Вы находитесь на странице: 1из 4

KOPERASI ...............................

BERHAD
Alamat ..............................

ATURAN PASAR MINI DAN KAFETARIA

TAJUK

1. Aturan ini dinamakan ATURAN PASAR MINI DAN KAFETARIA


Koperasi .................................. Berhad.

2. Aturan ini diwujudkan di bawah undang-undang kecil 9(3) Koperasi ini dan
dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Koperasi
pada……….. dan dikemukakan kepada Suruhanjaya.

TAFSIRAN

3. Dalam aturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

(a) “konsainan” ertinya barangan milik pembekal untuk jualan yang diletakkan
di pasar mini dan kafetaria;

(b) “penyelia” ertinya penyelia pasar mini dan kafetaria;

(c) “pengurus koperasi” ertinya pegawai yang dilantik oleh Lembaga menurut
undang-undang kecil 43(2)(p).

TUJUAN

4. Tujuan aktiviti pasar mini dan kafetaria (selepas ini disebut “aktiviti ini”) ialah
untuk-

(a) membekal barangan pengguna dan makanan bermasak yang berkualiti


untuk dijual kepada anggota dan bukan anggota mengikut harga yang
berpatutan;
(b) memberi kemudahan pembelian kredit kepada anggota yang berkhidmat
di .....................................; dan
(c) memberi perkhidmatan bayaran bil utiliti dan tambah nilai telefon.

SUMBER KEWANGAN

5. (1) Suatu peruntukan daripada modal Koperasi bolehlah dikhaskan bagi


membiayai aktiviti ini yang mana hendaklah dikembangkan dari semasa
ke semasa.

(2) Lembaga boleh, apabila kekurangan modal, mendapatkannya-

(a) dengan cara mengumpul syer, yuran, deposit, pinjaman atau


simpanan khas daripada anggota; dan
(b) melalui deposit atau pinjaman daripada bukan anggota dengan
kelulusan Suruhanjaya menurut perenggan 50(e), subseksyen 52(2)
dan seksyen 52A Akta dan Peraturan.

1
PENTADBIRAN DAN PEMANTAUAN

6. (1) Aktiviti ini ditadbir oleh Jawatankuasa aktiviti ini yang dilantik oleh
Lembaga di bawah undang-undang kecil 43(2)(w).

(2) Pengurus koperasi hendaklah bertanggungjawab kepada Jawatankuasa


aktiviti ini bagi-

(a) menyelia dan menentukan kecekapan dan kejujuran pekerja;

(b) memastikan bil-bil diperiksa dan penerimaan barangan disahkan


sebelum pembayaran dibuat;

(c ) memastikan harga jualan yang betul mengikut spesifikasi yang telah


ditetapkan;

(d) menentukan semua rekod urusniaga dan dokumen penting mengenai


perniagaan disenggara dan disimpan dengan selamat dan
dikemaskini pada setiap waktu;

(e) memastikan pengiraan stok sebenar dibuat pada lat-lat tempoh yang
munasabah;

(f) memastikan bil potongan gaji berkaitan pembelian kredit anggota


bulanan dihantar kepada pihak .................................... pada setiap
bulan;

(g) memastikan rekod ambilan dikemaskini dan dilaporkan kepada


bendahari setiap bulan;

(h) memastikan bil untuk ambilan yang dibuat oleh


kakitangan .......................................... dihantar kepada
pihak .................................... pada setiap bulan; dan

(i) memastikan kutipan jualan harian mengikut prosedur yang telah


ditetapkan.

BELIAN

7. (1) Semua belian hendaklah diuruskan oleh Pengurus dan Penyelia


Koperasi. Barang yang dibeli hendaklah berkualiti dengan harga yang
berpatutan. Harga belian itu hendaklah tidak menjejaskan kadar
keuntungan jualan barangan tersebut.

(2) Jika belian dibuat secara kredit, harga yang ditawarkan dan tempoh kredit
perlu diteliti bagi melindungi kepentingan perniagaan koperasi.

(3) Penyelia hendaklah membuat pesanan barang-barang menggunakan


Borang Pesanan. Pengurus Koperasi hendaklah mengesahkan borang
tersebut sebelum pembelian dibuat.

(4) Apabila barangan pesanan sampai ke koperasi, Penyelia hendaklah


menentukan jumlah, kualiti dan nilai barangan yang diterima dengan-

(a) memeriksa barangan itu;

2
(b) meneliti Borang Pesanan Koperasi dan Invois atau Borang Hantaran
barangan yang diterima dari Pembekal dan seterusnya membuat
perbandingan dengan barangan yang diterima; dan
(c) membandingkan harga yang ditulis di dalam Invois atau bil dengan
harga yang dipersetujui semasa membuat perundingan atau
perjanjian dengan Pembekal.

(5) Penyelia hendaklah merekodkan semua penerimaan barangan yang dibeli


ke dalam pangkalan data.

PENERIMAAN SECARA KONSAINAN

8. (1) Penyelia boleh menerima barangan dari pembekal secara konsainan


untuk dijual, dengan syarat bahawa koperasi tidak akan
bertanggungjawab di atas barangan yang tidak dijual.

(2) Suatu perjanjian boleh dibuat di antara pembekal dengan koperasi bagi
mengelakkan pertikaian di antara kedua belah pihak.

(3) Penerimaan barangan melalui cara ini hendaklah direkodkan oleh


penyelia di dalam buku stok konsainan.

PENETAPAN HARGA JUALAN

9. (1) Jawatankuasa bertanggungjawab untuk menentukan polisi harga.

(2) Penyelia hendaklah mencadangkan harga jualan dengan mengambil kira


kos belian, harga pasaran dan polisi harga.

(3) Penetapan harga jualan hendaklah disahkan oleh jawatankuasa ini.

JUALAN

10. Semua jualan hendaklah dengan tunai. Lembaga boleh membenarkan jualan
secara kredit kepada anggota dengan syarat anggota membenarkan kredit itu
dibayar melalui potongan gaji atau dengan cara lain yang ditetapkan oleh
Lembaga.

PEREKODAN

11. (1) Bagi jualan kredit, anggota hendaklah menandatangan resit jualan.

(2) Resit jualan kredit hendaklah dihantar ke pejabat koperasi setiap hari
untuk simpanan.

PENERIMAAN WANG

12. Semua jualan tunai dan lain-lain penerimaan hendaklah dikeluarkan resit.
Pengurus hendaklah memastikan semua terimaan wang sama ada secara
wang tunai atau cek hendaklah dimasukkan ke dalam Bank dalam tempoh 24
jam dari tarikh penerimaan.

3
KAWALAN STOK

13. (1) Jawatankuasa ini hendaklah sentiasa mengawasi keperluan barang-


barang yang hendak dibeli bagi menentukan bahawa bekalan kepada
anggota koperasi tidak terputus.

(2) Penyelia hendaklah sering memeriksa stok untuk mengelakkan


kesusutan, kehilangan dan kemusnahan.

(3) Jawatankuasa hendaklah mengendalikan pengiraan stok pada tarikh


akhir kewangan koperasi bagi menilai barangan yang ada di dalam stok.

(4) Kehilangan atau kerosakan barangan hendaklah disiasat dan dilaporkan


oleh Jawatankuasa ini kepada Exco Lembaga untuk diambil tindakan.

PERANCANGAN PERNIAGAAN

14. (1) Jawatankuasa aktiviti ini adalah bertanggungjawab membentangkan


anggaran belanjawan aktiviti kepada Lembaga beserta unjuran jualan dan
belian bagi tahun-tahun hadapan.

(2) Pengerusi jawatankuasa aktiviti ini hendaklah membentangkan di dalam


Mesyuarat Lembaga laporan perniagaan bagi tiap-tiap bulan beserta
dengan pandangan dan juga cadangannya.

(3 ) Lembaga hendaklah menggunakan anggaran belanjawan yang


disediakan itu bagi mengawal perjalanan perniagaan koperasi ini dengan
membuat penyemakan melalui laporan perniagaan semasa yang
dibentangkan di dalam mesyuarat dan membuat penilaian mengenainya.

PERTIKAIAN

15. Jika berbangkit sebarang perselisihan faham atas tafsiran aturan ini atau
timbul apa-apa pertikaian mengenainya, maka pertikaian itu hendaklah
dirujuk kepada Suruhanjaya menurut undang-undang kecil 81 Koperasi ini.

Aturan ini telah dibentang dan diluluskan di dalam mesyuarat agung tahunan
koperasi pada ……………………..

..…………………….. ……………………..
( ) ( )
Pengerusi Anggota Lembaga

Вам также может понравиться