Вы находитесь на странице: 1из 7

Bil.

1/2010-RPHK/BJA-KKLW

RINGKASAN PENEMUAN HASIL KAJIAN PEMBANGUNAN PRODUK


PELANCONGAN DESA WILAYAH KEJORA

PENGENALAN

Kajian ini adalah hakmilik agensi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
yang dibiayai oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Kajian
dilaksanakan oleh Biro Inovasi dan Perundingan, Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) Johor dengan kerjasama Tourism Planning Research Group, Fakulti Alam
Bina, UTM Johor. Kajian ini telah disiapkan dalam tahun 2008.

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pembangunan produk pelancongan desa wilayah
KEJORA yang menyentuh tiga bahagian utama:
i. Konsep pembangunan dan potensi-potensi pembangunan
ii. Perincian pembangunan produk di kampung-kampung Gerakan Daya
Wawasan (GDW) di wilayah KEJORA yang berpotensi dibangunkan dengan
pembangunan pelancongan.
iii. Pelan tindakan yang akan menerangkan secara terperinci berkaitan dengan
persediaan sumber manusia dalam pelaksanaan pembangunan pelancongan
yang dicadangkan.

HASIL PENEMUAN

Kajian mendapati 12 buah kampung dikenalpasti mempunyai potensi untuk


dibangunkan sebagai pelancongan desa. Kampung-kampung yang dikenalpasti
mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
i. Memiliki nilai-nilai dan sumber sejarah dan budaya yang tinggi.
ii. Mempunyai kekayaan sumber jaya alam semulajadi yang unik.
iii. Mempunyai aktiviti pelancongan semasa yang menggalakkan.
iv. Sokongan penduduk yang menggalakkan.
v. Mempunyai aktiviti pelancongan semasa yang membangun.

1
Bil.1/2010-RPHK/BJA-KKLW

Kesemua kampung yang berpotensi ini adalah kampung GDW di bawah kawal selia
agensi KEJORA dan dikategorikan kepada tiga zon iaitu Zon Sedili, Zon Johor
Lama dan Zon Pengerang. Nama kampung-kampung tersebut ialah:
i. Kampung Mawai
ii. Kampung Sentosa
iii. Kampung Panchor
iv. Kampung Johor Lama
v. Kampung Belukar Durian
vi. Kampung Punggai
vii. Kampung Sungai Buntu
viii. Kampung Batu Mas
ix. Kampung Pasir Gogok
x. Kampung Tanjung Serindit
xi. Kampung Linting
xii. Kampung Tanjung Buai

Kajian ini juga menjelaskan konsep pembangunan pelancongan desa wilayah


KEJORA adalah berdasarkan kepada prinsip yang berteraskan kepada penawaran
pengalaman, pendidikan, kepuasan pelancong, penghayatan dan penglibatan
penduduk.

PENGLIBATAN
PENDUDUK

PENGHAYATAN
PENGALAMAN
PELANCONGAN
DESA WILAYAH
KEJORA

KEPUASAN PENDIDIKAN
PELANCONG

Rajah 2.1: Prinsip-prinsip Cadangan Pembangunan


(Sumber: Kajian Pembangunan Produk Pelancongan Desa Wilayah KEJORA-2008)

2
Bil.1/2010-RPHK/BJA-KKLW

JADUAL 2.1: Prinsip-prinsip Cadangan Pembangunan


(Sumber: Kajian Pembangunan Produk Pelancongan Desa Wilayah KEJORA-2008)

PRINSIP CIRI-CIRI

Pengalaman Merupakan asas utama cadangan yang akan mengolah setiap elemen cadangan ke
Pelancong
arah yang mampu menawarkan pengalaman-pengalaman unik luar bandar yang
berkualiti serta boleh meletakkan KEJORA sebagai wilayah pelancongan desa.
Kepuasan Merupakan aspek yang akan diberi perhatian khusus di dalam cadangan yang akan
Pelancong
mengutarakan aspek-aspek keperluan atau kemudahan pelancongan yang optimum
kepada keselesaan dan keselamatan pelancong.
Penghayatan Merupakan aspek penting cadangan yang akan dititikberatkan di dalam elemen-
elemen cadangan dengan mengolah aktiviti-aktiviti ke arah memperlihatkan
kepentingan nilai-nilai sejarah dan budaya untuk dijiwai.
Pendidikan Merupakan aspek penting cadangan yang akan diberi perhatian pada setiap
cadangan yang besesuaian dan akan diselitkan dengan unsur-unsur pendidikan
kepada pelancong mahupun penduduk tempatan.
Penglibatan Merupakan penggerak utama dalam pembangunan pelancongan desa. Projek
Penduduk
pembangunan yang dibangunkan akan mengambilkira faedah dan empowerment
yang diperolehi oleh penduduk.

Berpandukan kepada potensi kesemua kampung yang dikaji itu, sebanyak enam
tema pembangunan telah dikenalpasti sebagai asas kepada pembangunan iaitu
seperti berikut:

i. Ekopelancongan
ii. Pelancongan Agro
iii. Warisan Ketenteraan
iv. Warisan Budaya
v. Warisan Kesultanan Johor
vi. Homestay

Kajian juga telah mengenalpasti ciri-ciri tarikan yang boleh dimanfaatkan untuk
pembangunan kampung-kampung tersebut. Ciri-ciri tarikan tersebut ialah:
i. Memiliki keunikan warisan dan budaya serta alam semulajadi seperti
di Kampung Mawai, Kampung Sentosa, Kampung Johor Lama dan
Kampung Panchor. Antara keunikannya ialah tapak sejarah Kota Johor
Lama, tinggalan kubu tentera British, sumber alam semulajadi sungai
dan tradisi cara hidup asli penduduk.

3
Bil.1/2010-RPHK/BJA-KKLW

ii. Memiliki sumberjaya alam semulajadi sungai yang berpotensi dalam eko
pelancongan seperti di Kampung Belukar Durian, Kampung Tanjung
Buai, Kampung Tanjung Serindit, Kampung Pasir Gogok, Kampung
Linting. Antara tarikannya adalah paya bakau, sungai, ekologi.

iii. Memiliki keunikan sosio budaya dan pelancongan agro seperti di


Kampung Punggai, Kampung Sungai Buntu dan Kampung Batu Mas.
Antara keunikannya adalah perkampungan nelayan, rumah tradisional
Johor, aktiviti dusun-dusun tua (lama) dan tanaman.

Hasil analisis kajian ke atas potensi kampung yang dikenalpasti telah


mencadangkan pembangunan produk pelancongan kepada kampung-kampung
berkenaan mengikut tema seperti berikut:

i. Homestay - Zon Sedili, Johor Lama dan Pengerang


ii. Ekopelancongan – Zon Sedili dan Johor Lama
iii. Warisan Ketenteraan – Zon Sedili
iv. Warisan dan Budaya – Zon Sedili
v. Warisan Kesultanan Johor – Zon Johor Lama
vi. Pelancongan Agro – Zon Pengerang

Kajian turut mengemukakan Pelan Tindakan untuk membangunkan program


pelancongan desa di Wilayah KEJORA. Antara pelan tindakan yang dicadangkan
ialah :
i. Pakej pelancongan homestay – melibatkan Homestay Mawai,
Homestay Sentosa, Homestay Johor Lama, Homestay Dusun Tua dan
Homestay Punggai.

ii. Program home visit ke perkampungan Orang Asli – melibatkan


Kampung Layau, Johor Lama dan Kampung Selangi, Sedili

iii. Koridor pelancongan – melibatkan dua cadangan iaitu Koridor Agro &
Ekopelancongan dan Koridor Pelancongan Warisan & Kebudayaan

4
Bil.1/2010-RPHK/BJA-KKLW

iv. Pakej lawatan – melibatkan Pakej Lawatan Cabaran Alam Semulajadi


dan Pakej Lawatan Pendidikan Sejarah dan Warisan.

v. Pemasaran – melibatkan sasaran pasaran seperti Institusi Pendidikan,


Kumpulan Minat Khusus, Pelawat/pelancong, Persatuan/pertubuhan
dan Penduduk Tempatan.

vi. Promosi – melibatkan antara lain penggunaan media seperti risalah


komprehensif, poster, laman web, video, CD-ROM, cenderahati, acara
khas, media kit dan mass media.

KESIMPULAN

Pihak pengkaji turut memberi syor dan cadangan utama kajian untuk pembangunan
produk pelancongan desa seperti di Lampiran 1.

Hasil daripada kajian pembangunan produk pelancongan desa Wilayah KEJORA,


dapat disimpulkan secara keseluruhan bahawa, Wilayah KEJORA nyata mempunyai
potensi untuk menjadi sebuah destinasi pelancongan desa yang unggul di peringkat
negeri dan nasional.. Pembangunan pelancongan desa Wilayah KEJORA tidak
semata-mata bergantung kepada sumber kebudayaan masyarakat setempat, malah
kombinasi sumber sejarah yang ikonik serta kekayaan alam semulajadi mampu
memberi satu imej yang tersendiri kepada Wilayah KEJORA yang sukar dilakukan di
wilayah-wilayah pembangunan lain.

Manfaat yang lebih berkesan kepada penduduk untuk meningkatkan pendapatan


dan peluang pekerjaan perlu digambarkan secara lebih terperinci melalui pelan
tindakan pembangunan pelancongan di setiap zon dalam Wilayah KEJORA supaya
lebih jitu mengkaji pelbagai perspektif peluang meningkatkan ekonomi penduduk
melalui pelancongan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
© 2010. Ringkasan oleh Pasukan Kerja Sektor Penyelidikan dan Pembangunan, Institut Kemajuan
Desa (INFRA) dengan izin Jawatankuasa Induk Kajian Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah (JKIK).

5
Bil.1/2010-RPHK/BJA-KKLW

Lampiran 1

TAMBAHAN MAKLUMAT
RINGKASAN PENEMUAN KAJIAN PEMBANGUNAN PRODUK PELANCONGAN DESA
WILAYAH KEJORA

1.0. Ringkasan syor dan cadangan utama kajian di dalam kandungan pendahuluan
sebagaimana interpretasi jadual ringkas di bawah.

ELEMEN CADANGAN UTAMA PERUNDING

• 18 Cadangan  5 Produk Homestay


Pembangunan  1 produk Pelancongan Agro
Produk  8 produk Eko-Pelancongan
 4 produk Pelancongan Warisan budaya

• 2 Cadangan Koridor  Koridor Warisan budaya


Pelancongan  Koridor Agro dan Eko Pelancongan

• 2 Asas Cadangan  Pakej 2 hari 1 malam menjejaki keunikan budaya warisan


Pakej Lawatan  Pakej sehari menerokai alam semulajadi Sungai Sedili
• Penganjuran Aktiviti  Karnival Sukan Air KEJORA
 Minggu Budaya
 Pesembahan Mingguan
Peluang Pekerjaan  Menjana 7 jenis pekerjaan dengan 219 peluang pekerjaan
Kos Pembangunan  RM 16.4 Juta

2.0 Maklumat anggaran kos pembangunan sebanyak RM16.4 juta bagi cadangan
pembangunan fizikal dan infrastruktur di setiap kampung yang dikenalpasti
berpotensi sebagaimana maklumat di bawah:

KAMPUNG CADANGAN PEMBANGUNAN ANGGARAN KOS

1.Homestay Mawai RM 500,000.00


GDW Kampung Mawai 2.Mawai River View RM 1,150,000.00
3.Laman Sejarah Mawai RM 1,225,000.00
1.Homestay Sentosa RM 500,000.00
GDW Kampung Sentosa 2.Kembara Duga RM 820,000.00
3.Taman Sastera RM 910,000.00
GDW Kampung Belukar Durian 1.Kembara Alam RM 1,650,000.00
1.Tapak Sejarah Kota Johor Lama RM 1,500,000.00
GDW Kampung Johor Lama 2.Homestay Johor Lama RM 550,000.00
3.Lubuk Pancing Johor Lama RM 600,000.00
GDW Kampung Serindik 1.Jejak Serindit RM 580,000.00
GDW Kampung Linting 1.Kembara Alam Linting RM 600,000.00
GDW Kampung Tg. Buai 1.Taman Alam Buai RM 775,000.00

6
Bil.1/2010-RPHK/BJA-KKLW

GDW Kampung Pasir Gogok 1.Siar Alam RM 725,000.00


GDW Kampung Panchor 1.Taman Sultan RM 1,755,000.00
GDW Kampung Punggai 1.Homestay Punggai RM 600,000.00
GDW Kampung Sg. Buntu 1.Mesra Tani RM 725,000.00
GDW Kampung Batu Mas 1.Homestay Dusun Tua RM 1,200,000.00
ANGGARAN KESELURUHAN RM 16,400,000.00

3.0 Cadangan bantuan berbentuk latihan dan kursus kepada komuniti yang
terlibat dan berminat untuk menggerakkan program pelancongan desa di
Wilayah KEJORA. Cadangan ini dikemukakan atas kesedaran pentingnya
keperluan memperkasa elemen modal insan bagi menyokong pelaksanaan
pembangunan koridor pelancongan desa di wilayah KEJORA. Antara bentuk
bantuan latihan dan kursus yang dicadangkan adalah sebagaimana berikut:

i. Mewujudkan pusat latihan pengurusan dan pembangunan homestay


ii. Menganjurkan kelas-kelas bimbingan dalam bentuk kursus bagi
melatih kemahiran pemandu-pemandu pelancong.
iii. Mewujudkan kelas bimbingan dan latihan pembangunan data berdigital

4.0 Penerangan ringkas bagi cadangan pelaksanaan Fasa Pelan Tindakan


Pelancongan Desa Wilayah KEJORA. Terbahagi kepada empat fasa
sebagaimana berikut:

Sasaran Pelaksanaan
Fasa Pelan Tindakan
(Tahun)
Fasa 1 Penubuhan Jawatankuasa Pelaksana Pelan
2009
Tindakan Pelancongan Wilayah KEJORA
Fasa 2 Pembangunan Laman Web 2009 hingga 2010
Fasa 3 Pembangunan Insaniah 2009 hingga 2014
Fasa 4 Pelaksanaan Pembangunan 2009 hingga 2012

Вам также может понравиться