Вы находитесь на странице: 1из 2

Pengajian Am 2011 Latihan 4

Soalan Kefahaman dan Ulasan Teks (Bahagian C kertas 2)

Petikan Laras Sastera:

“Transformasi ekonomi negara telah meninggalkan kesan terhadap sosial negara.


Arus pemodenan sedikit sebanyak telah mengakibatkan penghakisan sistem nilai
masyarakat Malaysia. Hakikat ini dapat dilihat di mana-mana sahaja. Kesannya
dapat dilihat daripada sikap tidak bertanggungjawab dan kurang kepekaan sivik,
terutamanya di jalan raya, dan sikap tidak bertanggungjawab terhadap alam
sekitar dan kemudahan awam.”

(Petikan ucapan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Dalam majlis Pelancaran Pelan Integriti Nasional dan
Institut Integriti Malaysia, di Pusat Perdagangan Putrajaya,
Utusan Malaysia, 24 April 2004.)

(i) Apakah kesan sosial akibat transformasi ekonomi negara?

( ii ) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, berikan


ulasan bagaimana kesan yang dinyatakan dalam petikan ucapan itu dapat
dielakkan.

Petikan Laras Sains:


“Setakat ini, alat implan ialah pilihan yang terbaik untuk membantu
menyelesaikan masalah pendengaran pada tahap yang lebih baik daripada alat
bantu pendengaran biasa. Alat ini berpotensi memberikan satu alternatif baru
untuk meningkatkan kebolehan oral individu dan terbukti berfaedah terhadap
kes-kes cacat pendengaran yang teruk.”

(Dipetik dan diubah suai daripada Zuzila Dzulkifli, “Implan Koklea


Bantu Individu Cacat Pendengaran”, Minda, April 2004)

(i) Apakah faedah yang diperoleh daripada kaedah implan koklea?

( ii ) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan


masalah-masalah yang dihadapi oleh orang yang cacat pendengaran.
Contoh Jawapan:

Petikan Laras Sastera:


(i) Transformasi ekonomi telah mengakibatkan lunturnya akhlak masyarakat
sehingga menyebabkan mereka tidak prihatin lagi kepada nilai-nilai mulia.

( ii ) Antara usaha menyedarkan masyarakat adalah melalui kempen kesedaran


berulang kali. Pihak media massa, kumpulan NGO dan seumpamanya
perlu ke hadapan untuk sentiasa mengingatkan semula masyarakat yang
alpa. Pendidikan formal melalui Pendidikan Islam dan Moral perlu
disemaikan dalam diri anggota masyarakat. Mereka perlu ditunjukkan
kebaikan mengamalkan nilai mulia kepada seluruh masyarakat.

Petikan Laras Sains:


(i) Alat implan koklea membantu mengatasi masalah pendengaran yang
dihadapi oleh orang cacat pendengaran serta dapat meningkatkan
kebolehan bertutur mereka.

( ii ) Masalah orang cacat pendengaran ialah sukar berkomunikasi dengan


orang normal. Mereka lazimnya menggunakan isyarat tangan untuk
membalas komunikasi dan kebanyakan orang biasa sukar memahaminya,
bahkan diri mereka sendiri. Selain itu, mereka sukar memperoleh
pekerjaan. Hal ini disebabkan sukarnya pihak majikan menerima pekerja
yang kurang kompetitif disebabkan situasi tersebut.

Вам также может понравиться