Вы находитесь на странице: 1из 18

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor

Kampus Bandaraya Johor Bahru


Jalan Heman, Kampung Aman 80350 Larkin, Johor Bahru Johor
Darul Takzim

CTU 151 – Pemikiran dan Tamadun Islam

MENCARI KEREDHAAN ALLAH S.W.T.


SURAH AT-TAUBAH
(Ayat 109)

Nama Pensyarah :
MOHD ALI BIN MUHAMAD DON

Kumpulan :
KUMPULAN 1 (J3BM1112A)

Nama Ahli Kumpulan :

1) WAN MUHAMMAD HASIF BIN WAN HASSAN 2010434052

2) AIZUL IZAM BIN MOHAMED ZAHARIN 2010629338

3) SYAHIR BIN ABD. RAHMAN 2010605228

4) MOHD. RIDZUAN BIN AHMAD KHAIR 2010663882

5) MUHAMAD SHUHAIL AZMIN BIN MOHD SHAHRIN 2010636422

1
ISI KANDUNGAN

1. PENGHARGAAN...................................................................................3

2. PENDAHULUAN....................................................................................4

3. TAFSIR AYAT........................................................................................5

4. ANALISIS AYAT....................................................................................6

5. PENUTUP..............................................................................................17

6. SUMBER RUJUKAN...........................................................................18

2
PENGHARGAAN

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah CTU151 – Pemikiran dan
Tamadun Islam, En. Mohd. Ali bin Muhammad Don kerana telah memberikan peluang
kepada kami untuk menyediakan tugasan dan analisis tentang surah At-Taubah, ayat 109.
Dengan peluang yang telah diberikan ini, kami dapat mengetahui sendiri dengan lebih jelas
tentang ayat ini khususnya dan surah ini amnya. Selain itu, kami juga mengucapkan terima
kasih di atas dorongan dan panduan serta tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang kami
menyiapkan tugasan ini.
Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada pihak Perpustakaan Tun Dr. Ismail, Universiti
Teknologi MARA (UiTM) Kampus Bandaraya Johor Bahru kerana telah menyediakan
bahan-bahan rujukan dan ilmiah yang boleh digunakan dan dirujuk sebagai panduan kami
dan dimanfaatkan di dalam tugasan ini. Pelbagai hasil dan sumber kami dapati dari
perpustakaan ini dan dimuatkan dalam tugasan kami ini.
Selain itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa serta keluarga
kami kerana telah memberikan dorongan dan sokongan kepada kami sepanjang menyediakan
tugasan ini. Sesungguhnya tanpa dorongan daripada ibu bapa dan keluarga, tugasan ini pasti
tidak dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.
Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan
seperjuangan yang sanggup membantu kami dan juga sama-sama membantu antara satu sama
lain dan saling bertukar-tukar pandangan.
Seterusnya, jutaan terima kasih ditujukan kepada semua ahli kumpulan kerana telah
bekerjasama dalam menyediakan tugasan ini. Terima kasih juga diucapkan kerana semua ahli
kumpulan telah sama-sama menyumbang maklumat dan isi dalam tugasan ini.
Akhir sekali, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua individu atau pihak
yang telah terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam membantu kami
menyiapkan dan menyediakan tugasan ini. Jasa dan sumbangan semua pihak tidak akan kami
lupakan.

3
PENDAHULUAN

Surah At-Taubah ini merupakan surah kesembilan mengikut urutan di dalam Al-Quran dan
terdiri daripada 129 ayat. At-Taubah bermaksud pengampunan. Nama lain bagi surah ini
adalah ‘Baraah’ yang bermaksud berlepas diri yang di sini; merujuk kepada pernyataan
pemutusan hubungan, disebabkan kebanyakan isi bicaranya tentang pernyataan pemutusan
perjanjian damai dengan kaum musyrikin.
Surah ini adalah berlainan daripada surah-surah lain yang terdapat dalam Al-Quran kerana
tidak terdapat bismillah pada permulaan surah ini. Ini adalah disebabkan kerana surah ini
adalah suatu pernyataan perang yang mengerahkan seluruh kaum Muslimin untuk memerangi
seluruh kaum Musyrikin; tidak bersesuaian dengan bismillah yang bersifat perdamaian dan
cinta kasih Allah s.w.t.
Antara yang terkandung di dalam surah At-Taubah ini adalah keimanan, hukum-hukum,
sirah atau kisah-kisah terdahulu dan lain-lain lagi.

4
TAFSIR AYAT

Maksudnya :

Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar taqwa
kepada Allah dan (untuk mencari) keredhaan Allah itu lebih baik, ataukah orang yang
membangunkan masjid yang didirikannya ditepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah
ia dengan yang membangunkannya ke dalam api neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan
memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

(At-Taubah : 109)

5
ANALISIS
AYAT

6
ANALISIS AYAT

IKHLAS

Pada ayat ini dalam bentuk pertanyaan, Allah swt. menunjukkan perbezaan yang jelas antara
orang-orang yang mendirikan bangunan masjid atas dasar ketakwaan dan keinginan untuk
mencapai keredhaannya, dan orang-orang yang mendirikan sesuatu dengan maksud jahat
sehingga pembangunan masjid tersebut akan menambah dosa-dosa mereka. Mereka
seumpama orang-orang yang mendirikan bangunan di pinggir jurang yang condong sehingga
akhirnya mereka terjerumus di dalam neraka jahanam.

Dari sini dapatlah difahami, bahawa orang-orang yang mendirikan imannya atas dasar
takwa dan keinginan untuk mencapai keredhaan Allah adalah ibarat orang-orang yang
mendirikan bangunan yang kuat di atas tanah yang kukuh, tidak akan terancam atas serangan
angin dan badai, tak lapuk kerana hujan, dan tak lekang kerana panas. Ia memberikan
perlindungan, keamanan, ketenteraman dan kebahagiaan kepada orang-orang yang berada di
dalamnya.

Dengan kata lain dapat diungkapkan bahawa Rasulullah saw. dan kaum Muslimin yang
benar-benar beriman kepada Allah S.W.T sentiasa mendasarkan segala perbuatannya kepada
ketakwaan dan kepada keredhaannya. Mereka terang lebih baik daripada orang-orang
munafik yang segala perbuatannya hanya didasarkan kepada niat yang buruk, yang
menambah kekufuran dan kemunafikan, serta memecah belahkan antara umat Islam. Di dunia
ini mereka tercela, sedang di akhirat kelak mereka ditimpa azab dan kemurkaan Allah swt.

Setelah menjelaskan keuntungan orang-orang mukmin dan orang-orang munafik, maka


pada akhir ayat tersebut Allah swt. menegaskan bahawa Dia tidak akan memberikan petunjuk
kepada orang-orang yang munafik itu. Ertinya, orang-orang yang munafik selamanya tidak
akan beroleh petunjuk ke arah kebaikan dan keberuntungan. Oleh sebab itu, setiap langkah
dan tingkah laku serta perbuatan mereka sentiasa mengalami kegagalan dan malapetaka baik
di dunia mahupun kelak di akhirat.

Dari ayat di atas kita dapat memahami bahawa Allah memerintahkan kita
semua supaya mengabdikan diri kita kepadaNya dengan tulus ikhlas dengan erti
kata kita kerjakan sesuatu amalan, sesuatu kerja kerana Allah bukan sekali-kali kerana
sesuatu atau seseorang yang lain lebih-lebih lagi kerana sesuatu ganjaran

7
kebendaan.Syeikh Al Khushairi seorang pengasas Tasauf menerangkan bahawa ikhlas
itu ialah mengerjakan ibadah kerana ingin memperdekatkan diri kepada Allah s.w.t.
bukan kerana untuk mencari kesayangan orang atau sesuatu hal yang lain selain
daripada mengtakarufkan diri kepada Allah Tuhan yang menjadikan kita.

Ini dapat dibuktikan dari hadith Mu’awiyah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:
”Janganlah kamu meminta-minta. Demi Allah! Tidak seorang jua pun yang meminta
kepadaku, yang tidak kupenuhi permintaannya. Tetapi seorang yang kuberi dengan hati
enggan, maka pemberianku itu tidak berkat baginya.”

Huraikan bagi hadith adalah untuk menunjukkan bahawa allah Sesungguhnya


tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah. Tangan yang di atas
adalah yang memberi dan yang di bawah adalah yang meminta. Ini memberitahu kita supaya
meminta kepada allah dengan hati yang ikhlas. Selain itu, Orang yang berhati ikhlas
bermakna bahawa ia tidak mempunyai perasaan tamak. Sebaliknya orang yang tidak ikhlas
akan membatalkan pahala amalan kebaikan yang dilakukannya termasuk sedekah, sama ada
dengan mengungkit atau menyebut-nyebut perkara yang boleh menyakitkan hati orang yang
menerima kebajikannya itu.

Hadith tersebut juga menyebut, Meminta-minta pada orang lain adalah perbuatan
yang tidak digalakkan di dalam Islam. Malah ia boleh menjatuhkan maruah dan memberikan
imej yang buruk sedangkan Allah SWT memerintahkan manusia supaya berusaha dan
berkerja dengan disediakan berbagai lapangan pencarian rezaki yang halal di muka bumi ini.
Setiap manusia berhak ke atasnya asalkan dia berusaha dengan bersungguh-sungguh
mengikut kemampuan yang ada padanya tanpa perlu menagih simpati daripada sesiapapun.

Oleh itu, ikhlas amat penting dalam kehidupan kita supaya kita akan dapat keredhaan
dan dapat menjalankan ibadah dengan sempurna. Dengan ini, hati kita akan menjadi suci
untuk menambahkan bilangan amalan kita. Kita juga tidak boleh mengiraukan perintahnya
lalu melakukan dosa dengan sewenang-wenangnya. Ini akan menyebabkan hati kita akan
semakin berjauhan dari Allah yang maha besar. Kita haruslah patuh akan perintahnya dan
ikhlas dalam menunaikan perintahnya.

8
TAQWA

Antara nilai yang dititikberatkan dalam ayat ini adalah Taqwa. Taqwa berulang kali
disebut dalam semua surah dalam Al-Quran sebanyak 251 kali.

Taqwa boleh ditakrifkan sebagai menjaga hubungan yang baik dengan Allah s.w.t. dan
memelihara diri daripada terjebak di dalam perkara-perkara yang tidak diredhai oleh Allah
s.w.t. serta memelihara segala perintahNya agar dapat dilaksanakan dan memelihara apa-apa
yang dilarang-Nya supaya dapat dihindari.

Dalam ayat 109 Surah At-Taubah ini, dinyatakan bahawa mereka yang membina masjid,
yang boleh disimpulkan sebagai menegakkan tiang agama dan syiar Islam berlandaskan
Taqwa adalah lebih baik kerana dasar Taqwa itulah satu-satunya jalan yang menuju
keredhaan Allah s.w.t., daripada mereka yang sekadar membinanya tanpa bersungguh-
sungguh.

Dinyatakan juga dalam ayat ini mengenai pentingnya taqwa, sehingga dinyatakan bahawa
Allah s.w.t. tidak akan meredhai dan tidak akan member petunjuk dan hidayah kepada orang-
orang yang berbuat dusta atau zalim.

Taqwa juga meliputi seluruh aspek dalam Islam, termasuklah percaya kepada Allah,
percaya kepada Rasul, percaya kepada Malaikat serta percaya kepada Hari Kiamat. Malah, ia
juga meliputi aspek ibadah seperti solat fardhu, membayar zakat yang boleh dimaksudkan
dengan taqwa. Perkara-perkara seperti memaafkan orang, berbelanja secara sederhana kerana
cinta akan Allah s.w.t., menderma kepada anak-anak yatim dan fakir miskin dan
memerdekakan hamba juga tergolong dalam taqwa.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan Muslim, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang
bermaksud :

“Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang bersifat Taqwa, kaya jiwa serta tidak
menunjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi)”. 

9
Kaya yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kaya di jiwa, bukan kaya harta atau
wang ringgit sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis.

Taqwa termasuk dalam tiga perkara yang perlu ada dan dilakukan oleh manusia untuk
dikasihi oleh Allah s.w.t., termasuklah kaya jiwa yang bererti berakhlak mulia, dan perkara
ketiga adalah tidak menonjolkan diri.

Umat Islam perlu memperbaiki diri-sendiri dari semasa ke semasa dengan menanamkan
tiga perkara di atas secara berperingkat.

Agama Islam sendiri menyeru kepada umatnya agar bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan
perlu mempunyai sifat-sifat yang mulia serta beradab dan berbudi bahasa, tidak bongkak dan
sombong dan sebagainya yang boleh mencemarkan dan merosakkan martabat kemuliaan
manusia itu sendiri yang disifatkan sebagai khalifah di muka bumi.

10
MENCARI KEREDHAAN ALLAH S.W.T.

Dalam surah At-Taubah ayat 109 juga menekankan tentang mencari keredhaan Allah
s.w.t. Mendapat keredhaan Allah s.w.t. adalah perlu untuk selamat dan berjaya di dunia dan
di akhirat kelak.

Antara cara untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. adalah dengan menuntut ilmu
pengetahuan kerana Islam sendiri menyeru umatnya untuk menuntut ilmu. Ilmu pengetahuan
itu sendiri tergolong di dalam fardhu kifayah, di mana seluruh masyarakat akan berdosa
sekiranya tidak mengambil berat tentang ilmu pengetahuan.

Islam menekankan umatnya supaya menuntut ilmu agar tidak mudah ditindas oleh musuh-
musuh Islam. Ilmu juga penting untuk pembangunan umat Islam agar dapat menjadi contoh
yang baik kepada masyarakat lain, di samping dapat memartabatkan lagi nama Islam di mata
masyarakat antarabangsa sebagai melambangkan Islam itu adalah universal.

Mempelajari ilmu pengetahuan untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. perlulah ikhlas dan
berkiblatkan Allah s.w.t. semata-mata. Sekiranya menuntut ilmu sekadar mencari habuan
duniawi, maka usaha tersebut adalah sia-sia dan dimurkai oleh Allah s.w.t, seperti hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Daud, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

”Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia
mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium
bau syurga di hari akhirat kelak.”

Untuk mendapatkan lagi keredhaan Allah s.w.t., kita perlulah bersedekah kerana ia akan
membawa kepada kemuliaan dan keberkatan. Amalan ini akan menambahkan lagi kasih dan
keredhaan Allah s.w.t. terhadap kita.

Orang yang bersedekah dengan ikhlas kerana Allah s.w.t. tidak perlu bimbang tentang
kekurangan hartanya kerana Allah s.w.t. telah berjanji untuk menambahkan keberkatan ke
atas hartanya itu.

11
Selain itu, Allah s.w.t. akan mengangkat darjat hamba-hamba-Nya yang sentiasa mencari
dan mengharapkan keredhaan-Nya serta bersifat tawadduk.

Malah, agama Islam itu sendiri menggalakkan umatnya supaya rajin menderma dan
bersedekah. Orang-orang yang kaya-raya hendaklah membelanjakan hartanya itu ke jalan
yang diredhai Allah s.w.t. dengan menyedekahkannya kepada golongan-golongan yang amat
memerlukan seperti golongan fakir miskin dan golongan yatim piatu.

Seperti hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud:

“Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang
hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah
diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”.

12
ORANG-ORANG YANG ZALIM

Kata zalim berasal dari bahasa Arab, dengan huruf “dho la ma” (‫ظ ل م‬ ) yang bermaksud
gelap. Di dalam al-Qur’an menggunakan kata zhulm selain itu juga perkataan baghy, yang
ertinya juga sama dengan zalim iaitu melanggar haq orang lain.

Kezaliman itu memiliki berbagai bentuk di antaranya adalah syirik. Perbuatan zalim adalah
perbuatan yang mendatangkan kesusahan atau kemudaratan kepada orang lain atau mungkin
dalam bentuk mengambil manfaat dari orang lain dengan cara yang salah ataupun melakukan
sesuatu terhadap orang lain yang menimbulkan rasa sakit kerana perlakuan tersebut memberi
keseronokan atau kepuasan kepada yang melakukannya. Contohnya pemerasan, pemaksaan
dan penipuan demi keuntungan peribadi juga termasuk dalam perbuatan yang zalim. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Janganlah salah seorang daripada kamu
berpeluk tubuh dalam keadaan seseorang itu dibelasah secara zalim, kerana laknat akan
turun ke atas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankannya.”

Terdapat pelbagai jenis orang-orang zalim yang kejam. Antaranya ialah seseorang yang
daerahnya didatangi oleh seorang alim , tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya. Ini
adalah kerana seseorang hamba itu merasa dirinya megah dari orang lain dan kerana itulah
tidak ingin menimba ilmu dan mempelajari apa-apa dari seorang alim.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu


kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada
seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh
seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”.

Kedudukan orang Islam disisi Allah adalah sama sahaja tarafnya. Oleh sebab itu Islam
melarang umatnya melakukan kezaliman dan hendaklah menjauhkan sifat-sifat keji seperti
membesar diri, bermegah dan sebagainya. Malahan, Islam melarang umatnya bersifat bangga
diri, kerana mempunyai pangkat dan kedudukan yang tinggi, tetapi hendaklah bersifat hormat
menghormati antara satu sama lain dan jangan merendahkan orang lain, kerana semulia-mulia
manusia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.

13
Dari Abu Dzar Al-Ghifari dari Nabi s.a.w bersabda meriwayatkan firman Allah s.w.t, bahawa
Dia berfirman, “Wahai hamba-hambaku, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas
diri-Ku dan Aku mengharamkannya pula atas kalian, maka janganlah kalian saling
menzalimi. Wahai hamba-hambaKu, kalian semua tersesat, kecuali orang yang Aku beri
hidayah, maka mintalah hidayah itu kepada-Ku, nescaya kuberikan hidayah itu kepadamu.
Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian lapar, kecuali orang-orang yang aku beri
makan, maka mintalah makan kepada-Ku, nescaya Aku berikan makanan itu kepadamu.
Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian adalah orang-orang tidak berpakaian,
kecuali orang-orang yang telah Kuberi pakaian, maka mintalah pakaian kepada-Ku, nescaya
Aku berikan pakaian itu kepadamu. Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian
senantiasa berbuat dosa di malam dan siang hari sedangkan Aku akan mengampuni semua
dosa, maka mintalah ampun kepada-Ku, nescaya Aku ampuni kalian semua. Wahai hamba-
hambaKu, sesungguhnya kalian tidak dapat mendatangkan kemanfaatan bagi-Ku sehingga
tidak sedikit pun kalian bermanfaat bagi-Ku. Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian
semua tidak akan dapat mendatangkan bahaya bagi-Ku sehingga tidak sedikit pun kalian
dapat membahayakan-Ku. Wahai hamba-hambaKu, andaikan kalian semua dari yang awal
sampai yang terakhir, baik dari bangsa manusia mahupun jin, semuanya bertakwa dengan
ketakwaan orang yang paling takwa di antara kalian, hal itu tidak menambah sedikit pun
dalam Kerajaan-Ku. Wahai hamba-hambaKu, andaikan kalian semua dari yang awal
sampai yang terakhir, baik dari bangsa manusia mahupun bangsa jin, berdiri di atas satu
dataran lalu meminta apa pun kepada-Ku, lalu aku penuhi semua permintaan mereka, hal itu
sedikit pun tidak mengurangi kekayaan yang Aku miliki, hanya seperti berkurangnya air
samudra ketika dimasuki sebatang jarum jahit (kemudian diangkat). Wahai hamba-
hambaKu, semua itu perbuatan kalian yang Aku hitungkan untuk kalian, kemudian Aku
membalasnya kepada kalian. Maka barang siapa mendapatkan kebaikan, hendaklah ia
memuji Allah, dan barang siapa mendapatkan selain itu, hendaklah ia tidak mencela kecuali
dirinya sendirinya.” (HR. Muslim)

14
HIDAYAH

Hidayah itu merupakan petunjuk daripada Allah kepada hambaNya. Namun untuk
mendapatkannya, seseorang hamba itu haruslah berusaha untuk mendapatkannya serta yakin
akan pertolongan daripada Allah. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah meningkatkan
amalan serta tidak lupa sentiasa memohon doa agar dikurniakan petunjuk dalam kehidupan di
dunia yang sementara ini.

Perlu diinsafi dan disedari bahawa taufik dan hidayah (petunjuk) yang dianugerahkan
daripada Allah kepada manusia sebenarnya tidak boleh diukur berdasarkan kepada keadaan
zahiriah seseorang individu. Sebaliknya Allah mengurniakan hidayah-Nya kepada sesiapa
sahaja yang dikehendakiNya. Akhirnya jadilah mereka itu hamba Allah yang benar-benar
beriman dan bertaqwa.

Firman Allah yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah dating kepada kamu al-Quran yang menjadi
nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang telah menjadi penawar bagi penyakit-
penyakit batin yang ada di dalam dada kamu; dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk
keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman”.

(Surah Yunus, ayat 57)

“Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir)


mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah
jualah yang member petunjuk (dengan member taufik) kepada sesiapa yang dikehendakiNya
(menurut undang-undang peraturanNya). Dan apa jua harta yang halal yang kamu
belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu
sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menurut keredhaan
Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan
pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan”.

(Surah Al-Baqarah, ayat 272)

15
Muhammad Quraish Shihab menegaskan bahawa hidayah adalah tuntutan Allah s.w.t.
kepada setiap makhluk agar dapat memiliki sesuatu atau tuntutan untuk memenuhi keperluan
hidupnya. Dialah yang memberi ‘hidayah’ kepada anak ayam memakan benih ketika baru
sahaja menetas, atau lebah yang membuat sarangnya dalam bentuk segi enam kerana bentuk
tersebut lebih sesuai dengan bentuk badan dan keadaannya.

Keberhasilan dan kegagalan dalam mendapatkan hidayah sangat bergantung kepada cara
yang ditempuh. Bila cara yang ditempuh sesuai dengan tuntunan Tuhan maka hidayah pasti
didapati namun sebaliknya hidayah tidak akan didapati bila cara yang ditempuh berlainan
dengan tuntunan Tuhan. Dengan demikian dapat tidaknya hidayah sangat ditentukan oleh
upaya-upaya yang dilakukan. Oleh karena itu persepsi yang menjelaskan bahwa hidayah
seolah-olah diberikan Tuhan kepada seseorang tanpa mekanisme sangat sukar diterima
akal.  Dalam Al-Qur'an kata hidayah adakalanya diungkapkan dalam bentuk kata kerja dan
adakalanya dalam bentuk kata benda. Hidayah dalam bentuk kata kerja mengisyaratkan
adanya ujian yang harus ditempuh sedangkan dalam bentuk kata benda dapat difahami
sebagai hasil dari ujian-ujian yang telah dilakukan, namun kedua-duanya (ujian dan hasil)
telah diatur sedemikian rupa oleh Allah s.w.t.

16
PENUTUP

Kesimpulannya, surah At-Taubah mengandung pernyataan pembatalan perjanjian damai


oleh Nabi Muhammad s.a.w. dengan kaum musyrikin, kerana mereka tidak memenuhi syarat-
syarat perjanjian damai pada perjanjian Hudaibiyyah. Selanjutnya Surat At Taubah
mengandung hukum peperangan dan perdamaian, hukum kenegaraan, keadaan Nabi
Muhammad s.a.w. di waktu hijrah, dan kewajiban menafkahkan harta dan orang-orang yang
berhak menerimanya.

Selain itu, keseluruhan surah ini juga merangkumi pernyataan dan asas-asas Islam serta
pembinaan umat dengan menyeru seluruh umat Islam bertaqwa hanya kepada Allah s.w.t.,
beribadah dan beramal hanya kerana-Nya.

Aspek moral yang diutamakan dalam agama Islam juga dititikberatkan di dalam surah ini
seperti pentingnya kita ikhlas dalam melakukan apa-apa kerja dan perlakuan.

Umat Islam juga diseru untuk mencari dan mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. untuk
kesenangan baik di dunia mahupun di dunia Akhirat kelak. Keredhaan Allah s.w.t. perlu
dicari dengan pelbagai cara untuk mendapatkan kesempurnaan dalam hidup serta mendapat
keberkatan daripada-Nya.

Kita juga dapat mengkaji ciri-ciri orang yang mendapat hidayah Allah s.w.t. serta
bagaimana hendak mendapatkannya.

17
SUMBER RUJUKAN

1. M. Quraish Shihab, Tafsir al-Misbah : pesan, keserasian Al-Quran, Jakarta, Lentera


Hati, 2002.
2. Dr. Abdullah bin Muhammad bin Abdurrahman bin Ishaq Alu SYAIKH, Jakarta, 8
Januari 2003, Pimpinan Pustaka Imam Syafii, Penerbitan Terjemah Tafsir Ibnu Katsir.
3. Khalil, Syauqi Abu, Atlas Al-Quran, mengungkap Misteri Kebesaran Al-Quran /
Syauqi Abu Khalil, penterjemah, M. Abdul Ghaffar, editor : Tim Almahira, Let. II
Jakarta: almahira, 2006.
4. Maimon Husin, Apendi Sahi, Mohammad Zaini Yahya, Zulhazmi Omar. Nexus SPM
Tingkatan 4 – 5, Pendidikan Islam (2008)
5. Imam Al-Ghazali, Ihya Ulumiddin, Jilid 1 (1980)
6. Prof. Dr.H.Mahmud Yunus, Tafsir Quran Karim, (1979)

18

Вам также может понравиться