Вы находитесь на странице: 1из 5

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“HARGA SEBUAH KEHIDUPAN”


(06 NOVEMBER 2009/ 18 ZULKAEDAH 1430H)

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,

Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat serta umat Islam yang dikasihi
sekalian. Marilah kita sama-sama berusaha meningkatkan ketakwaan kepada Allah
SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-
Nya. Mudah-mudahan kita semua beroleh kebahagiaan di dunia dan juga di
akhirat. Tajuk khutbah yang akan dibicarakan pada hari ini ialah: “Harga Sebuah
Kehidupan”.

Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian,

Pada hari ini, darjat kehidupan manusia terdiri daripada pelbagai golongan iaitu
golongan kaya, golongan pertengahan, golongan miskin dan golongan yang
terpinggir. Berdasarkan pemerhatian mimbar, sudah menjadi adat kehidupan
golongan yang berpendapatan tinggi dan berpangkat mendapat sanjungan,
penghormatan dan di pandang hebat oleh masyarakat. Oleh itu untuk mengejar
nilai kehidupan, ada di kalangan mereka sanggup merasuah dan membeli gelaran-

1
gelaran tertentu. Kadang kala golongan ini yang dilihat mempunyai harga diri yang
tinggi sebenarnya mempunyai ruang terbuka luas mengumpul kekayaan dan maju
ke hadapan secara tidak sah.

Adapun golongan miskin dan terpinggir pula kelihatan kurang mendapat


sanjungan sebagaimana yang diperolehi golongan kaya atau atasan. Manakala
golongan bawahan sering mendapat laluan sukar dan terpaksa berhempas pulas
mencari kesenangan hidup. Ini adalah lumrah kehidupan. Persoalan besar timbul
ialah apakah perbezaan taraf hidup itu menentukan harga atau nilai kehidupan
manusia.

Kita sering mendengar, malah dipaparkan dalam media massa mengenai


kisah-kisah sedih penganiayaan, penzaliman, perhambaan terhadap golongan
bawahan seperti amah atau pembantu rumah. Ini adalah salah satu contoh harga
atau nilai hidup yang dialami golongan bawahan atau miskin dalam usaha mencari
rezeki halal dan sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan. Mimbar amat sedih,
golongan yang mempercayai diri yang bernilai tinggi bersikap sombong dan
bongkak sanggup melakukan kezaliman tanpa alasan yang benar.

Firman Allah SWT dalam surah asy-Syura ayat 42:

Maksudnya: “Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap


orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka
bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang yang
beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

Sidang Jumaat Dan Umat Islam Yang Dikasihi Sekalian,

Sekali imbas, dunia dirasakan tidak selamat kerana golongan yang kuat menindas
yang lemah dan terdapat golongan yang kaya tamak haloba memburu kekayaan
sama ada secara sah atau rasuah. Laporan dan pendedahan terbaru Ketua Audit

2
Negara mengenai penggunaan wang rakyat membuktikan bahawa terdapat pihak-
pihak tertentu menunggu peluang untuk menyalahguna dan mengaut keuntungan
daripada wang rakyat.

Mimbar ingin mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian apakah ini
nilai atau harga sebenar dalam kehidupan kita?. Hakikatnya, Allah SWT telah
banyak memberikan kita kesempatan iaitu sejak dilahirkan sehingga saat ini. Allah
telah memberikan kita segala-galanya tanpa kita pinta. Tetapi jarang kita
mensyukurinya kerana sesetengah dari kita merasakan itu adalah hasil jerih payah
dan penat lelah kita sendiri.

Sabda Rasulullah SAW yang mafhumnya:


“ Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah ia mengingatinya, sesiapa yang
mengingatinya ia dianggap bersyukur. Sesiapa yang tidak mengenang budi yang
diberi dianggap sebagai kaufur nikmat.”( Hadtih Riwayat At-Tabrani)

Kita bertanggungjawab dan perlu bersifat amanah sepenuhnya terhadap


kehidupan manusia atau nasib diri kita sendiri. Mimbar percaya terdapat dua
langkah meningkatkan nilai dan harga diri kita. Langkah pertama adalah dengan
mengenali dan mengembangkan potensi yang ada di dalam diri kita sendiri.
Langkah kedua adalah dengan memahami matlamat hidup kita di dunia ini supaya
segala amalan yang kita lakukan lebih terarah dan selari dengan kehendak hukum
syarak.
Mimbar ingin mengingatkan bahawa kadang kala sifat khianat dan perbuatan
buruk menjatuhkan integriti dan harga diri manusia. Sifat khianat ini biasanya
wujud pada golongan yang kurang nilai keimanannya. Lebih jelas lagi, sifat
khianat ini merupakan antara ciri-ciri orang munafik yang disifatkan sebagai orang
yang melanggar janjinya dan menodai kepercayaan yang tersemat dalam jiwanya.
Malah Allah SWT telah melabelkan orang yang khianat itu sebagai sejahat-jahat
makhluk yang amat dimurkai Allah.

3
Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 55-56:

Maksudnya: “ Sesungguhnya sejahat-jahat (makhluk) yang melata di sisi Allah


ialah orang yang kafir, sebab itu mereka tidak (mahu) beriman. Iaitu orang yang
kamu telah ikat perjanjian dengan mereka, kemudian mereka mencabuli
perjanjian pada setiap kali, sedang mereka tidak takut (akibatnya).”

Berdasarkan ayat di atas tadi, jelas di sini bahawa sifat khianat merupakan
sifat yang amat keji dan dimurkai di sisi Allah. Ini kerana sifat tersebut amat
merbahaya jika dibiarkan merebak dalam kehidupan sesebuah masyarakat. Akibat
sifat keji tersebut bukan hanya menimpa pada orang yang melakukan khianat,
malah ia turut memberi kesan yang buruk kepada orang yang dikhianatinya dan
masyarakat sekelilingnya.

Sidang Jumaat Dan Umat Islam Yang Dikasihi Sekalian,

Mengakhiri khutbah, mimbar menyeru sidang Jumaat dan umat Islam sekalian
bahawa harga dan nilai sebenar kemuliaan seseorang tidak terletak pada taraf
kekayaan atau kebesaran pangkat seseorang. Nilai dan harga diri yang berdasarkan
kekayaan atau pangkat adalah sementara sahaja. Bagaimanapun dalam Islam harga
diri adalah berdasarkan ketakwaan dan keimanan seseorang. Sifat ketakwaan ini
akan menentukan nilai dan harga diri seseorang itu mulia di sisi masyarakat dan
Allah SWT sepanjang masa.

Rasulullah SAW pernah menegaskan dengan sabdanya yang bermaksud:


“ Tidak mungkin berkumpul iman dan kufur dalam jiwa seseorang, dan juga tidak
mungkin pula bersatu sifat jujur dan dusta padanya sekali gus sebagaimana tidak
mungkin bersama sifat khianat dan amanah padanya dalam satu masa.” (Hadith
Riwayat Ahmad).

4
Kesimpulannya, sifat ketakwaan dan keimanan wajib dihiaskan dalam setiap
peribadi muslim, terutamanya para pemimpin, ketua jabatan, pekerja, ibu bapa dan
anak-anak. Dengan itu, diharapkan tugas-tugas dan tanggungjawab yang diberikan
dapat dilaksanakan dengan baik dan dapat memacu kecemerlangan dan menjamin
kesejahteraan hidup di dunia. Sebaliknya jika sifat khianat yang menjadi budaya,
maka ia adalah isyarat berbahaya yang hanya mengundang masyarakat dan bangsa
ke arah kehancuran dan kebinasaan.

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (Al-Qur'an)


dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia
menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu melalui wahyu-Nya; dan
janganlah engkau menjadi pembela bagi orang yang khianat.” (an-Nisa:105)

Вам также может понравиться