Вы находитесь на странице: 1из 3

A.

PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA CALON-CALON WARGANEGARA MALAYSIA ( KEUTAMAAN


KEPADA WARGA SELANGOR ) BERUMUR TIDAK KURANG DARI 18 TAHUN PADA TARIKH TUTUP IKLAN JAWATAN
YANG BERKELAYAKAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN BERTARAF KONTRAK SEPERTI BERIKUT DI
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG.

1. Jawatan : PEGAWAI TADBIR ( N41 )

Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan & Profesional

Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan

Jadual Gaji : P1T1 RM1,690.28 – P1T27 RM4,640.28


P2T1 RM1,784.90 – P2T27 RM4,918.55
P3T1 RM1,883.70 – P3T27 RM5,220.62

Kekosongan : 1 ( Kontrak )

SYARAT LANTIKAN

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) Warganegara Malaysia ;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;

c) i. ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau

ii. ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daaripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan aatau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

( Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : P1T3 ) ; atau

iii. ijazah sarjana muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripda institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
.
( Gaji permulaan ialah pada Gred N41 : P1T4 ) ; atau

dan d) kepujian Bahasa Malaysia/Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Fungsi Bidang Tugas


Bertanggungjawab menguruskan urusan pentadbiran yang meliputi penyelidikan dan pembangunan,
pengurusan sisa pepejal, menyemak maklum balas aduan, menghadiri mesyuarat yang melibatkan
jabatan dan menguruskan peruntukan jabatan termasuk membuat ” vireman ”.
2. Jawatan : PEMANDU ( R3 )

Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan

Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Mahir / Separuh Mahir / Tidak


Mahir

Jadual Gaji : P1T1 RM701.42 – P1T17 RM1,354.86


P2T1 RM743.89 – P2T17 RM1,423.41
P3T1 RM787.99 – P3T17 RM1,493.59

Kekosongan : 2 ( Kontrak )

SYARAT LANTIKAN :

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

a) Warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) (i) tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;


( SIJIL BERHENTI SEKOLAH RENDAH )

(ii) memiliki lesen memandu Kelas D / E / E1/ E2 / F / G / H / I berkenaan yang dikeluarkan oleh
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];

(iii) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yang
diliputi oleh skimperkidmatan ini.

Gaji permulaan ialah pada Gred R3 :

Lesen D P1T3
Lesen E/E1/E2 P1T4
Lesen F/H P1T5
Lesen G/I P1T6

dan d) berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.

Fungsi Bidang Tugas

Bertanggungjawab memeriksa dan memastikan kenderaan dalam keadaan bersih, baik, memandu kenderaan dalam
keadaan selamat, mencatatkan pergerakan kenderaan ke dalam buku log dan melaporkan sebarang
kerosakan/kemalangan kepada pegawai penjaga.
B. Cara memohon

(a) Borang permohonan boleh didapati secara terus di Kaunter Hasil, Tingkat 1, Majlis
Perbandaran Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan berharga RM 2.00 bagi setiap
borang. Pembelian melalui pos hendaklah menggunakan Wang Pos di atas nama Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang berserta sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem
RM 1.00 atau dimuat turun dari laman web www.mpkj.gov.my.

(b) Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan Salinan Kad
Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan yang telah disahkan dan gambar
berukuran pasport. Semua dokumen hendaklah dikepilkan ( binding ) dengan kemas bagi
megelakkan keciciran / kehilangan dokumen. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di
sebelah kiri atas sampul surat. BORANG PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP DIISI /
TIDAK MEMENUHI SYARAT AKAN DITOLAK. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja.

(c) Alamat permohonan : Yang Dipertua,


Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih Off Jalan Semenyih
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Bahagian Pejawatan )

C. TARIKH IKLAN DIBUKA : 2HB FEBRUARI 2011 ( RABU )

D. TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 16HB FEBRUARI 2011 ( RABU )

Вам также может понравиться