You are on page 1of 4

Penderaan kanak-kanak

Fizikal:

Penderaan kanak kanak kanak bermaksud dera ataupun perbuatan zalim yang dilakukan pada
golongan kanak kanak untuk tujuan mecederakan kanak kanak tersebut...penderaan kanak kanak
dari segi fizikal adalah kejam yang dilaukan oleh orang dewasa dengan tujuan menyakitkan kanak
kanak agar kanak kanak patuh ,atau pendera tersebut mengalami masaalah mental,ataupun
memuaskan diri mereka dari segi psikologi....

Pada masa kini terdapat banyak peningkatan mengenai mangsa dera akibat terdapat mangsa dera
yang terlah meninggal.belum dapat dipastikan sama ada jumlah ini disebabkan penigkatan dalam
jumlah kes penderaan kanak kanak atau akibat meningkatkan kesedaran yang lebih mendalam
mengenai penderaan kanak kanak....

Contoh contoh penderaan dari segi fizikal:

1)di sepak oleh pembantu rumah bagi mencederakan kanak kanak itu..
2)di pukul atau di tumbuk oleh ibu bapa tanpa sebab sebab tertentu..
3)di cucuk menggunakan puntung rokok untuk memadam api...

Mental:

Penderaan kanak kanak secara emosi kurang mendapat perhatian walaupun penderaan ini didapati
kerap berlaku dikalangan kanak kanak secara berasingan atau bersama sama jenis penderaan lain .
Penderaan emosi kerap terjadi dengan tidak ketara tetapi kesannya terhadap perkembangan fizikal
dan mental di kalangan kanak kanak sangat jelas sehingga memerlukan rawatan perubatan
.penderaan emosi tidak dapat dikenal pasti dengan baik kerana tiada definisi menyeluruh yang
boleh diterima pakai di peringkat antarabangsa.ini menyebabkan kesukaran itu kepada seseorang
untuk bersetuju tentang maksud emosi.

Contoh contoh penderaan dari segi mental

1)penolakan
2)perasingan
3)menakutkan
4)sikap tidak peduli
5)sikap merasuah fikiran

Jika tingkah laku tersebut berlaku secara berterusan ke atas kanak kanak yang berisiko sehingga
meyebabkan kecacatan psikologi.....

Seksual:

Penderaan seksual kanak kanak merujk kepada penderaan seksual seorang kanak kanak bawah
umur oleh dewasa,atau orang yang jauh lebih tua,atau dalam kedudukan berkuasa atau mengawal
kanak kanak

di mana kanak-kanak digunakan sebagai stimulasi seksual bagi orang tersebut atau orang lain.[1]
Kajian berkenaan kesan penderaan seksual kanak-kanak seringkali ditakrifkan sebagai termasuk
mengajak atau meminta sebagai tambahan kepada tindakan sebenar, berkait dengan sebarang
interaksi seksual antara orang dewasa dan kanak-kanak, termasuk dari bercium atau memeluk
sehingga kepada hubungan intim, dan semua aktiviti yang berkait. Menurut undang-undang (US),
"penderaan seksual kanak-kanak" adalah istilah menyeluruh (umbrella term) menggambarkan
kesalahan jenayah dan sivil di mana seseorang dewasa terbabit dalam aktiviti seksual dengan
kanak-kanak bawah umur auat mempergunakan kanak-kanak bawah umur bagi tujuan memuaskan
nafsu seksual (sexual gratification).

Penderaan seksual kanak-kanak mampu menyebabkan kecederaan fizikal kepada kanak-kanak dan
kedua-dua kecederaan psychologikal dan emosi bagi jangka pendek dan jangka panjang, termasuk
kemurungan klinikal, kecacatan tekanan post trauma (post-traumatic stress disorder), kerisauan,
kecenderungan bagi menjadi pemangsa apabila dewasa,dan simptom lain.

Professor Sosiologi David Finkelhor, direktor bagi Crimes against Children Research Center,
menggambarkan "penderaan seksual kanak-kanak" sebagai memerlukan dua komponent, aktiviti
seksual membabitkan kanak-kanak dan 'keadaan penderaan' seperti paksaan atau jurang usia yang
besar antara peserta yang menunjukkan ketiadaan persetujuan." Finkelhor menulis bahawa di USA
pada 1994, sekitar 20% wanita dan 5% hingga 15% lelaki telah mengalami sejenis bentuk
penderaan seksual sebagai kanak-kanak; dan dia tidak mendapat bukti mengenai peningkatan
dramatik dalam generasi kini, atau keadaan sosial ekonomi merupakan risiko faktor utama.

Apabila orang dewasa mencari atau terbabit dalam aktiviti seksual dengan kanak-kanak, sentimen
umum biasanya merumuskan bahawa tindakan ini sebagai manifestasi pedophilia, bagaimanapun
sesetengak kajian yang mengkaji psychologi pesalah sek hubungan (contact sex offenders )
menunjukkan bahawa kebanyakan pesalah sek hubungan bukanlah sepenuhnya atau cenderung
kepada kanak-kanak. Aktivis pro-pedophile menggunakan farsa "seks dewasa-kanak-kanak" dan
mengait pertahanan akademik bagi mentakrif "penderaan seksual kanak-kanak" melalui terminologi
bebas-nilai (value-neutral) bagi menormalkan dan menganjur idea bahawa kanak-kanak mampu
merelakan seks dengan orang dewasa dan tidak semestinya tercedera oleh perlakuan sedemikian.

Penderaan seksual kanak-kanak merangkumi :

1. Memasukkan objek atau bahagian tubuh ke dalam faraj, mulut atau dubur.
2. Menyentuh bahagian sulit.
3. Menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak.
4. Mengambil gambar kanak-kanak dalam aksi seksual.
5. Menggalakkan kanak-kanak menonton atau mendengar aksi seksual.
6. Membuat panggilan telefon lucah,
7. Merogol.
8. Melakukan seks oral.
9. Meliwat.
10. Melacurkan.
11. Mengintai.
12. Mencium.
13. Mengusap.
14. Mempamerkan aksi lucah.

Faktor-faktor yang menyebabkan penderaan kanak kanak berlaku

1)Masalah Penagihan Dadah dan Arak

Faktor penagihan dadah oleh individu bukan ibu bapa juga yang menjurus berlakunya penderaan
terhadap kanak-kanak. Perkara ini boleh berlaku akibat daripada ketidakwarasan individu tersebut
setelah mengambil dadah atau arak. Islam sendiri telah mengharamkan pengambilan dadah dan arak
ini. Ini kerana arak dan dadah adalah memabuk dan menghayalkan. Individu yang menggunakannya
tidak akan dapat menggunakan otak mereka dengan baik. Maka mereka akan bertindak di luar
batasan atau mungkin lebih kepada batasan kemanusiaan. Salah satu kes yang pernah kita dengar di
Malaysia dimana seorang pengawal keselamatan memperkosa seorang kanak-kanak di pondok
kawalannya. Hasil siasatan mendapati bahawa pengawal keselamatan tersebut dibawah pengaruh
Arak.

2)Faktor Pendidikan Rendah

Pada aspek pendidikan rendah, factor ini meliputi pencapaikan pelaku devian yang berpendidikan
rendah. Individu yang melakukan kesalahan ini pada kebiasaannya melakukan jenayah akibat
daripada tekanan hidup. Mereka pada permulaannya akan menculik kanak-kanak ini bagi
menjadikan tebusan demi mendapatkan kekayaan dengan mudah. Namun apabila ibu bapa
melaporkan kepada polis dan pihak polis telah memulakan menjejaki kanak-kanak ini, maka
individu tersebut mungkin berasa marah lalu melakukan perkara di luar batas kemanusia seperti
mendera kanak-kanak tersebut secara fizikal dan seksual.

Kurang Didikan Agama

Terdapat segelintir individu luar selain ibu-bapa yang mendera kanak-kanak tidak mempunyai
didikan agama. Individu yang tidak mempunyai pegangan agama yang kuat ini, mereka seperti
tidak ada haluan hidup. Tindakan devian yang dilakukan terhadap kanak-kanak ini dianggap seperti
tidak mempunyai pembalasan yang akan di perolehi. Jika seseorang itu mempunyai didikan agama,
mereka pasti akan memikirkan bahawa kelakuan atau tindakan mendera kanak-kanak ini adalah
satu kesalahan besar di dalam agama mereka. Dalam agama Islam sendiri melarang umatnya
berlaku kejam dan tidak adil terhadap umat yang lain.