem wayar terbuka yang terdedah kepada cuaca selalunya gagal berfungsi sewaktu
musim hujan dan ribut. Ia biasanya disambar oleh kilat atau pokok tumbang. Tidak lama
selepas itu sistem wayar terbuka yang menyediakan perkhidmatan pada pelanggan luar
bandar telah digantikan oleh bentuk sistem komunikasi yang lain.
8

Alat- alat Telekomunikasi

1. Telefon

Dalam sejarah , telefon pada mulanya tidaklah diterima dengan baik. Pada peringkat
awal, suara melalui telefon hampir tidak dapat didengar. Kadar jarak jauh di
peringkat awal abad adalah terlalu mahal untuk hampir semua orang.
Walaubagaimanapun, perkhidmatan tel;efon terus berkembang dan meningkat dan
sekarang ia merupakan sebahagian daripada keperluan komunikasi yang amat
penting.

Sejarah Telefon

 1876 : Alexander Graham Bell mendapat paten untuk membuat telefon


 1877 : Perkhidmatan telefon komersial yang pertama iatu Bell Telephone
beroperasi
 1881 : Talian jarak jauh yang pertama digunakan untuk oaring awam diantara
Boston dan Providence
 1891 : Sistem Dial Automatik yang pertama direka
 1900 : Loading coil, satu alat yang significantly mengurangkan ‘tendency’
isyarat telefon menjadi lemah disebabkan jarak telah diperkenalkan
 1915 : Pembukaan talian diantara New York dan Francisco secara rasmi
 1927 : Perkhidmatan Telefon Komersial oleh radio diantara New York dan
London dibuka buat pertama kalinya.
 1947 : Bermulanya penggunaan radio gelombang mikro yang kemudiannya
mendominasi karier untuk telefon jarak jauh di Amerika Syarikat
 1965 : Bermulanya penggunaan sistem pertukaran elektronik dengan pejabat
pusat elektrik komersial yang pertama
9

2. Faksimili

Mesin Faksimili, atau lebih dikenali sebagai mesin faks telah digunakan beberapa
tahun malahan mesin faks yang pertama dikeluarkan ialah pada tahun 1843. Walau
bagaimanapun mesin faks tidak digunakan dengan begitu meluas sehinggalah tahun
1970 an. Mesin faks yang pertama adalah dalam bentuk analog, oleh sebab itu, ia
mencetak maklumat pada masa yang sama semasa maklumat itu diterima. Mesin
penerima tersebut pula perlu tahu lokasi yang tepat pada muka surat yang diterima
untuk bertindak balas terhadap maklumat yang dihantar. Ini memerlukan
penyelerasan yang teliti kerana biasanya imej yang diperolehi telah rosak.

Sesetengah piawaian mesin faks yang terawal menggunakan hubungan komunikasi


yang perlahan tanpa sebarang pemampatan. Satu piawaian yang diklasifikasikan
sebagai “Group 1” menggunakan modulasi frekuensi secara terus untuk
menyampaikan maklumat imej. Setiap frekuensi menyatakan warna yang berbeza,
dan hanya dua warna yang terlibat iaitu : 1300 Hz mewakili piksel putih dan 2100 Hz
mewakili piksel hitam. Kaedah ini memerlukan lebih kurang 6 minit untuk
memindahkan sehelai muka surat maklumat.

Kumpulan 2 menukar kaedah modulasi kepada modulasi amplitud dan menindih


sideband untuk memampatkan bandwidth. Piksel putih dikenalpasti oleh isyarat
ampltud maksimum, piksel hitam pula dikenalpasti oleh isyarat amplitud minimum.
Secara keseluruhanya pemindahan ini memakan masa selama 3 minit untuk setiap
muka surat yang dihantar.

Dewasa ini, jenis mesin faksimili yang digunakan secara meluas ialah Kumpulan 3.
Komunikasi mesin faks jenis ini menggunakan kaedah modulasi yang
menggabungkan modulasi fasa dan modulasi amplitud. Tambahan pula, data digital
dipadatkan dengan menggunakan pengekodan panjang larian yang menghasilkan
masa pemindahan kurang dari seminit untuk setiap mukasurat. Satu lagi jenis faks
iaitu Kumpulan 4 biasanya digunakan dengan Rangkaian Data Awam. Disini, kita
10

akan mengendalikan keperluan bahagian-bahagian kumpulan 3 yang paling popular


dan digunakan di atas talian telefon yang piawai.

Komunikasi Faksimili akan terus berkembang. Tambahan akan dibuat kepada


spesifikasi Kumpulan 3 seperti yang telah dibuat sebelum ini. Peningkatan dalam
komputer kos rendah dan peralatan komunikasi akan membawa peningkatan dalam
prosedur faksimili. Penggunaan Internet juga sudah semakin meluas dan sudah
terdapat pelbagai cara untuk menghantar faks melalui rangkaian komputer dunia dan
pastinya keadaan teknologi faksimili akan terus berkembang dari semasa ke semasa.
11

Bahantara Komunikasi

Terdapat pelbagai jenis saluran komunikasi di Malaysia dan bahantara untuk


melaksanakan penghantaran maklumat ini adalah :

1. Pasangan Dawai

Juga dikenali sebagai dawai terpintal, terdiri daripada satu pasang dawai tembaga
berpintal. Kabel jenis ini mewakili teknologi penghantaran elektronik yang paling
lama, talian telefon biasa yang digunakan oleh sistem telefon ialah pasangan dawai.
Satu pasang dawai dapat melayan dua titik sahaja iaitu dua orang atau dua peranti
pada satu masa. Faedah paling besar yang yang didapati daripada penggunaan
pasangan dawai dalam komunikasi data pada masa kini ialah kerana talian telefon
boleh dikatakan sudahpun ada disegenap pelusuk dunia. Oleh itu maklumat seolah-
olah boleh dihantar kemana-mana tempat diserata dunia. Cara ini adalah murah.

Pasangan Dawai
12

2. Kabel Sepaksi

Kabel Sepaksi terdiri daripada satu bahan pelindung berbentuk silinder berteraskan
dawai atau teras pejal yang disaluti dengan bahan penebat. Merupakan satu bahantara
yang lebih dipercayai untuk penghantaran data. Kabel ini digunakan didasar lautan
telah sekian lama untuk menyediakan komunikasi telefon antara benua.

Kabel Sepaksi

3. Kabei Gentian Optik

Kabel Gentian Optik merupakan kabel yang dicipta daripada gelas dan disalut oleh
selaput plastik. Isyarat dijanakan oleh diod foto (photo diode) dan diterima oleh
penerima foto (photo receptor). Kabel Gentian Optik tidak mengalami gangguan
elektromagnet, dan dapat mencapai kadar penghantaran data yang tinggi melalui jarak
jauh. Ia biasanya digunakan untuk sambungan WAN yang memerlukan lebar jalur
yang tinggi serta mencapai jarak yang jauh. Disebabkan setiap kabel optik gentian
hanya dapat menghantar isyarat sehala, maka sepasang kabel optik gentian mestilah
dibekalkan untuk mencapai komunikasi dua hala.

Kabel Gentian Optik


13

4. Mikrogelombang

Merupakan isyarat radio yang mempunyai frekuensi tinggi, dihantar menerusi ruang
angkasa lepas. Isyarat ini dipancarkan dengan jitu dalam penghantaran garisan
penglihatan dari satu antenna ke antena lain. Antena tersebut diletakkan dipuncak
bukit, diatas menara atau diatas bangunan yang tinggi. Lazimnya jarak antara antena
tersebut ialah 25 hingga 50 batu. Penghantaran adalah lebih pantas dengan
mikrogelombang.

Mikrogelombang
14

5. Satelit
Sistem komunikasi satelit menggunakan stesen bumi (earth station) untuk mencapai
satelit yang terdapat pada orbit sekeliling bumi. Terdapat beberapa kategori satelit,
iaitu GEO, MEO dan LEO. Satelit Geosynchronous Earth Orbit (GEO) merupakan
satelit yang paling mudah dicapai sebab ia terdapat pada tempat yang tetap. Namun,
masa lengah penyiaran (propagation delay) daripada stesen bumi ke satelit GEO
adalah lama (~130 ms). Sistem satelit Middle Earth Orbit (MEO) dan Low Earth
Orbit (LEO) telah dicadangkan untuk mengurangkan masa lengah penyiaran tersebut.

Berkaitan dengan teknologi satelit, Malaysia telah mempunyai empat laluan satelit
iaitu di Kuantan, Labuan, Melaka dan Sematan yang menyediakan hubungan trafik ke
negara lain dalam lingkungan lautan-lautan Hindi dan Pasifik. Malaysia juga kini
mempunyai dua buah satelit komunikasi iaitu MEASAT 1 dan MEASAT 2.
Perkhidmatan komunikasi satelit ini merupakan sebahagian daripada komponen
industri angkasa.
15

Perkembangan Dunia Telekomunikasi di Malaysia

Industri telekomunikasi dianggap penting sekarang di Malaysia memandangkan


sumbangannya sebagai alat teknologi untuk pertumbuhan pembangunan negara. Industri
telekomunikasi di Malaysia berkembang secara agresif dengan bermulanya pengunaan
telefon dan perkhidmatan telegrafik selepas Perang Dunia Kedua sehingga kepada
rangkaian telekomunikasi yang canggih menggunakan kabel fiber optik, gelombang
mikro dan sistem satelit untuk menghubungkan komuniti yang berada di desa dan bandar.

Rakyat Malaysia juga bertuah kerana dengan adanya Menara Kuala Lumpur dan
perkhidmatan All Asia Television and Radio Company (Astro) melalui Measat Broadcast
Network Systems Sdn Bhd (Measat Broadcast) adalah dua pekara penting dalam bidang
telekomunikasi negara yang meletakkan Malaysia setaraf dengan negara maju. Menara
Kuala Lumpur adalah menara telekomunikasi paling cantik pernah dibina sehingga kini.

Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia dipertanggungjawabkan untuk


merangka polisi jangka pendek dan jangka panjang sektor telekomunikasi di Malaysia.
Berdasarkan polisi telekomunikasi sekarang, pihak yang terbabit diarahkan untuk
memajukan negara supaya kaya dengan maklumat melalui kemudahan rangkaian
telekomunikasi canggih .

Strategi yang telah dirangkakan ialah perkhidmatan sedia ada dikembangkan secara lebih
sistematik dan menyeluruh. Menjelang 2002, adalah dianggarkan kadar perkhidmatan
telefon menjangkau 50 telefon untuk 100 orang di kawasan desa. Kerajaan juga akan
mengeluarkan lesen untuk syarikat telekomunikasi jika perlu untuk membekalkan
perkhidmatan dan infrastruktur bagi rangkaian jangka panjang. Dari segi infrastruktur,
rangkaian telekomunikasi akan menggunakan secara optima fiber optik, gelombang
mikro dan sistem satelit. Kerajaan juga akan sentiasa mengkaji semula kadar tarif agar
kos adalah pada kadar yang sepatutnya. Dalam menyediakan semua ini, tanggungjawab
sosial juga tidak akan diabaikan khususnya dalam penyediaan dan meningkatkan
kemudahan telekomunikasi bagi kawasan desa.
16

Kemudahan Infrastruktur Telekomunikasi

1. Koridor Raya Multimedia (MSC)

Kemudahan infrastruktur telekomunikasi merupakan salah satu kelebihan daya


saingan MSC. Multimedia Super Coridor(MSC) merupakan satu projek mega yang
amat berkait rapat dengan perkembangan telekomunikasi di Malaysia.
Memandangkan MSC dibangunkan di tempat yang baru yang sebelum ini merupakan
kawasan luar bandar maka soal menggantikan infrastruktur telekomunikasi yang lama
tidak timbul. Dengan ini, MSC dapat secara terus menggunakan teknologi terkini
untuk perhubungan rangkaian.

Keluasan kawasan MSC ialah 4500km persegi bermula daripada Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan berakhir hingga ke KLCC. Wilayah
Persekutuan Putrajaya telah menjadi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan baru di
mana konsep kerajaan elektronik diperkenalkan.

Sebagai sebuah bandaraya bestari, Putrajaya akan menawarkan kemudahan


perkhidmatan telekomunikasi yang canggih dan sesuai dengan kedudukannya di
dalam lingkungan Koridor Raya Multimedia (MSC). Perkhidmatan telekomunikasi
ini merangkumi perkhidmatan-perkhidmatan seperti telefon, pengaliran data,
televisyen dan video kabel, sistem penyiaran radio dan televisyen kerajaan dan
swasta, sistem kamera pengawasan (CCTV) dan jaringan data khusus.

Pembangunan perkhidmatan telekomunikasi ini menyediakan penyaluran maklumat


untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbagai-bagai di Putrajaya. Justeru itu,
jaringan gentian optik digital berkeupayaan 2.5 hingga 10 gigabit digunakan dalam
penyaluran maklumat untuk bandar raya ini.
17

Sementara itu, ibu sawat telekom yang dibina di Precinct Kerajaan akan dihubungkan
dengan ibu sawat di Bangi untuk liputan bagi kawasan sekitar Putrajaya. Untuk
liputan yang lebih menyeluruh ibu sawat Telekom ini dihubungkan dengan ibu sawat
di Kajang, manakala untuk liputan antarabangsa, jaringan ini dihubungkan dengan ibu
sawat di Kelana Jaya dan Raja Chulan.

Jaringan penyaluran maklumat ini dikawal selia dengan menggunakan sistem


berkomputer. Ini bertujuan memberikan perkhidmatan telekomunikasi yang terbaik
dengan mengurangkan unsur-unsur gangguan dan penyaluran maklumat terputus.

 Bangunan ibu sawat Telekom yang siap dibina di Parcel Z di Precinct Kerajaan.
18

2. Gentian Optik

Pelaburan yang besar telah dibuat untuk menyediakan infrastruktur komunikasi yang
mengandungi teknologi gentian optik, satelit dan selular bagi menyokong
pembangunan telekomunikasi dalam negara. Rangkaian gentian optik yang meluas
telah dipasang iaitu 62,600 kilometer yang menghubungkan negeri dan bandar utama
di seluruh negara. Rangkaian gentian optik membolehkan jalur lebar yang
berkeupayaan tinggi menghantar pelbagai bentuk trafik seperti data, suara dan video.
Berkaitan dengan teknologi satelit, Malaysia telah mempunyai empat laluan satelit
iaitu di Kuantan, Labuan, Melaka dan Sematan yang menyediakan hubungan trafik ke
negara lain dalam lingkungan lautan Hindi dan Pasifik.

Bagi MSC, rangkaian tulang belakang gentian optik yang merangkumi 360 kilometer
telah siap dibina. Pembinaan tulang belakang tersebut juga melibatkan pemasangan
suis Mod Pertukaran Asinkroni (ATM) di Cyberjaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
dan Bukit Jalil bagi menyokong penggunaan multimedia jalur lebar dan capaian
Internet berkelajuan tinggi. Infrastruktur jalur lebar MSC terdiri daripada empat jalur
utama di mana setiap satu mempunyai lebarjalur antara 2.5 ke 10 gigabit sesaat
(Gbps).

3. Internet

Internet dan teknologi tanpa wayar merupakan dua teknologi terpantas yang
dibangunkan dalam bidang telekomunikasi. Enam ISP telah diberikan lesen tetapi
hanya tiga yang telah mula menyediakan perkhidmatan Internet kepada pelanggan.
Bagi melengkapkan ISP, Pembekal Khidmat Capaian (ASP) juga turut diberikan
lesen. Terdapat 43 ASP di seluruh negara yang kebanyakannya beroperasi di Lembah
Klang dan Pulau Pinang. Dengan kemajuan teknologi tanpa wayar, peranti capaian
jenis baru yang berpatutan harganya telah tersedia untuk capaian Internet. Peralatan
ini termasuklah peranti Aplikasi Protokol Tanpa Wayar (WAP) seperti telefon mudah
alih, peranti pegang dan petak kotak.
19

Di Malaysia, Internet kini menjadi alat berkomunikasi terpenting untuk bertukar


emel, melayari World Wide Wide (WWW), menghantar, mewujud dan membaca
mesej-mesej dalam kumpulan perbincangan ataupun papan buletin (BBS), dan yang
paling digemari, bersembang di bilik chatting. Namun, di negara-negara maju,
nampaknya mereka lebih suka membeli-belah menggunakan teknologi ini.

Tidak dinafikan juga kebanyakan pengguna internet menggunakan komputer peribadi


untuk megakses internet, tetapi kini internet boleh diakses menggunakan televisyen
dengan penambahan alatan tertentu tanpa perlu penggunanya memiliki sebuah
komputer, dan inilah sebenarnya yang dinamakan teknologi.

Untuk perkhidmatan yang lebih komersial, internet sebenarnya disediakan oleh beribu
Penyedia Khidmat Internet atau Internet Service Provider (ISP) yang menyediakan
perkhimatan mengakses internet di seluruh dunia. Ada yang terdiri daripada syarikat
telekomunikasi, syarikat suratkhabar dan ada juga perkhimatan yang ditawarkan oleh
syarikat tv kabel. Di negara kita ada empat Penyedia Khidmat Internet (ISP), bermula
dengan perkhidmatan Jaring yang disediakan oleh MIMOS Berhad, TM Net oleh
Telekom, Maxis serta TimeDotCom. 

4. Wireless Application Protokol

Secara asasnya WAP merupakan teknologi yang membolehkan pengguna mencapai


aplikasi interaktif seperti melayari Internet dari telefon selular. Melalui WAP,
kandungan yang disedia khusus bagi aplikasi ini akan dapat dilayari walaupun dengan
menggunakan input melalui papan kekunci kecil dan monitor terhad di telefon selular.
WAP juga dapat memberikan kebolehan lebih dari sekadar perkhidmatan pesanan
pendek atau Short Messaging System (SMS) seperti mana yang ditawarkan oleh
telefon selular digital sekarang ini. Jika SMS membenarkan pesanan teks statik
sepanjang 160 aksara sahaja, aplikasi WAP pula boleh disediakan dalam bentuk
grafik, teks dan bersifat interaktif.
20

5. Perkhidmatan Telefon Protokol Internet (IP telephony) atau VoIP (voice over
IP) faks melalui protokol Internet

Protokol Internet (IP) hanya merupakan salah satu dari paras prorokol dalam suatu
rangkaian. Dalam bahasa paling mudah, apa-apa sahaja yang dihubungkan dengan IP
bermaksud melaksanakan komunikasi melalui Internet. IP merupakan teknologi
yang baik untuk komunikasi data. Sekarang ini banyak syarikat di negara maju, tidak
ketinggalan di Malaysia, sedang membina rangkaian IP dengan matlamat untuk
menawarkan perkhidmatan suara dan data bersepadu. IP adalah satu paras prorokol
dalam rangkaian.

Bagaimana komunikasi melalui IP terjadi? Secara teorinya, suara dimampatkan dan


dipindahkan dalam bentuk paket menerusi Internet, seperti mana kandungan e-mel
dipindahkan. Paket IP pergi dan kembali dalam Internet, dan membolehkan
pengguna bercakap dan mendengar pada masa yang sama. Dengan proses
pemampatan suara menjadi paket, syarikat penyedia perkhidmatan IP boleh
mengendalikan jauh lebih banyak panggilan VoIP dalam satu masa berbanding
dengan panggilan telefon.

Terkini dalam pasaran ialah perkhidmatan pra-bayar kad Flexicall JARING


(www.flexicall.net). Perkhidmatan ini menggunakan teknologi VoIP dengan
menggunakan rangkaian tulang belakang optik fiber Internet yang dipunyai oleh
JARING. Para pengguna boleh menggunakan telefon PSTN di rumah dan dari mana-
mana pondok telefon awam. Ia sememangnya murah untuk membuat panggilan jauh,
khususnya panggilan ke sebarang laut.
21

6. Bidang Pendidikan di Malaysia

Pada tahun 1980-an, pendidikan komputer diperkenalkan di sekolah menengah


terpilih. Kini boleh dikatakan disetiap sekolah mempunyai makmal komputer untuk
tujuan pembelajaran. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melihat ramai anak
Malaysia yang celik IT. Kerajaan juga telah menubuhkan sekolah bestari iaitu sebuah
sekolah yang menggunakan aplikasi komputer multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.

Inisiatif sekolah bestari telah diperkenalkan bertujuan melahirkan generasi baru


Malaysia yang celik ICT, kreatif dan inovatif serta berupaya membawa ekonomi
kepada Era Maklumat. Projek ini yang telah dilaksanakan sebagai projek perintis
dalam tempoh RMKe-7 melibatkan 90 sekolah yang terdiri daripada sembilan sekolah
baru yang sedang dalam pembinaaan dan 81 sekolah sedia ada yang dinaikkan taraf.
Sekolah-sekolah ini telah dilengkapkan dengan peralatan multimedia/komputer yang
terkini dan dibekalkan dengan bahan pengajaran bagi empat mata pelajaran iaitu
bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, sains dan matematik.

Bahan ini bukan sahaja menambahkan kurikulum yang berasaskan rangkaian tetapi
juga membolehkan pelajar yang mempunyai keupayaan berbeza untuk memperolehi
kejayaan mengikut kemampuan masing-masing. Sistem Pengurusan Sekolah Bestari
membolehkan pihak pentadbir sekolah menguruskan dengan lebih cekap dan
berkesan sumber yang ada serta mematuhi proses yang diperlukan untuk membantu
fungsi pembelajaran dan pengajaran untuk sekolah-sekolah tersebut. Sebagai
pelengkap kepada sekolah bestari, Rangkaian Sekolah Global telah juga diperkenal
untuk membolehkan sekolah di Malaysia dihubungkan secara elektronik dengan
sekolah yang dipilih di serata dunia.
22

7. Telesidang dan Videosidang

Telesidang menggunakan peralatan telefon khas untuk membenarkan seorang atau


ramai orang berbincang dengan sekumpulan manusia yang berada di lokasi
berjauhan. Videosidang membenarkan kumpulan yang berada di lokasi geografik
yang berbeza melihat dan juga mendengar antara satu sama lain. Teknologi ini
menggunakan sambungan telefon khas untuk penghantaran suara dan hubungan
satelit untuk penghantaran video.

Kebanyakan organisasi di Malaysia terutamanya syarikat- syarikat swasta telah


menggunakan telesidang video satu hala dan telesidang audio dua hala. Contohnya,
sesetengah syarikat menghantar pelatih ke kolej dan universiti yang dibekalkan
dengan keupayaan komunikasi seperti yng disebutkan tadi.

Penuntut yang bakal menerima ijazah dapat melihat keadaan dalaman syarikat
manakal wakil syarikat tersebut dapat menjawab soalan penuntut dan menerangkan
apa yang sedang ditunjukkan. Ini adalah salah satu contoh penghantaran video satu
hala. Penghantaran video satu hala dapat memanfaatkan peralatan bergerak. Pada
masa kini video dua hala hanya dapat dilaksanakan dalam bilik persidangan khas
yang telah disetkan.
23

Kesimpulan

Telekomunikasi bukanlah satu bidang yang baru di negara kita. Bidang ini telah lama
berkembang tanpa kita sedari. Bermula dengan penciptaan telefon, faksimili dan
seterusnya internet yang membolehkan kita berhubung dengan sesiapa sahaja di dunia
tanpa mengira sempadan. Malaysia juga tidak pernah ketinggalan dalam menempuh
arus pemodenan bidang telekomunikasi ini. Ini dapat dibuktikan dengan pelancaran
MEASAT 1 dan MEASAT 2 pada sekitar tahun 1996.

Ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan sentiasa komited dalam usaha melaksanakan
pembangunan dan perkembangan IT yang bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap
pelbagai aspek kehidupan masyarakat di negara ini. Zaman IT akan mendorong kita
mengubah cara hidup dan cara bekerja. Lebih awal kita menyesuaikan diri kita, dan lebih
cepat kita mempelajari ilmu berkaitan dengan IT, maka lebih mudahlan kita menjadikan
masa depan negara lebih cemerlang. Dalam zaman ini maklumat adalah kekayaan baru
dunia.

Pada masa kini teknologi komunikasi memainkan peranan penting untuk pembangunan
negara. Dalam menjayakan hasrat ini kerajaan telah menubuhkan MSC sebagai satu
langkah kerajaan untuk menggunakan sepenuhnya keupayaan teknologi komunikasi
dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
24

Rujukan

1. Komputer dan Pemprosesan Maklumat


William M. Fuori, Louis V. Gioia
Prentice Hall, 1993

2. Introduction to Data Communications and Networking


Behrouz Forouzan
Mc Graw Hill, 1998

3. www.google.com

4. www.yahoo.com

5. www.bluehyppo.com.my

6. www.maxis.com

7. www.cari.com.my
25

LAPORAN MINIT MESYUARAT- LATIHAN KOMUNIKASI DATA (TK 2133)


SEMESTER 2 SESI 2001/2002.

Tarikh : 24 Jan 2002


Tempat : Kolej Ungku Omar
Masa : 8.30 malam

Kehadiran : Nor Azah Ahmad


Sabariah Shariff
Yuzaila Yusuf

Agenda :

1. Kami memulakan sesi perbincangan pertama iaitu berkenaan dengan tajuk latihan
yang diberi. Ahli kumpulan diminta untuk mengemukakan pendapat masing-
masing. Saudari Yuzaila mencadangkan supaya semua ahli kumpulan mencari
maklumat yang berkaitan dengan tajuk dan akan dibentangkan pada perjumpaan
kedua.

2. Ketua kumpulan iaitu saudari Nor Azah telah membahagikan tugas kepada ahli –
ahli yang lain dan untuk perjumpaan kedua akan diberitahu kemudian. Selaku
ketua, saudari Nor Azah amatlah berharap agar semua ahli kumpulan dapat
memberikan kerjasama yang sepenuhnya . Majlis bersurai pada jam 10.30
malam.
26

LAPORAN MINIT MESYUARAT- LATIHAN KOMUNIKASI DATA (TK 2133)


SEMESTER 2 SESI 2001/2002.

Tarikh : 29 Jan 2002


Tempat : Kolej Ungku Omar
Masa : 8.30 malam

Kehadiran : Nor Azah Ahmad


Sabariah Shariff
Yuzaila Yusuf

Agenda :

1. Ketua kumpulan meminta ahli kumpulan membentangkan maklumat yang mereka


perolehi berkenaan dengan tajuk. Malangnya maklumat yang diperolehi terlalu
sedikit dan laporan dokumentasi tidak dapat dimulakan lagi. Walaupun telah
berkunjung ke perpustakaan Tun Sri Lanang tetapi maklumat yang kami perolehi
terlalu sedikit. Saudari Sabariah mencadangkan supaya ahli kumpulan berjumpa
dengan Puan Rosilah selepas kelas untuk bertanya dengan lebih lanjut mengenai
tajuk tersebut.

2. Maklumat yang sedia ada telah diteliti dan menepati tajuk. Ahli- ahli kumpulan
bersurai pada jam 9.30 malam.
27

LAPORAN MINIT MESYUARAT- LATIHAN KOMUNIKASI DATA (TK 2133)


SEMESTER 2 SESI 2001/2002.

Tarikh : 2 Feb 2002


Tempat : Kolej Ungku Omar
Masa : 8.30 malam

Kehadiran : Nor Azah Ahmad


Sabariah Shariff
Yuzaila Yusuf

Agenda :

1. Sekali lagi kami telah mengumpulkan maklumat yang baru kami perolehi setelah
mendapat serba sedikit panduan daripada Puan Rosilah. Ketua kumpulan
mengarahkan supaya kami mengambil bahagian masing- masing dan berharap
agar laporan dokumentasi dapat disiapkan secepat mungkin.

2. Saudari Yuzaila telah mengemukakan masalah beliau iaitu masih terdapat


maklumat yang belum mencukupi terutama untuk bahagian pengenalan.
Akhirnya kami membuat keputusan untuk meminjam beberapa buah buku
daripada kenalan yang telah bekerja. Kami bersurai tepat jam 10.30 malam.
28

LAPORAN MINIT MESYUARAT- LATIHAN KOMUNIKASI DATA (TK 2133)


SEMESTER 2 SESI 2001/2002.

Tarikh : 9 Feb 2002


Tempat : Kolej Ungku Omar
Masa : 8.30 malam

Kehadiran : Nor Azah Ahmad


Sabariah Shariff
Yuzaila Yusuf

Agenda :

1. Maklumat yang diperolehi telah lengkap dan laporan dokumentasi telah hampir
siap. Kami mengambil kata sepakat untuk mengumpulkan kembali maklumat
tersebut sebelum cuti dan bersedia untuk di cetak.

2. Pada kali ini merupakan perjumpaan terakhir, ketua kumpulan meminta maaf
daripada ahli kumpulan sekiranya terdapat salah silap dan amatlah berharap
latihan ini dapat memberi manfaat kepada semua ahli kumpulan dan berdoa
semoga memperolehi keputusan yang cemerlang dalam subjek Komunikasi Data
dan Telekomunikasi.

Disediakan oleh,

(Yuzaila Yusuf)

Вам также может понравиться