Вы находитесь на странице: 1из 28

C 5385 PROJEK UKUR BAHAN 2

LAPORAN KEMAJUAN PROJEK


1.0 PENGENALAN

Gelanggang futsal merupakan satu tempat riadah atau


bersukan yang mana ianya merupakan salah satu struktur
bangunan.

Gelanggang futsal kini biasa dijumpai di merata tempat


kerana aktiviti futsal kini begitu terkenal di kalangan aktiviti
masyarakat sekarang sebagai aktiviti riadah di waktu petang.

Ramai golongan ingin mencuba permainan baru dan mereka


mendapati permainan futsal adalah menarik jika dibandingkan
dengan bola sepak. Ini adalah antara salah satu faktor mengapa
gelanggang futsal kini mudah didapati di sekitar kita dan lebih
digemari daripada sukan bola sepak di negara ini.
2.0 PENYATA MASALAH

Penyataan masalah dalam kajian kami ini adalah berkaitan


ketiadaan gelanggang futsal di sekitar Politeknik Kota Bharu.

Dengan itu, pelajar-pelajar di Politeknik Kota Bharu (PKB)


yang ingin berekreasi atau beriadah di tempat tersebut sukar
kerana terpaksa menjalankan aktiviti futsal di luar kawasan
Politeknik Kota Bharu.

Dengan ketiadaanya gelanggang futsal di politeknik ini,


pelajar-pelajar yang ingin bermain aktiviti futsal ini sukar kerana
terpaksa menjalankan aktiviti futsal ini di luar kawasan
Politeknik Kota Bharu (PKB). Ini akan menyebabkan mereka
terpaksa mengeluarkan kosnya sendiri sekiranya mereka ingin
menjalankan aktiviti futsal tersebut.
3.0 PERSOALAN KAJIAN

Apakah faktor-faktor pemilihan lokasi bagi


pembinaan gelanggang futsal di politeknik?

Apakah kaedah pembinaan yang digunakan


bagi membina gelanggang tersebut?

Berapakah kos pembinaan bagi membina


gelanggang tersebut?
4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Mengenalpasti lokasi yang sesuai bagi


pembinaan gelanggang futsal di politeknik.

Mengenalpasti kaedah pembinaan


gelanggang futsal.

Mengkaji kos pembinaan gelanggang


futsal.
 
BAB 2 : KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

 Gelanggang futsal merupakan satu tempat riadah atau


bersukan yang mana ianya merupakan salah satu daripada
struktur bangunan.
 Kini gelanggang futsal biasa dijumpai di merata tempat
kerana aktiviti futsal ini begitu terkenal di kalangan
masyarakat sekarang
 Struktur rekabentuk gelanggang futsal ini diadaptasikan dari
permainan bola sepak. Tetapi bezanya ia dibina dalam bentuk
gelanggang berjejaring yang dilengkapi dua gawang gol.
 Ramai golongan masyarakat ingin mencuba permainan ini dan
mereka mendapati permainan futsal adalah menarik jika
dibandingkan dengan bola sepak.
 Ini merupakan antara salah satu faktor mengapa gelanggang
futsal kini mudah didapati di sekitar kita dan lebih digemari
daripada sukan bola sepak di negara ini.
2.2 SEJARAH FUTSAL
 Futsal merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh
badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Federation Internationale de
Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis
futebol de salao yang bermaksud bola sepak dalam dewan.
 Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan.
 Merujuk kepada  Find out about futsal BBC SPORT bertarikh 31/8/2002,
salah seorang daripada merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola
sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang
yang besar berbanding futsal yang agak kecil.
 Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa.
Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola
dengan baik.
 Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain
meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih
cepat.
 Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak
gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi peluang
kepada orang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan
sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan.
  "The FA.com - History of Futsal di dalam laman web
www.TheFA.com [12] menyatakan bahawa sejarah futsal telah
dimulakan di Montevideo, Uruguay, pada tahun 1930 apabila Juan
Carlos Ceriani telah mencipta suatu versi bola sepak bagi
pertandingan di YMCA.
 Sukan ini telah mula merebak merentasi Amerika Selatan, dan
popularitinya memastikan bahawa satu badan pentadbir telah
dibentuk di bawah nama FIFUSA (Federacion Internacional de
Futbol de Salon) pada tahun 1971.
 Oleh kerana terdapat satu pertikaian di antara dua pihak terhadap
pentadbiran bola sepak, maka permainan ini telah diberi nama futsal
pada tahun 1985.
2.3 DEFINISI GELANGGANG FUTSAL DAN
LOKASI CADANGAN
 Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, ‘gelanggang boleh didefinisikan
sebagai sebuah lapangan tempat mengadakan sesuatu pertandingan sukan
seperti bola keranjang, bola baling, futsal dan sebagainya’.

2.3.1 Definisi Futsal


 Di dalam buku ‘Mahir Bermain Futsal’ yang ditulis oleh John D. Tenang,
mengatakan bahawa Javier Lozano. Pelatih Timnas Futsal Sepanyol (Juara
Piala Dunia Futsal 2004) ‘Futsal bukan hanya suatu permainan bagi pemain
yang merasa lebih nyaman bermain di lapangan sempit. Namun yang
dikembangkan dalam futsal adalah kecepatan dan kualitas untuk membuat
suatu keputusan’.
 Ia merupakan sebuah gelanggang yang mana tidak mempunyai banyak
perbezaan dengan gelanggang sukan permainan yang lain. Ianya bersaiz seperti
gelanggang bola keranjang yang mana panjangnya adalah antara 25 meter
hingga 42 meter serta lebarnya pula adalah antara 15 meter hingga 25 meter.
 Gelanggang ini mempunyai dua buah gawang gol serta mempunyai satu
bulatan permulaan yang bersaiz 3 meter diameter.
2.3.4 LOKASI BINAAN

 Kedudukan cadangan pembinaan gelanggang futsal tersebut adalah


di dalam kawasan Politeknik Kota Bharu di kawasan kompleks
sukan di mana ia menempatkan kesemua gelanggang-gelanggang
sukan di kawasan tersebut. Antara gelanggang-gelanggang sukan
yang ada di kawasan tersebut adalah gelanggang tenis, bola
keranjang, bola jaring, bola tampar dan juga padang bola sepak.
Cadangan tapak projek ini adalah terletak bersebelahan gelanggang
tenis dan belakang padang bola sepak seperti yang ditanda di dalam
Rajah 2.3.
Rajah 2.3.1 : Pelan Lokasi Cadangan Pembinaan
Gelanggang Futsal (Sumber : Diambil dari laman
web www.pkb.edu.my)
Rajah 2.3.2: Gambar di atas menunujukkan kawasan lapang yang sesuai dijadikan
tempat cadangan pembinaan gelanggang futsal di Politeknik Kota
Baharu.
2.5.1.1 Definisi Asas

 Merujuk kepada Terzaghi, Karl; Peck, Ralph Brazelton; Mesri,


Gholamreza (1996), Soil mechanics in engineering practice,
‘’Bahagian yang paling penting bagi sesebuah bangunan adalah asas
atau Building Foundation. Pembinaan sesebuah bangunan itu
bermula dari asas yang terletak paling di bahagian bawah diatas
tanah yang menanggungnya’’.

 Asas mengandungi struktur yang terletak dibawah tanah. Struktur


ini termasuklah cerucuk (filling) dan penapak (base). Pembinaan
asas memerlukan bahan binaan yang kuat untuk menampung beban
di atasnya.
 
2.5.1.3 ASAS YANG DIGUNAKAN UNTUK PEMBINAAN
GELANGGANG FUTSAL

 Asas pad adalah asas yang sering digunakan dalam pembinaan


gelanggang futsal. Asas ini diperbuat daripada konkrit (1:2:4).
 Kedalaman asas pad ini biasanya 3.00 meter.
 Ianya menggunakan tetulang keluli untuk menguatkan asas.
 Asas ini terdapat dalam beberapa bentuk antaranya segi empat,
trapezium, bulat dan lain-lain lagi.
 Lazimnya asas pad ini digunakan untuk rumah sehingga 4 tingkat,
sekolah, kantin, dan bangunan berstruktur seperti gelanggang-
gelanggang sukan.
 Antara gelanggang sukan tersebut adalah gelanggang futsal dan
sebagainya.
 Rajah 2.3 menunjukkan contoh asas pad yang dipasang untuk
pembinaan gelanggang futsal.
Rajah 2.5.1 : Contoh asas yang dibina untuk pembinaan
gelanggang futsal (Sumber : Gambarajah
diambil di dalam laman web
www.wawasanintact.com)
2.5.2 LANTAI

 Menurut laman web www.wfca.org (World Floor Covering


Association), “lantai ialah permukaan dasar bangunan yang
menerima segala aktiviti penghuni dan beban-beban yang lain’’.
 Pembinaan lantai hendaklah menjamin keselamatan dan keselesaan
penghuninya.
 Dalam pembinaan bangunan, lantai boleh dibahagikan kepada 2
lantai iaitu lantai bawah konkrit padu dan lantai atas konkrit tetulang
bagi bangunan yang bertingkat.
 Lantai bawah padu kebanyakkannya dibina dengan batu pejal,
konkrit, dan lapisan kalis lembap.
 Bagi lantai atas konkrit tetulang dibina pada bangunan bertingkat
yang memerlukan besi tetulang (BRC) dan konkrit.
2.5.3 KEMASAN LANTAI

  Merujuk kepada buku Derek Osbourn (1985), Solid ground floor


construction, Introduction to Building. Batsford mengatakan ‘’kemasan
lantai adalah kerja-kerja terakhir yang dilakukan pada permukaan lantai
dalaman dan luaran pada sesebuah bangunan bagi memberikan kelicinan,
keselesaan dan kecantikan kepada pengguna’’.
 Ia terdiri daripada beberapa jenis kemasan yang sesuai dengan
kegunaannya.
 Tujuan kemasan lantai adalah untuk menambahkan nilai pada sesebuah
bangunan, melindungi binaan dan menutup segala kecacatan, memberikan
perlindungan keselamatan kepada pengguna, membahagikan ruang-ruang
yang sesuai kemasan untuk ruang dan mencantikkan serta memberikan
keselesaan kepada pengguna.
 Kemasan lantai juga merupakan lapisan penyudah atau bahagian teratas
bagi sesuatu lantai. Ianya digunakan untuk mendapatkan keselesaan oleh
pengguna.
2.5.4 JENIS KEMASAN LANTAI BAGI
GELANGGANG FUTSAL
I. Herculan
 Lantai Herculan Multi Functions (MF) adalah sejenis lantai yang
mempunyai banyak fungsi. Selain itu ianya juga sebuah kemasan yang
elastik di mana ianya lembut apabila dipijak. Lantai Herculan MF ini telah
di iktiraf di Jerman dan ianya di isytiharkan sebagai selamat digunakan
untuk kegunaan permainan dalaman dari segi keselamatan dan bahannya.
 Permukaan lantai Herculan MF ini merangkumi semua aspek dan
memenuhi semua keperluan yang diinginkan di dalam sesebuah
gelanggang. Selain itu juga, Herculan MF ini boleh digunakan di semua
jenis gelanggang termasuklah tenis, bola keranjang dan sebagainya
 Kemasan lantai Herculan ini mempunyai permukaan yang halus dan juga
bermutu tinggi. Ianya juga mudah untuk dibersihkan berbanding dengan
kemasan lain. Selain itu, kemasan lantai ini mempunyai tahap kelicinan
yang optimum dan ianya paling dituntut dalam sukan indoor ini. Ini kerana
jika kemasan lantai itu licin, maka ia akan menyukarkan lagi pergerakan
seseorang itu. Kemasan lantai ini juga tahan lama dan mudah diselenggara.
 Di samping itu, lantai ini bukan sahaja boleh digunakan bagi tujuan sukan
sahaja, malah lantai ini juga boleh digunakan bagi tujuan pameran, konsert
dan sebagainya tanpa memerlukan bahan-bahan tambahan. Kemasan lantai
ini juga mudah untuk dibina dan juga ekonomik.
Rajah 2.5.2 : Contoh lantai gelanggang futsal jenis
Herculan(Sumber : gambarajah diambil
di www.herculan.com)
II. Rubber Flooring

 Jubin getah merupakan salah satu dari kemasan pada bahagian lantai.
Kini jubin getah telah banyak digunakan di kawasan persekitaran
kita.
 Ia bukanlah untuk kemasan bagi rumah kediaman atau bangunan-
bangunan, tetapi ianya adalah untuk kemasan bagi di taman-taman
permainan, gelanggang-gelanggang sukan dan sebagainya. Jubin
getah ini adalah satu jenis kemasan yang lembut berbanding
kemasan-kemasan lain yang sedia ada di negara kita ini.
 Ia dibina di taman-taman permainan dan gelanggang-gelanggang
sukan adalah untuk meningkatkan lagi pertambahan dari segi faktor
keselamatan yang sedia ada.
 Ini kerana dengan sifat jubin getah yang lembut ini ia mampu
mengurangkan impak apabila seseorang itu jatuh ketika bermain. Jika
pengunaan kemasan-kemasan lain digunakan bagi kawasan-kawasan
sebegini, ia akan menguatkan lagi impak apabila seseorang itu jatuh.
Disebabkan itulah pengunaan jubin getah ini sangat meluas bagi
kerja-kerja pembinaan taman-taman permainan, pusat reakrasi dan
juga gelanggang-gelanggang sukan di negara kita.
 Selain itu, pengunaan jubin getah ini dapat mengurangkan lagi kos
penyelenggaraan bagi sesebuah gelanggang tersebut.
 Ini kerana jubbin getah ini berkualiti tinggi dan tahan lasak. Kita juga
boleh melihat di persekitaran kita dimana kebanyakan gelanggang
futsal mengunakan kemasan lantai ini.
Rajah 2.5.3 : Contoh lantai gelanggang futsal jenis Rubber
Flooring (Sumber : diambil di www.sportsvenue-
technology.com
2.5.5 BUMBUNG UNTUK BANGUNAN
STRUKTUR

Bumbung terbahagi kepada 2 iaitu:-

I. Bumbung Rata
 Berdasarkan Modul Teknologi Binaan 2, ‘bumbung rata adalah bumbung yang
mempunyai kecerunan tidak melebihi 10 darjah samada berkerangka kayu, besi,
rasuk konkrit ataupun papak konkrit yang ditutupi dengan bahan kalis air seperti
kepingan asbestos, zink, besi bergalvani, asohalt, kuprum dan sebagainya’[8].

II. Bumbung Curam


 Merujuk Modul Teknologi Binaan 2, ‘bumbung curam merupakan bumbung yang
kecerunannya melebihi 10 darjah yang boleh didapati di dalam pelbagai bentuk
dan sesuai untuk bangunan bersaiz sederhana dan berbentuk sekata’[8].
2.6.1 PENGENALAN KEPADA ANGGARAN KOS

 Menurut buku Anggaran Kos Kerja Bangunan edisi kedua, ‘anggaran kos
adalah suatu proses teknikal untuk meramal kos pembinaan untuk sesuatu
bangunan yang dicadangkan. Anggaran kos boleh dibuat sama ada untuk
keseluruhan bangunan, setiap komponen bangunan ataupun setiap item kerja
bangunan yang diukur’[1].

2.6.2 Analisis Harga

 Analisis harga adalah suatu cara kajian harga untuk mengetahui jenis
komponen harga serta amaun setiap komponen tersebut. Secara mudahnya, ia
adalah satu pemeriksaan ke atas komponen-komponen sesuatu harga. Maksud
harga di sini termasuklah jumlah harga untuk sesuatu kerja dan juga kadar
harga, iaitu harga satu unit harga. Menurut SMM2 Second Edition, ‘unit
sesuatu kerja termasuklah nombor (no), meter linear (m), meter persegi meter
padu dan sebagainya.’[10]
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENGENALAN

 Metadologi kajian merupakan kaedah atau proses sesebuah kajian dilakukan


dari peringkat pencarian data hingga ke peringkat menganalisa data. Ianya
juga merupakan asas kepada penerbitan sesuatu kajian atau penyelidikan.
Metodologi kajian juga dapat meningkatkan keupayaan penyelidik dalam
menilai dan memberi pandangan terhadap permasalahan yang sedia ada.
 Dalam menjayakan kajian bagi mencapai objektif yang dinyatakan serta
permasalahan yang timbul, pelbagai prosedur yang dirangka secara
berperingkat akan dilakukan. Sebelum perlaksanaan sesebuah kajian projek,
satu perancangan gerak kerja harus dibuat bagi memastikan perlaksanaan
projek dapat dilaksanakan dengan lancar.
 Bagi kajian ini, penumpuan diberikan lebih kepada pengumpulan dan
analisa data bagi teknik serta kaedah kerja yang sesuai dalam mendapatkan
maklumat yang tepat untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan
gelanggang futsal ini. Oleh itu, maklumat perlu diperolehi berdasarkan
kepada realiti keadaan sebenar kerja di tapak.
3.2 PERANCANGAN METODOLOGI PROJEK
Kedua-dua data iaitu data primer dan data sekunder yang digunakan ini
adalah untuk mendapatkan maklumat tentang kajian projek kami iaitu
Cadangan Membina Gelanggang Futsal Di Politeknik Kota Bharu. Berikut
adalah mengenai metodologi yang digunakan :-

 Membuat kajian literatur tentang kajian projek tentang kaedah pembinaan


bagi gelanggang futsal.
 Mencari maklumat melalui laman web sesawang untuk mendapatkan
maklumat kajian.
 Membuat sesi temubual dengan beberapa responden untuk mendapatkan
maklumat serta mendapatkan sedikit khidmat nasihat terhadap perlaksanaan
projek yang akan dikaji.
 Membuat pemerhatian tentang keadaan sebenar mengenai kajian projek
untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.
 
Perancangan dalam melaksanakan sesuatu projek adalah
amat penting bagi memastikan projek yang ingin
dilaksanakan dapat disiapkan dalam jangka masa yang
telah ditetapkan. Data terkumpul bagi kaedah
penyelidikan ini adalah seperti berilut :-

 Kaedah temubual berstruktur


 Kaedah soal selidik

 Kaedah pemerhatian

 Kaedah literatur
3.3 CARTA ALIR METODOLOGI CARTA ALIR
METODOLOGI
SEKIAN, TERIMA KASIH

Вам также может понравиться