Вы находитесь на странице: 1из 16

SULIT 1

‘011
Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan iaitu A,B,dan C atau empat pilihan
jawapan iaitu A,B,C dan D. Antaranya terdapat satu sahaja jawapan yang betul.Pilih
jawapan yang betul itu.Kemudian pada kertas jawapan kamu,hitamkan ruangan yang
mempunyai huruf yang sama dengan jawapan yang telah kamu pilih itu.

Soalan 1 hingga soalan 20.

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling
sesuai.

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

1. Mereka kagum melihat kemahiran Puan Aina _________ batik.

A mengecap
B mencanting
C melorek
D melakar

2. Papan itu dikerat _________ bongkah kayu.

A berpandukan
B berlandaskan
C berasaskan
D berlapiskan

‘011 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 2
‘011
Soalan 3 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2

3. Layang-layang Balan _________ pada _______ pohon rambutan.

A terselit...perdu
B tersangkut...dahan
C terlekat...pucuk
D terhalang...dahan

4. Sesiapa saja yang melanggar undang-undang negara ini boleh __________ di


mahkamah.

A didakwa
B disoal
C ditahan
D dibawa

5. Para belia itu diberi pujian kerana sanggup _________ tanah terbiar.

A terokai
B diterokai
C meneroka
D penerokaan

Soalan 6 berdasarkan Gambar 3

‘011 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 3
‘011
Gambar 3

6. ________ yang dijual pada Hari Kantin itu ________ enak.

A Kuih-muih...nian
B Lauk-pauk...sungguh
C Kuih-muih...paling
D Oleh-oleh...amat

7. Keadaan di depan pintu gol pasukan Kedah _______ akibat daripada asakan
bertubi-tubi pasukan lawan.

A haru-biru
B kacau-bilau
C hiruk-pikuk
D kucar-kacir

Soalan 8 dan Soalan 9 berdasarkan Gambar 4

Gambar 4

8. Azarina _______ lelaki buta itu __________ jalan.

A menonton...menyeberang
B menuntun...menyeberang
C menonton...memintas

‘011 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 4
‘011
9. Orang buta yang memakai se_______ cermin mata hitam itu menggunakan
se_________ tongkat.

A buah...batang
B pasang...laras
C pasang...batang
D keping...kaki

Soalan 10 berdasarkan Gambar 5

Gambar 5

10. Kami makan tiga ____________ daripada se_______ durian yang sudah dikopek
itu.

A ulas...buah
B butir...biji
C ulas...pangsa
D biji...pangsa

11. Kerani pejabat pos itu meminta orang ramai beratur. _________ mengatakan
bahawa hal itu bertujuan bagi memudahkan orang ramai berurusan dengan
____________.

A Beliau...dia
B Dia...mereka
C Dia...kalian
D Mereka...dia

‘011 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 5
‘011

Soalan 12 berdasarkan Gambar 6

Gambar 6

12. Senaman ______ dapat menyihatkan badan _______ dapat mencerdaskan minda.

A bukan saja...dan
B bukan saja...malahan
C makin...makin
D makin...justeru

13. Beliau disanjung kerana banyak menyumbangkan derma kepada pelbagai badan
kebajikan. ________ beliau peramah dan berbudi bahasa.

A Padahal
B Lebih-lebih lagi
C Oleh sebab itu

14. Kejayaan Asmawi dalam kejohanan itu, menjadi __________ orang kampungnya.

A besar hati
B buah mulut
C hati waja
D bulat kata

Soalan 15 dan Soalan 16


Pilih kata yang seerti dengan kata yang bergaris.

15. Puncak gunung itu dilitupi awan tebal.

A ditenggelami
B dilindungi
C diselubungi
D dibatasi

‘011 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 6
‘011

16. Adli baru saja menyudahkan semua kerja rumahnya.

A menyiapkan
B menyegerakan
C memudahkan
D melengkapkan

Soalan 17 dan Soalan 18


Pilih kata berlawan yang paling sesuai bagi kata yang bergaris.

17. Masalah sosial di kalangan remaja perlu ditangani dengan bijak.

A kurang
B lembap
C bebal
D lemah

Soalan 18 berdasarkan Gambar 7

Gambar 7

18. Antara yang berikut, kata yang manakah yang berlawanan dengan maksud
gambar di atas?

A cemar
B rosak
C sempit

‘011 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 7
‘011

Soalan 19 berdasarkan Gambar 8

Gambar 8

19. Simpulan bahasa yang paling sesuai bagi menggambarkan sikap budak lelaki
tersebut ialah...
A kutu embun.
B lepas laku.
C keras kepala.
D kepalang ajar.

Soalan 20 dan Soalan 21


Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk penyataan di bawah ini.

20. Sebagai akibat kata-mengatai antara satu dengan yang lain, akhirnya mereka
bertumbuk.
A hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
B kecil tapak tangan nyiru ditadahkan
C kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa
D harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan

21. Salman tidak berpuas hati kerana keadaan dompet yang dibelinya itu tidak
bermutu seperti yang diiklankan.
A indah khabar daripada rupa
B bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi
C jauhari juga yang mengenal manikam
D di mana ada semut mati kalau tidak dalam gula

‘011 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 8
‘011

Soalan 22 dan Soalan 23


Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

22. Seandainya berkelapangan, pasti aku akan datang ke sini lagi.

A Bilakah engkau akan datang ke rumahku lagi?


B Mengapakah engkau datang ke mari?
C Engkau datang ke sini dengan siapa?

23. Entahlah, saya pun tidak tahu. Tiba-tiba saja saya berada di sini.

A Mengapakah kamu ke sini?


B Bilakah kamu ke sini?
C Siapakah yang membawa kamu ke sini?
D Bagaimanakah kamu boleh berada di sini?

Soalan 24
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

24. Sejak bilakah kamu mempelajari muzik?

A Benar, semasa di tadikalah saya mempelajari muzik.


B Sepanjang ingatan saya, sejak umur saya enam tahun.
C Sejak mempelajari muzik, saya berasa terhibur.
D Mungkin saya akan terus mendalami ilmu tentang muzik.

Soalan 25 dan Soalan 26


Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.

25. Tabiat Dinalan yang suka meniru itu tidak disukai oleh rakan-rakannya.

A Kawan-kawan Dinalan tidak menggemari sikap Dinalan yang gemar


meniru itu.
B Dinalan yang gemar meniru kawan-kawanya itu tidak disenanginya.
C Dinalan yang tidak disenangi rakan-rakannya itu suka meniru.
D Tabiat Dinalan kurang disenangi oleh rakan-rakannya yang suka
menirunya itu.

‘011 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 9
‘011
26. “Siapakah yang mengambil pena biru di atas meja saya?” tanya Intan.

A Intan bertanya tentang pena biru siapa yang diambilnya di atas meja.
B Intan ingin tahu tentang pena di atas meja birunya yang diambil orang.
C Intan bertanya kepada orang yang mengambil pena birunya di atas meja.
D Intan ingin tahu tentang orang yang mengambil pena biru di atas mejanya.

Soalan 27 dan Soalan 28


Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata bergaris dengan betul.

27. I Saya tidak tahu akan kedudukan perkara yang sebenarnya.


II Kebanyakan penghuni taman itu orang kedudukan.
III Beliau dihormati kerana mempunyai kedudukan yang tinggi.
IV Masyarakat menderita semasa kedudukan Jepun.

A I dan II saja
B I dan III saja
C I, II, dan IV saja
D I, III, dan IV saja

28. I Dia tidak dapat menyebut ayat itu terang-terang.


II Setelah matahari terang-terang barulah dia bangun tidur.
III Terang-terang peniaga itu memperdaya pelanggannya.
IV Mereka mempersoalkan terang-terang yang diberikannya.

A I dan II saja
B I dan III saja
C I, II, dan IV saja
D I, III, dan IV saja

Soalan 29 dan Soalan 30


Pilih ayat-ayat yang betul.

29. I Permintaan terhadap perabot tempatan menaik sejak belakangan ini.


II Sejak berhijrah ke bandar, kehidupan Muis lintang-pukang.
III Dari sehari ke sehari kadar jenayah di bandar meningkat.
IV Kerajinanlah antara faktor utama kejayaan cemerlangnya dalam UPSR.

A I dan II saja C I, II, dan III saja


B III dan IV saja D II, III, dan IV saja

‘011 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 10
‘011
30. I Tidak berani kami mandi di kawasan jeram yang kencang airnya itu.
II Menabung suatu amalan yang perlu disemaikan sejak kecil lagi.
III Para-para penonton berbaris untuk membeli tiket bas.
IV Cis, rupa-rupanya selama ini kamu berlaku curang terhadapku!

A I dan III saja C I, II, dan IV saja


B II dan IV saja D II, III, dan IV saja

Soalan 31 hingga Soalan 35


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Rantau Abang di Terengganu Darul Iman,terkenal dan


masyhur.Tempat ini bukan sahaja sedia di ketahui oleh rakyat Malaysia bahkan
juga oleh pelancong luar negeri.Apakah keistimewaan tempat ini sehingga
menjadi begitu terbilang?
Rantau Abang ialah sebuah perkampungan kecil di pantai negeri
Terengganu Darul Iman.Namun begitu, pantai Rantau Abang menjadi pantai
pilihan kepada beberapa jenis penyu yang mendarat saban tahun antara bulan
Mei hingga September yang mengubah suasana kampung kecil ini.
Di pantai inilah,ratusan penyu mendarat untuk bertelur setiap tahun
setelah merantau jauh di lautan lepas.Lazimnya,penyu itu mendarat pada waktu
malam dengan harapan agar bumi bertuah itu melanjutkan keturunan
mereka.Setelah bertelur,binatang keramat itu akan kembali ke laut untuk
meneruskan perjuangan mereka.
Sepanjang kepulangan perantau ini,Rantau Abang seolah-olah
berpesta.Desa yang kecil itu menjadi sibuk dan ramai orang. Pelancong dari
dalam dan luar negeri bersama-sama menyambut kepulangan binatang bertuah
itu.Dari jauh dan dekat mereka datang untuk melihat penyu bertelur di pasir putih
bersih Rantau Abang.
Bagi penduduk tempatan,kepulangan penyu itu banyak membawa
keuntungan kepada mereka.Mereka berniaga,melayan dan membantu
pelancong-pelancong yang berkunjung.Bagi pelancong,tempat mendarat
binatang keramat itu menjadi tempat rehat yang segar dan nyaman serta tempat
meraih pengalaman baru.
Tidak menghairankan jika Rantau Abang terkenal dan
terbilang.Desa kecil itu menjadi tempat pertemuan manusia dan penyu dengan
harapan masing-masing.Begitulah keadaannya tahun demi tahun,kepulangan
perantau itu tetap membawa rahmat.

31. Pengarang menggunakan perkataan terkenal,terbilang dan masyhur dengan


maksud

A digemari orang
B difahami oleh orang ramai
C diketahui oleh umum
D dihargai orang

‘011 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 11
‘011

32. Di antara berikut bulan-bulan manakah paling ramai pengunjung datang ke


Rantau Abang?

A Februari dengan April


B Mei dengan September
C Jun dengan Oktober
D Ogos dengan Disember

33. Ayat tempat meraih pengalaman baru dalam petikan di atas bermaksud

A tempat memperolehi sesuatu yang baru


B tempat mendapat kenalan yang baru
C tempat mencari sesuatu yang baru
D tempat menerima pengetahuan baru

34. Bagaimanakah kepulangan penyu itu mengubah suasana kampung kecil itu?

A Kampung kecil itu menjadi ‘Pulau Pilihan’ penyu.


B Kampung kecil itu menjadi tempat perniagaan.
C Kampung kecil itu menjadi tempat rehat yang segar dan nyaman.
D Kampung kecil yang sunyi itu menjadi sibuk dan ramai orang.

35. Daripada isi karangan dan cara pengarang menyampaikannya,pengarang


cuba menunjukkan

A rahmat Tuhan kepada manusia


B keanehan Kampung Rantau Abang
C Keajaiban penyu
D Kemajuan perusahaan pelancongan di Rantau Abang

‘011 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 12
‘011

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca petikan laporan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Laporan Aktiviti Persatuan Bahasa Malaysia


Sekolah Kebangsaan Talang Dusun Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan

Guru Penasihat : Encik Abdullah bin Abdul Hamid


Pengerusi : Abdul Samad bin Muhammad
Setiausaha : Ahmad Radzil bin Abdul Majid
Bendahari : Raja Habibah binti Raja Shariff
Ahli Jawatankuasa : Mohd Fuad bin Alang Ahmad
: Mohd Zaman bin Haji Salleh
: Yahya Al-Mubarak bin Haji Ibrahim
: Norusnani binti Rashid

Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Talang Dusun telah


ditubuhkan pada tahun 1990.Persatuan ini mempunyai ahli seramai 100 orang
yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun Empat,Tahun Lima dan Tahun
Enam.Dalam tempoh lima tahun penubuhannya,persatuan ini telah menempuh
berbagai rintangan jika dibandingkan dengan sejarah penubuhan sekolah ini.
Matlamat utama penubuhan persatuan ini ialah meningkatkan
penguasaan bahasa Malaysia di kalangan pelajar.Selain daripada itu,persatuan
ini ingin menaikkan mutu dan tahap prestasinya di samping membentuk kreativiti
minda pelajar dalam menguasai kemahiran syarahan,perbahasan dan
sebagainya.Persatuan juga bertanggungjawab mengeratkan perhubungan di
kalangan pelajar pelbagai kaum dan guru di sekolah ini.
Sepanjang semester pertama,persatuan telah menganjurkan berbagai-
bagai aktiviti, seperti Pertandingan Bercerita dan Kuiz Bahasa Malaysia untuk
pelajar Tahun Empat dan Tahun Lima,Pertandingan Menulis Esei dan
Pertandingan Mendeklamasikan Sajak untuk pelajar Tahun Enam.Semua
pertandingan terbuka kepada semua ahli dan pelajar.
Seorang pelajar Tahun Enam Temenggong,Siti Hajar binti Johari telah
berjaya menjadi johan dalam pertandingan syarahan anjuran Jabatan Pendidikan
Negeri.Kejayaannya itu mendapat pujian daripada Guru Besar dan diraikan
bersama-sama pelajar sekolah ini.
Pada cuti semester kedua yang lalu,Persatuan Bahasa Malaysia telah
mengadakan lawatan untuk mendedahkan pelajar tentang fungsi Dewan Bahasa
dan Pustaka di dalam perkembangan bahasa Melayu dan melihat cara-cara
sesebuah buku diterbitkan.
Akhir sekali,kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Talang Dusun Kuala Kangsar dan Guru Penasihat
kami kerana sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan.Kami berharap agar

‘011 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 13
‘011
persatuan akan dapat bergerak dengan lebih aktif dan dapat mencungkil bakat-
bakat baru dalam segenap bidang yang dianjurkan.

Laporan disediakan oleh;


Fadzil
(AHMAD FADZIL ABDUL HAMID)
26 Januari 1996
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Talang Dusun

36. Laporan di atas adalah tentang

A. sejarah penubuhan persatuan tersebut.


B. perlantikan ahli jawatankuasa persatuan tersebut.
C. laporan tahunan Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan
Talang Dusun Kuala Kangsar.
D. kegiatan yang dijalankan oleh Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah
Kebangsaan Talang Dusun Kuala Kangsar.

37. Siapakah yang bertanggungjawab menggerakkan segala aktiviti persatuan


tersebut?

A. Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia


B. Guru Penasihat Persatuan Bahasa Malaysia
C. Ahli Jawatankuasa Persatuan Bahasa Malaysia
D. Pengerusi dan Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia

38. Berikut adalah matlamat penubuhan persatuan tersebut kecuali

A. Mengeratkan hubungan di kalangan guru di sekolah itu.


B. Mengeratkan silaturrahim di kalangan pelajar Melayu di sekolah itu.
C. Membentuk kreativiti minda pelajar dalam kemahiran Bahasa Malaysia.
D. Meningkatkan kualiti pencapaian pelajar dalam Bahasa Malaysia.

39. Apakah matlamat utama penubuhan Persatuan Bahasa Malaysia tersebut?

A. Merangka aktiviti-aktiviti yang berfaedah kepada para pelajar.


B. Untuk mengisi masa lapang pelajar dengan kegoiatan yang berfaedah.
C. Untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia di kalangan pelajar.
D. Untuk mengeratkan hubungan dua hala antara pelajar-pelajar dengan
guru.

‘011 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 14
‘011

40. Apakah harapan pelapor di atas terhadap persatuan tersebut?

A. Agar persatuan ini mendapat tunjuk ajar daripada guru penasihat.


B. Agar persatuan ini terus berjaya dalam setiap aktiviti yang
dipertandingkan.
C. Agar persatuan ini terus bergiat cergas pada masa akan datang.
D. Agar persatuan ini bertambah ahlinya.

SKIMA JAWAPAN SOALAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 – PKSR 1

‘011 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 15
‘011
SKIMA JAWAPAN

1. B 21. A
2. B 22. A
3. B 23. D
4. A 24. A
5. C 25. A
6. C 26. D
7. A 27. B
8. B 28. B
9. C 29. C
10. C 30. B
11. A 31. C
12. B 32. B
13. B 33. D
14. B 34. D
15. C 35. D
16. A 36. C
17. B 37. B
18. A 38. A
19. D 39. C
20. C 40. C

‘011 [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 16
‘011

‘011 [Lihat sebelah


SULIT

Вам также может понравиться