Вы находитесь на странице: 1из 171

. - 1559 - P.U.

(A) 139

MALAYSIA

Warta Kerajaan
SERI PADUKA BAGINDA
DITERBITKAN DENGAN KUASA

HIS MAJESTY'S GOVERNMENT GAZETTE


PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 40 lhb April 1996 TAMBAHAN No. 28


No.7 PERUNDANOAN (A)

P.U. (A) 139.


AKTA PENERBANGAN AWAM 1969

PERATURAN-PERATURAN PENERBANGAN AWAM 1996

SUSUNAN PERATURAN

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Peraturan
1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa

2. Tafsiran

BAHAGIAN II

PENDAFTARAN DAN TANDAAN KAPALUDARA

3 Kapaludara hendaklah didaftarkan

4. Pendaftaran kapaludara di Malaysia

5. Daftar Kapaludara

6. Kenegaraan dan tanda pendaftaran


. - 1560 - P.U.(A) 139

BAHAGIAN III

PELESENAN PERKHIDMATAN UDARA

Peraturan

7. Tafsiran

8. Pemakaian

Bab I Perjalanan Berjadual

9. Pemakaian bagi perjalanan berjadual

10. Lesen perkhidmatan udara

11. Permohonan bagi lesen perkhidmatan udara

12. Keesahan lesen perkhidmatan udara.

13. Lesen perkhidmatan udara sementara.

14. Pembatalan dan penggantungan

15. Penyerahanbalik lesen

Bab 2: Perjalanan Tak Berjadual

16 Pemakaian bagi perjalanan tak berjadual

17. Permit perkhidmatan udara

18. Permohonan bagi permit perkhidmatan udara

Bab 3: Peruntukan Am

19. Syarat am lesen atau permit perkhidmatan udara


Lesen perkhidmatan udara atau permit perkhidmatan udara
20.
tidak boleh dipindahmilik atau diserahkan
21. Maklumat tidak boleh didedahkan

22. Pengecualian orang yang mengendali di bawah perjanjian

23. Penyata

BAHAGIAN IV

PERAKUAN PENGENDALIAN UDARA

24. Pengeluaran perakuan pengendalian udara


. - 1561 - P.U.(A) 139

BAHAG1AN V

KESELAMATAN TERBANG KELENGKAPAN KAPALUDARA

Peraturan

25. Tafsiran

Bab 1: Perakuan Keselamatan Terbang

26. Perakuan keselamatan terbang hendaklah berkuatkuasa

27. Pengeluaran dan pembaharuan perakuan keselamatan terbang

Bab: 2 Penyenggaraan Kapaludara

28. Perakuan kajian semula penyenggaraan

29. Buku log teknikal


Pemeriksaan, baikpulih, pembaikan, penggantian dan
30.
ubahsuaian
31. Pelesenan jurutera penyenggaraan

Bob 3: Kelengkapan KapaIudara

32. Kelengkapan kapaludara

33. Kelengkapan radio kapaludara

34. Keperluan kelengkapan minima

35. Buku log kapaludara, enjin dan bebaling

Bab 4: Peruntukan Am

36. Jadual berat kapaludara

37 Akses dan pemeriksaan bagi maksud keselamatan terbang


Perakuan kelulusan bagi rekabentuk, pembuatan atau
38.
pembinaan kapaludara, dsb.
BAHAGIAN VI

KREW KAPALUDARA DAN PELESENAN

39. Komposisi krew kapaludara

40. Anggota krew penerbangan dikehendaki dilesenkan, dsb

41. Pemberian, pembaharuan dan efek lesen krew penerbangan


. - 1562 - P.U.(A) 139

Peraturan

42. Pengesahan lesen

43. Buku log penerbangan peribadi

44. Tunjuk ajar dalam penerbangan

45. Sekolah latihan penerbangan

46. Umur minimum juruterbang glider

BAIIAGIAN VII

PENGENDALIAN KAPALUDARA

Bab I : Manual Pengendalian dun Manual Latihon

47. Manual pengendalian

48. Manual latihan

Bab 2: Pengangkutan Awarn

49. Tanggungjawab pengendali pengangkutan awam

50. Pemuatan kapaludara bagi pengangkutan awam

51. Syarat pengendalian kapaludara bagi pengangkutan awam

Bab 3: Minima Mengendalikan Padang Terbong


Minima mengendalikan padang terbang bagi kapaludara
52.
Malaysia
Minima mengendalikan padang terbang bagi kapaludara tidak
53
didaftarkan di Malaysia
Minima mengendalikan padang rerbang bagi kapaludara bukan
54.
pengangkutan awam
Bab 4: Perjalanan Pengendalian

55. Tindakan pra-penerbangan oleh laksamana kapaludara

56. Juruterbang hendaklah berada di alat kawalan

57. Tugas-tugas laksamana

58. Pengendalian radio dalam kapaludara

59. Prestasi pandu arah minimum


Penggunaan sistem rakaman penerbangan dan penyimpanan
60.
kekal rekod
. - 1563 - P.U.(A) 139

Peraturan
Bab 5: Peruntukan Am
61. Penarikan glider
62. Menarik, mengangkat dan menaikkan orang, binatang atau
artikel
63. Pengguguran binatang atau artikel
64. Pengguguran orang
65. Pengeluaran perakuan pemakaian keudaraan
66 Pembawaan senjata dan senjata perang
67. Pembawaan barang-barang berbabaya
68. Cara membawa orang
69. Tandaan pintu keluar dan pecah-masuk
70. Membahayakan keselamatan kapaludara
71. Merbahayakan keselamatan mana-mana orang atau harta benda
72. Mabuk di dalam kapaludara.
73. Merokok di dalam kapaludara
74. Kuasa laksamana kapaludara
75. Penumpang gelap
76. Membawa binatang bidup
77. Pameran terbang
BAHAGIAN VIII
KELESUAN KREW
78. Pemakaian dan tafsiran
79. Kelesuan krew - tanggungjawab pengendali
80. Kelesuan dan tanggungjawab krew
81. Masa penerbangan dan tanggnngjawah krew penerbangan
BAHAGIAN IX
DOKUMEN DAN REKOD
82. Dokumen yang hendak dibawa
83. Rekod yang hendak disimpan
84. Mengemukakan dokumen dan rekod
. - 1564 - P.U.(A) 139

Peraturan

85. Kuasa untuk memeriksa dan menyalin dokumen atau rekod

86. Menyimpankekalkan dokumen, dsb


Pembatalan, penggantungan dan perubahan perakuan, lesen
87.
dan dokumen lain
88. Kesalahan berhubungan dengan dokumen dan rekod

BAHAGIAN X

PENGAWALAN LALULINTAS UDARA

89. Kaedah-Kaedab Udara dan Kawalan Lalulintas Udara

90. Kuasa untuk melarang atau menghadkan penerbangan

91. Belon, Iayang-layang, pesawat udara, glider dan paracut naik


Pelesenan pengawal trafik udara dan pengawal pelatih trafik
92.
udara.
Larangan bagi pengawal trafik udara dan pengawal pelatih
93.
trafik udara yang tak berlesen
94. Ketakupayaan pengawal trafik udara

95. Perkadaran pengawai trafik udara

BAHAGIAN XI
PADANG TERBANG LAMPU AERONAUTIKA DAN
STESEN RADIO
96. Tafsiran.

Bab 1: Padang Terbang


Padang terbang bagi pengangkutan awam penumpang dan
97.
arahan dalam penerbangan
98. Penggunaan padang terbang Kerajaan

99. Pelesenan padang terbang


Caj-caj di padang terbang Kerajaan dan di padang terbang
100.
yang dilesenkan untuk kegunaan awam
Penggunaan padang terbang oleh kapaludara Negara-Negara
101
Pejanji
102. Bunyi bising kapaludara

103 Bahan api penerbangan di padang terbang

104 Mengisi bahan api kapaludara


. - 1565 - P.U.(A) 139

Peraturan
Bab 2: Peraturan Kawasan Pergerakan
105. Permit kenderaan padang udara dalam kawasan pergerakan
106. Permit memandu di padang udara dalam kawasan pergerakan
107 Penggunaan kawasan pergerakan
108. Tanda lalutintas
109. Memarkir
110. Kenderaan hendaklah dilesenkan
111. Kewajipan untuk mematuhi arahan lalulintas
Kewajipan untuk mematuhi arahan yang sah di sisi undang-
112.
undang
113. Kewajipan jika berlaku kemalangan di padang terbang
114. Pas lapangan terbang
115. Ketua Pengarah boleh beri arahan
116. Perkhidmatan kecemasan dan perkbidmatan lain
Bab 3: Lampu dan Stesen Radio Aeronautik
117. Lampu-lampu aeronautika bumi
118. Lampu berbahaya
119. Stesen radio aeronautik
120. Rekod-rekod stesen radio aeronautik
121. Padang terbang kastam
BAHAGIAN XII
PENYIASATAN KEMALANGAN
122. Pemakaian dan tafsiran
Bab I: Pemeriksaan dan Penyiasatan Kemalangan
123. Tujuan penyiasatan kemalangan
124. Pemberitahuan mengenai kemalangan
125. Mengalih kapaludara yang rosak
126. Inspektor Kemalangan Udara
127. Kuasa-kuasa Inspektor
128. Bentuk dan perjalanan penyiasatan
129. Laporan daripada Inspektor
130. Penyerahan laporan kepada orang yang terjejas
131. Penyiaran laporan
. - 1566 - P.U.(A) 139

Peraturan Bab 2: Pelbagai

132. Perbelanjaan saksi-saksi

133. Halangan bagi penyiasatan

134. Pematuhan kepada saman dan rekuisisi


Kemalangan kepada kapaludara yang didaftarkan di luar
135.
Malaysia
136. Kemalangan yang melibatkan kapaludara tentera
Tanggungjawab memberikan maklumat berhubung dengan
137.
kemalangan
138. Laporan kemalangan kena lapor kepada ICAO

139. Penghadan

BAHAGIAN XIII

PENAHANAN DAN PENJUALAN KAPALUDARA

140. Tafsiran

141. Penahanan kapaludara

142. Tanggungjawab Ketua Pengarah apabila menahan kapaludara

143. Butir-butir yang kena dicatatkan ke dalam Daftar Kapaludara

144. Lieu kapaludara

145. Pembatalan pendaftaran kapaludara Malaysia

146. Penjualan kapaludara

147. Notis permohonan

148. Notis jualan

149. Hasil jualan

150. Kelengkapan, stor dan dokumen kapatudara

151. Mendapatkan kembali caj-caj melalui tindakan sibil

152. Pemberhentian lieu kapaludara

153. Perakuan amaun yang tidak dibayar

154. Menanggal dsb. kapaludara di bawah lieu

155. Perlindungan terhadap tindakan

156. Insurans kapaludara


. - 1567 - P.U.(A) 139

BAHAGIAN XIV
Peraturan GADAI-JANJI KAPALUDARA
157. Tafsiran
158. Daftar dan pendaftaran gadai-janji kapal udara
159. Pindaan kepada catatan dalam daftar
160. Pelepasan gadai-janji
161. Pembetulan kepada Daftar Kapaludara
162. Pengeluaran kapaludara daripada Daftar Kapaludara
Pemakaian Akta Bil Jualan 1950 dan peruntukan
163.
pendaftaran Akta Syarikat 1965
BAHAGIAN XV
CAJ MENDARAT, MEMARKIR DAN
PENEMPATAN, PERKHIDMATAN PENUMPANG
DAN KEMUDAHAN PENERBANGAN
164. Tafsiran
165. Caj mendarat
166. Berat kapaludara
167. Di luar masa pengendalian padang terbang
168. Penerbangan latihan
169. Pengecualian
170. Caj perkhidmatan penumpang
171. Caj penempatan dan memarkir
172. Pengecualian
173. Syarat-syarat memarkir dan penempatan
174. Caj kemudahan penerbangan udara
175. Potongan caj kemudahan penerbangan udara
176. Kemudaban-kemudahan yang tidak ada
177. Perkiraan bagi membayar caj
BAHAGIAN XVI
AM
178. Perakuan peniaga kapaludara
Sekatan berkenaan dengan pengangkutan untuk balasan
179. bernilnai dalam kapaludara yang didaftarkan di luar
Malaysia
180. Kuasa untuk menghalang kapaludara terbang
. - 1568 - P.U.(A) 139

Peraturan
Sekatan berkenaan dengan fotografi udara atau tinjauan
181.
udara
182. Hak akses kepada padang terbang dan tempat-tempat lain
183. Menghalang orang
184. Pernyataan palsu dan pemalsuan
185. Penguatkuasaan arahan, dsb
186. Fee dan caj
187 Menjalankan kuasa, dsb. Menteri di luar Malaysia
188. Penalti
189. Kuatkuasa luar wilayah Peraturan-Peraturan ini
Pemakaian Peraturan-Peraturan ini bagi kapaludara
190.
Kerajaan, angkatan pelawat dan tentera, dsb
191. Pengecualian daripada Peraturan-Peraturan ini
192. Kecualian
193. Kapaludara kecil
194. Meluluskan seseorang untuk mengemukakan laporan
195. Laporan mendatori
196. Penerbangan di ruang udara mana-mana Negara asing
Pemakaian Peraturan-Peraturan ini kepada kapaludara
197. yang dikawal oleh Malaysia yang tidak didaftarkan di
Malaysia
198. Langkah-langkah keselamatan
199. Rayuan kepada Menteri
200. Kuasa untuk menghalang kapaludara daripada terbang
201. Pemakaian Aneks 1 hingga 18
202. Pelaksanaan fungsi dan kuasa Ketua Pengarah
203. Pembatalan
204. Peruntukan-peruntukan kecualian dan peralihan
JADUAL-JADUAL
. - 1569 - P.U.(A) 139

AKTA PENERBANGAN AWAM 1969

PERATURAN PENERBANGAN AWAM 1996

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 3 Akta Penerbangan Awam
1969,Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:
BAHAGIAN 1

PERMULAAN

TAJUK RINGKAS DAN MULA BERKUATKUASA


1. Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan Penerbangan
Awam 1996 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 April 1996.

2. (1) Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan konteksnya menghendaki makna


yang lain -

"Aneks", yang diikuti dengan suatu nombor, ertinya

(a) piawai-piawai antarabangsa yang relevan yang dinyatakan dalam


Aneks kepada Konvensyen Chicago; dan
(b) amalan-amalan yang disyorkan seperti yang diberitahu,

berhubungan dengan piawai-piawai antarabangsa dan amalan-amalan yang


disyorkan, yang merupakan sebahagian daripada Aneks yang telah diterimapakai
menurut Konvensyen Chicago sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa;

"angkatan pelawat" ertinya mana-mana badan, kontinjen atau detasmen


angkatan mana-mana Negara asing yang dalam mana-mana lawatan rasmi ke
Malaysia;

"aras penerbangan" ertinya salah satu daripada siri aras-aras tekanan atmosfera
sama, yang dipisahkan oleh jarak berselangan yang diberitahu, dan setiapnya
dinyatakan sebagai bilangan ratusan kaki yang akan ditunjukkan pada aras itu
pada altimeter tekanan yang tertentukur menurut piawai dalam Piawai Atmosfera
Antarabangsa dan ditetapkan pada 1013.2 milibar;

"balasan berharga" ertinya apa-apa hak, kepentingan, keuntungan atau faedah,


perihal tidak membuat, memudarat, kerugian atau tanggungjawab yang terakru di
bawah, diberikan, ditanggung atau diakujanji menurut sesuatu perjanjian, yang
sifatnya adalah lebih daripada nominal;

"batu berkanun" ertinya suatu jarak sejauh 5,280 kaki;

"batu nautika" ertinya Batu Nautika Antarabangsa, iaitu, jarak sejauh 1,852
meter atau 6,080 kaki;
. - 1570 - P.U.(A) 139

"belon bebas" ertinya belon yang, ketika di udara, tidak ditambat dengan
apa-apa bentuk alat penghalang ke permukaan bumi;

"belon bertambat" ertinya belon yang, ketika di udara, ditambatkan dengan alat
penghalang ke permukaan bumi;

"bikon aeronautika" ertinya lampu aeronautika bumi yang boleh nampak sama
ada berterusan atau berkelip-kelip untuk menandakan suatu titik tertentu di
permukaan bumi;

"buku log" termasuklah, dalam hal buku log kapaludara, buku log enjin, buku
log pic bebaling boleh ubah atau buku log penerbangan peribadi, dan apa-apa
rekod yang disimpan sama ada di dalam suatu buku atau dengan apa-apa cara
lain yang diluluskan oleh pihak berkuasa kompeten dalam hal tertentu;

"Daftar Kapaludara" ertinya daftar kapaludara yang disenggarakan oleh Ketua


Pengarah menurut peraturan 5;

"diberitahu" ertinya, kecuali apabila digunakan dalam Bahagian X, diberitahu


dalam mana-mana penerbitan berikut yang dikeluarkan atau dirujukkan dari
semasa ke semasa oleh Jabatan Penerbangan Awam, sama ada sebelum atau
selepas berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini, iaitu, AIP, NOTAMS, AIC, AN
atau mana-mana penerbitan rasmi lain yang dikeluarkan atau diterimapakai bagi
maksud membolehkan mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini dipatuhi;

"diluluskan" ertinya diluluskan secara bertulis oleh Menteri atau Ketua


Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan;

"diperakukan untuk pengendalian juruterbang tunggal" ertinya kapaludara yang


tidak dikehendaki membawa lebih daripada seorang juruterbang menurut
mana-mana satu atau lebih daripada yang berikut:

(a) perakuan keselamatan terbang yang dikeluarkan dengan sewajarnya atau


menjadi sah di bawah undang-undang Negara di mana kapaludara itu
didaftarkan;
(b) jika tiada perakuan keselamatan terbang dikehendaki berkuatkuasa,
perakuan keselamatan terbang, jika ada, yang terakhir berkuatkuasa
berhubung dengan kapaludara itu;
(c) jika tiada perakuan keselamatan terbang yang berkuatkuasa atau yang
pernah sebelum ini berkuatkuasa tetapi kapaludara itu daripada segi
rekabentuk serupa dengan sesuatu kapaludara yang berhubung dengannya
suatu perakuan yang sedemikian berkuatkuasa atau telah berkuatkuasa,
perakuan keselamatan terbang yang berkuatkuasa atau telah berkuatkuasa
berhubung dengan kapaludara yang serupa itu; atau
(d) dalam hal sesuatu kapaludara yang terbang menurut syara-tsyarat suatu
kebenaran untuk terbang yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah,
kebenaran itu yang membenarkannya untuk terbang;
. - 1571 - P.U.(A) 139

"ditetapkan" ertinya ditetapkan oleh Peraturan-Peraturan ini;

"glider" ertinya kapaludara yang terpacu tanpa kuasa, lebih berat daripada
udara, yang mendapat daya angkatnya dalam penerbangan terutamanya daripada
reaksi aerodinamik pada permukaan yang tetap kedudukannya di dalam keadaan
penerbangan yang tertentu;

"hari" ertinya masa daripada dua puluh minit sebelum matahari terbit sehingga
dua puluh minit selepas matahari jatuh, tidak termasuk kedua-dua masa itu, yang
ditentukan pada aras permukaan bumi;

"helikopter" ertinya kapaludara yang lebih berat daripada udara yang diangkat
dalam penerbangan oleh reaksi udara pada satu atau lebih rotor yang terpacu
kuasa pada paksi yang umumnya tegak;

"IATA" ertinya Persekutuan Pengangkutan Udara Antarabangsa;

"ICAO" ertinya Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa;

"Jabatan Penerbangan Awam" ertinya Jabatan Penerbangan Awam, Malaysia;

"jaket keselamatan" termasuklah apa-apa alat yang direkabentuk untuk


mengampu seseorang secara individu dalam atau atas air;

"julat nampak landasan" ertinya, berhubungan dengan sesuatu landasan, jarak


ke arah berlepas atau mendarat yang di atasnya lampu landasan atau tanda
permukaan boleh dilihat daripada zon pendaratan sebagaimana yang dikira sama
ada dengan pemerhatian manusia atau alatan berhampiran dengan zon pendaratan
itu atau, jika ini tidak semunasabahnya praktik, berhampiran dengan titik tengah
landasan; dan jarak itu, jika ada, sebagaimana yang disampaikan kepada
laksamana kapaludara oleh atau bagi pihak orang yang bertanggungjawab
mengenai padang terbang itu sebagai julat nampak landasan, hendaklah dikira
sebagai julat nampak landasan buat masa itu;

"jumlah berat maksimum yang dibenarkan" ertinya, berhubungan dengan


kapaludara, jumlah berat maksimum kapaludara itu dan muatannya di mana
kapaludara itu boleh berlepas di mana-mana di dunia dalam keadaan yang
sebaik-baiknya menurut perakuan keselamatan terbang yang berkuatkuasa
berkenaan kapaludara itu;

"Kaedah-Kaedah Penerbangan Pandang" ertinya Kaedah-Kaedah Penerbangan


Pandang yang terkandung dalam Bahagian V Jadual Kesebelas;

"Kaedah-Kaedah Penerbangan Alatan" ertinya Kaedah-Kaedah Penerbangan


Peralatan yang terkandung dalam Bahagian Vl Jadua lKesebelas;
. - 1572 - P.U.(A) 139

"Kaedah-Kaedah Udara dan Kawalan Lalulintas Udara" ertinya


Kaedah-Kaedah Udara dan Kawalan Lalulintas Udara yang terkandung dalam
Jadual Kesebelas;

"kapal terbang" ertinya kapaludara yang didorong oleh kuasa, lebih berat
daripada udara, yang mendapat daya angkatnya semasa penerbangan terutamanya
daripada tindakbalas aerodinamik pada permukaan yang tetap kedudukannya di
dalam keadaan penerbangan yang tertentu;

"kapal terbang mikroringan" ertinya kapal terbang yang direkabentuk untuk


membawa tidak lebih daripada dua orang dan mempunyai—

a) jumlah berat maksimum yang dibenarkan tidak melebihi 390 kilogram;


b) bebanan sayap pada jumlah berat maksimum yang dibenarkan tidak
melebihi 25 kilogram setiap meter persegi; dan
c) muatan bahan api maksimum tidak melebihi 501iter;

"kapaludara" ertinya suatu mesin yang boleh mendapat daya angkat di


atmosfera daripada tindakbalas udara, selain daripada tindakbalas udara
menyongsong permukaan bumi, dan termasuklah apa-apa objek yang tak
didorong oleh kuasa seperti belon bebas, belon bertambat, glider atau
layang-layang dan apa-apa mesin terbang yang didorong oleh kuasa seperti
pesawat udara, kapal terbang sama ada kapal terbang darat, kapal terbang laut,
pesawat amfibia atau glider bermotor lancar sendiri, pesawat roto, sama ada
helikopter atau pesawat giro, dan kapal terbang mikroringan;

"kapaludara bertekanan" ertinya kapaludara yang dilengkapi dengan alat untuk


menyenggara dalam mana-mana petak suatu tekanan yang lebih tinggi daripada
tekanan atmosfera di sekelilingnya;

"kapaludara pengangkutan awam" ertinya kapaludara yang terbang, atau yang


dimaksudkan oleh pengendali kapaludara itu untuk terbang, bagi maksud
pengangkutan awam;

"kargo" hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta;

"kawasan bahaya" ertinya sesuatu ruang udara yang dalam lingkungannya


aktiviti-aktiviti yang berbahaya kepada penerbangan kapaludara mungkin
dijalankan atau wujud pada masa-masa tertentu sebagaimana yang diberitahu;

"kawasan larangan" ertinya suatu ruang udara dengan dimensi yang ditentukan,
atas kawasan daratan atau perairan wilayah sesuatu Negara, yang dalamnya
penerbangan kapaludara adalah dilarang;
. - 1573 - P.U.(A) 139

"kawasan olah gerak" ertinya suatu bahagian padang terbang itu yang
diperuntukkan untuk berlepas dan pendaratan kapaludara dan untuk pergerakan
di permukaan oleh sesuatu kapaludara yang berkaitan dengan berlepas dan
pendaratan, tetapi tidak termasuk apron;

"kawasan sesak" ertinya, berhubungan dengan sesuatu bandaraya, bandar atau


penempatan, mana-mana kawasan yang sebahagian besarnya digunakan bagi
maksud kediaman, perindustrian, perdagangan atau rekreasi;

"kawasan terkawal" ertinya sesuatu ruang udara terkawal yang menjangkau ke


atas daripada suatu had yang dinyatakan di atas permukaan bumi;"kawasan
terhad" ertinya sesuatu ruang udara dengan dimensi yang ditentukan, di atas
kawasan daratan atau perairan wilayah sesuatu Negara, yang dalamnya
penerbangan kapaludara adalah dihadkan menurut syarat-syarat tertentu yang
ditetapkan;

"kawasan udara" ertinya kawasan pergerakan sesuatu lapangan terbang, terain


bersebelahan dan mana-mana bangunan atau mana-mana bahagiannya, di mana
akses kepadanya adalah dikawal;

"Keadaan-Keadaan Kajicuaca Alatan" ertinya keadaan-keadaan kajicuaca yang


dinyatakan berdasarkan kepada kebolehlihatan, jarak dari awan, dan lelangit,
yang kurang daripada had minima yang dinyatakan bagi keadaan cuaca nampak
mengikut Kaedah-Kaedah Penerbangan Pandang yang terkandung dalam
Bahagian V Jadual Kesebelas;

"Keadaan-Keadaan Kajicuaca Pandang" ertinya keadaan cuaca yang


membenarkan penerbangan menurut Kaedah-Kaedah Penerbangan Pandang;
"kebolehlihatan penerbangan" ertinya kebolehlihatan ke depan daripada dek
penerbangan sesuatu kapaludara semasa penerbangan;

"kepentingan benefisial" ertinya kepentingan yang berbangkit di bawah


apa-apa kontrak dan kepentingan-kepentingan ekuiti lain;

"kerja keudaraan" ertinya sesuatu operasi kapaludara di mana suatu kapaludara


digunakan bagi mengadakan perkhidmatan, selain daripada perkhidmatan
pengangkutan awam, seperti dalam pertanian, pembinaan, fotografi, pengukuran,
pemerhatian dan rondaan, cari dan selamatkan, iklan udara dan dalam aktiviti
lain yang serupa;

"ketinggian putus" ertinya, berhubungan dengan pengendalian kapaludara di


sesuatu padang terbang, ketinggian dalam sua jitu di mana suatu sua yang tak
kena mestilah dimulakan sekiranya rujukan pandang yang dikehendaki untuk
meneruskan sua itu belum dipastikan;
. - 1574 - P.U.(A) 139

"ketua juruterbang" ertinya, berhubungan dengan sesuatu kapaludara,


seseorang yang pada masa itu adalah bertanggungjawab memandu kapaludara itu
tanpa berada di bawah arahan mana-mana juruterbang lain di dalam kapaludara
itu;

"kilometer" ertinya suatu jarak sejauh 3,280 kaki;

"Konvensyen Chicago" hendakl ah mempunyai erti yang diberikan kepadanya


di bawah Akta;

"krew penerbangan" ertinya, berhubungan dengan sesuatu kapaludara,


anggota-anggota krew kapaludara yang masing-masingnya menjalankan tugas
sebagai juruterbang dan jurutera penerbangan bagi kapaludara itu semasa
penerbangannya;

"laksamana" ertinya, berhubungan dengan kapaludara, seorang anggota krew


penerbangan yang dilantik sebagai laksamana kapaludara itu oleh pengusaha
kapaludara itu, atau, sekiranya tiada perlantikan orang yang sedemikian, orang
yang pada masa itu adalah ketua juruterbang kapaludara itu;

"lampu aeronautika bumi" ertinya apa-apa lampu yang diadakan khusus


sebagai alat bantu kepada penerbangan udara, selain daripada lampu yang
ditunjukkan di kapaludara;

"lapangan terbang kastam" hendaklah mempunyai erti yang diberikan


kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;

"layang-layang" ertinya kapaludara yang terpacu tanpa mekanik,lebih berat


daripada udara, tertambat kepada atau ditunda daripada permukaan bumi atau air;

"lelangit" ertinya ketinggian lapisan awan terendah di bawah 6,000 meter, atau
20,000 kaki daripada permukaan bumi atau air, yang meliputi lebih daripada
setengah langit;

"lelangit awan" ertinya, berhubungan dengan padang terbang, jarak tegak


daripada aras tinggi padang terbang ke bahagian terendah mana-mana awan yang
boleh nampak daripada padang terbang yang mencukupi untuk melindungi
separuh daripada langit yang nampak itu;

"lesen" termasuklah apa-apa perakuan kekompetenan atau perakuan keesahan


yang dikeluarkan bersama dengan lesen itu atau yang dikehendaki dipegang
berhubungan dengan lesen itu oleh undang-undang Negara di mana lesen itu
diberikan;

"lesen bagi kegunaan awam" hendaklah mempunyai erti yang diberikan


kepadanya oleh subperaturan 99(1);
. - 1575 - P.U.(A) 139

"malam" ertinya masa antara dua puluh minit selepas matahari jatuh dan dua
puluh minit sebelum matahari terbit, tidak termasuk kedua-dua masa itu,
ditentukan pada aras permukaan bumi;

"manual penerbangan" ertinya, berhubungan dengan kapaludara, manual


penerbangan bagi kapaludara yang mengandungi, inter alia, maklumat dan
arahan-arahan berhubung dengan—
(a) pengenalan kapaludara itu;

(b) prosedur pengendalian dan batasan-batasan kapaludara itu; dan

(c) prestasi dan pemuatan kapaludara itu;

"mendarat" termasuklah, berhubungan dengan sesuatu kapaludara, turun ke


atas permukaan air;

"Menteri" ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan


tanggungjawab bagi penerbangan awam;

"mesin terbang" ertinya sesuatu kapaludara yang lebih berat daripada udara dan
mempunyai keupayaan pendorongan mekanik;

"minima mengendalikan padang terbang" ertinya, berhubungan dengan


pengendalian sesuatu kapaludara di suatu padang terbang, lelangit awan dan julat
pandang landasan bagi berlepas, dan keputusan ketinggian atau ketinggian
penurunan minimum, julat pandang landasan dan rujukan nampak bagi
pendaratan, adalah yang minimum bagi pengendalian kapaludara itu di padang
terbang itu;

"Negara" ertinya Negara asing;

"Negara Pejanji" ertinya mana-mana Negara, termasuk Malaysia, yang menjadi


pihak kepada Konvensyen Chicago;

"olah gerak aerobatik" termasuklah berpusing, berputar, beroleng, ban,


pusingan tertegun, penerbangan terbalik dan apa-apa olah gerak lain yang serupa;

"orang yang diberikuasa" ertinya –

(a) dalam Bahagian XI,—

(i) pegawai Jabatan Penerbangan Awam;

(ii) pegawai polis mengikut pengertian Akta Polis 1967; atau

(iii) pegawai polis bantuan yang dilantik di bawah seksyen 47 Akta


Polis 1967 dan yang diberikuasa dengan sewajarnya oleh Ketua
Pengarah untuk bertindak bagi pihaknya;
. - 1576 - P.U.(A) 139

(b) dalam Bahagian XII, mana-mana orang yang diberikuasa oleh Ketua
Pengarah sama ada secara umum atau khusus bagi mempunyai akses
kepada mana-mana kapaludara yang terlibat dalam sesuatu kemalangan
dan termasuklah mana-mana pegawai polis atau pegawai Kastam dan
Eksais Diraja;

(c) dalam mana-mana Bahagian lain dalam Peraturan-Peraturan ini,


mana-mana orang yang diberikuasa oleh Ketua Pengarah sama ada secara
umum atau berhubungan dengan sesuatu kes tertentu atau kelas kes, dan
mana-mana rujukan kepada seseorang yang diberikuasa hendaklah
termasuk rujukan kepada pemegang, yang pada masa itu, mana-mana
jawatan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah;

''padang terbang" ertinya,—

(a) dalam peraturan 105 hingga 114, mana-mana padang terbang awam yang
didirikan oleh Kerajaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual
kepada lesen yang dikeluarkan kepada suatu syarikat berlesen dan
termasuklah mana-mana jalan atau ruang terbuka dalam had-had padang
terbang itu tetapi tidak termasuk mana-mana jalan atau kawasan terbuka
yang orang awam ada akses; dan

(b) dalam mana-mana peruntukan lain dalam Peraturan-Peraturan ini,


hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta;"

“padang terbang berlesen" ertinya padang terbang yang dilesenkan di bawah


Peraturan-Peraturan ini:

"paracut naik" ertinya paracut yang ditarik dengan kabel dengan sedemikian
cara yang menyebabkannya naik;

"pegawai imigresen" ertinya mana-mana orang yang dilantik untuk bertindak


sebagai pegawai imigresen di bawah Akta Imigresen 1959/1963;

"pegawai kastam" hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepada terma


"pegawai kastam yang hak" dalam subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;

"pegawai kesihatan" mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta


Kerajaan Tempatan 1972;

"Pekeliling Maklumat Aeronautika ("AIC")" ertinya pekeliling yang berkaitan


dengan penerbangan awam yang dikeluarkan secara berkala oleh pihak berkuasa
kompeten dan mengandungi maklumat pentadbiran, pengendalian, keselamatan
dan pindaan-pindaan kepada carta had-had ruang udara Malaysia;

"pelan penerbangan" ertinya maklumat yang diberitahu, yang dibekalkan


kepada unit kawalan lalu lintas udara, berhubung dengan sesuatu penerbangan
yang dimaksudkan oleh sesuatu kapaludara;
. - 1577 - P.U.(A) 139

”pelayan kabin" ertinya, berhubungan dengan kapaludara, seseorang dalam


suatu penerbangan bagi maksud pengangkutan awam yang dibawa bagi maksud
menjalankan, bagi kepentingan keselamatan penumpang, tugas yang ditugaskan
oleh pengendali atau laksamana kapaludara itu tetapi yang tidak boleh bertindak
sebagai anggota krew penerbangan;

"pembantu juruterbang" ertinya, berhubungan dengan kapaludara, seorang


juruterbang yang, dalam menjalankan tugasnya yang sedemikian, adalah
tertakluk kepada arahan seorang juruterbang lain yang dibawa dalam kapaludara
itu;

"Pemberitahuan kepada Petugas Udara ("NOTAM")" ertinya pemberitahuan


yang mengandungi maklumat berkenaan dengan penubuhan, syarat atau
perubahan dalam apa-apa kemudahan, perkhidmatan, prosedur atau bahaya
aeronautika, yang pengetahuan yang tepat pada masanya mengenainya adalah
penting bagi personel yang terlibat dengan pengendalian penerbangan;

"Pemberitahuan Keselamatan Terbang ("AN")" ertinya notis mengenai


keselamatan terbang kapaludara yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kompeten;

"pemunya" ertinya,—

(a) berhubungan dengan sesuatu kapaludara berdaftar, pemunya


berdaftar; dan

(b) dalam Bahagian XIV, orang yang dinyatakan sebagai pemunya


kapaludara yang digadai-janji dalam borang permohonan yang
dikemukakan bagi pendaftaran kapaludara itu dalam Daftar
Kapaludara;-

"pendaratan" ertinya suatu urutan berlepas dan pendaratan yang sempurna dan
termasuklah suatu keadaan cecah dan terbang;

"penerbangan" dan "terbang" mempunyai erti yang diberikan masing- masing


kepadanya oleh subperaturan (2);

"penerbangan khas VFR" ertinya suatu penerbangan VFR yang diluluskan oleh
kawalan lalu lintas udara untuk terbang dalam suatu zon terkawal dalam keadaan
cuaca di bawah keadaan kaji cuaca pandang;

"penerbangan persendirian" ertinya penerbangan yang bukan bagi maksud


kerja koudaraan mabupun pengangkutan awam;

"Penerbitan Maklumat Aeronautika ("AIP")" ertinya sesuatu penerbitan yang


dikeluarkan dan dipinda dari semasa ke semasa oleh pihak berkuasa kompeten
dan mengandungi maklumat aeronautika yang bersifat kekal yang perlu bagi
penerbangan udara;
. - 1578 - P.U.(A) 139

"pengangkutan awam" hendaklah mempunyai pengertian yang diberikan


kepadanya di bawah subperaturan (4);

"pengangkutan awam penumpang" ertinya pengangkutan penumpang yang


adalah pengangkutan awam menurut subperenggan (4)(a) atau (b);

"pengembara" termasuklah, berhubungan dengan kapaludara, anggota krew


kapaludara itu;

"pengembaraan" ertinya, berhubungan dengan kapaludara, penerbangan


kapaludara itu dari tempat bertolak asal melalui mana-mana tempat
persinggahan;

"pengendali" hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah


subperaturan (3);

"pengganti" termasuklah, berhubungan dengan mana-mana bahagian


kapaludara atau kelengkapannya, penanggalan dan penggantian bahagian itu,
sama ada dengan menggantikannya dengan bahagian yang sama atau tidak, dan
sama ada apa-apa kerja dilakukan ke atasnya atau tidak, tetapi tidaklah termasuk
penanggalan dan penggantian sesuatu bahagian yang direkabentuk untuk boleh
ditanggalkan semata-mata bagi maksud untuk membolehkan suatu bahagian lain
diperiksa, dibaiki, ditanggalkan atau digantikan, atau sebaliknya bagi
membolehkan apa-apa kargo dimuatkan;

"pengusahaan kerja keudaraan" ertinya sesuatu pengusahaan yang urusannya


termasuklah melaksanakan kerja keudaraan;

"pengusahaan pengangkutan udara" ertinya sesuatu pengusahaan yang


perniagaannya termasuklah pengangkutan penumpang, kargo atau mel melalui
udara bagi sewa atau upah;

"penumpang" ertinya seseorang selain daripada anggota krew;

"penurunan minimum altitud/ketinggian" ertinya, berhubungan dengan


pengendalian sesuatu kapaludara di sesuatu padang terbang, altitud/ketinggian
dalam suatu sua tak jitu yang di bawahnya penurunan tidak boleh dilakukan
tanpa rujukan visual yang dikehendaki;

"perakuan kajian semula penyenggaraan" hendaklah mempunyai erti yang


diberikan kepadanya di bawah peraturan 28;

"perakuan keselamatan terbang" ertinya perakuan keselamatan terbang yang


berkuatkuasa di bawah peraturan 27;

"perakuan pendaftaran" ertinya,—

(a) berhubungan dengan kapaludara Malaysia, peraku an pendaftaran


kapaludara itu yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah menurut peraturan 5;
. - 1579 - P.U.(A) 139

(b) berhubungan dengan mana-mana kapaludara lain, perakuan pendaftaran


kapaludara itu yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pendaftaran Negara di
mana ianya didaftarkan;

"perakuan perlepasan untuk perkhidmatan" hendaklah mempunyai erti yang


diberikan kepadanya di bawah peraturan 30;

"perjalanan" disifatkan sebagai bermula apabila seorang pengembara


memasuki sesuatu kapaludara Malaysia bagi maksud perjalanan itu dan akan
berterusan sehingga pengembara itu turun daripadanya apabila perjalanan itu
selesai, walau apa pun apa-apa pemberhentian atau persinggahan perantaraan
dalam perjalanan itu;

"perjalanan berjadual" ertinya salah satu daripada perjalanan bersiri yang


dilakukan di antara dua tempat yang sama dan yang kesemuanya terjumlah
kepada suatu perkhidmatan sistematik;

"perjalanan tak berjadual" ertinya suatu perjalanan melalui udara selain


daripada perjalanan berjadual;

"Perjanjian Transit" ertinya Perjanjian Pekhidmatan Transit Udara


Antarabangsa yang ditandatangani di Chicago pada 7 haribulan Disember, 1944;

"perjanjian sewa beli" ertinya, berhubungan dengan kapaludara, suatu


perjanjian bagi menyewakan kapaludara itu dengan opsyen untuk membelinya
dan termasuklah suatu perjanjian untuk membeli kapaludara itu secara ansuran,
sama ada perjanjian itu memperihalkan ansuran itu sebagai sewa atau sebaliknya,
tetapi tidak termasuk suatu perjanjian bagi pembelian kapaludara itu yang—

(a) hak kepunyaan kapaludara itu berpindah secara mutlak pada masa perjanjian
itu kepada orang yang bersetuju untuk membeli kapaludara itu; atau

(b) pembeli itu ialah seorang yang terlibat dalam perdagangan atau perniagaan
menjual kapaludara;

"pesawat laut" termasuklah bot terbang dan mana-mana kapaludara lain yang
direka bentuk untuk bergerak di atas air; "pesawat udara" ertinya sesuatu
kapaludara yang menggunakan gas yang lebih ringan daripada udara sebagai
daya angkat, dan mempunyai daya pendorongan, dan daya pengawalan hala;
"pihak berkuasa kompeten" ertinya, berhubungan dengan Malaysia, Ketua
Pengarah dan, berhubungan dengan mana-mana Negara lain, pihak berkuasa
yang bertanggungjawab di bawah undang-undang Negara itu bagi menggalakkan
keselamatan penerbangan awam;
. - 1580 - P.U.(A) 139

"rekod" termasuklah, sebagai tambahan kepada sesuatu rekod secara


bertulis,—

(a) apa-apa fotograf;

(b) apa-apa cakera, pita, runut-bunyi atau alat lain, yang bukan imej
pandangan, yang di dalamnya terkandung bunyi atau isyarat yang boleh,
sama ada dengan bantuan peralatan lain atau tidak, dikeluarkan semula
daripadanya; dan

(c) apa-apa filem, pita atau alat lain yang di dalamnya terkandung imej
pandangan yang boleh, sama ada dengan bantuan peralatan lain atau tidak,
dikeluarkan semula daripadanya, apa-apa rujukan kepada salinan sesuatu
rekod termasuklah,—

(i) dalam hal suatu rekod yang termasuk dalam perenggan (b) tetapi
tidak perenggan (c) takrif ini, suatu trankrip bunyi atau isyarat lain
yang terkandung di dalamnya;
(ii) dalam hal suatu rekod yang termasuk dalam perenggan (c) tetapi
tidak perenggan (b) takrif ini, suatu keluaran semula pegun akan
imej yang terkandung di dalamnya, sama ada diperbesarkan atau
tidak; dan
(iii) dalam hal suatu rekod yang termasuk dalam perenggan (b) dan (c)
takrif ini, tranksrip bunyi atau data lain yang terkandung di
dalamnya bersama-sama dengan keluaran semula pegun akan imej
yang terkandung di dalamnya;

"ruang udara Kelas A", "ruang udara Kelas B", "ruang udara Kelas C", "ruang
udara Kelas D", "ruang udara Kelas E", "ruang udara Kelas F" dan "ruang udara
Kelas G" ertinya ruang udara yang diberitahu sebagai sedemikian mengikut
susunannya masing-masing;

"ruang udara perkhidmatan lalulintas udara" ertinya ruang udara dimensi yang
ditentukan, ditetapkan mengikut abjad, yang dalamnya jenis-jenis penerbangan
tertentu boleh dikendalikan dan yang baginya perkhidmatan lalulintas udara dan
kaedah-kaedah pengendaliannya ada dinyatakan;

Nota: ruang ATS diklasifikasikan sebagai kelas A hingga G

"ruang udara terkawal" ertinya sesuatu ruang udara yang mempunyai dimensi
yang ditetapkan yang dalam lingkungannya perkhidmatan kawalan lalu lintas
udara disediakan bagi penerbangan IFR dan bagi penerbangan VFR mengikut
klasifikasi ruang udara;

"rusuk darat" ertinya kawasan sesuatu lapangan terbang dan mana-mana


bangunan yang kepadanya orang ramai yang tidak membuat perjalanan udara
mempunyai akses bebas;

"sewa" termasuklah perjanjian sewa-beli dan pajakan;

"simulator penerbangan" ertinya suatu radas yang dengannya keadaan


penerbangan dalam sesuatu kapaludara diselakukan di permukaan bumi;
. - 1581 - P.U.(A) 139

"sistem rakaman penerbangan" ertinya suatu sistem yang terdiri daripada


perakam data penerbangan atau perakam suara kokpit atau kedua-duanya;

"stesen radio aeronautik" ertinya suatu stesen radio, di permukaan bumi, yang
menghantar atau menerima apa-apa isyarat bagi maksud membantu sesuatu
kapaludara;

"sua jitu" ertinya suatu sua alatan yang menggunakan Sistem Pendaratan
Alatan, Sistem Mendarat Gelombang Mikro atau Radar Sua Jitu sebagai panduan
mengenai kedua-dua azimut dan dongakan;

"sua tak jitu" ertinya suatu sua alatan yang menggunakan alat bantuan tak
pandang sebagai panduan mengenai azimut atau dongakan tetapi yang bukannya
sua jitu;

"sua untuk pendaratan" ertinya bahagian penerbangan kapaludara itu, apabila


sua untuk mendarat, di mana ia turun di bawah ketinggian 1,000 kaki melebihi
ketinggian putus atau ketinggian turun minimum yang ditetapkan yang relevan;

"syarikat berlesen" ertinya syarikat yang kepadanya suatu lesen telah


dikeluarkan oleh Menteri di bawah subseksyen 24A(I) Akta;

"tanda umum" ertinya suatu tanda yang diberikan oleh ICAO kepada pihak
berkuasa mendaftar tanda umum yang mendaftar kapaludara bagi sesuatu agensi
pengusaha antarabangsa selain daripada bagi peringkat negara;-

"unit kawalan lalulintas udara" ertinya suatu unit yang terdiri daripada seorang
atau lebih pengawal lalu lintas udara yang ditubuhkan di sesuatu padang terbang
atau mana-mana tempat lain bagi maksud mengadakan perkhidmatan kawalan
lalu lintas udara;

"unit maklumat penerbangan padang terbang" ertinya seseorang yang dilantik


oleh Ketua Pengarah atau oleh mana-mana orang lain yang menyenggara sesuatu
padang terbang untuk memberi maklumat dengan cara isyarat radio kepada
kapaludara yang terbang atau bermaksud untuk terbang di dalam zon lalulintas
padang terbang di padang terbang itu dan

"perkhidmatan maklumat penerbangan padang terbang" hendaklah ditafsirkan


dengan sewajarnya; "UTC" ertinya Penyelarasan Masa Semesta sebagaimana
yang ditakrifkan dalam lampiran D Aneks 5;"wakil diri di sisi undang-undang"
ertinya pentadbir atau wakil si mati yang lain;

"zon lalulintas padang terbang" ertinya, berhubungan dengan mana-mana


padang terbang, ruang udara yang menjangkau daripada padang terbang itu ke
ketinggian 600 meter melebihi parasnya dan di dalam lingkungan jarak 1.5 batu
nautika dari sempadannya kecuali mana-
. - 1582 - P.U.(A) 139

mana bahagian ruang udara itu yang dalam zon lalulintas padang terbang di suatu
padang terbang yang lain yang, bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, diberitahu
sebagai padang terbang yang mengawal;

"zon terkawal" ertinya ruang udara terkawal yang menjangkau ke atas daripada
permukaan bumi sehingga suatu had teratas yang dinyatakan.

(2) Sesuatu kapaludara hendaklah disifatkan sebagai dalam penerbangan,—

(a) dalam hal mesin terbang yang dipandu, selepas embarkasi krewnya bagi
maksud berlepas, daripada saat apabila ia pertama kali bergerak dengan
kuasanya sendiri sehingga saat apabila ia berkeadaan terhenti selepas
mendarat;

(b) dalam hal mesin terbang tak dipandu atau glider, daripada saat apabila ia
pertama kali bergerak bagi maksud berlepas sehingga saat apabila ia
berkeadaan terhenti selepas mendarat;

(c) dalam hal pesawat udara atau belon bebas, daripada saat apabila ia pertama
kali bercerai dari permukaan bumi sehingga saat apabila ia ditambatkan
kepada permukaan bumi atau berkeadaan diam di atasnya.(3)

(3) Apa-apa rujukan dalam Peraturan-Peraturan ini kepada pengendali


kapaludara hendaklah, bagi maksud pemakaian mana-mana peruntukan
Peraturan-Peraturan ini berhubungan dengan mana-mana kapaludara tertentu,
ditafsirkan sebagai rujukan kepada orang yang pada masa yang berkenaan
menjalankan pengurusan kapaludara itu:

Dengan syarat bahawa bagi maksud pemakaian mana-mana peruntukan dalam


Bahagian V jika menurut apa-apa carter atau perjanjian lain bagi sewaan atau
pinjaman sesuatu kapaludara, seseorang yang, selain daripada pengusahaan
pengangkutan udara atau pengusahaan kerja keudaraan, menjalankan pengurusan
kapaludara itu bagi suatu tempoh tidak melebihi empat belas hari, peruntukan-
peraturan ini yang tersebut di atas hendaklah berkuatkuasa seolaholah carter atau
perjanjian itu tidak dibuat.

(4) Tertakluk kepada peraturan ini, sesuatu kapaludara dalam penerbangan


hendaklah bagi maksud Peraturan-Peraturan ini disifatkan sebagai terbang bagi
maksud pengangkutan awam jika berhubungan dengan kapaludara itu—

(a) sewa atau upah diberikan atau dijanjikan bagi mengangkut penumpang
atau kargo;

(b) mana-mana penumpang atau kargo dibawa dengan percuma oleh sesuatu
pengusahaan pengangkutan udara, yang bukan merupakan—

(i) seorang dalam penggajian pengusahaan itu, termasuklah,


dalam hal sesuatu pertubuhan perbadanan, mana-mana
pengarahnya;
. - 1583 - P.U.(A) 139

(ii) seorang yang dengan kuasa Ketua Pengarah membuat apa-apa


pemeriksaan atau menyaksikan apa-apa latihan, amalan atau
ujian bagi maksud Peraturan-Peraturan ini; atau

(iii) kargo yang dimaksudkan untuk digunakan oleh mana-mana


penumpang yang tersebut di atas, atau oleh pengusahaan itu; atau

(c) bagi maksud Bahagian V, sewa atau upah diberikan atau dijanjikan bagi
hak untuk menerbangkan kapaludara pada penerbangan itu, yang bukan
merupakan kapaludara dengan tempat duduk tunggal yang jumlah berat
maksimum yang dibenarkan adalah tidak melebihi 910 kilogram dan yang
berkenaannya suatu perakuan keselamatan terbang daripada Kategori Khas
adalah berkuatkuasa, melainkan di bawah sesuatu perjanjian sewa-beli;

dan ungkapan "pengangkutan awam penumpang" hendaklah ditafsirkan dengan


sewajarnya:

Dengan syarat bahawa, walaupun kapaludara itu boleh terbang bagi maksud
pengangkutan awam atas sebab perenggan (c), ia tidaklah boleh disifatkan
sebagai terbang bagi maksud pengangkutan awam penumpang melainkan sewaan
atau upah diberikan atau dijanjikan bagi mengangkut penumpang itu:

Juga dengan syarat bahawa sesuatu glider tidaklah boleh disifatkan sebagai
terbang bagi maksud pengangkutan awam bagi maksud Bahagian V menurut
perenggan (c) jika sewaan atau upah yang diberikan atau dijanjikan itu adalah
bagi maksud utamanya memberikan kepada seseorang tertentu hak untuk
menerbangkan glider itu pada penerbangan itu adalah diberikan atau dijanjikan
oleh seorang anggota suatu kelab penerbangan dan glider itu dipunyai atau
dikendalikan oleh kelab penerbangan itu.

(5) Jika di bawah sesuatu transaksi yang dilakukan oleh atau bagi pihak
seorang anggota persatuan tak diperbadankan di satu pihak dengan suatu
persatuan tak diperbadankan atau mana-mana anggota persatuan itu di satu pihak
lain, seseorang dibawa di dalamnya, atau diberikan hak untuk menerbangkan,
sesuatu kapaludara dalam hal keadaan di mana sewa atau upah itu akan disifatkan
sebagai diberikan atau dijanjikan jika transaksi itu dibuat melainkan seperti yang
tersebut dahulu, sewa atau upah, hendaklah, bagi maksud Peraturan-Peraturan
ini, disifatkan sebagai telah diberikan atau dijanjikan

(6) Ugkapan "juruterbang" dalam Peraturan-Peraturan ini atau Jadual-Jadual


kepadanya hendaklah bererti pemegang suatu lesen Juruterbang Perdagangan
atau lesen Juruterbang Pengangkutan Talian Udara.
. - 1584 - P.U.(A) 139

(7) Apa-apa rujukan dalam Peraturan-Peraturan ini kepada sesuatu peraturan


atau Jadual bernombor hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada peraturan
atau Jadual yang mempunyai nombor itu dalam Peraturan-Peraturan ini.

BAHAGIAN II

PENDAFTARAN DAN TANDA KAPALUDARA

KAPALUDARA HENDAKLAH DIDAFTARKAN


3 (1) Sesuatu kapaludara tidak boleh terbang di Malaysia atau melintasi
Malaysia melainkan jika ia ada suatu tanda umum atau didaftarkan di-

(a) Malaysia;
(b) Negara Pejanji; atau
(c) mana-mana Negara lain yang berhubungan dengannya adanya
berkuatkuasa suatu perjanjian di antara Kerajaan Malaysia dengan
kerajaan Negara itu yang perjanjian itu membuat peruntukan bagi
penerbangan di Malaysia mana-mana kapaludara yang didaftarkan di
Negara itu:

Dengan syarat bahawa—

(i) sesuatu glider boleh terbang dengan tak berdaftar, dan


hendaklah disifatkan didaftarkan di Malaysia bagi maksud
peraturan 32, 33, 40 dan 55 bagi mana-mana penerbangan
yang—

(aa) bermula dan berakhir di Malaysia tanpa melintasi


mana-mana Negara lain; dan
(bb) bukan bagi maksud pengangkutan awam atau kerja
keudaraan;

(ii) mana-mana kapaludara boleh terbang dengan tak berdaftar bagi


mana-mana penerbangan yang

(aa) bermula dan berakhir di Malaysia tanpa melintasi


mana-mana Negara lain; dan
(bb) adalah menurut "Syarat-syarat B" yang dinyatakan dalam
Jadual Kedua;

(iii) peraturan ini tidaklah terpakai bagi mana-mana layang-layang


atau belon bertambat.

(2) Ketua Pengarah boleh, dalam mana-mana keadaan khas dan tertakluk
kepada apa-apa syarat atau batasan sebagaimana yang difikirkannya patut,
mengecualikan buat sementara waktu sesuatu kapaludara yang berdaftar di
tempat lain daripada pemakaian subperaturan (1).

(3) Jika sesuatu kapaludara yang terbang di Malaysia yang berlanggaran


dengan subperaturan (1) mengikut apa-apa cara atau keadaan di mana jika
kapaludara itu didaftarkan di Malaysia, suatu
. - 1585 - P.U.(A) 139

kesalahan telah dilakukan terhadap Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana


perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta telah dilakukan, suatu
kesalahan. yang sama hendaklah disifatkan telah dilakukan berkenaan dengan
kapaludara itu.

PENDAFTARAN KAPALUDARA
4 (1) Ketua Pengarah adalah pihak berkuasa bagi pendaftaran- Pendafraran
kapaludara di Malaysia.

(2) Orang yang berikut hendaklah layak untuk menjadi pemunya


kepentingan di sisi undang-undang atau benefisial terhadap kapaludara Malaysia
atau mana-mana bahagian di dalamnya:

(a) Kerajaan Malaysia;


(b) warganegara Malaysia; atau
(c) pertubuhan perbadanan dan mempunyai tempat utama perniagaannya
di Malaysia.

(3) Jika orang yang tak berkelayakan bermastautin atau yang mempunyai
tempat perniagaan di Malaysia menjadi berhak sebagai pemunya kepentingan di
sisi undang-undang atau benefisial ke atas sesuatu kapaludara atau mana-mana
bahagian di dalamnya, Ketua Pengarah boleh, jika dia berpuas hati bahawa
kapaludara itu boleh sebaliknya dengan sewajar didaftarkan, mendaftarkan
kapaludara itu di Malaysia. Tiada kapaludara yang didaftarkan menurut
subperaturan ini boleh, selama ianya terus didaftarkan sedemikian, digunakan
bagi maksud pengangkutan awam atau kerja keudaraan.

(4) Jika sesuatu kapaludara dicarter secara demis atau disewakan kepada
seseorang yang berkelayakan, Ketua Pengarah boleh, sama ada seseorang yang
tak berkelayakan berhak atau tidak sebagai pemunya kepentingan di sisi
undang-undang atau benefisial ke atas kapaludara itu, mendaftarkan kapaludara
itu di Malaysia jika dia berpuashati bahawa kapaludara itu boleh sebaliknya
dengan sewajar didaftarkan, dan tertakluk kepada peruntukan
Peraturan-Peraturan ini, kapaludara itu boleh terus didaftarkan sedemikian
selama carter atau sewaan itu berterusan.

(5) Tertakluk kepada peraturan ini, sesuatu kapaludara tidak boleh


didaftarkan atau terus didaftarkan di Malaysia jika Ketua Pengarah mendapati
bahawa—

(a) kapaludara itu didaftarkan di luar Malaysia dan bahawa pendaftaran


itu tidak terhenti dengan kuatkuasa undangundang apabila
kapaludara itu didaftarkan di Malaysia;

(b) seseorang yang tak berkelayakan berhak sebagai pemunya apa-apa


kepentingan di sisi undang-undang atau benefisial ke atas kapaludara
itu atau mana-mana bahagian di dalamnya; atau

(c) adalah tak suai-manfaat bagi kepentingan awam untuk kapaludara itu
didaftarkan atau terus didaftarkan di Malaysia
.
. - 1586 - P.U.(A) 139

(6) Tertakluk kepada subperaturan (3) dan (4), jika pada bila-bila masa
selepas suatu kapaludara didaftarkan di Malaysia seseorang yang tak
berkelayakan menjadi berhak sebagai pemunya kepentingan di sisi
undang-undang atau benefisial ke atas kapaludara itu atau suatu bahagian di
dalamnya, pendaftaran kapaludara itu hendaklah dengan itu menjadi tak sah dan
perakuan pendaftaran itu hendaklah dengan serta-merta dikembalikan oleh
pemunya berdaftar kepada Ketua Pengarah untuk pembatalan.

(7) Mana-mana orang yang didaftarkan sebagai pemunya suatu kapaludara


Malaysia hendaklah dengan serta-merta memberitahu Ketua Pengarah secara
bertulis mengenai —

(a) apa-apa perubahan dalam butir-butir yang telahdiberikannya kepada


Ketua Pengarah semasa membuat permohonan bagi pendaftaran
kapaludara itu;

b) pembinasaan kapaludara itu, atau penarikan kekalnya daripada


penggunaan; atau

(c) dalam hal kapaludara yang tertakluk kepada mana-mana perjanjian


sewaan atau carter demis, penamatan perjanjian atau carter demis itu.

(8) Mana-mana orang yang menjadi pemunya kapaludara Malaysia


hendaklah, dalam masa dua puluh lapan hari daripada tarikh dia menjadi
pemunya, memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis mengenainya.

(9) Dalam peraturan ini, apa-apa sebutan kepada sesuatu kepentingan dalam
suatu kapaludara tidaklah termasuk sebutan kepada suatu kepentingan dalam
kapaludara di mana seseorang adalah berhak hanya menurut keanggotaannya
dalam sesuatu kelab penerbangan, dan sebutan dalam subperaturan(7) kepada
pemunya berdaftar kapaludara termasuklah dalam hal orang yang mati, wakil
dirinya, dan dalam hal pertubuhan perbadanan yang telah dibubarkan,
penggantinya.

(10) Tiada apa-apa jua dalam peraturan ini menghendaki Ketua Pengarah
membatalkan pendaftaran sesuatu kapaludara jika pada pendapatnya ia tak
suai-manfaat bagi kepentingan awam untak membuat demikian.

(11) Pendaftaran sesuatu kapaludara yang tertakluk kepada suatu gadai-janji


yang belum dilepaskan dimasukkan dalam Daftar Kapaludara tidaklah menjadi
tak sah menurut subperaturan (6), dan Ketua Pengarah tidak pula boleh
membatalkan pendaftaran sesuatu kapaludara itu menurut peraturan ini atau
subperaturan 5(6) melainkan jika kesemua orang yang dinyatakan dalam Daftar
Kapaludara sebagai pemegang gadaijanji kapaludara itu telah bersetuju dengan
pembatalan itu.
. - 1587 - P.U.(A) 139

DAFTAR KAPALUDARA
5.( 1 ) Ketua Pengarah hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu Daflar
Kapaludara dalam bentuk yang difikirkannya patut dengan udara syarat jika
Daftar Kapaludra itu disimpan dalam bentuk tak mudah dibaca, ia hendaklah
boleh dikeluarkan semula dalam bentuk mudah dibaca.

(2) Sesuatu permohonan bagi pendaftaran sesuatu kapaludara di Malaysia


hendaklah dibuat secara bertulis kepada Ketua Pengarah, dan hendaklah
mengandungi atau disertakan dengan apa-apa maklumat dan keterangan
berhubung dengan kapaludara itu, pemunyaan, penyewaan atau pencarterannya
sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah untuk membolehkan dia
menentukan sama ada kapaludara itu boleh dengan wajarnya didaftarkan di
Malaysia dan mengeluarkan perakuan di bawah subperaturan (5). Permohonan
itu hendaklah secara khususnya menyatakan perihal yang betul tentang
kapaludara itu mengikut ruang 4 "Klasifikasi Am Kapaludara" yang dinyatakan
dalam Bahagian A Jadual Pertama.

(3) Apabila menerima sesuatu permohonan bagi pendaftaran sesuatu


kapaludara di bawah subperaturan (2) dan setelah berpuashati bahawa kapaludara
itu boleh dengan sewajarnya didaftarkan mengikut peruntukan di dalamnya,
Ketua Pengarah hendaklah, di mana-mana jua kapaludara itu berada,
mendaftarkan kapaludara itu dan mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran
baginya.

(4) Daftar Kapaludara hendaklah memasukkan butir-butir berikut berhubungan


dengan setiap kapaludara:

(a) nombor perakuan;


(b) tanda kenegaraan kapaludara itu dan tanda pendaftaran yang
diuntukkan kepadanya oleh Ketua Pengarah;
(c) nama pembuat kapaludara itu dan nama sebutannya;
(d) nombor siri kapaludara itu;
(e) (i) nama dan alamat tiap-tiap orang yang berhak sebagai pemunya
kepentingan di sisi undang-undang atau benefisial ke atas
kapaludara itu atau suatu bahagian didalamnya, dan dalam hal
sesuatu kapaludara yang tertakluk kepada mana-mana perjanjian
sewaan atau carter demis, sebagai tambahan kepada butir-butir
pemunyanya, nama dan alamat penyewa atau pencarter itu,
mengikut mana- yang berkenaan;
(ii) dalam hal sesuatu kapaludara yang berdaftar menurut
subperaturan 4(3) yang menunjukkan bahawa ia didaftarkan
sedemikian; atau
(iii) dalam hal sesuatu kapaludara yang berdaftar menurut
subperaturan 4(4) sebagai tambahan kepada butir-butir mengenai
pemunyanya sebagaimana yang dikehendaki di bawah
subperenggan (i) nama dan alamat pencarter atau penyewa,
mengikut mana-mana yang berkenaan, dan sesuatu yang
menunjukkan bahawa ia didaftarkan sedemikian;
. - 1588 - P.U.(A) 139

(f) apa-apa butir-butir lain yang boleh dimasukkan menurut-mana


peruntukan Peraturan-Peraturan ini; dan

(g) apa-apa butir lain yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.

(5) Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan kepada orang atau orang-orang


yang atas namanya kapaludara itu didaftarkan, kemudian daripada ini dalam
peraturan ini disebut sebagai "pemunya berdaftar", suatu perakuan pendaftaran
dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang difikirkannya sesuai yang hendaklah
memasukkan butir-butir yang dinyatakan dalam subperaturan (4) dan tarikh
perakuan itu dikeluarkan:

Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah tidaklah dikehendaki memberi


suatu perakuan pendaftaran jika pemunya berdaftar adalah pemegang suatu
perakuan peniaga kapaludara yang diberikan di bawah peraturan 178 dan belum
mengeluarkan suatu pernyataan mengenai niatnya bahawa kapaludara itu akan
terbang hanya menurut "Syarat-syarat C" yang dinyatakan dalam Jadual Kedua,
dan dalam hal sedemikian kapaludara itu hendaklah terbang hanya menurut
syarat-syarat tersebut.

(6) Ketua Pengarah boleh, apabila didapati olehnya perlu atau sesuai untuk
berbuat demikian bagi menguatkuasakan Bahagian ini atau bagi
mengemaskinikan atau selainnya membetulkan butir-butir yang dimasukkan
dalam Daftar Kapaludara, meminda Daftar Kapaludara itu atau, jika
difikirkannya patut, boleh membatalkan pendaftaran kapaludara itu, dan
hendaklah membatalkan pendaftaran itu selepas dia berpuashati bahawa terdapat
pertukaran dalam pemunyaan kapaludara itu.

(7) Ketua Pengarah boleh, bagi maksud mengadakan peruntukan bagi


pemindahan sementara kapaludara kepada atau daripada Daftar Kapaludara,
sama ada secara umum atau berhubungan dengan kes tertentu atau kelas kes-kes,
memadankan atau mengubahsuai peruntukan peraturan 4 atau peruntukan di atas
dalam peraturan ini, sebagaimana yang disifatkannya perlu atau suai-manfaat.

(8) Semna orang hendaklah pada setiap masa disifatkan telah mendapat notis
nyata mengenai semua fakta yang dinyatakan dalam Daftar Kapaludara, tetapi
pendaftaran sesuatu gadaijanji menurut Bahagian XIV hendaklah tidak menjadi
keterangan kepada keesahannya.

(9) Mana-mana orang boleh, setelah membayar fee yang ditetapkan, memohon
kepada Ketua Pengarah untuk—

(a) memeriksa Daftar Kapaludara berhubung dengan mana-mana


kapaludara yang dinyatakan di dalam permohonan itu termasuilah
omna~mana dokumen yang difailkan atau diserah-simpan menurut
subperaturan 5(2), peraturan 142 dan subperaturan 162(2) berkenaan
dengan kapaludara itu;-
. - 1589 - P.U.(A) 139

(b) suatu cabutan, yang diperakukan sebagai salinan benar oleh Ketua
Pengarah, mengenai catatan dalam Daftar Kapaludara berhubung
dengan mana-mana kapaludara yang dinyatakan dalam permohonan
itu;

(c) suatu salinan atau cabutan, yang diperakukan sebagai salinan benar
oleh Ketua Pengarah, daripada mana-mana dokumen yang dia berhak
untuk memeriksa di bawah perenggan (a);

(d) suatu pengesahan bertulis sama ada terdapat apa-apa catatan atau tidak
dalam Daftar Kapaludara berhubung dengan mana-mana kapaludara
yang dinyatakan dalam permohonan itu dengan merujuk kepada
kenegaraan dan tanda pendaftarannya.

(10)Sesuatu salinan atau cabutan daripada mana-mana dokumen yang


difailkan atau diserah-simpan kepada Ketua Pengarah atau sesuatu cabutan
mengenai apa-apa catatan dalam Daftar Kapaludara, yang diperakukan sebagai
suatu salinan atau cabutan benar oleh Ketua Pengarah hendaklah, dalam
mana-mana prosiding, boleh diterima—

(a) dalam hal sesuatu salinan atau cabutan daripada dokumen sedemikian,
sebagai keterangan yang sama taraf keesahannya seperti dokumen asal;
(b) dalam hal sesuatu cabutan mengenai catatan dalam Daftar Kapaludara,
sebagai keterangan tentang catatan itu.

KENEGARAAN DAN TANDA PENDAFTARAN


6. (1) Sesuatu kapaludara, selain daripada kapaludara yang dibenarkan
Kenegarsan dan oleh atau di bawah Peraturan-Peraturan ini untuk terbang tanpa
didaftarkan, hendaklah tidak terbang melainkan jika ia menunjukkan dengan
dicatkan atasnya atau dilekatkan padanya, mengikut cara yang dikehendaki oleh
undang-undang Negara di mana ianya didaftarkan, tanda kenegaraan dan tanda
pendaftaran yang dikehendaki oleh undang-undang itu.

(2) Tanda yang kena ditunjukkan oleh kapaludara Malaysia hendaklah


mematubi Bahagian B Jadual Pertama.
(3) Sesuatu kapaludara tidak boleh menunjukkan apa-apa tanda yang
berupa sebagai menunjukkan bahawa—
(a) kapaludara itu didaftarkan di Negara di mana yang pada hakikatnya
ia tidak didaftarkan, dengan syarat bahawa tanda yang diluluskan
oleh Ketua Pengarah bagi maksudpenerbangan menurut
'Syarat-syarat B' yang terkandung dalam Jadual Kedua
hendaklahtidak disifatkan sebagai menunjukkan bahawa kapaludara
itu didaftarkan sedemikian; atau
(b) kapaludara itu ialah kapaludara Negara bagi sesuatu Negara tertentu
jika ia padahakikatnya bukanlah kapaludara yang sedemikian,
melainkan jika pihak berkuasa berkenaan Negara itu telah
membenarkan penunjukan tanda itu.
. - 1590 - P.U.(A) 139

BAHAGIAN III

PERLESENAN PERKHIDMATANUDARA
Bab 1: Tafsiran dan Pemakaian
TAFSIRAN
7 Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna
yang lain—

"lesen perkhidmatan udara" ertinya lesen yang diberikan di bawah peraturan


11;

"lesen perkhidmatan udara sementara" ertinya lesen perkhidmatanudara


sementara yang diberikan di bawah peraturan 13;

"pemegang lesen" ertinya seorang pemegang lesen perkhidmatan udara;

"perkhidmatan udara" ertinya apa-apa perkhidmatan yang dilaksanakan oleh


mana-mana kapaludara untuk sewa atau upah:

Dengan syarat bahawa seseorang anggota kelab penerbangan yangdiiktiraf


yang dibawa dalam sesuatu kapaludara kepunyaan kelab itu bagi maksud latihan
tidaklah, jika jurulatih itu juga adalah anggota kelab itu, disifatkan sebagai
dibawa untuk sewa atau upah, walau apa pun bayaran dibuat bagi latihan atau
pengangkutan sedemikian;

"permit perkhidmatan udara" ertinya permit yang diberikan di bawah peraturan


18.

PEMAKAIAN
8. Bahagian ini hendaklah terpakai bagi pengangkutan penumpang, mel atau
kargo melalui udara untuk sewa atau upah.

Bab 1: Perjalanan Berjadual


PEMAKAIAN BAGI PERJALANAN BERJADUAL .
9. Bab ini hendaklah terpakai bagi perjalanan berjadual.

LESEN PERKHIDMATAN UDARA


10(1)Tertakluk kepada peruntukan- peruntukan Bab ini, tiada udara seorang pun
boleh mengusahakan untuk mengangkut melalui udara atau mengguna
mana-mana kapaludara bagi pengangkutan penumpang, mel atau kargo di
Malaysia untak sewa atau upah dalam mana-mana perjalanan berjadual di antara
dua tempat, yang sekurang-kuranguya salah satu daripada tempat itu di Malaysia,
kecuali di bawah atau mengikut peruntukan suatu lesen perkhidmatan udara
atau lesen perkhidmatan udara sementara yang diberikan oleh Ketua Pengarah.

(2)Mana-mana orang yang mengusahakan untuk mengangkut melalui udara


atau menggunakan mana-mana kapaludara bagi pengangkutan penumpang, mel
atau kargo untuk sewa atau upah yang berlanggaran dengan peraturan ini adalah
melakukan suatu kesalahan.-
. - 1591 - P.U.(A) 139

(3)Peruntukan-peruntukan Bab ini hendaklah tidak terpakai bagi kapaludara


mana-mana Negara yang menjadi pihak kepada kepada Perjanjian Transit, yang
terbang melintasi Malaysia tanpa membuat pendaratan atau mendarat di Malaysia
mengikut peruntukan Perjanjian tersebut.

PERMOHONAN BAGI LESEN PERKHIDMATAN UDARA


11. (1) Sesuatu permohonan bagi pemberian suatu lesen perkhidmatan
Permohonan bagi udara untuk mengangkut penumpang, mel atau kargo melalui
udara peesreknhjdma~an untuk sewa atau upah bagi mana-mana perjalanan
berjadual, hendaklah udara dibuat secara bertulis dan hendaklah mengandungi
atau disertakan dengan apa-apa maklumat dan dokumen sebagaimana yang
dinyatakan oleh Ketua Pengarah

(2) Ketua Pengarah boleh, dalam memberikan suatu lesen perkhidmatan


udara mengikut permohonan yang dibuat di bawah subperaturan (5), mengenakan
apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dengan mengambil kira
jenis dan hal keadaan permohonan itu.

(3) Adalah menjadi syarat bagi tiap-tiap lesen perkhidmatan udara bahawa
pemegang lesen dan mana-mana orang yang mempunyai kepentingan kewangan
dalam perniagaan pemegang lesen itu tidaklah boleh membuat apa-apa perjanjian
atau perkiraan dengan mana-mana orang atas terma atau syarat yang boleh
menghalang atau menyekat orang itu daripada mengadakan kemudahan
tempahan kepada mana-mana pemegang lesen perkhidmatan udara lain.

(4) Ketua Pengarah hendaklah menyenggara suatu daftar semasa


pemegang-pemegang lesen perkhidmatan udara bagi perjalanan berjadual.

(5) Pada menjalankan budibicaranya untuk memberi atau menolak sesuatu


lesen perkhidmatan udara dan budibicaranya untuk mengenakan syarat pada
mana-mana lesen perkhidmatan udara di bawah subperaturan (2), Ketua
Pengarah hendaklah—

(a) memberi perhatian kepada penyelarasan dan pembangunan


perkhidmatan udara secara amnya dengan tujuan menjamin
perkhidmatan yang paling berkesan kepada orang awam;
(b) memberi perhatian kepada mana-mana orang yang memerlukan
atau berkemungkinan memerlukan kemudahan pengangkutan udara
dan juga orang yang mengadakan perkhidmatan demikian bagi
maksud mengelak pertindihan yang tidak ekonomi; dan
(c) khususnya Ketua Pengarah hendaklah memberi perhatian kepada
perkara yang berikut:
(i) kewujudan perkhidmatan udara lain dalam kawasanmana
perkhidmatan itu akandikendalikan;

(ii) permintaan bagi pengangkutan udara dalam kawasan itu;


. - 1592 - P.U.(A) 139

(iii) tahap kecekapan dan ketetapan perkhidmatan udara itu, jika ada,
yang telah sedia ada dalam kawasan itu, sama ada oleh pemohon
atau pengendali lain;

(iv) tempoh perkhidmatan sedemikian yang telah dikendalikan oleh


pemohon atau pengendali lain;

(v) takat mana kemungkinan pemohon itu mampu mengadakan


perkhidmatan memuaskan berkenaan dengan keselamatan,
kesinambungan, ketetapan operasi, kekerapan, ketepatan pada
waktu, keberpatutan caj dan keberkesanan secara amnya;

(vi sumber kewangan pemohon;

(vii) jenis kapaludara yang dicadangkan untuk digunakan;

(viii) saraan dan syarat am penggajian krew udara dan kakitangan


lain yang digunakhidmat oleh pemohon; dan

(ix) apa-apa representasi yang dibuat oleh pemohon.

(6) Sesuatu lesen perkhidmatan udara yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah
di bawah peraturan ini hendaklah dalam bentuk yang ditetapkan olehnya dari
semasa ke semasa..

KEESAHAN LESEN PERKHIDMATAN UDARA


12.Ketua Pengarah boleh memberi lesen perkhidmatan udara yang akan terus
berkuatkuasa bagi apa-apa tempoh, yang tidak melebihi lima tahun, sebagaimana
yang ditetapkannya dalam setiap kes, bermula dari tarikh lesen perkhidmatan
udara itu dinyatakan mula berkuatkuasa dan Ketua Pengarah pada bila-bila masa
boleh meminda atau membatalkan satu atau lebih syarat-syarat lesen itu atau
mengenakan syarat baru atau tambahan kepadanya:

Dengan syarat bahawa jika, pada tarikh lesen perkhidmatan udara itu habis
tempohnya ("lesen sedia ada"), permohonan kepada Ketua Pengarah bagi
pemberian lesen perkhidmatan udara yang baru untuk menggantikan lesen sedia
ada yang dipegang oleh pemohon yang belum diputuskan, Ketua Pengarah boleh
jika difikirkannya patut, melanjutkan tempoh keesahan lesen sedia ada kepada
tarikh bila permohonan itu diluluskan atau ditolak..

LESEN PERKHIDMATAN UDARA SEMENTARA


13.(1)Sementara menanti penentuan sesuatu permohonan bagi suatu ra lesen
perkhidmatan udara di bawah peraturan 11, Ketua Pengarah boleh, jika
difikirkannya patut, memberikan kepada pemohon suatu lesen perkhidmatan
udara sementara yang hendaklah berkuatkuasa sehingga permohonan itu
ditentukan.

(2)Subperaturan 10(2), 10(3), peraturan 11, 14, 15, 19, 20 dan 23


hendaklah mutatis mutandis terpakai bagi lesen perkhidmatan udara sementara.
. - 1593 - P.U.(A) 139

PEMBATALAN DAN PENGGANTUNGAN


14. (1)Tertakluk kepada peraturan ini, Ketua Pengarah boleh, pada Pembatalan
dan bila-bila masa, menggantung atau membatalkan sesuatu lesen
penggantungan. perkhidmatan udara jika—.
(a) pemegang lesen itu disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah
Akta atau Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana undang- ndang
bertulis lain yang berhubungan dengan penerbangan udara atau
pengangkutan udara, atau jika sebagai suatu pertubuhan perbadanan,
mana-mana pegawai pemegang lesen disabitkan dengan suatu
kesalahan sedemikian;
(b) pemegang lesen telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana
syarat lesen perkhidmatan udaranya; atau
(c) pemegang lesen telah dalam permohonannya bagi lesen
perkhidmatan udara memberikan maklumat palsu atau mengelirukan.
(2) Sebelum membatal atau menggantung mana-mana lesen perkhidmatan
udara di bawah perenggan (l)(b), Ketua Pengarah hendaklah memberi suatu notis
secara bertulis kepada pemegang lesen itu menyatakan—
(a) syarat lesen yang pemegang lesen itu telah melanggari dan perbuatan
atau peninggalan yang menjadi pelanggaran sedemikian; dan
(b) tempoh, tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu,
yang dalam tempoh itu pemegang lesen boleh membuat representasi
berkenaan dengan penggantungan atau pembatalan yang
dicadangkan itu.

(3) Selepas habis tempoh yang dinyatakan dalam notis itu dan setelah
menimbang apa-apa representasi yang dibuat oleh pemegang lesen, Ketua
Pengarah hendaklah memutuskan sama ada hendak meneruskan dengan
penggantungan atau pembatalan yang dicadangkan itu, atau untuk tidak
mengambil apa-apa tindakan selanjutnya.

(4) Dalam peraturan ini, ungkapan "pegawai" ertinya seseorang pengarah,


pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpama itu dan termasuklah
mana-mana orang lain yang, dengan kuasa yang diberikan oleh pertubuhan
perbadanan itu, bertindak sebagai pegawai itu..

PENYERAHAN BALIK LESEN


15.(1) Sesuatu lesen perkhidmatan udara boleh pada bila-bila masa Penyerahan
balik diserahkan balik oleh pemegang lesen itu kepada Ketua Pengarah untuk
pembatalan.

(2) Jika,dalam tempoh sah sesuatu lesen perkhidmatan udara, pemegang lesen
itu memohon kepada Ketua Pengarah bagi suatu lesen perkhidmatan udara yang
baru untuk menggantikan lesen perkhidmatan udara yang masih berkuatkuasa itu,
pemegang lesen itu hendaklah, jika suatu lesen perkhidmatan udara baru
diberikan, menyerahbalik lesen yang masih berkuatkuasa itu untuk pembatalan
dari tarikh lesen perkhidmatan udara yang baru itu dinyatakan mula
berkuatkuasa.
. - 1594 - P.U.(A) 139

Bab.2: Perjalanan Tak Berjadual


PEMAKAIAN BAGI PERJALANAN TAK BERJADUAL
16.Bab ini hendaklah terpakai .bagi perjalanan tak berjadual.

PERINIT PERKHIDMATAN UDARA


17.(1) Tertakluk kepada Bahagian ini, tiada seseorang pun boleh mengusahakan
untuk mengangkut melalui udara atau menggunakan apa-apa kapaludara bagi
pengangkutan penumpang, mel atau kargo kecuali di bawah, dan mengikut
syarat, suatu permit perkhidmatan udara yang diberikan oleh Ketua Pengarah.

(2) Mana-mana orang yang mengusahakan untuk mengangkut melalui udara


atau menggunakan apa-apa kapaludara bagi mengangkut penumpang, mel atau
kargo yang berlanggaran dengan peraturan ini adalah melakukan suatu kesalahan.

(3) Peraturan ini tidaklah terpakai berkenaan dengan mana-mana perjalanan


yang dilaksanakan di bawah Artikel 5 Konvensyen Chicago jika kapaludara yang
melaksanakan perjalanan itu terbang melintasi Malaysia tanpa pendaratan atau
mendarat di Malaysia bagi maksud bukan lalulintas sahaja.bagi
PERMOHONAN BAGI PERINIT PERKHIDMATAN UDARA
18. (1) Sesuatu permohonan bagi permit perkhidmatan udara untuk mengangkut
penumpang, mel atau kargo untuk udara. sewa atauudara.upah bagi sesuatu
perjalanan tak berjadual, hendaklah dibuat secaradan hendaklah mengandungi
atau disertai dengan, apa-apa maklumat dan dokumen sebagaimana yang
dinyatakan oleh Ketua Pengarah.

(2) Ketua Pengarah boleh, dalam memberi sesuatu permit perkhidmatan


udara menurut permohonan yang dibuat di bawah subperaturan (1), mengenakan
apa-apa syarat yang difikirkannya patut setelah mengambil kira jenis dan hal
keadaan permohonan itu.

(3) Sesuatu permit perkhidmatan udara yang dikeluarkan oleh Ketua


Pengarah di bawah peraturan ini hendaklah dalam bentuk sebagaimana yang
ditentukan olehnya dari semasa ke semasa.

(4) Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa, mengubah atau membatal
satu atau lebih syarat yang sedia ada mengenai mana-mana permit perkhidmatan
udara, mengenakan syarat baru atau tambahan padanya atau menggantung
mana-mana permit perkhidmatan udara dan peraturan 14 hendaklah terpakai
mutatis mutandis.

Bab 3: Peruntukan Am
SYARAT AM LESEN ATAU PERINIT PERKHIDMATAN UDARA
19. (1) Adalah menjadi syarat bagi tiap-tiap lesen perkhidmatan udara atau
permit perkhidmatan udara bahawa kehendak mana-mana undang-undang atau
instrumen yang mempunyai kuatkuasa undang-undang, yang sedang
berkuatkuasa di Malaysia berhubung dengan penerbangan udara atau
pengangkutan udara, dipatuhi pada setiap masa selama tempoh sah lesen
perkhidmatan udara atau permit
. - 1595 - P.U.(A) 139

perkhidmatan udara itu berkaitan dengan semua perjalanan yang dibuat di bawah
lesen perkhidmatan udara atau permit perkhidmatan udara itu.

(2) Tiada apa-apa jua dalam Bahagian ini boleh memberikan kepada
mana-mana pemegang lain sesuatu lesen perkhidmatan udara atau permit
perkhidmatan udara atau kepada mana-mana orang lain apa-apa hak untuk
meneruskan apa- apa faedah yang timbul daripada peruntukan Bahagian ini atau
daripada mana-mana lesen perkhidmatan udara atau permit perkhidmatan udara
yang diberikan di bawahnya atau daripada mana-mana syarat yang terkandung
dalam mana-mana lesen perkhidmatan udara atau permit perkhidmatan udara
sedemikian.

LESEN PERKHIDMATAN UDARA ATAU PERINIT PERKHIDMATAN UDARA TIDAK BOLEH


DIPINDAHINILIK ATAU DISERAHKAN
20. Suatu lesen perkhidmatan udara atau permit perkhidmatan udara tidak boleh
dipindahmilik atau diserahhak:

Dengan syarat bahawa jika berlaku kematian, ketakupayaan, kebankrapan,


sekuestrasi atau penyelesaian pemegang sesuatu lesen perkhidmatan udara atau
permit perkhidmatan udara, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau
perlantikan seorang penerima atau pengurus atau pemegang amanah
berhubungan dengan perniagaan pemegang lesen perkhidmatan udara atau permit
perkhidmatan udara, orang yang pada masa itu menjalankan perniagaan itu,
hendaklah, jika dia dalam masa empat belas hari selepas berlakunya kejadian
atau perlantikan sedemikian, memohon kepada Ketua Pengarah untuk suatu lesen
perkhidmatan udara atau permit perkhidmatan udara baru, berhak untuk
mengadakan perkhidmatan udara yang dibenarkan oleh lesen perkhidmatan udara
atau permit perkhidmatan udara yang sedia ada, tertakluk kepada
syarat-syaratnya, sehingga permohonan itu ditentukan.
MAKLUMAT TIDAK BOLEH DIDEDAHKAN
21.Tiada apa-apa jua dalam Bahagian ini menghendaki pendedahan oleh
mana-mana pemohon bagi sesuatu lesen perkhidmatan udara atau permit
perkhidmatan udara kepada mana-mana orang selain daripada Ketua Pengarah,
mengenai apa-apa maklumat berkenaan sumber kewangan pemohon, dan apa-apa
maklumat yang dikemukakan oleh pemohon hendaklah dikira sebagai sulit.

22.. Walau apa pun yang terkandung dalam Bahagian ini, mana-mana orang
yang, pada mula berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini, sedang
mengendalikan apa-apa perkhidmatan udara di bawah dan mengikut perjanjian
yang dibuat antara orang itu dengan Kerajaan Malaysia, hendaklah disifatkan
telah diberikan suatu lesen perkhidmatan udara di bawah Bahagian ini untuk
mengendalikan perkhidmatan udara sedemikian mengikut terma perjanjian itu
dan bagi tempoh yang diperuntukkan di dalamnya..

PENYATA
23. (1) Tiap-tiap pemegang lesen perkhidmatan udara atau permit perkhidmatan
udara hendaklah mengemukakan penyata bulanan kepada Ketua Pengarah
memberikan, berkenaan dengan bulan yang dimaksudkan oleh penyata itu,
butir-butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah mengenai semua
perkhidmatan udara yang dikendalikan di bawah lesen atau permit itu.
.
. - 1596 - P.U.(A) 139

(2)Penyata itu hendaklah dihantar kepada Ketua Pengarah tidak lewat daripada
dua bulan selepas tamatnya bulan yang dimaksudkan olehnya.

BAHAGIAN IV

PERAKUAN PENGENDALI UDARA

PENGELUARAN PERAKUAN PENGENDALI UDARA


24. (1) Sesuatu kapaludara Malaysia tidaklah boleh terbang dalaml mana-mana
penerbangan bagi maksud pengangkutan awam melainkan di bawah dan
mengikut terma sesuatu perakuan pengendali udara yang diberikan kepada
pengendali kapaludara di bawah subperaturan (2) yang memperakukan bahawa
pemegang perakuan itu adalah kompeten untuk memastikan kapaludara yang
dikendalikan olehnya dalam penerbangan sedemikian adalah dikendalikan
dengan selamat.

(2) Ketua Pengarah hendak memberikan perakuan pengendali udara kepada


mana-mana orang yang memohonnya jika dia berpuas hati bahawa orang itu
adalah kompeten, dengan mengambil perhatian khususnya kelakuannya yang
dahulu dan pengalaman, kelengkapan, organisasi, pengstafan, penyenggaraannya
dan perkiraan lain, bagi memastikan pengendalian selamat kapaludara yang
jenisnya dinyatakan dalam perakuan itu dalam penerbangan yang diperihalkan
dan bagi maksud yang ditetapkan itu.

(3) Perakuan yang diberikan oleh Ketua Pengarah di bawah subperaturan (2)
boleh tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dan perakuan
sedemikian hendaklah, tertakluk kepada peraturan 87, terus berkuatkuasa bagi
tempoh yang dinyatakan di dalamnya.

BAHAGIAN V
KESELAMATAN TERBANG DAN
KELENGKAPAN KAPALUDARA
TAFSIRAN
25. Dalam Bahagian ini, berhubungan dengan pengeluaran sesuatu perakuan
pelepasan daripada servis—

"baikpulih" ertinya sesuatu operasi kerja yang‚ besar yang melibatkan


pemburaian dan ujian spesifikasi yang menyeluruh dan pembaharuan usia
kendalian;

"pembaikan" ertinya apa-apa kerja yang tidak terjumlah kepada baikpulih


atau penggantian, berhubung dengan pembetulan dan pelarasan;

"pemeriksaan mandatori" ertinya apa-apa pemeriksaan yang dikelaskan


sebagai mandatori oleh Ketua Pengarah, jika pemeriksaan itu sendiri adalah
kerja;
. - 1597 - P.U.(A) 139

"pemeriksaan senggaraan berjadual" ertinya apa-apa pemeriksaan


termasuklah ujian yang dikehendaki oleh jadual senggaraan yang diluluskan oleh
Ketua Pengarah.

"penggantian" ertinya sesuatu operasi kerja yang melibatkan penanggalan


dan penggantian bahagian yang sama atau penukaran ganti sesuatu bahagian
alternatif yang diluluskan;

"ubahsuaian" ertinya perubahan yang dibuat kepada kapaludara tertentu


termasuklah komponen, enjin, bobaling, stesyen radio, aksesori, alatan,
kelengkapan kapaludara itu dan pemasangannya.

Bab 1: Perakuan Keselamatan Terbang


PERAKUAN KESELAMATAN TERBANG HENDAKLAH BERKUATKUASA
26 (1) Tertakluk kepada subperaturan (2), tiada kapaludara boleh terbang
melainkan—

(a) adanya berkuatkuasa berkenaan dengan kapaludara itu suatu perakuan


keselamatan terbang yang dikeluarkan dengan sempurna atau menjadi
sah di bawah undang-undang Negara di mana kapaludara itu
didaftarkan; dan

(b) apa-apa syarat yang tertakluk kepada perakuan itu dikeluarkan atau
menjadi sah dipatuhi.

(2) Subperaturan (1) tidaklah terpakai bagi penerbangan, yang bermula


dan berakhir di Malaysia tanpa melintasi mana-mana Negara lain, oleh—

(a) sesuatu glider, jika ia tidak digunakan bagi pengangkutan awam


penumpang atau kerja keudaraaan selain daripada kerja keudaraan
yang terdiri daripada memberi latihan dalam penerbangan atau
menjalankan ujian penerbangan dalam sesuatu glider yang
dipunyai atau dikendalikan oleh suatu kelab penerbangan di mana
orang yang memberi latihan atau menjalankan ujian dan orang
yang menerima latihan atau menjalani ujian itu adalah
kedua-duanya anggota kelab penerbangan itu;

(b) sesuatu belon yang terbang dalam penerbangan persendirian;

(c) sesuatu layang-layang;

(d) sesuatu kapaludara yang terbang mengikut "Syarat-syarat A" atau


"Syarat-syarat B" yang di nyatakan dalam Jadual Kedua; dan

(e) sesuatu kapaludara yang terbang mengikut syarat suatu permit


terbang yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah berkenaan dengan
kapaludara itu.

(3) Dalam hal sesuatu kapaludara Malaysia, perakuan keselamatan terbang


yang disebutkan dalam subperaturan (1) adalah perakuan yang dikeluarkan atau
menjadi sah mengikut peraturan 27.
. - 1598 - P.U.(A) 139

PENGELUARAN DAN PENBAHARUAN PERAKUAN KESELAMATAN TERBANG


27. (1) Ketua Pengarah hendaklah mengeluarlkan, berkenaan dengan mana-mana
kapaludara, suatu perakuan keselamatan terbang jika dia berpuas hati bahawa
kapaludara itu adalah layak untuk terbang dengan memberi perhatian kepada -

(a) rekabentuk, binaan, mutu kerja dan bahan kapaludara itu,


termasuklah, khususnya apa-apa enjin yang dipasang di dalamnya,
dan apa-apa kelengkapan yang dibawa dalam kapaludara itu yang
dia berpendapat adalah perlu bagi keselamatan terbang kapaludara
itu;

(b) Notis Keselamatan Terbang yang dikeluarkan oleh Jabatan


Penerbangan Awam dan, sebagaimana yang difikirkan wajar oleh
Ketua Pengarah, dengan memberi perhatian juga kepada kod
perakuan keselamatan terbang dan kehendak-kehendak prosedur
dari semasa ke semasa yang berkuatkuasa di bawah—

(i) Peraturan-Peraturan Penerbangan Persekutuan Amerika


Syarikat;

(ii) Kehendak-Kehendak Keselamatan Terbang Awam British


yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam
United Kingdom;

(iii) Kehendak-Kehendak Penerbangan Bersama yang


dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Bersama
Negara-negara Eropah; dan

(c) keputusan penerbangan cubaan dan apa-apa ujian lain kapaludara


sebagaimana yang dikehendakinya:

Dengan syarat bahawa, jika Ketua Pengarah telah mengeluarkan suatu


perakuan keselamatan terbang berkenaan dengan suatu kapaludara yang pada
pendapatnya ialah suatu kapaludara prototaip atau ubahsuaian sesuatu kapaludara
prototaip, dia boleh mengenepikan penerbangan cubaan bagi mana-mana
kapaludara lain, jika dia berpuas hati bahawa kapaludara itu menepati kapaludara
prototaip atau ubahsuaian sedemikian.

(2) Tiap-tiap perakuan keselamatan terbang hendaklah menetapkan kategori


sebagaimana yang, pada pendapat Ketua Pengarah, bersesuaian dengan
kapaludara itu mengikut Jadual Ketiga dan perakuan itu hendaklah dikeluarkan
tertakluk kepada syarat bahawa kapaludara itu akan diterbangkan hanya bagi
maksud yang tertera dalam Jadual tersebut berhubungan dengan kategori itu.

(3) Ketua Pengarah boleh mengeluarkan perakuan keselamatan terbang


tertakluk kepada apa-apa syarat lain berkaitan dengan keselamatan terbang
kapaludara itu sebagaimana yang difikirkannya patut.
. - 1599 - P.U.(A) 139

(4) Perakuan keselamatan terbang boleh menetapkan kumpulan prestasi


kapaludara itu bagi maksud kehendak-kehendak yang dinyatakan dalam
subperaturan 51(1).

(5) Ketua Pengarah boleh, tertakluk apa-apa syarat yang difikirkannya patut,
mengeluarkan perakuan keesahan yang menjadikan sah bagi maksud
Peraturan-Peraturan ini suatu perakuan keselamatan terbang yang dikeluarkan
berkaitan dengan mana-mana kapaludara di bawah undang-undang mana-mana
Negara selain daripada Malaysia.

(6) Tertakluk kepada peraturan ini dan peraturan 87, suatu perakuan
keselamatan terbang yang dikeluarkan di bawah peraturan ini hendaklah terus
berkuatkuasa bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan di dalamnya,
dan bolehlah diperbaharui dari semasa ke semasa oleh Ketua Pengarah bagi
apa-apa tempoh selanjutnya yang difikirkannya patut.

(7) Suatu perakuan keselamatan terbang yang dikeluarkan berkenaan berkaitan


dengan sesuatu kapaludara hendaklah terhenti berkuatkuasa—

(a) jika kapaludara itu, atau apa-apa kelengkapannya yang perlu bagi
keselamatan terbang kapaludara itu dibaikpulih, dibaiki atau
diubahsuai, atau jika mana-mana bahagian kapaludara itu atau
apa-apa kelengkapannya ditanggalkan atau diganti selain daripada
mengikut cara dan dengan bahan daripada jenis yang diluluskan oleh
Ketua Pengarah sama ada secara umum atau berhubungan dengan
sesuatu kelas kapaludara atau dengan kapaludara tertentu;

(b) sehingga selesainya apa-apa pemeriksaan kapaludara itu atau apa-apa


kelengkapannya yang perlu bagi keselamatan terbang kapaludara itu,
yang adalah pemeriksaan yang dibuat bagi maksud untuk
memastikan sama ada kapaludara itu masih selamat terbang dan—

(i) dikelaskan sebagai mandatori oleh Ketua Pengarah; atau

(ii) pemeriksaan senggaraan berjadual sebagaimana yang


dikehendaki oleh sesuatu jadual penyenggaraan yang
diluluskan oleh Ketua Pengarah berhubungan dengan
kapaludara itu; atau

(c) sehingga selesai dengan memuaskan hati Ketua Pengarah tentang


apa-apa ubahsuaian kapaludara itu atau apa-apa kelengkapan yang
disebut di atas. yang adalah ubahsuaian yang dikehendaki oleh Ketua
Pengarah bagi maksud memastikan kapaludara itu masih selamat
terbang.

(8) Tiada apa-apa jua dalam Peraturan-Peraturan ini menghendaki Ketua


Pengarah untuk menerima sesuatu permohonan bagi pengeluaran suatu perakuan
keselarnatan terbang atau suatu perakuan keesahan atau bagi mengubah atau
membaharui mana-mana perakuan sedemikaian.
. - 1600 - P.U.(A) 139

apabila permohonan itu tidak disokong oleh laporan daripada mana-mana orang
yang diluluskan sebagai mana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah, sama ada
secara umum atau dalam sesuatu kes atau kelas kes tertentu.

Bab 2 : Penyenggaraan Kapaludara


PERAKUAN KAJIAN SEMULA PENYENGGARAAN
28. (1) Sesuatu kapaludara Malaysia yang berkenaan dengannya. suatu
perakuan keselamatan terbang sama ada dalam kategori pengangkutan atau kerja
keudaraan berkuatkuasa tidaklah boleh terbang melainkan jika—

(a) kapaludara itu, termasuk, khususnya enjinnya bersama-sama dengan


kelengkapan dan stesen radionya, disenggarakan mengikut jadual
penyenggaraan yang diluluskan oleh Ketua Pengarah berhubungan
dengan kapaludara itu; dan

(b) adanya berkuatkuasa suatu perakuan (dalam PeraturanPeraturan ini


disebut sebagai "perakuan kajian semula penyenggaraan") yang
dikeluarkan berkenaan dengan kapaludara itu mengikut peraturan ini
dan perakuan sedemikian hendaklah memperakukan tarikh yang
kajian semula penyenggaraan itu dijalankan dan tarikh selepas itu
apabila kajian semula yang berikutnya kena dibuat.

(2) Jadual penyenggaraan yang diluluskan yang disebutkan dalam


subperaturan (1) hendaklah menyatakan sebab yang suatu kajian semula mestilah
dijalankan bagi maksud pengeluaran perakuan kajian semula penyenggaraan.

(3) Sesuatu perakuan kajian semula penyenggaraan boleh dikeluarkan bagi


maksud peraturan ini hanya oleh—

(a) pemegang lesen jurutera penyenggara kapaludara yang diberikan di


bawah—

(i) Peraturan-Peraturan ini, yang berupakan lesen yang


menghakkannya untuk mengeluarkan perakuan itu;

(ii) undang-undang sesuatu Negara asing dan menjadi sah di


bawah Peraturan-Peraturan ini mengikut keistimewaan
yang diendorskan pada lesen itu; atau

(iii) undang-undang mana-mana Negara asing sebagaimana


yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah menurut
keistimewaan yang diendorskan pada lesen itu dan
tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan oleh
Ketua Pengarah;

(b) seseorang yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah untuk


mengeluarkan perakuan kajian semula penyenggaraan dalam
sesuatu kes tertentu, dan mengikut kuasa itu; atau
. - 1601 - P.U.(A) 139

(c) seseorang yang diluluskan oleh Ketua Pengarah sebagai


berkompeten untuk mengeluarkan perakuan kajian semula
penyenggaraan dan menurut kelulusan itu:

Dengan syarat bahawa, dalam meluluskan sesuatu jadual penyenggaraan,


Ketua Pengarah boleh mengarahkan yang perakuan kajian semula penyenggaraan
yang berhubung dengan jadual tersebut atau mana-mana bahagiannya yang
dinyatakan dalam arahannya, dikeluarkan hanya oleh pemegang lesen
sedemikian.

(4) Seseorang yang disebutkan dalam subperaturan (3) tidaklah boleh


mengeluarkan suatu perakuan kajian semula penyenggaraan melainkan
jika dia telah pertamanya menentusahkan bahawa—

(a) penyenggaraan telah dijalankan atas kapaludara itu mengikut


jadual penyenggaraan yang diluluskan bagi kapaludara itu;

(b) pemeriksaan dan pengubahsuaian yang dikehendaki oleh


Ketua Pengarah seperti yang diperuntukkan dalam peraturan
27 telah diselesaikan sebagaimana yang telah diperakukan
dalam perakuan perlepasan daripada servis yang relevan yang
dikeluarkan mengikut peraturan 30;

(c) kecacatan yang dimasukkan ke dalam buku log teknikal


kapaludara mengikut peraturan 29 telah dibetulkan atau
pembetulan itu telah ditangguh mengikut prosedur yang
diluluskan oleh Ketua Pengarah; dan

(d) perakuan perlepasan daripada servis telah dikeluarkan


mengikut peraturan 30,

dan bagi maksud ini, pengendali kapaludara itu hendaklah boleh mendapatkan
bagi orang itu apa-apa maklumat yang perlu.

(5) Sesuatu perakuan kajian semula penyenggaraan hendaklah dikeluarkan


dalam bentuk pendua. Satu salinan perakuan yang terbaru yang dikeluarkan
hendaklah dibawa dalam kapaludara apabila dihendaki berbuat sedemikian oleh
peraturan 82, dan yang satu lagi itu hendaklah disimpan oleh pengendali itu di
tempat lain selain daripada dalam kapaludara itu.

(7) Tertakluk kepada peraturan 86, setiap perakuan kajian semula


penyenggaraan hendaklah disimpan kekal oleh pengendali kapaludara bagi
tempoh selama dua tahun selepas ia dikeluarkan..

BUKU LOG TEKNIKAL


29. ( 1 ) Suatu buku log teknikal hendaklah disenggarakan berkenaan dengan
sesuatu kapaludara Malaysia jika berhubungan dengan kapaludara itu suatu
perakuan keselamatan terbang sama ada dalampengangkutan atau kerja
keudaraan berkuatkuasa.
. - 1602 - P.U.(A) 139

(2) Pada akhir tiap-tiap penerbangan oleh sesuatu kapaludara yang kepadanya
peraturan ini terpakai, laksamana kapaludara itu hendaklah mencatat—

(a) masa-masa bila kapaludara itu berlepas dan mendarat;

(b) butir-butir mengenai apa-apa kecacatan yang diketahuinya dan yang


menjejaskan keselamatan terbang atau pengendalian selamat
kapaludara itu, atau jika tiada apa-apa kecacatan sedemikian yang
diketahuinya, suatu catatan yang bermaksud demikian hendaklah
dibuat; dan

© apa-apa butir lain yang berkaitan dengan keselamatan terbang atau


pengendalian kapaludara itu sebagaimana yang dikehendaki oleh
Ketua Pengarah,

dalam buku log teknikal, atau dalam hal kapaludara yang jumlah berat
maksimum yang dibenarkan tidak melebihi 2,730 kilogram dan yang tidak
dikendalikan oleh seorang yang memegang atau dikehendaki oleh subperaturan
24(1) untuk memegang suatu perakuan pengendali udara, dalam apa-apa rekod
lain sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah dan laksamana
kapaludara itu hendaklah dalam hal sedemikian menandatangani dan
mencatatkan tarikh catatan itu:

Dengan syarat bahawa, dalam hal beberapa penerbangan berturutan, setiap


yang bermula dan berakhir—

(i) dalam tempoh dua puluh empat jam yang sama;

(ii) di padang terbang yang sama, kecuali di mana setiap penerbangan itu
adalah bagi maksud mengugurkan atau menghamburkan apa-apa
bahan untuk pertanian, kesihatan awam atau maksud-maksud yang
seumpama itu; dan

(iii) dengan orang yang sama sebagai laksamana kapaludara, kapaludara


itu boleh, kecuali jika dia menyedari tentang apa-apa kecacatan
semasa penerbangan yang lebih awal, membuat catatan tersebut
dahulu dalam buku log teknikal di akhir penerbangan terakhir
penerbangan berturutan itu.

(3) Apabila dibetulkan apa-apa kecacatan yang telah dicatatkan dalam buku
log teknikal mengikut subperaturan (2), seseorang yang mengeluarkan perakuan
perlepasan daripada servis yang dikehendaki oleh peraturan 30 berkenaan dengan
kecacatan itu hendaklah memasukkan perakuan itu ke dalam buku log teknikal
dalam kedudukan yang sedemikian supaya senang ia akan dikenal pasti dengan
kecacatan yang berkaitan dengannya.

(4) Buku log teknikal yang disebut dalam peraturan ini hendaklah dibawa
dalam kapaludara sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan 82 dan salinan
catatan yang disebut dalam peraturan ini hendaklah disimpan di bumi:
. - 1603 - P.U.(A) 139

Dengan syarat bahawa, dalam hal kapal terbang yang jumlah berat maksimum
yang dibenarkan tidak melebihi 2,730 kilogram atau helikopter, jika ianya tidak
semunasabah praktik bagi salinan buku log teknikal itu disimpan di bumi, ia
bolehlah dibawa dalam kapal terbang atau helikopter itu, mengikut mana-mana
yang berkenaan, dalam suatu bekas yang diluluskan oleh Ketua Pengarah bagi
maksud itu.

(5) Tertakluk kepada peraturan 86, sesuatu buku log teknikal atau apa-apa
rekod lain yang diluluskan yang dikehendaki oleh peraturan ini hendaklah
disimpan kekal oleh pengendali kapaludara yang berhubung dengannya, sehingga
suatu tarikh dua tahun selepas kapaludara itu telah dimusnahkan atau telah ditarik
balik selamalamanya daripada penggunaan, atau bagi apa-apa tempoh yang lebih
pendek sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah dalam sesuatu kes
tertentu..

PEMERIKSAAN BAIKPULIH, PEMBAIKAN, PENGGANTIAN DAN UBAHSUAIAN.


30. (1) Sesuatu kapaludara Malaysia, yang adalah kapaludara yang berkenaan
dengannya suatu perakuan keselamatan terbang dikeluarkan atau dijadikan sah di
bawah Peraturan-Peraturan ini berkuatkuasa, hendaklah tidak terbang jika
kapaludara atau mana-mana bahagiannya atau kelengkapannya yang perlu bagi
keselamatan terbang kapaludara itu, telah dibaikpulih, dibaiki, diganti atau
diubahsuai, atau telah diperiksa sebagaimana yang dikehendaki oleh perenggan
27(7)(b), melainkan adanya berkuatkuasa suatu perakuan perlepasan daripada
servis yang dikeluarkan mengikut peraturan ini yang berhubung dengan
baikpulih, pembaikan, penggantian, pengubahsuaian atau pemeriksaan, mengikut
mana-mana yang berkenaan:

Dengan syarat bahawa jika pembaikan atau penggantian sesuatu bahagian suatu
kapaludara atau kelengkapannya dilakukan bila kapaludara itu berada di sesuatu
tempat yang adalah tidak munasabah-

(a) bagi pembaikan atau penggantian itu dilakukan dengan cara yang
perakuan perlepasan daripada servis boleh dikeluarkan di bawah
peraturan ini dengan perkara itu; atau

(b) bagi suatu perakuan sedemikian dikeluarkan semasa kapaludara itu


berada di tempat itu, kapaludara itu boleh terbang ke suatu tempat di
mana suatu perakuan sedemikian boleh dikeluarkan, yang adalah
tempat yang terdekat—

(i) yang kapaludara itu boleh, pada pendapat yang munasabah


laksamana kapaludara itu, terbang dengan selamat melalui laluan
yang kapaludara itu dilengkapi dengan secukupnya; dan

(ii) yang adalah munasabah untuk terbang setelah mengambil kira


apa-apa bahaya kepada kebebasan atau kesihatan mana-mana
orang yang berada di dalamnya,
. - 1604 - P.U.(A) 139

dan dalam hal sedemikian laksamana kapaludara itu hendaklah menyebabkan


butir-butir bertulis mengenai penerbangan itu, dan sebab penerbangan itu dibuat,
diberikan kepada Ketua Pengarah dalam tempoh sepuluh hari selepas itu.

(2) Tiada apa-apa jua dalam subperaturan (1) menghendaki sesuatu perakuan
perlepasan daripada servis dikuatkuasakan berkenaan dengan kapaludara yang
jumlah berat maksimum yang dibenarkan tidak melebihi 2,730 kilogram dan
berkenaan dengannya suatu perakuan keselamatan terbang dalam kategori khas
adalah berkuatkuasa, melainkan Ketua Pengarah memberikan suatu arahan yang
sebaliknya dalam sesuatu kes tertentu.

(3) Tiada apa-apa jua dalam subperaturan (1) yang menghalang sesuatu
kapaludara, yang berkenaan dengannya ada suatu perakuan keselamatan terbang
dalam kategori persendirian atau kategori khas berkuatkuasa dan jumlah berat
maksimum yang dibenarkan baginya tidak melebihi 2,730 kilogram, daripada
terbang jika satu-satunya pembaikan atau penggantian berkenaan dengannya
yang suatu perakuan perlepasan untuk servis tidak berkuatkuasa adalah daripada
suatu jenis yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga Belas dan telah dijalankan
sendiri oleh pemunya atau pengendali kapaludara yang adalah pemegang lesen
juruterbang yang dikeluarkan atau dijadikan sah di bawah Peraturan-Peraturan
ini. Dalam keadaan demikian, pemunya atau pengendali kapaludara itu, mengikut
mana-mana yang berkenaan, hendaklah simpan di dalam buku log kapaludara,
yang di simpankan berkenaan dengan kapaludara itu menurut peraturan 35, suatu
rekod yang mengenalpasti pembaikan atau penggantian itu dan hendaklah
menandatangani dan meletakkan tarikh pada catatan itu dan, tertakluk kepada
peraturan 86, hendaklah menyimpan kekal buka log itu bagi tempoh yang
dinyatakan dalam peraturan 35. Apa-apa kelengkapan atau bahagian yang
digunakan dalam menjalankan pembaikan atau penggantian itu hendaklah
daripada jenis yang diluluskan oleh Ketua Pengarah sama ada secara umum atau
berhubungan dengan sesuatu kelas kapaludara atau sesuatu kapaludara tertentu.

(4) Mana pun—

(a) kelengkapan yang diadakan bagi mematuhi Jadual Kelima, kecuali


perenggan 3 Jadual itu; atau

(b) kelengkapan radio yang diadakan bagi kegunaan dalam sesuatu


kapaludara atau dalam apa-apa lancang mandiri yang dibawa di
dalamnya, sama ada kelengkapan itu diadakan bagi mematuhi
Peraturan-Peraturan ini atau tidak, atau apa-apa perintah yang dibuat,
atau apa-apa kehendak yang diberitahu di bawahnya,

hendaklah dipasang atau diletakkan untuk kegunaan, dalam sesuatu kapaludara


selepas dibaikpulih, dibaiki atau diubahsuai, melainkan adanya berkuatkuasa
berkenaan dengannya pada masa ia dipasangkan atau diletakkan dalam
kapaludara itu suatu perakuan perlepasan daripada servis yang dikeluarkan
mengikut peraturan ini.
. - 1605 - P.U.(A) 139

(5) Sesuatu perakuan perlepasan daripada servis hendaklah—

(a) memperakukan bahawa kapaludara itu atau mana-mana


bahagiannya atau kelengkapannya telah dibaikpulih, dibaiki,
diganti, diubahsuai atau disenggarakan mengikut mana-mana yang
berkenaan, mengikut cara dan dengan bahan daripada jenis yang
diluluskan oleh Ketua Pengarah sama ada secara umum
atauberhubungan dengan sesuatu kelas kapaludara atau sesuatu
kapaludara tertentu dan hendaklah mengenalpasti baikpulih,
pembaikan, penggantian, ubahsuaian penyenggaraan yang
kepadanya perakuan itu berhubungan dan hendaklah termasuk
butir-butir mengenai kerja yang telah dijalankan; dan

(b) memperakukan berhubungan dengan apa-apa pemeriksaan yang


dikehendaki oleh Ketua Pengarah bahawa kapaludara itu atau
bahagiannya atau kelengkapannya mengikut mana-mana yang
berkenaan, telah diperiksa mengikut kehendak Ketua Pengarah dan
bahawa apa-apa pembaikan, penggantian atau ubahsuaian yang
berbangkit telah dijalankan sebagaimana yang tersebut dahulu.

(6) Sesuatu perakuan perlepasan daripada servis boleh dikeluarkan bagi


maksud peraturan ini hanya oleh—

(a) pemegang lesen jurutera penyenggaraan kapaludara—

(i) yang diberikan di bawah Peraturan-Peraturan ini, yang adalah


lesen menghakkannya untuk mengeluarkan perakuan itu;

(ii) diberikan di bawah undang-undang sesuatu Negara asing dan


dijadikan sah di bawah Peraturan Peraturan ini, mengikut
keistimewaan yang diendorskan pada lesen itu; atau

(iii) yang diberikan di bawah undang-undang mana-mana Negara


asing sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri mengikut
keistimewaan yang diendorskan pada lesen itu dan tertakluk
kepada apa-apa syarat yang ditetapkan;

(b) pemegang lesen jurutera penyenggaraan kapaludara atau kebenaran


bertindak sebagai jurutera penyenggaraan kapaludara yang
diberikan atau dikeluarkan oleh atau di bawah undang-undang
mana-mana Negara Pejanji selain daripada Malaysia di mana
baikpulih, pembaikan, penggantian atau pemeriksaan telah
dijalankan, tetapi hanya berkenaan dengan kapaludara yang jumlah
berat maksimum dibenarkan tidak melebihi 2,730 kilogram dan
mengikut keistimewaan yang diendorskan pada lesen itu;

(c) seseorang yang diluluskan oleh Ketua Pengarah sebagai


berkompeten untuk mengeluarkan perakuan sedemikian, dan
mengikut kebenaran itu;
. - 1606 - P.U.(A) 139

(d) seseorang yang telah diberikuasa oleh Ketua Pengarah untuk


mengeluarkan perakuan itu dalam sesuatu kes tertentu, dan
mengikut kuasa itu, atau

(e) berhubungan hanya dengan pelarasan dan penimbalan kompas


magnet baca-terus, pemegang lesen juruterbang talian udara
pengangkutan (kapal terbang) yang diberikan atau dijadikan sah di
bawah Peraturan-Peraturan ini.

(7) Dalam peraturan ini, ungkapan "pembaikan" termasuklah, berhubungan


dengan sesuatu kompas, pelarasan dan penimbalannya.

PELESENAN JURUTERA PENYENGGARAAN


31(1) Ketua Pengarah hendaklah memberi lesen jurutera penyenggaraan
kapaludara di bawah salah satu daripada kategori yang dinyatakan dalam Jadual
Keempat tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut, apabila dia
berpuas hati bahawa pemohon adalah orang yang layak untuk memegang lesen
itu dan telah memberikan keterangan dan telah lulus peperiksaan dan ujian
seperti yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah daripadanya bagi maksud
memastikan bahawa pemohon mempunyai pengetahuan, pengalaman, kelayakan
dan kemahiran yang mencukupi dalam kejuruteraan aeronautik.

(2) Lesen jurutera penyenggaraan kapaludara hendaklah memberi kuasa


kepada pemegangnya, tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam
lesen itu, untuk mengeluarkan—

(a) suatu perakuan kajian semula penyenggaraan berkenaan dengan


apa-apa kapaludara seperti yang dinyatakan sedemikian;

(b) suatu perakuan perlepasan daripada servis berkenaan dengan apa-apa


baikpulih, pembaikan, penggantian, ubahsuaian, penyenggaraan dan
pemeriksaan apa-apa kapaludara dan apa-apa kelengkapan seperti
yang dinyatakan sedemikian; atau

(c) suatu perakuan kelayakan untuk penerbangan di bawah


"Syarat-syarat A" berkenaan dengan apa-apa kapaludara yang
dinyatakan sedemikian.

(3) Tertakluk kepada peraturan 87, sesuatu lesen yang dikeluarkan di bawah
peraturan ini hendaklah kekal berkuatkuasa bagi suatu tempoh yang tidak
melebihi dua tahun dan boleh diperbaharui oleh Ketua Pengarah dari semasa ke
semasa apabila dia berpuas hati bahawa pemohon adalah seorang yang sesuai dan
layak sebagaimana yang disebutkan.

(4) Ketua Pengarah boleh mengeluarkan suatu perakuan yang menjadikan


sah bagi maksud Peraturan-Peraturan ini mana-mana lesen sebagai jurutera
penyenggaraan kapaludara yang diberikan di bawah undang-undang mana-mana
Negara. Perakuan sedemikian boleh dikeluarkan tertakluk kepada apa-apa syarat
dan bagi apa-apa tempoh, yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah._
. - 1607 - P.U.(A) 139

(5 Apabila menerima lesen yang diberikan di bawah peraturan ini,


pemegangnya hendaklah menandatangani namanya dengan dakwat dalam
tandatangannya yang biasa.-

(6) Tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan lain dalam Peraturan-


Peraturan ini Ketua Pengarah boleh, bagi maksud peraturan ini, sama ada secara
mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut—

(a) meluluskan apa-apa kursus latihan atau pengajaran;

(b) memberi kuasa kepada mana-mana kumpulan orang, pertubuhan


perbadanan bukan pertubuhan perbadanan, untuk menjalankan
apa-apa peperiksaan atau ujian sebagaimana yang dinyatakannya ;
dan

(d) meluluskan mana-mana kumpulan orang, pertubuhan perbadanan


atau bukan pertubuhan perbadanan, untuk memberikan atau
menjalankan apa-apa latihan dan pengaJaran.

Bab 3: Kelengkapan Kapaludara.


KELENGKAPAN KAPALUDARA

32. (1) Sesuatu kapaludara tidaklah boleh terbang melainkan jika ia dilengkapi
sedemikian bagi mematuhi undang-undang Negara di mana ia didaftarkan, dan
untuk membolehkan lampu dan tandaan ditunjukkan, dan isyarat yang kena
diberikan, mengikut Peraturan-Peraturan ini.

(2) Dalam hal mana-mana kapaludara Malaysia, kelengkapan yang


dikehendaki disediakan, sebagai tambahan kepada mana-mana kelengkapan lain
yang dikehendaki oleh atau di bawah Peraturan-Peraturan ini, hendaklah seperti
dinyatakan dalam Jadual Kelima sebagaimana yang terpakai baginya dalam hal
keadaan itu dan hendaklah mematuhi peruntukan Jadual itu. Kelengkapan itu,
kecuali yang dinyatakan dalam perenggan 3 Jadual tersebut, hendaklah daripada
jenis yang diluluskan oleh Ketua Pengarah sama ada secara am atau berhubungan
dengan sesuatu kelas kapaludara atau berhubungan dengan kapaludara itu dan
hendaklah dipasang mengikut cara yang diluluskan itu.

(3) Dalam mana-mana kes tertentu, Ketua Pengarah boleh mengarahkan supaya
sesuatu kapaludara Malaysia hendaklah membawa apa-apa kelengkapan atau
bekalan tambahan atau khas seperti yang dinyatakannya bagi maksud
memudahkan pemanduan arah kapaludara itu, menjalankan operasi cari dan
selamatkan, atau keselamatan orang yang dibawa di dalam kapaludara itu.

(4) Kelengkapan yang dibawa bagi mematuhi peraturan ini hendaklah dipasang
atau diperbekaskan dan terus diperbekaskan, dan disenggarakan dan dilaraskan,
supaya senang akses kepadanya dan dapat digunakan oleh orang yang baginya
dimaksudkan.
. - 1608 - P.U.(A) 139

(5) Kedudukan kelengkapan yang disediakan bagi kegunaan dalam


kecemasan hendaklah ditunjukkan dengan tandaan yang jelas dalam atau pada
kapaludara itu dan di dalam tiap-tiap kapaludara Malaysia yang terbang bagi
maksud pengangkutan awam, ia hendaklah—

(a) disediakan bagi setiap penumpang secara berasingan; atau

(b) jika Ketua Pengarah membenarkannya secara bertulis, dipamerkan di


tempat yang ketara dalam tiap-tiap petak penumpang, suatu notis yang
relevan kepada kapaludara yang berkenaan yang mengandungi—

(i) arahan bergambar tentang gaya duduk yang akan dilakukan


apabila berlaku pendaratan kecemasan;

(ii) arahan bergambar mengenai cara menggunakan tali keledar


dan abah-abah keselamatan yang bersesuaian;

(iii) keterangan bergambar tentang di mana pintu kecemasan boleh


didapati dan arahan mengenai cara menggunakan nya; dan

(iv) keterangan bergambar tentang di mana jaket keselamatan,


gelangsar lepas, rakit keselamatan dan topeng oksigen, jika
dikehendaki untuk disediakan oleh subperaturan (2), boleh
didapati dan arahan mengenai cara menggunakannya.

(6) Semua kelengkapan yang dipasang atau dibawa di dalam sesuatu


kapaludara sama ada dengan mematuhi peraturan ini atau tidak, hendaklah
dipasang atau diperbekaskan dan terus diperbekaskan dan disenggarakan dan
dilaraskan sedemikian supaya tidak dengan sendirinya menjadi punca bahaya
atau mejejaskan keselamatan terbang kapaludara itu atau fungsi kelengkapan atau
perkhidmatan yang sepatutnya yang diperlukan bagi keselamatan kapaludara itu.

(7) Tanpa menjejaskan subperaturan (2), semua kelengkapan pandu arah,


selain daripada kelengkapan radio, daripada mana-mana jenis yang berikut,
iaitu—

(a) kelengkapan yang berkeupayaan menunjukkan kedudukan


kapaludara itu berhubungan dengan kedudukannya pada sesuatu
masa lebih awal dengan mengira dan menggunakan paduan pecutan
dan daya graviti yang bertindak terhadapnya; dan

(c) kelengkapan yang berkeupayaan untuk menunjukkan dengan secara


automatik altitud dan arah nisbi benda angkasa yang terpilih, apabila
dibawa di dalam kapaludara Malaysia, sama ada dengan mematuhi
Peraturan -Peraturan ini atau tidak, hendaklah daripada jenis yang
diluluskan oleh Ketua Pengarah sama ada secara am atau
berhubungan dengan sesuatu kelas kapaludara atau berhubungan
dengan kapaludara itu dan hendaklah dipasang mengikut cara yang
diluluskan itu
.
. - 1609 - P.U.(A) 139

(8) Peraturan ini tidaklah terpakai bagi kelengkapan radio kecuali seperti yang
dinyatakan dalam Jadual Kelima..

KELENGKAPAN RADIO UDARA


33. (1) Sesuatu kapaludara tidaklah boleh terbang melainkan jika ia dilengkapi
dengan radio dan kelengkapan pandu arah beradio supaya ianya mematuhi
undang-undang Negara di mana kapaludara itu didaftarkan dan untuk
membolehkan komunikasi dibuat, dan kapaludara itu dipandu arah, mengikut
Peraturan-Peraturan ini, terutamanya Jadual Ketigabelas.

(2) Tanpa menjejaskan subperenggan (1), kapaludara itu hendaklah


dilengkapi dengan radio dan kelengkapan pandu arah beradio mengikut Jadual
Keenam.

(3) Dalam mana-mana hal tertentu, Ketua Pengarah boleh mengarahkan


sesuatu kapal udara Malaysia membawa apa-apa radio dan kelengkapan pandu
arah beradio tambahan atau khas seperti yang dinyatakannya bagi maksud
memudahkan pemanduan arah kapaludara itu, menjalankan operasi cari dan
selamatkan atau keselamatan orang yang dibawa di dalam kapaludara itu.

(4) Radio dan kelengkapan pandu arah beradio yang disediakan dalam
mematuhi peraturan ini hendaklah sentiasa disenggarakan dalam keadaan boleh
khidmat.

(5) Semua radio dan kelengkapan pandu arah beradio yang dipasang di
dalam sesuatu kapaludara Malaysia atau yang dibawa di dalam kapaludara
Malaysia bagi kegunaannya, sama ada dengan mematuhi Peraturan-Peraturan ini
atau tidak, hendaklah daripada jenis yang diluluskan oleh Ketua Pengarah
berhubungan dengan kegunaan yang dimaksudkan baginya, dan hendaklah,
kecuali dalam hal sesuatu glider yang dibenarkan oleh subperaturan 3(1) untuk
terbang tanpa didaftarkan, dipasang mengikut cara yang diluluskan oleh Ketua
Pengarah. Mahu pun kelengkapan itu atau cara ianya dipasangkan boleh
diubahsuai melainkan dengan kelulusan Ketua Pengarah..

KEPERLUANKELENGKAPANININIMA
34.(1) Peraturan ini tidaklah terpakai bagi kelengkapan yang dikehendaki dibawa
menurut subperaturan 58(2).

(2) Tertakluk kepada subperaturan (1), Ketua Pengarah boleh, tertakluk


kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut, memberikan kepada mana-mana
kapaludara Malaysia atau kelas kapaludara Malaysia kebenaran yang
membenarkan kapaludara itu untuk memulakan suatu penerbangan dalam hal
keadaan yang dinyatakan walau apa pun apa-apa butiran kelengkapan yang
ditetapkan, termasuk radas radio, yang dikehendaki oleh atau di bawah
Peraturan-Peraturan ini dibawa dalam hal keadaan penerbangan yang
dimaksudkan, tidak dibawa atau tidak dalam berkeadaan baik untuk penggunaan
.
. - 1610 - P.U.(A) 139

(3) Sesuatu kapaludara Malaysia hendaklah tidak memulakan sesuatu


penerbangan sekiranya mana-mana kelengkapan, termasuk radas radio, yang
dikehendaki oleh atau di bawah Peraturan-Peraturan ini dibawa dalam hal
keadaan penerbangan yang dimaksudkan, tidak dibawa atau tidak dalam
berkeadaan baik untuk penggunaan—

(a) melainkan di bawah dan mengikut terma sesuatu kebenaran yang


diberikan kepada pengendali itu di bawah peraturan ini; dan

(b) melainkan dalam hal sesuatu kapaludara yang baginya peraturan 47


terpakai, manual kendalian yang dikehendaki di bawahnya
mengandungi butir-butir yang ditetapkan dalam perenggan l (q)
Bahagian A Jadual Kesembilan.

BUKU LOG KAPAL UDARA, ENJIN DAN BEBALING


35. ( I ) Sebagai tambahan kepada apa-apa buku log lain yang dikehendaki
oleh atau di bawah Peraturan-Peraturan ini, buku log yang berikut hendaklah
disimpan berkenaan dengan tiap-tiap kapaludara Malaysia yang terbang bagi
maksud pengangkutan awam—

(a) buku log kapaludara;

(b) buku log yang berasingan bagi setiap enjin yang dipasang pada
kapaludara itu; dan

(d) buku log yang berasingan bagi setiap bebaling pic boleh ubah yang
dipasang pada kapaludara itu,

dan buku log itu hendaklah memasukkan butir-butir yang dinyatakan


masing-masing dalam Jadual Ketujuh dan dalam hal sesuatu kapaludara yang
mempunyai jumlah berat maksimum yang dibenarkan tidak melebihi 2,730
kilogram buku log hendaklah daripada jenis yang diluluskan oleh Ketua
Pengarah.

(2) Setiap catatan dalam buku log itu, selain daripada catatan yang disebut
dalam perenggan 2(d)(ii) atau 3(d)(ii) Jadual Ketujuh, hendaklah dibuat dengan
seberapa segera yang praktik selepas kejadian yang berhubung dengannya tetapi
dalam apa-apa hal tidaklah melebihi tujuh hari selepas luput perakuan kajian
semula penyenggaraan, jika ada, yang berkuatknasa berkenaan dengan
kapaludara itu pada masa kejadian itu.

(3) Setiap catatan dalam buku log itu, adalah catatan yang disebut dalam
perenggan 2(d)(ii) atau 3(d)(ii) Jadual Ketujuh, hendaklah dibuat pada setiap kali
apa-apa penyenggaraan, baikpulih, pembaikan, penggantian, ubahsuaian atau
pemeriksaan dilakukan pada enjin atau bebaling, mengikut mana-mana yang
berkenaan.

(4) Catatan dalam sesuatu buku log boleh merujuk kepada dokumen lain,
yang hendaklah dikenal pasti dengan jelas, dan mana-mana dokumen lain yang
dirujuk sedemikian hendaklah disifatkan, bagi maksud Peraturan-Peraturan ini,
sebagai sebahagian daripada buku log itu.
.
. - 1611 - P.U.(A) 139

(5) Adalah menjadi kewajipan pengendali tiap-tiap kapaludara yang


berkenaan dengannya buku log adalah dikehendaki disimpan seperti yang
tersebut dahulu, menyimpannya atau menyebabkan buku log itu disimpan
menurut peruntukan yang terdahulu dalam peraturan ini.

(6) Tertakluk kepada peraturan 86, tiap-tiap buku log hendaklah disimpan
kekal oleh pengendali kapaludara sehingga suatu tarikh dua tahun selepas
kapaludara itu, enjin atau bebaling pic boleh ubah itu, mengikut mana-mana yang
berkenaun, telah dimusnahkan atau telah ditarik balik selama-lamanya daripada
penggunaan.

Bab 4: Peruntukan Am
JADUAL BERAT KAPALUDARA
36. (1) Tiap-tiap mesin terbang dan glider (dalam Bab ini, kemudian daripada
ini disebut sebagai "kapaludara") yang berkenaan dengannya perakuan
keselamatan terbang telah dikeluarkan atau dijadikan sah di bawah
Peraturan-Peraturan ini berkuatkuasa hendaklah ditimbang, dan kedudukan pusat
gravitinya hendaklah ditentukan, pada masa dan mengikut apa-apa cara
sebagaimana yang kehendaki oleh Ketua Pengarah.

(2) Apabila kapaludara itu selesai ditimbang seperti yang tersebut


dahulu, pengendali kapaludara itu hendaklah menyediakan suatu
jadual berat yang menunjukkan—

(a) sama ada berat asas kapaludara itu, iaitu berat kapaludara itu
apabila kosong bersama-sama dengan berat bahan api dan
minyak yang tak dipakai dalam kapaludara itu dan apa-apa
butiran seperti yang dinyatakan dalam jadual berat itu, atau
apa-apa berat lain yang diluluskan oleh Ketua Pengarah dalam
hal kapaludara itu; dan

(b) sama ada kedudukan pusat graviti kapaludara itu apabila


kapaludara itu hanya memuat buritan yang termasuk dalam berat
asasnya atau apa-apa kedudukan lain pusat graviti sebagaimana
yang diluluskan oleh Ketua Pengarah dalam hal kapaludara itu.

(3) Tertakluk kepada peraturan 86, jadual berat hendaklah disimpan kekal oleh
pengendali kapaludara itu sehingga luput tempoh enam bulan selepas kapaludara
itu ditimbang berikutnya bagi maksud peraturan ini..

AKSES DAN PEMERIKSAAN BAGI MAKSUD KESELAMATAN TERBANG


37. Ketua Pengarah boleh menyebabkan apa-apa pemeriksaan, penyiasatan,
ujian, ujikaji dan penerbangan cubaan dilakukan seperti yang disifatkannya perlu
bagi maksud Bahagian ini dan mana-mana orang yang diberikuasa secara bertulis
untuk berbuat demikian oleh Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa yang
munasabah memeriksa mana-mana bahagian, atau bahan yang dimaksudkan
hendak digabungkan di dalam atau digunakan dalam pembuatan apa-apa
bahagian, sesuatu kapaludara atau kelengkapannya atau-apa-apa dokumen
berhubung dengannya dan boleh bagi maksud itu pergi ke mana-mana padang
terbang atau memasuki mana-mana kilang kapaludara..
. - 1612 - P.U.(A) 139

PERAKUAN KELULUSAN BAGI REKABENTUK, PEMBUATAN ATAU


PEMBINAAN KAPALUDARA,dsb.
38. (1) Mana-mana orang yang melibatkan diri atau bercadang untuk
melibatkan diri dalam mana-mana peringkat rekabentuk, pembuatan atau
pembinaan mana-mana kapaludara, kerangka kapaludara atau enjin, bebaling,
bahagian atau perkakas kapaludara hendaklah memohon kepada Ketua Pengarah
suatu perakuan kelulusan berkenaan dengan aktiviti tersebut.

(2) Tiap-tiap pemohon di bawah subperaturan (1) hendaklah—

(a) mengemukakan kepada Ketua Pengarah apa-apa keterangan


sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah—

(i) tentang kelayakan dan kekompetenan pemohon atau


pekerjanya;
(ii) tentang kemudahan yang sedia ada pada pemohon; dan
(iii) tentang prosedur kerja yang dicadangkan oleh pemohon

untuk menjalankan aktiviti yang berhubungan dengan permohonan


itu; dan

(b) memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa, memandang kepada


keterangan yang dikemukakan itu, pemohon boleh, atau akan boleh
menjalankan aktiviti yang berhubungan dengan permohonan itu
mengikut cara yang memuaskan,

dan Ketua Pengarah boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya
patut, mengeluarkan suatu perakuan kelulusan berhubung dengan aktiviti
tersebut.

(3) Seseorang yang diberikuasa boleh, pada bila-bila masa, bagi maksud
menentukan sama ada aktiviti yang suatu perakuan kelulusan berhubung
dengannya sedang dijalankan mengikut cara yang memuaskan atau bagi apa-apa
maksud lain—

(a) memeriksa mana-mana kapaludara, kerangka atau enjin, bebaling,


bahagian atau perkakas kapaludara;
(b) memeriksa apa-apa proses atau sistem yang dijalankan oleh, atau
apa-apa rekod yang disenggarakan oleh atau apa-apa dokumen
dalam milik, pemegang perakuan kelulusan yang berkaitan dengan
aktiviti yang berkaitan dengan peraknan itu;
© menjalankan apa-apa ujian yang orang diberikuasa fikirkan perlu;
dan
(d) menghendaki pemegang perakuan kelulusan ltu mengemukakan
kepada orang yang diberikuasa apa-apa keterangan yang
dikehendakinya—

(i) tentang kelayakan dan kekompetenan pemegang peraknan


atau pekerjanya; atau
(ii) tentang kemudahan yang sedia ada pada pemegang itu.
. - 1613 - P.U.(A) 139

(4) Apa-apa perbelanjaan yang tertanggung disebabkan oleh apa-apa jua


yang dilakukan semasa, dalam atau bersampingan penyiasatan yang dinyatakan
dalam subperaturan (3) hendaklah dibayar oleh dan boleh didapat balik daripada
pemegang perakuan kelulusan itu.

(5) Bagi maksud peraturan ini, "bahagian atau perkakas kapaludara"


ertinya mana-mana bahagian, mekanisme instrumen, kelengkapan, radas,
perlengkapan atau aksesori yang dilengkapkan atau dipasangkan atau diadakan di
dalam sesuatu kapaludara termasuk kelengkapan perhubungan yang digunakan
atau dimaksudkan untuk digunakan dalam mengendalian atau pengawalan
kapaludara semasa dalam penerbangan.

BAHAGIAN VI

KREW KAPALUDARA DAN PELESENAN.

KOMPOSISI KREW KAPALUDARA


39. (1) Sesuatu kapaludara tidak boleh terbang di Malaysia melainkan ia
membawa bilangan dan perihal krew penerbangan yang dikehendaki oleh
undang-undang Negara di mana kapaludara itu didaftarkan.

(2) Sesuatu kapaludara Malaysia hendaklah membawa bilangan dan


perihal krew penerbangan yang mencukupi untuk memastikan keselamatan
kapaludara itu dan yang sekurang-kurangnya bilangan dan perihal yang
ditetapkan dalam perakuan keselamatan terbang yang dikeluarkan atau dijadikan
sah di bawah Peraturan-Peraturan ini atau, jika tiada perakuan keselamatan
terbang yang berkuatkuasa dikehendaki di bawah Peraturan-Peraturan ini,
perakuan keselamatan terbang, jika ada, yang terakhir berkuatkuasa di bawah
Peraturan-Peraturan ini berkenaan dengan kapaludara itu.

(3) Sesuatu mesin terbang yang didaftarkan di Malaysia dan yang terbang
bagi maksud pengangkutan awam yang jumlah berat maksimum dibenarkan
melebihi 5,700 kilogram hendaklah membawa sekurangkurangnya dua
juruterbang sebagai anggota krew penerbangannya.

(4) Sesuatu kapal terbang yang didaftarkan di Malaysia dan terbang bagi
maksud pengangkutan awam dalam hal keadaan di mana laksamana kapaludara
itu dikehendaki mematuhi Kaedah-Kaedah Penerbangan Alatan dan mempunyai
jumlah berat maksimum dibenarkan 5,700 kilogram atau kurang dan dikuasakan
oleh—

(a) satu atau lebih jet turbin;

(b) satu atau lebih enjin turbin bebaling dan dibekalkan dengan
peralatan untuk mengisi tekanan pada petak kakitangan;

© dua atau lebih enjin turbin bebaling dan diperakukan untuk


membawa lebih daripada sembilan penumpang
. - 1614 - P.U.(A) 139

(d) dua atau lebih enjin turbin bebaling dan diperakukan untuk
membawa kurang daripada sepuluh penumpang dan tidak
dilengkapkan dengan peralatan untuk mengisi tekanan pada petak
kakitangan, melainkan ia dilengkapi dengan juruterbang auto yang
telah diluluskan oleh Ketua Pengarah bagi maksud peraturan ini
dan yang adalah boleh khidmat ketika berlepas; atau

(e) dua atau lebih enjin piston, melainkan ia dilengkapi dengan


juruterbang auto yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah bagi
maksud peraturan ini dan yang adalah boleh khidmat ketika
berlepas,

hendaklah membawa tidak kurang daripada dua juruterbang sebagai anggota


krew penerbangannya:

Dengan syarat bahawa sesuatu kapal terbang yang dikuasakan oleh dua atau
lebih enjin turbin bebaling dan diperakukan untuk membawa kurang daripada
sepuluh penumpang atau sesuatu kapal terbang yang dikuasakan oleh dua atau
lebih enjin piston dan dilengkapi dengan juruterbang auto yang sesuai tidak
dikehendaki membawa dua juruterbang walaupun sebelum berlepas juruterbang
auto yang diluluskan itu didapati tak bolehkhidmatan jika kapal terbang itu
terbang mengikut perkiraan yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.

(5) Jika ternyata kepadanya sebagai suai manfaat untuk berbuat demikian
deini kepentingan keselamatan, Ketua Pengarah boleh mengarahkan mana-mana
pengendali tertentu supaya kapaludara yang dikendalikannya atau mana-mana
kapaludara sedemikian tidak boleh terbang dalam apa-apa hal keadaan
sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah melainkan kapaludara itu
membawa, sebagai tambahan kepada krew penerbangan yang dikehendaki
dibawa di dalamnya oleh peruntukan yang terdahulu dalam peraturan ini, mana-
mana orang tambahan sebagai anggota krew penerbangan sebagaimana yang dia
boleh nyatakan dalam arahannya.

(6) Apabila sesuatu kapaludara Malaysia membawa dua puluh penumpang


atau lebih dalam sesuatu penerbangan bagi maksud pengangkutan awam, krew
kapaludara itu hendaklah termasuk pelayan kabin yang dibawa bagi maksud
menjalankan bagi kepentingan keselamatan penumpang, tugas yang diberikan
oleh pengendali atau laksamana kapaludara itu, tetapi mereka itu tidak boleh
bertindak sebagai anggota krew penerbangan.

(7) Ketua Pengarah boleh memberi sesuatu arahan kepada pengendali


mana-mana kapaludara Malaysia, bilamasa kapaludara itu terbang bagi maksud
pengangkutan awam, menghendakinya memasukkan di kalangan krew
kapaludara itu sekurang-kurangnya seorang pelayan kabin walaupun kapaludara
itu membawa kurang daripada dua puluh penumpang.
. - 1615 - P.U.(A) 139

(8) Dalam hal sesuatu kapaludara dengan jumlah kapasiti tempat duduk
tidak melebihi dua ratus penumpang, bilangan pelayan kabin yang dibawa dalam
penerbangan yang sedemikian hendaklah tidak kurang daripada seorang pelayan
kabin bagi tiap-tiap lima puluh penumpang atau pecahan daripadanya yang
dibawa di dalam kapaludara ~tu.

(9) Dalam hal sesuatu kapaludara dengan jumlah kapasiti tempat duduk
melebihi dua ratus penumpang, bilangan pelayan kabin yang dibawa dalam
penerbangan yang demikian hendaklah tidak kurang daripada separuh bilangan
pintu keluar utama di dalam kapaludara itu, dan sebagai tambahan, apabila lebih
daripada dua ratus penumpang dibawa, hendaklah ada tambahan seorang pelayan
kabin tambahan bagi tiap-tiap dua puluh lima penumpang atau pecahan
daripadanya:

Dengan syarat bahawa jika bilangan pelayan kabin yang dikira mengikut
subperaturan ini melebihi bilangan pintu keluar utama di dalam kapaludara itu,
pengendali kapaludara itu hendaklah disifatkan sebagai telah mematuhi peraturan
ini jika bilangan pelayan kabin yang dibawa menyamai bilangan pintu keluar
utama di dalam kapaludara itu.

(10) Setiap pelayan kabin hendaklah duduk dengan memakai tali pinggang
keledar atau, apabila diadakan, abah-abah keselamatan yang dikancing semasa
berlepas dan mendarat dan pada bila-bila masa ketua juruterbang mengarahkan
demikian.

(11) Bagi maksud peraturan ini, "pintu keluar utama" ertinya pintu keluar di
sisi kapaludara pada aras lantainya yang dimaksudkan bagi penumpang turun,
sama ada dalam hal keadaan biasa atau dalam sesuatu kecemasan..

ANGGOTA KREW PENERBANGAN DIKEHENDAKI DILESENKAN, dsb


40. ( I ) Tertakluk kepada peraturan ini, seseorang tidak boleh bertindak
sebagai anggota krew penerbangan kapaludara Malaysia melainkan dia adalah
pemegang suatu lesen yang berkenaan yang diberikan di~esenkant dsb atau
dijadikan sah di bawah Peraturan-Peraturan ini:

Dengan syarat bahawa seseorang boleh, di Malaysia, bertindak sebagai


pengendali radio telefoni penerbangan tanpa menjadi pemegang lesen sedemikian
jika—

(a) dia berbuat demikian sebagai juruterbang glider yang terbang bukan
bagi maksud pengangkutan awam atau kerja keudaraan, atau sebagai
seorang yang sedang menjalani latihan di dalam suatu kapaludara
Malaysia untuk menjalankan tugas sebagai anggota krew
penerbangan sesuatu kapaludara;

(b) dia diberikuasa untuk mengendalikan stesen radio telefoni itu oleh
pemegang lesen yang diberikan berkenaan dengan stesen itu oleh
mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia;
. - 1616 - P.U.(A) 139

(c) perutusan dihantar hanya bagi maksud memberi arahan, atau bagi
keselamatan atau pandu arah kapaludara itu;

(d) dihantar hanya pada frekuensi yang melebihi 60 megakitar sesaat


seperti yang diberikan oleh Ketua Pengarah Telekom Malaysia;

(e) pemancar yang berkenaan telah diprasetkan pada satu atau lebih
frekuensi yang diberikan dan tidak boleh diubah dalam penerbangan
kepada mana-mana frekuensi lain;

(f) pengendalian pemancar memerlukan penggunaan suis luaran sahaja;


dan

(g) kestabilan frekuensi yang dipancarkan dikekalkan secara automatik


oleh pemancarnya.

(2) Tertakluk kepada peraturan ini, seseorang tidak boleh bertindak sebagai
anggota krew penerbangan yang dikehendaki oleh atau di bawah
Peraturan-Peraturan ini untuk dibawa di dalam kapaludara yang didaftarkan di
luar Malaysia melainkan—

(a) dalam hal kapaludara yang terbang bagi maksud pengangkutan awam
atau kerja keudaraan, dia adalah pemegang lesen yang bersesuaian
yang diberikan atau dijadikan sah di bawah undang-undang Negara di
mana kapaludara itu didaftarkan; dan

(b) dalam hal mana-mana kapaludara lain, dia adalah pemegang lesen
yang bersesuaian yang diberikan atau dijadikan sah di bawah
undang-undang Negara di mana kapaludara itu didaftarkan atau di
bawah Peraturan-Peraturan ini, dan Ketua Pengarah tidak memberi
arahan yang sebaliknya dalam hal sedemikian.

(3) Bagi maksud peraturan ini, sesuatu lesen yang diberikan di bawah
undang-undang sesuatu Negara Pejanji selain daripada Malaysia yang memberi
kuasa kepada pemegangnya untuk bertindak sebagai anggota krew penerbangan
sesuatu kapaludara, yang bukan merupakan suatu lesen yang memberi kuasa
kepadanya untuk bertindak sebagai pemandu pelatih sahaja, hendaklah,
melainkan Ketua Pengarah dalam hal yang tertentu memberi arahan yang
sebaliknya, disifatkan sebagai suatu lesen yang dijadikan sah di bawah
Peraturan-Peraturan ini tetapi tidak menghakkan pemegang lesen itu—

(a) untuk bertindak sebagai anggota krew penerbangan mana-mana


kapaludara yang terbang bagi maksud pengangkutan awam atau kerja
koudaraan atau bagi mana-mana penerbangan yang berkenaan
dengannya dia menerima ganjaran bagi khidmatnya sebagai anggota
krew penerbangan dalam penerbangan itu; atau

(b) dalam hal sesuatu lesen juruterbang, untuk bertindak sebagai


juruterbangmana-mana kapaludara yang terbang dalam ruang udara
terkawal dalam hal keadaan yang mengkehendaki Kacdah-Kaedah
Penerbangan Alatan dipatuhi atau untuk memberi apa-apa pengajaran
dalam penerbangan
. - 1617 - P.U.(A) 139

(4) Walau apa pun subperaturan (1), seseorang boleh, melainkan


perakuan keselamatan terbang yang berkuatkuasa berkenaan dengan kapaludara
itu menghendaki selainnya, bertindak sebagai juruterbang sesuatu kapaludara
Malaysia bagi maksud menjalani latihan atau ujian untuk pemberian atau
pembaharuan sesuatu lesen juruterbang atau bagi memasukkan, membaharui atau
perlanjutan suatu perkadaran di dalamnya, tanpa menjadi pemegang sesuatu lesen
yang bersesuaian, jika syarat yang berikut dipatuhi:

(a) tiada seorang pun boleh dibawa dalam kapaludara itu atau dalam
kapaludara yang ditariknya kecuali orang yang dibawa sebagai
anggota krew penerbangan bagi mematuhi Peraturan-Peraturan ini;

(b) seseorang yang diberikuasa oleh KetuaPengarah untuk


menyaksikan latihan atau ujian yang tersebut di atas, atau untuk
menjalankan ujian yang tersebut di atas, atau, jika ketua
juruterbang kapaludara itu ialah pemegang lesen yang bersesuaian,
orang itu dibawa bagi maksud untuk dilatih atau diuji sebagai
anggota krew penerbangan sesuatu kapaludara; dan

(c) orang yang bertindak sebagai juruterbang kapaludara itu tanpa


menjadi pemegang lesen yang bersesuaian tidaklah boleh menjadi
ketua juruterbangnya melainkan, dalam tempoh enam bulan
sebelumnya itu, dia bertugas sebagai juruterbang bertaullah
mana-mana kapaludara dalam angkatan bersenjata, dan keadaan
jasmaninya, setakat yang dia sedar, tidak merosot dalam masa itu
sehingga menjadikan dia tidak layak untuk mendapatkan lesen
yang dia bercadang untuk melayakkan diri.

(5) Walau apa pun subperaturan (1), seseorang boleh bertindak sebagai
anggota krew penerbangan, melainkan sebagai juruterbang, sesuatu kapaludara
Malaysia bagi maksud menjalani latihan atau ujian untuk pemberian atau
pembaharuan sesuatu lesen jurutera penerbangan atau untuk memasukkan,
membaharui atau melanjutkan sesuatu kadaran di dalamnya, tanpa menjadi
pemegang sesuatu lesen yang bersesuaian jika dia bertindak di bawah penyeliaan
dan dalam kehadiran seseorang lain yang adalah pemegang lesen atau perkadaran
daripada jenis yang baginya orang itu menjalani latihan atau ujian atau sedang
dilatih atau diuji.

(6) Bagi maksud peraturan ini, "lesen yang bersesuaian" ertinya suatu lesen
yang memberi hak kepada pemegangnya untuk melaksanakan fungsi-fungsi yang
dia akujanji berhubungan dengan kapaludara yang berkenaan dan penerbangan
yang dia ditugaskan.

(7) Peraturan ini tidaklah menghendaki suatu lesen dipegang oleh seseorang
atas sebab dia bertindak sebagai seorang anggota krew penerbangan sesuatu
glider melainkan—

(a) dia bertindak sebagai pengendali radio penerbangan; atau


. - 1618 - P.U.(A) 139

(b) penerbangan itu adalah bagi maksud pengangkutan awam atau


kerja keudaraan, selain daripada kerja keudaraan yang terdiri
daripada memberi pengajaran penerbangan atau menjalankan ujian
penerbangan dalam suatu glider yang dipunyai atau dikendalikan
oleh sesuatu kelab penerbangan di mana orang yang memberi
pengajaran atau menjalankan ujian itu dan orang yang menerima
pengajaran atau menjalam ujian itu adalah kedua-duanya anggota
kelab itu.

(8) Walau apa pun dalam peraturan ini—

(a) pemegang sesuatu lesen yang diberikan atau dijadikan sah di


bawah Peraturan-Peraturan ini, yang adalah lesen yang diendoskan
dengan maksud bahawa pemegangnya tidak menepati sepenuhnya
piawai antarabangsa yang berkenaan, tidaklah boleh bertindak
sebagai anggota krew penerbangan kapaludara Malaysia yang
berada dalam atau melintasi wilayah suatu Negara Pejanji selain
daripada Malaysia, kecuali mengikut kebenaran yang diberikan
oleh pihak berkuasa kompeten Negara itu; dan

(b) pemegang sesuatu lesen yang diberikan atau dijadikan sah di


bawah undang-undang Negara Pejanji selain daripada Malaysia,
yang adalah lesen yang diendoskan seperti yang tersebut di atas,
tidaklah boleh bertindak sebagai anggota krew penerbangan
mana-mana kapaludara yang beraua di dalam atau melintasi
Malaysia kecuali mengikut kebenaran yang diberikan oleh Ketua
Pengarah, sama ada lesen itu dijadikan sah atau disifatkan menjadi
sah atau tidak di bawah Peraturan-Peraturan ini.

PEMBERIAN,PEMBAHARUAN DAN EFEK LESEN PENERBANGAN


41. (1) Ketua Pengarah boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat yang
difikirkannya patut, memberikan lesen daripada mana-mana kelas yang berikut
yang membenarkan pemegangnya untuk bertindak sebagai anggota krew
penerbangan kapaludara Malaysia:
(a) lesen juruterbang pelatih;
(b) lesen juruterbang persendirian (kapal terbang);
(c) lesen juruterbang persendirian (helikopter dan pesawat gyro);
(d) lesen juruterbang persendirian (belon dan pesawat udara);
(e) lesen juruterbang perdagangan (kapal terbang);
(f) lesen juruterbang perdagangan (helikopter dan pesawat gyro);
(g) lesen juruterbang perdagangan (belon);
(h) lesen juruterbang perdagangan (pesawat udara);(i) lesen
juruterbang perdagangan (glider);
(j) lesen juruterbang talian udara pengangkutan (kapal terbang);
(k) lesen juruterbang talian udara pengangkutan (helikopter dan
pesawat gyro);
. - 1619 - P.U.(A) 139

(l) lesen jurutera penerbangan;


(m) lesen am pengendali radio telefoni penerbangan;(n) lesen terhad
pengendali radio telefoni penerbangan;
(o) lesen pengendali radio telefoni penerbangan; dan
(p) lesen sementara pengendali radio telefoni penerbangan,
apabila dia berpuas hati bahawa pemohon adalah orang yang layak dan sesuai
untuk memegang lesen itu dan berkelayakan berdasarkan pengetahuan,
pengalaman, kecekapan, kemahiran, kesihatan jasmani dan mentalnya untuk
melaksanakan fungsi-fungsi yang dikehendaki di bawah lesen yang dipohon
olehnya, dan bagi maksud itu pemohon boleh dikehendaki supaya menjalani
pemeriksaan kesihatan yang bersesuaian yang dinyatakan dalam Jadual Keempat
Belas dan apa-apa pemeriksaan dan ujian lain atau memberikan apa-apa
keterangan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah. Sesuatu lesen
dalam mana-mana kelas tidaklah boleh diberikan kepada mana-mana orang yang
berumur kurang daripada umur minimum yang dinyatakan bagi lesen dalam kelas
itu dalam Bahagian A Jadual Kelapan. Sesuatu lesen daripada kelas yang dirujuk
dalam perenggan (a) hingga (k) tidaklah boleh diperbaharui atau diberikan
kepada mana-mana orang yang telah mencapai umur 60 tahun.

(2) Tertakluk kepada apa-apa syarat di dalamnya, sesuatu lesen dalam


mana-mana kelas hendaklah menghakkan pemegangnya untuk melaksanakan
fungsi-fungsi yang ditetapkan berkenaan dengan lesen itu dalam Bahagian A
Jadual Kelapan di bawah tajuk "keistimewaan".

Dengan syarat bahawa—

(a) tertakluk kepada subperaturan (10), (I I), 40(4) dan 44(1), seseorang
tidaklah berhak menjalankan mana-mana fungsi yang ditetapkan
dalam Bahagian B Jadual tersebut berkenaan dengan sesuatu
perkadaran melainkan lesennya termasuk perkadaran itu;

(b) seseorang tidaklah berhak melaksanakan mana-mana fungsi di


bawah lesennya jika dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk
mempercayai bahawa keadaan jasmaninya menjadikannya buat
sementara waktu atau selama-lamanya tidak layak untuk
melaksanakan fungsi yang sedemikian; dan

© seseorang tidaklah berhak untuk menjalankan fungsi-fungsi


berkenaan dengan suatu perkadaran alatan (kapal terbang),
perkadaran alatan (helikopter), jurulatih penerbangan, perkadaran
penolong jurulatih penerbangan atau perkadaranalatan keadaan
meteorologi (kapal terbang) melainkan Iesennya
mengandungiperakuan yang ditandatangani oleh orang yang
diberikuasa oleh Ketua Pengarah untuk menandatangan perakuan
sedemikian, yang
. - 1620 - P.U.(A) 139

menunjukkan bahawa pemegang lesen itu telah, dalam tempoh tiga


belas bulan dalam hal perkadaran alatan (kapal terbang), perkadaran
alatan (helikopter) dan perkadaran penolong jurulatih penerbangan
dan, dua puluh lima bulan dalam hal perkadaran jurulatih
penerbangan dan perkadaran alatan keadaan metereologi (kapal
terbang) sebelum hari yang dia melaksanakan fungsi itu, telah lulus
ujian keupayaannya untuk menjalankan fungsi berhubung dengan
perkadaran itu, iaitu suatu ujian yang dijalankan dalam penerbangan
dalam hal ketiga-tiga perkadaran terakhir disebutkan itu dan dalam
hal kedua-dua perkadaran yang mula-mula disebutkan itu, sama ada
dalam penerbangan atau dengan menggunakan apa-apa radas yang
diluluskan oleh Ketua Pengarah di mana keadaan penerbangan
diselakukan di atas bumi.

(3) Ketua Pengarah boleh, jika dia berpuas hati bahawa pemohon adalah
berkelayakan di bawah subperaturan ( I ) atau (2) untuk bertindak dalam
keupayaan yang berhubung dengan perkadaran itu, memasukkan dalam sesuatu
lesen suatu perkadaran daripada mana-mana kelas yang dinyatakan dalam
Bahagian B Jadual Kelapan dan perkadaran sedemikian hendaklah disifatkan
sebagai menjadi sebahagian daripada lesen itu dan hendaklah menghakkan
pemegangnya untuk menlaksanakan apa-apa fungsi seperti yang dinyatakan
dalam Bahagian B Jadual tersebut berkenaan dengan perkadaran itu. Sesuatu
perkadaran alatan, yang disebut dalam Jadual tersebut, boleh diperbaharui oleh
mana-mana orang yang dilantik oleh Ketua Pengarah bagi maksud itu, jika orang
itu berpuas hati melalui suatu ujian bahawa pemohon itu masih terus
berkompeten untuk melaksanakan fungsi yang berhubung dengan perkadaran itu.
Ujian itu hendaklah dijalankan sama ada dalam penerbangan atau dengan
menggunakan radas yang diluluskan oleh Ketua Pengarah di mana keadaan
penerbangan diselakukan di atas bumi.

(4) Tertakluk kepada peraturan 81, sesuatu lesen dan perkadaran hendaklah
terus berkuatkuasa bagi tempoh yang dinyatakan dalam lesen itu, yang
masing-masingnya tidak melebihi tempoh yang dinyatakan dalam Jadual
Kelapan, dan boleh diperbaharui dari semasa ke semasa oleh Ketua Pengarah
apabila dia berpuas hati bahawa pemohon adalah orang yang layak dan sesuai
dan berkelayakan mengikut subperaturan (1) atau (2).

(5) Setelah menerima sesuatu lesen yang diberikan di bawah peraturan ini,
pemegangnya hendaklah dengan segera menandatangani namanya pada lesen itu
dengan dakwat dalam tandatangan biasanya.

(6) Tiap-tiap pemegang sesuatu lesen, selain daripada lesen pengendali radio
telefoni penerbangan, yang diberikan di bawah peraturan ini hendaklah, apabila
memohon untuk membaharui lesen itu dan pada masa-masa yang lain seperti
yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah, membenarkan pemeriksaan perubatan ke
atas dirinya oleh seseorang yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, sama ada
,
. - 1621 - P.U.(A) 139

secara am atau dalam hal tertentu, yang hendaklah membuat laporan kepada
Ketua Pengarah dalam bentuk sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua
Pengarah.

(7) Tiap-tiap pemegang sesuatu lesen, selain daripada lesen pengendali radio
telefoni penerbangan, yang diberikan di bawah peraturan ini atau dijadikan sah di
bawah peraturan 42 yang—

(a) mengalami apa-apa kecederaan diri yang melibatkan ketakupayaan


untuk melaksanakan fungsi-fungsi di bawah lesennya;

(b) mengidap apa-apa penyakit yang melibatkan ketakupayaan untuk


menjalankan fungsi-fungsi di bawah lesennya itu selama tempoh
dua puluh hari atau lebih; atau

(c) dalam hal seorang wanita, mempunyai sebab untuk mempercayai


bahawa dirinya hamil, memberitahu Ketua Pengarah secara
bertulis tentang kecederaan, penyakit atau kehamilan tersebut,
secepat yang mungkin dalam hal kecederaan ataukehamilan, dan
sebaik sahaja tempoh dua puluh hari telah berlalu dalam hal sakit
itu.

(8) Sesuatu lesen, selain daripada lesen pengendali radio telefoni


penerbangan, yang diberi di bawah Bahagian ini hendaklah disifatkan sebagai
digantung apabila berlaku sesuatu kecederaan-atau berlalunya apa-apa tempoh
sakit seperti yang disebutkan dalam subperaturan(7).

(9) Penggantungan sesuatu lesen di bawah subperaturan (8) hendaklah


terhenti—

(a) apabila pemegangnya setelah diperiksa perubatannya di bawah


perkiraan yang dibnat oleh Ketua Pengarah dan disahkan layak
untuk menyambung semula fungsi-fungsinya di bawah lesen itu;
atau

(b) apabila Ketua Pengarah mengecualikan pemegangnya daripada


keperluan menjalani pemeriksaan perubatan, tertakluk kepada
apa-apa syarat yang KetuaPengarah fikirkan patut.

(10) Sesutu lesen yang diberikan di bawah peraturan ini hendaklah


disifatkan sebagai digantung apabila pemegangnya didiagnosis hamil dan
hendaklah terus digantung sehingga pemegangnya telah menjalani pemeriksaan
perubatan selepas kehamilannya berakhir dan diisytiharkan layak untuk
menyambung semula tugasnya di bawah lesen itu.

(11) Tiada apa-apa jua dalam Peraturan- Peraturan ini boleh dianggap sebagai
melarang pemegang lesen juruterbang perdagangan atau lesen juruterbang talian
udara pengangkutan (kapal terbang) daripada bertindak sebagai ketua juruterbang
sesuatu kapal terbang yang membawa penumpang pada waktu malam atas alasan
ketiadaan perkadaran malam dalam lesennya itu.
. - 1622 - P.U.(A) 139

(12) Tiada apa-apa jua dalam Peraturan-Peraturan ini boleh melarang


pemegang lesen juruterbang daripada bertindak sebagai juruterbang sesuatu kapal
udara yang jumlah berat maksimum yang dibenarkan tidak melebihi 5,700
kilogram jika, dengan kuasa yang diberikan oleh Ketua Pengarah, dia menguji
mana-mana orang menurut subperaturan (1) atau (3) walau pun jenis kapaludara
yang dengannya ujian itu dijalankan tidak dinyatakan dalam perkadaran
kapaludara yang terkandung dalam lesennya itu..

PENGESAHAN LESEN
42, (1) Ketua Pengarah boleh, bagi maksud Peraturan-Peraturan ini,
mengeluarkan suatu perakuan pengesahan yang menjadikan sah mana-mana
lesen anggota krew penerbangan kapaludara yang diberikan di bawah
undang-undang mana-mana Negara selain Malaysia.

(2) Sesuatu perakuan pengesahan yang dirujuk dalam subperaturan (1) boleh
dikeluarkan tertakluk kepada apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh
sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.

BUKU LOG PENERBANGAN PERIBADI


43. (1) Tiap-tiap anggota krew penerbangan kapaludara Malaysia dan
tiap-tiap orang yang mengambil bahagian dalam penerbangan bagi maksud
melayakkan diri untuk diberikan atau membaharui sesuatu lesen di bawah
Peraturan-Peraturan ini atau menjalani ujian atau menerima tunjuk ajar dalam
penerbangan, hendaklah menyimpan suatu buku log penerbangan peribadi di
mana butir-butir yang berikut hendaklah direkodkan:

(a) nama dan alamat pemegang buku log itu;

(b) butir-butir mengenai pemegang lesen, jika ada, untuk bertindak


sebagai seorang anggota krew penerbangan kapaludara; dan

(c) nama dan alamat majikan pemegang, jika ada.

(2) Butir-butir mengenai setiap penerbangan yang pemegang buku log itu
bertindak sama ada sebagai anggota krew penerbangan sesuatu kapaludara atau
bagi maksud untuk melayakkan diri untuk diberikan atau membaharui sesuatu
lesen di bawah Peraturan-Peraturan ini, mengikut mana-mana yang berkenaan,
hendaklah direkodkan di dalam buku log itu pada akhir setiap penerbangan atau
selepas sahaja penerbangan itu sebagaimana semunasabahnya praktik,
termasuklah—

(a) tarikh, tempat-tempat di mana pemegang buku log itu naik dan turun
daripada kapaludara dan masa yang telah digunakan semasa
perjalanan sesuatu penerbangan di mana dia bertindak di bawah
salah satu daripada bidang tugas yang tersebut di atas;

(b) jenis dan tanda pendaftaran kapaludara itu;

© bidang tugas di mana pemegang itu bertindak semasa penerbangan;


. - 1623 - P.U.(A) 139

(d) butir-butir mengenai apa-apa keadaan khas di mana penerbangan itu


dibuat, termasuklah penerbangan waktu malam dan penerbangan
alatan; dan

(e) butir-butir mengenai apa-apa ujian atau peperiksaan yang dijalankan


ketika penerbangan.

(3) Bagi maksud peraturan ini, sesuatu helikopter hendaklah disifatkan sebagai
dalam penerbangan mulai daripada saat helikopter itu pertama kalinya bergerak
di bawah kuasanya sendiri untuk berlepas sehingga bebaling rotornya selepas itu
berhenti.

(4) Butir-butir mengenai apa-apa ujian atau peperiksaan yang diambil ketika
berada di dalam suatu simulator penerbangan hendaklah direkodkan di dalam
buku log itu, termasuklah—-

(a) tarikh ujian atau peperiksaan itu;


(b) jenis simulator;
(c) bidang tugas di mana pemegang itu bertindak; dan
(d) sifat ujian atau peperiksaan itu..
TUNJUK AJAR DALAM PENERBANGAN
44.(1) Seseorang tidaklah boleh memberi apa-apa tunjuk ajar Tunjuk ajar
dalam penerbangan yang kepadanya peraturan ini terpakai melainkan
pdenaenrnbangan jika—

(a) dia memegang suatu lesen, yang diberikan atau dijadikan sah di
bawah Peraturan-Peraturan ini, yang menghakkannya untuk
bertindak sebagai ketua juruterbang kapaludara itu bagi maksud dan
dalam hal keadaan yang tunjuk ajar itu hendak diberikan; dan

(b) lesennya termasuklah perkadaran jurulatih penerbangan atau


perkadaran penolong jurulatih penerbangan yang menghakkannya
untak memberikan tunjuk ajar itu.

(2) Subperaturan (1) hendaklah terpakai bagi tunjuk ajar dalarn penerbangan
yang diberikan kepada mana-mana orang yang menerbangkan atau hendak
menerbangkan sesuatu mesin terbang atau glider bagi maksud untuk
melayakkannya bagi—

(a) pemberian sesuatu lesen juruterbang; dan


(b) memasukkan atau perubahan kepada apa-apa perkadaran lesennya,

tetapi tidaklah terpakai bagi apa-apa tunjuk ajar dalam penerbangan kepada
seseorang bagi maksud melayakkan diri bagi memasukkan dalam lesennya suatu
perkadaran kapaludara yang memberikannya hak untuk bertindak sebagai
juruterbang sesuatu kapaludara pelbagai enjin, atau mana-mana kapaludara
dalam kelas yang dinyatakan dalam ruang 4 Susunan dalam Bahagian A Jadual
Pertama jika orang
. - 1624 - P.U.(A) 139

itu sebelum ini berhak di bawah Peraturan-Peraturan ini untak bertindak sebagai
juruterbang kapaludara pelbagai enjin atau kapaludara dalam kelas itu, mengikut
mana-mana yang berkenaan..

SEKOLAH LATIHAN PENERBANGAN


45. (1) Mana-mana kumpulan orang, pertubuhan perbadanan atau pertubuhan
tak diperbadankan, yang terlibat atau bercadang untuk terlibat dalam
mengadakan apa-apa tunjuk ajar dalam penerbangan hendaklah memohon kepada
Ketua Pengarah bagi—

(a) suatu perakuan kelulusan berkaitan dengan kursus tunjuk ajar dalam
penerbangan yang diadakan atau akan diadakan oleh pemohon itu;
dan

(b) suatu pemberian kuasa bagi menjalankan ujian atau peperiksaan bagi
kursus tunjuk ajar sedemikian.

(2) Ketua Pengarah tidaklah boleh memberi perakuan kelulusan dan


pemberian kuasa yang disebutkan dalam subperaturan ( I ) melainkan—

(a) pemohon itu telah mengemukakan kepadanya—

(i) apa-apa keterangan mengenai kelayakan dan kekompetenan


pengajar yang digaji atau akan digaji oleh pemohon;

(ii) apa-apa butir atau maklumat berhubung dengan kursus tunjuk


ajar dalam penerbangan yang diadakan atau akan diadakan
oleh pemohon;

(iii) apa-apa keterangan mengenai kemudahan yang sedia ada pada


pemohon; dan

(iv) apa-apa keterangan dan maklumat lain sebagaimana yang


dinyatakan oleh Ketua Pengarah,

bagi mengadakan kursus tunjuk ajar sedemikian dan menjalankan


apa-apa ujian atau peperiksaan yang berkenaan dengannya; dan

(b) Ketua Pengarah berpuas hati bahawa, setelah mengambil kira


maklumat dan keterangan yang dikemukakan itu, pemohon itu boleh,
atau akan boleh, mengadakan kursus tunjuk ajar dalam cara yang
memuaskan.

(3) Ketua Pengarah bolehlah, apabila mengeluarkan perakuan kelulusan dan


pemberian kuasa menurut subperaturan (2), mengenakan apa-apa terma dan
syarat yang difikirkannya patut.

(4) Ketua Pengarah atau seseorang yang diberikuasa bolehlah, pada bila-bila
masa, bagi maksud peraturan ini termasuk penentuan standard tunjuk ajar dan
kemudahan yang diadakan oleh pemohon
. - 1625 - P.U.(A) 139

atau pemegang perakuan kelulusan dan pemberian kuasa, memasuki mana-mana


preinisnya—

(a) bagi memeriksa dan meilhat keadaan premis itu atau apa-apa
bangunan atau kemudahan di dalamnya; dan

(b) bagi memeriksa apa-apa rekod yang disenggarakan olehnya atau


apa-apa dokumen dalam milikannya yang berhubung dengan aktiviti
yang berkaitan dengan perakuan dan pemberian kuasa itu..
UMUR MINIMUM JURUTERBANG GLIDER
46. Seseorang di bawah umur enam belas tahun tidaklah boleh bertindak
sebagai ketua juruterbang glider.

BAHAGIAN VII

PENGENDALIAN KAPALUDARA
Bab 1: Manual Pengendalian dan Manual Latihan
MANUAL PENGENDALIAN
47.(1) Peraturan ini hendaklah terpakai bagi tiap-tiap kapaludara Malaysia
yang terbang bagi maksud pengangkutan awam kecuali sesuatu kapaludara yang
pada masa itu digunakan semata-mata bagi penerbangan yang tidak dimaksudkan
untuk melebihi tempoh 60 minit, yang merupakan sama ada—

(a) penerbangan yang semata-mata untuk melatih orang melaksa- nakan


tugas di dalam kapaludara; atau

(b) penerbangan yang dimaksudkan untuk bermula dan berakhir di


padang terbang yang sama.

(2) Pengendali tiap-tiap kapaludara yang baginya peraturan ini terpakai


hendaklah—

(a) menyediakan bagi setiap anggota kakitangan pengendaliannya suatu


manual pengendalian;

(b) memastikan bahawa setiap salinan manual pengendalian itu


dikemaskinikan; dan

(c) memastikan bahawa dalam setiap penerbangan tiap-tiap anggota


krew mempunyai akses kepada salinan tiap-tiap bahagian manual
pengendalian yang relevan dengan tugasnya dalam penerbangan itu.

(3) Setiap manual pengendalian hendaklah mengandungi segala maklumat


dan arahan sebagaimana yang diperlukan untuk membolehkan kakitangan
pengendalian melaksanakan dengan sepatutnya tugas mereka masing-masing
termasuk, terutamanya, memberikan maklumat dan arahan berhubungan dengan
kehendak-kehendak pengendalian pengangkutan awam seperti yang dinyatakan
dalam Jadual Kesembilan:
. - 1626 - P.U.(A) 139

Dengan syarat bahawa manual pengendalian itu tidaklah dikehendaki


mengandungi apa-apa maklumat atau arahan yang terdapat dalam manual
penerbangan yang boleh didapati oleh orang yang berkehendakan maklumat atau
arahan itu.

(4) Pengendali kapaludara itu hendaklah, jika Ketua Pengarah menghendaki


sedemikian, memberikan kepada Ketua Pengarah suatu salinan keseluruhan
manual pengendalian yang berkuatkuasa pada masa itu, atau mana-mana
bahagiannya sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah. Pengendali itu
hendaklah membuat apa-apa pindaan atau tambahan kepada manual
pengendalian itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah bagi
maksud memastikan keselamatan kapaludara itu atau keselamatan orang atau
harta benda yang dibawa di dalamnya atau keselamatan, kecekapan atau
ketetapan penerbangan udara.

(5) Bagi maksud peraturan ini dan Jadual Kesembilan, "kakitangan


pengendalian" ertinya pengkhidmat-pengkhidmat dan ejen-ejen yang
diguna-khidmat oleh pengendali, sama ada sebagai anggota krew kapaludara itu
atau tidak, untuk memastikan bahawa penerbangan kapaludara itu dijalankan
dengan cara yang selamat, dan termasuklah pengendali yang melaksanakan
fungsi-fungsi itu.

(6) Jika dalam perjalanan sesuatu penerbangan, kelengkapan, yang dinyatakan


sebagai Skala O dalam perenggan 5 Jadual Kelima, dikehendaki diadakan di
dalam sesuatu kapaludara dan kelengkapan tersebut menjadi tidak boleh
digunakan, kapaludara itu hendaklah, bagi baki penerbangan itu, dikendalikan
menurut mana-mana arahan relevan dalam manual pengendalian itu.

MANUAL LATIHAN
48. (1) Pengendali tiap-tiap kapaludara Malaysia yang terbang bagi maksud
pengangkutan awam hendaklah—

(a) menyediakan suatu manual latihan bagi tiap-tiap orang yang dilantik
oleh pengendali itu untuk memberi atau mengawalselia latihan,
pengalaman, amalan atau ujian berkala yang dikehendaki di bawah
Peraturan-Peraturan ini; dan

(b) memastikan bahawa setiap salinan manual latihan itu


dikemaskinikan.

(2) Setiap manual latihan hendaklah mengandungi segala maklumat dan


arahan yang diperlukan untuk membolehkan seseorang yang dilantik oleh
pengendali untuk memberi atau mengawalselia latihan, pengalaman, amalan atau
ujian berkala yang dikehendaki di bawah subperaturan 49(2) untuk melaksanakan
tugasnya yang sedemikian termasuk, terutamanya, memberi maklumat dan
arahan berhubungan dengan perkara yang dinyatakan dalam Bahagian C Jadual
Kesembilan.

(3) Kapaludara yang baginya peraturan ini terpakai tidaklah boleh terbang
melainkan jika, tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum penerbangan itu,
pengendali kapaludara itu telah memberikan-
. - 1627 - P.U.(A) 139

kepada Ketua Pengarah suatu salinan keseluruhan manual latihannya


berhubungan dengan krew kapaludara itu.

(4) Apa-apa pindaan atau tambahan kepada manual latihan yang diberikan oleh
pengendali kepada Ketua Pengarah di bawah subperaturan (5) hendaklah
diendorskan oleh pengendali itu bersama Ketua Pengarah sebelum atau sebaik
sahaja selepas ia berkuatkuasa.

(5) Sesuatu pindaan atau tambahan berhubungan dengan latihan, pengalaman,


amalan atau ujian berkala atas sesuatu kapaludara tidaklah boleh berkuatkuasa
sehingga pindaan atau tambahan itu telah diberikan kepada Ketua Pengarah.

(6) Tanpa menjejaskan subperaturan-subperaturan yang terdahulu, pengendali


hendaklah membuat apa-apa pindaan atau tambahan kepada manual latihan
sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah bagi maksud memastikan
keselamatan kapaludara atau keselamatan orang atau harta benda yang dibawa di
dalamnya atau keselamatan, kecekapan atau ketetapan penerbangan udara.

Bab 2: Pengangkutan Awam


TANGGUNGJAWAB PENGENDALI PENGANGKUTAN AWAM
49.(1) Pengendali sesuatu kapaludara Malaysia tidaklah boleh membenarkan
kapaludara itu terbang bagi maksud pengangkutan awam tanpa terlebih dahulu—

(a) menamakan daripada kalangan krew penerbangan itu seorang


juruterbang sebagai laksamana bagi penerbangan itu;

(b) memuaskan hatinya dengan apa jua cara yang munasabah bahawa
stesen radio aeronautik dan alat bantuan pandu arah yang memberi
khidmat kepada laluan yang dimaksudkan atau mana-mana
penyimpangan darinya yang dirancangkan adalah mencukupi bagi
penerbangan yang selamat kapaludara itu; dan

(c) memuaskan hatinya dengan apa jua cara yang munasabah bahawa
padang terbang di mana kapaludara itu hendak berlepas atau
mendarat dan mana-mana padang terbang gantian di mana
pendaratan mungkin akan dibuat adalah sesuai bagi maksud itu
dan, terutamanya, adalah secukupnya dikehendaki oleh sesiapa dan
dilengkapi, termasuk mana-mana kakitangan dan kelengkapan
yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga Belas, bagi memastikan
keselamatan kapaludara itu dan penumpangnya:

Dengan syarat bahawa pengendali kapaludara itu tidaklah


dikehendaki memuaskan hatinya tentang—

(i) kecukupan kemudahan memadam kebakaran, mencari,


menyelamat atau perkhidmatan perkhidmatan lain yang
diperlukan hanya selepas berlakunya sesuatu kemalangan;
dan
. - 1628 - P.U.(A) 139

(ii) kecukupan kakitangan dan kelengkapan yang disebutkan


dalam perenggan (c) dalam hal mana-mana padang terbang
yang telah diberitahu oleh Ketua Pengarah sebagai padang
terbang yang tak dikendalikan oleh sesiapa.

(2) Pengendali sesuatu kapaludara Malaysia tidaklah boleh membenarkan


mana-mana orang menjadi anggota krewnya semasa mana-mana penerbangan
bagi maksud pengangkutan awam, kecuali penerbangan yang dibuat semata-mata
bagi maksud untuk melatih mana-mana orang untuk melaksanakan tugas-tugas
dalam kapaludara, melainkan jika orang sedemikian pernah menjalani latihan,
mempunyai pengalaman, amalan dan ujian berkala yang dinyatakan dalam
Bahagian B Jadual Kesembilan berkenaan dengan tugas yang dia hendaklah
melaksanakan dan melainkan jika pengendali itu telah berpuashati bahawa orang
itu adalah kompeten untuk melaksanakan tugasnya, dan terutamanya, untuk
menggunakan kelengkapan yang disediakan di dalam kapaludara itu bagi maksud
tersebut. Pengendali hendaklah menyenggara, memelihara, mengeluar dan
mengemukakan maklumat berkenaan dengan rekod-rekod berhubung dengan
perkara yang tersebut di atas menurut kehendak-kehendak yang dinyatakan
dalam Bahagian B Jadual Kesembilan.

(3) Pengendali sesuatu kapaludara Malaysia tidaklah boleh membenarkan


mana-mana anggota krew penerbangannya, semasa mana-mana penerbangan
bagi maksud pengangkutan awam penumpang, untuk membuat selaku olah gerak
dan prosedur kecemasan yang akan menjejaskan lagi ciri-ciri penerbangan
kapaludara itu.

(4) Pengendali sesuatu kapaludara Malaysia hendaklah menerima pakai suatu


program keselamatan dan hendaklah memastikan bahawa program sedemikian
adalah bersesuaian dengan program keselamatan mana-mana padang terbang.

PEMUATAN KAPALUDARA BAGI PENGANGKUTAN AWAM


50. (I) Pengendali sesuatu kapaludara Malaysia tidaklah boleh menyebabkan
atau membenarkan kapaludara itu dimuatkan atau apa-apa muatan digantung
padanya bagi sesuatu penerbangan bagi maksud pengangkutan awam kecuali di
bawah pengawalseliaan yang telah diberikan arahan bertulis tentang
pembahagian dan perihal keselamatan muatan itu untuk memastikan bahawa—

(a) muatan itu adalah dibawa dengan selamat dalam penerbangan itu;
dan

(b) apa-apa syarat berhubungan dengan pemuatan kapaludara itu


dipatuhi, iaitu syarat yang keesahan perakuan keselamatan terbang
kapaludara itu adalah tertakluk kepadanya.

(2) Arahan itu hendaklah menunjukkan berat kapaludara yang disediakan untuk
perkhidmatan, iaitu agregat berat asas, yang ditunjukkan dalam jadual berat yang
disebut dalam peraturan 36, dan berat apa-apa tambahan di dalam atau pada
kapaludara sebagaimana yang pengendali itu fikirkan patut ianya dimasukkan;
dan arahan itu
. - 1629 - P.U.(A) 139

hendaklah menunjukkan berat benda tambahan yang termasuk dalam berat


kapaludara yang disediakan untuk perkhidmatan, dan hendaklah menunjukkan
kedudukan pusat graviti kapaludara itu pada berat tersebut:

Dengan syarat bahawa subperaturan ini tidaklah terpakai berhubungan


dengan sesuatu penerbangan jika—

(a) jumlah berat maksimum yang dibenarkan kapaludara itu tidak


melebihi 1,150 kilogram;

(b) jumlah berat maksimum yang dibenarkan kapaludara itu tidak


melebihi 2,730 kilogram dan penerbangan itu dimaksudkan untuk
tidak melebihi tempoh 60 minit dan adalah—

(i) suatu penerbangan semata-mata untuk melatih orang


melaksanakan tugas di dalam sesuatu kapaludara; atau

(ii) suatu penerbangan yang dimaksudkan untuk bermula dan


berakhir di padang yang sama; atau

(c) kapaludara itu ialah suatu helikopter, dan jumlah berat maksimum
yang dibenarkannya adalah tidak melebihi 3,000 kilogram dan
jumlah tempat dudukuya tidak melebihi lima orang.

(3) Pengendali sesuatu kapaludara tidaklah boleh menyebabkan atau


membenarkan kapaludara itu dimuatkan beranggaran dengan arahan yang disebut
dalam subperaturan (l).

(4) Orang yang mengawalselia pemuatan kapaludara itu hendaklah, sebelum


bermulanya mana-mana penerbangan sedemikian menyediakan dan
menandatangani suatu lembaran muatan dalam bentuk pendua menurut
kehendak-kehendak yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga Belas dan hendaklah,
melainkan jika dia sendiri adalah laksamana kapaludara itu, mengemukakan
lembaran muatan itu untuk pemeriksaan oleh laksamana kapaludara itu yang
hendaklah, setelah berpuas hati bahawa kapaludara itu telah dimuatkan mengikut
cara yang dikehendaki oleh subperaturan (1), menandatangani namanya atas
lembaran itu:

Dengan syarat bahawa kehendak-kehendak terdahulu peraturan ini tidaklah


terpakai jika

(a) muatan dan pembahagian dan perihal keselamatannya bagi


penerbangan yang dimaksudkan berikutnya adalah tidak berubah
daripada penerbangan sebelumnya dan laksamana kapaludara itu
membuat dan menandatangani suatu pengendorsan yang bermaksud
demikian pada lembaran muatan bagi penerbangan sebelum itu,
dengan mencatatkan tarikh pengendorsan, tempat berlepas bagi
penerbangan yang dimaksudkan berikutnya dan tempat tujuan yang
dimaksudkan berikutnya itu; atau
. - 1630 - P.U.(A) 139

(b) subperaturan (2) adalah terpakai berhubungan dengan penerbangan


itu.

(5) Satu salinan lembaran muatan hendaklah dibawa dalam kapaludara


sebagaimana yang dikehendaki sedemikian oleh peraturan 82 sehingga
penerbangan yang berhubungan dengannya telah selesai dan satu salinan
lembaran muatan itu dan arahan yang disebutkan dalam peraturan ini hendaklah
disimpankekal oleh pengendali sehingga luput tempoh enam bulan selepas itu
dan tidaklah boleh dibawa di dalam kapaludara itu:

Dengan syarat bahawa dalam hal sesuatu kapal terbang yang jumlah berat
maksimum yang dibenarkan tidak melebihi 2,730 kilogram, atau sesuatu
helikopter, jika ianya tidak munasabah praktik bagi salinan lembaran muatan itu
disimpankan di bumi, ia boleh dibawa dalam kapal terbang atau helikopter itu,
mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam suatu bekas yang diluluskan oleh
Ketua Pengarah bagi maksud itu.

(6) Pengendali sesuatu kapaludara Malaysia dan yang terbang bagi maksud
pengangkutan awam penumpang tidaklah boleh menyebabkan atau
membenarkan bagasi dibawa dalam petak penumpang kapaludara itu melainkan
jika bagasi itu dapat dipastikan keselamatannya dengan sewajarnya dan, dalam
hal sesuatu kapaludara yang berupaya menempatkan lebih daripada tiga puluh
penumpang, bagasi yang sedemikian hendaklah tidak melebihi kemampuan
ruang dalam petak penumpang yang diluluskan oleh Ketua Pengarah bagi
menyimpan muat bagasi melainkan jika dibawa menurut terma suatu kebenaran
bertulis yang diberikan oleh Ketua Pengarah dan kebenaran sedemikian boleh
diberikan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Ketua Pengarah.

(7) Laksamana kapaludara hendaklah, jika pada pendapatnya adalah perlu


untuk berbuat demikian deini kepentingan keselamatan kapaludara, menghendaki
mana-mana atau kesemua penumpang dan krew ditimbang khusus bagi maksud
untuk membuat catatan ke dalam lembaran muatan.

SYARAT PENGENDALIAN KAPALUDARA BAGI PENGANGKUTAN AWAM


51. (1) Kapaludara Malaysia tidaklah boleh terbang bagi maksud pengangkutan
awam, kecuali bagi maksud melatih orang untuk menjalankan tugas dalam
kapaludara, melainkan jika kehendak yang relevan yang dinyatakan dalam Jadual
Ketiga Belas berkenaan berat dan prestasinya dan penerbangan yang berkaitan
dalam cuaca yang dinyatakan atau pada waktu malam dipatuhi.

(2) Penilaian keupayaan sesuatu kapaludara untuk mematuhi subperaturan (I)


hendaklah berasaskan maklumat mengenai prestasinya yang terkandung dalam
perakuan keselamatan terbang berhubungan dengan kapaludara itu. Sekiranya
maklumat yang diberikan di dalamnya tidak mencukupi bagi maksud tersebut,
penilaian itu hendaklah berasaskan maklumat terbaik yang terdapat pada
laksamana kapaludara itu.
. - 1631 - P.U.(A) 139

(3) Sesuatu mesin terbang yang berdaftar di Malaysia apabila terbang di atas
perairan bagi maksud pengangkutan awam hendaklah terbang, kecuali
sebagaimana yang perlu bagi maksud berlepas atau pendaratan, pada sesuatu
altitud yang membolehkan kapaludara itu—

(a) jika ia mempunyai satu enjin sahaja, sekiranya berlaku kegagalan


enjin itu; atau

(b) jika ia mempunyai lebih daripada satu enjin, sekiranya berlaku


kegagalan salah satu daripada enjin itu dan dengan enjin atau
enjin-enjin yang masih ada yang beroperasi dalam keadaan kuasa
maksimum berterusan yang dinyatakan dalam perakuan
keselamatan terbang berhubungan dengan kapaludara itu,

untuk sampai ke suatu tempat di mana ia boleh mendarat dengan selamat pada
suatu ketinggian yang mencukupi untuk membolehkannya berbuat demikian.

(4) Tanpa menjejaskan subperaturan (3), sesuatu kapal terbang yang berkenaan
dengannya, ada berkuatkuasa di bawah Peraturan-Peraturan ini suatu perakuan
keselamatan terbang yang menetapkan kapal terbang itu sebagai termasuk dalam
Kumpulan Prestasi X tidaklah boleh terbang di atas perairan bagi maksud
pengangkutan awam sehinggakan melebihi enam puluh minit masa penerbangan
dari padang terbang bersesuaian yang terdekat, melainkan jika kapal terbang itu
mempunyai lebih daripada dua unit kuasa.

(5) Bagi maksud subperaturan (4), "masa penerbangan" hendaklah dihitung


pada laju jajap normal dengan satu unit kuasa tidak beroperasi.

(6) Tanpa menjejaskan subperaturan (3), suatu helikopter yang berkenaan


dengannya ada berknatkuasa di bawah Peraturan-Peraturan ini suatu perakuan
keselamatan terbang yang menetapkan helikopter itu sebagai termasuk dalam
Kumpulan Prestasi B tidaklah boleh terbang di atas perairan bagi maksud
pengangkutan awam sehinggakan melebihi dua puluh saat masa penerbangan
dari suatu kedudukan yang darinya ia boleh membuat penurunan auto putaran
untuk mendarat di permukaan yang sesuai bagi pendaratan kecemasan melainkan
jika ia dilengkapi dengan radas yang diluluskan oleh Ketua Pengarah yang
membolehkannya untuk mendarat di permukaan air dengan selamat tetapi
tidaklah boleh terbang sedemikian lebih daripada tiga minit kecuali dengan
kebenaran secara bertulis daripada Ketua Pengarah dan mengikut apa-apa syarat
yang dikenakan sebagai syarat kebenaran itu diberikan.

(7) Bagi maksud subperaturan (6), "masa penerbangan" hendaklah dihitung


atas andaian bahawa helikopter itu terbang dalam udara tenang pada kelajuan
yang dinyatakan dalam perakuan keselamatan terbang yang berkuatkuasa
berkenaan dengan helikopter itu sebagai kelajuan untuk mematuhi peraturan
yang menentukan penerbangan di atas perairan
. - 1632 - P.U.(A) 139

(8) Tanpa menjejaskan subperaturan (3), suatu helikopter yang berkenaan


dengannya ada berkuatkuasa di bawah Peraturan-Peraturan ini suatu perakuan
keselamatan terbang yang menetapkan helikopter itu termasuk dalam Kumpulan
Prestasi A2 tidaklah boleh terbang di atas perairan bagi maksud pengangkutan
awam untuk lebih daripada lima belas minit semasa mana-mana penerbangan
melainkan jika ia dilengkapi dengan radas yang diluluskan oleh Ketua Pengarah
yang membolehkannya untuk mendarat di atas perairan dengan selamat.

(9) Walau apa pun subperaturan (1), suatu helikopter yang berkenaan
dengannya ada berkuatkuasa di bawah Peraturan-Peraturan ini suatu perakuan
keselamatan terbang yang menetapkan helikopter itu termasuk dalam Kumpulan
Prestasi A atau Kumpulan Prestasi A (Terhad) boleh terbang bagi maksud
pengangkutan awam mengikut berat dan kehendak-kehendak prestasi yang
berkaitan yang ditetapkan bagi helikopter yang ditetapkan dalam—

(a) Kumpulan Prestasi A (Terhad) dalam hal sesuatu helikopter yang


ditetapkan termasuk dalam Kumpulan Prestasi A Jika-

(i) jumlah berat maksimum yang dibenarkan bagi helikopter


itu kurang daripada 5,700 kilogram; dan
(ii) (ii) jumlah bilangan penumpang yang dibawa di dalam
helikopter itu tidak melebihi lima belas orang; atau

(b) Kumpulan Prestasi B jika—

(i) jumlah berat maksimum yang dibenarkan bagi helikopter


itu kurang daripada 2,730 kilogram; dan
(ii) jumlah bilangan penumpang yang dibawa di dalam
helikopter itu tidakmelebihi sembilan orang.

Bab 3: Ininima Mengendalikan Padang Terbang

MINIMA MENGENDALIKAN PADANG TERBANG BAGI KAPALUDARA MALAYSIA


52. (1) Pengendali tiap-tiap kapaludara yang baginya peraturan 47 terpakai
hendaklah mengadakan dan memasukkan ke dalam manual pengendalian
berhubungan dengan kapaludara itu apa-apa butir minima mengendalikan padang
terbang yang bersesuaian bagi-tiap padang terbang yang dimaksudkan untuk
berangkat atau pendaratan dan tiap-tiap padang terbang ganti:

Dengan syarat bahawa berhubungan dengan mana-mana penerbangan yang


adalah tidak praktik maklumat itu dimasukkan ke dalam manual pengendalian,
pengendali kapaludara tersebut hendaklah, sebelum bermulanya penerbangan,
menyebabkan diberikan secara bertulis kepada laksamana kapaludara itu apa-apa
butir mengenai minima mengendalikan padang terbang yang bersesuaian bagi
tiaptiap padang terbang yang dimaksudkan untuk berangkat atau pendaratan dan
tiap-tiap padang terbang ganti dan yang dihitung mengikut cara yang dinyatakan;
dan pengendali itu hendaklah menyebabkan sesalinan butir-butir tersebut
disimpan di suatu tempat diluar kapaludara itu bagi suatu tempoh minimum
selama tiga bulan.
. - 1633 - P.U.(A) 139

(2) Pengendali tiap-tiap kapaludara sedemikian hendaklah


memasukkan ke dalam manual pengendalian berhubungan dengan kapaludara itu
data dan arahan yang akan membolehkan laksamana kapaludara itu menghitung
minima mengendalikan padang terbang itu yang bersesuaian dengan padang
terbang yang penggunaannya tidak semunasabahnya dapat dijangkakan oleh
pengendali sebelum bermulanya penerbangan itu.

(3) Minima mengendalikan padang terbang yang dinyatakan tidaklah boleh,


berkenaan dengan mana-mana padang terbang, tidak kurang baiknya daripada
yang diisytiharkan oleh Ketua Pengarah bagi lapangan terbang itu, melainkan
jika Ketua Pengarah membenarkan sebaliknya secara bertulis.

(4) Dalam menetapkan minima mengendalikan padang terbang bagi maksud


peraturan ini, pengendali kapaludara itu hendaklah mengambil kira perkara yang
berikut—

(a) jenis, gaya laku dan ciri-ciri pengendalian kapaludara itu dan apa-apa
syarat relevan dalam perakuan keselamatan terbangnya;

(b) komposisi krewnya;-

(c) ciri-ciri fizikal padang terbang relevan itu dan keadaan sekelilingnya;

(d) dimensi landasan terbang yang dipilih untuk penggunaan; dan

(e) sama ada terdapat digunakan atau tidak di padang terbang relevan itu
apa-apa alat bantu, alat bantu pandang atau selainnya, untuk membantu
kapaludara dalam sua, pendaratan atau berlepas, yang adalah alat bantu
yang krew kapaludara itu dilatih dan dilengkapi untuk digunakan, sifat
apa-apa alat bantu sedemikian yang ada digunakan, dan prosedur bagi
sua, pendaratan dan berlepas yang boleh diterima pakai menurut ada
atau tidaknya alat bantu sedemikian,

dan hendaklah mengadakan, berhubungan dengan setiap landasan terbang yang


mungkin dipilih untuk digunakan, apa-apa minima mengendalikan padang
terbang yang bersesuaian dengan setiap hal keadaan yang dengan munasabahnya
boleh dijangkakan.

(5) Sesuatu kapaludara yang baginya peraturan 47 terpakai tidaklah boleh


memulakan penerbangan pada masa apabila—

(a) lelangit awan atau julat nampak landasan di padang terbang


berangkat adalah kurang daripada had minimum relevan yang
dinyatakan untuk berlepas; atau
(b) menurut maklumat yang terdapat pada laksamana kapaludara itu,
kapaludara itu tidak akan boleh, tanpa melanggar subperaturan (6),
mendarat di padang terbang destinasi yang dimaksudkan pada masa
ketibaan yang dijangkakan atau di mana-mana padang terbang ganti
pada bila-bila
. - 1634 - P.U.(A) 139

masa yang menurut jangkaan yang munasabah, kapaludara itu akan


tiba di sana.

(6) Sesuatu kapaludara yang baginya peraturan 47 terpakai apabila membuat


penurunan ke sesuatu padang terbang tidaklah boleh—

(a) turun di bawah 1,000 kaki di atas ketinggian padang terbang itu
jika julat nampak landasan relevan di padang terbang itu pada
masa itu adalah kurang daripada minimum yang dinyatakan bagi
pendaratan;

(b) meneruskan sua untuk mendarat di mana-mana padang terbang


dengan terbang di bawah had ketinggian turun relevan yang
dinyatakan; atau

(c) di bawah had minimum ketinggian turun yang berkenaan


melainkan jika dari ketinggian itu rujukan visual dinyatakan bagi
pendaratan ditetapkan dan dikekalkan.

(7) Jika, menurut maklumat yang ada, sesuatu kapaludara yang berkaitan
dengan mana-mana penerbangan yang dikehendaki oleh Jadual Kesebelas untuk
diterbangkan menurut Bahagian IVnya mengenai Kaedah-Kaedah Penerbangan
Alatan di padang terbang yang dimaksudkan untuk pendaratan, laksamana
kapaludara itu hendaklah meinilih, sebelum berlepas, suatu padang terbang ganti
melainkan jika tiada terdapat padang terbang yang sesuai bagi maksud itu.

(8) Dalam peraturan ini, "dinyatakan" ertinya, berhubungan dengan minima


mengendalikan padang terbang, butir-butir minima mengendalikan padang
terbang yang telah dinyatakan oleh pengendali dalam atau, yang dapat dipastikan
dengan merujuk kepada, manual pengendalian berhubungan dengan kapaludara
itu, atau yang diberikan secara bertulis kepada laksamana kapaludara itu oleh
pengendali mengikut proviso kepada subperaturan (1).

MINIMA MENGENDALIKAN PADANG TERBANG BAGI KAPALUDARAYANG TIDAK


DIDAFTARKAN DI MALAYSIA
53. (1) Sesuatu kapaludara pengangkutan awam yang didaftarkan di suatu
Negara selain daripada Malaysia tidaklah boleh terbang di Malaysia atau
melintasi Malaysia melainkan jika pengendalinya telah memberikan kepada
Ketua Pengarah apa-apa butir yang kehendakinya, dari semasa ke semasa,
berhubungan dengan minima padang terbang yang dinyatakan oleh pengendali
berhubungan dengan padang terbang di Malaysia bagi maksud menghadkan
penggunaanya oleh kapaludara itu untuk berlepas atau pendaratan, termasuklah
apa-apa arahan yang diberikan oleh pengendali berhubungan dengan minima
mengendalikan padang terbang itu. Kapaludara itu tidaklah boleh terbang di
Malaysia atau melintasi Malaysia melainkan jika pengendali telah membuat
pindaan atau tambahan kepada minima mengendalikan padang terbang yang
dinyatakan sedemikian dan mengikut apa-apa arahan yang diberikan
sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah bagi maksud memastikan
keselamatan kapaludara itu atau keselamatan, kecekapan atau ketetapan
penerbangan udara.
. - 1635 - P.U.(A) 139

(2) Kapaludara itu tidaklah boleh berlepas atau mendarat di suatu padang
terbang di Malaysia berlanggaran dengan minima mengendalikan padang terbang
yang dinyatakan atau arahan yang dinyatakan.

(3) Tanpa menjejaskan subperaturan (2), suatu kapaludara pengangkutan awam


yang didaftarkan di suatu Negara selain daripada Malaysia, apabila membuat
penurunan ke suatu padang terbang, tidaklah boleh turun di bawah 1,000 kaki di
atas ketinggian padang terbang itu jika julat nampak landasan yang relevan di
padang terbang itu adalah pada masa itu kurang daripada minimum yang
dinyatakan bagi pendaratan.

(4) Tanpa menjejaskan subperaturan (2), suatu kapaludara pengangkutan awam


yang didaftarkan di suatu Negara selain daripada Malaysia apabila membuat
penurunan ke sesuatu padang terbang, tidaklah boleh—

(a) meneruskan sua untuk mendarat di mana-mana padang terbang


dengan terbang di bawah ketinggian putus yang dinyatakan yang
relevan; atau

(b) turun di bawah ketinggian turun minimum yang dinyatakan yang


relevan;

melainkan jika dari ketinggian sedemikian rujukan visual yang dinyatakan bagi
pendaratan dapat ditetapkan dan dikekalkan.

(5) Bagi maksud peraturan ini, "dinyatakan" ertinya, berhubungan dengan


sesuatu kapaludara, dinyatakan oleh pengendali dalam, atau dapat dipastikan
dengan merujuk kepada, butir-butir yang dikemukakan oleh pengendali kepada
Ketua Pengarah menurut subperaturan (1).

MINIMA MENGENDALIKAN PADANG TERBANG BAGI KAPALUDARA BUKAN PENGANGKUTAN


AWAM
54. (1) Peraturan ini hendaklah terpakai bagi mana-mana kapaludara yang
bukan kapaludara pengangkutan awam.

(2) Sesuatu kapaludara yang baginya peraturan ini terpakai apabila membuat
penurunan di sesuatu padang terbang ke suatu landasan terbang yang berkenaan
dengannya terdapat prosedur sua alatan yang diberitahu hendaklah tidak turun di
bawah 1,000 kaki di atas ketinggian padang terbang jika julat nampak landasan
yang relevan bagi landasan terbang itu adalah pada masa itu kurang daripada
minimum yang dinyatakan bagi pendaratan.

(3) Sesuatu kapaludara yang baginya peraturan ini terpakai apabila membuat
penurunan ke sesuatu landasan terbang yang berkenaan dengannya terdapat
prosedur sua alatan yang diberitahu tidaklah boleh—

(a) meneruskan sua untuk mendarat atas landasan terbang sedemikian


dengan terbang di bawah ketinggian putus yang dinyatakan yang
relevan; atau
. - 1636 - P.U.(A) 139

(b) turun di bawah ketinggian minimum yang dinyatakan yang


relevan,

melainkan jika dalam mana-mana hal itu, rujukan visual yang dinyatakan bagi
pendaratan dapat ditentukan dari ketinggian sedemikian dan dikekalkan.

(4) Dalam peraturan ini, "dinyatakan" ertinya, berhubungan dengan minima


mengendalikan padang terbang, apa-apa butir mengenai minima mengendalikan
padang terbang sebagaimana yang telah diberitahu berkenaan dengan padang
terbang itu atau jika minima mengendalikan padang terbang yang relevan belum
diberitahu, apa-apa minima yang dapat dipastikan dengan merujuk kepada cara
yang diberitahu bagi menghitung minima pengendalian padang terbang.

Bab 4: Penjalanan Pengendalian


TINDAKAN PRA-PENERBANGAN OLEH LAKSAMANA KAPALUDARA
55. Laksamana sesuatu kapaludara Malaysia hendaklah memuaskan hatinya
sebelum kapaludara itu berlepas-

(a) bahawa penerbangan itu boleh dilakukan dengan selamat, dengan


mengambil kira maklumat terbaru yang boleh didapati tentang laluan
dan padang terbang yang akan digunakan, laporan dan ramalan cuaca
yang boleh didapati, dan apa-apa hal tindakan alternatif yang boleh
diambil jika penerbangan itu tidak dapat disempurnakan seperti yang
dirancangkan;

(b) sama ada—

(i) kelengkapan, termasuklah kelengkapan radio, yang


dikehendaki oleh atau di bawah Peraturan-Peraturan ini untuk
dibawa dalam hal keadaan penerbangan yang dimaksudkan
adalah dibawa dan berada dalam keadaan yang baik untuk
diguna; atau
(ii) penerbangan itu boleh dimulakan di bawah dan mengikut
terma kebenaran yang telah diberikan kepada pengendali
menurut peraturan 34;

(c) kapaludara itu adalah dalam segala segi sesuai untuk penerbangan
yang di maksudkan, dan jika perakuan kajian semula penyenggaraan
dikehendaki oleh subperaturan 28 (1) untuk berkuatkuasa, perakuan
itu adalah berkuatkuasa dan tidak akan terhenti kuatkuasanya semasa
penerbangan yang dimaksudkan itu;

(d) muatan yang dibawa oleh kapaludara itu adalah sedemikian beratnya,
dan dibahagikan dan disimpan dengan selamatnya, yang ianya boleh
dibawa dengan selamat dalam penerbangan yang dimaksudkan itu;

(e) dalam hal mesin terbang atau pesawat udara, bahawa bahan api,
minyak dan bahan pendingin enjin, jika dikehendaki, yang
mencukupi dibawa bagi penerbangan
. - 1637 - P.U.(A) 139

yang dimaksudkan, dan, bahawa suatu jidar selamat telah


diambilkira bagi kontingensi, dan, dalam hal sesuatu penerbangan
bagi maksud pengangkutan awam, arahan dalam manual
pengendalian berhubung dengan bahan api, minyak dan bahan
pendingin enjin telah dipatuhi;

(f) dalam hal pesawat udara atau belon, balast yang mencukupi dibawa
bagi penerbangan yang dimaksudkan;

(g) dalam hal mesin terbang, bahawa, dengan mengambil kira prestasi
mesin terbang itu dalam keadaan yang dijangka dalam penerbangan
yang dimaksudkan itu, dan dengan mengambil kira apa-apa halangan
di tempat berangkat dan destinasi yang dimaksudkan dan laluan yang
dimaksudkan, mesin terbang itu berupaya untuk berlepas dengan
selamat, sampai pada dan mengekalkan ketinggian yang selamat
selepas itu, dan melakukan pendaratan yang selamat di tempat
destinasi yang dirancangkan; dan

(h) apa-apa sistem pemeriksaan sebelum pra-penerbangan yang telah


diadakan oleh pengendali dan dinyatakan dalam manual
pengendalian atau di tempat lain telah dipatuhi oleh setiap anggota
krew kapaludara itu..

JURUTERBANG HENDAKLAH BERADA DI ATAS KAWALAN


56.(1) Laksamana sesuatu kapaludara Malaysia, yang adalah mesin terbang atau
glider, hendaklah menyebabkan seorang juruterbang berada di alat kawalan pada
setiap masa semasa kapaludara itu dalam penerbangan. Jika kapaludara itu
dikehendaki oleh atau di bawah Peraturan-Peraturan ini untuk membawa dua
orang juruterbang, laksamana itu hendaklah menyebabkan kedua-dua orang
juruterbang itu untuk berada di alat kawalan semasa berlepas dan mendarat. Jika
kapaludara itu membawa dua atau lebih juruterbang, sama ada ia dikehendaki
untuk berbuat demikian atau tidak, dan terlibat dalam suatu penerbangan bagi
maksud pengangkutan awam penumpang laksamana itu hendaklah berada di alat
kawalan semasa berlepas dan mendarat.

(2) Setiap juruterbang yang berada di alat kawalan hendaklah dikancing


selamat pada tempat duduknya sama ada oleh tali keledar dengan atau tanpa satu
tali pengikat bahu pepenjuru, atau suatu abah-abah keselamatan kecuali semasa
berlepas dan mendarat suatu tali keledar dengan atau tanpa satu tali pengikat
bahu pepenjuru, atau suatu abah-abah keselamatan hendaklah dipasang jika ia
dikehendaki dibekalkan di bawah peraturan 32.

TUGAS-TUGAS LAKSAMANA
57. (1) Laksamana sesuatu kapaludara Malaysia hendaklah mengambil semua
langkah yang munasabah bagi memastikan—

(a) sebelum kapaludara itu berlepas bagi mana-mana penerbangan,


kesemua penumpang dibiasakan dengan kedudukan dan cara
menggunakan pintu kecemasan, tali keledar, dengan tali pengikat bahu
pepenjuru, jika dikehendaki untuk dibawa, abah-abah keselamatan dan,
jika dikehendaki dibawa, kelengkapan oksigen dan jaket.
. - 1638 - P.U.(A) 139

keselamatan dan kesemua alat lain yang dikehendaki oleh atau di


bawah Peraturan-Peraturan ini dan dimaksudkan untuk digunakan oleh
penumpang secara individu dalam hal sesuatu kecemasan yang berlaku
pada kapaludara itu; dan

(b) dalam sesuatu kecemasan, kesemua penumpang adalah diarahkan


mengambil tindakan kecemasan yang mereka patut ambil.

(2) Berhubungan dengan penerbangan bagi maksud pengangkutan awam


penumpang oleh kapaludara Malaysia, laksamana kapaludara itu hendaklah—

(a) (i) jika kapaludara itu bukan kapal terbang laut tetapi dimaksudkan
dalam perjalanan penerbangannya untuk sampai ke suatu tempat
dalam lebih daripada tiga puluh minit masa penerbangan, semasa
terbang di udara tenang pada kelajuan yang dinyatakan dalam
perakuan keselamatan terbang yang relevan sebagai kelajuan
bagi mematuhi peraturan mengenai penerbangan di atas air, dari
daratan yang terdekat, mengambil semua langkah yang
munasabah untuk memastikan bahawa sebelum berlepas, semua
penumpang diberikan tunjukcara tentang cara menggunakan
jaket keselamatan yang dikehendaki oleh Peraturan- Peraturan
ini untuk kegunaan penumpang;

(ii) jika kapaludara itu bukan kapal terbang laut tetapi dikehendaki
oleh peraturan 39 untuk membawa pelayan kabin, mengambil
semua langkah yang munasabah bagi memastikan bahawa,
sebelum kapaludara itu berlepas bagi sesuatu penerbangan—

(aa) yang dimaksudkan untuk bergerak melewati jarak


meluncur dari daratan; atau

(bb) di mana sekiranya berlaku apa-apa kecemasan semasa


berlepas atau semasa pendaratan di destinasi yang
dimaksudkan atau mana-mana destinasi ganti yang
mungkin dimaksudkan, adalah berkemungkinan
munasabah bahawa kapaludara itu akan terpaksa
mendarat di atas air, semua penumpang diberikan
tunjukcara tentang cara menggunakan jaket keselamatan
yang dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan ini bagi
kegunaan penumpang kecuali jika keperluan untuk
memberikan tunjukcara sedemikian hanya berbangkit
kerana adanya kemungkinan yang munasabah bahawa
kapaludara itu akan terpaksa mendarat di atas air di satu
atau lebih destinasi ganti yang mungkin ditujui itu,
tunjukcara
. - 1639 - P.U.(A) 139

itu tidaklah perlu diberikan sehingga selepas keputusan


telah dibuat untuk menyimpang ke destinasi yang
sedemikian;

(b) jika kapaludara itu adalah suatu kapal terbang laut, mengambil
semua langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa sebelum
kapaludara itu berlepas, semua penumpang diberikan tunjukcara
tentang cara menggunakan kelengkapan yang disebuikan dalam
perenggan (a);

(c) sebelum kapaludara berlepas, dan sebelum ia mendarat, mengambil


semua langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa krew
kapaludara itu dikancing selamat dengan sewajarnya di tempat
duduk mereka dan bahawa semua orang yang dibawa dengan
mematuhi peraturan 39(6) dikancing selamat di tempat duduk yang
hendaklah terletak di petak penumpang dan yang hendaklah
sedemikian kedudukannya supaya krew kapaludara itu mudah
membantu penumpang;

(d) sebelum kapaludara itu berlepas, dan sebelum ia mendarat, dan pada
bila-bila masa disebabkan oleh udara yang bergelora atau apa-apa
kecemasan yang berlaku semasa penerbangan, dia berpendapat
langkah beringat-ingat adalah perlu—

(i) mengambil semua langkah yang munasabah bagi


memastikan bahawa kesemua penumpang berumur dua
tahun ke atas dikancing selamat dengan sewajarnya di
tempat duduk mereka dengan tali keledar, dsngan tali
pengikat bahu pepenjuru, jika dikehendaki dibawa, atau
abah-abah keselamatan dan bahawa kesemua
penumpang di bawah umur dua tahun dikancing selamat
dengan sewajarnya dengan menggunakan alat pengekang
kanak-kanak; dan
(ii) mengambil semua langkah yang munasabah bagi
memastikan benda bagasi di petak penumpang yang dia
dengan munasabah sepatutnya, menurut saiz, berat dan
jenisnya, hendaklah disimpan dengan selamat dengan
sewajarnya telah disimpan dengan selamat dengan
sewajarnya dan, dalam hal sesuatu kapaludara yang
boleh memuatkan lebih daripada tiga puluh penumpang,
bahawa bagasi sedemikian disimpankan di ruang
simpanan petak penumpang yang diluluskan oleh Ketua
Pengarah bagi maksud itu;
(e) kecuali dalam hal yang tekanan udara melebihi 700 milibar
dikekalkan dalam semua petak penumpang dan krew sepanjang
penerbangan, mengambil segala langkah yang munasabah untuk
memastikan bahawa

(i) sebelum kapaludara itu sampai ke aras penerbangan 100,


cara menggunakan oksigen yang disediakan
. - 1640 - P.U.(A) 139

dalam kapaludara itu menurut kehendak peraturan 32


ditunjukcarakan kepada kesemua penumpang;

(ii) apabila terbang melebihi aras penerbangan 120, kesemua


penumpang dan pelayan kabin disyorkan penggunakan
oksigen; dan

(iii) pada bila-bila masa apabila kapaludara itu terbang


melebihi aras penerbangan 130, kesemua penumpang dan
krew kapaludara itu hendaklah menggunakan oksigen.

(3) Laksamana mana-mana kapaludara yang terbang di Malaysia atau


melintasi Malaysia adalah secara langsung bertanggungjawab bagi,
dan adalah pihak berkuasa muktamad mengenai, pengendalian
kapaludara itu.

PENGENDALIAN RADIO DALAM KAPALUDARA


58. (1) Stesen radio dalam sesuatu kapaludara tidaklah boleh dikendalikan sama
ada kapaludara itu dalam penerbangan atau kapaludara tidak, kecuali mengikut
syarat lesen yang dikeluarkan berhubungan dengan stesen itu di bawah
undang-undang Negara di mana kapaludara itu didaftarkan, dan oleh seseorang
yang dilesenkan dengan sewajarnya atau sebaliknya dibenarkan untuk
mengendalikan kelengkapan radio itu di bawah undang-undang itu atau
Peraturan-Peraturan ini.

(2) Apabila sesuatu kapaludara berada dalam penerbangan dalam apa-apa hal
keadaan yang adalah dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan ini dilengkapi dengan
kelengkapan perhubungan radio, awasan radio terus hendaklah disenggarakan
oleh seorang anggota krew penerbangan dengan mendengar isyarat yang
dipancarkan pada frekuensi yang diberitahu, atau yang ditetapkan oleh suatu
perutusan yang diterima daripada sesuatu stesen radio aeronautik, bagi kegunaan
kapaludara itu:
Dengan syarat bahawa—
(a) awasan radio itu boleh diberhentikan atau diteruskan pada
frekuensi yang lain sehingga takat yang dibenarkan oleh perutusan
tersebut atau atas sebab keselamatan; dan
(b) awasan itu boleh dilakukan oleh sesuatu alat yang dipasang dalam
kapaludara itu jika—

(i) stesen radio aeronautik yang berkenaan telah diberitahu


tentang hal itu dan telah tidak membangkitkan apa-apa
bantahan; dan
(ii) stesen itu diberitahu, dalam hal sesuatu stesen yang terletak
di Negara lain, yang sebaliknya telah ditetapkan sebagai
memancarkan isyarat yang sesuai bagi maksud itu.
(3) Stesen radio dalam sesuatu kapaludara hendaklah tidak dikendalikan
sehingga menyebabkan gangguan yang boleh menjejaskan kecekapan
telekomunikasi aeronautik atau perkhidmatan pandu arah,
. - 1641 - P.U.(A) 139

dan terutamanya pemancaran hendaklah tidak dibuat kecuali seperti berikut:

(a) pemancaran yang terletak dalam kelas dan pada frekuensi yang pada
masa itu digunakan, menurut amalan am aeronautik antarabangsa, di
ruang udara di mana kapaludara itu sedang terbang;

(b) perutusan dan isyarat kecemasan, yang memerlukan tindakan segera


dan keselamatan, menurutamalan am aeronautik antarabangsa;

(c) perutusan dan isyarat berhubung dengan penerbangan kapaludara itu,


menurut amalan am aeronautik antarabangsa; atau

(d) apa-apa perutusan awam sebagaimana yang dibenarkan oleh atau di


bawah lesen stesen radio kapaludara yang disebutkan dalam
subperaturan (1).

(4) Dalam mana-mana kapaludara Malaysia yang sedang dalam penerbangan


bagi maksud pengangkutan awam, juruterbang dan jurutera penerbangan, jika
ada, tidaklah boleh menggunakan mikrofon pegang-tangan, sama ada bagi
maksud perhubungan radio atau perhubungan dalaman dalam kapaludara itu,
ketika kapaludara itu sedang terbang di ruang udara terkawal di bawah aras
penerbangan 150 atau ketika berlepas atau mendarat.

PRESTASI PANDU ARAH MINIMUM


59. (1) Sesuatu kapaludara Malaysia tidaklah boleh terbang di ruang udara yang
dinyatakan oleh Ketua Pengarah bagi maksud Pma.nnd.muamah peraturan ini
melainkan jika-

(a) ia dilengkapi dengan sistem pandu arah yang membolehkannya


mengekalkan kebolehan prestasi pandu arah yang ditetapkan;

(b) sistem pandu arah yang dikehendaki oleh perenggan (a) diluluskan
oleh Ketua Pengarah dan dipasang dan disenggarakan mengikut
cara yang diluluskan oleh Ketua Pengarah;

(c) prosedur mengendali bagi sistem pandu arah yang dikehendaki


oleh perenggan (a) diluluskan oleh Ketua Pengarah; dan

(d) kelengkapan itu dike ndalikan men urut pro sed ur y ang diluluskan
semasa kapaludara itu sedang terbang di ruang udara tersebut.

PENGGUNAAN SISTEM RAKAMAN PENERBANGAN DAN PENYIMPANAN KEKAL REKOD


60. (1) Dalam mana-mana penerbangan yang suatu alat perakam data
penerbangan atau alat perakam suara kokpit atau gabungan alat perakam data
penerbangan dengan alat perakam suara kokpit adalah dikehendaki oleh butiran
(4),(5),(6) atau (7) perenggan 4 Jadual Kelima untuk dibawa di dalam sesuatu
kapal terbang, ia hendaklah sentiasa digunakan dari permulaan larian berlepas
sehingga ke larian pendaratan berakhir.
. - 1642 - P.U.(A) 139

(2) Pengendali kapal terbang hendaklah, pada setiap masa, tertakluk kepada
peraturan 86, menyimpan kekal—
(a) rakaman sepanjang dua puluh lima jam yang lalu yang dibuat oleh
mana-mana alat perakam data penerbangan yang dikehendaki oleh atau
di bawah Peraturan-Peraturan ini dibawa di dalam sesuatu kapal
terbang; dan
(b) suatu rekod yang tidak kurang daripada satu penerbangan representatif,
iaitu, sesuatu penerbangan yang dibuat sepanjang tempoh dua belas
bulan yang lalu yang termasuklah berlepas, mendaki jajap, menurun,
sua untuk mendarat dan pendaratan, bersama-sama dengan cara untuk
mengenalpasti rekod itu dengan penerbangan yang berhubungan
dengannya,
dan rekod itu hendaklah disimpankekal bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang
diarahkan oleh Ketua Pengarah dalam sesuatu kes tertentu.
(3) Dalam mana-mana penerbangan di mana alat perakam data penerbangan
atau alat perakam suara kokpit atau gabungan alat perakam data penerbangan
dengan alat perakam suara kokpit yang dikehendaki oleh perenggan 4 Jadual
Kelima untuk dibawa di dalam sesuatu helikopter, ia hendaklah sentiasa
digunakan dari masa rotor pertama kali berpusing bagi maksud berlepas sehingga
rotor itu berikutnya berhenti.
(4) Pengendali helikopter itu hendaklah pada setiap masa, tertakluk kepada
peraturan 86, menyimpan kekal—
(a) rakaman sepanjang lapan jam yang lalu yang dibuat oleh
mana-mana alat perakam data penerbangan yang dinyatakan dalam
butiran (i) atau (ii) Skala SS perenggan 5 Jadual Kelima dan yang
dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan ini untuk dibawa di dalam
helikopter itu;
(b) dalam hal suatu gabungan perakam data penerbangan dengan alat
perakam suara kokpit yang dinyatakan dalam butiran (iii) Skala SS
dan yang dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan ini untuk dibawa di
dalam sesuatu helikopter, salah satu daripada yang berikut—
(i) rakaman sepanjang lapan jam yang lalu; atau
(ii) rakaman sepanjang lima jam yang lalu atau selama tempoh
penerbangan yang terakhir, mengikut mana-mana yang lebih
panjang, bersama-sama dengan tempoh rakaman tambahan
bagi sama ada—
(aa) tempoh yang sebelum sahaja rakaman sepanjang lima
jam yang lalu atau selama tempoh penerbangan yang
terakhir, mengikut mana-mana yang lebih panjang;
atau
(bb) apa-apa tempoh sebagaimana Ketua Pengarah benarkan
dalam mana-mana kes tertentu atau kelas kes atau
secara am.
. - 1643 - P.U.(A) 139

(5) Rakaman tambahan yang dikekalkan mengikut butiran (4)(b)(ii)(aa) dan


(bb), bersama-sama dengan rakaman yang dikehendaki dikekalkan mengikut
subperenggan (4)(b)(ii), hendaklah berjumlah suatu tempoh sepanjang lapan jam
dan hendaklah dikekalkan mengikut perkiraan yang diluluskan oleh Ketua
Pengarah.

(6) Sesuatu kelulusan yang diberikan oleh Ketua Pengarah bagi maksud
peraturan ini hendaklah secara bertulis dan boleh tertakluk kepada apa-apa syarat
yang difikirkan patut Ketua Pengarah.

Bab 5: Peruntukan Am
PENARIKAN GLIDER
61. (1) Sesuatu kapaludara dalam penerbangan tidaklah boleh menarik sesuatu
glider melainkan perakuan keselamatan terbang yang dikeluarkan atau dijadikan
sah berkenaan dengan kapaludara penarik itu di bawah undang-undang Negara di
mana kapaludara tersebut didaftarkan memasukkan suatu peruntukan nyata
bahawa ia boleh digunakan bagi maksud itu.

(2) Panjangnya gabungan kapaludara penarik, tali penarik dan glider itu
dalam penerbangan hendaklah tidak melebihi 150 meter.

(3) Laksamana sesuatu kapaludara yang sedang bersedia untuk menarik


sesuatu glider hendaklah memuaskan hatinya, sebelum kapaludara penarik itu
berlepas—

(a) bahawa tali penarik itu berada dalam keadaan baik dan mempunyai
kekuatan yang mencukupi bagi maksud itu, dan bahawa gabungan
kapaludara penarik dan glider itu, setelah mengambil kira
prestasinya dalam keadaan yang dijangkakan dalam penerbangan
yang dimaksudkan itu dan apa-apa halangan di tempat berangkat
dan pada laluan yang dimaksudkan, berkemampuan berlepas
dengan selamat, sampai dan mengekalkan suatu ketinggian yang
selamat di mana gabungan itu boleh dipisahkan dan selepas itu
kapaludara penarik boleh membuat pendaratan yang selamat di
destinasi yang dirancangkan;

(b) bahawa isyarat itu telah dipersetujui dan komunikasi telah


diwujudkan dengan orang yang ditugaskan di tempat yang sesuai
bagi membolehkan glider itu berlepas dengan selamat;

(c) bahawa isyarat kecemasan telah dipersetujui antara laksamana


kapaludara penarik dengan laksamana glider, untuk digunakan,
masing-masingnya, oleh laksamana kapaludara penarik bagi
menunjukkan bahawa penarikan itu segera dilepaskan oleh glider,
dan oleh laksamana glider untuk menunjukkan bahawa penarikan
itu tidak dapat dilepaskan.

(4) Glider itu hendaklah disambungkan ke kapaludara penarik dengan tali


penarik sebelum kapaludara itu berlepas.
. - 1644 - P.U.(A) 139

MENARIK, MENGANGKAT DAN MENAIKKAN ORANG, BINATANG ATAU ARTIKEL


62.(1) Tertakluk kepada peraturan ini, sesuatu kapaludara dalam penerbangan
tidaklah boleh, dengan alat di luar kapaludara itu, menarik apa-apa artikel selain
daripada glider, atau mengangkat atau menaikkan mana-mana orang, binatang
atau artikel, melainkan perakuan keselamatan terbang yang dikeluarkan atau
dijadikan sah berkenaan dengan kapaludara itu di bawah undang-undang Negara
di mana kapaludara itu didaftarkan memasukkan suatu peruntukan nyata bahawa
ia boleh digunakan bagi maksud itu.

(2) Sesuatu kapaludara tidaklah boleh melancarkan atau mengangkat tali


penarik, kain rentang atau artikel yang seumpamanya selain daripada di sesuatu
padang terbang.

(3) Sesuatu kapaludara dalam penerbangan tidaklah boleh menarik apa-apa


artikel selain daripada glider, pada waktu malam atau apabila kebolehlihatan
penerbangan adalah kurang daripada 1 batu nautika atau 1.6 kilometer.

(4) Panjang gabungan kapaludara penarik, tali penarik dan artikel yang
ditarik tidaklah boleh melebihi I5O meter.

(5) Sesuatu helikopter tidaklah boleh terbang pada apa-apa ketinggian di atas
kawasan sesak di sesuatu bandaraya, bandar atau penempatan pada bila-bila masa
apabila mana-mana orang, binatang atau artikel tergantung dari helikopter itu.

(6) Tiada penumpang boleh dibawa di dalam sesuatu helikopter pada


bila-bila masa apabila mana-mana orang, binatang atau artikel yang tergantung
darinya, selain daripada penumpang yang mempunyai tugas untuk dilakukan
berkaitan dengan orang, binatang atau artikel itu atau penumpang yang telah
diangkat atau dinaikkan dengan cara di luar daripada helikopter itu atau
penumpang, yang dimaksudkan itu, akan diturunkan ke perrnukaan bumi dengan
cara itu.

(7) Tiada apa jua dalam peraturan ini—

(a) melarang penarikan dengan cara yang munasabah oleh sesuatu


kapaludara dalam penerbangan apa-apa aerial radio, apa-apa alatan
yang digunakan untuk maksud ujian, atau apa-apa isyarat, radas atau
artikel yang dikehendaki atau dibenarkan oleh atau di bawah
Peraturan-Peraturan ini ditarik atau dipamer oleh sesuatu kapaludara
dalam penerbangan

(b) melarang mengangkat atau menaikkan mana-mana orang, binatang


atau artikel dalam sesuatu kecemasan atau bagi maksud
menyelamatkan nyawa;

(c) terpakai bagi mana-mana kapaludara ketika ia sedang terbang


menurut "Syarat-syarat B" yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;

(d) disifatkan sebagai membenarkan penarikan atau mengangkat sesuatu


glider selain daripada menurut peraturan 61.
. - 1645 - P.U.(A) 139

63. (1) Sesuatu binatang atau artikel, sama ada disambungkan kepada payung
terjun atau tidak, tidaklah boleh digugurkan, atau dibenarkan digugurkan, dari
sesuatu kapaludara dalam penerbangan sehingga membahayakan orang atau harta
benda di permakaan bumi.

(2) Kecuali di bawah dan mengikut terma perakuan aplikasi aerial yang
diberikan di bawah peraturan 65, binatang atau artikel sama ada disambungkan
kepada payung terjun atau tidak, tidaklah boleh digugurkan, atau dibenarkan
digugurkan, ke permukaan bumi dari kapaludara yang terbang melintasi
Malaysia:

Dengan syarat bahawa subperaturan ini tidaklah boleh terpakai bagi


pengguguran artikel oleh, atau dengan kuasa, laksamana kapaludara dalam
mana-mana hal keadaan yang berikut—

(a) pengguguran artikel bagi maksud menyelamatkan nyawa;

(b) pembuangan, dalam kes kecemasan, bahan api atau artikel lain di
dalam kapaludara;

(c) pengguguran balast dalam bentuk pasir halus atau air;

(d) pengguguran artikel semata-mata bagi maksud memandu arah


kapaludara mengikut amalan biasa atau PeraturanPeraturan ini;

(e) pengguguran di sesuatu padang terbang apa-apa tali penarik,kain


rentang atau artikel yang seumpamanya yang ditarik oleh
kapaludara itu;

(f) pengguguran artikel bagi maksud kesihatan awam atau sebagai


langkah menghadapi keadaan cuaca, permukaan berair batu atau
pencemaran ininyak, atau bagi latihan dalam pengguguran anikel
bagi apa-apa maksud sedemikian, jika artikel itu digugurkan
dengan kebenaran Ketua Pengarah dan mengikut apa-apa syarat
yang pemberian kebenaran itu tertakluk; atau

(g) pengguguran penunjuk aliran angin bagi maksud membolehkan


penurunan dengan payung terjun dilakukan jika penunjuk aliran
angin digugurkan dengan kebenaran Ketua Pengarah dan mengikut
apa-apa syarat yang pemberian kebenaran itu tertakluk.

(3) Bagi maksud peraturan ini, "pengguguran" termasuklah pelancaran


dan penurunan.

(4) Tiada apa jua dalam peraturan ini boleh melarang penurunan apa-apa
binatang atau artikel dari helikopter ke permukaan bumi, jika perakuan
keselamatan terbang yang dikeluarkan atau dijadikan sah berkenaan dengan
helikopter itu di bawah undang-undang Negara di mana ia didaftarkan
memasukkan peruntukan nyata bahawa ia boleh digunakan bagi maksud itu.
. - 1646 - P.U.(A) 139

PENGGUGURAN ORANG
64. (1) Seseorang tidak boleh menggugurkan, digugurkan atau membenarkan
digugurkan ke permukaan bumi atau terjun dari sesuatu kapaludara yang terbang
melintasi Malaysia kecuali di bawah dan mengikut terma sesuatu kebenaran
bertulis yang diberikan oleh Ketua Pengarah di bawah peraturan ini.

(2) Bagi maksud peraturan ini, "pengguguran" termasuklah pelancaran dan


penurunan.

(3) Walau apa pun kebenaran yang diberikan di bawah subperatuan (1),
seseorang tidak boleh menggugurkan, digugurkan atau membenarkan digugurkan
daripada sesuatu kapaludara sehingga membahayakan mana-mana orang atau
harta benda di permukaan bumi.

(4) Sesuatu kapaludara tidaklah boleh digunakan bagi maksud


menggugurkan orang melainkan jika perakuan keselamatan terbang yang
dikeluarkan atau dijadikan sah berkenaan dengan kapaludara itu di bawah
undang-undang Negara di mana kapaludara itu didaftarkan memasukkan suatu
peruntukan nyata bahawa ia boleh digunakan bagi maksud itu dan kapaludara itu
dikendalikan mengikut kebenaran bertulis yang diberikan oleh Ketua Pengarah di
bawah Peraturan-Peraturan ini.

(5) Tiap-tiap pemohon bagi dan tiap-tiap pemegang sesuatu kebenaran


hendaklah menyediakan untuk Ketua Pengarah, jika dikehendaki berbuat
demikian, manual terjun berpayung dan hendaklah membuat pindaan atau
tambahan kepada manual itu seperti yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
Pemegang sesuatu kebenaran hendaklah menyediakan untuk tiap-tiap pekerja
atau orang yang terlibat atau mungkin terlibat dalam aktiviti terjun berpayung
yang dianjurkan olehnya, manual yang hendaklah mengandungi segala maklumat
dan arahan yang perlu untuk membolehkan pekerja atau orang itu menjalankan
tugasnya.

(6) Tiada apa jua dalam peraturan ini boleh terpakai bagi penurunan orang
dengan payung terjun dari sesuatu kapaludara dalam sesuatu kecemasan.

(7) Tiada apa jua dalam peraturan ini melarang penurunan mana-mana orang
dalam sesuatu kecemasan atau bagi maksud menyelamatkan nyawa.

(8) Tiada apa jua dalam peraturan ini melarang penurunan mana-mana orang
dari helikopter ke permukaan bumi, jika perakuan keselamatan terbang yang
dikeluarkan atau dijadikan sah berkenaan dengan helikopter itu di bawah
undang-undang Negara di mana ia didaftarkan memasukkan peruntukan nyata
bahawa ia boleh digunakan bagi maksud itu.
PENGELUARAN PERAKUAN APLIKASI KEUDARAAN
65.(1) Sesuatu kapaludara tidaklah boleh digunakan untuk menggugurkan artikel
bagi maksud pertanian, hortikultur atau perhutanan atau untuk latihan
menguggurkan artikel bagi mana-
. - 1647 - P.U.(A) 139

mana maksud yang sedemikian, kecuali di bawah dan mengikut terma suatu
perakuan aplikasi keudaraan yang diberikan kepada pengendali kapaludara itu di
bawah subperaturan (2).

(2) Ketua Pengarah boleh memberi kepada mana-mana orang yang memohon
untuk suatu perakuan aplikasi keudaraan jika dia berpuas hati bahawa orang itu
adalah seorang yang layak untuk memegang perakuan itu dan kompeten, setelah
mengambil kira terutamanya tentang kelakuannya dahulu dan pengalamannya,
kelengkapan, organisasi, kakitangannya dan perkiraan lain, untuk memastikan
pengendalian yang selamat kapaludara yang dinyatakan dalam perakuan itu bagi
maksud yang dinyatakan dalam subperaturan (1). Perakuan itu boleh diberikan
tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Ketua
Pengarah termasuk, tanpa menjejaskan keluasan makna peruntukan sebelum ini,
syarat bagi memastikan kapaludara itu dan apa-apa artikel yang digugurkan
darinya tidak membahayakan orang atau harta benda di dalam kapaludara itu atau
di mana-mana tempat lain dan hendaklah, tertakluk kepada peraturan 87, terus
berkuatkuasa untuk tempoh yang dinyatakan dalam perakuan itu.

(3) Tiap-tiap pemohon bagi dan tiap-tiap pemegang perakuan aplikasi


keudaraan hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pengarah apabila membuat
permohonan dan kepada tiap-tiap anggota kakitangan pengendaliannya apabila
perakuan itu diberikan, suatu manual aplikasi keudaraan yang hendaklah
mengandungi segala maklumat dan arahan sebagaimana yang perlu untuk
membolehkan kakitangan pengendalian itu menjalankan tugas mereka.
Pemegang sesuatu perakuan hendaklah membuat apa-apa pindaan atau tambahan
kepada manual itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

(4) Bagi maksud peraturan ini, "kakitangan pengendalian" mempunyai erti


yang diberikan kepadanya dalam subperaturan 47(5).

PEMBAWAAN SENJATA DAN SENJATA PERANG


66. (1) Sesuatu kapaludara tidak boleh membawa apa-apa senjata perang
melainkan jika—

(a) senjata perang tersebut dibawa dengan kebenaran bertulis Ketua


Pengarah dan mengikut apa-apa syarat yang berkaitan dengannya;
dan

(b) laksamana kapaludara itu diberitahu secara bertulis oleh


pengendali sebelum penerbangan bermula tentang jenis, berat atau
kuantiti dan lokasi senjata perang tersebut di dalam kapaludara itu
atau yang tergantung di bawah kapaludara itu dan apa-apa syarat
dalam kebenaran yang diberikan oleh Ketua Pengarah.

(2) Walau apa pun subperaturan (1), adalah menyalahi undang-undang bagi
sesuatu kapaludara untuk membawa apa-apa senjata atau senjata perang dalam
mana-mana petak atau radas yang kepadanya penumpang mempunyai akses.
. - 1648 - P.U.(A) 139

(3) Adalah salah di sisi undang-undang bagi seseorang membawa atau ada
dalam milikannya, atau mengangkut atau menyebabkan diangkut ke dalam
sesuatu kapaludara, menggantung atau menyebabkan digantung di bawah sesuatu
kapaludara atau menghantar serah atau menyebabkan dihantar serah untuk
dibawa di atasnya apa-apa senjata atau senjata perang melainkan jika—

(a) senjata atau senjata perang itu—

(i) adalah sama ada sebahagian daripada bagasi seseorang


penumpang kapaludara itu atau yang dikirimkan sebagai
kargo untuk dibawa di dalam kapaludara itu;

(ii) dibawa di dalam suatu bahagian kapaludara itu, atau di


dalam mana-mana radas yang disangkut kepada kapaludara
itu yang penumpang tiada akses kepadanya; dan

(iii) dalam hal sesuatu senjata api, ianya tidak berisi peluru;

(b) butir-butir mengenai senjata atau senjata perang itu telah diberi
oleh penumpang itu atau oleh konsinor kepada pengendali sebelum
penerbangan itu bermula; dan

(c) tanpa menjejaskan subperaturan (1), pengendali mempersetujui


kepada pembawaan senjata atau senjata perang tersebut oleh
kapaludara itu.

(4) Tiada apa jua dalam peraturan ini boleh terpakai bagi apa-apa senjata atau
senjata perang yang diangkut atau dibawa di dalam kapaludara yang didaftarkan
di suatu Negara selain daripada Malaysia, jika senjata atau senjata perang itu
boleh, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah undang-undang Negara
di mana kapaludara itu didaftarkan, adalah sah di sisi undang-undang diangkut
atau dibawa di dalam kapaludara itu bagi maksud memastikan keselamatan
kapaludara itu atau orang yang berada di dalamnya.

(5) Bagi maksud peraturan ini, "senjata perang" ertinya apa-apa senjata,
amunisi atau barang yang mengandungi bahan letupan atau apa-apa cecair
beracun, gas atau benda lain yang direkabentuk atau dibuat bagi kegunaan dalam
peperangan atau terhadap orang, termasuklah bahagian-bahagian, sama ada
komponen atau alat tambahan, bagi senjata, amunisi atau barang tersebut.
PEMBAWAAN BARANG BERBAHAYA
67. (1) Tertakluk kepada subperaturan (2) hingga (8), peruntukanperuntukan
Aneks 18 yang relevan dan Arahan-Arahan Teknikal ICAO bagi Pengangkutan
Barang-Barang Berbahaya Melalui Udara (selepas ini disebut sebagai
"Arahan-Arahan Teknikal"), sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa,
hendaklah terpakai bagi pengangkutan barang-barang berbahaya di dalam
kapaludara ke, dari atau melalui wilayah di bawah bidang kuasa Malaysia atau
kepada pengangkutan barang-barang sedemikian di dalam kapaludara yang
dikendalikan oleh pemegang sesuatu perakuan pengendali
. - 1649 - P.U.(A) 139

udara yang dikeluarkan di Malaysia, di mana-mana jua barang-barang itu berada,


kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subperaturan (10).

(2) Barang-barang berbahaya tidak boleh dibawa di dalam sesuatu


kapaludara kecuali seperti berikut:

(a) barang-barang dibawa mengikut apa-apa arahan yang dibuat oleh


Ketua Pengarah untuk membenarkan barang-barang berbahaya
dibawa sama ada di dalam kapaludara amnya atau di dalam
kapaludara daripada mana-mana kelas yang dinyatakan dalam arahan
itu;

(b) barang-barang yang dibawa dengan kebenaran bertulis daripada


Ketua Pengarah dan mengikut apa-apa syarat di mana kelulusan itu
adalah tertakluk;

(c) barang-barang yang dibawa di dalam sesuatu kapaludara dengan


persetujuan pengendali bagi maksud memastikan penerbangan atau
keselamatan kapaludara itu yang sepatutnya atau kesejahteraan
mana-mana orang yang berada di dalamnya; dan

(d) barang-barang yang dibenarkan untuk dibawa di bawah


undang-undang Negara di mana kapaludara itu didaftarkan, jika
berhubungan dengan Negara itu ada berkuatkuasanya suatu
perjanjian di antara Kerajaan Malaysia dengan kerajaan Negara itu
yang membenarkan pembawaan barang-barang berbahaya di
Malaysia di dalam kapaludara yang didaftarkan di Negara itu.

(3) Barang-barang berbahaya yang dibenarkan oleh Peraturan-Peraturan ini


untuk dibawa di dalam sesuatu kapaludara tidaklah boleh dimuatkan sebagai
kargo di dalamnya melainkan jika—

(a) konsinor barang-barang itu telah memberikan kepada pengendali


kapaludara itu butir-butir secara bertulis tentang sifat barang-barang
itu dan bahaya yang boleh ditimbulkannya; dan

(b) barang-barang itu telah dibungkus dengan sewajarnya dan bekas


yang di dalamnya barang-barang itu dibungkus ditanda dan
dilabelkan dengan sewajarnya dan jelas untak menunjukkan
bahayanya itu kepada orang yang memuatkan barang-barang itu ke
dalam kapaludara.

(4) Pengendali mana-mana kapaludara hendaklah—

(a) memastikan bahawa penumpang diberi amaran mengenai jenis


barang-barang yang dilarang daripada diangkut ke dalam sesuatu
kapaludara sebagai bagasi yang diperiksa atau sebagai barang yang
dibimbit;

(b) memastikan bahawa krew penerbangan dan pekerja lain termasuklah


ejennya dibekalkan dengan maklumat dan
. - 1650 - P.U.(A) 139

latihan yang akan membolehkan mereka menjalankan


tanggungjawab mereka berkenaan dengan pengangkutan
barang-barang berbahaya;.

(c) sebelum bermulanya apa-apa kursus latihan berhubung dengan


pengangkutan barang-barang berbahaya, mengemukakan kepada
Ketua Pengarah untuk kelulusannya program dan sukatan kursus
latihan itu; dan

(d) dengan seberapa segera yang praktik dan sebelum mana-mana


penerbangan bermula, memberitahu laksamana kapaludara secara
bertulis mengenai identiti mana-mana barang-barang berbahaya yang
berada di dalam kapaludara itu, dan bahaya yang boleh
ditimbulkannya dan berat atau kuantiti barang-barang itu.

(5) Adalah menyalahi undang-undang bagi mana-mana orang untuk


mengangkut atau menyebabkan diangkut ke dalam sesuatu kapaludara, atau
menghantar serah atau menyebabkan dihantar serah untuk dimuatkan ke
dalamnya, apa-apa barang-barang yang dia ketahui atau patut ketahui atau
mengesyaki sebagai barang-barang berbahaya yang pengangkutannya dilarang
oleh peraturan ini.

(6) Pengendali mana-mana kapaludara hendaklah dengan seberapa segera


yang praktik memberitahu Ketua Pengarah mengenai apa-apa kemalangan atau
kejadian barang-barang berbahaya.

(7) Jika berlaku apa-apa kemalangan atau kejadian barang-barang berbahaya,


Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan suatu penyiasatan dibuat mengikut cara
yang dia fikirkan perlu.

(8) Bagi maksud apa-apa penyiasatan di bawah subperaturan (7), mana-mana


orang yang diberikuasa oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan penyiasatan itu
boleh—

(a) menghendaki mana-mana orang, yang difikirkannya perlu, untuk


menjawab apa-apa soalan atau memberikan apa-apa maklumat atau
mengemukakan apa-apa dokumen, kertas atau artikel dan
menyimpan apa-apa dokumen kertas atau artikel sedemikian
sehingga siasatan itu selesai;

(b) mempunyai akses kepada dan memeriksa apa-apa konsainan


barang-barang; dan

(c) masuk dan memeriksa mana-mana tempat, yang masukan atau


pemeriksaan itu ternyata kepada Ketua Pengarah sebagai perlu.
(9) Bagi maksud peraturan ini—
"barang-barang berbahaya" ertinya apa-apa barang atau bahan yang boleh
menimbulkan risiko yang ketara kepada kesihatan, keselamatan atau harta benda
apabila diangkut melalui udara dan yang termasuk dalam kelas barang-barang
berbahaya yang dinyatakan dalam Arahan-Arahan Teknikal,
. - 1651 - P.U.(A) 139

"kejadian barang-barang berbahaya" ertinya sesuatu kejadian, selain daripada


kemalangan barang-barang berbahaya, yang dikaitkan dengan dan berhubungan
dengan pengangkutan barang-barang berbahaya melalui udara, yang tidak
semestinya berlaku di dalam kapaludara itu, yang mengakibatkan kecederaan
kepada seseorang, kerosakan harta benda, kebakaran, barang-barang pecah,
tumpahan, kebocoran cecair atau sinaran atau keterangan lain yang menunjukkan
bahawa keutuhan pembungkusan itu telah tidak dikekalkan, dan termasuklah
apa-apa kejadian, berkaitan dengan pengangkutan barangbarang berbahaya yang
mengancam secara serius kapaludara itu atau orang yang berada di dalamnya;

"kemalangan barang-barang berbahaya" ertinya sesuatu kejadian yang


dikaitkan dengan dan berhubungan dengan pengangkutan barang-barang
berbahaya melalui udara yang mengakibatkan kecederaan yang membawa maut
atau parah kepada seseorang atau harta benda utama;

(10) Peraturan ini tidak terpakai bagi sesuatu kapaludara yang terbang untuk
menggugurkan barang-barang berbahaya bagi maksud pertanian, hortikultur atau
perhutanan dan di mana kebenaran bertulis Ketua Pengarah telah diperolehi.

(11) Peruntukan-peruntukan peraturan ini hendaklah menjadi tambahan


kepada dan bukan pengurangan daripada peruntukanperuntukan peraturan 66.

CARA MEMBAWA ORANG


68. Tiada seorang pun boleh berada di dalam atau di mana-mana bahagian
sesuatu kapaludara yang dalam penerbangan yang bahagian itu bukan suatu
bahagian yang dimaksudkan bagi menempatkan orang dan terutamanya,
seseorang tidak boleh berada di atas sayap atau bawah-pembawa sesuatu
kapaludara. Tiada seorang pun boleh berada di dalam atau di atas apa-apa objek,
selain daripada glider dan mesin terbang, yang ditarik oleh atau dilekatkan
kepada sesuatu kapaludara dalam penerbangan:

Dengan syarat bahawa seseorang boleh mempunyai akses sementara kepada—

(a) mana-mana bahagian sesuatu kapaludara bagi maksud mengambil


tindakan yang perlu untuk keselamatan kapaludara itu atau
mana-mana orang atau kargo di dalamnya; atau

(b) mana-mana bahagian sesuatu kapaludara yang di dalamnya kargo


atau bekalan dibawa, yang adalah bahagian yang direkabentuk bagi
membolehkan seseorang mempunyai akses kepadanya ketika
kapaludara itu berada dalam penerbangan.

TANDAAN PINTU KELUAR DAN PECAH MASUK


69. (1) Peraturan ini hendaklah terpakai bagi tiap-tiap kapaludara Malaysia yang
terbang bagi maksud pengangkutan awam.
. - 1652 - P.U.(A) 139

(2) Apabila sesuatu kapaludara yang baginya peraturan ini terpakai


membawa penumpang, tiap-tiap pintu keluar darinya dan tiap-tiap pintu dalaman
di dalam kapaludara itu hendaklah berada dalam keadaan boleh berfungsi, dan
semasa berlepas dan pendaratan dan semasa apa-apa kecemasan, tiap-tiap pintu
keluar dan pintu dalaman itu hendaklah bebas daripada sebarang rintangan dan
hendaklah tidak dikancing dengan mengunci atau selainnya sehingga boleh
menahan, menghalang atau melambatkan penumpang menggunakannya:

Dengan syarat bahawa—

(a) sesuatu pintu keluar boleh dihalang oleh kargo jika ianya adalah
suatu pintu keluar yang, menurut perkiraan yang diluluskan oleh
Ketua Pengarah sama ada secara am berhubungan dengan sesuatu
kelas kapaludara atau sesuatu kapaludara tertentu, tidak dikehendaki
bagi kegunaan oleh penumpang;

(b) sesuatu pintu di antara petak krew penerbangan dengan mana-mana


petak bersebelahan dengannya di mana penumpang mempunyai
akses bolehlah dikunci atau diselak jika laksamana kapaludara itu
menetapkan sedemikian, bagi maksud menghalang akses oleh
penumpang ke petak krew penerbangan; dan

(c) tiada apa jua dalam peraturan ini terpakai bagi mana-mana pintu
dalaman yang ditempatkan sedemikian di mana ia tidak boleh
menahan, menghalang atau melambatkan penumpang keluar dari
kapaludara itu dalam sesuatu kecemasan jika ianya dalam keadaan
yang tidak berfungsi.

(3) Tiap-tiap pintu keluar dari kapaludara, yang merupakan suatu pintu
keluar yang dimaksudkan untuk digunakan oleh penumpang dalam hal keadaan
biasa, hendaklah ditanda dengan perkataan "Keluar" dan "Exit" dalam huruf
besar dan tiap-tiap pintu keluar, yang merupakan suatu pintu keluar yang
dimaksudkan untuk digunakan oleh penumpang dalam kecemasan sahaja,
hendaklah ditanda dengan perkataan "Pintu Kecemasan" dan "Emergency Exit"
dalam huruf besar.

(4) Tiap-tiap pintu keluar dari kapaludara hendaklah ditanda dengan arahan
dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris dan dengan rajah, untuk
menunjukkan cara yang betul untuk membuka pintu keluar itu.

(5) Tandaan pintu keluar itu hendaklah diletakkan pada atau berhampiran
permukaan dalaman pintu itu atau tutupan lain pintu keluar itu dan, jika ianya
boleh dibuka dari luar kapaludara itu, pada atau berhampiran permukaan luarnya.

(6) Tiap-tiap kapaludara yang baginya peraturan ini terpakai, yang adalah
kapaludara yang jumlah berat maksimum dibenarkan baginya melebihi 3,600
kilogram hendaklah ditanda pada pemukaan luar fiuslajnya dengan tandaan untuk
menunjukkan kawasan (dalam
. - 1653 - P.U.(A) 139

peraturan ini disebut sebagai "ruang pecah-masuk") yang dapat, bagi maksud
menyelamat dalam sesuatu kecemasan, dengan mudah dan berkesan dipecahkan
oleh orang yang berada di luar kapaludara itu.

(7) Ruang pecah-masuk hendaklah berbentuk segi empat tepat dan hendaklah
ditanda dengan tandaan penjuru sudut tepat, setiap cabangnya hendaklah
berukuran 10 sentimeter panjang di sepanjang pinggir luarannya dan 2.5
sentimeter lebar.

(8) Perkataan "Pecahkan Ketika Kecemasan" dan "Cut Here in Emergency"


hendaklah ditandakan melintang ditengah-tengah setiap ruang pecah-masuk
dalam huruf besar.

(9) Dalam tiap-tiap penerbangan oleh kapaludara yang baginya peraturan ini
terpakai, yang merupakan suatu kapaludara yang jumlah berat maksimum
dibenarkan baginya melebihi 5,700 kilogram, tiap-tiap pintu keluar daripada
kapaludara itu yang dimaksudkan untuk digunakan oleh penumpang dalam
sesuatu kecemasan hendaklah ditandakan pada sebelah luar kapaludara itu
dengan jalur yang tidak kurang daripada 5 sentimeter lebarnya yang menggaris
bentuk pintu keluar itu.

(10) Tandaan yang dikehendaki oleh peraturan ini hendaklah—

(a) dicat, atau dilekatkan dengan cara-cara lain yang sama kekalnya;

(b) kecuali dalam hal tandaan yang dikehendaki oleh subperaturan (9),
berwarna merah dan, dalam mana-mana hal di mana warna latar
yang berhampirannya adalah sedemikian yang menjadikan tandaan
merah itu tidak dapat dicamkan dengan mudah, digarisbentukkan
dengan warna putih atau apa-apa warna berlawanan lain mengikut
apa-apa cara yang menjadikan tandaan dapat dicamkan dengan
mudah;

(c) dalam hal tandaan yang dikehendaki oleh subperaturan (9), dalam
sesuatu warna yang dengan jelas berlawanan dengan warna latar
yang di atasnya ia tertera; dan

(d) dijaga pada setiap masa supaya bersih dan tak terlindung.

(11) Jika satu, tetapi tidak lebih daripada satu, pintu keluar daripada sesuatu
kapaludara menjadi tidak berfungsi di suatu tempat di mana ia tidak munasabah
praktik bagi ianya diperbaiki atau diganti, tiada apa jua dalam peraturan ini boleh
melarang kapaludara itu daripada membawa penumpang sehingga ia mendarat
seterusnya di suatu tempat di mana pintu keluar itu boleh diperbaiki atau diganti:

Dengan syarat bahawa—

(a) bilangan penumpang yang dibawa dan kedudukan tempat duduk


yang mereka duduki adalah mengikut perkiraan yang diluluskan oleh
Ketua Pengarah sama ada berhubungan
. - 1654 - P.U.(A) 139

dengan kapaludara itu secara tertentu atau kepada sesuatu kelas


kapaludara dan;

(b) mengikut perkiraan yang diluluskan itu, pintu keluar itu dikancing
dengan menguncinya atau selainnya, perkataan "Pintu Keluar" dan
"Exit" atau "Pintu Kecemasan" atau "Emergency Exit" ditutup dan
pintu keluar itu ditanda dengan cakera merah yang diameternya
berukuran sekurangkurangnya 23 sentimeter dengan palang putih
mendatar melintanginya yang bertulis dengan perkataan "Dilarang
Keluar" dan "No Exit" dalam huruf merah.

MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN KAPALUDARA


70. (1) Tiada sesiapa pun boleh dengan bersengaja atau cuai membahayakan
keselamatan sesuatu kapaludara atau mana-mana orang yang berada di dalamnya,
sama ada dengan mengganggu mana-mana anggota krew penerbangan
kapaludara itu, atau dengan rnerosakkan kapaludara itu atau kelengkapannya atau
dengan berkelakuan tidak senonoh atau dengan apa-apa jua cara lain.

(2) Tertakluk kepada subperaturan (3), tiada penumpang boleh menggunakan


apa-apa telefon bergerak atau kelengkapan atau alat eletronik lain selain daripada
kelengkapan yang dikecualikan semasa penerbangan dalam mana-mana kapaludara
Malaysia.

(3) Bagi maksud peraturan ini, "kelengkapan yang dikecualikan" ertinya apa-apa
kelengkapan atau alat elektronik yang telah diberitahu oleh Ketua Pengarah sebagai
kelengkapan atau alat yang selamat untuk digunakan oleh, atau bagi kemudahan,
mana-mana orang yang dibawa dalam sesuatu kapaludara.

MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN MANA-MANA ORANG ATAU HARTABENDA


71. Tiada seorang pun boleh dengan bersengaja atau cuai
meaSre,aammaar,aanOrang menyebabkan atau membenarkan sesuatu kapaludara
membahayakan atau harta benda. mana-mana orang atau harta benda.

MABUK DI DALAM KAPALUDARA


72. (1) Tiada seseorang pun boleh memasuki mana-mana kapaludara jika mabuk,
atau memabukkan diri ketika berada di dalam sesuatu kapaludara.

(2) Seseorang yang dalam keadaan pengaruh dadah sehingga menjejaskan derianya
tidaklah boleh memasuki atau berada di dalam mana-mana kapaludara.

(3) Seseorang tidaklah boleh, apabila bertindak sebagai anggota krew mana-mana
kapaludara atau jika dia dibawa di dalam mana-mana kapaludara bagi maksud
bertindak sedemikian, berada di bawah pengaruh ininuman keras atau dadah.

MEROKOK DI DALAM KAPALUDARA


73. (1) Notis yang menunjukkan bila merokok dilarang hendaklah dipamerkan di
dalam tiap-tiap kapaludara Malaysia supaya boleh nampak dari setiap tempat
duduk penumpang di dalam kapaludara itu.

(2) Tiada seorang pun boleh merokok di dalam mana-mana petak sesuatu
kapaludara Malaysia bila merokok adalah dilarang semasa
. - 1655 - P.U.(A) 139

itu di petak tersebut melalui notis yang bermaksud sedemikian dipamerkan oleh
atau bagi pihak laksamana kapaludara itu.

(3) Walau apa pun peruntukan yang sebelumnya, menghisap paip, curut,
rokok keretek dan dadah berbahaya seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 2
Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah dilarang pada Akta 234. setiap masa dalam
tiap-tiap kapaludara Malaysia.

(4) Menteri boleh, pada bila-bila masa, melalui notis yang disiarkan dalam
Warta, melarang merokok dalam semua atau mana-mana kapaludara Malaysia
yang terlibat dengan pembawaan penumpang untuk sewa atau upah dalam suatu
penerbangan dalam negeri atau antarabangsa.

KUASA LAKSAMANA KAPALUDARA


74. Tiap-tiap orang di dalam sesuatu kapaludara Malaysia hendaklah mematuhi
semua perintah yang sah yang diberikan oleh laksamana kapaludara itu bagi
maksud memastikan keselamatan kapaludara itu dan orang atau harta benda yang
dibawa di dalamnya, atau bagi maksud keselamatan, kecekapan dan ketetapan
penerbangan udara..
PENUMPANG GELAP
75. Tiada seorang pun boleh menyembunyikan dirinya bagi maksud untuk
dibawa di dalam sesuatu kapaludara tanpa keizinan pengendali atau laksamana
kapaludara itu atau mana-mana orang lain yang berhak untuk memberi izin bagi
dia dibawa dalam kapaludara itu..

MEMBAWA BINATANG HIDUP


76. Kecuali sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, binatang hidup
hanya boleh dibawa di dalam sesuatu kapaludara mengikut Peraturan-Peraturan
Binatang Hidup IATA sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa.

PAMERAN TERBANG
77. (1) Tiada seorang pun boleh bertindak sebagai penganjur sesuatu Pameran
pameran terbang (dalam peraturan ini disebut sebagai "penganjur pamiran") di
suatu acara yang dianjurkan, yang penganjur pameran itu dengan munasabahnya
mempercayai berkemungkinan acara itu akan dikunjungi oleh lebih daripada 500
orang dan acara itu adalah terdiri keseluruhannya atau sebahagiannya suatu
pameran terbang, melainkan semasa pameran terbang itu bermula, penganjur
pameran telah mendapat kebenaran secara bertulis daripada Ketua Pengarah di
bawah subperaturan (6) bagi pameran terbang itu dan mematuhi apa-apa syarat
yang ditetapkan di dalamnya:

Dengan syarat bahawa kebenaran secara bertulis daripada Ketua Pengarah di


bawah subperaturan (6) tidaklah dikehendaki bagi pameran terbang di sesuatu
acara yang dianjurkan jika penganjur pameran itu tidak dapat dengan
munasabahnya menjangkakan bahawa tujuh hari sebelum tarikh acara itu yang
dimaksudkan, acara itu berkemungkinan akan dikunjungi oleh lebih daripada 500
orang.

(2) Laksamana sesuatu kapaludara yang bercadang mengambil bahagian


dalam sesuatu pameran terbang yang baginya sesuatu kebenaran dikehendaki
mengikut subperaturan ( 1 ) hendaklah
. - 1656 - P.U.(A) 139

mengambil segala langkah yang munasabah untuk memuaskan hatinya sebelum


dia mengambil bahagian bahawa—

(a) penganjur pameran itu telah diberikan kebenaran yang berkenaan;

(b) penerbangan itu boleh mematuhi apa-apa syarat yang relevan yang
kepadanya kebenaran itu tertakluk; dan

(c) juruterbang itu telah diberikan kebenaran pertunjukan yang


bersesuaian dengan penerbangan yang dicadangkan.

(3) Laksamana sesuatu kapaludara yang mengambil bahagian dalam


pameran terbang yang baginya suatu kelulusan yang dikehendaki
menurut subperaturan (1) telah diberikan hendaklah mematuhi apa-apa
syarat yang kepadanya kelulusan itu tertakluk.

(4) Tiada seorang pun boleh bertindak sebagai juruterbang suatu


kapaludara yang mengambil bahagian dalam suatu pameran terbang
yang baginya suatu kelulusan yang dikehendaki menurut subperaturan
(1) melainkan dia memegang suatu kebenaran pertunjukan yang sesuai
dengan penerbangan yang dicadangkan yang diberikan kepadanya oleh
Ketua Pengarah dan dia mematuhi apa-apa syarat kepadanya.

(5) Penganjur pameran tidaklah boleh membenarkan mana-mana orang


untuk bertindak sebagai juruterbang suatu kapaludara yang mengambil
bahagian dalam sesuatu pameran terbang yang baginya sesuatu
kelulusan yang dikehendaki menurut subperaturan (I) melainkan orang
itu memegang suatu kebenaran pertunjukan yang sesuai dengan
penerbangan yang dimaksud yang di berikan oleh Ketua Pengarah.

(6) Ketua Pengarah hendaklah memberi kepada mana-mana orang yang


memohon suatu kelulusan yang dikehendaki menurut subperaturan (1)
jika dia berpuas hati bahawa orang itu layak dan kompeten, dengan
mengambil kira kelakuannya yang dahulu dan pengalaman,
kakitangannya dan perkiraan yang lain, untuk menganjurkan pameran
terbang yang dicadangkan itu dengan selamat. Kelulusan bolehlah
diberikan tertakluk kepada apa-apa syarat, yang boleh termasuk syarat
berhubungan dengan kapaludara tentera, sebagaimana difikirkan patut
oleh Ketua Pengarah dan hendaklah, tertakluk kepada peraturan 87,
berkuatkuasa selama tempoh yang dinyatakan dalam kebenaran itu.

(7) Ketua Pengarah hendaklah, bagi maksud peraturan ini sama ada tanpa
syarat atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut—

(a) memberikan suatu pembenaran pertunjukan yang membenarkan


pemegangnya untuk bertindak sebagai juruterbang sesuatu
kapaludara yang mengambil bahagian dalam sesuatu pameran
terbang yang berkenaan dengannya suatu kebenaran dikehendaki
menurutsubperaturan (1)
. - 1657 - P.U.(A) 139

dia berpuas hati bahawa pemohon adalah seorang yang. layak


untuk memegang pembenaran itu dan berkelayakan atas alasan
pengetahuan, pengalaman, kekompetenan, kemahiran dan
kesihatan jasmani dan mentalnya untuk terbang mengikut
pembenaran itu dan bagi maksud itu pemohon hendaklah
memberikan apa-apa bukti dan menjalani peperiksaan atau ujian
sebagaimana yang Ketua Pengarah kehendaki daripadanya; dan

(b) memberi kuasa kepada seseorang untuk menjalankan peperiksaan


atau ujian sedemikian sebagaimana yang dinyatanya.

(8) Sesuatu pembenaran pertunjukan yang diberikan mengikut peraturan


ini hendaklah, tertakluk kepada peraturan 87, berkuatkuasa selama
tempoh yang dinyatakan dalam pembenaran pertunjukan itu, yang
tempohnya hendaklah tidak melebihi dua tahun.

(9) Subperaturan (1) tidaklah terpakai kepada penganjur pameran di


sesuatu acara yang dianjurkan yang diadakan di suatu padang terbang
yang diduduki oleh Kementerian Pertahanan atau oleh mana-mana
angkatan pelawat atau mana-mana premis lain yang diduduki oleh atau
di bawah kawalan Kementerian Pertahanan.

(10) Penganjur pameran tidaklah boleh membenarkan mana-mana


kapaludara tentera untuk mengambil bahagian dalam sesuatu
pertunjukan terbang yang baginya suatu kelulusan adalah dikehendaki
menurut subperaturan (1) melainkan jika dia mematuhi apa-apa syarat
yang dinyatakan berkenaan dengan kapaludara tentera yang kebenaran
sedemikian adalah diberi.

(11) Tiada apa jua dalam peraturan ini terpakai bagi sesuatu perlumbaan
atau pertandingan kapaludara, atau kepada kapaludara yang mengambil
bahagian dalam perlumbaan atau pertandingan sedemikian atau kepada
laksamana atau juruterbang kapaludara itu, sama ada perlumbaan atau
pertandingan itu diadakan berkaitan dengan sesuatu pameran terbang
atau tidak.

BAHAGIAN VIII

KELESUAN KREW

PEMAKAIAN DAN TAFSIRAN


78.(1) Peraturan 79 dan 80 hendaklah terpakai berhubungan dengan mana- mana
kapaludara Malaysia yang terlibat dalam penerbangan bagi maksud
pengangkutan awam atau dikendalikan oleh pengendali perusahaan
pengangkutan udara:

Dengan syarat bahawa peraturan tersebut tidaklah boleh terpakai


berhubungan dengan penerbangan yang dibuat hanya bagi maksud tunjuk ajar
penerbangan yang diberikan oleh atau bagi pihak kelab penerbangan atau sekolah
penerbangan, atau orang yang tidak kenamengena dengan pengusahaan
pengangkutan udara.
. - 1658 - P.U.(A) 139

(2) Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksoya menghendaki makna


yang lain—

"hari" ertinya suatu tempoh berterusan dua puluh empat jam bermula dari
tengah malam Waktu Sejagat Terselaras;

"masa penerbangan" ertinya, berhubungan dengan mana-mana orang,


kesemua masa yang dihabiskan oleh orang itu di dalam sesuatu kapaludara yang
mungkin didaftarkan atau tidak didaftarkan di Malaysia, selain daripada
kapaludara yang jumlah berat maksimum dibenarkan tidak melebihi 1,600
kilogram dan yang tidak terbang bagi maksud pengangkutan awam atau kerja
koudaraan, semasa ia dalam penerbangan dan dia dibawa di dalam kapaludara itu
sebagai anggota krew kapaludara itu.

(3) Bagi maksud Bahagian ini, sesuatu helikopter hendaklah disifatkan


sebagai dalam penerbangan dari saat helikopter itu pertama kali
bergerak di bawah kuasanya sendiri bagi maksud berlepas sehingga
rotornya terhenti berikutnya.
KELESUAN KREW TANGGUNGJAWAB PENGENDALI
79.(1) Pengendali sesuatu kapaludara yang baginya peraturan ini terpakai
tidaklah boleh menyebabkan atau membenarkan kapaludara itu membuat
penerbangan melainkan jika--

(a) dia telah menubuhkan suatu skim bagi mengatur masa penerbangan bagi
tiap-tiap orang yang terbang di dalam kapaludara itu sebagai anggota
krewnya;

(b) skim itu diluluskan oleh Ketua Pengarah tertakluk kepada apa-apa syarat
yang difikirkannya patut;

(c) sama ada—


(i) skim itu dimasukkan dalam manual pengendalian
sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan 47;
atau
(ii) dalam mana-mana kes di mana sesuatu manual pengendalian
tidak dikehendaki oleh peraturan 47, skim itu dimasukkan
dalam suatu dokumen, yang salinannya telah diberikan
kepada tiap-tiap orang yang terbang di dalam kapaludara itu
sebagai seorang anggota krewnya; dan

(d) dia telah mengambil segala langkah yang semunasabahnya praktik


untuk memastikan bahawa peruntukan skim itu akan dipatuhi
berhubungan dengan tiap-tiap orang yang terbang di dalam kapaludara
itu sebagai anggota krewnya.

(2) Pengendali sesuatu kapaludara yang baginya peraturan ini terpakai


tidaklah boleh menyebabkan atau membenarkan mana mana orang
untuk terbang di dalam kapaludara itu sebagai anggota krewnya
sekiranya dia mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai
bahawa orang itu sedang mengalami, atau, memandangkan hal keadaan
penerbangan yang akan dilakukan itu,
. - 1659 - P.U.(A) 139

berkemungkinan akan mengalami, kelesuan semasa penerbangannya itu sehingga


boleh membahayakan keselamatan kapaludara itu atau orang yang berada di
dalamnya.

(3) Pengendali sesuatu kapaludara yang baginya peraturan ini terpakai


tidaklah boleh menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang
untuk terbang di dalam kapaludara itu sebagai anggota krew
penerbangannya melainkan jika pengendali itu ada dalam milikannya
rekod yang tepat dan yang dikemaskinikan berkenaan orang itu dan
berkenaan dengan dua puluh lapan hari terakhir sebelum sahaja
penerbangan itu yang menunjukkan—

(a) kesemua masa-masa penerbangannya; dan


(b) butir-butir ringkas mengenai jenis fungsi yang telah dijalankan
olehnya semasa penerbangannya.

(4) Rekod yang disebutkan dalam subperaturan (3) hendaklah, tertakluk


kepada peraturan 86, disimpan kekal oleh pengendali kapaludara itu
sehingga suatu tarikh dua belas bulan selepas penerbangan yang
disebutkan dalam subperaturan itu..
KELESUAN KREW DAN TANGGUNGJAWAB KREW
80. (l) Tiada seorang pun boleh bertindak sebagai anggota krew sesuatu
kapaludara yang baginya Peraturan-Peraturan ini terpakai sekiranya dia
mengetahui atau mengesyaki bahawa dirinya mengalami, atau, setelah
mengambil kira hal keadaan penerbangan yang hendak dilakukan,
berkemungkinan akan mengalaini kelesuan yang boleh membahayakan
keselamatan kapaludara itu atau orang yang berada di dalamnya.

(2) Tiada seorang pun boleh bertindak sebagai anggota krew penerbangan
sesuatu kapaludara yang baginya Peraturan-Peraturan ini terpakai
melainkan jika dia telah memastikan bahawa pengendali kapaludara itu
menyedari tentang masa-masa penerbangannya selama tempoh dua
puluh lapan hari sebelum sahaja penerbangan itu.

MASA PENERBANGAN DAN TANGGUNGJAWAB KREW PENERBANGAN


81. (1) Tiada seorang pun boleh bertindak sebagai anggota krew sesuatu
kapaludara Malaysia sekiranya pada permulaan penerbangan itu, agregat
kesemua masa-masa penerbangannya yang sebelum itu—

(a) selama tempoh dua puluh lapan hari berturut-turut yang berakhir pada
akhir hari di mana penerbangan itu bermula, melebihi seratus jam; atau
(b) selama tempoh dua belas bulan yang berakhir pada akhir bulan
sebelumnya, melebihi sembilan ratus jam:
Dengan syarat bahawa peraturan ini tidaklah terpakai bagi suatu·
penerbangan yang dilakukan—

(i) di dalam suatu kapaludara yang jumlah berat maksimum dibenarkan


tidak melebihi 1,600 kilogram dan yang terbang bukan bagi maksud
pengangkutan awam atau kerja keudaraan; atau
. - 1660 - P.U.(A) 139

(ii) di dalam suatu kapaludara yang terbang bukan bagi maksud


pengangkutan awam ataupun tidak dikendalikan oleh pengusahaan
pengangkutan udara, jika pada masa penerbangan itu bermula, agregat
kesemua masa penerbangan orang tersebut semenjak kali terakhir
kesihatannya diperiksa dan didapati sihat oleh seseorang yang
diluluskan oleh Ketua Pengarah bagi maksud subperaturan 41(9) tidak
melebihi dua puluh lima jam.

BAHAGIAN IX

DOKUMEN DAN REKOD

DOKUMEN YANG HENDAK DIBAWA


82. (1) Sesuatu kapaludara tidak boleh terbang melainkan jika ia membawa
dokumen yang ia dikehendaki membawa di bawah undangundang Negara di
mana ia didaftarkan.

(2) Sesuatu kapaludara Malaysia hendaklah, apabila dalam penerbangan,


membawa dokumen mengikut Jadual Kesepuluh:

Dengan syarat bahawa, jika penerbangan itu dimaksudkan untuk bermula dan
berakhir di padang terbang yang sama dan tidak termasuk laluan di atas wilayah
mana-mana Negara lain, dokumen itu bolehlah disimpan di padang terbang itu
dan tidak dibawa dalam kapaludara itu.

REKOD YANG HENDAK DISIMPAN


83. Pengendali sesuatu kapaludara Malaysia yang terbang bagi maksud
pengangkutan awam hendaklah, berkenaan dengan mana-mana penerbangan oleh
kapaludara itu yang dalam tempoh itu ia boleh terbang pada altitud yang lebih
daripada 49,000 kaki, menyimpan suatu rekod mengikut cara yang ditetapkan
mengenai jumlah dos sinaran kosmik yang kapaludara itu terdedah kepadanya
semasa dalam penerbangan itu bersama-sama dengan nama anggota krew
kapaludara itu semasa penerbangan itu.

MENGEMUKAKAN DOKUMEN DAN REKOD


84. (1) Laksamana sesuatu kapaludara hendaklah, dalam tempoh yang
munasabah selepas dimmta berbuat demikian oleh seseorang yang diberikuasa,
menyebabkan dikemukakan kepada orang itu—

(a) perakuan pendaftaran dan perakuan keselamatan terbangyang


berkuatkuasa berkenaan dengan kapaludara itu;

(b) Lesen krew penerbangannya; dan

(c) apa-apa dokumen lain yang dikehendaki oleh peraturan 82 untuk


dibawa oleh kapaludara itu semasa dalam penerbangan.

(2) Pengendali sesuatu kapaludara Malaysia hendaklah, dalam tempoh yang


munasabah selepas diminta berbuat demikian oleh seseorang yang diberikuasa,
menyebabkan dikemukakan kepada orang itu dokumen yang berikut,
sebagaimana yang diminta oleh
. - 1661 - P.U.(A) 139

orang itu, iaitu dokumen yang dikehendaki, oleh atau di bawah


Peraturan-Peraturan ini, berkuatkuasa atau dibawa, disimpan kekalkan atau
disediakan— .

(a) dokumen yang disebutkan dalam Jadual Kesepuluh sebagai


Dokumen A, B dan G;

(b) buku log kapaludara, buku log enjin dan buku log bebaling pic
berubah yang dikehendaki disimpan di bawah Peraturan-
Peraturan ini;

(c) jadual berat, jika ada, yang dikehendaki disimpan kekal di bawah
peraturan 36;

(d) dalam hal sesuatu kapaludara pengangkutan awam atau


kapaludara kerja koudaraan, dokumen yang disebutkan dalam
Jadual Kesepuluh sebagai Dokumen D, E, F dan H;

(e) apa-apa rekod masa-masa penerbangan, tempoh bertugas dan


tempoh berehat yang dia perlukan menurut subperaturan 79(3)
untuk menyimpankekal, dan apa-apa dokumen dan maklumat
lain dalam milikan atau kawalan pengendali, sebagaimana yang
dikehendaki oleh orang yang diberikuasa bagi maksud
menentukan sama ada rekod tersebut lengkap dan tepat;

(f) apa-apa manual pengendalian sebagaimana yang dikehendaki


disediakan di bawah subperenggan 47(2); atau

(g) rekod yang dibuat oleh mana-mana alat perakam data


penerbangan yang dikehendaki dibawa di bawah Peraturan-
Peraturan ini.

(3) Pemegang sesuatu lesen yang diberikan atau dijadikan sah di bawah
Peraturan-Peraturan ini hendaklah, dalam suatu tempoh yang munasabah selepas
diminta untuk berbuat demikian oleh seseorang yang diberikuasa, menyebabkan
dikeluarkan kepada orang itu lesennya termasuklah apa-apa perakuan
pengesahan. Kehendak-kehendak peraturan ini hendaklah disifatkan sebagai telah
dipatuhi, kecuali berhubungan dengan suatu lesen yang dikehendaki oleh
peraturan 82 untuk dibawa dalam kapaludara itu atau disimpan di suatu padang
terbang, jika lesen yang diminta itu dikemukakan dalam masa lima hari selepas
permintaan itu dibuat, kepada seseorang yang diberikuasa daripada Jabatan
Penerbangan Awam yang dinyatakan, pada masa permintaan itu dibuat, oleh
orang yang kepadanya permintaan itu dibuat.

(4) Tiap-tiap orang yang dikehendaki oleh peraturan 43 untuk menyimpan


suatu buku log penerbangan persendirian hendaklah menyebabkan buku log itu
dikemukakan dalam tempoh yang munasabah kepada seseorang yang diberikuasa
selepas diminta berbuat demikian oleh orang itu dalam masa dua tahun selepas
tarikh catatan terakhir di dalam buku log itu.
. - 1662 - P.U.(A) 139

KUASA UNTUK MEMERIKSA DAN MENYALIN DOKUMEN ATAU REKOD


85. Seseorang yang diberikuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk memeriksa
dan menyalin apa-apa perakuan, lesen, buku log, dokumen-dokomen atau rekod
yang dia mempunyai kuasa meminta menurut Peraturan-Peraturan ini untuk ia
dikeluarkan kepadanya.

MENYIMPAN KEKALKAN DOKUMEN dsb


86. Seseorang yang dikehendaki oleh Peraturan-Peraturan ini untuk
menyimpankekal apa-apa dokumen atau rekod oleh sebab dia adalah pengendali
sesuatu kapaludara hendaklah, jika dia tidak lagi menjadi pengendali kapaludara
itu, terus menyimpankekal dokumen atau rekod itu seolah-olah dia tidak terhenti
daripada menjadi pengendali, dan sekiranya dia mati, tanggungjawab untuk
menyimpankekal dokumen atau rekod itu hendaklah terletak kepada wakil
dirinya:

Dengan syarat bahawa jika—

(a) seorang yang lain menjadi pengendali kapaludara itu, dia atau wakil
dirinya hendaklah menghantarserahkan kepada orang tersebut
perakuan kajian semula penyenggaraan dan perlepasan terhadap
servis apabila diminta, buku log dan jadual berat dan apa-apa rekod
lain yang dibuat oleh alat perakam data penerbangan dan disimpan
kekal menurut subperaturan 60(2) yang berkuatkuasa atau
dikehendaki disimpan kekalkan berkenaan dengan kapaludara itu;

(b) sesuatu enjin atau bebaling pic berubah ditanggalkan dari kapaludara
itu dan dipasangkan pada kapaludara yang lain yang dikendalikan
oleh seseorang lain dan didaftarkan di Malaysia, dia atau wakil
dirinya hendaklah menghantarserahkan kepada orang lain itu buku
log berhubungan dengan enjin atau bebaling itu apabila diminta; atau

(c) seseorang yang berkenaan dengannya suatu rekod telah disimpan


olehnya mengikut subperaturan 79(4) menjadi anggota krew
penerbangan sesuatu kapaludara Malaysia yang terbang bagi maksud
pengangkutan awam dan kapaludara yang didaftarkan dan
dikendalikan oleh seseorang yang lain, dia atau wakil dirinya
hendaklah menghantarserahkan rekod itu kepada orang lain itu
apabila diminta,

dan adalah menjadi tanggungjawab orang lain itu untuk menguruskan dokumen
atau rekod yang dihantarserahkan kepadanya seolah-olah dialah pengendali yang
pertama yang disebutkan.

PEMBATALAN, PENGGANTUNGGAN DAN PERUBAHAN PERAKUAN, LESEN DAN DOKUMEN


87. (1) Tertakluk kepada subperaturan (4), Ketua Pengarah boleh jika
difikirkannya patut, menggantung atau mengubah sementara sesuatu perakuan,
lesen, kelulusan, kebenaran, pengecualian, pemberikuasaan, permit atau
dokumen lain yang dikeluarkan, diberikan atau mempunyai kuatkuasa di bawah
Peraturan-Peraturan ini, sementara menunggu siasatan atau pertimbangan tentang
kes itu. Ketua Pengarah boleh, apabila alasan yang mencukupi yang ditunjukkan
memuaskan hatinya selepas siasatan yang sewajarnya, membatalkan,
menggantung
. - 1663 - P.U.(A) 139

atau mengubah apa-apa perakuan, lesen, kelulusan, kebenaran, pengecualian,


pemberikuasaan, permit atau dokumen lain yang sedemikian.

(2) Pemegang atau mana-mana orang yang mempunyai milikan atau jagaan
apa-apa perakuan, lesen, kelulusan, kebenaran, pengecualian, pemberikuasaan,
permit atau dokumen lain yang telah dibatalkan, digantung atau diubah di bawah
Peraturan-Peraturan ini hendaklah menyerahbalikkannya balik kepada Ketua
Pengarah dalam tempoh yang munasabah setelah dia dikehendaki berbuat
demikian.

(3) Pelanggaran mana-mana syarat yang kepadanya mana-mana peraknan,


lesen, kelulusan, kebenaran, pengecualian, pemberikuasaan, permit atau
dokumen lain, selain daripada lesen yang dikeluarkan berhubung dengan sesuatu
padang terbang, telah diberikan atau dikeluarkan, atau yang mempunyai
kuatkuasa di bawah Peraturan-Peraturan ini hendaklah, sekiranya tidak ada
peruntukan yang bertentangan dalam dokumen itu, menjadikan dokumen itu
tidak sah selama pelanggaran itu berterusan.

(4) Walau apa pun peraturan ini, peraturan di bawah Bahagian IV hendaklah
berkuatkuasa berhubungan dengan lesen dan permit yang baginya Bahagian itu
terpakai.

(5) Walau apa pun subperaturan (1), suatu manual penerbangan, jadual
prestasi atau dokumen lain yang dimasukkan secara rujukan dalam perakuan
keselamatan terbang bolehlah diubah atas alasan yang mencukupi yang
ditunjukkan sehingga memuaskan hati Ketua Pengarah, sama ada selepas siasatan
yang sewajarnya atau tidak.

KESALAHAN BERHUBUNG DENGAN DOKUMEN DAN REKOD


88. (1) Seseorang tidaklah boleh dengan niat hendak memperdaya—

(a) menggunakan apa-apa perakuan, lesen, kelulusan, kebenaran dengan


pengecualian, pemberikuasaan, permit atau dokumen lain yang
dikeluarkan atau dikehendaki oleh atau di bawah Peraturan-Peraturan
ini yang telah dipalsukan, diubah, dibatalkan atau digantung atau
yang dia tidak berhak kepadanya;

(b) meminjamkan apa-apa perakuan, lesen, kelulusan, kebenaran,


pengecualian, pemberikuasaan, permit atau dokumen lain yang
dikeluarkan atau dikehendaki oleh atau di bawah Peraturan-
Peraturan ini kepada, atau membenarkannya untuk digunakan oleh,
mana-mana orang lain; atau

(c) membuat apa-apa pernyataan palsu bagi maksud mendapatkan


pemberian, pengeluaran, pembaharuan atau perubahan mana-mana
perakuan, lesen, kelulusan, kebenaran, pengecualian,
pemberikusaan, permit atau dokumen lain bagi dirinya atau orang
lain.

(2) Dalam peraturan ini, rujukan kepada sesuatu perakuan, lesen, kelulusan,
kebenaran, pengecualian, pemberikuasaan, permit atau dokumen lain hendaklah
termasuk suatu salinan atau sesuatu yang berupa salinan kepadanya.
. - 1664 - P.U.(A) 139

(3) Seseorang tidaklah boleh dengan sengaja mencacatkan, mengubah atau


menjadikan tidak boleh dibaca mana-mana buku log atau rekod lain yang
dikehendaki oleh atau di bawah Peraturan-Peraturan ini disenggarakan atau
apa-apa catatan yang dibuat di dalamnya, atau dengan disedarinya membuat, atau
menyebabkan atau membantu dalam membuat, apa-apa catatan palsu dalam atau
peninggalan yang material dari mana-mana buku log atau rekod itu atau
memusnahkan mana-mana buku log atau rekod itu dalam tempoh yang ia
dikehendaki di bawah Peraturan-Peraturan ini disimpan kekal.

(4) Semua catatan yang dibuat secara bertulis dalam mana-mana buku log dan
rekod yang disebutkan dalam subperaturan (3) hendaklah dibuat menggunakan
dakwat atau pensil yang tak boleh padam.

(5) Seseorang tidak boleh dengan sengaja atau dengan cuai membuat dalam
sesuatu lembaran muatan apa-apa catatan yang silap dalam apa-apa butir material
atau meninggalkan daripada membuat apa-apa catatan yang material dari
lembaran muatan itu.

(6) Seseorang tidaklah boleh berbuat apa yang berupakan mengeluarkan


apa-apa perakuan bagi maksud Peraturan-Peraturan ini atau apa-apa yang
diberitabu di bawahnya melainkan jika dia diberikuasa untuk berbuat demikian di
bawah Peraturan-Peraturan ini.

(8) Seseorang tidaklah boleh mengeluarkan apa-apa perakuan seperti yang


tersebut di atas melainkan jika dia berpuas hati bahawa semua kenyataan dalam
perakuan itu adalah betul.

BAHAGIAN X

PENGAWALAN LALULINTAS UDARA

KAEDAH-KAEDAH UDARA DAN KAWALAN LALULINTAS UDARA


89. (I) Tiap-tiap orang dan kapaludara hendaklah mematuhi Kaedah- Kaedah
Udara dan Kawalan Lalulintas Udara yang terkandung dalam Jadual Kesebelas
setakat yang ia terpakai bagi orang atau kapaludara itu.

(2) Tertakluk kepada peruntukan subperaturan (3), adalah menjadi suatu


kesalahan untuk melanggar, membenarkan pelanggaran, atau gagal mematuhi,
Kaedah-Kaedah Udara dan Kawalan Lalulintas Udara.

(3) Penyimpangan daripada Kaedah-Kaedah Udara dan Kawalan Lalulintas


Udara hendaklah, setakat yang perlu, dibenarkan bagi maksud—

(a) mengelakkan apa-apa bahaya terdekat; atau

(b) mematuhi undang-undang mana-mana Negara di mana kapaludara


itu berada ketika itu.
. - 1665 - P.U.(A) 139

(4) Jika sesuatu penyimpangan daripada Kaedah-Kaedah Udara dan Kawalan


Lalulintas Udara dibuat bagi maksud mengelakkan bahaya terdekat, laksamana
kapaludara itu hendaklah menyebabkan butir-butir bertulis mengenai
penyimpangan itu, dan mengenai hal keadaan yang menyebabkannya, diberikan
dalam masa sepuluh hari selepas itu kepada pihak berkuasa kompeten Negara
yang bertanggungjawab bagi mengadakan perkhidmatan lalulintas udara di ruang
udara di mana penyimpangan itu dibuat atau jika penyimpangan itu dibuat di atas
laut lepas, kepada Ketua Pengarah.

(5) Tiada apa jua dalam Kaedah-Kaedah Udara dan Kawalan Lalulintas Udara
boleh melepaskan mana-mana orang daripada akibat apa-apa kecuaian dalam
menggunakan lampu atau isyarat atau kecuaian mengambil apa-apa langkah
berjaga-jaga yang dikehendaki oleh amalan penerbangan biasa atau oleh keadaan
khas kes itu.

(6) Ketua Pengarah boleh bagi maksud menggalakkan keselamatan kapaludara


mengeluarkan arahan-arahan mengenai isyarat khas dan perhubungan lain untuk
dibuat oleh atau dalam sesuatu kapaludara, berkenaan dengan laluan dan
ketinggian yang kapaludara itu hendaklah terbang dan mengenai apa-apa langkah
berjaga-jaga lain yang perlu dipatuhi berhubungan dengan pandu arah dan
pengawalan kapaludara yang difikirkan oleh Ketua Pengarah sebagai suai
manfaat bagi maksud yang tersebut di atas dan tiada kapaludara boleh terbang
berlanggaran dengan mana-mana arahan sedemikian.

KUASA UNTUK MELARANG ATAU MENGHADKAN PENERBANGAN


90. (1) Jika Menteri menyifatkannya perlu bagi kepentingan awam untuk
menghadkan atau melarang penerbangan atas alasan—

(a) apa-apa penghimpunan atau pergerakan yang dicadangkan di atas


bumi dalam kawasan itu yang melibatkan bilangan orang yang
ramai;

(b) apa-apa cadangan mengadakan perlumbaan atau pertandingan


kapaludara atau pertunjukan penerbangan; atau

(c) pertahanan negara atau apa-apa sebab lain yang menyentuh


kepentingan awam,

Menteri boleh melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta, melarang,
menghad atau mengenakan syarat-syarat mengenai penerbangan—

(i) oleh mana-mana kapaludara, sama ada didaftarkan di Malaysia atau


tidak, di ruang udara Malaysia atau berhampiran dengan sesuatu
pepasangan lepas pantai; dan
(ii) oleh sesuatu kapaludara Malaysia, di mana-mana ruang udara lain,
iaitu ruang udara yang berkenaan dengannya Kerajaan Malaysia
telah, menurut perkiraan antarabangsa, mengakujanji untuk
mengadakan perkhidmatan pandu arah untuk kapaludara.
. - 1666 - P.U.(A) 139

(2) Kehendak-kehendak yang dibuat di bawah peraturan ini boleh terpakai


sama ada secara am atau berhubungan dengan mana mana kelas kapaludara.

(3) Jika laksamana sesuatu kapaludara menyedari bahawa kapaludara itu


terbang berlanggaran dengan mana-mana kehendakyang telah dibuat bagi
mana-mana sebab yang disebutkan dalam Perenggan ( I )(c), dia hendaklah,
melainkan jika selainnya diarahkan menurut subperaturan (4), menyebabkan
kapaludara itu meninggalkan kawasan yang dinyatakan oleh kehendak itu dengan
terbang setakat mana yang boleh sekurang-kurang melintasi kawasan itu dan
kapaludara itu tidaklah boleh memulakan penurunan semasa melintasi kawasan
itu.

(4) Laksamana sesuatu kapaludara yang terbang sama ada dalam sesuatu
kawasan yang baginya kehendak-kehendak telah dibuat bagi mana-mana alasan
yang disebutkan dalam perenggan (I)(c) atau dalam ruang udara yang diberitahu
sebagai kawasan terhad, larangan atau berbahaya hendaklah dengan serta-merta
mematuhi arahan-arahan yang diberikan melalui radio atau melalui salah satu
isyarat visual yang ditetapkan menurut perenggan 51 Jadual Kesebelas oleh unit
kawalan lalulintas udara berkenaan atau, oleh atau bagi pihak, orang yang
bertanggungjawab terhadap keselamatan dalam ruang udara yang berkenaan.

BELON, LAYANG-LAYANG , PESAWAT UDARA ,GLIDER DAN PARACUT NAIK 9191


91. (1) Dalam Malaysia-

(a) sesuatu belon bertambat atau layang-layang tidaklah boleh


diterbangkan pada ketinggian lebih daripada enam puluh meter di atas
paras bumi atau dalam lingkungan enam puluh meter dari mana-mana
vesel, kenderaan atau binaan;

(b) sesuatu belon bertambat atau layang-layang tidaklah boleh


diterbangkan dalam lingkungan lima kilometer dari sempadan sesuatu
padang terbang;

(c) sesuatu belon yang mana-mana dimensi lelurus melebihi dua meter
pada mana-mana peringkat penerbangannya, termasuk apa-apa bakul
atau kelengkapan lain yang dipasangkan pada belon itu, tidaklah boleh
diterbangkan dalam ruang udara terkawal yang telah diberitahu bagi
maksud subperaturan ini;
(d) sesuatu pesawat udara tidaklah boleh ditambat; dan
(e) sesuatu glider atau paracut naik tidaklah boleh dilancarkan dengan win
dan kabel atau dengan penarik bumi ke suatu ketinggian yang lebih
daripada enam puluh meter di atas paras bumi,

tanpa kebenaran Ketua Pengarah secara bertulis dan mengikut apa-apa syarat
yang berhubungkait dengan kebenaran sedemikian.

(2) Sesuatu belon bertambat hendaklah, apabila dalam penerbangan,


ditambatkan dengan kukuh dan tidak boleh dibiarkan tanpa pengawasan
. - 1667 - P.U.(A) 139

melainkan jika ia dipasangkan dengan alat yang memastikan pengeluaran anginnya


secara automatik jika ia terlepas daripada tambatannya .

PELESENANPENGAWALTRAFIKUDARADANPENGAWALPELATIH TRAFIK UDARA


92. ( 1 ) Ketua Pengarah hendaklah memberikan suatu lesen, tertakluk kepada
apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut, kepada mana-mana orang
untuk bertindak sebagai pengawal trafik udara atau sebagai pengawal pelatih trafik
udara, apabila dia berpuas hati bahawa pemohon itu adalah seorang yang sesuai
untuk memegang lesen itu dan berkelayakan berdasarkan pengetahuan,
pengalaman, kekompetenan, kemahiran, kecerdasan fizikal dan mental untuk
bertindak sedemikian. Bagi maksud subperaturan ini, pemohon hendaklah
memberikan bukti-bukti dan menjalani pemeriksaan dan ujian, termasuklah
pemeriksaan perubatan, sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah:

Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah tidaklah boleh memberikan—

(a) suatu lesen pengawal pelatih trafik udara kepada mana-mana orang
yang berumur di bawah 18 tahun;

(b) suatu lesen pengawal trafik udara yang termasuk perkadaran kawalan
padang terbang, perkadaran kawalan sua, sama ada beradar atau
tanpa radar, atau perkadaran kawalan kawasan, sama ada beradar atau
tanpa radar, kepada mana-mana orang yang berumur di bawah 20
tahun; atau

(c) suatu lesen pengawal trafik udara yang termasuk apa-apa perkadaran
lain, kepada mana-mana orang yang berumur di bawah 21 tahun.

(2) Tiap-tiap lesen untuk bertindak sebagai pengawal trafik udara hendaklah—

(a) memasukkan perkadaran salah satu atau lebih daripada kelas-kelas


yang dinyatakan dalam peraturan 95 yang menyatakan jenis
perkhidmatan kawalan lalulintas udara yang pemegang lesen itu
kompeten mengadakan;

(b) memasukkan suatu senarai tempat-tempat di mana dia boleh


mengadakan perkhidmatan itu; dan

(c) menyatakan jenis kelengkapan radar, jika ada, yang hendak diadakan
olehnya bagi maksud mengadakan perkhidmatan itu.

(3) Jika sepanjang mana-mana tempoh 180 hari, seseorang pemegang lesen
pengawal trafik udara itu telah tidak pada bila-bila masa mengadakan di sesuatu
tempat tertentu jenis perkhidmatan kawalan lalulintas udara yang dinyatakan dalam
lesen itu, perkadaran itu hendaklah, tanpa menyentuh kuasa Ketua Pengarah di
bawah peraturan 87, terhenti menjadi sah bagi tempat itu di akhir tempoh itu, dan
apabila sesuatu perkadaran terhenti menjadi sah bagi sesuatu tempat, pemegang
lesen itu hendaklah dengan serta-merta memberitabu Ketua Pengarah berkenaan hal
itu dan hendaklah mengemukakan
. - 1668 - P.U.(A) 139

lesen itu kepada Ketua Pengarah untuk membolehkannya membuat pengendosan


sewajarnya ke atas lesen itu.

(4) Tiap-tiap lesen untuk bertindak sebagai pengawal pelatih trafik udara
hendaklah sah hanya bagi maksud memberi kuasa kepada pemegangnya untuk
mengadakan perkhidmatan lalulintas udara di bawah pengawasan orang lain yang
hadir pada masa itu dan adalah pemegang suatu lesen pengawal trafik udara yang
sah yang termasuklah suatu perkadaran yang menyatakan jenis perkhidmatan
kawalan trafik udara yang diadakan oleh pengawal pelatih trafik udara itu dan
adalah sah di tempat yang berkenaan.

(5) Sesuatu lesen untuk bertindak sebagai pengawal trafik udara atau sebagai
pengawal pelatih trafik udara adalah tidak sah melainkan jika pemegang lesen itu
telah menandatangani namanya pada lesen itu menggunakan dakwat dengan
tandatangan biasanya.

(6) Tertakluk kepada peraturan 87, suatu lesen untuk bertindak sebagai pengawal
trafik udara atau sebagai pengawal pelatih trafik udara hendaklah terus
berkuatkuasa bagi tempoh yang dinyatakan dalam lesen itu dan boleh diperbaharui
oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa, apabila dia berpuas hati bahawa
pemohon adalah seorang yang sesuai dan berkelayakan seperti yang tersebut diatas.
Jika tiada tempoh dinyatakan dalam lesen itu, maka hendaklah ia terus
berkuatkuasa, tertakluk kepada perkara yang tersebut di atas, selama hayat
pemegangnya.

(7) Tiap-tiap pemohon bagi dan pemegang sesuatu lesen pengawal trafik udara
atau lesen pengawal pelatih trafik udara hendaklah pada bila-bila masa sebagaimana
yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah—

(a) menghadirkan diri untuk suatu pemeriksaan perubatan oleh seseorang


yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, sama ada secara am atau dalam
sesuatu hal tertentu, yang hendaklah membuat suatu laporan kepada
Ketua Pengarah dalam bentuk sebagaimana yang dikehendaki oleh
Ketua Pengarah; dan

(b) menghadirkan diri untuk peperiksaan dan ujian, dan mengemukakan


bukti mengenai pengetahuan, pengalaman, kecekapan dan
kemahirannya, sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah
dan peperiksaan dan ujian itu boleh dijalankan oleh Ketua Pengarah
atau seseorang yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.

(8) Berasaskan pemeriksaan perubatan yang disebutkan dalam subperaturan (7),


Ketua Pengarah atau mana-mana orang yang diluluskan olehnya sebagai orang
yang kompeten untuk berbuat sedemikian boleh mengeluarkan suatu perakuan
perubatan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut
yang
. - 1669 - P.U.(A) 139

mengesahkan bahawa pemegang lesen itu telah dipastikan sebagai layak untuk
melaksanakan tugas-tugas yang baginya lesen itu berkaitan. Perakuan itu
hendaklah, tanpa menjejaskan peraturan 94, sah selama tempoh yang dinyatakan di
dalamnya dan hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada lesen itu.

(9) Pemegang suatu lesen pengawal trafik udara atau pengawal pelatih trafik
udara tidaklah boleh mengadakan apa-apa jenis perkhidmatan pengawalan lalulintas
udara di mana-mana padang terbang atau tempat seperti yang disebutkan dalam
peraturan 93 melainkan jika lesennya termasuk suatu perakuan perubatan yang
dikeluarkan dan berkuatkuasa di bawah subperaturan (8).

(10) Jika sesuatu perkadaran yang dimasukkan dalam sesuatu lesen pengawal
trafik udara terhenti menjadi sah di bawah subperaturan (3), Ketua Pengarah boleh,
atas permohonan yang dibuat oleh pemegang lesen itu, mengesahkan perkadaran itu
tertakluk kepada pemegang itu menjalani pemeriksaan atau ujian, termasuk
pemeriksaan perubatan sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah bagi
maksud tersebut.

(11) Ketua Pengarah boleh, atas permohonan yang dibuat oleh pemegang lesen
pengawal trafik udara, menambah atau mengubah senarai tempat-tempat di mana
pemegang itu boleh mengadakan jenis perkhidmatan lalulintas udara yang
dinyatakan dalam lesen itu.
LARANGAN BAGI PENGAWAL TRAFIK UDARA DAN PENGAWAL PELATIH TRAFIK UDARA YANG
TIDAK BERLESEN
93. (1) Seseorang tidak boleh mengadakan di mana-mana tempat apa-apa jenis
perkhidmatan kawalan lalulintas udara atau memperkenalkan dirinya sama ada
dengan menggunakan isyarat panggilan radio atau dengan apa-apa cara lain,
sebagai seorang yang boleh mengadakan apa-apa jenis perkhidmatan kawalan
lalulintas udara melainkan jika dia adalah pemegang lesen itu dan mematuhi
terma—

(a) suatu lesen pengawal pelatih trafik udara yang sah yang diberikan di
bawah Peraturan-Peraturan ini dan dia dikawalselia menurut
subperaturan 92(4);

(b) suatu lesen pengawal trafik udara yang sah yang diberikan yang
memberi kuasa kepadanya untuk mengadakan perkhidmatan jenis itu
di tempat itu; atau

(a) suatu lesen pengawal trafik udara yang sah yang diberikan yang tidak
memberi kuasa kepadanya untuk mengadakan perkhidmatan jenis itu di
tempat itu, tetapi dia dikawalselia oleh seseorang yang hadir pada masa
itu dan adalah seorang pemegang lesen pengawal trafik udara yang sah
yang memberi kuasa kepadanya untuk mengadakan di tempat itu jenis
perkhidmatan kawalan lalulintas udara yang sedang diadakan.
. - 1670 - P.U.(A) 139

(2) Pemegang lesen pengawal trafik udara tidaklah berhak melaksanakan


mana-mana tugas yang ditetapkan dalam peraturan 95 berkenaan dengan sesuatu
perkadaran di mana-mana tempat melainkan jika—

(a) lesennya termasuklah perkadaran itu dan perkadaran tersebut adalah


sah bagi tempat di mana, dan jenis kelengkapan radar, jika ada, yang
dengan bantuannya, tugas-tugas itu dilaksanakan; atau

(b) dia dikawalselia oleh seseorang yang hadir pada masa itu dan yang
adalah pemegang suatu lesen pengawal trafik udara yang sah yang
diberikan di bawah Peraturan-Peraturan ini yang memberi kuasa
kepadanya untuk mengadakan di tempat itu jenis perkhidmatan
kawalan lalulintas udara yang sedang diadakan

(3) Seseorang tidaklah boleh mengadakan apa-apa jenis perkhidmatan


kawalan lalulintas udara melainkan jika dia telah memperkenalkan
dirinya mengikut cara sebagaimana yang diberitahu.

(4) Tiada apa jua dalam peraturan ini boleh melarang pemegang sesuatu
lesen pengawal trafik udara yang sah daripada memberikan, di
mana-mana tempat yang baginya lesen itu termasuklah suatu
perkadaran yang sah, maklumat kepada kapaludara dalam
penerbangan demi kepentingan keselamatan.

(5) Tiada apa jua dalam peraturan ini boleh melarang pemegang sesuatu lesen
pengawal trafik udara yang sah daripada mengendalikan suatu set perhubungan
radio dua-hala udara-bumi dan bumi-udara di mana-mana tempat yang baginya
lesen itu termasuklah suatu perkadaran yang sah.

KETAKUPAYAAN PENGAWAL TRAFIK UDARA


94 ( 1 ) Tiap-tiap pemegang lesen pengawal trafik udara yang diberikan di bawah
peraturan 92 yang—

(a) mengalami apa-apa kecederaan diri atau sakit yang melibatkan tak
upaya untuk menjalankan tugas yang berkaitan dengan lesennya
selama suatu tempoh yang tidak melebihi 90 hari berturut-turut; atau

(b) dalam hal seseorang wanita, mempunyai sebab untuk mempercayai


bahawa dia hamil ,

hendaklah memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis tentang kecederaan, sakit


atau kehamilan itu dengan secepat mungkin.

(2) Lesen seseorang pengawal trafik udara hendaklah disifatkan sebagai


digantung apabila tamatnya tempoh kecederaan atau sakit yang disebutkan dalam
subperaturan ( I )(a) dan penggantungan lesen itu hendaklah terhenti—

(a) apabila pemegangnya telah menjalani pemeriksaan perubatan


menurut perkiraan yang dibuat oleh Ketua Pengarah dan
. - 1671 - P.U.(A) 139

dia disahkan layak untak menyambung semula tugas-tugasnya di


bawah lesen itu; atau

(b) apabila Ketua Pengarah mengecualikan pemegang lesen itu daripada


kehendak suatu pemeriksaan perubatan tertakluk kepada apa-apa
syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.

(3) Apabila kehamilan pemegang sesuatu lesen pengawal trafik udara disahkan,
lesennya hendak disifatkan sebagai telah digantung dan penggantungan sedemikian
boleh ditarik balik oleh Ketua Pengarah tertakluk kepada syarat-syarat yang
difikirkannya patut, dan hendaklah terhenti apabila pemegang itu telah menjalani
pemeriksaan perubatan di bawah perkiraan yang dibuat oleh Ketua Pengarah
selepas kehamilannya berakhir dan disahkan layak untuk menyambung semula
fungsi-fungsinya di bawah lesen itu.

(4) Seseorang tidaklah boleh, apabila menggunakan keistimewaan lesen


pengawal trafik udara, berada di bawah pengaruh minuman keras atau dadah
sehingga boleh menjejaskan keupayaannya untuk melaksanakan keistimewaan itu.

PERKADARAN PENGAWAL TRAFIK UDARA


95. (1) Pemegang sesuatu lesen yang termasuklah perkadaran bagi Perkadaran dua
atau lebih kelas-kelas yang dinyatakan dalam subperaturan (2) tidaklah boleh pada
satu-satu masa melaksanakan fungsi yang dinyatakan berkenaan dengan lebih
daripada satu daripada perkadaran itu:

Dengan syarat bahawa fungsi-fungsi bagi salah satu daripada kumpulan


perkadaran yang berikut boleh dilaksanakan pada masa yang sama:

(a) perkadaran kawalan padang terbang dan kawalan sua (tanpa radar);

(b) kawalan sua (tanpa radar) dan kawalan sua (radar) kecuali
fungsi-fungsi kawalan sua (tanpa radar) tidaklah boleh dilaksana
pada masa yang sama dengan fungsi-fungsi kawalan sua (radar) jika
perkhidmatan yang diberikan di bawah yang kedua itu adalah suatu
sua radar pengawasan yang tamat di suatu titik kurang daripada 2
batu nautika daripada tempat cecah turun di atas landasan terbang itu;
atau

(c) kawalan kawasan (tanpa radar) dan kawalan kawasan (radar).

(2) Perkadaran bagi kelas-kelas yang berikut boleh dimasukkan ke dalam sesuatu
lesen pengawal trafik udara atau lesen pengawal pelatih trafik udara yang diberikan
di bawah peraturan 92 dan, tertakluk kepada Peraturan-Peraturan ini dan lesen itu,
pemasukan
. - 1672 - P.U.(A) 139

sesuatu perkadaran ke dalam sesuatu lesen hendaklah mempunyai akibat yang


masing-masinguya dinyatakan seperti berikut:

(a) Perkadaran Kawalan Padarig Terbang hendaklah memberi hak


pemegang lesen itu, di mana-mana padang terbang yang baginya
perkadaran itu adalah sah, untuk memberikan perkhidmatan kawalan
lalulintas udara, tetapi tidak dengan apa-apa jenis kelengkapan radar
yang baginya suatu perkadaran kawalan radar dikehendaki di bawah
subperaturan ini, bagi mana-mana kapaludara di kawasan olah gerak
atau apron padang terbang itu atau yang terbang dalam, atau
berhampiran zon lalulintas padang terbang menurut rujukan visual
kepada permukaan bumi;

(b) Perkadaran Kawalan Sua (Tanpa Radar) hendaklah memberi hak


kepada pemegang lesen itu, di mana-mana padang terbang yang
baginya perkadaran itu adalah sah, untuk mengadakan perkhidmatan
kawalan lalulintas udara, tetapi tidak dengan apa-apa jenis
kelengkapan radar yang baginya suatu perkadaran kawalan radar
dikehendaki di bawah subperaturan ini, bagi mana-mana kapaludara
yang terbang dalam, atau berhampiran dengan zon terkawal padang
terbang sama ada ia terbang menurut rujukan visual kepada
permukaan bumi atau tidak;

(c) Perkadaran Kawalan Radar Sua hendaklah memberi hak kepada


pemegang lesen itu, di mana-mana padang terbang yang baginya
perkadaran itu adalah sah, untuk mengadakan perkhidmatan kawalan
lalulintas udara dengan bantuan apa-apa jenis kelengkapan radar
pengawasan yang baginya perkadaran itu adalah sah bagi mana-mana
kapaludara yang terbang dalam lingkungan 40 batu nautika daripada
zon terkawal atau kawasan kawalan terminal itu sama ada ia terbang
menurut rujukan visual kepada permukaan bumi atau tidak.

(d) Perkadaran Kawalan Sua Tepat (Radar) hendaklah memberi hak


kepada pemegang lesen itu, di mana-mana padang terbang yang
baginya perkadaran itu adalah sah, untuk mengadakan perkhidmatan
kawalan lalulintas udara dengan bantuan apa-apa jenis kelengkapan
radar sua tepat yang baginya perkadaran itu adalah sah;

(e) Perkadaran Kawalan Kawasan (Tanpa Radar) hendaklah memberi


hak kepada pemegang lesen itu, di mana-mana tempat yang baginya
perkadaran itu adalah sah, untuk mengadakan perkhidmatan kawalan
lalulintas udara tanpa bantuan apa-apa kelengkapan radar
pengawasan; dan

(f) Perkadaran Kawalan Kawasan (Radar) hendaklah memberi hak


kepada pemegang lesen itu, di mana-mana tempat yang baginya
perkadaran itu adalah sah, untuk mengadakan perkhidmatan kawalan
lalulintas udara dengan bantuan apa-apa jenis kelengkapan radar
pengawasan yang baginya perkadaran itu adalah sah.
. - 1673 - P.U.(A) 139

BAHAGIAN Xl

PADANG TERBANG, LAMPU AERONAUTIKA DAN STESEN RADIO


TAFSIRAN
96. Dalam Bahagian ini, melainkan konteks menghendaki makna yang lain—

" apron " ertinya sesuatu kawasan yang di tentukan, di padang terbang daratan,
yang dimaksudkan bagi menempatkan kapaludara bagi maksud memuat dan
memunggah penumpang, mel atau kargo, mengisi bahan api, parkir atau
penyenggaraan;

"bahan api penerbangan" ertinya bahan api yang dimaksudkan untuk digunakan
dalam kapaludara;

"kawasan larangan" ertinya kawasan dalam sesuatu padang terbangyang


dikendalikan oleh suatu syarikat berlesen di mana tidak sesiapapun dibenarkan
masuk atau berada di dalamnya melainkan jika dia memiliki pas lapangan terbang;

AKTA 298
"kawasan lindungan" ertinya sesuatu padang terbang atau mana mana bahagian
daripadanya yang diisytiharkan sedemikian di bawah Akta Kawasan Lindungan dan
Tempat Lindungan 1959;

"kawasan pergerakan" ertinya bahagian padang terbang yang digunakan untuk


embarkasi dan menurunkan penumpang, memuat dan memunggah kargo,
penyenggaraan dan permarkiran kapaludara dan termasuklah kawasan olah gerak;

"kenderaan" ertinya apa-apa kenderaan, sama ada digerakkan secara mekanikal


atau tidak, dan termasuklah basikal, treler dan apa apa kelengkapan bergerak;

"Ketua Keselamatan" ertinya orang yang dilantik oleh syarikat berlesen sebagai
ketua pegawai penjaga keselamatan padang terbang dan termasuklah mana-mana
orang yang diberikuasa dengan sewajarnya oleh Ketua Keselamatan untuk
bertindak bagi pihaknya;

"mengisi bahan api" meliputi mengisi semula bahan api dan mengeluarkan bahan
api;

"parkir" ertinya menjadikan sesuatu kenderaan dalam keadaan terhenti dan


menyebabkannya menanti bagi apa-apa maksud selain daripada mengambil atau
menurunkan orang, barang-barang atau bagasi;

"pemandu"—

(a) berhubungan dengan sesuatu treler, termasuklah pemandu sesuatu


kenderaan yang menarik treler itu;
(b) jika seorang berasingan bertindak sebagai jurumudi sesuatu kenderaan,
termasuklah orang itu dan mana-mana orang lain yang terlibat dalam
pemanduan kenderaan itu; dan
. - 1674 - P.U.(A) 139

(c) termasuklah penunggang sesuatu basikal dan mana-mana orang yang


menggerakkan trisikal atau menolak atau menarik sesuatu kereta sorong;

"pepasangan bahan api penerbangan" ertinya apa-apa radas atau bekas,


termasuklah sesuatu kenderaan, yang direkabentuk, diperbuat atau diubahsuai bagi
menyimpan bahan api penerbangan atau bagi membekalkan bahan api itu ke
sesuatu kapaludara;

"permit" atau "pas" ertinya dokumen yang dikeluarkan kepada seseorang yang
diambil kerja di sesuatu padang terbang atau yang selainnya yang perlu mendapat
kebenaran akses ke sesuatu kawasan larangan padang terbang itu, bagi maksud
pengenalan dan memudahkan akses, dan termasuklah permit kenderaan padang
udara dan permit memandu padang udara yang dikeluarkan masing-masingnya di
bawah peraturan 105 dan 114;

"tanda lalulintas" termasuklah semua isyarat, isyarat amaran, pos, pos arah,
tanda, garisan, lampu atau alat lain untuk panduan atau panduan arah bagi orang
yang menggunakan kawasan pergerakan.

Bab 1: Padang Terbang


PADANG TERBANG BAGI PENGANGKUTAN AWAM PENUMPANG DAN ARAHAN DALAM
PENERBANGAN
97. (1) Sesuatu kapaludara yang kepadanya peraturan ini terpakai tidaklah boleh
berlepas atau mendarat di sesuatu tempat di Malaysia dan arahan dalam selain
daripada—

(a) padang terbang yang dilesenkan di bawah Peraturan-Peraturan ini


bagi kapaludara sedemikian berlepas dan mendarat; atau

(b) padang terbang Kerajaan yang diberitahu sebagai boleh digunakan


bagi kapaludara sedemikian berlepas dan mendarat, atau yang
berkenaan dengannya orang yang menjaga padang terbang itu telah
memberi kebenarannya bagi kapaludara tersebut untuk berlepas dan
mendarat mengikut mana-mana yang berkenaan,

dan mengikut apa-apa syarat yang kepadanya padang terbang itu telah diberikan
lesen atau diberitahu, atau yang kepadanya kebenaran yang telah diberikan itu
tertakluk.

(2) Subperaturan (1) hendaklah terpakai kepada—

(a) kapal terbang yang jumlah berat maksimum dibenarkan melebihi


2,730 kilogram dan yang terbang—

(i) bagi maksud pengangkutan awam penumpang;


(ii) bagi maksud tunjuk ajar dalam penerbangan diberikan
kepada mana-mana orang bagi maksud melayakkan diri
untuk diberikan lesen juruterbang atau memasukkan
sesuatu perkadaran kapaludara
. - 1675 - P.U.(A) 139

atau perkadaran malam di dalam sesuatu lesen; atau

(iii) bagi maksud menjalankan ujian penerbangan berkenaan


dengan pemberian sesuatu lesen juruterbang atau
memasukkan sesuatu perkadaran kapaludara atau
perkadaran malam di dalam sesuatu lesen;

(b) kapal terbang yang jumlah berat maksimum dibenarkan tidak


melebihi 2,730 kilogram yang terlibat sama ada dalam—

(i) perjalanan berjadual bagi maksud pengangkutan awam


penumpang;
(ii) penerbangan bagi maksud pengangkutan awam
penumpang yang bermula dan berakhir di padang
terbang yang sama;
(iii) penerbangan bagi maksud—

(aa) tunjuk ajar dalam penerbangan yang diberikan


kepada mana-mana orang bagi maksud
melayakkan diri untuk diberikan suatu lesen
juruterbang atau memasukkan sesuatu
perkadaran kapaludara atau perkadaran malam di
dalam sesuatu lesen; atau

(bb) suatu ujian penerbangan berkenaan dengan


pemberian sesuatu lesen juruterbang atau
memasukkan sesuatu perkadaran kapaludara atau
perkadaran malam di dalam sesuatu lesen; atau

(iv) penerbangan bagi maksud pengangkutan awam


penumpang di waktu malam;

(c) helikopter dan pesawat giro yang terlibat dalam penerbangan


seperti yang diperihalkan dalam subperaturan (b)(i) dan (iii);
dan

(d) glider, selain daripada glider yang diterbangkan di bawah


perkiraan yang dibuat oleh sesuatu kelab penerbangan dan
tidak membawa sesiapa kecuali seorang anggota kelab itu,
yang terbang bagi maksud pengangkutan awam penumpang
atau bagi maksud tunjuk ajar dalam penerbangan.

(3) Orang yang menjaga mana-mana kawasan di Malaysia yang dimaksudkan


untuk digunakan bagi helikopter berlepas atau mendarat di waktu malam selain
daripada sesuatu tempat seperti yang dinyatakan dalam subperaturan (1) hendaklah
menyebabkan ianya beroperasi, apabila sesuatu helikopter terbang bagi maksud
pengangkutan awam
. - 1676 - P.U.(A) 139

penumpang berlepas atau mendarat di kawasan itu pada waktu malam, lampu
sedemikian yang membolehkan juruterbang helikopter itu—

(a) dalam hal pendaratan, untuk mengenal pasti kawasan pendaratan


dalam penerbangan, untuk mengenal pasti arah mendarat dan
membuat sua dan pendaratan yang selamat; dan

(b) dalam hal berlepas, untuk berlepas dengan selamat.

(4) Sesuatu helikopter yang terbang bagi maksud pengangkutan awam


penumpang di waktu malam tidaklah boleh berlepas atau mendarat di sesuatu
tempat yang subperaturan (3) terpakai melainkan ada lampu sedemikian beroperasi.

PENGGUNAAN PADANG TERBANG KERAJAAN


98. Menteri hendaklah menyebabkan diberitahu, tertakluk kepada apa-apa syarat
yang difikirkannya patut, mana-mana padang terbang Kerajaan sebagai padang
terbang yang boleh digunakan untuk berlepas dan pendaratan apa-apa kapaludara
yang terlibat dalam penerbangan bagi maksud pengangkutan awam penumpang
atau bagi maksud tunjuk ajar dalam penerbangan atau mana-mana kelas kapaludara
sedemikian.

PELESENANPADANGTERBANG
99.(1)Sesuatu permohonan untuk pemberian sesuatu lesen bagi menubuh,
menyenggara dan mengendali sesuatu padang terbang di bawah seksyen 5A Akta
hendaklah dibuat secara bertulis kepada Menteri, dan hendaklah mengandungi, atau
disertai dengan maklumat sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah.

(2) Apabila menerima sesuatu permohonan di bawah subperaturan (1), Menteri


boleh—
(a) meluluskan perrnohonan itu dan mengeluarkan lesen kepada
pemohon dengan membayar apa-apa fee yang difikirkannya patut;
atau
(b) menolak permohonan itu.

(3) Tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah subperaturan (2) hendaklah


menyatakan—
(a) sama ada padang terbang yang dilesenkan itu boleh digunakan—

(i) untuk berlepas dan pendaratan kapaludara yang terlibat


dalam penerbangan bagi maksud pengangkutan awam; atau

(ii) oleh seseorang tertentu atau kelas orang tertentu sahaja;

(b) sama ada padang terbang itu boleh digunakan oleh—

(i) kapaludara daripada kesemua kelas dan perihalan; atau


. - 1677 - P.U.(A) 139

(ii) kapaludara tertentu atau kelas atau perihalan kapaludara


tertentu;

(c) fee tahunan yang kena dibayar oleh pemegang lesen itu:

(d) tugas-tugas tertentu pemegang lesen berhubung dengan


pengendalian dan penyenggaraan padang terbang itu; dan

(e) apa-apa perkara atau syarat lain yang dianggap perlu oleh Menteri
bagi kepentingan awam termasuklah syarat bahawa padang terbang
itu hendaklah pada setiap masa apabila ianya boleh digunakan
untuk berlepas atau pendaratan kapaludara adalah sedia untuk
perlepasan atau pendaratan kapaludara atas terma dan syarat yang
sama, dan apa-apa lesen dikeluarkan di bawah peraturan ini,
tertakluk kepada syarat sedemikian, hendaklah dikenali sebagai
suatu lesen bagi penggunaan awam.

(4) Suatu permohonan bagi membaharui lesen yang dikeluarkan di bawah


subperaturan (2) hendaklah dibuat secara bertulis kepada Menteri dan pemohon
hendaklah mengemukakan butir-butir dan maklumat sebagaimana yang dinyatakan
oleh Ketua Pengarah.

(5) Sesuatu lesen yang diberikan oleh Menteri berkenaan dengan sesuatu padang
terbang hendaklah, tertakluk kepada peraturan 87, terus berkuatkuasa bagi tempoh
sebagaimana yang dinyatakan dalam lesen itu.

(6) Pemegang lesen bagi sesuatu padang terbang yang berkenaannya suatu lesen
untuk penggunaan awam sedang berkuatkuasa hendaklah mempamerkan di suatu
tempat yang mudah dilihat di padang terbang itu suatu salinan lesen itu dan
hendaklah memberikan kepada mana-mana orang atas permintaannya maklumat
berkenaan terma lesen itu.

(7) Pemegang lesen bagi sesuatu padang terbang yang dilesenkan di bawah
Peraturan-Peraturan ini tidaklah boleh menyebabkan atau membenarkan
mana-mana syarat lesen itu dilanggari berhubungan dengan sesuatu kapaludara
yang terlibat dalam sesuatu penerbangan bagi maksud pengangkutan awam
penumpang atau tunjuk ajar dalam penerbangan tetapi lesen itu tidaklah terhenti
sahnya hanya kerana suatu pelanggaran sedemikian.

(8) Semua kapaludara tentera yang dipunyai oleh atau digunakan dalam
perkhidmatan Kerajaan hendaklah, tertakluk kepada syarat lesen itu. pada setiap
masa yang munasabah mempunyai hak akses kepada mana-mana padang terbang
berlesen.

CAJ-CAJ DIPADANG TERBANG KERAJAAN DAN DI PADANG TERBANG YANG DILESENKAN


UNTUK KEGUNAAN AWAM.
100. (1) Ketua Pengarah boleh, berhubungan dengan mana-mana padang terbang
Kerajaan yang diberitahu menurut peraturan 98, atau berhubungan dengan
mana-mana padang terbang yang baginya suatu lesen untuk kegunaan awam telah
dikeluarkan, atau kepadamana-mana padang terbang itu amnya atau kepada
mana-mana kelas padang terbang, menetapkan caj-caj, atau caj-caj maksimum yang
. - 1678 - P.U.(A) 139

boleh dikenakan bagi mengguna padang terbang itu dan bagi apa-apa perkhidmatan
yang diberikan di padang terbang itu pada atau berkaitan dengan kapaludara, dan
boleh selanjutnya menetapkan syarat yang perlu dipatuhi berhubungan dengan
caj-caj tersebut dan perlaksanaan perkhidmatan itu.

(2) Pemegang lesen sesuatu padang terbang yang berhubungan dengannya Ketua
Pengarah telah menetapkan apa-apa caj atau syarat di bawah subperaturan (1)
tidaklah boleh menyebabkan atau membenarkan apa-apa caj dibuat yang
berlanggaran dengan caj-caj yang ditetapkan, dan hendaklah menyebabkan
butir-butir caj-caj yang ditetapkan itu dipamerkan di padang terbang itu pada
tempat dan dengan cara di mana maklumat itu mudah didapati oleh mana-mana
orang yang terjejas olehnya.

(3) Pemegang lesen mana-mana padang terbang yang berkenaan dengannya


suatu lesen untuk kegunaan awam telah dikeluarkan hendaklah, apabila
dikehendaki oleh Ketua Pengarah, memberikan kepadanya apa-apa butir mengenai
caj-caj yang dikenakan oleh pemegang lesen itu bagi menggunakan padang terbang
itu atau apa-apa kemudahan yang diadakan di padang terbang itu untuk
keselamatan, kocekapan atau ketetapan penerbangan udara.

PENGGUNAAN PADANG TERBANG OLEH KAPALUDARA NEGARA-NEGARA PEJANJI


101. Orang yang menjaga mana-mana padang terbang di Malaysia yang terbuka
kepada kegunaan awam oleh mana-mana kapaludara Malaysia, sama ada padang
terbang itu adalah padang terbangi.berlesen atau tidak, hendaklah menyebabkan
padang terbang itu, dan semua kemudahan penerbangan udara yang diadakan di
situ, boleh didapati untuk digunakan oleh mana-mana kapaludara yang didaftarkan
di Negara Pejanji lain atas terma dan syarat yang sama seperti yang digunakan oleh
mana-mana kapaludara Malaysia.

BUNYI BISING KAPALUDARA


102. (1) Sesuatu kapaludara tidak boleh mendarat atau berlepas di Malaysia
melainkan—

(a) adanya berkuatkuasa berkenaan dengan kapaludara itu suatu


perakuan bunyi bising yang—

(i) disifatkan sebagai yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah di


bawah subperaturan (2);

(ii) dikeluarkan atau disahkan oleh pihak berkuasa kompeten


Negara di mana kapaludara itu didaftarkan, selaku Negara yang
mengenakan piawai yang pada pendapat Ketua Pengarah yang
pada matannya setara dengan yang di dalam Aneks 16; atau

(iii) dikeluarkan atau disahkan menurut Aneks 16 oleh pihak


berkuasa kompeten Negara di mana kapaludara itu didaftarkan;
dan

(b) semua syarat yang kepadanya perakuan yang dikeluarkan itu


tertakluk adalah dipatuhi.
. - 1679 - P.U.(A) 139

(2) Jika pembuat sesuatu kapaludara yang terlibat dalam penerbangan udara
telah memasukkan dalam manual penerbangan bagi kapaludara itu suatu penyataan
yang menyatakan bahawa kapaludara itu—

(a) menepati piawai yang relevan berkenaan dengan bunyi bising yang
terkandung dalam Aneks 16; atau

(b) mematuhi kehendak-kehendak sesuatu Negara Pejanji berhubung


dengan pengawaian bunyi bising kapaludara iaitu kehendak-kehendak
yang pada pendapat Ketua Pengarah yang pada matannya adalah setara
dengan yang di dalam Aneks 1 6,

ia hendaklah disifatkan sebagai telah dikeluarkan di bawah subperaturan ( I ) suatu


perakuan bunyi bising berhubungan dengan kapaludara itu.

(3) Subperaturan (1) dan (2) hendaklah terpakai kepada tiap-tiap kapaludara
yang mendarat atau berlepas di Malaysia kecuali kapaludara yang terbang menurut
"Syarat-syarat A" atau "Syarat-syarat B" yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

(4) Bunyi bising dan gegaran boleh disebabkan oleh sesuatu kapaludara,
termasuk kapaludara tentera, di padang terbang Kerajaan, padang terbang berlesen
atau padang terbang di mana kerja pembuatan, pembaikan atau penyenggaraan
kapaludara sedang dijalankan oleh orang yang menjalankan urusan sebagai
pembuat atau pembaik kapaludara, di bawah syarat yang berikut, iaitu, sama ada
semasa dalam pembuatan kapaludara itu atau selainnya—

(a) kapaludara itu berlepas atau mendarat;

(b) kapaludara itu bergerak di atas tanah atau air; atau

(c) enjin-enjin dalam kapaludara itu dijalankan—

(i) bagi maksud memastikan prestasi mereka memuaskan;

(ii) bagi maksud membawanya kepada suhu yang betul sebagai


persediaan untuk, atau diakhir, sesuatu penerbangan; atau

(iii) bagi maksud memastikan bahawa instrumen, aksesori atau


komponen lain kapaludara itu berada dalam keadaan yang
memuaskan:

Dengan syarat bahawa apa-apa bunyi bising atau gogaran sedemikian tidak
melampaui paras yang dinyatakan dalam Aneks 16.

(5) Tertakluk kepada bukti pematuhan syarat yang dinyatakan dalam Aneks 16,
sesuatu perakuan bunyi bising boleh dikeluarkan kepada sesuatu kapal terbang yang
berdaftar di Malaysia melalui permohonan oleh pengendali yang berkenaan kepada
Ketua Pengarah.
. - 1680 - P.U.(A) 139

(6) Ketua Pengarah boleh mengecualikan, sama ada secara mutlak atau
tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut, mana-mana kapaludara
atau orang daripada peraturan ini.

(7) Bagi maksud peraturan ini, "perakuan bunyi bising" ertinya sesuatu
perakuan yang dikeluarkan atau disahkan atau dokumen lain yang diluluskan oleh
pihak berkuasa kompeten sesuatu Negara yang menyatakan bahawa kapaludara itu,
yang kepadanya perakuan atau dokumen lain itu adalah berkaitan, mematuhi
kehendak-kehendak perakuan bunyi bising yang terpakai di Negara itu.

(8) Subseksyen 20(2) Akta hendaklah terpakai kepada padang terbang yang
dinyatakan dalam subperaturan (4).
BAHAN API PENERBANGAN DI PADANG TERBANG
103.. (1) Seseorang yang menguruskan mana-mana pepasangan bahan api
penerbangan di sesuatu padang terbang di Malaysia tidaklah boleh menyebabkan
atau membenarkan apa-apa bahan api dihantarserahkan ke pepasangan itu atau
daripadanya ke sesuatu kapaludara melainkan—

(a) apabila bahan api penerbangan itu dihantar ke dalam pepasangan itu,
dia berpuas hati bahawa—

(i) pepasangan itu berupaya menyimpan dan mengeluarkan


bahan api itu yang menjadikannya tak sesuai untuk
digunakan dalam kapaludara;

(ii) pepasangan itu ditanda dalam cara yang sesuai dengan gred
bahan api yang disimpan atau jika gred yang berlainan
disimpan di bahagian yang berlainan, setiap bahagian
pepasangan itu ditandakan sedemikian; dan

(iii) dalam hal penghantarserahan ke dalam pepasangan itu atau


bahagian daripada sesuatu kenderaan atau vesel, bahan api
itu telah diambil contoh dan adalah daripada gred yang
bersesuaian dengan pepasangan itu atau bahagian
pepasangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan
adalah sesuai untuk digunakan dalam kapaludara; dan

(b) apabila apa-apa bahan api penerbangan dikeluarkan daripada


pepasangan itu, dia berpuas hati yang hasil daripada pengambilan
contoh itu bahan api itu adalah sesuai untuk digunakan dalam
kapaludara

Dengan syarat bahawa subperaturan ini tidaklah terpakai berkenaan dengan


bahan api yang telah dikeluarkan daripada sesuatu kapaludara dan dimaksudkan
untuk digunakan dalam sesuatu kapaludara lain yang dikendalikan oleh pengendali
yang sama yang mengendalikan kapaludara yang daripadanya bahan api itu telah
dikeluarkan.
. - 1681 - P.U.(A) 139

(2) Seseorang yang kepadanya subperaturan (I) terpakai hendaklah menyimpan


suatu rekod bertulis berkenaan dengan setiap pepasangan yang diuruskan olehnya,
dan butir-butir yang kena direkodkan termasuklah—

(a) butir-butir gred dan kuantiti bahan api penerbangan yang telah
hantarserahkan dan tarikh penghantarserahan itu;

(b) butir-butir semua contoh yang telah diambil daripada bahan api
penerbangan dan hasil ujian contoh-contoh itu; dan

(c) butir-butir penyenggaraan dan pembersihan pepasangan itu,

dan dia hendaklah menyimpankekal rekod bertulis itu bagi tempoh selama dua
belas bulan atau tempoh yang lebih lama sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua
Pengarah dalam sesuatu hal tertentu dan hendaklah, dalam tempoh masa yang
munasabah selepas diminta berbuat demikian oleh Ketua Pengarah, mengemukakan
rekod tersebut kepadanya.

(3) Tiada seorang pun boleh menyebabkan atau membenarkan apa-apa bahan api
penerbangan dikeluarkan untuk digunakan dalam sesuatu kapaludara jika dia
mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa bahan api itu tidak
sesuai untuk digunakan dalam kapaludara itu.

(4) Jika ternyata kepada Ketua Pengarah bahawa apa-apa bahan api penerbangan
adalah dimaksudkan atau berkemungkinan dihantarserahkan berlanggaran dengan
mana-mana peruntukan peraturan ini, Ketua Pengarah bolehlah mengarahkan orang
yang mengurus pepasangan itu untuk tidak membenarkan bahan api itu dikeluarkan
daripada pepasangan itu sehingga arahan itu telah dibatalkan olehnya.

MENGISI BAHAN API KAPALUDARA


104. Semua kapaludara yang mendarat di mana-mana tempat di Malaysia
hendaklah mematuhi prosedur keselamatan mengisi bahan api menurut panduan
mengenai amalan-amalan mengisi bahan api kapaludara sebagaimana yang
terkandung dalam peruntukan-peruntukan ICAO dalam Manual Perkhidmatan
Lapangan Terbang seperti yang dipinda dari semasa ke semasa tertakluk kepada
apa-apa pengubahsuaian yang dibuat oleh Ketua Pengarah.

Bab 2: Peraturan Kawasan Pergerakan


PERIMIT KENDERAAN PADANG UDARA DALAM KAWASAN PERGERAKKAN
105. (l) Kecuali diperuntukkan selainnya dalam Peraturan-Peraturan ini, tiada
seorang pun boleh menggunakan atau menyebababkan atau membenarkan
digunakan sesuatu kenderaan dalam kawasan pergerakan melainkan ada
berkuatkuasa berkenaan dengan kenderaan itu suatu permit kenderaan padang udara
yang dikeluarkan di bawah peraturan ini.
. - 1682 - P.U.(A) 139

(2) Sesuatu permohonan bagi permit kenderaan padang udara berkenaan dengan
mana-mana kenderaan hendaklah dibuat kepada Ketua Keselamatan.

(3) Ketua Keselamatan boleh mengeluarkan suatu permit kenderaan padang


udara bagi mana-mana kenderaan jika dia berpuas hati bahawa—

(a) dalam hal sesuatu kenderaan yang hendak digunakan dalam


lingkungan lima belas meter daripada sesuatu kapaludara,
kenderaan itu mematuhi peruntukan Bahagian A dan B Jadual
Kelima Belas; dan

(b) dalam hal mana-mana kenderaan lain, kenderaan itu mematuhi


peruntukan Bahagian B Jadual yang sama.

(4) Ketua Keselamatan boleh mengenakan apa-apa syarat patut dalam


mana-mana permit kenderaan padang udara sebagaimana yang difikirkannya patut.

(5) Pemegang sesuatu permit kenderaan padang udara hendaklah mematuhi


semua syarat yang terkandung dalam permit itu.

(6) Sesuatu permit kenderaan padang udara hendaklah dalam bentuk


sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Keselamatan dan hendaklah berkuatkuasa
selama satu tahun.

(7) Fee yang kena dibayar bagi sesuatu permit kenderaan padang udara
hendaklah menurut kadar yang ditetapkan dalam Jadual Kedua Belas dan hendaklah
dibayar terlebih dahulu.

(8) Ketua Keselamatan boleh membenarkan sesuatu bayaran balik suatu


amaun berkadar fee yang dibayar berkenaan dengan mana-mana tempoh yang tidak
kurang daripada tiga bulan jika ianya dibuktikan dengan memuaskan hatinya
bahawa kenderaan itu telah tidak atau tidak akan digunakan dalam kawasan
pergerakan dalam tempoh itu.

(9) Ketua Keselamatan boleh pada bila-bila masa membatalkan mana-mana


permit kenderaan padang udara tanpa memberikan apaapa sebab mengenainya.

(10) Jika sesuatu permit kenderaan padang udara telah dibatalkan di bawah
subperaturan (9), pemegangnya hendaklah menyerahbalik permit itu dengan
serta-merta dan dia adalah berhak untuk menuntut balik fee yang telah dibayar bagi
tempoh permit itu yang belum luput.

(11) Subperaturan (1) tidaklah terpakai kepada—

(a) mana-mana kenderaan yang berkenaan dengannya, suatu permit


masuk sementara telah dikeluarkan oleh Ketua Keselamatan di
bawah subperaturan (12) bagi kenderaan itu memasuki kawasan
pergerakan; atau
. - 1683 - P.U.(A) 139

(b) mana-mana kenderaan yang memasuki kawasan pergerakan untuk


mengurus sesuatu kecemasan.

(12) Sesuatu permit masuk sementara boleh dikeluarkan oleh Ketua


Keselamatan bagi mana-mana kenderaan untuk memasuki kawasan pergerakan
untuk menurunkan kakitangan, menghantarserah kelengkapan berat atau bagi
maksud lain yang diluluskan.

(13) Sesuatu permit masuk sementara boleh dikeluarkan tertakluk kepada


apa-apa syarat sebagaimana yang Ketua Keselamatan fikirkan patut untuk
dikenakan dalam mana-mana kes tertentu.

(14) Tiap-tiap kenderaan yang memasuki kawasan pergerakan menurut


sesuatu permit masuk sementara yang dikeluarkan di bawah subperaturan (12)
hendaklah—

(a) disertai oleh pemegang permit memandu di padang udara yang


hendaklah bertindak sebagai jurumudi kenderaan itu;
(b) mempamerkan suatu bendera berpetak jenis pengaturan di bahagian
tertinggi enderaan itu;
(c) tidak memasuki mana-mana hangar kapaludara;
(d) tidak diparkir atau dipandu dalam lingkungan lima belas meter
daripada sesuatu kapaludara tanpa diiringi oleh pasukan bomba;
dan
(e) mematuhi apa-apa syarat lain sebagaimana yang dikenakan oleh
Ketua Keselamatan.

(15) Mana-mana orang yang, adalah pemandu sesuatu kenderaan yang


dikeluarkan suatu permit masuk sementara di bawah subperaturan (12), bertindak
berlanggaran dengan subperaturan (14) adalah melakukan suatu kesalahan.
PERINIT MEMANDU DI PADANG UDARA DALAM KAWASAN PERGERAKKAN
106. (1) Kecuali diperuntukkan selainnya dalam Peraturan-Peraturan ini, tiada
seorang pun boleh memandu sesuatu kenderaan apa-apa jua jenis di dalam kawasan
pergerakan melainkan dia memegang suatu permit memandu di padang udara yang
sah yang membenarkannya memandu kenderaan dari jenis itu dan tiada seseorang
pun boleh menggunakhidmat atau membenarkan seseorang lain untuk memandu
sesuatu kenderaan dalam kawasan pergerakan melainkan orang yang
digunakbidmat atau dibenarkan untuk memandu itu adalah pemegang sesuatu
permit sedemikian.

(2) Seseorang yang berhasrat mendapatkan suatu permit memandu di padang


udara hendaklah mengemukakan suatu permohonan dalam bentuk yang dinyatakan
oleh Ketua Keselamatan dan hendaklah memberi apa-apa butir sebagaimana yang
diarahkan oleh Ketua Pengarah.

(3) Ketua Keselamatan hendaklah menyebabkan suatu ujian dijalankan sebelum


memberi sesuatu permit memandu di padang udara.
. - 1684 - P.U.(A) 139

(4) Ketua Keselamatan bolehlah, apabila berpuas hati bahawa pemohon itu
adalah kompeten untuk memandu kenderaan daripada jenis yang diperihalkan
berkenaan dengannya permit memandu di padang udara yang dikeluarkan itu, dan
bahawa pemohon mempunyai pengetahuan yang baik mengenai peruntukan-
peruntukan Bahagian ini, mengeluarkan permit memandu di padang udara kepada
pemohon itu.

(5) Ketua Keselamatan boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang


difikirkannya patut dalam sesuatu permit memandu di padang udara.

(6) Pemegang sesuatu permit memandu di padang udara hendaklah mematuhi


semua syarat yang terkandung dalam permit itu.

(7) Sesuatu permit memandu di padang udara boleh membenarkan


pemegangnya untuk memandu kenderaan daripada semua jenis atau boleh,
mengikut budi bicara Ketua Keselamatan, menghadkan kepada kenderaan daripada
satu atau beberapa jenis tertentu.

(8) Sesuatu permit memandu di padang udara hendaklah berkuatkuasa selama


tempoh satu tahun.

(9) Fee yang kena dibayar bagi sesuatu permit memandu di padang udara
hendaklah seperti yang ditetapkan dalam Jadual Kedua Belas.

(10) Ketua Keselamatan boleh pada bila-bila masa membatalkan mana-mana


permit memandu di padang udara tanpa memberikan apa-apa sebab bagi
pembatalan itu.

(II) Jika sesuatu permit memandu di padang udara telah dibatalkan di bawah
subperenggan (10), pemegang permit itu hendaklah, apabila diberitahu oleh Ketua
Keselamatan mengenai pembatalan itu, menyerahbalik permit itu dengan
serta-merta.

(12) Jika seseorang telah dikeluarkan dengan suatu permit memandu di padang
udara bagi maksud memandu sesuatu kenderaan di dalam kawasan pergerakan bagi
menjalankan urusan majikannya, dia hendaklah menyerahbalik dengan serta-merta
permitnya apabila tamat penggajiannya dengan majikannya itu.

(13) Subperaturan (1) tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang memandu
sesuatu kenderaan di dalam kawasan pergerakan apabila ada berkuatkuasa
berkenaan dengan kenderaan itu suatu permit masuk sementara yang dikeluarkan di
bawah perenggan 105(1 l)(a).

PENGGUNAAN KAWASAN PERGERAKKAN


107. (l) Tiada seorang pun boleh memandu sesuatu kenderaan dikawasan
pergerakan dengan kelajuan yang melebihi dua puluh lima kilometer atau lima
belas batu sejam.
. - 1685 - P.U.(A) 139

(2) Pemandu tiap-tiap kenderaan dalam kawasan pergerakan hendaklah


mematuhi apa-apa arahan atau petunjuk lisan yang diberikan oleh mana-mana
pegawai berkuasa yang pada masa itu bertugas mengawal lalulintas di dalam
kawasan pergerakan.

(3) Tiap-tiap kenderaan di dalam kawasan pergerakan hendaklah memberi


laluan kepada sesuatu kapaludara pada setiap masa dan hendaklah memberi
kelegaan seluas-luasnya kepada kapaludara itu.

(4) Orang yang menjaga sesuatu kenderaan tidak boleh meninggalkan


kenderaan itu tanpa ditunggu di dalam kawasan pergerakan dan sekiranya berlaku
sebarang kerosakan, dia hendaklah menarik perhatian orang kepada masalahnya itu.

(5) Pemandu sesuatu kenderaan yang hendak meneruskan perjalanan ke


mana-mana bahagian kawasan pergerakan selain daripada apron hendaklah
mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Pengawal Menara Tugas sebelum
meneruskan perjalanan ke tempat yang ditujuinya.

(6) Tiap-tiap kenderaan yang pada mula hendak memasuki kawasan olah gerak
hendaklah berhenti di tempat masuk ke dalam kawasan olah gerak itu dan
pemandunya hendaklah terlebih dahulu memastikan bahawa tidak ada pergerakan
kapaludara sebelum meneruskan perjalanan masuk ke kawasan olah gerak itu.

(7) Pemandu sesuatu kenderaan tidaklah boleh memotong dan berselisihan


dengan mana-mana kenderaan lain ke arah yang sama di kawasan pergerakan.

(8) Tiada seorang pun boleh memarkir sesuatu kenderaan di dalam atau
berhampiran dengan kawasan olah gerak atau di laluan komunikasi di atas apron
itu.

(9) Pemandu tiap-tiap kenderaan di dalam kawasan pergerakan hendaklah


menyebabkan kenderaannya bergerak perlahan-lahan apabila ia menghampiri
sesuatu kapaludara yang sedang menurunkan atau mengambil penumpang.

(10) Pemandu tiap-tiap kenderaan di dalam kawasan pergerakan hendaklah


memberikan laluan yang bebas dan tak terganggu kepada tiap-tiap penumpang
kapaludara yang berada di dalam kawasan pergerakan dan tiap-tiap penumpang
kapaludara itu hendaklah mempunyai keutamaan mengatasi semua kenderaan yang
lalulintas.

(11) Pemandu sesuatu kenderaan di dalam kawasan pergerakan yang mendekati


sesuatu kapaludara hendaklah menyebabkan kenderaan itu mendekati kapaludara
itu daripada suatu sudut dan hendaklah sentiasa berada di sebelah kanan kapaludara
itu untuk mengelakkan pelanggaran sekiranya berlaku apa-apa kerosakan kepada
brek kendereannya.
. - 1686 - P.U.(A) 139

(12) Tiada seorang pun pemandu mana-mana kenderaan di dalam kawasan


pergerakan boleh menghidupkan enjin kenderaan itu apabila kenderaan itu berada
berdekatan dengan sesuatu kapaludara yang sedang diisi bahan api.

(13) Pemandu sesuatu kenderaan di dalam kawasan pergerakan tidak boleh


menyebabkan kenderaan itu mendatangi atau berhenti di bawah sayap, di ekor atau
fiuslaj sesuatu kapaludara kecuali bila kenderaan itu digunakan bagi maksud
menservis kapaludara itu atau kenderaan itu diarah berbuat demikian oleh seorang
marsyaler.

(14) Tiada suatu pun kenderaan boleh mendekati sesuatu kapaludara yang
enjinnya sedang berjalan.

( 15) Tiap-tiap kenderaan di dalam kawasan pergerakan hendaklah berada sejauh


lima meter daripada sesuatu kapaludara. --

(16) Tiada seorang pun boleh memandu sesuatu kenderaan di dalam kawasan
pergerakan di antara sesuatu kapaludara dengan bobendul jalan apron apabila
kapaludara itu diparkir di suatu petak bersebelahan dengan bebendul jalan dengan
kedudukan yang sedemikian sehingga tiada jalan laluan untuk kenderaan itu
bergerak dengan tak terbatas.

(17) Pemandu tiap-tiap kenderaan yang bergerak di atas landasan terbang atau
taksian hendaklah, setakat mana yang boleh, memandu kenderaan itu di sebelah
kanan landasan terbang atau taksian itu.

(18) Lampu merah yang ditempatkan di suatu sektor apron adalah untuk
menunjukkan bahawa sektor itu ditutup kepada semua lalulintas kenderaan dan
pejalan kaki dan mana-mana kenderaan atau pejalan kaki yang melintasi sektor itu
hendaklah segera beralih ke sebelah tepi sektor itu untuk memberi laluan kepada
kapaludara.

(19) Sesuatu kenderaan yang tidak dilengkapkan dengan sistem perhubungan


radio dua-hala kebiasaanya tidak dibenarkan berada di atas landasan terbang atau
taksian, tetapi jika kenderaan itu dibenarkan dengan dinyatakan oleh Pengawal
Menara Tugas ke dalam mana-mana kawasan ini, pergerakan kenderaan itu
hendaklah dikawal pada setiap masa dengan menggunakan isyarat lampu yang
berikut—

(a) lampu hijau berterusan yang diarahkan kepada kenderaan itu yang
berada di atas atau mendekati landasan terbang atau taksian adalah
membenarkan pergerakan di atas landasan terbang atau taksian itu;

(b) lampu merah berterusan yang diarahkan kepada kenderaan yang


berada di atas atau mendekati landasan terbang atau taksian adalah
menunjukkan bahawa apa-apa pergerakan di atas landasan terbang
atau taksian itu dilarang buat sementara dan kenderaan itu hendaklah
berhenti dengan serta- merta ;
. - 1687 - P.U.(A) 139

(c) lampu merah berkelip-kelip menunjukkan bahawa kenderaan itu


mestilah meninggalkan landasan terbang atau taksian dengan serta
merta dan beriaga-jaga terhadap kehadiran mana-mana kapaludara;

(d) lampu hijau berkelip-kelip menunjukkan bahawa kenderaan yang


telah diperintahkan untuk meninggalkan landasan terbang atau
taksian boleh kembali semula ke landasan terbang atau taksian atau
dibenarkan untuk menyeberangi kawasan pendaratan; dan

(e) lampu putih berkelip-kelip menunjukkan bahawa kenderaan itu


hendaklah meninggalkan kawasan olah gerak dan kembali semula
dengan serta merta ke tempat permulaannya.

(20) Tiada seorang pun yang dibenarkan melintasi kawasan pergerakan dengan
bergerak di hadapan laluan sesuatu kapaludara yang sedang mentaksi.

(21) Tiap-tiap orang, selain daripada anggota penyenggaraan yang mengeriakan


sesuatu kapaludara, hendaklah menjauhkan diri daripada enjin kapaludara itu dan
tidak boleh lalu dalam lingkungan lapan meter daripada penyedut udara atau dalam
lingkungan empat puluh enam meter daripada belakang sesuatu enjin jet yang
sedang berjalan.

(22) Mana-mana pelawat yang berhasrat meneruskan perjalanan ke apron


hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengawal Menara Tugas terlebih dahulu.

(23) Mana-mana pelawat yang berhasrat untuk terus bergerak ke landasan


terbang atau taksian hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengawal Menara
Tugas terlebih dahuiu.

(24) Orang yang bertanggungjawab atas sesuatu tanjakan atau kenderaan


hendaklah mengalihkan tanjakan atau kenderaan itu dan petak parkir kapaludara
sebaik sahaja sesuatu kapaludara telah mentaksi dari situ.

(25) Tiada seorang pun boleh membuang apa-apa sampah sarap atau kotoran di
atas apron.

(26) Tiap-tiap orang yang bertugas dalam kerja menservis sesuatu kapaludara
hendaklah memeriksa petak parkir kapaludara sebaik sahaja selepas kapaludara
telah diserviskan untuk memastikan bahawa benda-benda seperti nat, bolt dan pin
cemat belah tidak ditinggalkan bersepah merata-rata.

(27) Tiada seorang pun boleh meninggalkan atau meletak apa apa benda atau
barang atas sesuatu kapaludara.

(28) Tiada seorang pun boleh merokok di atas apron atau di dalam hangar.
. - 1688 - P.U.(A) 139

(29) Tiada penumpang boleb meneruskan perjalanan ke apron tanpa diiringi


oleh seorang wakil sesuatu talian udara.

(30) Tiada seorang pun selain daripada pemandu sesuatu kenderaan boleh
menaiki kenderaan itu di dalam kawasan pergerakan melainkan dia duduk di tempat
duduk penumpang yang disediakan dalam kenderaan itu atau berdiri di suatu
bahagian kenderaan itu yang telah dibina untuk penumpang yang berdiri.
Subperaturan ini tidaklah terpakal bagi troli bagasi.

(31) Tiada kenderaan boleh ditarik oleh sesuatu kenderaan lain di dalam
kawasan pergerakan melainkan jika suatu palang tank yang sesuai digunakan bagi
maksud itu.

(32) Pemunya tiap-tiap kenderaan yang digunakan di dalam kawasan pergerakan


hendaklah memastikan bahawa kenderaan itu disenggarakan dalam keadaan baik
dan boleh digunakan.

TANDA LALULINTAS
108.(1) Ketua Keselamatan boleh menyebabkan atau membenarkan tanda
lalulintas ditempatkan atau didirikan di dalam kawasan pergerakan, atau di atas
mana-mana jalan atau di mana-mana tempat dalam sesuatu padang terbang.

(2) Tiap-tiap pemandu sesuatu kenderaan yang menggunakan kawasan


pergerakan atau mana-mana jalan atau tempat di dalam sesuatu padang terbang
hendaklah mematuhi petunjuk yang diberikan oleh tanda lalulintas yang
ditempatkan atau didirikan di dalam kawasan pergerakan itu atau di atas jalan atau
di tempat itu jika ianya adalah tanda untuk pergerakan lalulintas atau menunjukkan
laluan yang hendak diikuti oleh lalulintas.

MEMAKIR
109.(1) Ketua Keselamatan boleh menetapkan mana-mana bahagian ,esuatu padang
terbang sebagai tempat parkiran bagi kenderaan, dan Liada seorang pun yang
memarkir sesuatukenderaan di tempat parkiran itu boleh mempertanggungjawabkan
Ketua Pengarah atas apa-apa kehilangan atau kerosakan kepada kenderaan itu atau
apaipa barang di dalamnya.

(2) Tiada seorang pun boleh rnemarkir sesuatu kenderaan atau nenyebabkan
atau membenarkan sesuatu kenderaan ditinggalkan begitu sahaja di mana-mana
tempat dalam sesuatu padang terbang ialam kedudukan, keadaan atau dalam hal
keadaan yang bermungkinan menyebabkan bahaya, halangan atau kesusahan tak
wajar kepada pengguna lain padang terbang itu atau kepada lalulintas di dalam
padang terbang itu.

(3) Jika sesuatu kenderaan diparkirkan di mana-mana tempat lalam sesuatu


padang terbang berlanggaran dengan subperaturan 2), Ketua Keselamatan bolehlah
menyebabkan kenderaan itu dialih dan pemunya atau pemandunya hendaklah
membayar kos atau caj untuk mengalihkan kenderaan itu.
. - 1689 - P.U.(A) 139

(4) Tiada seorang pun boleh memarkir sesuatu kenderaan-

(a) di alas mana-mana jalan dalam sesuatu padang terbang di antara


pinggir jalan dengan mana-mana bahagian sesuatu garisan putih tak putus
atau garisan kembar putih yang dicatkan pada jalan itu; atau
(b) di tepi mana-mana jalan dalam sesuatu padang terbang jika pada
bahagian tepi jalan itu, ada dicatkan suatu garisan kuning tak putus.
(5) Tiada seorang pun boleh memarkir atau memberhentikan sesuatu kenderaan
di atas kaki lima mana-mana jalan dalam sesuatu padang terbang.
KENDERAAN HENDAKLAH DILESENKAN
110.(1) Tiada seorang pun boleh menggunakan sesuatu kenderaan atau
menyebabkan atau membenarkan sesuatu kenderaan digunakan dalam sesuatu
padang terbang melainkan jika ada berkuatkuasanya berkenaan dengan kenderaan
itu, suatu lesen kenderaan motor yang dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan
Jalan 1987.
AKTA 333
(2) Subperaturan (1) tidaklah terpakai bagi mana-mana kenderaan yang
berkenaan dengannya ada berkuatkuasa suatu permit kenderaan padang udara yang
dikeluarkan di bawah peraturan 106.
KEWAJIPAN UNTUK MEMATUHI ARAHAN LALULINTAS
111 Pemandu tiap-tiap kenderaan dalam sesuatu padang terbang hendaklah
mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh mana-mana pegawai yang
diberikuasa yang pada masa itu bertugas mengawal lalulintas dalam padang terbang
itu.
KEWAJIPAN UNTUK MEMATUHI ARAHAN YANG SAH DI SISI UNDANG-UNDANG
112. Tiap-tiap orang di premis sesuatu padang terbang hendaklah mematuhi arahan
sah yang diberikan oleh seseorang pegawai yang diberikuasa.

KEWAJIPAN JIKA BERLAKU KEMALANGAN DI PADAN TERBANG


113. Jika, dalam apajua hal disebabkan adanya sesuatu kenderaan dalam sesuatu
padang terbang selain daripada di kawasan pergerakan, suatu kemalangan berlaku
di mana menyebabkan kerosakan atau kecederaan kepada mana-mana orang,
kenderaan, binaan atau binatang, pemandu kenderaan itu hendaklah-
(a) berhenti dan, jika di kehendaki berbuat demikian oleh mana-mana
orang yang mempunyai sebab yang munasabah bagi menghendaki
sedemikian, memberikan nama dan alamatnya dan juga nama dan
alamat pemunya kenderaan itu dan tanda pengenalan kenderaan itu;
dan
(b) melaporkan kemalangan itu kepada pegawai polis dengan seberapa
segera yang semunasabahnya praktik tetapi tidak lewat daripada
dua puluh empat jam selepas berlakunya kemalangan itu.
. - 1690 - P.U.(A) 139

PAS LAPANGAN TERBANG


AKTA 298
114. (1) Walau apa pun Bahagian ini, peraturan ini tidaklah terpakai bagi padang
terbang yang dusytiharkan sebagai tempat larangan di bawah Akta Kawasan
Larangan dan Tempat Larangan 1959.
(2) Syarikat berlesen hendaklah mengambil segala langkah yang perlu untuk
memastikan bahawa kawasan larangan setiap padang terbang yang dikendalikan
oleh syarikat berlesen itu, diperenggankan dengan jelas dan, dibawa kepada
pengetahuan umum orang ramal.
(3) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Bahagian ini, tiada
seorang pun boleh masuk ke dalam atau berada di dalam kawasan larangan sesuatu
padang terbang melainkan dia meiniliki pas lapangan terbang yang dikeluarkan
oleh Ketua Keselamatan.

(4) Ketua Keselamatan boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang


difikirkannya patut dalam mana-mana pas lapangan terbang.
(5)Pemegang sesuatu pas lapangan terbang hendaklah mematuhi semua syarat
yang terkandung dalam pas lapangan terbang itu.

(6) Sesuatu pas lapangan terbang hendaklah sah bagi suatu tempoh tidak
melebihi dua tahun.
(7) Fee yang kena dibayar bagi sesuatu pas lapangan terbang hendaklah seperti
yang ditetapkan dalam Jadual Kedua Belas.
(8) Superaturan (3) tidaklah terpakai kepada mana-mana orang yang masuk ke
dalam alan berada di dalar~ kawasan larangan sesuatu padang terbang jika dia
adalah pemegang suatu pas lapangan terbang sementara yang dikeluarkan oleh
Ketua Keselamatan.
(9) Ketua Keselamatan boleh mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang
difikirkannya patut dalam mana-mana pas lapangan terbang sementara.
(10)Pemegang sesualu pas lapangan terbang sementara hendaklah mematuhi
semua syarat yang terkandung dalam pas lapangan terbang sementara itu.
KETUA PENGARAH BOLEH MEMBERI ARAHAN
115. Ketua Pengarah boleh, dari masa ke semasa, mengeluarkan arahan kepada
Ketua Keselamatan berhubungan dengan apa-apa perkara di bawah peraturan 105
hingga 114 dan, khususnya, arahan berkenaan dengan syarat yang hendaklah
dikenakan dalam sesuatu permit kenderaan padang udara, permit masuk sementara,
permit memandu di padang udara, pas lapangan terbang atau pas lapangan lerbang
sementara yang dikeluarkan di bawah peraturan tersebut.
PERKHIDMATAN KECEMASAN DAN PERKHIDMATAN LAIN
116. Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa
kemudahan bagi perkhidmatan kecemasan dan perkhidmatan lain diadakan dan
disenggarakan di semua lapangan terbang antarabangsa di Malaysia pada setiap
masa menurut Aneks 14.
. - 1691 - P.U.(A) 139

Bab: Lampu dan Stesen Radio Aeronautik


LAMPU-LAMPU AERONAUTIKA BUINI
117. (1) Seseorang tidaklah boleh mengadakan atau menyenggara sesuatu lampu
aeronautika bumi di Malaysia kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah dan
mengikut apa-apa syaral yang tertakiuk kepada kebenaran yang diberikan.
(2) Seseorang tidak boleh mengubah sifat sesualu lampu aeronautika bumi
di Malaysia kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah dan mengikut apa-apa syarat
yang kepadanya kebenaran yang diberikan itu adalah tertakiuk.
(3) Seseorang tidaklah boleh dengan sengaja alan cuai merosakkan atau
mengganggu mana-mana lampu aeronautika bumi yang diadakan atau
disenggarakan oleh, atau dengan kebenaran, Ketua Pengarah.
LAMPU BERBAHAYA
118. (1) Seseorang tidaklah boleh mempamerkan di Malaysia apa-L apa lampu
yang-
(a) disebabkan silauannya, boleh membahayakan kapaludara yang
berlepas atau mendarat di sesuatu padang terbang; alan
(b) disebabkan kemungkinan ianya disalah anggap sebagai lampu
aeronautika bumi, boleh membahayakan kapaludara.
(2) Jika sesuatu lampu yang lernyata kepada Ketua Pengarah adalah lampu
yang sedemikian seperti yang tersebut di alas dipamerkan, Ketua Pengarah boleh
menyebabkan suatu notis diserahkan kepada orang yang menduduki tempat di mana
lampu itu dipamerkan atau yang bertanggungjawab terhadap lampu itu,
mengarahkan orang itu, dalam tempoh yang munasabah yang dinyatakan dalam
notis itu, untuk mengambil langkah seperti yang dinyatakan dalam notis itu untuk
memadamkan atau melindungi lampu itu dan mencegah daripada dipamerkan di
masa hadapan apa-apa lampu lain yang boleh dengan cara yang sama
membahayakan mana-mana kapaludara.
(3) Notis itu boleh diserahkan sama ada secara sendiri alan melalui pos,
atau dengan melekatkannya di suatu tempat yang mudah dilihal berhampiran
dengan lampu yang diperihalkan oleh notis ilu.

(4) Dalam hal sesuatu lampu yang kelihatan atau yang dapat dilihat
daripada mana-mana kawasan perairan di dalam kawasan pihak berkuasa rumah
api, kuasa Ketua Pengarah di bawah peraturan ini hendaklah tidak dijalankan
kecuali dengan persetujuan pihak berkuasa rumah api itu.
STESEN RADIO AERONAUTIK
119. (1) Seseorang tidaklah boleh menyebabkan atau membenarkan mana-mana
stesen radio aeronautik diadakan alau digunakan melainkan jika tujuannya telah
diluluskan oleh Ketua Pengarah dan kelengkapannya ialah daripada jenis yang
spesifikasinya telah diluluskan oleh Ketua Pengarah berhubungan dengan tujuan
yang ia hendak digunakan.
. - 1692 - P.U.(A) 139

(2) Orang yang menjaga sesuatu stesen radio aeronautik yang tujuannya
ialah untuk memberi bantuan panduan arah melalui radio atau radar kepada sesuatu
kapaludara yang melakukan sua untuk mendarat atau pendaratan di sesuatu padang
terbang tidaklah boleh menyebabkan atau membenarkan stesen radio aeronautik itu
memberikan bantuan panduan arah melainkan semua stesen radio aeronautik yang
dikendalikan oleh orang itu di padang terbang itu-
(a) dipasangkan, diubahsuaikan dan disenggarakan dengan cara yang
diluluskan oleh Ketua Pengarah; dan

(b) diperiksa melalui penerbangan oleh Ketua Pengarah atau oleh


seseorang yang diluluskan oleh Ketua Pengarah bagi maksud itu pada
bila-bila masa sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah:
Dengan syarat bahawa subperaturan ini tidaklah terpakai bagi mana-mana stesen
radio aeronautik yang digunakan semata-mata bagi maksud membolehkan
perhubungan dibuat oleh atau bagi pihak pengendali sesuatu kapaludara dengan
laksamananya.
(3) Orang yang menjaga sesuatu stesen radio aeronautik di sesuatu padang
terbang yang bagi~ya suatu lesen bagi penggunaan awam telah dikeluarkan hen a
lah menyebabkan diberitahu berhubungan dengan stesen radio aeronautik itu, jenis
dan waktu operasi apa-apa perkhidmatan yang boleh didapati bagi kegunaan oleh
mana-mana kapaludara, dan dalam meluluskan tujuan yang sesuatu stesen radio
aeronautik hendak digunakan di mana-mana padang terbang lain, Ketua Pengarah
boleh, jika difikirkannya patut, menghendaki orang yang menjaga stesen radio
aeronautik itu menyebabkan apa-apa maklumat sebagaimana yang tersebut di atas
diberitahu.
(4) Bagi maksud peraturan ini, sesuatu kelulusan yang diberikan hendaklah
secara bertulis dan bolehlah tertakiuk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang
difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.
(5) Peruntukan-Peruntukan peraturan ini tidaklah terpakai berkenaan
dengan mana-mana stesen radio aeronautik kepunyaan Kerajaan Malaysia.
REKOD-REKOD STESEN RADIO AERONAUTIK
120. (1) Orang yang menjaga sesuatu stesen radio aeronautik, yang bertujuan untuk
memberi bantuan panduan arah melalui radio atau radar kepada sesuatu kapaludara
yang melakukan sua untuk mendarat atau pendaratan di sesuatu padang terbang,
hendaklah, berkenaan dengan semua stesen radio aeronautik yang dikendalikan
olehnya di padang terbang itu-
(a) menyimpan suatu rekod bertulis mengenai ujian fungsi, pemeriksaan
melalui penerbangan dan butir-butir mengenai pembaikan pulih,
pembaikanpenggantian atau pengubahsuaiannya; dan
. - 1693 - P.U.(A) 139

(b) menyimpan kekal rekod bertulis selama tempoh satu tahun atau
tempoh yang lebih lama sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua
Pengarah dalam sesuatu hal tertentu dan hendaklah dalam suatu
tempoh yang munasabah selepas diminta berbuat demikian oleh
seseorang yang diberikuasa, mengemukakan rekod itu kepada orang
tersebut.

(2) Orang yang menjaga sesuatu stesen radio aeronautik yang digunakan bagi
mengadakan perkhidmatan kawalan lalulintas udara oleh sesuatu unit kawalan
lalulintas udara hendaklah mengadakan radas yang berupaya merakamkan
kandungan apa-apa mesej atau isyarat yang dipancarkan kepada mana-mana
kapaludara sama ada secara bersendirian atau bersama-sama dengan kapaludara
yang lain atau yang diterima daripada mana-mana kapaludara oleh unit kawalan
lalulintas udara itu.

(3) Radas yang diadakan menurut subperaturan (2) hendaklah


(a) daripada jenis yang spesifikasinya diluluskan oleh Ketua Pengarah
berhubungan dengan stesen radio aeronautik yang berkenaan;
(b) dipasangkan, diubahsuaikan dan disenggarakan dengan cara yang
diluluskan oleh Ketua Pengarah; dan
(c) beroperasi pada setiap masa apabila stesen radio aeronautik itu
beroperasi untuk mengadakan perkhidmatan kawalan lalulintas udara,

dan bagi maksud peraturan ini, sesuatu kelulusan yang diberikan hendaklah secara
bertulis dan bolehlah tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang fikirkan
patut oleb Ketua Pengarah.

(4) Orang yang menjaga sesuatu stesen radio aeronautik hendaklah


memastikan bahawa setiap rakaman yang dibuat oleh radas yang diadakan menurut
subperaturan (2) termasuklah

(a) pengenalan bagi stesen radio aeronautik itu;


(b) tarikh rakaman itu dibuat;
(c) suatu cara bagi menentukan waktu setiap mesej atau isyarat yang
telah dipancarkan;

(d) pengenalan kapaludara yang kepadanya atau daripadanya dan


frekuensi radio yang mesej atau isyarat itu telah dipancarkan atau
diterima; dan
(e) waktu rakaman itu bermula dan tamat.

(5) Jika pada bila-bila masa radas yang diadakan menurut subperaturan (2)
tidak lagi berupaya untuk merakam perkara-perkara yang dikehendaki oleh
peraturan ini untuk dimasukkan ke dalam rekod itu, orang yang menjaga stesen
radio aeronautik itu hendaklah
. - 1694 - P.U.(A) 139

memastikan bahawa suatu rekod bertulis dismipan di mana butir-butir yang


dinyatakan dalam subperaturan (4) direkodkan bersamasama suatu ringkasan
pertukaran komunikasi antara stesen radio aeronautik itu dengan kapaludara.

(6) Orang yang menjaga stesen radio aeronautik itu hendaklah menyimpan
kekal apa-apa rekod yang dibuat menurut subperaturan (2) dan (5) selama tempoh
tiga puluh hari dan tarikh mesej atau isyarat itu dirakamkan atau selama suatu
tempoh yang lebih lama sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah dalam
sesuatu hal tertentu, dan hendaklah, dalam suatu tempoh yang munasabah selepas
diminta untuk berbuat demikian oleh seseorang yang diberi kuasa, mengemukakan
rekod itu kepada orang tersebut.

(7) Seseorang yang dikehendaki oleh peraturan ini untuk menyimpan kekal apa-
apa rekod atas alasan dia adalah orang yang menjaga stesen radio aeronautik itu
hendaklah, jika dia terhenti daripada menjadi orang sedemikian, terus menyimpan
kekal rekod itu seolah-olah dia tidak terhenti daripada menjadi orang yang
sedemikian, dan dalam keadaan di mana dia meninggal dunia, tugas untuk
menyimpan kekal rekod itu hendaklah jatuh kepada wakil dirinya:

Dengan syarat bahawa jika seseorang lain menjadi orang yang menjaga stesen radio
aeronautik itu, orang yang menjaga sebelum itu atau wakil dirinya hendaklah
menyerahkan rekod itu kepada orang lain itu apabila diminta, dan adalah menjadi
tanggungjawab orang yang lain itu untuk menyimpan kekal rekod yang diserahkan
kepadanya seolah-olah dia adalah orang yang menjaganya sebelum itu.

(8) Peruntukan peraturan ini tidaklah terpakai berkenaan dengan mana-mana


stesen radio aeronautik kepunyaan Kerajaan Malaysia.

PADANG TERBANG KASTAM


121. Mana-mana padang terbang yang diberitahu atau dilesenkan di bawah
Peraturan-Peraturan ini boleh ditetapkan sebagai padang terbang kastam bagi
maksud dan menurut Akta Kastam 1967 yang berkuatkuasa sekarang dan mana-
mana padang terbang yang ditetapkan sedemikian boleh dibatalkan menurut dan
dengan cara yang diperuntukkan di bawah Akta tersebut.

BAHAGIAN XII

PENYIASATAN KEMALANGAN

PEMAKAIAN DAN TAFSIRAN


122. (1) Peruntukan dalam Bahagian ini hendaklah terpakal bagi kemalangan
yang-
(a) berlaku kepada mana-mana kapaludara awani di Malaysia;

(b) melibatkan-

(i) mana-mana kapaludara awam dan kapaludara tentera;


. - 1695 - P.U.(A) 139

(ii) mana-mana kapaludara awam dan pemasangan tentera; atau


(iii) mana-mana kapaludara tentera dan pemasangan awam di
Malaysia; atau

(c) berlaku kepada mana-mana kapaludara Malaysia di tempat lain.

(2) Dalam Bahagian, ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna


yang lain-
"insiden" ertinya sesuatu kejadian selain daripada sesuatu kemalangan, yang
dikaitkan dengan pengendalian sesuatu kapaludara yang menjejaskan atau boleh
menjejaskan keselamatan pengendaliannya;

"Inspektor" ertinya seseorang yang dilantik sebagai Inspektor Kemalangan Udara


di bawah Bahagian ini;
"kapaludara asing" ertinya kapaludara yang didaftarkan di sesuatu Negara selain
daripada Malaysia;
"kecederaan serius" ertinya suatu kecederaan yang dialami oleh seseorang dalam
sesuatu kemalangan kena lapor dan yang-

(a) rnemerlukannya tinggal di hospital selania lebih daripada 48 jam


bemula dalarn tempoh tujuh hari dari tarikh bila kecederaan tersebut
dialami;

(b) menyebabkan keretakan mana-mana tulang, kecuali keretakan ringan


pada jari, jari kaki atau hidung;

(c) melibatkan luka melecet yang menyebabkan kecederan parah kepada


saraf, otot-otot atau tendon atau perdarahan teruk;

(d) melibatkan kecederaan kepada organ dalarnan; atau

(e) melibatkan luka terbakar darjah kedua atau ketiga atau apa-apa luka
terbakar yang melibatkan lebih daripada lima peratus bahagian luar
badan.

"kemalangan" terniasuklah suatu insiden dan kemalangan kena lapor;


"kemalangan kena lapor" ertinya suatu kejadian berkaitan dengan pengendalian
sesuatu kapaludara yang berlaku di antara masa mana-mana orang menaiki
kapaludara itu bagi maksud untuk penerbangan sehingga suatu masa bila semua
orang turun dari kapaludara itu, di mana-

(a) seseorang itu cedera parah atau serius akibat daripada-


(i) berada dalam kapaludara itu;

(ii) bersentuhan secara langsung dengan mana-mana bahagian


kapaludara itu, terniasuklah bahagian yang menjadi terpisah
daripada kapaludara itu; atau

(iii) pendedahan Iangsung kepada dentuman jet,


. - 1696 - P.U.(A) 139

kecuali apabila kecederan tersebut adalah disebabkan oleh sebab


semulajadi, disengajakan atau disebabkan oleh orang lain, atau apabila
kecederaan itu berlaku kepada penumpang gelap yang bersembunyi di luar
ruang yang penumpang dan krew kebiasaannya ada akses;

(b) kapaludara itu mengalami kerosakan atau kegagalan struktur yang-


(i) memudaratkan kekuatan struktur, prestasi atau ciri-ciri
penerbangan kapaludara itu; dan
(ii) lazimnya memerlukan pembaikan yang besar atau penggantian
komponen yang terjejas,

kecuali bagi kegagalan enjin, atau kerosakan, bila kerosakan itu


terhad kepada enjin, penutup atau aksesorinya, atau bagi kerosakan
yang terhad kepada bebaling, hujung sayap, antena, tayar, brek,
reraut, kemek kecil atau lubang tertebuk pada kulit kapaludara itu;
atau

(c) kapaludara itu hilang atau sama sekali tiada akses kepadanya;
"Ketua Inspektor" ertinya Ketua Inspektor Kemalangan Udara yang dilantik di
bawab Bahagian ini dan terniasuklah mana-mana Timbalan Ketua Inspektor;

"Malaysia" ertinya wilayah Malaysia termasuk bahagian mana-mana Kawasan


Maklumat Penerbangan ("FIR") di atas laut lepas di manaMalaysia melaksanakan
tanggungjawab bagi mengadakan kemudahandan perkhidmatan penerbangan udara
mengikut peruntukan Konvensyen Chicago;

"penyjasatan" ertinya suatu proses yang dijalankan bagi maksud mencegab


kemalangan termasuklah pengumpulan analisa maklumat, perumusan kesimpulan,
termasuk penentuan sebab dan, apabila bersesuaian, membuat cadangan mengenai
keselamatan;
"penyiasatan bebas"ertinya suatu penyiasatan yang tidak dimaksudkan untuk
dijadikan subjek suatu laporan oleh seseorang Inspektor kepada Menteri;
"penyiasatan rasmi" ertinya suatu penyiasatan yang dimaksudkan untuk
dijadikan subjek laporan oleh seseorang Inspektor kepada Menteri;

(3) Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, sesuatu kapaludara adalah disifatkan


sebagai hilang apabila carian rasmi diberhentikan dan bangkainya belum dikesan
atau jika dikesan, sama sekali tiada akses kepadanya.

Bab 1: Pemeriksaan dan Penyiasatan Kemalangan

TUJUAN PENYIASATAN KEMALANGAN


123. Tujuan asasi menyiasat kemalangan di bawah Peraturan-Peraturan ini
adalah untuk menentukan hal keadaan dan punca kemalangan itu dengan tujuan
untuk menyelamatkan nyawa dan juga mengelakkan kemalangan di masa hadapan;
ianya tidaklah bertujuan untuk mengumpukan kesalahan atau llahiliti.
. - 1697 - P.U.(A) 139

PEMBERITAHUAN MENGENAI KEMALANGAN


124.. (1) Jika suatu kemalangan kena lapor berlaku di Malaysia atau kepada
sesuatu kapaludara Malaysia di tempat lain, laksarnana kapaludara pada masa
kapaludaraitu terlibat dalam kemalangan itu, atau sekiranya dia terbunuh atau
hilang upaya, maka pemunya, pengendali, penyewa kapaludara itu, atau orang lain
yang bagi pihaknya laksamana itu memerintah kapaludara itu, mengikut mana-
mana yang berkenaan, hendaklah dengan serta-merta menghantar notis
mengenainya kepada Ketua Inspektor melalui cara komunikasi yang terpantas yang
boleh didapati dan, dalam hal sesuatu kemalangan yang berlaku di Malaysia atau di
ruang udara Malaysia, hendaklah juga memberitahu dengan serta-merta kepada
pihak berkuasa polis tempatan mengenai kemalangan itu dan mengenai tempat di
mana kemalangan itu berlaku.

(2) Notis kepada Ketua lnspektor yang disebutkan dalam subperaturan (1)
hendaklah setakat mana yang boleh menyatakan-
(a) jenis, model, kenegaraan dan tanda pendaftaran kapaludara itu;
(b) nama pemunya, pengendali atau penyewa, jika ada, kapaludara itu atau
orang lain yang bagi pihaknya laksamana itu memerintah kapaludara
itu;
(c) nama laksamana kapaludara itu;
(d) tarikh dan Waktu Sejagat Yang Diselaraskan kemalangan itu berlaku;
(e) tempat berlepas yang terakhir dan tempat mendarat berikutnya yang
ditujui oleh kapaludara itu;
(f) kedudukan kapaludara itu dengan merujuk kepada beberapa titik
geografikal, latitud dan longitud yang mudab ditakrifkan;
(g) (i) bilangan krew di dalarn kapaludara semasa kemalangan itu
berlaku dan bilangan mereka yang terbunuh atau cedera parah
akibat daripada kemalangan itu;
(ii) bilangan penumpang di dalam kapaludara itu semasa
kemalangan itu dan bilangan mereka yang terbunuh atau cedera
parah akibat daripada kemalangan itu; dan
(iii) bilangan orang lain yang terbunuh atau cederaparab akibat
daripada kemalangan itu;
(h) jenis kemalangan tersebut dan takat kerosakan yang berlaku
kepada kapaludara itu setakat yang diketahui; dan
(i) ciri-ciri fizikal kawasan di mana kemalangan itu berlaku.

(3) Jika berlaku sesuatu kemalangan yang baginya peraturan-Peratuan ini


terpakai, sama ada di Malaysia atau di ruang udara Malaysia atau di tempat lain,
pemunya, pengendali atau penyewa kapaludara itu atau orang lain yang bagi
pihaknya laksamana itu memerintah kapaludara itu, mengikut mana-mana yang
berkenam, hendaklah, jika dihendaki melalui notis secara bertulis yang diberikan
kepada Ketua Inspektor , dalam tempoh seperti yang dinyatakan dalam
. - 1698 - P.U.(A) 139

notis itu, apa-apa maklumat yang ada dalam milikannya atau di bawah kawalannya
yang berkenaan dengan kemalangan tersebut dan dalam bentuk sebagaimana yang
dikehendaki oleh Ketua Inspektor.

(4) Ketua Inspektor boleh pada bila-bila masa menyiarkan, atau menyebabkan
disiarkan, maklumat berhubung dengan sesuatu kemalangan sama ada kemalangan
itu adalah subjek kepada suatu penyiasatan atau tidak oleh seseorang Inspektor.
MENGALIH KAPALUDARA YANG ROSAK
125. (1) Tertakiuk kepada peraturan 127, jika sesuatu kemalangan kena lapor
berlaku di Malaysia atau di ruang udara Malaysia, tiada seseorang pun selain
daripada orang yang diberikuasa mempunyai akses kepada kapaludara yang terlibat
dengan kemalangan itu.
(2) Tiada kapaludara yang terlibat dalam suatu kemalangan yang disebutkan
dalam subperaturan (1) atau kandungannya boleh, kecuali di bawah kuasa yang
diberikan oleh Ketua Pengarab, dialihkan atau selainnya diganggu:

Dengan syarat bahawa-

(a) kapaludara itu bolehlah dialih atau diganggu setakat yang perlu bagi
maksud mengeluarkan orang atau binatang yang terlibat, mengalih
apa- apa mel yang dibawa oleh kapaludara itu, mencegah
kemusnahan disebabkan kebakaran atau punca lain atau mencegah
apa-apa bahaya atau halangan kepada orang ramai atau kepada
penerbangan udara atau kepada pengangkutan lain;

(b) barang-barang atau bagasi penumpang bolehlah dialihkan daripada


kapaludara di bawah penyeliaan seorang pegawai polis tetapi, jika
kapaludara itu datang dari suatu tempat di luar Malaysia, ia
hendakian tidak dialihkan jauh dari kapaludara itu kecuali dengan
kelulusan oleh atau dengan kebenaran seorang pegawai Kastam dan
Eksais; dan

(c) jika sesuatu kapaludara itu ranap di atas air, kapaludara tersebut atau
apa-apa kandungan di dalarnnya bolehlah dialihkan setakat yang
perlu untuk membawanya ke suatu tempat yang selamat.

(3) Jika sesuatu kemalangan berlaku di Malaysia dan Ketua Pengarah atau
seseorang yang diberikuasa berpendapat bahawa kapaludara yang terlibat di dalam
kemalangan itu berkemungkinan membahayakan atau menjadi halangan kepada
orang ramai atau kepada penerbangan udara atau kepada pengangkutan lain, Ketua
Pengarah atau seseorang yang diberikuasa itu boleh memerintankan pemunya,
pengendali atau penyewa kapaludara itu, atau orang lain yang bagi pihaknya
Iaksamana itu memerintah kapaludara itu, mengikut mana-mana yang berkenan,
untuk mengalihkan kapaludara itu ke tempat yang dinyatakannya.

(4) Walau apa pun subperaturan (3), Ketua Pengarah atau seseorang yang
diberikuasa bolehlah, jika sekiranya fidak ada pemunya, pengendali atau penyewa
kapaludara itu atau orang lain yang disebutkan di dalamnya
. - 1699 - P.U.(A) 139

atau jika berlaku ketakpatuhan perintah yang diberi olehnya di bawah subperaturan
itu, mengalihkan kapaludara itu dan dalam hal yang sedemikian, kesemua
perbelanjaan yang dilakukan dalam mengalinkan kapaludara itu hendaklah dibayar
oleh dan boleh didapatkan kembali daripada pemunya, pengendali atau penyewa
kapaludara itu, atau orang lain yang bagi pihaknya laksamana itu memerintah
kapaludara itu.
(5) Ketua Pengarah atau seseorang yang diberikuasa tidaklah bertanggungan
terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang berlaku kepada mana-mana
kapaludara semasa ianya dialihkan di bawah peraturan ini atau dalam menjalankan
apa-apa penyiasatan seterusnya atau sebaliknya.

INSPEKTOR KEMALANGAN UDARA


126. (1) Bagi maksud menjalankan penyiasatan terhadap keadaan dan sebab sesuatu
kemalangan, di mana peraturan-Peraturan ini adalah terpakai, Menteri hendaklah
melantik beberapa orang sebagai Inspektor Kemalangan Udara, salah seorang
daripada mereka hendaklah dilantik olehnya sebagai Ketua Inspektor Kemalangan
Udara.

(2) Ketua Inspektor hendaklah menentukan sama ada sesuatu penyiasatan patut
dilakukan atau tidak berkenaan sesuatu kemalangan di mana peraturan ini terpakai
dan menentukan bentuk penyiasatan ini. Dia sendiri boleh menjalankan, atau
menyebabkan seorang Inspektor menjalankan, suatu penyiasatan mengenai mana-
mana kemalangan sedemikian.

(3) Tanpa menjejaskan kuasa seseorang Inspektor bagi mendapatkan nasihat


atau bantuan sebagaimana difikirkannya perlu dalam membuat sesuatu penyiasatan,
Menteri boleh atas permintaan Ketua Inspektor melantik beberapa orang untuk
membantu mana-mana Inspektor di dalam sesuatu penyiasatan dan orang tersebut
hendaklah bagi maksud penyiasatan ini mempunyai kuasa seorang lnspektor di
bawab Peraturan-Peraturan ini sebagaimana yang dinyatakan dalam perlantikan
mereka.
KUASA-KUASA INSPEKTOR
127. Bagi maksud menjalankan penyiasatan mengenai mana-mana Kuasa-kuasa
kemalangan yang baginya Peraturan-Peraturan ini terpakai, atau apa-apa Inspektor,
siasatan yang dibuat dengan tujuan untuk menentukan sama ada apa-apa
penyiasatan yang sedemikian patut dijalankan, seseorang Inspektor hendaklah
mempunyai kuasa-

(a) melalui saman yang ditandatanganinya memanggil dan menyoal


semua orang yang difikirkannya patut, menghendaki orang tersebut
menjawab apa-apa soalan atau memberikan apa-apa maklumat atau
mengemukakan apa-apa buku, kertas, dokumen dan artikel yang
dianggap oleh Inspektor itu relevan dan untuk memegang simpan
mana-mana buku, kertas, dokumen dan artikel ini sehingga selesai
penyiasatan itu;

(b) untuk mengambil pernyataan daripada mana-mana orang


sebagaimana yang difikirkannya patut, dan menghendaki mana-mana
orang itu membuat dan menandatangani suatu akuan mengenai
kebenaran segala penyataan yang dibuat olehnya;
. - 1700 - P.U.(A) 139

(c) untuk mendapat akses kepada dan memeriksa sesuatu kapaludara yang
terlibat dalam mana-mana kemalangan dan tempat di mana kemalangan
ini berlaku dan menghendaki kapaludara itu atau mana-mana
bahagiannya atau kelengkapannya untuk disimpan kekal tanpa diubah
sementara menanti penyiasatan selesai;

(d) untuk memeriksa, mengalih, menguji, dan mengambil langkah-langkah


bagi menyimpan kekal, atau selainnya menguruskan-

(i) kapaludara yang terlibat dengan kemalangan itu; atau

(ii) jika ternyata kepada Inspektor adalah perlu bagi maksud


penyiasatan atau siasatan sedemikian, mana-mana kapaludara
lain, atau mana-mana bahagian daripada kapaludara itu atau
apa-apa jua yang terkandung di dalamnya;

(e) untuk memasuki dan memeriksa mana-mana tempat, bangunan atau


kapaludara, yang kemasukan atau pemeriksa ini ternyata kepada
Inspektor itu sebagai perlu bagi maksud apa-apa penyiasatan sedemikian
atau siasatan kecuali seseorang Inspektor ini tidaklah mempunyai kuasa
untuk memasuki mana-mana premis di bawah perenggan ini bagi maksud
apa-apa siasatan yang bertujuan untuk menentukan sama ada suatu
penyiasatan patut dilakukan sekiranya pada masa kemasukan yang
dicadangkan itu, premis ini digunakan sebagai tempat kediaman; dan

(f) mengambil apa-apa langkah untuk menyimpan kekal bukti sebagaimana


yang difikirkannya sesuai.

BENTUK DAN PENJALANAN PENYIASATAN


128. (1) Sesuatu penyiasatan mengenai apa-apa kemalangan yang penjalanan
baginya Peraturan-Peraturan ini terpakai, adalah suatu penyiasatan rasmi atau
penyiasatan bebas.

(2) Semua penyiasatan hendaklah dijalankan dalam keadaan tertutup.

(3) Jika ternyata kepada Inspektor semasa menjalankan apa-apa penyiasatan


bahawa untuk menyelesaikan apa-apa percanggahan bukti atau atas apa-
apa sebab lain adalah suai-manfaat untuk berbuat demikian, dia boleh
membenarkan mana-mana orang untuk hadir di hadapannya dan meminta
bukti-bukti dikemukakan dan menyoal saksi.

(4) Ketua Inspektor boleh menentukan bahawa apa-apa penyiasatan


mengenai sesuatu kemalangan yang sedang dijalankan hendaklah
diberhentikan dan sekiranya suatu penyiasatan rasmi diberhentikan, tiada
suatu laporan pun boleh dibuat kepada Menteri di bawah subperaturan
129(1), tetapi pemberitahuan awam hendaklah dibuat, dalam cara yang
difikirkan sesuai oleh Ketua Inspektor, bahawa penyiasatan itu telah
diberhentikan.
. - 1701 - P.U.(A) 139

(5) Jika, dalam menjalankan sesuatu penyiasatan, adalah nyata atau disyaki
bahawa suatu tindakan gangguan yang menyalahi undang-undang telah berlaku,
Inspektor hendaklah menasihatkan Ketua Pengarah supaya dimaklumkan dengan
sewajarnya pihak berkuasa keselamatan penerbangan mana-mana Negara lain yang
mungkin ada kepentingan.

(6) Susulan daripada pemberhentian apa-apa penyiasatan, Ketua Inspektor


hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pengarah apa-apa maklumat yang
dianggapnya perlu atau suai-manfaat demi mengelakkan berlakunya apa-apa
kernalangan pada masa hadapan.

LAPORAN DARI INSPEKTOR


129. (1) Apabila selesainya sesuatu penyiasatan rasmi, Ketua Inspektor hendaklah
mengemukakan kepada Menteri laporan Inspektor yang Inspektor.menjalankan
penyiasatan itu.

(2) Apabila selesainya sesuatu penyiasatan bebas, Ketua Inspektor hendaklah


mengemukakan kepada Ketua Pengarah maklumat sebagaimana dianggapnya perlu
dan suai-manfaat demi untuk mengelak berlakunya apa-apa kemalangan pada masa
hadapan.

(3) Apabila selesainya sesuatu penyiasatan rasmi, laporan kepada Menteri


hendaklahh menyatakan fakta-fakta berhubung dengan kemalangan itu, diikuti
dengan analisis tentang fakta-fakta itu dan kesimpulan tentang sebab kemalangan
itu, berserta dengan apa-apa syor yang difikirkan oleh Inspektor itu patut dibuat
dengan tujuan untuk menyelamatkan nyawa dan mengelakkan kernalangan pada
masa hadapan.

(4) Dalam hal apa-apa penyiasatan rasmi, Ketua Inspektor boleh menyebabkan
penyiasatan itu dibuka semula dan dia hendaklah berbuat demikian jika selepas
selesainya penyiasatan, keterangan telah dizahirkan yang pada pendapatnya adalah
baru dan penting.

(5) Apa-apa penyiasatan yang dibuka semula hendaklah tertakluk kepada dan
dijalankan menurut peruntukan Peraturan-Peraturan ini yang berhubung dengan
penyiasatan rasmi.

PENYAMPAIAN KEPADA ORANG YANG TERJEJAS


130. (1) Jika Ketua Inspektor berpendapat bahawa laporan yang dikemukakan
olehnya ini kepada Menteri menurut subperaturan 129(1) berkemungkinan akan
memudaratkan reputasi pengendali atau laksamana kapaludara ini atau mana-mana
orang lain, Ketua Inspektor hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh
pengemukaan laporan itu kepada Menteri, menyerahkan sesalinan laporan ini
kepada pengendali, laksamana atau orang lain itu, mengikut mana-mana yang
berkenaan.

(2) Tiada seorang pun boleh menzahirkan atau membenarkan untuk dizahirkan
apa-apa maklumat yang terkandung di dalam notis atau laporan yang diserahkan
kepadanya menurut subperaturan (1) kepada mana-mana orang lain tanpa terlebih
dahulu mendapat kebenaran secara bertulis daripada Ketua Inspektor.
. - 1702 - P.U.(A) 139

PENYIARAN LAPORAN
131.Menteri hendaklah, melainkan jika pada pendapatnya ada alasan yang baik
dibaliknya, menyebabkan laporan Inspektor ini disiarkan keseluruhannya atau
sebahagiannya dalam apa-apa cara sebagaimana yang difikirkannya patut.

Bab 2: Pelbagai

PERBELANJAAN SAKSI-SAKSI
132. Tiap-tiap orang yang dipanggil oleh Inspektor sebagai seorang menurut
Peraturan-Peraturan ini hendaklah dibenarkan menuntut perbelanjaan sebagaimana
yang ditentukan oleh Menteri dengan kelulusan Perbendahararn. Halangan bagi

HALANGAN BAGI PENYIASATAN


133. Seseorang tidaklah boleh menyekat atau menghalang seseorang Inspektor atau
mana-mana orang yang bertindak di bawah kuasa Menteri dalam menjalankan apa-
apa kuasa atau tugas di bawab Peraturan-Peraturan ini.
PEMATUHAN KEPADA SAMAN DAN REKUISISI
134 Seseorang tidaklah boleh tanpa alasan yang munasabah, beban kepada
sarnanbuktinya ini hendaklah terletak padanya, selepas mendapatkan perbelanjaan,
dan rekaisisi.jika ada, yang dia adalah berhak di bawah Peraturan-Peraturan yang
diberikan kepadanya, tidak mematuhi apa-apa saman atau rekuisisi seseorang
Inspektor yang mengadakan penyiasatan di bawah Peraturan-Peraturan ini.

KEMALANGAN KEPADA KAPALUDARA YANG DIDAFTARKAN DI LUAR MALAYSIA


135. (1) Jika suatu kemalangan berlaku di Malaysia atau ketika melintasi Malaysia
kepada sesuatu kapaludara yang didaftarkan di mana-mana Negara atau wilayah,
Menteri boleh memberi kuasa kepada seorang penyiasat yang dilantik dengan
sewajarnya oleh pihak berkuasa kompeten Negara tersebut bagi menjalankan
penyiasatan di Malaysia dan dalam hal itu, Menteri hendaklah, setakat mana yang
dia boleh, memudahkan apa-apa siasatan yang dijalankan oleh penyiasat yang
dilantik itu.
(2) Dalam apa-apa penyiasatan rasmi, seseorang wakil bertauliah Negara di
mana kapaludara ini didaftarkan, atau dari mana-mana Negara di mana kapaludara
itu diperbuat atau yang telah, atas permintaan, memberikan maklumat berhubungan
dengan kemalangan tersebut, boleh mengambil bahagian dalam penyiasatan itu,
iaitu, dia hendaklah dibenarkan melawat tempat kejadian kemalangan, memeriksa
bangkai kapaludara menyoal saksi-saksi, menerima salinan semua dokumen yang
berkaitan, kecuali pengecualian yang patut, mempunyai akses kepada semua bukti-
bukti yang relevan dan memberikan penghujahan; dan dia bolehlah disertai oleh
penasihat teknikal dan penasihat lain sebagai mana yang fikirkan perlu oleh pihak
berkuasa Negara yang melantiknya.

(3) Jika suatu kemalangan telah berlaku di suatu tempat selain dari pada
Malaysia kepada sesuatu kapaludara yang didaftarkan di mana-mana Negara lain,
Ketua Inspektor hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil langkah-langkah
yang dinyatakan dalarn peraturan 127 bagi maksud mendapatkan apa-apa maklumat
yang relevan dengan penyiasatan kemalangan itu oleh pihak berkuasa kompeten
Negara yang menjalankan penyiasatan tersebut.
. - 1703 - P.U.(A) 139

KEMALANGAN YANG MELIBATKAN KAPALUDARA TENTERA


136. (1) Jika sesuatu kapaludara tentera terlibat dalam suatu kemalangan yang
berpunca daripada atau semasa penerbangan udara, dan berlaku di Malaysia atau
ketika melintasi Malaysia atau, jika kapaludara itu adalah kepunyaan Kerajaan
Malaysia, yang berlaku di tempat lain, dan Menteri berpendapat bahawa-

(a) kemalangan itu adalah disebabkan atau mungkin disebabkan oleh


perlanggaran di antara kapaludara itu dengan sesuatu kapaludara awam;

(b) kemalangan itu berlaku atau mungkin telah berlaku ketika kapaludara
itu sedang berada di, atau hendak berlepas daripada atau mendarat di
atas, suatu padang terbang yang digunakan keseluruhannya atau
sebahagian besarnya bagi maksud penerbangan awam; atau

(c) kemalangan itu telah berlaku atau mungkin selainnya telah berlaku
dalam apa-apa hal keadaan di mana Menteri memberikan perhatian atau
mungkin memberikan perhatian mengenai hal keadaan atau sebab
kemalangan itu,

Menteri bolehlah mengarahkan supaya kemalangan itu hendaklah dianggap sebagal


kemalangan di mana Peraturan-Peraturan ini terpakai.

(2) Jika sesuatu kapaludara awam terlibat dalam suatu kemalangan yang
berpunca daripada atau semasa penerbangan udara dan herlaku di Malaysia atau
ketika melintasi Malaysia atau jika kapaludara itu adalah kapaludara Malaysia atau
kepunyaan Kerajaan Malaysia, berlaku di tempat lain, dan Menteri berpendapat
bahawa-

(a) kemalangan itu adalah atau mungkin berpunca daripada pelanggaran di


antara kapaludara itu dengan suatu kapaludara tentera;

(b) kemalangan itu berlaku atau mungkin telah berlaku ketika kapaludara
itu sedang berada di, atau sedang berlepas daripada atau mendarat di
atas, suatu padang terbang yang dikawal oleh mana-mana cawangan
angkatan tentera Malaysia atau oleh tentera laut, darat atau udara
sesuatu kerajaan asing; atau

(c) kemalangan itu telah atau mungkin selainnya telah berlaku dalam apa-
apa hal keadaan di mana Menteri Pertahanan atau mana-mana pihak
berkuasa angkatan tentera laut, darat atau udara mana-mana kerajaan
asing, memberikan perhatian atau mungkin memberikan perhatian
mengenai hal-hal keadaan atau sebab kemalangan itu,
Menteri bolehlah mengarahkan supaya kemalangan itu hendaklah dianggap sebagai
kemalangan di mana Peraturan-Peraturan ini terpakai.
(3) Notis awam mengenai apa-apa arahan yang dibuat di bawah peraturan ini
hendaklah diberikan mengikut cara yang difikirkan patut oleh Menteri.
. - 1704 - P.U.(A) 139

(4) Sesuatu kapaludara hendaklah dianggap bagi maksud Peraturan-Peraturan


ini sebagai kapaludara tentera pada bila-bila masa jika-

(a) pada masa itu kapaludara itu adalan sesuatu kapaludara kepunyaan
mana-mana angkatan tentera Malaysia;
(b) kapaludara itu, yang bukannya suatu kapaludara yang disebutkan
dalam perenggan (a), pada masa itu adalah kapaludara kepunyaan
angkatan tentera laut, darat atau udara kerajaan asing; atau
(c) Menteri Pertahanan memperakukan bahawa atas sebab hal keadaan
yang melibatkan kapaludara itu, kapaludara itu hendaklah dianggap
bagi maksud Peraturan-Peraturan ini pada masa itu sebagai suatu
kapaludara tentera.

(5) Jika didapati oleh Inspektor, yang menjalankan penyiasatan, atau kepada
Ketua Inspektor, bahawa penyiasatan mengenai apa-apa kemalangan di mana
Peraturan-Peraturan ini terpakai telah diselesaikan tetapi bagi penyiasatan mengenai
perkara-perkara yang menyentuh disiplin atau pentadbiran dalaman mana~mana
cawangan angkatan tentera Malaysia atau mana-mana angkatan tentera laut, darat
atau udara mana-mana kerajaan asing, yang adalah lebih sesuai bagi penyiasatan
oleh mana-mana orang atau badan lain, penyiasatan itu bolehlah dianggap, bagi
maksud peraturan 129, seolah-olah penyiasatan itu telah diselesaikan tanpa perkara-
perkara sedemikian disiasat di bawah Peraturan-Peraturan ini:

Dengan syarat bahawa apa-apa laporan yang dibuat di bawah peraturan ini
hendaklah menyatakan apa-apa perkara yang tidak disentuh oleh penyiasatan itu
oleh sebab peruntukan yang terdahulu dalam peraturan ini.

TANGGUNGJAWAB MEMBERIKAN MAKLUMAT BERHUBUNG DENGAN KEMALANGAN


137. Jika berlaku sesuatu insiden, laksamana kapaludara itu hendaklah, dengan
seberapa segera yang mungkin, memberi notis itu kepada orang yang diberi kuasa
mengikut prosedur yang ditetapkan dalam AIP.

.LAPORAN KEMALANGAN KENA LAPOR KEPADA ICAO


138. Apabila berlakunya sesuatu kemalangan kena lapor dan apabila kapaludara
yang terlibat adalah suatu kapaludara yang jumlah berat maksimum melebihi 5,700
kilogram, Ketua Pengarah hendaklah menghantar, seberapa segera yang praktik,
selepas penyiasatan di bawah Bahagian ini selesai, suatu data laporan kemalangan
mengikut format yang dinyatakan dalam Aneks 13 dihantar kepada ICAO.

PENGHADAN. Ord.70/1952 Ord Sabah No.11/1960 Ord.Sarawak No.2/1960


139.Tiada apa-apa jua dalam Bahagian ini boleb menghadkan kuasa mana-mana
pihak berkuasa di bawah seksyen 381 hingga 386 Ordinan Perkapalan Saudagar
1952 dan seksyen 228 hingga 232 Ordinan Perkapalan Saudagar Negeri Sabah 1960
dan Ordinan Perkapalan Saudagar Negeri Sarawak 1960.

BAHAGIAN XIII
PENAHANAN DAN PENJUALAN KAPALUDARA

TAFSIRAN
140.Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang
lain-
. - 1705 - P.U.(A) 139

"amaun belum jelas" ertinya, berhubungan dengan sesuatu kapaludara yang


berkenaannya suatu lien kapaludara sedang berkuatkuasa, berhubungan dengan
suatu masa tertentu,
(a) amaun apa-apa caj yang kena dibayar berkenaan dengan kapaludara itu
yang tak berbayar pada masa itu;
(b) amaun apa-apa penalti yang tak berbayar pada masa itu; dan

(c) amaun apa-apa hutang yang kena dibayar di bawah peraturan 156
berkenaan dengan kapaludara itu yang tak berbayar pada masa itu,

setakat yang mana-mana amaun sedemikian tidak diremitkan, diketepikan atau


dilupuskan;

"caj" ertinya-
(a) suatu caj bagi sesuatu perkhidmatan atau kemudahan yang diadakan
oleh Ketua Pengarah; atau
(b) suatu fee atau caj lain berkenaan dengan apa-apa perkara yang
dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan ini, yang adalah suatu perkara
yang berhubungan dengannya perbelanjaan yang ditanggung oleh
Ketua Pengarah di bawah Akta atau Peraturan-Peraturan ini, termasuk,
tetapi tidaklah terhad kepada, suatu fee atau caj lain berkenaan dengan,
atau bagi sesuatu permohonan untuk-
(i) pemberian, pengeluaran, pembaharuan atau perubahan sesuatu
perakuan, lesen, kelulusan, kebenaran, permit, pendaftaran atau
pengecualian di bawah Akta atau Peraturan-Peraturan ini; atau
(ii) pemberian atau perubahan sesuatu pemberiankuasa, atau
pembatalan, penggantungan, perubahan atau pengenaan apa-apa
syarat berhubung dengan sesuatu perkara yang disebutkan di
dalam subperenggan (i);
"caj lapangan terbang" ertinya apa-apa caj yang kena dibayar kepada syarikat
berlesen.

PENAHANAN KAPALUDARA
141. (1) Jika seseorang pemunya atau pengendali mana-mana kapaludara mungkir
dalam membuat bayaran kepada Ketua Pengarab berkenaan dengan apa-apa caj
yang telah ditanggungnya menurut Peraturan-Peraturan ini, Ketua Pengarah boleh,
tertakluk kepada Bahagian ini, mengambil apa-apa langkah yang perlu bagi
menahan, sementara menunggu Pembayaran-
(a) kapaludara yang berkenaan dengannya caj itu dilakukan, sama ada atau
tidak ianya dilakukan atau tidak oleh orang yang pada masa itu adalah
pemunya atau pengendali kapaludara itu pada masa penahanan itu
bermula; atau
(b) mana-mana kapaludara lain di mana orang yang mungkir itu adalah
pemunya atau pengendali kapaludara itu pada masa penahanan itu
bermula.
. - 1706 - P.U.(A) 139

(2) Ketua Pengarah tidaklah boleh menahan, atau meneruskan penahanan


sesuatu kapaludara di bawah Peraturan-Perturan ini disebabkan oleh apa-apa
kemungkiran yang dikatakan dalam pembayaran apa-apa caj yang kena dibayar
kepada Ketua Pengarah di bawah Peraturan-Peraturan ini jika pemunya atau
pengendali kapaludara itu atau mana-mana orang lain yang menuntut sesuatu
kepentingan atas kapaludara itu-

(a) mempertikaikan bahawa caj itu kena dibayar atau, jika kapaludara itu
ditahan di bawah perenggan (l)(a), bahawa caj itu dilakukan berkaitan
dengan kapaludara itu; dan
(b) memberikan kepada Ketua Pengarah, sementara menunggu pemutusan
pertikaian itu, cagaran yang mencukupi bagi pembayaran caj yang
dikatakan kena dibayar.
TANGGUNGJAWAB KETUA PENGARAH APABILA MENAHAN KAPALUDARA
142. Jika Ketua Pengarah menahan sesuatu kapaludara menurut peraturan 141, dia
hendaklah-
(a) dengan serta-merta selepas itu membuat suatu catatan mengenainya di
dalam Daftar Kapaludara mengikut cara yang ditetapkan dalam
peraturan 143; dan
(b) mengambil semua langkah yang munasabah untuk memberi notis
penahanan kepada-
(i) mana-mana orang yang, pada pendapat Ketua Pengarah,
mempunyai kepentingan bercagar dalam kapaludara itu; atau
(ii) mana-mana pemunya, pengendali, penerima pajak, penyewa,
pencarter atau ketua juruterbang kapaludara itu.
BUTIR-BUTIR YANG KENA DICATATKAN KE DALAM DAFTAR KAPALUDARA
143.Ketua Pengarah hendaklah mencatatkan ke dalam Daftar Kapaludara
berhubungan dengan setiap kapaludara yang baginya peraturan 141 terpakai-
(a) perihal dan amaun caj yang kena dibayar kepada Ketua Pengarah dan
daripada siapa caj yang kena dibayar itu;
(b) tarikh dan masa kapaludara itu ditahan oleh Ketua Pengarah; atau
(c) tarikh dan masa catatan itu dibuat.

LIEN KAPALUDARA
144. (1) Jika sesuatu catatan dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah peraturan 143,
suatu lien kapaludara hendaklah terletakhak pada Ketua Pengarah dan dia boleh
menyimpan milikan kapaludara itu sehingga kesemua amaun tertunggak yang
disebut dalam subperaturan (2) dibayar.
(2) Sesuatu lien kapaludara yang terletakhak kepada Ketua Pengarah
hendaklah menjadi cagaran kepada-

(a) caj yang tak berbayar;


(b) apa-apa penalti yang dibayar atau yang kena dibayar berkenaan dengan
caj yang tidak dibayar; dan
. - 1707 - P.U.(A) 139

(c) apa-apa amaun tertunggak selanjutnya berkenaan dengan kapaludara


itu.

PEMBATALAN PENDAFTARAN KAPALUDARA MALAYSIA.


145. (1) Dalam hal sesuatu kapaludara Malaysia, jika suatu amaun tertunggak yang
terjamin oleh sesuatu lien kapaludara tidak dibayar pada akhir enam bulan selepas
tarikh di mana ia menjadi suatu amaun yang tertunggak atau pada tarikh• lien
kapaludara itu didaftarkan, yang mana lebih terkemudian, Ketua Pengarab boleh,
setelah mengambil kira semua hal keadaan, termasuklah langkah-langkah, jika ada,
yang diambil oleh mana-mana orang untuk membayar keseluruhan atau sebahagian
daripada amaun tertunggak yang terjamin oleh lien kapaludara itu, membatalkan
perakuan pendaftaran kapaludara itu di dalam Daftar Kapaludara yang
disenggarakan di bawah Peraturan-Peraturan ini.

(2) Jika perakuan itu dibatalkan, kapaludara itu tidaklah boleh didaftarkan
semula sehingga lien kapaludara itu terhenti daripada berkuatkuasa.

PENJUALAN KAPALUDARA
146. (1) Jika sesuatu amaun tertunggak yang terjainin di bawah lien suatu
kapaludara tidak dibayar pada akhir satu bulan selepas tarikh lien kapaludara itu
didaftarkan, Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa dengan izin Mahkamah
Tinggi menjual kapaludara itu.

(2) Tiada izin boleh diberikan oleh Mahkamah Tinggi bagi jualan kapaludara
itu kecuali dengan bukti bahawa-

(a) suatu jumlah kena dibayar kepada Ketua Pengarah bagi caj-caj di
bawah Peraturan-Peraturan ini;

(b) kemungkiran telah dilakukan dalam pembayaran tersebut; dan

(c) Ketua Pengarab telah mematuhi subperaturan 147(1).

NOTIS PERMOHONAN
147. (1) Ketua Pengarah hendaklah, sebelum memohon kepada Mahkamah Tinggi
izin untuk penjualan sesuatu kapaludara di bawah Bahagian ini, mengambil
langkah-langkah yang dikehendaki di bawah peraturan ini bagi memastikan mana-
mana orang yang berkepentingan mendapat notis mengenai permohonan yang
dicadangkan itu dan bagi memberi peluang kepada mereka untuk menjadi sesuatu
pihak kepada prosiding itu.

(2) Sekurang-kurangnya dua puluh satu hari sebelum memohon kepada


Mahkamah Tinggi, Ketua Pengarah hendaklah menyiarkan di dalam satu atau lebih
suratkhabar kebangsaan yang diedarkan di Malaysia suatu notis sebagaimana yang
ditetapkan dalam superaturan (3) dan hendaklah juga, melainkan jika hal di mana
adalah tidak praktik untuk berbuat demikian, menyerahkan suatu notis dalam cara
yang ditetapkan, kepada setiap orang yang berikut:

(a) pemunya kapaludara itu sebagaimana yang dinyatakan di dalam


Daftar Kapaludara;

(b) mana-mana orang yang ternyata pada Ketua Pengarah adalah


pengendali kapaludara itu;
. - 1708 - P.U.(A) 139

(c) mana-mana orang yang ternyata pada Ketua Pengarah adalah


pencarter atau penyewa kapaludara itu;

(d) mana-mana orang yang telah didaftarkan sebagai pemegang


gadai-janji kapaludara itu di dalam Daftar Kapaludara;

(e) mana-mana orang lain yang ternyata pada Ketua Pengarah


mempunyai kepentingan prioriti atas kapaludara itu.

(3) Sesuatu notis di bawah subperaturan (1) hendaklah-

(a) menyatakan tanda-tanda kenegaraan dan pendaftaran kapaludara


itu;"

(b) menyatakan jenis kapaludara itu;

(c) menyatakan bahawa atas sebab kemungkiran dalam pembayaran


jumlah yang kena dibayar kepada Ketua Pengarah bagi apa-apa
caj yang dikenakan di bawah Peraturan-Peraturan ini, Ketua
Pengarah, pada tarikh yang dinyatakan dalam notis itu, menahan
kapaludara itu di bawah peraturan 141 dan, melainkan jika
pembayaran jumlah yang kena dibayar dibuat dalam tempoh
enam puluh hari selepas tarikh penahanan itu bermula, atau
dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh notis itu diserahkan,
mana-mana yang terkemudian, akan memohon kepada
Mahkamah Tinggi izin untuk menjual kapaludara itu; dan

(d) mempelawa orang yang kepadanya notis itu diberikan, untuk


memberitahu Ketua Pengarah dalam masa empat belas hari dan
tarikh penyerahan notis itu jika dia berhasrat untuk menjadi pihak
dalam prosiding permohonan itu.
(4) Sesuatu notis di bawah subperaturan (1) hendaklah disampaikan-

(a) dengan menghantarserah kepada orang yang kepadanya notis itu


kena dihantarkan;

(b) dengan meninggalkannya di tempat perniagaan atau


kediamannya yang biasa atau yang terakhir diketahui;

(c) dengan menghantar melalui pos dengan cara surat berdaftar bayar
dahulu yang dialamatkan kepada orang itu di tempat perniagaan
atau kediamannya yang biasa atau yang terakhir diketahui; atau

(d) jika orang yang kepadanya notis itu hendak dihantar adalah suatu
syarikat atau pertubuhan per badanan, dengan cara
menghantarserah ke alamat berdaftar atau alamat pejabat utama
syarikat atau pertubuhan perbadanan itu, atau menghantarnya
melalui pos dengan cara surat berdaftar bayar dahulu.
. - 1709 - P.U.(A) 139

NOTIS JUALAN
148. (1) Jika izin diberikan oleh Mahkamah Tinggi, Ketua Pengarah hendaklah
menyebabkan suatu notis jualan disiarkan di dalam satu atau lebih suratkhabar
kebangsaan yang diedarkan di Malaysia dan hendaklah memastikan bahawa
kapaludara itu dijual pada harga terbaik yang semunasabahnya boleh diperolehi.

(2)Sesuatu jualan mana-mana kapaludara menurut izin yang diberikan oleh


Mahkamah Tinggi hendaklah seterusnya tertakluk kepada apa-apa syarat yang
dikenakan oleh Mahkamah Tinggi, sebagaimana yang difikirkannya adil.
HASIL JUALAN
149. Hasil apa-apa jualan di bawah Bahagian ini hendaklah terpakai seperti
berikut, dan mengikut susunan berikut-
(a) dalam pembayaran apa-apa duti kastam yang kena dibayar oleh sebab
kapaludara tersebut dibawa masuk ke Malaysia;

(b) dalam pembayaran perbelanjaan yang ditanggung oleh Ketua Pengarab


dalam menahan, menyimpan dan menjual kapaludara itu, termasuklah
perbelanjaan berkaitan dengan permohonan kepada Mahkamah Tinggi
dan mengadakan insurans yang dikehendaki dibawah peraturan 156;

(c) dalam pembayaran apa-apa caj berkenaan dengan mana-mana


kapaludara yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi kena dibayar
di bawah Peraturan-Peraturan ini;

(d) dalam pembayaran apa-apa caj lapangan terbang yang dilakukan


berkenaan dengan kapaludara yang pengendali kapaludara itu kena
bayar kepada mana-mana orang yang empunya atau mengurus padang
terbang di mana kapaludara itu ditahan di bawah peraturan 141,

dan lebihannya, jika ada, hendaklah dibayar kepada atau di kalangan orang atau
orang-orang yang kepentingan mereka pada kapaludara itu telah terlucut atas sebab
jualan tersebut.

KELENGKAPAN STOR DAN DOLUMEN KAPALUDARA


150. Kuasa penahanan dan penjualan yang diberikan di bawah Bahagian ini
berkenaan dengan suatu kapaludara hendaklah diperluaskan kepada-

(a) kelengkapan kapaludara dan apa-apa stor yang digunakan berkaitan


dengan pengendaliannya, yang adalah merupakan kelengkapan dan stor
yang dibawa di dalam kapaludara itu, sama ada harta itu harta
pengendalinya atau tidak, dan apa-apa sebutan kepada kapaludara
dalam peraturan 141 hingga 149 termasuklah, kecuali jika konteksnya
menghendaki makna yang lain, sebutan kepada apa-apa kelengkapan
dan stor tersebut; dan

(b) apa-apa dokumen kapaludara itu yang dibawa di dalamnya, dan apa-
apa dokumen sedemikian boleh, jika kapaludara itu dijual, dipindahkan
oleh Ketua Pengarah kepada pembeli.
. - 1710 - P.U.(A) 139

MENDAPATKANKEMBALI CAJ-CAJ MELALUI TINDAKAN CIVIL


151. Tiada apa-apa pun di dalam Bahagian ini boleh menjejaskan apa-apa hak
Ketua Pengarah untuk mendapatkan kembali apa-apa caj atau mana-mana
bahagian daripadanya melalui tindakan sivil.
PERBERHENTIAN LIEN KAPALUDARA
152.Jika-
(a) tidak ada apa-apa amaun tertunggak yang terjamin oleh lien
kapaludara itu;
(b) kapaludara itu dijual di bawah Bahagian ini; atau
(c) Ketua Pengarah mengarahkan secara bertulis supaya lien
kapaludara itu terhenti berkuatkuasa,

lien kapaludara itu hendaklab terhenti berkuatkuasa, dan Ketua Pengarab hendaklah
membuat suatu catatan di dalam Daftar Kapaludara sebagaimana yang ditetapkan.
PERAKUAN AMAUN YANG TIDAK DIBAYAR
153. (1) Apabila sesuatu permohonan dibuat secara bertulis berkenaan dengan
sesuatu kapaludara oleh orang yang ditetapkan, Ketua Pengarah hendaklah
mengeluarkan suatu perakuan secara bertulis, menyatakan sama ada, pada suatu
tarikh dan masa yang dinyatakan, apa-apa caj atau penalti, atau apa-apa hutang di
bawah Bahagian ini, kena dibayar dan tidak dibayar berkenaan dengan kapaludara
itu dan, berkenaan dengan mana-mana caj, penalti atau hutang sedemikian,
amaunnya dan tarikh bila ianya kena dibayar.
(2) Jika suatu perakuan telah dikeluarkan di bawah subperaturan (1), mana-
mana lien kapaludara berkenaan kapaludara itu, sama ada dikenakan sebelum atau
selepas masa yang berkaitan dengan perakuan itu, tidak menjamin-
(a) mana-mana caj atau hutang sedemikian yang berkenaan dengan
kapaludara itu yang kena dibayar dan tidak dibayar pada masa
itu tetapi tidak dinyatakan dalam perakuan itu; atau

(b) apa-apa penalti berkaitan dengan mana-mana caj sedemikian.


(3) Dalam peraturan ini, orang-orang berikut adalah orang yang ditetapkan:
(a) seseorang yang memegang perakuan pendaftaran kapaludara
itu;
(b) seseorang yang, pada pendapat Ketua Pengarah, mempunyai
kepentingan terjamin atas kapaludara itu;
(c) pemunya, atau ejen pemunya, kapaludara itu;

(d) seseorang yang diberikuasa secara bertulis oleh seseorang yang


disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c).
. - 1711 - P.U.(A) 139

MENANGGAL dsb. KAPALUDARADIBAWAH LIEN


154. (1) Seseorang yang, mengetahui atau mempunyai sebab yang munasabah
untuk mempercayai bahawa suatu lien kapaludara ada berkuatkuasa berkenaan
dengan sesuatu kapaludara, menceraikan mana-mana bahagian atau kelengkapan
daripada kapaludara itu tanpa kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah,
adalah melakukan suatu kesalahan.

(2) Subperaturaan (1) tidaklah terpakai bagi sesuatu tindakan yang dilakukan
seperti yang dikehendaki oleh atau di bawah Peraturan-Peraturan ini.
PERLINDUNGAN TERHADAP TINDAKAN
155. Tiada tindakan boleh diambil terhadap Ketua Pengarah bagi atau berkenaan
dengan-

(a) apa-apa kerugian atau kerosakan kepada sesuatu kapaludara semasa


kapaludara itu ditahan mengikut peraturan 141;
(b) apa-apa kerugian atau kerosakan kepada sesuatu kapaludara yang
ditahan itu semasa ia berada dalam jagaan, milikan atau kawalan
Ketua Pengarah; atau
(c) apa-apa kerugian ekonomi yang ditanggung oleh seseorang akibat
daripada sesuatu penahanan selain daripada apa-apa kerugian atau
kerosakan yang disebabkan dengan sengaja atau kecuajan oleb
Ketua Pengarah.
INSURAN KAPALUDARA
156. (1) Jika sesuatu kapaludara hendak ditahan di bawah peraturan145, Ketua
Pengarah hendaklah menginsuranskan kapaludara itu dan terus
menginsuranskannya terhadap kerugian atau apa-apa kerosakan kepada, kapaludara
itu semasa ia ditahan atau semasa ia berada dalam jagaan, milikan atau kawalan
Ketua Pengarah.
(2) Insurans itu hendaklah untuk faedah orang yang ditetapkan.
(3) Jika sesuatu amaun premium insurans itu dibayar oleh Ketua Pengarah,
suatu amaun yang senilai menjadi hutang yang kena dibayar kepada Ketua
Pengarah oleh orang yang kena membayar amaun yang terjamin oleh lien
kapaludara itu berkenaan dengan kapaludara itu.
(4) Dalam peraturan ini, orang-orang berikut adalah orang yang ditetapkan:

(a) Ketua Pengarah;


(b) seseorang yang, pada pendapat Ketua Pengarah, mempunyai
kepentingan terjamin atas kapaludara iti~ dan
(c) pemunya kapaludara itu.
. - 1712 - P.U.(A) 139

BAHAGIAN XIV

GADAI-JANJI KAPALUDARA

TAFSIRAN
157. Daftar Kapaludara dengan memasukkan borang permohonan itu ke Dalam
Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

'gadaijanji kapaludara" termasuklah suatu gadai-janji atau cagaran yang meliputi


apa-apa stor atau alat ganti bagi kapaludara itu tetapi tidaklah termasuk suatu gadai-
janji yang diwujudkan sebagai caj terapung.

DAFTAR DAN PENDAFTARAN GADAIJANJI KAPALUDARA


158 (1) Mana-mana gadai-janji bagi sesuatu kapaludara Malaysia bolehlah
dimasukkan di dalam Daftar Kapaludara.

(2) Sesuatu permohonan untuk memasukkan sesuatu gadal-janji di dalam


Daftar Kapaludara hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah oleh atau bagi pihak
pemegang gadai-janji dalam borang yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah dan
hendaklah disertakan dengan suatu salinan gadai-janji itu, yang pemohon itu telah
perakukan sebagai salinan yang benar.

(3) Sesuatu notis menyatakan cadangan untuk membuat suatu permohonan


untuk memasukkan suatu gadai-janji yang dicadangkan mengenai sesuatu
kapaludara di dalam Daftar Kapaludara (kemudian daripada ini disebut sebagai
"suatu notis keutamaan") bolehlah dimasukkan di dalam Daftar Kapaludara.

(4) Sesuatu permohonan bagi memasukkan suatu notis keutamaan di


dalam Daftar Kapaludara hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah oleh atau
bagi pihak bakal pemegang gadal-janji dalam borang yang dinyatakan oleh
Ketua Pengarah.

(5) Jika dua atau lebib kapaludara menjadi subjek satu gadaljanji
atau jika kapaludara yang sama menjadi subjek dua atau lebih gadai-janji,
permohonan yang berasingan hendaklah dibuat berkenaan dengan setiap
kapaludara itu atau setiap gadai-janji itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(6) Jika sesuatu gadai-janji itu dalam suatu bahasa selain daripada
bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, permohonan untuk memasukkan
gadai-janji itu di dalam Daftar Kapaludara hendaklah disertakan dengan
suatu salinan gadai-janji itu dan juga suatu terjemahannya yang diperakukan
oleh pemohon bahawa, sepanjang pengetahuan dan kepercayaannya, ia
adalah suatu terjemahan yang sahih.

(7) Apabila sesuatu permohonan untuk memasukkan suatu gadaijanji


atau notis keutamaan di dalam Daftar Kapaludara telah sempurna dibuat,
Ketua Pengarah hendaklah mencatat gadai-janji atau notis keutamaan itu,
mengikut mana-mana yang berkenaan, di dalam dalamnya dan dengan
mencatatkan di atasnya tarikh dan masa catatan itu dibuat.
. - 1713 - P.U.(A) 139

(8) Permohonan yang sempurna dibuat hendaklah dimasukkan di


dalam Daftar Kapaludara mengikut susunan ianya diterima oleh Ketua
Pengarah.

(9) Ketua Pengarah hendaklah memberitahu pemohon mengenai


tarikh dan masa catatan gadai-janji atau notis keutamaan, mengikut mana-
mana yang berkenaan, di dalam Daftar Kapaludara dan nombor daftar catatan
itu, dan hendaklah menghantar suatu salinan pemberitahuan itu kepada pemberi
gadai-janji dan pemunya.

PINDAAN KEPADA CATATAN DI DALAM DAFTAR


159.(1) Apa-apa pertukaran terhadap orang yang terdapat di dalam Daftar
Kapaludara sebagai pemegang gadai-janji atau penggadai janji atau pada nama atau
alamat orang itu atau dalam perihalan harta yang digadai-janji itu hendaklah
diberitahu kepada Ketua Pengarah oleh atau bagi pihak pemegang gadai-janji atau
penggadaijanji, dalam borang yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah.

(2) Apabila menerima suatu pemberitahuan di bawah subperaturan (1)


yang dibuat oleh atau bagi pihak pemegang gadai-janji atau penggadai-janji dan
apabila dibayar caj yang bersesuaian, Ketua Pengarah hendaklah memasukkan
pemberitahuan itu di dalam Daftar Kapaludara dan hendaklah memberitahu kepada
pemegang gadaijanji dan penggadai-janji dan pemunya bahawa dia telah berbuat
demikian.

PELEPASAN GADAI JANJI


160. Apabila menerima suatu pemberitahuan pelepasan sesuatu gadai-janji,
dalam borang yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah, yang telah disempurnakan
dan ditandatangani oleh atau bagi pihak pemegang gadai-janji dan suatu salinan
dokumen perlepasan atau resit bagi wang gadaian itu, atau apa-apa dokumen lain
yang menunjukkan, dengan memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa gadai-janji itu
telah dilepaskan, Ketua Pengarah hendaklah memasukkan borang tersebut di dalam
Daftar Kapaludara dan menandakan catatan yang relevan di dalam Daftar
Kapaludara sebagai "Dilepaskan" dan hendaklah memberitahu pemegang gadai-
janji, penggadai-janji dan pemunya bahawa dia telah berbuat demikian.

PEMBETULAN KEPADA DAFTAR KAPALUDARA


161. Mahkamah Tinggi bolehlah memerintahkan apa-apa pindaan dibuat kepada
Daftar Kapaludara sebagaimana yang ternyata kepada Mahkamah adalah perlu atau
suai-manfaat membetulkan mana-mana kesilapan di dalamnya. Setelah diserahkan
perintah itu, Ketua Pengarah hendaklah membuat pindaan yang perlu kepada Daftar
Kapaludara.

PENGELUARAN KAPALUDARA DARIPADA DAFTAR KAPALUDARA


162. Pengeluaran sesuatu kapaludara daripada Daftar Kapaludara tidaklah
menyentuh hak mana-mana pemegang gadai-janji di bawah mana-mana gadai-janji
berdaftar.

-PEMAKAIAN AKTA BIL JUALAN 1950 DAN PERUNTUKKAN PENDAFTARAN AKTA


SYARIKAT 1965. AKTA 268
163 (1) Peruntukan-peruntukan Akta Bil Jualan 1950 setakat yang ianya
berhubungan dengan bil jualan dan dokumen lain yang diberikan sebagai cagaran
untuk pembayaran wang hendaklah tidak terpakai bagi mana-mana gadai-janji bagi
sesuatu kapaludara yang didaftarkan di dalam Daftar Kapaludara.
. - 1714 - P.U.(A) 139

AKTA 125.
(2) Seksyen 108 Akta Syarikat 1965 hendaklah terus berkuatkuasa ke atas
sesuatu gadai-janji sesuatu kapaludara atau mana-mana syer dalam sesuatu
kapaludara yang diwujudkan oleh sesuatu syarikat yang diperbadankan menurut
Akta itu.

BAHAGIAN XV
CAJ MENDARAT, MEMARKIR DAN PENEMPATAN, PERKHIDMATAN
PENUMPANG DAN KEMUDAHAN
PENERBANGAN UDARA
TAFSIRAN.
164. Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang
lain-

"memarkir" dan "diparkir" ertinya, masing-masingnya, berhubungan dengan


kapaludara, memarkir atau diparkir di tempat lapang sesuatu lapangan terbang;

"penempatan" dan "ditempatkan" ertinya, masing-masingnya berhubungan


dengan kapaludara, menempatkan dan ditempatkan di hangar yang dipunyai oleh
Kerajaan, sama ada diurus dan dikendalikan oleh Ketua Pengarah atau sesuatu
syarikat berlesen;

"pergerakan" ertinya pendaratan atau berlepas oleh sesuatu kapaludara.

CAJ MENDARAT
165. Kecuali sebagaimana diperuntukkan kemudian daripada ini, suatu caj
mendarat yang ditetapkan dalam Susunan 1 Bahagian A kepada Jadual Kedua Belas
hendaklah kena dibayar berkenaan dengan setiap pendaratan kapaludara di sesuatu
lapangan terbang.
BERAT KAPALUDARA
166. Berat kapaludara bagi maksud ruang pertama Susunan 1 Bahagian A kepada
Jadual Kedua Belas ialah berat berlepas maksimum yang dibenarkan sebagaimana
dinyatakan dalam perakuan keselamatan terbang, dengan syarat bahawa apabila
sesuatu had dikenakan kepada berat berlepas maksimum bagi sesuatu kapaludara
yang terbang dan sesuatu lapangan terbang, caj mendarat maksimum bagi
kapaludara itu hendaklah berasaskan berat berlepas yang dihadkan itu, sehingga
suatu masa bila had itu tidak dikenakan lagi.

DI LUAR MASA PENGENDALIAN LAPANGAN TERBANG.


167. (1) Suatu caj tambahan senilai dengan setengah daripada caj mendarat yang
kena dibayar mengikut Susunan 1 Bahagian A kepada Jadual Kedua Belas tetapi
tertakluk kepada caj minimum sebanyak RM150.00, hendaklah kena dibayar-

(a) berkenaan dengan apa-apa pendaratan, kecuali dalam masa kecemasan,


di luar masa pengendalian yang diberitahu; dan
(b) berkenaan dengan apa-apa perlepasan di luar masa pengendalian yang
diberitahu kecuali sesuatu perlepasan dalam masa satu jam selepas
mendarat di luar masa pengendalian yang diberitahu itu.
. - 1715 - P.U.(A) 139

(2) Tiada apa-apa pergerakan boleh berlaku di luar masa pengendalian


yang diberitahu kecuali dalam sesuatu kecemasan atau menurut perkiraan yang
terlebih dahulu dibuat dengan Ketua Pengarah atau syarikat berlesen, mengikut
mana-mana yang berkenaan.

(3) Sekiranya sesuatu pergerakan yang dicadangkan di luar masa


pengendalian yang diberitahu dibatalkan, caj tambahan yang diperuntukkan dalam
subperaturan (1) hendaklah kena dibayar melainkan jika notis membatalkan
pergerakan itu diterima oleh Ketua Pengarah atau syarikat berlesen, mengikut
mana-mana yang berkenaan, tidak kurang daripada dua jam sebelum masa tutup
yang diberitahu.

(4) Sekiranya sesuatu lapangan terbang telah diminta bersedia untuk


digunakan sebagai lapangan terbang ganti di luar masa pengendalian biasanya,
suatu caj senilai dengan dua puluh lima peratus daripada caj mendarat yang kena
dibayar mengikut Susunan 1 Bahagian A kepada Jadual Kedua Belas, tetapi
tertakiuk kepada caj minimum sebanyak RM150.00, hendaklah kena dibayar oleh
pengendali yang berkenaan bagi tiap-tiap tiga jam atau sebahagian daripadanya
semasa lapangan terbang itu disediakan bagi maksud ini tetapi berkenaan
dengannya tiada apa-apa caj mendarat kena dibayar.

PENERBANGAN LATIHAN
168. (1) Suatu kadar khas sebanyak dua puluh lima peratus daripada caj mendarat
boleh dibenarkan oleh Ketua Pengarah dalam hal sesuatu penerbangan yang dibuat
di mana-mana padang terbang yang diuruskan oleh Ketua Pengarah bagi maksud
latihan atau ujian personel penerbangan sahaja, dengan syarat bahawa kebenaran itu
hendaklah didapatkan sebelum penerbangan itu dilakukan.

(2) Bagi maksud peraturan ini, "mendarat" ertinya suatu perlepasan dan
pendaratan berturutan yang diselesaikan oleb sesuatu kapaludara sehingga saat
ianya berhenti tetapi tidaklah termasuk cecah dan terbang.

PENGECUALIAN
169. (1) Kelas-kelas kapaludara yang berikut adalah dikecualikan. daripada
membayar caj mendarat-

(a) mana-mana kapaludara rasmi Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan


mana-mana negeri di Malaysia, termasuk kapaludara tentera;

(b) mana-mana kapaludara rasmi kepunyaan Ketua Negara, Menteri dan


pembesar lain yang melawat Malaysia sebagai tetamu Negara atas
dasar persalingan;

(c) mana-mana kapaludara yang dinyatakan yang dikendalikan oleh


mana-mana kelab penerbangan yang telah, dalam hal sesuatu padang
terbang yang diuruskan dan dikendalikan oleh Ketua Pengarah,
diluluskan bagi maksud peraturan ini oleh Ketua Pengarah jika
penerbangan sebelum sahaja pendaratan itu atau berikutan dengan
perlepasan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, bukan untuk
sewa atau upah atau bagi apa-apa maksud lain daripada penerbangan
kelab;
. - 1716 - P.U.(A) 139

(d) mana-mana kapaludara yang digunakan bagi misi atau usaha cari dan
selamatkan;

(e) mana-mana kapaludara yang dikehendaki kembali ke lapangan


terbang berlepas atau lapangan terbang ganti disebabkan oleb hal
keadaan di luar kawalan pengendali seperti kerosakan alat
kelengkapan kapaludara itu atau penutupan lapangan terbang yang
ditujui selepas kapaludara itu berlepas; atau

(f) mana-mana kapaludara lain atau kelas kapaludara yang diluluskan


oleh Ketua Pengarah.

(2) Tiada apa-apa caj mendarat boleh dikenakan bagi pendaratan berikutan
dengan suatu penerbangan ujian dengan syarat bahawa-

(a) penerbangan itu berakhir di lapangan terbang berlepas dan dilakukan


semata-mata bagi maksud menguji kapaludara itu atau alat-alatnya;
dan

(b) sebelum penerbangan itu, pengendali kapaludara itu telah


memberitahu Ketua Pengarah-

(i) dalam hal sesuatu padang terbang yang diuruskan dan


dikendalikan oleh Ketua Pengarah, Ketua Pengarah itu; atau

(ii) dalam hal sesuatu padang terbang yang diuruskan dan


dikendalikan oleh syarikat berlesen, syarikat berlesen itu,

mengenai penerbangan yang dimaksudkan itu dan Ketua Pengarah atau syarikat
berlesen berpuas hati tentang kesahihan dan perlunya penerbangan itu.

CAJ PERKHIDMATAN PENUMPANG


170. Suatu caj perkhidmatan penumpang hendaklah kena dibayar berkenaan
dengan mana-mana orang yang menaiki kapaludara yang membawa penumpang
untuk sewa atau upah pada kadar yang dinyatakan dalam Susunan 2 Bahagian A
kepada Jadual Kedua Belas kecuali dalam hal-

(a) seseorang penumpang dalam transit terus, iaitu, meneruskan


perjalanan dalam penerbangan yang sama atau yang tidak dibenarkan
meninggalkan kawasan lapangan terbang yang dibenarkan bagi
kegunaan penumpang transit, atau yang telah terlewat dengan tidak
sengaja atau dipindahkan ke perkhidmatan yang boleh didapati
berikutnya ke tempat turunnya yang berikut, disebalikan oleh
keadaan cuaca atau kapaludara itu tidak boleh digunakan;

(b) krew yang mengendalikan kapaludara itu;

(c) kanak-kanak di bawah umur dua tahun;

(d) Ketua Negara, Menteri dan pembesar-pembesar lain yang melawat


Malaysia dari semasa ke semasa sebagai tetamu negara;
. - 1717 - P.U.(A) 139

(e) mana-mana lapangan terbang dan berkenaan dengan mana-mana


orang atau orang yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah dan semasa
ke semasa.

CAJ PENEMPATAN DAN MEMAKIR


171. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, caj
penempatan dan memarkir hendaklah kena dibayar pada kadar yang dinyatakan
dalam Susunan 3 Bahagian A kepada Jadual Kedua Belas bagi setiap tempoh dua
belas jam atau sebahagian daripadanya. Masa pemarkiran adalah daripada masa
pendaratan hingga masa berlepas.

(2) Ruang yang digunakan bagi maksud Susunan 3 Bahagian A kepada


Jadual Kedua Belas hendaklah hasil darab rentang kapaludara itu dengan panjang
maksimumnya. Dalam hal helikopter, ruang yang digunakan hendaklah hasil darab
rentang bebaling tak berlipat dengan panjang maksimum fiuslaj dan segala alat
tambahan padanya.

(3) Tiada apa-apa caj boleh dikenakan bagi tempoh tiga jam pertama
memarkir.

(4) Ketua Pengarah atau syarikat berlesen, mengikut mana-mana yang


berkenaan, boleh mengkehendaki sesuatu kapaludara dialihkan daripada satu
tempat memarkir yang diperuntukkan ke tempat memakir yang lain selepas tempoh
berada di tempat memarkir itu selama satu jam setengah berlalu.

(5) Ketua Pengarah atau syarikat berlesen, mengikut mana-mana yang


berkenaan, boleh atas sebab keselamatan atau apa-apa sebab lain, memerintahkan
suatu kapaludara yang diparkirkan di tempat lapang dialihkan ke hangar yang
sesuai, dan dalam hal yang demikian caj penempatan hendaklah dikenakan daripada
masa perintah itu dilaksanakan.

PENGECUALIAN
172. (1) Kelas-kelas kapaludara yang disenaraikan dalam perenggan 169(l)(a) dan
(1)(d) hendaklah dikecualikan daripada caj memarkir. Kelas-kelas kapaludara yang
disebutkan dalam perenggan 169(1)(b) hendaklah dikecualikan bagi singgahan
sehingga tempoh empat puluh lapan jam.

(2) Ketua Pengarah boleh, menurut budibicaranya, atas permohonan,


mengecualikan kelas-kelas kapaludara yang di senaraikan dalam perenggan
169(1)(c) daripada pembayaran caj memarkir.

SYARAT-SYARAT MEMAKIR DAN PENEMPATAN


173. Sesuatu kapaludara hendaklah diterima bagi memarkir dan penempatan di
suatu padang terbang mengikut syarat yang dinyatakan. dalam Susunan 4A atau 4B
Bahagian A kepada Jadual Kedua Belas. Pemunya, pengendali dan orang yang
mengetuai kapaludara yang memarkir atau menempatkan kapaludara di sesuate
lapangan terbang hendaklah disifatkan telah menerima syarat ini.

CAJ KEMUDAHAN PENERBANGAN UDARA


174. Suatu caj kemudahan penerbangan udara hendaklah kena dibayar berkenaan
dengan setiap penerbangan melalui ruang udara di dalam lingkungan sempadan
Wilayah Makiumat Penerbangan di
. - 1718 - P.U.(A) 139

antara Kuala Lumpur dengan Kota Kinabalu mengikut kadar yang dinyatakan
dalam Susunan 5 Bahagian A kepada Jadual Kedua Belas kecuali dalam hal-

(a) kapaludara yang dinyatakan dalam subperaturan 169(1);

(b) penerbangan di antara dua tempat pendaratan yang tidak dijaga; atau

(c) penerbangan yang sentiasa di dalam zon kawalan padang terbang atau
dalam lingkungan jejari lima batu daripada lapangan terbang atau di
dalam kawasan latihan bersebelahan yang ditetapkan.

POTONGAN CAJ KEMUDAHAN PENERBANGAN UDARA.


175. Suatu potongan sebanyak lima puluh peratus caj kemudahan penerbangan
udara hendaklah terpakai bagi penerbangan daripada suatu lapangan terbang ke
suatu tempat pendaratan yang tidak dijaga, atau daripada arah sebaliknya.

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG TIDAK ADA.


176. Tiada apa-apa pengurangan bagi skala caj boleh dibenarkan jika mana-mana
lapangan terbang tidak dapat digunakan atau apa-apa perkhidmatan penerbangan
udara atau kemudahan lain tidak ada.

PERKIRAAN BAGI MEMBAYAR CAJ


177..Melainkan jika perkiraan telah dibuat terlebih dahulu dengan Ketua Pengarah
atau syarikat berlesen, mengikut mana-mana yang berkenaan-

(a) semua caj yang dikenakan di bawah atau menurut Bahagian ini
hendaklah dibayar sebelum kapaludara itu berlepas dan lapangan
terbang mendarat;

(b) semua caj kemudahan penerbangan udara bagi suatu penerbangan yang
hendak dilakukan hendaklah dibayar terlebih dahulu sebelum
penerbangan itu;

(c) Ketua Pengarah atau syarikat berlesen, mengikut mana-mana yang


berkenaan, boleh enggan membenarkan kapaludara berlepas dan
lapangan terbang sehingga semua caj yang kena dibayar di bawah
Bahagian ini telah dibayar;

(d) semua caj kemudahan penerbangan udara bagi suatu penerbangan yang
tidak mendarat di lapangan terbang di Malaysia hendaklah menjadi
hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan atau syarikat berlesen,
mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh pemunya, pengendali atau
orang yang mengetuai kapaludara itu;

(e) semua caj yang dilevi di bawah Bahagian ini yang tidak dibayar
terlebih dahulu hendaklah kena dibayar dalam masa tiga puluh hari dan
tarikh ia diminta dibayar yang kemudian daripada itu bunga hendaklah
terakru mengikut kadar satu peratus setiap sebulan atau sebahagian
daripadanya.
. - 1719 - P.U.(A) 139

BAHAGIAN XVI

AM

PERAKUAN PENIAGA KAPALUDARA


178. Ketua Pengarah boleh memberi kepada mana-mana orang suatu perakuan
peniaga kapaludara jika dia berpuas hati bahawa orang itu adalah seorang yang
menjalankan perniagaan membeli dan menjual kapaludara di Malaysia.

SEKATAN BERKENAAN DENGAN PENGANGKUTAN UNTUK BALASAN BERNILAI DALAM


KAPALUDARA YANG DIDAFTARKAN DI LUAR MALAYSIA
179. (1) Sesuatu kapaludara yang didaftarkan di sesuatu Negara Pejanji selain
daripada Malaysia atau di sesuatu Negara asing tidaklah boleh mengambil atau
menurunkan penumpang atau kargo di Malaysia, jika balasan bernilai diberikan
atau dijanjikan berkenaan dengan pengangkutan penumpang atau kargo itu, kecuali
dengan kebenaran Menteri yang diberikan di bawah peraturan ini kepada
pengendali atau pencarter kapaludara itu, atau kepada kerajaan Negara di mana
kapaludara itu didaftarkan, dan mengikut apa-apa syarat yang kebenaran itu adalah
tertakiuk.

(2) Tanpa menyentuh subperaturan (1) atau peraturan 87, apa-apa


perlanggaran oleh seseorang yang telah diberikan kebenaran di bawah peraturan ini
terhadap mana-mana syarat yang kebenaran itu adalah tertakluk hendaklah menjadi
suatu perlanggaran terhadap peraturan ini.

KUASA UNTUK MENGHALANG KAPALUDARA TERBANG

180. (1) Jika ternyata kepada Ketua Pengarah atau seseorang yang diberikuasa
bahawa sesuatu kapaludara adalah dimaksudkan untuk atau berkemungkinan akan
diterbangkan-

(a) dalam apa-apa hal keadaan di mana peraturan 3, 6, 22, 24, 34,
35, 45, 56, 62 atau 63 akan dilanggari berhubungan dengan
penerbangan itu;
(b) dalam apa-apa hal keadaan di mana penerbangan itu akan
berlanggaran dengan mana-mana peruntukan Peraturan-
Peraturan ini atau mana-mana perintah petunjuk kehendak atau
arahan yang diberitahu atau dibuat di bawahnya dan menjadi
sebab bahaya kepada mana-mana orang atau harta sama ada di
dalam kapaludara itu atau tidak, atau

(c) ketika dalam keadaan tidak layak untuk penerbangan itu, sama
ada penerbangan itu akan sebaliknya berlanggaran dengan
mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini atau mana-
mana perintah, petunjuk, kehendak atau arahan yang diberitahu
atau dibuat di bawahnya,

Ketua Pengarah atau orang diberikuasa itu boleh mengarahkan pemunya,


pengendali atau laksamana kapaludara itu supaya dia tidak membenarkan
kapaludara itu membuat penerbangan yang berkenaan atau mana-mana
penerbangan lain daripada perihalan sedemikian sebagaimana yang dinyatakan
dalam arahan itu, sehingga arahan itu dibatalkan oleh Ketua Pengarah atau orang
diberikuasa itu, dan Ketua Pengarah itu atau orang diberikuasa itu boleh mengambil
apa-apa langkah yang perlu untuk menahan kapaludara itu.
. - 1720 - P.U.(A) 139

(2) Bagi maksud subperaturan (1), Ketua Pengarah atau mana-mana orang
yang diberikuasa boleh memasuki dan memeriksa mana-mana kapaludara.

SEKATAN BERKENAAN DENGAN FOTOGRAFI UDARA ATAU TINJAUAN UDARA


181. Sesuatu kapaludara tidaklah boleh terbang melintasi Malaysia bagi maksud
fotografi udara atau tinjauan udara kecuali dengan kebenaran Ketua Pengarah yang
diberikan di bawah peraturan ini kepada pengendali atau pencarter kapaludara itu
dan mengikut apa=apa syarat yang kebenaran itu adalah tertakluk.

HAK AKSES KEPADA PADANG TERBANG DAN TEMPAT-TEMPAT LAIN


182. Ketua Pengarah atau seseorang yang diberikuasa hendaklah mempunyai hak
akses pada bila-bila masa yang munasabah-

(a) ke mana-mana padang terbang, bagi maksud memeriksa padang


terbang itu;

(b) ke mana-mana padang terbang bagi maksud memeriksa mana-mana


kapaludara di padang terbang itu atau mana-mana dokumen yang
dia mempunyai kuasa untuk meminta di bawah Peraturan-Peraturan
ini, atau bagi maksud menahan mana-mana kapaludara di bawah
Peraturan-Peraturan ini; dan

(c) ke mana-mana tempat di mana sesuatu kapaludara telah mendarat,


bagi maksud memeriksa kapaludara itu atau mana-mana dokumen
yang dia mempunyai kuasa untuk meminta di bawah Peraturan-
Peraturan ini dan bagi maksud menahan kapaludara itu di bawah
Peraturan-Peraturan ini.

MENGHALANG ORANG
183. Seseorang tidaklah boleb dengan sengaja menghalang atau menyekat mana-
mana orang yang bertindak dalam menjalankan kuasanya atau melaksanakan
tugasnya di bawah Peraturan-Peraturan ini.

PERNYATAAN PALSU DAN PEMALSUAN

184. Jika, dalam mengemukakan apa-apa maklumat bagi maksud Peraturan-


Peraturan ini, mana-mana orang yang membuat apa-apa pernyataan yang dia
mengetahui adalah palsu dalam sesuatu butir material, atau dengan melulu
membuat apa-apa pernyataan yang palsu dalam sesuatu butir material, dia adalah
melakukan suatu kesalahan.
PENGUATKUASAAN ARAHAN dsb
185. Mana-mana orang yang gagal mematuhi mana-mana arahan arahan yang
diberikan kepadanya oleh Ketua Pengarah atau oleh seseorang yang diberikuasa di
bawah Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana perintah, petunjuk, kehendak atau
arahan yang diperbuat atau diberitahu di bawahnya hendaklah disifatkan bagi
maksud Peraturan-Peraturan ini sebagai telah melanggari Peraturan-Peraturan ini.

FEE DAN CAJ

186. (1) Tertakluk kepada subperaturan (4) dan (5), maka hendaklah dibayar
kepada Ketua Pengarab atau syarikat berlesen, mengikut mana-mana yang
berkenaan, fee dan caj yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Belas dan juga apa-apa
fee dan caj lain sebagaimana ditetapkan.
. - 1721 - P.U.(A) 139

(2) Jika sesuatu fee atau caj kena dibayar bagi atau berkenaan dengan apa-
apa perkara yang melibatkan Menteri, Ketua Pengarah atau orang yang diberikuasa
di bawah Peraturan-Peraturan ini melakukan sesuatu perbuatan atau benda, maka
Menteri, Ketua Pengarah atau orang yang diberikuasa itu, mengikut mana-mana
yang berkenaan, adalah terhalang daripada melakukan perbuatan atau benda itu
sehingga fee atau caj itu telah dibayar.

(3) Jika apa-apa fee atau caj telah dibayar berkaitan dengan apa-apa
permohonan di bawah Peraturan-Peraturan ini oleh mana-mana orang mengikut
subperaturan (1), dan permohonan itu kemudiannya ditarik-balik oleh pemohon
atau ditolak, apa-apa fee atau caj yang telah dibayar hendaklah tidak dibayar balik.

(4) Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkannya patut,


melevi apa-apa fee atau caj tidak melebihi lima puluh ringgit berhubungan dengan
apa-apa perkara yang berkenaan dengannya tiada fee atau caj telah ditetapkan
menurut Peraturan-Peraturan ini.

(5) Walan apa pun yang terkandung dalam peruntukan-peruntukan lain


dalam Peraturan-Peraturan ini, syarikat berlesen boleh, berhubungan dengan apa-
apa fee dan caj yang ditetapkan di sini, memberi apa-apa diskaun pada kadar yang
difikirkannya patut atau mengenakan apa-apa faedah ke atas apa-apa jumlah yang
tertunggak.

MENJALANKAN KUASA dsb, MENTERI DI LUAR MALAYSIA


187. Berhubungan dengan penjalanan mana-mana kuasa atau perlaksanaan
mana-mana tugas Menteri di bawah Peraturan-Peraturan ini yang diperlukan di luar
Malaysia di mana-mana Negara di mana tiada wakil Menteri yang layak untuk
menjalankan kuasa itu atau melaksanakan tugas itu, Menteri boleh memberi kuasa
secara bertulis kepada mana-mana orang yang ternyata kepadanya sebagai
berkelayakan untuk berbuat demikian atau kepada orang yang memegang pada
masa itu apa-apa jawatan, untuk menjalankan kuasa itu atau melaksanakan tugas
itu.

PENALTI
188. (1) Seseorang adalah melakukan suatu kesalahan terhadap. Peraturan-
Peraturan ini apabila, -

(a) dia melakukan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan peruntukan


di dalamnya;

(b) dia tidak mematuhi apa-apa arahan atau kehendak yang sewajarnya
diberikan kepada atau dibuat padanya di bawah mana-mana peruntukan
di dalamnya; atau

(c) dia tidak menurut atau melaksanakan apa-apa tugas yang secara
lansung atau secara tersirat diletakkan atas dirinya.

(2) Jika mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini dilanggari


berbubungan dengan sesuatu kapaludara, pemunya, pengendali atau laksamana
kapaludara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, bukanlah orang yang
melanggari peruntukan itu, hendaklah, tanpa menyentuh tanggungan mana-mana
orang lain di bawah Peraturan-Peraturan ini terhadap pelanggaran itu, disifatkan
bagi maksud
. - 1722 - P.U.(A) 139

peruntukan peraturan ini, telah melanggari peruntukan itu melainkan dia


membuktikan bahawa perlanggaran itu berlaku tanpa kebenaran atau pembiarannya
dan bahawa dia telah melaksanakan segala usaha wajar bagi menghalang
perlanggaran itu.

(3) Jika dibuktikan bahawa sesuatu tindakan atau peninggalan oleh mana-
mana orang yang sebaliknya akan merupakan suatu perlanggaran oleh orang itu
terhadap sesuatu peruntukan Peraturan-Peraturan ini adalah daripada apa-apa sebab
yang tidak dapat dielakkan walaupun dengan melaksanakan penjagaan yang
munasabah oleh orang itu, tindakan atau peninggalan itu hendaklah disifatkan
sebagai bukan pelanggaran oleh orang itu terhadap peruntukan itu.

(4) Jika seseorang dituduh melanggari mana-mana peruntukan Peraturan-


Peraturan ini hanya atas sebab dia telah menjadi seorang anggota krew penerbangan
sesuatu kapaludara dalam penerbangan bagi maksud pengangkutan awam atau kerja
keudaraan, penerbangan itu hendaklah disifatkan, tanpa menyentuh liabiliti
tanggungan mana-mana orang lain di bawah Peraturan-Peraturan ini, sebagai bukan
bagi maksud itu, setakat yang ia berhubung dengan tuduhan terhadap orang itu, jika
dia membuktikan bahawa dia tidak tahu atau mempunyai sebab untuk mengetahui
bahawa penerbangan itu adalah untuk maksud itu.

(5) Jika mana-mana orang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-


Peraturan ini, yang bukan merupakan sesuatu peruntukan yang disebutkan dalam
subperenggan (6) atau (7), dia adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila
disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

(6) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan yang


dinyatakan dalam Bahagian A Jadual Keenam Belas adalah melakukan suatu
kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

(7) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan yang


dinyatakan dalam Bahagian B Jadual Keenam Belas adalah melakukan suatu
kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

KUATKUASA LUAR WILAYAH PERATURAN-PERATURAN INI


189. Melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, peruntukan
Peraturan-Peraturan ini-

(a) setakat mana ianya terpakai, sama ada secara rujukan nyata atau
selainnya, kepada kapaludara Malaysia, hendaklah terpakai kepada
kapaludara itu di mana-mana jua pun ia berada;

(b) setakat mana ianya terpakai seperti yang tersebut di atas kepada
kapaludara-kapaludara lain hendaklah terpakai bagi kapaludara
sedemikian apabila ia berada dalam Malaysia;
. - 1723 - P.U.(A) 139

(c) setakat mana ianya dilarang, menghendaki atau mengawalselia,


sama ada secara rujukan nyata atau selainnya, perlakuan oleh orang
di dalam, atau oleh mana-mana krew, mana-mana kapaludara
Malaysia, hendaklah terpakai bagi orang atau krew sedemikian di
mana-mana jua mereka berada; dan

(d) setakat mana ianya dilarang, menghendaki atau mengawalselia,


seperti yang tersebut di atas, perlakuan apa jua yang berhubungan
dengan mana-mana kapaludara Malaysia oleh orang lain hendaklah
terpakai bagi mereka di mana-mana jua mereka berada.

PEMAKAIAN PERATURAN-PERATURAN INI BAGI KAPALUDARA KERAJAAN


ANGKATAN TENTERA DAN PELAWAT dsb.
190. (1) Peruntukan Peraturan-Peraturan ini melainkan jika dinyatakan
selainnya, hendaklah terpakai bagi atau berhubungan dengan kapaludara kepunyaan
atau yang digunakhidmat semata-mata dalam perkhidmatan Kerajaan, yang
bukannya kapaludara tentera, sebagaimana ia terpakai bagi atau berhubungan
dengan kapaludara lain yang didaftarkan di Malaysia atau yang boleh didaftarkan
sedemikian dan bagi maksud pemakaian sedemikian, jabatan atau pihak berkuasa
lain yang pada masa itu bertanggungjawab bagi pihak Kerajaan terhadap
pengurusan kapaludara itu, hendaklah disifatkan sebagai pengendali kapaludara itu
dan, dalam hal sesuatu kapaludara kepunyaan Kerajaan, sebagai pemilik
kepentingan Kerajaan dalam kapaludara itu:

Dengan syarat bahawa tiada apa pun dalam peraturan ini boleh menyebabkan
mana-mana jabatan atau pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pihak
Kerajaan mengenai pengurusan kapaludara itu.

(2) Kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan nyata selainnya, pihak


berkuasa angkatan tentera laut, darat dan udara dan anggota mana-mana angkatan
pelawat dan apa~apa harta benda yang dipegangkan atau digunakan bagi maksud
angkatan sedemikian hendaklah dikecualikan daripada Peraturan-Peraturan ini
setakat yang terpakai seolah-olah angkatan itu adalah sebahagian daripada angkatan
tentera dan pada masa ituberkhidmat di situ.

(3) Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya oleh subperaturan (4),


subperaturan 89(1) dan peraturan 102, tiada apa pun dalam Peraturan-Peraturan ini
boleh terpakai bagi atau berhubungan dengan mana-mana kapaludara tentera.
. - 1724 - P.U.(A) 139

(4) Jika sesuatu kapaludara tentera diterbangkan oleh seorang juruterbang


awam dan tidak diperintah oleh seseorang yang bertindak dalam menjalankan
tugasnya sebagai anggota mana-mana angkatan tentera atau sebagai anggota
angkatan pelawat, peraturan 70, 71, 73, 89 dan 90 hendaklah terpakai bagi
penerbangan itu.
PENGECUALIAN DARIPADA PERATURAN-PERATURAN INI.\
191. (1) Menteri boleh mengecualikan daripada mana-mana peruntukan Peraturan-
Peraturan ini mana-mana kapaludara atau orang atau kelas kapaludara atau
golongan orang, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat
sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh subperaturan (3)


dan peraturan 89, tiada apa jua dalam Peraturan-Peraturan ini terpakai bagi atau
berhubungan dengan mana-mana kapaludara tentera.

(3) Kerajaan atau mana-mana jabatan Kerajaan, atau pihak berkuasa lain
yang bertanggungjawab mengenai pengurusan mana-mana kapaludara, tidak boleb
dikenakan apa-apa penalti yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan ini.
KECUALIAN
192. Tertakluk kepada peraturan 99 dan 101, tiada apa jua dalam Peraturan-
Peraturan ini boleh memberikan apa-apa hak untuk mendarat di mana-mana tempat
yang bertentangan dengan hak peinilik tanah atau orang lain yang berkepentingan
di dalamnya.
KAPALUDARA KECIL
193. Peraturan-Peraturan ini, melainkan peraturan 67 dan 91, hendaklah tidak
terpakai bagi-
(a) mana-mana belon yang pada mana-mana peringkat penerbangannya
adalah berukuran tidak lebih daripada dua meter pada mana-mana
sudut dimensi selurusnya termasuklah mana-mana bakul atau
kelengkapan lain yang dipasangkan pada belon itu;

(b )mana-mana layang-layang yang beratnya lebih daripada dua


kilogram; atau

(c) mana-mana kapaludara lain yang beratnya tidak lebih daripada tujuh
kilogram tanpa bahan apinya.

MELULUSKAN SESEORANG UNTUK MENGEMUKAKAN LAPORAN.


194. Berhubungan dengan mana-mana fungsinya menurut mana-mana peruntukan
dalam Peraturan-Peraturan ini, Ketua Pengarah boleh, secara mutlak atau tertakluk
kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut, meluluskan seseorang sebagai
berkelayakn untuk mengemukakan laporan kepadanya dan boleh menerima laporan
sedemikian.

LAPORAN MANDATORI
195. (1) Tertakluk kepada peraturan ini, tiap-tiap orang yang adalah pengendali atau
laksamana sesuatu kapaludara Malaysia
. - 1725 - P.U.(A) 139

(b) menjalankan perniagaan pembuatan, membaiki atau membaikpulih


mana-mana kapaludara atau mana-mana kelengkapan atau
bahagiannya;

(c) menandatangani suatu perakuan kajian semula penyenggaraan atau


perakuan perlepasan daripada servis berkenaan dengan mana-mana
kapaludara, bahagian atau kelengkapannya; atau

(d) adalah pemegang lesen bagi sesuatu padang terbang berlesen


hendaklah-

(i) membuat laporan kepada Ketua Pengarah mengenai apa-apa


kejadian kena lapor yang diketahuinya dan yang adalah seperti
yang demikian seperti yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga
Belas, dan laporan itu hendaklah dibuat dalam tempoh masa,
mengikut apa-apa cara, dan hendaklah mengandungi maklumat
sebagaimana yang ditetapkan dan ia hendaklah diserahkan
dalam bentuk sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua
Pengarah dalam mana-mana kes tertentu; dan

(ii) membuat laporan kepada Ketua Pengarah, dalam tempoh masa,


mengikut apa-apa cara, dan mengandungi maklumat,
sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah dalam
suatu notis bertulis yang diserahkan kepadanya, yang adalah
maklumat yang ada dalam inilikannya atau kawalannya dan
yang berkaitan dengan kejadian kena lapor yang telah
dilaporkan olehnya atau oleb seseorang lain kepada Ketua
Pengarah mengikut peraturan ini.

(2) Dalam peraturan ini kejadian kena lapor" ertinya-

(a) apa-apa insiden berhubung dengan suatu kapaludara berkenaan


dengan apa-apa kecacatan atau kerosakan pada kapaludara
ituataumana-manabahagianatau kelengkapannya, yang adalah suatu
insiden, kecacatan atau kerosakan yang membahayakan, atau yang
jika tidak diperbetuikan akan mendatangkan bahaya kepada
kapaludara itu, penumpangnya, atau mana-mana orang lain; atau

(b) apa-apa kecacatan atau kerosakan kepada apa-apa kemudahan di


bumi yang digunakan atau yang dicadangkan untuk digunakan bagi
maksud atau berkaitan dengan pengendalian kapaludara itu, yang
adalah kecacatan atau kerosakan yang membahayakan, atau jika
tidak diperbetulkan akan mendatangkan bahaya kepada, kapaludara
itu atau penumpangnya, atau mana-mana orang lain.

Dengan syarat bahawa apa-apa kemalangan yang diberitahu kepada Ketua


Pengarab menurut Bahagian XII hendaklah tidak menjadi suatu kejadian kena lapor
bagi maksud peraturan ini.
. - 1726 - P.U.(A) 139

(3) Tertakluk kepada subperenggan (1)(d) (ii), tiada apa jua dalam peraturan
ini menghendaki seseorang melaporkan apa-apa kejadian yang dia mempunyai
sebab untuk mempercayai telah dilaporkan atau akan dilaporkan oleh seseorang lain
kepada Ketua Pengarah menurut peraturan ini.

(4) Seseorang tidaklah boleh membuat apa-apa laporan di bawati peraturan


ini jika dia ketahui atau mempunyai sebab untuk mengetahui bahawa laporan itu
adalah palsu dalam apa-apa butiran.

(5) Tanpa menyentuh subperaturan 60(2), (4) dan (5) dan tertakluk kepada
peraturan 86, pengendali sesuatu kapaludara hendaklah, jika dia mempunyai sebab
untuk mempercayai bahawa suatu laporan telah dibuat atau akan dibuat menurut
peraturan ini menyimpan kekal apa-apa data daripada suatu perakam data
penerbangan atau suatu gabungan pergerakan data penerbangan dengan perakam
suara kokpit yang relevan kepada kejadian kena lapor selama empat belas ban
daripada tarikh di mana laporan mengenai kejadian itu dibuat kepada Ketua
Pengarah atau bagi suatu tempoh lebih panjang sebagaimana yang diarahkan oleh
Ketua Pengarab, dalam sesuatu kes tertentu:

Dengan syarat bahawa rekod itu boleh dipadamkan jika kapaludara itu berada
di luar Malaysia dan adalah tidak munasabah praktik untuk menyimpan kekal
laporan itu sehingga kapaludara itu sampai ke Malaysia.
PENERBANGAN DIRUANG UDARA MANA-MANA NEGARA ASING
196. (1) Pengendali atau laksamana sesuatu kapaludara Malaysia atau, jika tempat
utama perniagaan pengendali itu atau kediaman tetapnya adalah di Malaysia, mana-
mana kapaludara lain, yang diterbangkan melintasi mana-mana Negara asing
tidaklah boleh membenarkan kapaludara itu digunakan bagi sesuatu maksud yang
memudaratkan keselamatan, ketenteraman awam atau kesihatan awam, atau kepada
keselamatan penerbangan udara berhubungan dengan, Negara itu.

(2) Seseorang tidaklah melanggar subperaturan (1) jika dia tidak mengetahui
atau mengesyaki bahawa kapaludara itu sedang atau akan digunakan bagi sesuatu
maksud yang disebutkan di dalamnya.
(3) Pengendali atau laksamana sesuatu kapaludara Malaysia atau, jika tempat
perniagaan utama pengendali itu atau kediaman tetapnya adalah di Malaysia, mana-
mana kapaludara lain, yang diterbangkan melintasi mana-mana Negara asing
hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa
penerbangan yang sesuai bagi Negara itu apabila-

(a) penerbangan itu telah tidak dibenarkan dengan sewajarnya; atau

(b) terdapat alasan yang munasabah bagi pihak berkuasa penerbangan


yang berkenaan untuk mempercayai bahawa kapaludara itu sedang
atau akan digunakan bagi suatu maksud yang memudaratkan
keselamatan, ketenteraman
. - 1727 - P.U.(A) 139

awamatau kesihatan awam, atau kepada keselamatan penerbangan


udara berhubungan dengan, Negara itu,
melainkan nyawa orang di dalamnya atau keselamatan kapaludara itu akan
terancam.

(4) Seseorang tidaklah melanggar subperaturan (3) jika dia tidak mengetahui
atau mengesyaki bahawa arahan itu adalah diberikan oleh pihak berkuasa
penerbangan yang berkenaan.
(5) Kehendak dalam subperaturan (3) tidaklah menyentuh mana-mana
kehendak lain untuk mematuhi arahan sesuatu pihak berkuasa penerbangan.
(6) Dalam peraturan ini "pihak berkuasa penerbangan yang berkenaan"
termasuklah mana-mana orang, sama ada dia adalah anggota tentera atau pihak
berkuasa awam sesuatu kerajaan, yang diberikuasa di bawah undang-undang
Negara asing itu untuk memberikan arahan kepada kapaludara yang terbang
melintasi Negara itu.
PEMAKAIAN PERATURAN-PERATURAN INI KEPADA KAPALUDARA YANG DIKAWAL OLEH
MALAYSIA YANG TIDAK DIDAFTARKAN DI MALAYSIA
197. Menteri boleh mengarahkan bahawa peruntukan Peraturan-Peraturan ini dan
apa-apa kehendak yang dibuat atau yang mempunyai kuatkuasa di bawahnya
sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu hendaklah mempunyai kuatkuasa di
bawahnya seolah-olah rujukan dalam peruntukan itu kepada kapaludara Malaysia
termasuklah rujukan kepada kapaludara yang dinyatakan dalam arahan itu, yang
adalah suatu kapaludara yang tidak didaftarkan di Malaysia tetapi pada masa itu
adalah di bawah pengurusan seseorang yang, atau orang yang setiapnya, adalah
berkelayakan untuk memegang kepentingan di sisi undang-undang atau
kepentingan benefisial melalui pemunyaan dalam sesuatu kapaludara Malaysia.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
198. Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab bagi melindungi penerbangan
awam daripada tindakan gangguan yang menyalahi undang-undang dan bagi
maksud ini, dia hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan Aneks 17 dan Manual
Keselamatan bagi Melindungi Penerbangan Awam daripada Gangguan Yang
Menyalahi Undang-Undang yang dikeluarkan oleh ICAO dari semasa ke semasa.

RAYUAN KEPADA MENTERI


199. (1) Suatu rayuan boleh dibuat kepada Menteri terhadap apa-apa keputusan
Ketua Pengarah bahawa seseorang itu tidak layak untuk memegang lesen atau
permit di bawah Peraturan-Peraturan ini dan jika Menteri berpuas hati, atas
keterangan yang dikemukakan kepadanya, bahawa Ketua Pengarah telah tersilap
dalam membuat keputusan itu, Menteri boleh mengakaskan keputusan Ketua
Pengarah dan mengarahkan Ketua Pengarah supaya menguatkuasakan keputusan
Menteri:

Dengan syarat bahawa suatu rayuan tidak boleh dibuat mengenai suatu
keputusan Ketua Pengarah bahawa seseorang itu tidak layak untuk memegang suatu
lesen atau permit di bawah Peraturan-Peraturan ini atas sebab kekurangan
pengetahuan, pengalaman, kekompetenan kemahiran, kecergasan fisikal atau
kecergasan mentalnya.
. - 1728 - P.U.(A) 139

(2) Bagi maksud mana-mana peruntukan berhubung dengan tempoh masa


sesuatu rayuan boleh dibawa, keputusan Ketua Pengarah hendaklah disifatkan telah
dibuat pada tarikh Ketua Pengarah itu memberikan suatu pernyataan mengenai
sebab-sebab keputusannya kepada pemohon lesen atau permit itu, pemegang atau
pemegang yang dahulu lesen atau permit itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
KUASA UNTUK MENGHALANG KAPALUDARA TERBANG
200. Jika ternyata pada Menteri atau Ketua Pengarah bahawa mana-mana
kapaludara yang dimaksudkan atau berkemungkinan diterbangkan berlanggaran
dengan mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini, Menteri atau Ketua
Pengarab, mengikut mana-mana yang berkenaan, bolehlah-

(a) mengarahkan pengendali kapaludara itu untuk tidak membenarkan


kapaludara itu membuat, atau laksamana kapaludara itu untuk tidak
membuat, penerbangan itu; dan

(b) mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menahan kapaludara


tersebut.

PEMAKAIANANEKS1 HINGGA 18
201. Aneks 1 hingga 18 hendaklah terpakai ipso facto kepada Peraturan-Peraturan
ini melainkan jika peruntukan berkaitan dengannya terkandung dalam kuasa di
bawab Peraturan-Peraturan ini atau penyimpangan daripada pemakaian Aneks
tersebut telah diberitahu oleh Menteri kepada ICAO mengikut Artikel 38
Konvensyen itu.
PELAKSANAAN FUNGSI DAN KUASA KETUA PENGARAH
202.Ketua Pengarah hendaklah pada setiap masa melaksanakan fungsinya dan
menjalankan kuasanya di bawah Peraturan-Peraturan ini dengan cara yang
konsisten dengan tanggungjawab Kerajaan Malaysia di bawah Konvensyen
Chicago, mana-mana triti lain yang ditandatangani oleb Kerajaan Malaysia dan
mana-mana perjanjian di antara Malaysia dengan Negara lain berkaitan dengan apa-
apa perkara di bawah Peraturan-Peraturan ini.

PEMBATALAN
203. Tertakluk kepada subperaturan 204(2) dan (3), Peraturan-Peraturan dan
Perintab yang berikut adalah dibatalkan:
L.N583/53
(a) Perintah Penerbangan Udara 1953;
L.N 584/53
(b) Peraturan -Peraturan Penerbangan Udara (Peny iasatan Kemalangan)
1953;
L.N 585/53
(c) Peraturan-Peraturan Penerbangan Udara (Pelesenan dan
Perkhidmatan) 1953;
L.N 587/53
(d) Peraturan-Peraturan Penerbangan Udara (Am), 1953;
L.N 588/53
(e) Peraturan-Peraturan Penerbangan Udara (Radio), 1953;
S.I 1961/2316
(f) Perintah Penerbangan Awam Kolonial 1961;
P.U. (A) 427/75
(g) Peraturan-Peraturan Caj Mendarat, Memarkir dan Menempat,
Perkhidmatan Penumpang dan Kemudahan Pemaliman Udara 1975;
. - 1729 - P.U.(A) 139

P.U. (A) 130/77

(h) Peraturan-Peraturan Caj Perkhidmatan Tentukoran.


Penerbangan 1977;
P.U. (A) 177/79. 1979.
(i) Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Padang Terbang)

PERUNTUKKAN PERUNTUKKAN KECUALIAN DAN PERALIHAN


204. (1) Tiada apa jua dalam Peraturan-Peraturan ini boleh menyentuh kuasa
mana-mana pegawai kanan polis untuk menahan dan menggeledah mana-mana
kapaludara di bawah seksyen 25 Akta Polis 1967.

(2) Mana-mana perakuan, lesen, permit, kelulusan, kebenaran,


pengecualian atau dokumen lain yang dikeluarkan atau diberikan sebelum
berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan ini hendaklah, tertakluk kepada peruntukan
peraturan 87, terus berkuatkuasa dan hendaklah berkuatkuasa bagi maksud
Peraturan-Peraturan ini seolah-olah ia telah dikeluarkan atau diberikan di bawah
peruntukan yang bersamaan dengannya:

Dengan syarat bahawa mana-mana dokumen sedemikian yang dinyatakan


untuk terus berkuatkuasa selama suatu tempoh tertentu hendaklah terus
berkuatkuasa, melainkan jika diperbaharui, hanya sehingga habisnya tempoh itu.

(3) Mana-mana penyiasatan yang dimulakan di bawah Peraturan-Peraturan


Penerbangan Udara (Penyiasatan Kemalangan) 1953 hendaklah diteruskan di
bawah Peraturan-Peraturan tersebut seolah-olab Peraturan-Peraturan ini belum
berkuatkuasa.

(4) Semua bayaran yang kena dibayar kepada Kerajaan di bawah


Peraturan-Peraturan atau Perintah yang dibatalkan di sini hendaklah didapatkan
balik di bawahnya seolah-olah Peraturan-Peraturan ini belum berkuatkuasa.

Вам также может понравиться