Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
Al-Quran, kitab yg diperturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W merupakan
keajaiban Allah S.W.T yang terbesar dan terpenting untuk umat Islam. Walau kurun berganti kurun,
zaman berganti zaman Al-Quran masih sesuai digunakan sebagai panduan dan rujukan untuk
kehidupan semasa kerana isi kandunganya yang begitu lengkap merangkumi pelbagai bidang seperti
sosial, ekonomi, undang-undang, sejarah dan sains. Yang lebih mengagumkan ialah pada tahun 1974
satu kod matematik telah dijumpai tersirat di antara ayat-ayat sucinya.
10. Ayat pertama dlm surah terakhir itu terdiri dari 19 huruf.
KENAPA 19?
Sebenarnya beberapa kitab asal lain yang diturunkan Allah
S.W.T kepada umatnya juga didapati telah dikodkan dengan
angka 19. Kejadian alam juga turut menunjukkan nombor ini.
Antaranya matahari, bulan dan bumi berada selari setiap 19
tahun, komet Halley melalui sistem solar kita setiap 76 tahun
=19x4, secara tepat tempoh mengandung ialah 266 (19x14)
hari atau 38 minggu (19x2). Nombor 19 seolah-olah tanda
tangan Allah terhadap ciptaannya. 19 mempunyai nilai
matematik yang unik kerana ia adalah nombor ganjil dan
merupakan gabungan nombor pertama(1) dan terakhir (9) yang
seolah-olah mengiakan firman Allah s.w.t dalam surah 57 ayat
3 yang bermaksud "Dialah Yang Awal dan Dialah Yang Akhir.."
Penemuan kod ini pada Januari ,1974 (1393 tahun Hijrah)
bermakna bilangan tahun Islam dari turunnya (13 tahun
sebelum hijrah) hingga ke penemuan keajaiban matematik ini
(1974)bersamaan dengan 1393+13=1406 tahun. Perhatikan
juga 1406=19x74. Nombor 19 juga hanya disebut di dalam
Quran dalam surah 74. Hubung kait antara 19x74 tahun Islam
dan 1974 tahun solar juga tidak harus diendahkan terutamanya
bila nombor 19 hanya disebut dalam surah 74! Tentunya tidak ini semua satu kebetulan...
sesungguhnya Allah itu Maha Besar lagi Maha Berkuasa...