Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
GURU
Pendidikan dilihat sebagai suatu ruang yang menyediakan pelbagai peluang
untuk memperkembangkan segala potensi yang ada dalam diri seseorang
individu atau pelajar. Persekitaran pembelajaran yang berkesan akan
mempengaruhi keupayaan seseorang untuk memahami dan bertindak balas
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru berperanan dalam
membantu kanak-kanak menyerlahkan potensi yang terpendam. Sifat-sifat
yang ada dalam diri kanak-kanak seperti ingin tahu, keterbukaan, daya cipta
dan kebolehan menyelesaikan masalah perlulah ditingkatkan kerana ia dapat
membantu kanak-kanak menyedari kebolehan dan potensi diri sendiri.
Dengan mengetahui dan memahami fitrah kejadian manusia, ia dapat
membantu guru menyediakan pelbagai aktiiviti kognitif (perkembangan) yang
dapat mengilap potensi kanak-kanak. Setiap kanak-kanak yang dilahirkan
dengan mempunyai sifat dan fitrah keterbukaan akan menyebabkan murid-
murid mudah menerima segala bentuk idea dan pengajaran yang
disampaikan oleh guru. Oleh yang demikian, fitrah ini sendiri akan membantu
murid memperbaiki diri. Contohnya, pengajaran dan pembelajaran dalam
menyelesaikan masalah matematik Tahun Satu yang mengandungi
kemahiran mengira menggunakan objek dapat mengembangkan potensi
pelajar untuk berfikir secara logik.
Selain iti, guru akan dapat mengembangkan potensi dari segi bakat dan
emosi melalui aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Ini juga hasil daripada konsep
kefahaman tentang fitrah kejadian manusia. Khususnya kanak-kanak. Ini
kerana, setiap kanak-kanak mempuyai fitrah dan bakat yang agak istimewa
dan membezakan diantara satu denan yang lain. Atau mudah difahami
sebagai serupa tapi tak sama. Pelajar juga mempunyai sahsiah yang berbeza
iaitu dari segi kepintaran komunikasi dan kecekapan menjalankan aktiviti.
Misalnya, sifat tolak ansur dan tolong menolongdapat dipupuk menerusi
aktiviti penyelesaian masalah atau tugasan secara berkumpulan. Di samping