Вы находитесь на странице: 1из 4

ADA APA DENGAN KKG 2011?

Tajuk KKG 2011 sudahpun diedarkan lengkap dengan markah penskoran. Jadual penghantaran juga akan
diedarkan secara rasmi pada 17 Febuari 2011 (InsyaALLAH) dimana penghantaran adalah sebanyak 3 kali
untuk tujuan penambahbaikkan..Oleh itu, tidak ada alasan untuk pelajar tidak mendapat markah
cemerlang untuk KKG mereka (semuanya terpulang sama ada pelajar mahu atau tidak memperbaiki KKG
dan menghantar mengikut tarikh yang ditetapkan). Apa yang pasti KKG yang dicopy dari mana-mana
sumber adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali. Disini terdapat sedikit panduan untuk melaksanakan
KKG 2011 tajuk Pencemaran Alam Sekitar (Tugasan 1)

Aspek 1
Tajuk
 Pelajar perlu menulis tajuk yang lengkap iaitu termasuk :
i) kawasan kajian
ii) Bandar / daerah
iii) Negeri
 Contohnya PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI KAMPUNG JAWI-JAWI, KOTA BELUD SABAH
Ataupun PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI PEKAN KOTA BELUD,KOTA BELUD SABAH

Aspek 2
Senarai Kandungan
 Pelajar perlulah menyenaraikan kandungan yang lengkap dengan perkara dan muka surat
(sekurang-kurangnya enam perkara) Kesilapan pelajar pada tahun-tahun lepas adalah tidak
menulis muka surat dan menyebabkan mereka tidak mendapat apa-apa markah dalam aspek
ini.

Aspek 3
Penghargaan
 Pelajar bukan sahaja perlu menyatakn nama pihak tetapi juga perlu MENGHURAIKAN
penghargaan tersebut. Sebagai Contoh:
TERIMA KASIH KEPADA IBUBAPA SAYA IAITU ENCIK HARITH DAN PUAN BALKISH KERANA
MENAMPUNG PERBELANJAAN SEPANJANG SAYA MENJALANKAN KAJIAN INI TERMASUK
MEMBELIKAN SAYA KERTAS FOLIO INI.
 Sekurang-kurangnya pelajar perlu menyata dan menghuraikan penghargaan kepada TIGA pihak
termasuklah kepada
i) pengetua
ii) guru mata pelajaran
iii) ibu bapa / penjaga
iv) rakan-rakan
v) responden / pihak luar
 JANGAN BUAT AYAT UNTUK PENGHARGAAN SEPERTI INI:
TERIMA KASIH TUAN PENGETUA.TERIMA KASIH GURU MATA PELAJARAN.TERIMA KASIH IBU
BAPA SAYA. TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN DAN RESPONDEN. Asyik terima kasih memanjang
tapi tidak dihuraikan apa sumbangan pihak yang dinyatakan.

Ok, stop dulu. Mahu buat surat jemputan dan siapkan bahan untuk P&P esok. Nanti kita
sambung lagi kalau ada permintaan daripada pelajar.

ADA APA DENGAN KKG 2011 (PART 2)

Tadi dalam kelas (sekolah ganti Tahun Baru Cina) bincang dengan pelajar 3 Amanah tentang KKG 2011.
Ada 14 orang pelajar yang tidak hadir, jadi bagi pelajar yang tidak dapat mendengar penerangan itu,
boleh la baca posting ini. Pelajar yang hadir pula, tadi cikgu hanya terangkan hingga aspek 5. Disini ada
penerangan lanjut tentang aspek seterusnya..

Aspek 4
Pendahuluan
 Pelajar perlu menyatakan tajuk kajian mereka sepertimana dalam aspek 1.
 Pelajar juga perlu menyatakan kenapa mereka memilih kawasan kajian tersebut. Antara lain
sebabnya kerana:-
i) Kawasan tersebut menepati kriteria kajian (kerana terdapat masalah pencemaran di sana)
ii) Kawasan tersebut dekat dengan sekolah atau rumah pelajar dan memudahkan pelajar
membuat kajian
 Pelajar juga perlu menyatakan berapa lama tempoh yang mereka ambil untuk menyiapkan
kajian tersebut. Sebagai contoh :
DALAM MELAKSANAKAN KKG 2011 INI,SAYA TELAH MEMILIH LOKASI KAJIAN DI PEKAN KOTA
BELUD,KOTA BELUD SABAH. KAWASAN INI DIPILIH KERANA MENEPATI KRITERIA KAJIAN
MEMANDANGKAN TERDAPAT PELBAGAI JENIS PENCEMARAN DI KAWASAN TERSEBUT. SELAIN
ITU, KAWASAN INI JUGA DEKAT DENGAN RUMAH SAYA DAN MEMUDAHKAN SAYA UNTUK
BERULANG ALIK UNTUK MEMBUAT KAJIAN. SAYA MENGAMBIL MASA SELAMA DUA BULAN
UNTUK MENYIAPKAN FOLIO INI IAITU BERMULA BULAN FEBRUARI SEHINGGA BULAN APRIL.
(JANGAN COPY PASTE AYAT INI.SILA BINA AYAT SENDIRI)

Aspek 5
Objektif Kajian
 Bahagian ini paling mudah kerana pelajar hanya perlu memasukkan KATA KERJA sahaja dalam
senarai yang disediakan dalam markah penskoran yang diberikan kepada pelajar. Apa itu KATA
KERJA? Sudah belajar dalam subjek Bahasa Melayu kan? Buka semula kitab atau tanya dengan
guru Bahasa Melayu anda. Cikgu bagi contoh untuk objektif yang terakhir, dalam markah
penskoran diberikan :-
Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.
Oleh itu, pelajar perlu menukar ayatnya menjadi:-
MENERAPKAN nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian
Aspek 6
Kawasan Kajian
 Aspek ini memberikan 8 markah penuh sekiranya pelajar menepati apa yang diminta dalam
markah penskoran. Bagi mendapat markah penuh untuk kawasan kajian, pelajar perlu
menghuraikan 3 aspek atau lebih. Apa aspek yang perlu dihuraikan? Semuanya sudah ada
dalam markah penskoran itu. Hanya tinggal bina ayat sahaja berdasarkan maklumat yang
dikumpul. Contohnya:-
Kawasan kajian saya ialah Pekan Kota Belud,Kota Belud Sabah (pelajar menyatakan kawasan
kajian) Kawasan ini terletak di antara perjalanan antara Kudat dan Kota Kinabalu (mengikut
jalan lama) (pelajar menyatakan lokasi kajian. Jarak kawasan ini dari Bandaraya Kota KInabalu
ialah 1 jam (ini adalah jarak relatif yang pernah anda pelajari dalam tingkatan 1) (pelajar
menyatakan jarak kawasan kajian). Pekan Kota Belud meempunyai bentuk muka bumi yang bla
bla bla…..(pelajar menyatakan pandang darat fizikal kawasan kajian) Dengan adanya semua
perkara ini,pelajar boleh mendapat 2 markah.

 Tadi cikgu cakap ada 8 markah penuh kan? Mana lagi 6 markah?.
 Bagi pelajar yang menyertakan peta daerah yang lengkap dengan:-
i) tajuk dan bingkai
ii) nama kawasan kajian dan arah mata angin
maka pelajar layak mendapat 2 markah penuh

 Mana lagi 4 markah? Ingat lagi semasa tingkatan 1, pelajar telah diajar membuat peta lakar
menggunakan simbol standard peta Geografi? Di sinilah pelajar mempraktikkan kemahiran
Geografi tersebut kerana pelajar perlu melakar peta kawasan kajian yang lengkap dengan:-
i) Tajuk dan bingkai (1 markah)
ii) Petunjuk dan arah mata angin (1 markah)
iii) Simbol Piawai (1 markah)
iv) peta kemas dan sempurna (1 markah)
 Jumlah keseluruhan markah untuk aspek ini ialah 8 markah.

Aspek 7
Kaedah Kajian
 Masih lagi berkaitan dengan kemahiran Geografi tingkatan 1, kaedah mengumpul maklumat
dalam tajuk Graf. Pelajar sudah diterangkan cara mengumpul maklumat. Dalam kajian ini
juga,pelajar perlu menghuraikan bagaimana mereka mendapatkan maklumat untuk kajian ini?
Mustahil maklumat dating bergolek kepada pelajar (kalau ada macam ini kan bagus.tidaklah Eric
dan kawan-kawannya pening kepala mahu buat KKG, hahaha…)
 Pelajar perlu pastikan bahagian dapatan kajian dan rujukan nanti selari dengan kaedah kajian
yang mereka gunakan. Apa maksudnya? Contohnya sekiranya pelajar menggunakan kaedah
temu bual,pastikan pelajar menyatakan apakah hasil temu bual tersebut di bahagian dapatan
kajian. Contohnya, Encik Hariri iaitu pemilik premis perniagaan di kawasan kajian menyatakan
ekoran daripada pencemaran udara di kawasan kajian, beliau sering mengalami masalah sesak
nafas dan sakit tekak (ini boleh dimasukkan di dalam kesan pencemaran udara aspek 8.4 dalam
dapatan kajian). Memandangkan nama beliau sudah dinyatakan, maka dalam rujukan nanti
pelajar perlulah menulis namanya sebagai orang sumber.

 Diharapkan para pelajar dapat memahami perkaitan antara KAEDAH, DAPATAN KAJIAN DAN
RUJUKAN
 Perlu diingatkan sekiranya pelajar menggunakan kaedah temu bual, mereka perlu menemubual
sekurang-kurangnya 3 orang responden. Untuk soal selidik pula, mereka perlu menyediakan
sekurang-kurangnya 20 borang soal selidik untuk diisikan oleh responden.

Ok rasanya cukup untuk hari ini. Kita sambung lagi kemudian. Sebelum itu, cikgu mahu ingatkan pelajar
agar jangan bertangguh dalam membuat apa-apa pekerjaan. Ingat ! jangan tangguh sehingga esok apa
yang kita mampu lakukan hari ini.

p/s dari tingkap, nampak pelajar asrama (elccey,lok, mami dan kwn2 main bola tampar).Bila la dapat
bersenam ni. Minggu depan sudah bermula kelas tambahan setiap hari Selasa. Jangan pura-pura lupa
(pesanan khas untuk ikan kuruk)

Вам также может понравиться